Anda di halaman 1dari 29

Profesion?

bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Peraturan yang ditetapkan oleh organisasi.

Nilaitara?

Serba Tahu Membawa is-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesainya bersama murid. Membaca bahan rujukan dan bacaan. Amalan nilai dan akhlak terpuji. Guru perlu memiliki 16 nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan.

Sumber utama guru S. A. P = Sumber inspirasi

S. A. P

= Agen Perubahan = Pemudahcara

Kreatif & inovatif

sistem P & P efektif.

Merupakan

perkhidmatan yang unik dan penting Banyak menggunakan keupayaan Perlu mendapat latihan khusus Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

BERTINDAK SEBAGAI PENGAMAL BUDAYA ILMU

RAGBIR KAUR (2007), GURU SEBAGAI PENGAMAL ILMU PERLU MEMPRAKTIKKAN BUDAYA ILMU SEPERTI o MEMBACA o MEMERHATI o BERKARYA o MEMBERI IDEA DALAM PROSES SUMBANGSARAN o BERTUKAR FIKIRAN o MENCARI PENGALAMAN BARU

BERTINDAK SEBAGAI PEMBENTUKAN NILAI/ROLE MODEL

MEMBENTUK MURID UNTUK MEMILIKI AKHLAK MULIA DAN NILAI-NILAI MURNI YANG TINGGI NILAI YANG PERLU DITERAPKAN IALAH NILAI MORAL,AGAMA,TERMINAL DAN INSTRUMENTAL. SEBAGAI ROLE MODEL, GURU HARUS MEMPUNYAI SIFAT DAN KUALITI PERIBADI, PROFESIONAL DAN SOSIAL YANG BAIK DAN MURNI. SECARA TIDAK LANGSUNG,NILAI-NILAI MURNI YANG DIMILIKI OLEH GURU DITERAPKAN DALAM JIWA MURID

BERSIFAT PROFESIONAL DAN PEKA DENGAN SEGALA PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

GURU PERLU PEKA DENGAN SEGALA PERKEMBANGAN DAN INOVASI TERKINI DALAM PENDIDIKAN MENGIKUTI PERKEMBANGAN KAJIAN TERKINI DAN KAJIAN LAMPAU UNTUK MENGEMASKINI KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. MENGAPLIKASIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT(ICT) MELALUI PROGRAM SLE BERTUJUAN UNTUK MENDALAMI PENGETAHUAN DALAM BIDANG PENGUNAAN ICT

MENGAMALKAN PENGAJARAN EFEKTIF

SELALU PUNYAI ENERGI UNTUK MURID KEJELASAN TERHADAP OBJEKTIF PENGAJARAN MEMPUNYAI KETERAMPILAN MEMBENTUK DISIPLIN DAN MENGURUS KELAS KEMAHIRAN BEKOMUNIKASI YANG TNGGI DAN CEKAP MEMPUNYAI HARAPAN YANG TINGGI TERHADAP MURID PENGETAHUAN TENTANG KURIKULUM PLAN (RANCANG) DO (BUAT) CHECK (SEMAK) ACT (BERTINDAK)

ETIKA PERGURUAN

MAKSUD ETIKA

Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka,) Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford).

Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

MAKSUD ETIKA PROFESIONAL

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat

SKOP ETIKA PROFESIONAL


Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

ETIKA PERGURUAN

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

KEPENTINGAN ETIKA GURU

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

KEPENTINGAN ETIKA GURU


Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

KEPENTINGAN ETIKA GURU

Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

KEPENTINGAN ETIKA GURU

Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli

ETIKA KERJA KPM


Kod etika guru berlandaskan Etika Kerja Kementerian

Pelajaran Malaysia, yang perlu dilaksanakan dan dihayati


berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

Niat yang betul

Perlakuan yang baik


Pengerak ke arah kebaikan Memperkotakan apa yang dikatakan

Berdisiplin dan beradab


Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KPM


Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi Tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah: Amanah Benar Bijaksana Bersyukur Dedikasi Ihklas Penyayang

KOD ETIKA PROFESION KEGURUAN


Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru tidaklah harus bertingkahlaku yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

KOD ETIKA PROFESION KEGURUAN


Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.

KOD ETIKA PROFESION KEGURUAN


Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.

KOD ETIKA PROFESION KEGURUAN


Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.

KOD ETIKA KEGURUAN


Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya. Guru haruslah bertingkahlaku supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.

KOD ETIKA KEGURUAN


Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.

KOD ETIKA PROFESION KEGURUAN


Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. Guru haruslah menggunakan kecekapan sendiri untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

THE END

Anda mungkin juga menyukai