Anda di halaman 1dari 10

Menurut Kamus Dewan, literasi bermaksud kebolehan dalam menulis, membaca dengan baik dan lancar, memahami perkataan

iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah atau celik huruf. Manakala bahasa pula bermaksud system lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkunga satu kelompok manusia. Ini bermakna penggunaan bahasa perlu dalam proses mengajar kanak-kanak supaya celik huruf atau berkebolehan menulis dan membaca dengan baik dan lancar. Menurut Atan Long (1976 ) pula membaca adalah melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Untuk membaca seseorang itu bukan sahaja boleh mengenal dan menyebut lambang-lambang bertulis tetapi juga dia mesti mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan kefahamannya. Bamberger pula mentakrifkan membaca adalah satu proses yang

mengubahkan symbol-simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep-konsep intelektual dan proses ini memmerlukan daya mental. Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses

menterjemah huruf-huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat kepada bunyi-bunyi yang mempunyai makna. Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami pola-pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis. Semenjak kebelakangan ini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berasa bimbang berkenaan masalah bagi murid sekolah rendah yang akan belajar di sekolah menengah di mana mereka masih belum lagi dapat menguasai kemahiran asas membaca. Untuk mengatasi masalah tersebut pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan. Antara projek yang masih dilaksanakan ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang direka khas bagi murid-murid Tahun 1 dan PROTIM bagi murid-murid Tahun 6 yang masih lagi belum dapat menguasai kemahiran asas membaca. Sekiranya kanak-kanak masih lagi gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis maka akan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak tersebut bagi mereka menghadapi pembelajaran di sekolah. Melalui pembacaan seseorang itu boleh meneroka alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditempuhinya melalui pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Melalui pembacaan akan membawa seseorang itu ke alam imaginasi, di luar

daripada situasi kehidupan yang dilaluinya sehari harian. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang. Oleh itu kemahiran ini haruslah ditanamkan sedalam-dalamnya kepada murid-murid sejak awal-awal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan sebaik-baiknya. Aktiviti pra bacaan adalah merupakan aktiviti yang dijalankan dengan tujuan memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca. Aktiviti ini melibatkan kesediaan murid dalam membaca. Menurut Abu Bakar (1994) ,mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, pengamatan penglihatan dan pergerakan tangan dan mata. Peringkat bacaan pula adalah kemahiran mengenal abjad hingga membaca abjad. Menurut Ismail Zakaria, Slamah Othman (1992), tahap prabacaan merupakan tempoh menyediakan murid untuk membaca. Pengamatan merupakan proses mental dalam memberikan kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui panca indera.Ia melibatkan pengalaman sedia ada murid. Ini akan menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Mengikut Ruth Strang dalam bukunya Reading Diagnosis and Remediation beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak. Pengamatan penting dalam pembelajaran kerana objek-objek di sekitar ditanggap melalui alat-alat panca indera dan diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman. Dengan adanya organisasi ini, manusia selalu belajar dari

pengalaman, maka lambat laun tersusunlah pola pengamatan yang kekal dalam diri kita. Terdapat beberapa cara dalam mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Antaranya mengenal pasti corak, saiz, warna, persamaan dan perbezaan bentuk

serta saiz sesuatu huruf. Memastikan kedudukan sesuatu jarak antara suatu objek dengan objek lain. Menjalankan aktiviti penyelarasan pergerakan kawalan anggota badan seperti tangan, kaki dan mata dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Seterusnya memastikan proses mengingat kembali maklumat membuat bentuk, corak, nombor, suku kata dan ayat. Ujian proses menyusun maklumat mengikut urutan dan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan terdapat beberapa aktiviti iaitu mencari persamaan sesuatu bentuk, warna, saiz, huruf dan corak. Dalam aktiviti ini murid diberikan empat bentuk iaitu satu bentuk segi empat sama, satu bentuk segi tiga dan dua bentuk bulat. Murid seterusnya diminta untuk mewarnakan bentuk yang sama dengan warna merah. Melalui aktiviti ini murid akan menggunakan deria penglihatan iaitu mata dan mereka akan memerhatikan bentuk bentuk yang diberikan. Kebolehan di sini ialah mereka boleh membezakan bentukbentuk yang diberikan. Bagi murid yang lemah mereka akan lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya. Seterusnya aktiviti mencari perbezaan sesuatu bentuk, warna, saiz, huruf dan corak. Murid akan diberikan tiga bentuk iaitu bulatan, segitiga dan segi empat tepat. Mereka diminta untuk mewarnakan bentuk bulatan dengan warna biru, bentuk segi tiga dengan warna kuning dan segi empat tepat dengan warna hitam. Murid yang lemah mungkin akan menghadapi kesukaran dalam mengenal bentuk dan warna. Aktiviti lain ialah mengenalpasti huruf yang hampir sama bentuknya. Murid diberikan huruf c, d, f, b dan h. Mereka diminta mewarnakan huruf-huruf yang hamper sama bentuknya dengan warna hijau. Selain daripada bentuk guru juga boleh mencari objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada gambar haiwan, bunga dan daun-daun. Guru juga boleh menjalankan aktiviti menentukan perbezaan jarak atau kedudukan sesuatu jarak objek. Guru melukiskan tiga garisan yang tidak sama panjang dan minta murid untuk mewarnakan garisan yang paling pendek dengan warna merah. Murid lemah akan menghadapi kesukaran dalam menentukan orientasi kedudukan iaitu ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, panjang, huruf dan nombor. Guru boleh menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz dan menggunakan pelbagai bahan seperti gambar, kereta, baju, lain-lain. Melalui aktiviti ini murid

