Anda di halaman 1dari 4

2.6 Zaman Kesyogunan Tokugawa 2.61 Pembinaan Kesyogunan Tokugawa telah diasaskan oleh Tokugawa Ieyasu (1603-03).

Beliau telah menyertai Perang okehazama antara Oda Nobunaga dan Imagawa. Beliau telah mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi sekutu rapat Oda Nobunaga yang dipercayai. Ini dapat dibuktikan apabila Oda Nobunaga mengahwinkan anak perempuannya dengan anak sulung Ieyasu iaitu Nobuyasu. Pada yahun 1567, beliau menjadi pemerintah Mikawa dan diiktirafkan oleh kerajaan imperial kuasanya dan memakai nama keluarga Tokugawa. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang majlis pemangku raja yang diwujudkan oleh Toyotomi Hideyosi. Pada tahun 1603, beliau telah dilantik menjadi Shogun dan meletakkan jawatan dan digantikan oleh anaknya iaitu Hidetada. Beliau juga terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun.

2.62 Pengukuhan Aspek feudalisme tidak dapat diketepikan kerana ia berperanan untuk mencorakkan dan merupakan unsur-unsur penting dalam pembentukan pentadbiran.Ini bertujuan untuk memberikan pemerintah sama ada Syogun Tokugawa atau penggantipenggantinya mentadbir negara jepun melalui kuasa mutlak. Di peringkat asas, pentadbiran digerakkan oleh tiga badan terpenting pentadbiran peringkat tertinggi iaitu pertama Tairo (majlis penasihat-penasihat agung). Tairo berperanan dan bertanggungjawab untuk meemberikan nasihatkepada syogun mengenai dasar-dasar penting negara menjadi pemangku raja jika syogun yag dilantik belum dewasa. Kedua Roju (majlis tertua) membentuk majlis negara dengan keanggotaannya berubah mengikut keperluan pentadbitan feudalisme. Roju berperanan dan bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengendalikan hal ehwal istana raja, kuge (golongan bangsawan) dan golongan daimyo, menyelia hal ehwal dalam negeri selain mengawasi tempat-tempat suci(biara). Ketiga Hyojoho(majlis kehakiman) ialah sebuah majlis yang dianggotai oleh roju dan sebilangan kecil pesuruhjaya(bug-yo) yang mengetahui beberapa jabatan penting dalam pentadbiran feudalisme bakufu.peranan dan tanggungjawab hyojosho terakluk dalam bidang kehakiman kerana tidak wujud pemisahan bidang kuasa yang jelas antara kuasa eksekutif (pelaksana) dan kuasa kehakiman. Selain tiga badan ini pentadbiran Kesyogunan Tokugawa terdapat beberapa jabatanjabatan penting kerajaan berpengaruh. Antaranya ialah penasihat-penasihat

rendah(waka doshiyori) ,setiausaha-setiausaha sulit syogun(sobayonin), penyelia upacara(sojabon), gabenor-gabenor raya istana di Kyoto dan Osaka(jodai), dan wakil peribadi syogun di Kyoto(Kyoto shoshida). Dalam bidang pentadbiran, kekuasaan dan keunggulan kesyogunan tokugawa ditentukan oleh bentuk pentadbiran Bakufu. Bakufu pertama Kesyogunan Tokugawa iaitu Syogun Tokugawa Ieyasu telah memeperkenalkan beberapa dasar-dasar untuk mengukuhkan kesyogunan ini dan bermatlamat untuk melemahkan kuasa-kuasa tuan daimyo atau tuan-tuan feudal. Dasar-dasar ini diperkenalkan berikutan kebimbangan tentang konsep kesetiaan daripada kuasa-kuasa daimyo yang berpotensi dan berkeupayaan menggugat Kesyogunan Tokugawa. Antara dasar-dasar yang diperkenalkan adalah seperti berikut: Pertama membentuk satu sistem untuk membolehkan kawalan dan perhatian ketat diberikan ke atas kuasa-kuasa daimyo dan kegiatan tuan-tuan tanah feudal yang dianggap mencurigakan. Kedua, mengeratkan beberapa sekatan ke atas daimyo dengan memberikan tugasan yang dianggap membebankan sumber kewangan antaranya membaiki kerosakankerosakan istana. Ketiga, langkah mengelakkan komplot dan subahat dengan memperkenalkan peraturan menghadkan keluasan istana-istana daimyo ini dan perkahwinan di kalangan daimyo dikawal. Keempat, pengenalan suatu kod panduan tatatertib dan kelakuan mereka dikenali sebagai buke so-hatto(peraturan bagi rumah-rumah tentera). Kelima, mengukuhkan kekuatannnya melalui pengumpulan harta kekayaan dan meembendung kegiatan kelas tentera dan daimyo-daimyo Tozama. Selain itu, beliau telah mewujudkan struktur politik yang telah mengekalkan kuasanya ke atas semua lapisan masyarakat feudal Jepun termasuk maharaja dan golongan bangsawan istana(kuge) selain golongan daimyo, samurai atau pahlawan, petani, golongan pertukangan dan pedagang-pedagang. Beliau juga telah memperkenalkan satu peraturan untuk menyekat kuasa maharaja dan golongan bangsawan.

2.63 Cabaran Dalam mejalankan pemerintahan shogun tokugawa menjalankan pentadbiran yang tegas dan menindas. Walaupun shogun tokugawa memberi jaminan akan menjaga dan mempertahankan kedudukan maharaja, namun pengawasan yang ketat dikenakan terhadap maharaja dan juga rakyat. Maharaja dinasihatkan jangan turut aktif dalam soal

pentadbiran. Maharaja kecuali mendapat kebenaran daripada shogun tokugawa. Rakyat hanya dibenarkan melihat maharaja setahun sekali. Rakyat hendaklah membuat pekerjaan-pekerjaan yang ditetapkan dan golongan daimyo hendaklah mengabdikan diri kepada shogun tokugawa di istana dalam masa tertentu selama empat bulan. Kelemahan pentadbiran shogun tokugawa. Di peringkat awal pemerintahan Shogun Tokugawa merupakan zaman kejayaan dan kegemilangan. Kemajuan-kemajuan telah dicapai pada zaman Ieyashu, Hidetada dan Iematsu. Pada zaman Shogun Tsunayoshi(1680-1709), Jepun mencapai zaman kemewahan. Dalam pemerintahan Shogun Yoshimune, Jepun mengalami kejatuhan ekonomi sehingga berlaku peristiwa kebuluran. Keadaan itu secara tidak langsung menjejaskan kedudukan shogun tokugawa. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Yoshimune meniggal dunia, ia diganti oleh shogun-shogun yang lemah. Misalnya Shogun Ieshige(1745-88) adalah bebal dan gagap hingga sukar memahami percakapannya. Shogun Ieharu adalah pemalas dan tidak mengambil berat tentang urusan pentadbiran. Selain itu, Shogun Tokugawa telah mengabaikan soal-soal pertahanan dan hubungan dengan penyokongnya. Akibatnya ramai penyokongnya tidak lagi taat kepada Shogun Tokugawa. Pada awal pemerintahan Shogun Tokugawa, orang-orang Jepun telah digalakkan mempelajari ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sastera dan sejarah Jepun kuno. Dalam sejarah Jepun kuno terdapat kepercayaan Shinto yang menyatakan raja adalah keturunan Dewi Matahari(Amiterasu). Akhirnya beberapa buah buku sejarah telah dapat dihasilkan seperti kojiki dan nihon shoki yang mengandungi unsur-unsur dongeng dan lagenda. Berdasarkan ajaran Shinto, ahli sejarah Shinto dapati bahawa maharaja yang semestinya berkuasa dan dihormati, bukan Shogun Tokugawa. Akibatnya timbul rasa curiga terhadap pemerintahan Shogun Tokugawa. Fakta-fakta di atas menyebabkan perasaan taat setia kepada maharaja semakin meningkat di kalangan rakyat jepun. Rasa tidak puas hati terhadap Shogun tokugawa. Pada abad ke-18 dan awal ke-19, berlaku zaman kemeseletan ekonomi. Zaman ini dkatakan musim kebuluran sehingga ramai kanak-kanakdibiarkan mati. Zaman kemelesetan ini juga melibatkan golongan daimyo-daimyo yang mana hasil pendapatan mereka berkurangan. Untuk mengatasi kekurangan pendapatan, daimyo-daimyo termasuk tuan-tuan tanah memeras petanipetani. Kedudukan orang jepun terutama golongan petani bertambah buruk apabila berlaku bencana alamdan bertambahnya penduduk Jepun. Menjelang pertengahan abad ke-18, jumlah penduduk jepun kira-kira 30 juta orang. Rasa tidak puas hati datangnya daripada golongan daimyo-daimyo. Ini disebabkan mereka dikenakan sekatan-sekatan dan kawalan rapi seperti yang dihadapi oleh daimyo Tozama. Daimyodaimyo juga menentang sistem Sankin Kotai yang dikenakan kepada mereka. Perkembangan perdagangan dan pengaruh golongan saudagar. Perdagangan terus

berkembang pada zaman Shogun Tokugawa. Bandar-bandar Osaka dan Yedo telah menjadi pusat perdagangan. Dengan berkembang perdagangan, golongan saudagar berpendapat bahawa dasar isolasi yang diamalkan oleh Shogun Tokugawa menjadi penghalang kepada perkembangan perdagangan. Oleh kerana itu terdapat golongan saudagar yang menentang Shogun Tokugawa. Misalnya, sudagar-saudagar di Bandar Osaka telah membantu golongan anti-Tokugawa. Selain itu, prkembangan perdagangan menyebabkan kedudukan dan pengaruh golongan saudagar semakin meningkat dalam masyarakat. Mereka menjadi kaya raya dan kekuasaan mereka bertambah besar sehingga jauh lebih besar daripada golongan Daimyo dan Samurai. Ramai daimyo dan samurai telah membuat pinjaman dengan golongan saudagar sehingga mereka terikat dengan golongan saudagar. Malahan telah berlaku perkahwinan di antara golongan daimyo dan samurai dengan golongan saudagar. Salah satu golongan saudagar yang sangat berpengaruh ialah Mitsui. Oleh kerana kedudukan mereka semakin kukuh, mereka sering mengadakan pakatan dengan sukusuku kaum lain untuk menentang Shogun Tokugawa. Tentangan suku kaum dari barat juga berlaku. Suku kaum dari barat iaitu Satsuma, Choshu, Toza, dan Hizen merupakan golongan yang sangat aktif menentang Shogun Tokugawa. Mereka menentang Shogun Tokugawa disebabkan Tokugawa merupakan saingan politik kepada mereka dalam merebut kekuasaan di Jepun. Oleh kerana itu mereka terus mengadakan penentangan setelah Tokugawa berjaya mengambil alih kekuasaan di Jepun. Mereka menentang Shogun Tokugawa juga disebabkan Shogun Tokugawa menjalankan dasar menindas terhadap suku kaum lain. Untuk menentang Shogun Tokugawa, mereka menyatakan sokongan dan taat setia kepada maharaja yang selama ini ditindas oleh Shogun Tokugawa. Mereka juga bersatu dengan golongan bangsawan Kyoto serta golongan suadagar yang anti-Tokugawa. Seterusnya mereka telah menggunakan isu kemasukan orang asing untuk menentang Shogun Tokugawa. Mereka menentang tindakan Shogun Tokugawa menandatangani perjanjian Kanagawa untuk mandapat sokongan maharaja dan rakyat yang turut menentang perjanjian Kanagawa dan perjanjian-perjanjian lain. Kedatangan barat iaitu Kedatangan komodor perry dan mamaksa Shogun Tokugawa menandatangani perjanjian Kanagawa telah menjadi punca kemarahan orang Jepun dan mempercepatkan kejatuhan Shogun Tokugawa. Suku kaum Satsuma, Choshu, Toza, da Hizen menggunakan kesempatan ini untuk mengkritik pemerintahan Shogun Tokugawa. maharaja yang telah terasing turut juga mengkritik Shogun Tokugawa kerana segala perjanjian dan hubungan dengan orang-orang asing tidak dibincangkan terlebih dahulu degan maharaja. Masalah-masalah inilah yang menyebabkan keruntuhan Kesyogunan Tokugawa di negara Jepun.

Anda mungkin juga menyukai