Anda di halaman 1dari 14

PEDAGOGI

MODEL-MODEL PENGAJARAN
AZMI BIN ABDUL HAMID
JABATAN ILMU PENDIDIKAN

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Model ini menganggap ingatan manusia sama seperti komputer Manusia memproses maklumat menggunakan model input-output Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan dan dikeluarkan semula menjadi output Pemprosesan maklumat melibatkan operasi mental iaitu :
Menerima Mengekod Menyimpan Dan mengingat kembali

Sambungan

Dalam otak manusia, terdapat 3 mode ingatan ketika memproses maklumat :


Daftar deria sensori Ingatan jangka pendek Ingatan jangka panjang

Model ini penting untuk membentuk konsep yang tepat tentang sesuatu pembelajaran serta menyimpannya untuk digunakan selepas itu

PENGAJARAN KONSEP
Bermula dengan teori perkembangan Piaget dan Bruner Merupakan blok-blok pembinaan asas di mana pelajar mengorganisasi pemikiran dan komunikasi mereka Matlamat pengajaran adalah membantu pelajar memperolehi pemahaman dan menyediakan asas untuk pemikiran tahap tinggi Bukan bermaksud mengajar maklumat yang banyak kepada pelajar

Sambungan

PENGAJARAN KONSEP
Mengandungi 4 fasa/langkah :
Kemukakan matlamat Contoh-contoh input Uji pencapaian konsep Analisis proses pemikiran pelajar

Persekitaran pembelajaran adalah berstruktur dan berpusatkan guru Kandungan pengajaran perlu disusun supaya jelas

Sambungan

PENGAJARAN KONSEP
Guru berperanan memberikan maklum balas terhadap idea pelajar, menggalakkan penglibatan dan menyokong pelajar membentuk penaakulan Guru juga berperanan menganalisis dan memilih contoh untuk menerangkan konsep serta menentukan sekuen persembahan Pengajaran bermula dengan guru memaklumkan tentang tujuan pelajaran, memotivasikan murid, menyoal dan berbincang untuk mengintegrasi pembelajaran baru dan lama

PENGAJARAN EKSPOSITORI
Berkisar tentang bagaimana individu belajar banyak bahan yang bermakna daripada verbal dan teks Proses utama dalam pengajaran ini ialah menggabungkan maklumat baharu ke dalam maklumat sedia ada dengan membuat perkaitan antara idea baharu dan idea sedia ada Manusia memperolehi pengetahuan melalui penerimaan (difahami) dan bukannya penemuan

Sambungan

PENGAJARAN EKSPOSITORI
Menekankan pembelajaran verbal yang bermakna, bukannya pembelajaran hafalan Ausubel (1968) maklumat yang diterima dan diasimilasikan dalam struktur kognitif pelajar Pengajaran sebegini menjimatkan masa, kos dan tenaga Menggunakan pendekatan deduktif umum kepada spesifik

Sambungan

PENGAJARAN EKSPOSITORI
Implikasi pendekatan ini terhadap pengajaran :
Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran Bahan pembelajaran harus disusun atur dengan baik Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar Konsep-konsep baharu harus ditambat ke dalam struktur kognitif sedia untuk memudahkan ingatan apabila diperlukan Guru harus mengamalkan pengajaran bentuk deduktif

PENYUSUN AWAL
Merujuk kepada maklumat yang dipersembahkan sebelum pembelajaran Digunakan untuk menyusun dan menginterpretasi maklumat baharu Bertujuan untuk mengaitkan idea baharu dan idea lama Ciri-ciri
Dikemukakan pada tahap keabstrakan yang lebih tinggi dan gambaran umum Mengintegrasi dan membuat perkaitan kandungan pelajaran sebelum pengajaran

Sambungan

PENYUSUN AWAL
Merupakan gambaran umum dan kesimpulan idea-idea utama ditekankan Penyusun awal dalam bentuk gambaran umum yang berkesan harus mengarah perhatian kepada kandungan, menonjolkan perkaitan dan mengingatkan pelajar tentang maklumat relevan yang diketahui Merupakan jambatan yang membina perkaitan luar dengan pengetahuan sedia ada yang relevan Meransang asimilasi maklumat yang akan dipelajari ke dalam skema-skema yang sedia ada

Sambungan

PENYUSUN AWAL
Mengaktifkan pengetahuan sedia ada dan mengingat kembali maklumat yang kita sudah tahu Menyediakan scaffolding sokongan untuk maklumat baharu Berperanan untuk mempfokuskan apa-apa yang penting tentang bahan yang akan diajar Dapat menghindar pelajar daripada menghafal kerana pelajar perlu mengkonsepsi dalam kerangkanya sendiri

Abis dah tapi sebelum tu jangan lupa


TOLONG BACA DAN FAHAM TENTANG MODEL SYNECTICS