Anda di halaman 1dari 3

BILA DAN BAGAIMANA SAYA PERLU BERTINDAK 1. RINGKASAN MENGAJAR a) Semua Rancangan Tahunan dipecahkan topik/kemahiran mengikut penggal.

Semua Rancangan hendaklah siap/lengkap tidak lewat daripada 31 Januari tahun berkenaan. c) Ringkasan Mengajar hendaklah lengkap dan kemas setiap masa. d) Rancangan Pengajaran dalam Buku Ringkasan mengajar ditulis dengan tangan atau disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. [rujuk Pekeliling Ikhtisas BIL. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran]. e) Hanya catatan yang bersabit dengan pengajaran dan keperluan tertentu sahaja patut disimpan di dalam buku ringkasan mengajar guru. f) Bagi semakan Guru Besar atas rancangan mengajar minggu akan datang ringkasan mengajar yang lengkap perlu dihantar ke pejabat sekolah pada hari akhir minggu sebelumnya. g) Tiap-tiap guru bertanggungjawab atas keselamatan, kekemasan dan kebersihan buku ringkasan mengajarnya.

b)

2.

UJIAN BULANAN a) Dijalankan mengikut Takwim Sekolah dalam Buku Panduan Persekolahan 1985 yang dibekalkan. b) Banyaknya soalan adalah bergantung kepada masa yang dirancangkan oleh guru matapelajaran tersebut selaras dengan panduan dari Panitia Matapelajaran. c) Soalan-soalan ujian hendaklah diisi ke dalam buku Ringkasan Mangajar [Ruangan khas]. d) Pencapaian dalam ujian ini hendaklah direkodkan ke dalam buku-buku rekod tertentu seperti yang diamalkan. e) Ujian ini ialah untuk menguji/menilai atas kemahiran /topik yang telah diajar. Guru perlu membuat analisa pencapaian ujian ini dan tindak pulih di ambil selanjutnya atas kemahiran pencapaian. f) Hanya matapelajaran penting/teras sahaja diuji dalam Ujian Bulanan ini seperti : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Agama Islam. BUKU LATIHAN DAN BUKU KERJA MURID

3.

a)

4.

Semua buku latihan dan buku kerja hendaklah kemas lagi bersih. Kerja-kerja hendaklah bersistematik seperti : tuliskan tarikh, tajuk dan hari pada tiap-tiap latihan dan nota yang dicatat. b) Latihan serta kerja rumah murid hendaklah disemak dan diperiksa oleh guru dengan segera, tidak melebiji dua hari, setelah kerja dibuat oleh murid. Catatkan tarikh kerjakerja tersebut diperiksa. Catatan juga perlu dibuat di dalam buku murid atas kebaikan maupun kecuaian murid seperti; Baik, Kerja kamu tidak siap dan sebagainya yang boleh memberi teladan dan pengajaran yang baik kepada murid. c) Guru adalah digalakkan menggunakan pen Dakwat Merah apabila memeriksa kerja-kerja yang dibuat oleh murid. d) Hanya buku latihan sekolah ataupun buku latihan tambahan sahaja digalakkan. e) Gunakan masa rehat [free period] ataupun di rumah untuk memeriksa buku-buku murid kecuali ada masa-masa tertentu sahaja yang memerlukan pemeriksaan dibuat di dalam kelas bersama murid. FAIL PERIBADI MURID a) Borang kawalan yang diberi hendaklah diberi tiap-tiap awal tahun [bulan Januari] kecuali ada perubahan-perubahan tertentu seperti pertukaran alamat tempat tinggal dan sebagainya. b) Semua dokumen berkaitan dengan murid seperti surat dari penjaga, surat doktor disimpan dalam fail tersebut [bukannya di dalam buku ringkasan mengajar guru ataupun jadual kedatangan kelas]. Rekod profail, kad kemajuan, Kad 001R dan Kad Kesihatan juga disimpan di dalam fail tersebut. c) Apabila ada murid bertukar keluar fail berkenaan hendaklah dihantar ke pejabat dengan segera untuk dibuat semakan perkara-perkara tertentu. d) Apabila ada murid bertukar masuk, sebuah fail kiranya murid tersebut belum ada fail hendaklah diadakan dan borang kawalan hendaklah diisi bagi murid berkenaan]. e) Sekiranya berlaku sebarang kesulitan bersabit dengan [FPB] rujukkan dengan Guru Penolong Kanan.

f)

Fail tersebut hendaklah selalu kemas dan up to date. g) Fail-fail tersebut adalah di bawah kawalan guru darjah. Ianya hendaklah dihantar ke pejabat apabila sekolah akan tutup kerana cuti penggal. h) Keselamatan Fail Peribadi Murid ini adalah di bawah tanggungjawab guru kelas.

BILA DAN BAGAIMANA SAYA PERLU BERTINDAK 5. FAIL LEMBARAN KERJA MURID [KBSR]

a)

Pastikan tiap-tiap orang murid mempunyai fail-fail yang cukup untuk menyimpan kerja mereka : 1 fail untuk Bahasa Melayu 1 fail untuk Bahasa Inggeris 1 fail untuk Matematik 1 fail untuk Sains 1 fail untuk Pendidikan Agama Islam / Moral dan lain-lain fail yang berkaitan dengan matapelajaran yang diajar.

b) Fail-fail hendaklah disimpan di dalam kelas. Ianya disimpan mengikut kumpulan dan mata pelajaran. c) Murid-murid hendaklah dilatih cara dan masa mengambil dan menyimpan fail-fail tersebut dengan bersistematik. d) Semua lembaran kerja murid hendaklah disimpan di dalam fail-fail tersebut mengikut mata pelajaran. e) Fail-fail hendaklah dihantar kepada penjaga murid untuk disemak dan ditandatangani isi kandungannya iaitu lembaran-lembaran kerja bagi satu unit pembelajaran; maksudnya ; Bila satu-satu unit pembelajaran tamat, suatu penilaian kemajuan hendaklah diberi. Kemudian semua lembaran kerja bagi unit berkenaan diketipkan. Helaian yang di bawah sekali hendaklah dikepilkan dangan borang Penilaian Kemajuan yang mana akan dibekalkanj oleh sekolah melalui Penyelaras KBSR sekolah. f) Supaya tidak keliru dan senang disemak, tiap-tiap lembaran kerja hendaklah dituliskan unit dan bilangannya. Contoh : LK : 4. 1. 3. MATEMATIK Tarikh : ................................................. Nama : ................................................... Pengertian di atas : 4. bererti unit pembelajaran 4. 1. bererti kelompok satu atau kemahiran 1. 3. bererti lembaran atau latihan ketiga. 6. g) Ibu bapa atau penjaga hendaklah menandatangani di tempat-tempat yang disediakan, di kulit fail murid. CUTI SAKIT ATAU BERKURSUS a) Bagi kakitangan yang mendapat Sijil Tidak Layak Bekerja dari Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta hendaklah ianya memberitahu dengan segera kepada Guru Besar/Penolonjg Kanan. b) Sijil tersebut hendaklah diserah terus kepada Guru Besar apabila sahaja guru berkenaan balik bertugas semula di sekolah. c) Bagi guru yang diarah menghadiri kursus dalam masa persekolahan ianya hendaklah mengisi borang khas sekolah yang telah disediakan dan diserahkan kepada Guru Penolong Kanan sebelum guru itu menghadiri kursus. d) Semua guru adalah dimestikan menghadiri kursus dalam perkhidmatan sekiranya diarah walaupun dalam masa cuti penggal sekolah kecuali sebab-sebab yang sangat mustahak dan tidak dapat dielakkan dengan kebenaran Guru Besar.

LANSKRMM2007