Anda di halaman 1dari 3

'A Moment To Remember' - Anna Althafunnisa Sel, 29 Mei 2012 12:20 | Khairunnisa Assila | Khairunnisa Assila Print alt

Tweet

Golongan remaja hari ini begitu mengagungkan dan memuja para artis kerana pada tanggapan mereka golongan ini merupakan ikon yang baik. Malang sekali, tidak ramai daripada golongan artis ini yang sememangnya layak dijadikan ikon bagi para remaja. Majoriti mereka mempunyai akhlak dan moral yang tidak baik, imej yang dicemari skandal negatif serta sering mempromosikan budaya tidak sihat kepada remaja.

Justeru, golongan remaja perlu dipandu untuk memilih ikon yang sebenar, yang mampu menunjukkan kepada mereka ciri-ciri Muslim cemerlang dan berkredibiliti. Ikon seperti ini perlu ditonjolkan dan diketengahkan bagi membolehkan mereka bersinar di mata masyarakat, terutamanya remaja. Ikon sebenar ini juga perlu didekatnya dengan masyarakat supaya jurang antara mereka dapat dirapatkan.

Oleh itu, Oki Setiana Dewi dan Wardina Safiyyah merupakan 2 ikon selebriti muslimah yang patut dijadikan ikutan. Kisah hidup dan pengalaman mereka perlu dikongsi dan dijadikan pedoman untuk semua wanita diluar sana.

Oki Setiana Dewi yang berasal dari Batam, Kepulauan Riau pada 13 Januari 1989 ini merupakan cahaya mata kepada pasangan berdarah Palembang iaitu Suliyanto dan Yunifah Lismawati. Beliau mendapat ijazah pertamanya dari Fakulti Kemanusiaan, Universitas Indonesia pada tahun 2012. Kini, beliau sedang mempersiapkan diri untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga kini menjalani ruti harian di Institut Tahfidzul Qur'an untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. Beliau telah lama melibatkan diri dengan dunia hiburan di Indonesia. Walau bagaimanapun, pada tahun 2005 beliau mengambil keputusan untuk berhijrah dan tampil dengan imej bertudung dan menutup aurat. Bintang beliau makin bersinar selepas melakonkan watak Anna Althafunnisa dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Beliau juga merupakan seorang penulis. Beliau telah menghasilkan dua buah buku, Melukis Pelangi (2011) dan Sejuta Pelangi (2012) yang telah menjadi best seller di Indonesia.

Wardina Safiyyah pula adalah antara selebriti popular terkenal Malaysia. Wajahnya dikenali ramai, personalitinya cukup disenangi. Wardina dikenali dan sinonim dengan imej seorang ibu yang prihatin dan sering menjadi ikutan ramai remaja wanita dan ibu muda. Di sebalik kelembutannya, Wardina juga dikenali sebagai seorang lantang dan tegas bersuara. Wardina tidak gentar dalam membicarakan apa yang benar. Beliau merupakan seorang bekas pelakon.

Wardina bermula beraksi di hadapan kamera seawal umur 6 tahun dan pengalaman kerja membawanya mengembara ke Hong Kong, Indonesia, dan Australia. Di kemuncak popularitinya Wardina mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk memakai hijab. Walaupun ramai yang menganggap kerjayanya akan terkubur namun sebaliknya berlaku.

Kini Wardina bergiat aktif menyertai pelbagai program kemasyarakatan bersama NGO, badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk bersama-sama berganding bahu, bersama sesiapa sahaja bagi mengajak masyarakat mengubah diri dan pemikiran kepada perkara-perkara yang positif dan baik. Wardina juga gemar menghabiskan masanya menyertai program-program ilmu dan agama secara tidak formal untuk memantapkan diri sebagai seorang Muslim.

Oleh yang demikian, One Heart Creative solution dengan kerjasama beberapa rakan media dan penganjur mengambil inisiatif untuk mengadakan ' A Moment to Remember with Oki Setiana Dewi dan Wardina pada 9 Jun 2012 bertempat di Dewan Centrum, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada jam 8.15malam hingga 11.00malam.

Yuran pendaftaran yang dikenakan untuk setiap peserta ialah RM40 seorang dengan diskaun 10% sekiranya mendaftar 5 orang dan ke atas. Pembayaran pula boleh di buat ke salah satu akaun di bawah :

1) Maybank2u : 164799143178 (Hidayatul Karimah) 2) CIMB : 12190000848103 ( One Heart Creative Solution )

Setelah membuat pembayaran, peserta diminta untuk mengisi borang pendaftaran disini http://rkurl.com/daftarosd . Pihak One Heart Creative Solution akan mengemelkan tiket penyertaan selepas pendaftaran anda di sahkan. Sebarang masalah dan maklumat lanjut, boleh hubungi Cik Shahidat di talian 0146222965 atau emelkan di alamat event@oneheartsolution.com .

Akhir sekali, untuk akhawat sekalian , jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk mendapatkan harga 'early bird' sebelum 31 Mei ini .

Anda mungkin juga menyukai