Anda di halaman 1dari 2

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM Yang Berbahagia Tuan Hajii Mustafa bin Abdul Hamid Pengarah Institut Perguruan Sultan Abdul Halim

Yang Berbahagia Encik Mansor bin Abdullah Ketua Unit Jabatan Seni Visual Yang Berbahagia Ketua-Ketua Jabatan; Para peserta Pameran Ekspresi Muda 2012; Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekalian. Assalamulaikum warahmatulahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. 1. Terlebih dahulu bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita sekali lagi berkumpul di galeri seni ini bagi menyaksikan satu lagi aktivitiaktiviti yang diadakan pada petang ini. 2. Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah kita kerana sudi hadir dan akan merasmikan majlis kita pada petang ini. Terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada pihak penganjur kerana telah berjaya merealisasikan pameran ini untuk menyemarakkan aktiviti seni di kalangan warga IPSAH amnya dan Jabatan khususnya. Hadirin sekalian 3. Pameran Ekspresi Muda ini telah diilhamkan berdasarkan Visi Jabatan Seni Visual iaitu untuk menjadi penggerak utama dalam pedagogi guru pra perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan. Selain untuk melengkapkan bakal guru dengan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam bidang pengurusan, pengelolaan dan penyelidikan berkaitan proses serta kajian seni. Saya merasakan bahawa tentunya, jika kita benar-benar komited dalam menjayakan visi ini, sudah tentu kumpulan sasaran yang perlu diberi penekanan tentang aspek kesenian adalah warga IPSAH sendiri. 4. Bagi saya, terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak, baik di pihak pengurusan atau di Jabatan Seni visual sendiri, untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta kepakaran terhadap keindahan seni visual dalam kehidupan kita seharian serta kepada sekeliling kita. Dalam hal ini, pameran Ekspresi Muda 2012 ini merupakan satu landasan yang sesuai untuk semua Warga Jabatan Seni Visual, memanifestasikan budaya seni dalam kerja seharian. Ini kerana saya percaya terdapat banyak bakat-bakat seni dan kreativiti di kalangan Warga Pelatih di bawah Jabatan Seni Visual yang mana pada sebelum inimasih belum ditonjolkan lagi. Oleh itu, dengan penganjuran pameran ini juga bersifat serampang dua mata, yang mana apabila bakat kesenian yang dapat ditonjolkan akan diberi pendedahan dalam majlis ini.

Hadirin sekalian 6. Dalam kesibukan kita bertugas seharian di pejabat ada ketika dan waktunya kita memerlukan masa bagi mengurangkan rasa stres, penat dan sebagainya. Salah satu kaedah bagi mengurangkan sindrom yang saya sebutkan itu adalah melalui penghayatan dan pelaksanaan aktiviti kesenian yang mampu mengurangkan rasa penat, kecewa dan stres di tempat kerja. Melalui penglibatan aktiviti kesenian ini, kita juga dapat memupuk silaturahim sesama kita di samping memperkayakan pola perhubungan dengan orang lain sama ada dalam lingkungan organisasi kita mahupun luaran. Kesempatan ini juga membolehkan kita mempelajari sesuatu perkara baru ataupun memperbaiki lagi bakat yang sedia ada yang tertanam dalam diri kita. 7. Oleh yang demikian, saya ingin menekankan disini bahawa penganjuran Ekspresi Muda ini ialah agar ia dapat merealisasikan visi dan misi NRE menerusi penterjemahan budaya dan seni dan seni budaya sebagai metodologi merangsang pencapaian matlamat Jabatan Seni Visual dan memperkasakan silaturahim. Hadirin yang dihormati sekalian 8. Saya amat gembira apabila mendapat tahu bahawa sambutan yang diterima daripada jabatan-jabatan di bawah IPSAH terhadap pelaksanaan Pameran Ekspresi Muda 2012 ini cukup memberangsangkan. InsyaAllah selepas ini kita akan berpeluang melihat lebih banyak hasil karya pelajar dalam pelbagai bidang yang telah dipelajari seperti mencetak, pualaman, diorama, penghasilan lukisan 2D dan sebagainya. Syabas diucapkan kepada semua yang memperlihatkan persembahan kesenian mereka. 9. Persembahan yang berkualiti bukan sahaja memerlukan pemikiran yang kreatif tetapi ia turut menuntut pengorbanan dari segi masa, tenaga, wang ringgit, persefahaman yang jitu antara ahli-ahli sesebuah kumpulan dan sebagainya. Itulah yang boleh kita pelajari dan peroleh apabila kita melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti ini. Selain daripada itu, dengan adanya aktiviti kesenian seumpama ini ia diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat seni yang ada di kalangan warga sesebuah jabatan mahupun setiap pelatih di IPSAH ini. Hadirin sekalian 10. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang telah mempamerkan hasil karya kesenian mereka sepanjang pameran ini yang telah berlangsung pada 29 April yang lepas. 11. Kepada Tuan Pengarah serta Ketua-Ketua Jabatan yang telah hadir pada petang ini terima kasih diucapkan sekali lagi kerana sudi hadir meluangkan masa untuk bersama-masa memeriahkan lagi Majlis Perasmian Pameran Ekspresi Muda 2012. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai