Anda di halaman 1dari 1

Alat-alat Muzik Tradisional Di Malaysia Penciptaan alat-alat muzik diilhamkan melalui pemerhatian pada sumber alam dan menerusi

eksploitasi bahan-bahan semula jadi seperti kulit haiwan,tumbuhtumbuhan,tulang dan tanduk.Bermula hanya dengan bertepuk tangan,menghentakkan kaki,bersiul,mengetuk kayu dan sebagainya,alat muzik ini terus mengalami evolusi ke tahap yang lebih kompleks dan kompetetif. Pengaruh dan pertembungan budaya dari luar yang berlaku pada zaman-zaman perdagangan dan penjajahan banyak mempengaruhi alat muzik tempatan.Justeru lahirlah alat-alat muzik sinkretik yang terhasil daripada kepandaian menggabungjalin unsur-unsur luar,misalnya dari Timur Tengah,India,China dan Eropah,di negara ini dengan muzik rakyat dan muzik istana yang mendominasi aliran muzik pada zaman itu. . Berbilang asal usul telah melahirkan alat muzik tradisional yang pelbagai lantas

melahirkan warisan seni muzik yang kaya dan kompleks.Meskipun bersempadankan budaya masing-masing,namun ia berjaya membentuk identiti tersendiri dan menonjolkan ciri-ciri persamaan yang dapat dikongsi bersama oleh pelbagai kaum di negara ini.Alat-alat muzik membranofon,kordofon,idiofon dan erofon dimainkan menerusi laras persembahan yang hampir serupa,justeru memberi jiwa dan aspirasi ke arah pembentukan bangsa Malaysia berteraskan 1Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai