Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya di jauhkan api neraka Bulan Ramadhan merupakan bulan yang

istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya dinantikan, perginya ditangisi oleh para sahabat dan mukminin. Seperti yang kita ketahui, dalam bulan Ramadhan kita, umat Islam diwajibkan berpuasa, ia amatlah berbeza dengan bulan Islam yang lain. Selain itu, pelbagai peristiwa penting berlaku dalam bulan ini antaranya, Perang Badar Kubra dan Nuzul Quran. Disamping itu, ia mempunyai pelbagai kelebihan serta keistimewaan seperti dikurniakan Lailatul Qadar dalam salah satu malam, pahala dilipatgandakan, solat terawih dan syaitan diikat.Semua ini hanya ada dalam bulan Ramadhan sahaja. Ia juga merupakan bulan tarbiyah yakni yang merokok boleh berhenti merokok dan yang malas melakukan ibadat sunat, mengamalkannya di bulan ini. Sehubungan itu, kami Unit Pelan Pembangunan Insan (PPI) Penjara wanita Kota Kinabalu sesi 2012 merangka program pentarbiyahan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. InsyaAllah, ini menunjukkan semangat warga penjara untuk menantikan kedatangannya. Jadi, kami berharap agar pihak Tuan Pengarah meluluskan usaha murni ini. InsyaAllah.

OBJEKTIF 1. Melahirkan penghuni yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-bulan kebesaran Allah dan peristiwanya. 2. Melahirkan perasaan cinta akan Ramadhan dalam diri penghuni seperti para mukminin. 3. Melahirkan penghuni yang mengetahui serba serbi tentang sejarah Islam yang semakin dilupai umat akhir zaman. 4. Menyuburkan lagi perasaan untuk merebut kelebihan Ramadhan. 5. Mengeratkan ukhuwwah antara seluruh warga Penjara Wanita Kota Kinabalu. 6. Melahirkan penghuni yang sentiasa memperjuangkan Islam walau di mana berada.

MAKLUMAT PROGRAM : 16 Julai 17 Ogos 2012 bersamaan 26 SYABAN 28 RAMADHAN 1433 H SASARAN : Semua Warga Penjara Wanita Kota Kinabalu ANJURAN Penghuni-penghuni beragama Islam Kakitangan Penjara beragama Islam

TARIKH

: Unit Pelan Pembangunan Insan (PPI) Penjara wanita Kota Kinabalu

PROGRAM : PENTARBIYAHAN

PROGRAM-PROGRAM

TADARUS AL-QURAN

TUJUAN: Memperbaiki bacaan kepada lebih baik dari semua aspek terutamanya tajwid 1 bulan khatam 30 juzuk

CARA PELAKSANAAN: Dilaksanakan setiap hari selepas Solat Zohor setiap hari (Isnin hingga Khamis). Dilaksanakan mengikut Kumpulan yang telah ditetapkan masing-masing. Setiap Kumpulan WAJIB khatam 30 juzuk sebelum Majlis Khatam Al-Quran berlangsung. Setiap Kumpulan akan diberikan 6 juzuk untuk ditadarus oleh penghuni dan di tadabburkan oleh pegawai yang dilantik. 5 Kumpulan yang berjaya menghabiskan tugasan yang diamanahkan akan diberi sijil khatam -Mumtaz, Jaiyyid Jiddan dan Jaiyyid

SOLAT TERAWIH

TUJUAN: Mengamalkan kelebihan dan perkara sunnah di bulan Ramadhan. Mengimarahkan lagi malam Ramadhan.

CARA PELAKSANAAN: Dilaksanakan di dalam Blok Penghuni setiap hari bermulanya Ramadhan hingga ke akhirnya. Setiap Blok Penghuni telah ditetapkan Imam dan Bilal mengikut giliran. Imam dan bilal yang terpilih ini sudah dilatih untuk mengetuai Solat Terawih dengan jayanya. Kehadiran dan penglibatan setiap penghuni Muslim akan direkodkan oleh imam Blok masing-masing untuk tujuan penyeliaan dan pengukuhan.