mengelaskan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru.Aktiviti ini boleh dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan. Guru juga boleh meminta murid supaya menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk dipapan kenyataan atau di buku skrap kelas.Bahan yang disediakan ialah gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang bolehd ima kan , b e nd a ya n g t id a k b o le h d ima ka n, paka ia n , d a n a la t t u lis -menulis. Melalui aktiviti ini guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. Guru memberikan murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis dan lain-lain. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu. Murid juga boleh menyusun maklumat secara turutan menaik atau menurun. Guru menyediakan huruf a, d, b, c, e dan f dan murid menyusun huruf abjad di atas secara menaik di dalam kotak yang disediakan. Murid yang lemah mungkin akan menghadapi kesukaran mengingati sesuatu mengikut susunan seperti di atas. Aktiviti menyudahkan dan melengkapkan menguji kebolehan murid mengenal sesustu nombor, benda, objek,perkataan atau ayat. Salah satu cara menguji adalah mengemukakan gambar yang tidak sempurna seperti bahagian kepala haiwan yang dipisahkan daripada bahagian ekornya. Murid diminta menyudahkan gambar berkenaan dengan cara memadankan gambar kepala dan ekor yang paling sesuai. Guru juga boleh menjalankan aktiviti menyalin di mana aktiviti ini menguji kebolehan murid untuk menyalin huruf, bentuk, perkataan, nombor atau

ayat.Kaedah meniru imej yang tersimpan dalam memori dalam tempoh yang singkat dapat menguji ingatan murid sama ada berjaya melukis semula imej yang telah diamati. Aktivit mencari benda tersembunyi menguji kebolehan murid-murid untuk menyelesaikan masalah secara abstrak.Berbantukan sekeping gambar, murid-murid dikehendaki mengesan semua objek yang tersembunyi pada gambar berkenaan. Aktiviti pembalikan menguji kebolehan murid murid bagi membezakan bentuk asal sesuatu huruf, bentuk, nombor, perkataan dan gambar. Guru boleh membina satu aktiviti pembalikan yang mudah dengan menggunting gambar berkenaan supaya menjadi sekeping gambar yang lengkap dan sempurna.

Guru boleh menyediakan gambar bersiri bagi menguji ingatan murid untuk mengingat kembali jalan cerita sebuah filem atau seumpamanya. Apa yang diuji ialah kebolehan mengingat kembali jalan cerita dari satu babak ke babak yang lain.Caranya, murid ditayangkan sebuah filem pendek yang bertajuk Sang Kancil dengan Sang Buaya. Setelah selesai menonton, murid ditunjukkan beberapa keping gambar yang disusun secara rawak. Murid dikehendaki menyusun gambar berkenaan mengikut urutan yang betul berdasarkan filem pendek berkenaan. Aktiviti pengamatan penglihatan yang lain ialah aktiviti ketetapan bentuk atau kedudukan dalam rajah. Aktiviti ini menguji kebolehan murid mencari imej yang tersembunyi. Pada masa yang sama murid dapat mengetahui bahawa sesuatu bentuk, huruf atau nombor mempunyai bentuk yang tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam apa juga keadaan atau disorok untuk tujuan menguji minda. Aktiviti pertalian jarak di mana aktiviti ini menguji kebolehan murid untuk membuat agakan sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan secara hubungan antara satu objek dengan objek lain. Dalam aktiviti ini, kad imbasan yang mengandungi pelbagai susunan titik digunakan sebagai bahan rangsangan. Guru boleh meminta murid menggariskan mana-mana dua titik yang paling hamper, paling jauh atau gabungan kedua-dua jarak hingga menghasilkan pelbagai corak. Pada masa yang sama, murid boleh menggunakan akal fikiran untuk menghasilkan satu corak yang menarik. Menjalankan aktiviti koordinasi mata dan tangan di mana aktiviti ini menguji kebolehan murid menyelaras pergerakan mata dan tangan. Caranya dengan meminta murid meletakkan jari telunjuk pada anak panah dan gerakkan jari ke hadapan hingga tamat. Pastikan jari tidak mengenai kiri dan kanan sempadan laluan berkenaan. Jika ujian ini gagal, minta murid melakukannya berulang kali sehingga berjaya. Guru boleh meningkatkan tahap kesukaran aktiviti ini mengikut kemampuan murid. Jika ruang kecil, gunakan pensel sebagai ganti jari. Satu lagi cara yang boleh dijalankan guru untuk koordinasi mata dan tangan adalah menggunakan beberapa komponen dawai mata punai yang diubahsuai dan disalurkan bekalan elektrik tekanan rendah, iaitu menggunakan beberapa bateri kering dan sebiji mentol lampu picit. Jika pen bersentuhan dengan dawai pada sepanjang laluan yang ditetapkan maka mentol akan menyala menandakan koordinasi mata dan tangan anda tidak berjaya. Bagi aktiviti pengamatan pendengaran terdapat enam komponen iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran,

ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan percantuman bunyi. Setiap komponen tersebut mempunyai mempunyai tujuan dan contoh aktiviti. Bagi aktiviti diskriminasi yang sama guru boleh menjalankan aktiviti dengan memperdengarkan pita rakaman yang mengandungi bunyi kucing jantan, kucing betina dan anak kucing. Murid diminta untuk memadankan bunyi kucing tersebut di dalam lembaran kerja. Guru juga boleh meminta murid menyebut secara lisan bunyi kucing tersebut. Bagi aktiviti diskriminasi yang berbeza, guru boleh menyediakan kad gambar beberapa jenis haiwan dan meminta murid membunyikan semua haiwan tersebut. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk melihat keupayaan muridmurid untuk mengenali dan mengamati persamaan dan perbezaan bunyi atau perkataan yang didengar. Guru boleh menggunakan pita rakaman dan kad gambar sebagai bahan bantu mengajar. Dalam menjalankan aktiviti penerimaan pendengaran, murid dikehendaki meneka bunyi dengan mata tertutup. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melihat keupayaan murid-murid memperoleh atau mendapat makna daripada apa yang telah didengar atau secara lisan. Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti, focus dan berfikir dalam tempoh yang singkat sebelum membuat keputusan. Contoh bunyi ialah bunyi air mengalir, bunyi ketukan tin dan lain-lain. Guru juga boleh memberikan aktiviti secara lisan. Guru memberikan arahan dengan meminta murid mengangkat tangan sesiapa yang memakai jam tangan atau yang membawa bekalan makanan ke sekolah. Guru meminta murid mengangkat tangan mengikut arahan guru. Tujuan aktiviti ini ialah supaya murid memahami maklumat yang diberikan secara lisan. Aktiviti surat berantai membolehkan murid meyebut atau mengulang kembali maklumat yang didengari dengan jelas. Aktiviti ini bertujuan mengukuhkan pengamatan pendengaran murid dengan cara mengingat apa yang telah didengar. Guru juga boleh menyebut beberapa ayat dan minta murid menyebut kembali apa yang telah disebut oleh guru. Dalam aktiviti pengamatan pendengaran juga guru boleh membuat beberapa aktiviti untuk membezakan bunyi. Guru boleh meniup wisel, bunyi orang bersin dan bunyi kereta polis. Guru boleh meminta murid membezakan bunyi yang nyaring dan bunyi yang perlahan.

Murid boleh menjalankan aktiviti mencatat maklumat yang diterima. Guru menyebut beberapa nombor dan murid mencatat nombor-nombor yang disebutkan oleh guru. Selain daripada pengamatan penglihatan dan pendengaran, aktiviti

