Anda di halaman 1dari 10

Tema 5: Pendidikan

5.1: Konsep Pendidikan

i. Berikan konsep pendidikan mengikut kronologi relatif perkembangannya


dalam tamadun awal.

ii. Jelaskan maksud atau konsep pendidikan yang berasaskan akal dan
pancaindera yang melahirkan pendidikan berbentuk

a. agama

b. sekular di dalam tamadun awal manusia

5.2: Dasar Pendidikan

Huraikan dasark pendidikan yang wujud dalam tamadun awal dengan memberi
perhatian kepada:

a. Matlamat dan peringkat

b. Proses asal usul perkembangannya

c. Perubahan, kesinambungan dan perkembangannya.

5.3: Institusi Pendidikan

i. Senaraikan jenis-jenis institusi yang terdapat dalam tamadun awal manusia.


Antaranya ialah di tempat ibadat, istana, rumah guru, sekolah, kolej dan
universiti (contohnya : India di Nalanda)

ii. Tunjukkan dalam tamadun manakah satu-satu jenis institusi yang


disenaraikan itu wujud.

iii. Galurkan asal usulnya dan perkembangannya

iv. Tunjukkan cara bagaimana pendidikan itu disampaikan sama ada secara
formal atau tidak.

5.4: Kurikulum

i. Senaraikan bidang yang diperkenalkan di institui pendidikan dalam tamadun


awal

ii. Jelaskan konsep bidang-bidang sedemikian dititik berat

iii. Galurkan asal usul dan perkembangannya

iv. Senaraikan bidang-bidang ko-kurikulum yang diperkenalkan di institusi


pendidikan

v. Jelaskan kenapa ia diperkenalkan


All The Best
vi. Galurkan asal usul dan perkembangan

vii. Jelaskan konsep disiplin dalam pendidikan di tamadun awal

viii.Tunjukkan bentuk disiplin yang dipraktikkan

Tamadun Greek

Greek mempunyai dua buah bandar besar iaitu Sparta dan Athens yang mempunyai
dasar pendidikan yang berlainan. Di Sparta, pendidikan adalah tugas negara. Kaum
lelaki adalah menjadi milik negara. Setelah seorang ibu melahirkan anak, bayi itu
akan diserahkan kepada suatu Jemaah Kaum Tua ( Council of Older People). Di sini
bayi itu akan diperiksa dengan teliti untuk memastikan sama ada akan menjadi
seorang yang tegap, kuat dan sihat bila dewasa nanti. Mereka berpendapat bahawa
orang yang lemah tidak boleh menjadi benteng negara. Jika seseorang bayi itu tidak
dapat memenuhi syarat-syarat tertentu , maka bayi itu akan dibunuh atau akan
dibuang di pergunungan atau tempat yang terpencil dengan tujuan kanak-kanak itu
akan menemui ajalnya dengan sendiri atau dimakan oleh binatang buas.
Sebaliknya, jika kanak-knak itu memenuhi syarat-syarat yang ditentukan dan
dijangka akan menjadi seorang yang berguna kepada untuk masa hadapan, kanak-
kanak itu akan diserahkan semula kepada ibu bapanya untuk dijaga hinggalah
berusia 6 tahun. Bila telah mencapai umur 6 tahun dia akan dihantar ke tempat
pendididkan khas yang dinamakan ‘Badan Kebajikan Masyarakat’. Di situlah dia
diberi makan dan pendidikan yang secukupnya. Dari umur 8 tahun hingga 18 tahun,
kanak-kanak yang tinggal diberek awam itu diberi latihan fizikal seperti berlari,
melompat, bergusti, bertinju dan sebagainya. Dari umur 18 tahun hingga 20 tahun,
dia akan diberi latihan-latihan untuk menghadapi peperangan. Apabila umurnya
meningkat ke-30 tahun, dia diberi tugas untuk mengawal tempat-tempat yang telah
ditentukan oleh pemerintah bagi menghadapi sebarang kemungkinan atau
ancaman kepada negara. Kanak-kanak perempuan juga diberi pendidikan
menguatkan fizikal supaya menjadi sihat dan tegap agar dapat melahirkan
keturunan yang sihat dan kuat bila berkahwin nanti.

Tujuan pendidikan di Sparta jelas sekali untuk mendidik kanak-kanak supaya


menjadi seorang yang berani, tunduk kepada tatatertib, taat kepada pemimpin dan
dapat menahan nafsu dan cinta kepada negara. Bagi mencapai tujuan tersebut,
cara yang dilakukan ialah:

a. memberikan pendidikan jasmani yang keras bagi membentuk tubuh yang


kuat dan tahan menderita

b. memberikan pendidikan bidi pekerti untuk mendapatkan sifat-sifat taat,


patuh, sederhana, tahu menahan nafsu dan cinta kepada negara.

c. Mengabaikan pendidikan rohani.