QIAMULAIL

TUJUAN: Mencari keredhaan Allah S.W.T Membina kekuatan dalam diri penghuni.

CARA PELAKSANAAN: Dilaksanakan setiap pagi, pada pukul 3.30 pagi sebelum bersahur. Cukuplah sekadar 2 rakaat tahajjud. Dilaksanakan pada pukul 3.00 pagi (20 malam terakhir) sebelum bersahur. Dilaksanakan secara berjemaah di Blok masing-masing mengikut Imam yang telah dilantik.

RISALAH RAMADHAN Diedarkan mengikut Blok secara 2 kali seminggu Cetakan ini akan dilaminate supaya ianya akan kekal lama dan tidak rosak.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTHOR JAMAIE

TUJUAN: Agenda tahunan Ihya Ramadhan Unit Pelan Pembangunan Insan (PPI) Penjara wanita Kota Kinabalu. Mengeratkan ukhuwwah antara semua warga Penjara Wanita Kota Kinabalu. Salah satu keperluan kerohanian yang perlu dilakukan oleh Warga PWKK beragama Islam dalam bulan Ramadhan ialah khatam Al-Quran.

CARA PELAKSANAAN: Perlaksanaan majlis ini akan berlangsung serentak dengan Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu. Cadangan tarikh 9 Ogos 2012M / 20 Ramadhan 1433H *Tentatif majlis seperti dilampiran B

BAJET PROGRAM KHATAM AL-QURAN / IFTHOR JAMAIE RAMADHAN 1433H


BIL 1. 2. ITEM Banner * Hamper (Tadarus Al-Quran) Tikar Sejadah Buku Himpunan Doa Harian Buah Kurma Kuih Raya (2 jenis) * Makan VIP Nasi Tomato Ayam Masak Merah Rendang Daging Jelatah @ Acar Rampai Kuih (2 jenis) Buah Tembikai Air Sirap Bandung & Mineral * Makan Penghuni Nasi Tomato Rendang Daging Jelatah Kuih (2 Jenis) Buah Tembikai Air Sirap Pulut kuning Perasmian Penutup Hadiah Kuiz Ramadhan (SHGWKK) 5 pemenang dipilih setiap minggu. Berlangsung setiap Isnin ( 4 kali sebulan) Bahan Cetakan untuk Risalah JUMLAH HARGA SEUNIT RM 100.00 RM 40.00 KUANTITI 1 pcs 8 Kumpulan (5 orang x 8 kumpulan = 40 orang) 50 Orang JUMLAH RM 100.00 RM 320.00

3.

RM 15.00

RM 750.00

4.

RM 8.00

157 Orang

RM 1256.00

5. 6.

RM 20.00 RM 3

20 Pemenang

RM 20.00 RM 60.00

7.

RM 30

RM 30.00 RM 2536.00

* Cadangan sahaja

TAKWIM (PERANCANGAN) IHYA` RAMADHAN Tarikh


16/7 21/7

Minggu 1

Agenda - Tadarus Pelancaran Ihya` Ramadhan - Solat Terawih (16 Julai) - Qiamullail
*Rujuk lampiran A

Program Utama

Petugas harian Semua Pegawai PPI / Kakitangan Muslim Semua Pegawai PPI / Kakitangan Muslim Semua Pegawai PPI / Kakitangan Muslim Semua Pegawai PPI / Kakitangan Muslim

23/7 27/7

- Tadarus - Solat Terawih - Qiamullail - Tadarus - Solat Terawih - Qiamullail - Tadarus - Solat Terawih - Qiamullail

30/7 3/8

6/8 10/8

Ceramah Nuzul Quran (6 Ogos) Majlis Khatam Al-Quran dan Ifthor Jamaie (9 Ogos) * rujuk lampiran B

Semua Pegawai PPI / Kakitangan Muslim *Tertakluk kepada keadaan Sesungguhnya, kita hanya merancang, Allah yang menentukan

13/8 17/8

- Tadarus - Solat Terawih - Qiamullail

CARTA ORGANISASI PROGRAM

PENAUNG: PKP NORA BT MUSA PENASIHAT:

PENYELARAS PROGRAM: SETIAUSAHA: PN. NURAIHAN BT HASHIM BENDAHARI: CIK DANG BULAN AJK PROGRAM: AJK IBADAH & DISIPLIN UST. MOHAMAD ASRI B ISHAK AJK PERSIAPAN TEMPAT: WP SABARIAH BT DAENG AJK MAKANAN WP NORHIDAYAH AJK PUBLISITI DAN DOKUMENTASI WP ROSIDAH BT JAIS AJK HADIAH DAN CENDERAMATA PN. NURAIHAN BT HASHIM AJK KESELAMATAN WP ZARINA BT ABD GHANI

JEMPUTAN DAN PROTOKOL EN. ALI HASAN BIN ROZALI@RAJAK

PENUTUP

Seperti yang kita ketahui, Ramadhan adalah 1 bulan yang terlalu banyak kelebihannya berbanding dengan bulan-bulan Islam yang lain. Jadi, apa salahnya sekiranya kita menyambutnya dengan penuh pentarbiyahan dan apa yang kita harapkan pentarbiyahan itu melekat dalam diri kita sama ada semasa dan selepas Ramadhan. Bersama kita anggap yang inilah Ramadhan terakhir untuk kita. Semoga objektif-objektif yang ingin kita capai, dapat digapai dengan sebaiknya. InsyaAllah. Sejajar dengan ini, kami berharap agar pihak Tuan Pengarah dapat meluluskan kertas kerja ini secara keseluruhan. Dengan ini, ia memudahkan urusan kami. Semoga Allah merahmati warga penjara wanita. InsyaAllah. Wallahualam

Disediakan oleh,

.................................................. ( ) Penyelaras Unit PPI, Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Diluluskan oleh,

.................................................. (PKP NORA BT MUSA) Pengarah, Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Tarikh: ____________________

LAMPIRAN A TENTATIF PROGRAM PELANCARAN IHYA RAMADHAN SHGWKK 2012 18 JULAI 2012M / 29 SYA`ABAN 1433H
MASA 7:30 AM 8:00 AM - PELAJAR MENGAMBIL TEMPAT - KETIBAAN DIF-DIF JEMPUTAN - KETIBAAN PKP NORA BT MUSA 8:15AM - NYANYIAN LAGU NEGARAKU, NEGERI SABAH, LAGU SEKOLAH - BACAAN DOA - UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENYELARAS SHGWKK (PN. NURAIHAN BT HASHIM) - ALUNAN BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN OLEH PELAJAR - UCAPAN PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADHAN OLEH PKP NORA BT MUSA (PENGARAH PENJARA WANITA KOTA KINABALU) - PERSEMBAHAN NASYID OLEH KUMPULAN SHOUTUL NISA` (RAMADHAN BULAN BERKAT & HARAPAN RAMADHAN) - JAMUAN - BERSURAI ACARA

LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM IFTHOR JAMAIE / KHATAM AL-QURAN SHGWKK 2012 16 OGOS 2012M / 27 RAMADHAN 1433H
MASA 3:30 PM 3:50 PM - PELAJAR MENGAMBIL TEMPAT - KETIBAAN DIF-DIF JEMPUTAN - KETIBAAN PKP NORA BT MUSA 4:00 PM - ALUNAN BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN OLEH PELAJAR - MAJLIS KHATAM AL-QURAN - BACAAN DOA - UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENGARAH PENJARA WANITA PKP NORA BT MUSA - UCAPAN PERASMIAN MAJLIS KHATAM OLEH PKK SURIA B IDRIS (PENGARAH PENJARA NEGERI SABAH) - MAJLIS PENYEMPURNAAN SIJIL KHATAM AL-QURAN / IQRA` - MAJLIS IFTHOR JAMAIE 6:25 PM - SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH - KULIAH MAGHRIB - SOLAT TERAWIH - MOREH - BERSURAI ACARA

Anda mungkin juga menyukai