pergerakan tangan dan mata juga penting sebagai persediaan menghadapi pembelajaran. Aktiviti ini bertujuan membantu murid-murid menguasai kemahiran asas menggerakkan tangan secara kemas, berpandu dan bersistematik. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah yang melibatkan pergerakan tangan dan mata secara serentak. Caranya ialah dengan meminta dua orang murid berdiri dalam jarak satu meter dan membaling bola antara satu sama lain secara bergilirgilir. Kemudian murid melambung dan menyambut bola tersebut. Guru boleh melatih murid memegang sesuatu benda seperti pen atau peralatan lain dengan betul. Bagi melatih koordinasi mata, guru boleh menyediakan dua gambar dan minta murid supaya mencari perbezaan pada gambar tersebut. Aktiviti mewarna bentuk-bentuk atau gambar juga boleh melatih pengamatan tangan dan mata. Pergerakan keseimbangan anggota badan seperti kaki, tangan dan kepala juga penting untuk murid-murid. Guru boleh menjalankan aktiviti lompatan tali skiping atau melakukan pergerakan gimnastik. Aktiviti menyambung titik dilaksanakan dengan meminta murid-murid melukis garisan dengan menggunakan pensel warna antara titik pada gambar mengikut urutan abjad yang disediakan. Guru perlu melaksanakan aktiviti ini secara berperingkat supaya murid berasa seronok dan mengalami aktiviti yang pelbagai aras kesukarannya. Secara tidak langsung akan berlakulah latihan kordinasi mata dan tangan. Murid juga boleh membuat pergerakan tangan di udara, air dan di atas pasir. Murid diminta mengangkat tangan dan membuat pergerakan di udara. Murid juga boleh melakukan aktiviti dengan memasukkan tangan ke dalam bekas air dan membuat pergerakan di dalamnya. Guru juga boleh meminta murid meletakkan tangan di atas pasir dan membuat pergerakan di atasnya. Aktiviti ini amat menyeronokkan dan menarik minat murid-murid selain melatih pergerakan tangan dan mata mereka.

Aktiviti menyalin corak dimana murid-murid meniru corak yang ditunjukkan oleh guru. Guru memulakan corak yang mudah kemudian diikuti corak yang sukar. Tujuannya supaya murid-murid dapat melalui tahap kesukaran yang pelbagai. Guru perlu melatih murid supaya menyalin corak dengan cermat dan kemas. Ini penting supaya proses kordinasi tangan dan mata berlaku secara teratur dan bersistematik.

Refleksi :

Pada interaksi kedua yang lalu saya telah menerima tugasan kerja kursus dari pensyarah Literasi Bahasa iaitu Dr. Shaharuddin b. Shaari. Perkara pertama yang saya lakukan ialah memahami tugasan tersebut. Tugasan ini agak sukar untuk saya fahami kerana tiada pengalaman dalam bidang Bahasa Melayu. Saya mula mencari maklumat berkaitan pengamatan melalui internet dan banyak maklumat yang saya perolehi daripada sumber tersebut. Saya juga merujuk kepada guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya terutamanya guru pemulihan. Beliau banyak memberikan maklumat berkaitan tajuk. Saya dapati bahawa pengamatan berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak, kemahiran ini boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Sebelum mereka didedahkan dengan huruf dan abjad, mereka terlebih dahulu didedahkan dengan pengamatan. Pada peringkat ini mereka langsung tidak menulis dan membaca. Secara fizikalnya murid-murid ini dilihat dari tiga sudut iaitu keupayaan alat-alat sebutannya(artikulasi ) menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk dan keupayaan pendengarannya mengecam pelbagai bunyi-bunyian. Kreativiti guru dalam mencari teknik dan kaedah pengajaran dan

pembelajaran amat diperlukan. Ini adalah untuk menarik minat murid-murid yang masih lagi dalam alam kanak-kanak. Persediaan mereka amat penting sebelum menempuh alam persekolahan yang lebih mencabar. Pada umumnya bagi seorang murid yang tidak pernah didedahkan dengan apa jua aktiviti bacaan maka kesediaan membaca yang akan dilalui oleh mereka merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mental.

Guru perlu meningkatkan lagi proses literasi bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah bagi mengelakkan pembelajaran murid menjadi cepat bosan. Guru boleh melaksanakan kaedah secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Sebelum melaksanakan sesuatu pengajaran, guru perlu mengenal potensi murid-murid, mengenal pasti masalah pembelajaran, merancang dan menyampaikan bahan pengajaran berasaskan kebolehan individu. Disamping itu, guru juga perlu memberikan sebanyak mungkin siri latihan pengamatan penglihatan kepada murid-murid yang mengalami kesukaran dalam komponen pengamatan. Latihan ini boleh dijalankan secara individu seperti melaksanakan aktiviti diskriminasi bentuk, pendengaran, penglihatan, turutan dan menyalin. Cara ini boleh membantu mereka untuk mengingat secara kekal dan lama.

BIBLIOGRAFI

1. Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1997 ). Kamus Linguitik. Kuala Lumpur: Pengarang 2. Dr. Khairuddin Mohamad ( 2011 ) Literasi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Oxford Fajar.

Kandungan : 1. 2. 3. Pendahuluan Refleksi Bibliografi

Anda mungkin juga menyukai