All The Best


Di Athens pula peluang pendidikan diberikan kepada semua golongan, cuma bagi
golongan kelas bawahan mereka hanya berpeluang mendapat pendidikan membaca
dan jasmani sahaja. Warga Athens menitikberatkan pendidikan ilmu pengetahuan.
Seseorang itu akan menjadi warganegara yang baik jika dia mempunyai ilmu
pengetahuan. Pada peringkat awal, kerajaan tidak mengambil berat dalam
mendidikan sekolah dan membiayai kanak-kanak miskin dan juga membayar gaji
guru. Pendidikan kanak-kanak diusahakan oleh ibu bapa kanak-kanak itu sendiri.
Dari lahir hingga berumur 7 tahun kanak-kanak itu dijaga oleh ibu bapanya. Bila
berumur 7 tahun, mereka mula berguru mengikut bidang yang dipelajari. Seorang
guru untuk satu bidang. Corak pengajaran terpulanglah kepada guru itu sendiri.
Pelajaran diberi di bilik khas yang disediakan oleh guru mereka. Gaji guru dibayar
oleh ibu bapa mereka dan nilai bayaran itu terpulanglah kepada taraf kedudukan
dan kemampuan ibu bapa. Bila berumur 11 tahuyn, mereka menduduki ujian yang
berupa ujian jasmani dan akal. Jika berjaya, mereka akan diletakkan dalam
golongan warganegara dalam latihan (Citizen-cadet). Pada tahap ini mereka
menjalani latihan tentera selama 2 tahun. Pada akhir latihan ini mereka akan
menduduki ujian dan jika lulus, mereka akan disahkan menjadi warganegara penuh
( full citizenship), sistem pendidikan begini telah melahirkan ramai ahli falsafah.
Dengan itu jelaslah bahawa tujuan pendidikan di Athens adalah untuk mencapai
keseimbangan antara rohani dan jasmani – hidup dengan harmonis. Setiap
warganegara hendaklah setia kepada negaranya.

Tamadun Rom

Sejarah pendidikan Rom mempunyai 3 peringkat iaitu:

a. pendidikan zaman kuno (530 SM – 250 SM)

b. pendidikan zaman peralihan (250 SM – 159 SM)

c. pendidikan zaman baru/moden (zaaman keemasan dan zaman kemerosotan)

Pada zaman Rom kuno, tidak terdapat sekolah sebagai institusi pendidikan.
Kanak-kanak dididik di rumah. Mereka belajar mematuhi dan mencontohi orang
tuanya dalam segala hal terutamanya kelakuan. Pada kira-kira tahun 450 SM
barulah wujud sekolah untuk belajar membaca dan menulis tentang agama dan
undang-undang negara ( yang terkenal pada masa itu ialah Undang-Undang Dua
Belas). Setiap kanak-kanak dikehendaki menghafal dan mengingat kandungan
undang-undang itu dan pelajaran undang-undang itu menjadi asas bagi
perkembangan kesusasteraan Roman masa itu. Pada zaman peralihan iaitu pada
peringkat permulaannya, sekolah rendah mula didirikan yang dipanggil juga sebagai
‘Sekolah Sastera’. Sekolah ini belum dipengaruhi oleh pengaruh Greek. Di sekolah
ini kitab Odisa diajar kepada kanak-kanak yang ditulis dalam bahasa Latin.
Beberapa tahun selepas itu didirikan sekolah-sekolah pidato dan pelajaran nahu
Greek. Akhirnya sekolah-sekolah itu bertukar menjadi sekolah Latin. Pada zaman
baru/moden Rom iaitu di peringkat Rom mencapai zaman keemasan, cara

All The Best


pendidikan Greek telah mempengaruhi pendidikan Rom hinggakan sekolah
nahu/berasaskan bahasa dan retorik yang dihasilkan dari kebudayaan Greek itu
telah berkembang pesat di Itali (hingga kezaman pemerintahan Julius Ceasar) dan
akhirnya telah menjadi sekolah rasmi dengan mendapat bantuan kewangan dari
pemerintah.

Tujuan sekolah-sekolah itu didirikan adalah untuk mengajar membaca dengan


secukupnya dan mengarang dengan teliti. Kanak-kanak itu juga diajar kitab-kitab
karangan penulis-penulis terkenal Rom, Greek dan Mesir Tua. Sekolah pidato juga
didirikan dengan tujuan untuk mendidik anak-anak muda yang meningkat umur 15
tahun dan yang telah tamat pelajarannya di sekolah rendah. Mereka yang belajar di
sekolah ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan yang ingin bekerja sebagai
peguam, ahli politik dan dalam jabatan-jabatan penting. Walau bagaimanapun
pendidikan serupa ini terhad di kalangan sedolongan kecil orang Rom sahaja. Selain
dari latihan pidato, terdapat juga pelajaran lain seperti pelajaran mekanik, ilmu
falak, ilmu falsafah, muzik dan nyanyian.Perlu ditekankan di sini bahawa pada
zaman republik Rom, kanak-kanak diajar membaca, menulis, bermain pedang dan
berenang oleh ibu bapa secara peribadi. Pengajaran membaca biasanya
dipertanggungjawabkan kepada paedagogus (seorang hamba yang berfungsi
sebagai pembimbing, penjaga dan hamba kepada kanak-kanak di bawah jagaan
mereka). Secara keseluruhannya, pendidikan di Rom ini lebih menekankan kepada
tiga kemahiran iaitu membaca, menulis dan mengiraPada zaman kemerosotan
Rom iaitu pada kurun Pertama Masihi (zaman keruntuhan kerajaan republik),
pendidikan turut merosot akibat kelemahan kerajaan. Kerajaan yang lemah
mengakibatkan kurang penekanan atau perhatian terhadap bidang pendidikan.

Tamadun Mesir

Pendidikan dalam zaman tamadun Mesir purba telah wujud sejak 1000 tahun
sebelum Masihi lagi atau lebih ketara pada Zaman Pertengahan Mesir, Pendidikan
pada masa itu terbahagi kepada peringkat rendah dan menengah. Ia dikelolakan
oleh golongan agama. Dalam erti kata lain, sekolah terletak dalam kuil yang juga
dikenali sebagai ‘Sekolah Kuil’ yang dikatakan ada kaitan dengan rumah kehidupan
( maksud rumah kehidupan ialah bangunan yang di dalamnya disimpan dan tempat
menyalin buku). Sekolah dalam tamadun Mesir purba hanya untuk orang lelaki
sahaja. Sekolah banyak terdapat di Memphis dan Thebes. Selain dari padri, tenaga
pengajar juga terdiri daripada penulis yang ingin menambahkan pendapatan. Walau
bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak Mesir tidak suka ke sekolah. Kebanyakan
mereka lebih gemar belajar berniaga daripada bapa mereka. Kanak-kanak
perempuan pula menolong ibu membuat kerja-kerja rumah. Bagi anak-anak kaum
bangsawan, mereka diberi pelajaran di rumah. Bila mereka remaja, mereka
didedahkan dengan pelajaran intelektual, sosial dan rohani oleh orang dewasa
untuk menjaga reputasi sebagai orang yang lebih pandai.Tujuan pendidikan ialah
menyediakan dan memberikan berbagai pelajaran tentang kehidupan sehari-hari.
Mata pelajaran yang dipelajari ialah matematik, mekanik, binaan, ukiran, lukisan,
All The Best
muzik dan lain-lain lagi. Pada peringkat Pendidikan Rendah, umur 6 tahun
merupakan permulaan bagi seseorang kanak-kanak menimba ilmu. Mereka belajar
selama 6 jam sehari sama ada di rumah ( guru dijemput datang) atau dihantar ke
sekolah. Pendidikan peringkat ini meluas sekali di Mesir. Ada ramai guru yang
sanggup mengajar secara sukarela dan telah berpuas hati dengan mendapat
ganjaran yang sedikit. Pelajaran yang diajar ialah membaca, menulis, dan mengira
..Mereka mempelajari tiga bentuk tulisan Mesir dengan cara menyalin sahaja. Alat
yang digunakan untuk menulis ialah batu atau kepingan kayu yang diseliputi plaster
yang boleh dibasuh (guna semula)

Pada peringkat Pendidikan Tinggi, hanya golongan bangsawan dan atasan sahaja
yang berpeluang belajar pada peringkat ini.Kanak-kanak yang berusia 9 dan 10
tahun layak untuk memasuki peringkat tinggi ini.Pusat pendidikan ialah di kuil-kuil
yang terrdapat di bandar-bandar. Antara kuil yang masyhur ialah Minfitah, Ra’,
Amoon dan Musion. Musion merupakan sebuah sekolah tinggi di Iskandariah dan
menjadi tumpuan ahli falsafah dan ulamat dari Timur Tengah dan Greek. Tujuan
pendidikan peringkat tinggi ini ialah untuk membolehkan penuntutnya menjalankan
tugas sehari-hari di samping mendapat ilmu dalam bidang pertukangan tangan dan
kesenian. Penekanan diberi kepada pelajaran tentang bagaimana hendak menulis
surat, dokumen undang-undang dan belajar mata pelajaran Sejarah, Kesusasteraan,
Agama, Bahasa, Ukuran, Kejuruteraan, Geografi, Simpan kira, Matematik, astronomi
dan Perubatan. Bukti menunjukkkan bahawa peperiksaan telah diadakan tapi tidak
pasti di peringkat mana. Penuntut-penuntut akan mengambil pelajaran yang ada
kaitan dengan kecenderungan atau minat mereka. Umpamanya, jika mereka
meminati bidang kesusasteraan, mereka akan belajar tulisan-tulisan Mesir purba
seperti Hiroglafi, Hiratiqi dan Demotiqi di samping Ilmu Falsafah dan Undang-
undang. Bagi yang meminati lapangan teknikal.. mereka haruslah mempelajari Ilmu
Matematik, ilmu berkaitan dengan alat-alatan, Sejarah dan Agama. Bagi yang
meminati bidang perubatan, mereka akan belajar Ilmu tubuh Badan, Jampi dan
Sihir. Penuntut yang meminati bidang agama, mereka akan mendalami kitab-kitab
suci, hukum-hukum agama, Ilmu Falak dan Matematik. Bagi pelajar yang tidak
mampu, mereka hanya mengambil satu atau dua mata pelajaran sahaja. Pelajar
yang miskin boleh mencari penaja dari kalangan orang kaya ubagi membiayai
pelajaran mereka.

Dalam soal menuntut ilmu ini, seseorang kanak-kanak itu dikehendaki belajar
menulis dan membaca. Oleh kerana tulisan Mesir purba merupakan lambang-
lambang, bagi menguasai tulisan tersebut kanak-kanak itu belajar dengan cara
meniru tulisan gurunya dengan menggunakan papan batu. Apabila mereka
mencapai tahap mahir barulah mereka menggunakan kertas.Sebagai latihan,
kanak-kanak itu dikehendaki menyalin rangkap-rangkap syair, potongan hikayat-
hikayat lama, ayat-ayat dari kitab-kitab suci dan lain-lain lagi. Penuntut-penuntut itu
dilayan dengan keras. Pelajar yang mengabaikan tugasan akan dihukum dengan
berbagai siksaan seperti dirotan atau dibelantan. Guru-guru pula bersifat bengis.
Dengan kesalahan yang kecil sahaja pelajar itu akan ditengking dan dimaki hamun.
All The Best
Bagi kaum wanita, mereka hanya berpeluang belajar membaca, menulis dan
mengira pada peringkat rendah sahaja. Bagi wanita golongan atasan, mereka
didedahkan dengan pelajaran urusan rumah tangga. Lulusan peringkat tinggi itu
akan menjadi juru tulis, pengarang dan pedagang. Menjadi juru tulis merupakan
profesyen yang dipandang tinggi di Mesir kerana kebanyakan penduduk Mesir
adalah buta huruf dan juga kerana sistem kerajaan masa itu yang mementingkan
penyimpanan rekod. Juru tulis ini bekerjaan dengan kerajaan dan diberi gaji yang
tinggi.

Tamadun Mesopotamia

Dalam tamadun awal Mesopotamia, kuil bertanggungjawab terhadap penyebaran


pendidikan. Sekolah-sekolah wujud di dalam kuil. Di situlah kanak-kanak belajar
berbagai simbol dalam tulisan. Orang Sumeria menghantar anak-anak lelaki mereka
ke sekolah-sekolah. Kanak-kanak itu diajar membaca, menulis dan mengira. Mereka
menulis di atas tanah liat yang lembut ( yang boleh dikepal, dibentuk semula dan
diguna semula). Masa persekolah sangat panjang dan disiplin amat ketat. Kanak-
kanak itu dipukul jika tidak belajar. Pada zaman kegemilangan Baylon di bawah
pemerintahan Hammurabi mereka mengkaji ilmu nujum dan dari ilmu ini mereka
banyak mengetahui tentang ilmu bintang. Khatulistiwa dibahagi kepada 360 darjah
dan mencipta lambang 12 bintang. Mereka amat percaya kepada pengaruh bintang
ke atas kehidupan manusia. Pusat-pusat memerhati bintang ditubuhkan di seluruh
negeri dan buku-buku yang popular tentang bintang sangat dikehendaki oleh orang
ramai. Orang Sumeria terkenal dengan kepakaran dalam matematik, astronomi, dan
ukuran. Mereka juga telah membuat kod undang-undang. Kalendar mereka
berdasarkan kepada bulan dan sebulan mengandungi 28 hari. Melalui kemahiran
matematik, mereka melahirkan dua sistem kiraan iaitu sistem decimal
( berdasarkan unit 10) dan berdasarkan unit 60. Melalui sistem unit 60 mereka
mengira bulatan dan masa. Mereka merupakan orang yang pertama mencipta satu
pusingan jam mengandungi 60 minit dan bulatan 360 darjah.. Dalam ilmu
perubatan, mereka lebih jauh maju dari orang yang sezaman dengan mereka.
Sekurang-kurangnya 500 jenis ubat telah digunakan pada masa itu. Doktor-
doktornya menggunakan alat-alat yang dibuat daripada gangsa. Kain ataupun kulit
digunakan untuk menuam.

Tamadun India

Tamadun Indus adalah tamadun terawal yang muncul di India ( berkembang antara
tahun 3000 SM hingga 25000 SM dan lenyap pada kira-kira tahun 1500 SM). Tujuan
pendidikan pada masa itu ialah melahirkan manusia yang alim.Pendidikan pada
zaman itu berteraskan pelajaran yang terkandung di dalam beberapa veda. Semua
pengetahuan yang dipelajari adalah berkaitan dengan agama. Pendidikan
diwajibkan bagi semua yang ingin menjadi pendeta dan pendidikan ini dikendalikan
oleh pendeta. Apabila seorang pelajar telah menerima benang yang dianggap suci,
dia akan diletakkan di bawah jagaan seorang guru selama 12 tahun. Pada masa itu
pelajar tersebut akan menghafal semua veda dan belajar tentang astronomi.
All The Best
Apabila dia tua maka pengetahuan itu ditinggalkan dan hiduplah dia dalam alam
pertapaan untuk mendapatkan tingkat nirvana. Bahasa yang digunakan ialah
Sanskrit. Apabila tamadun Indus runtuh pada kira-kira tahun 1500 SM ( ada
beberapa sebab seperti kerana banjir dan pemusnahan hutan yang
menambahburukkan lagi bencana banjir dan juga serangan dan pembinasaan oleh
orang-orang Arya) muncul pula tamadun Vedik orang Aryan (1500 SM hingga 450
SM). Bangsa Aryan yang datang dari Lembah Ganges dan tersebar ke selatan dan
barat India itu telah memperluaskan lagi pengetahuan tentang agama dan sains.
Semua pengetahuan ini terkumpul dalam sutra-sutra yang ditulis dengan mudah,
pendek dan menarik untuk dihafal oleh kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun.
Pendidikan ini menolong meluaskan pengetahuan tentang kesusasteraan, agama
dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Hasil kesusasteraan yang
paling terkemuka ialah Dharma Sutra yang menyentuh tentang adat istiadat,
tingkah laku dan undang-undang semasa. Perkara ini menjadi asas kepada buku
perundangan Manu moden. Apabila agama Buddha berkembang di India, kuil-kuil
memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu agama Buddha khususnya
semasa diperintah oleh Asoka. Perkemabangan pesat dalam bidang agama ini telah
memunculkan sebuah universiti di Nalanda, India Selatan yang menjadi tumpuan
pengkaji agama ini bukan sahaja di sekitar India malah dari luar India seperti dari
Nusantara .

Tamadun China

Tamadun awal China yang telahpun mempunyai tulisannya yang tersendiri itu
membolehkan orang-orang China pandai menulis dan membaca tetapi tehad di
kalangan golongan bangsawan sahaja. Orang-orang China tamadun awal juga
mempelajari dan percaya kepada ilmu nujum . TamadunChina sangat menghargai
pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan dan membenci peperangan. Ibu bapa
China lebih gemar anak-anak mereka mengikuti kurikulum yang bercorak akademik
dan apabila lulus terus memasuki peperiksaan awam untuk bekerja sebagai
pegawai kerajaan. Peperiksaan ini dijalankan di bawah kawalan yang amat ketat
dan jika berlaku penipuan, hukumannya ialah hukuman mati. Perkembangan
pendidikan di negara China membawa kepada kemunculan ahli-ahli falsahanya dan
sebab itulah sering dikaitkan dengan ajaran dan pemikiran-pemikiran ahli-ahli
falsafah mereka seperti Confucius, Lao-tze, Chuang-tzu dan pendeta-pendeta
agama Buddha. Dengan penyebaran agama Buddha di negara China, terdapat
segolongan yang berminat terhadap pengkajian ilmu agama Buddha ini. Pengkajian
dilakukan di kuil-kuil dan kemudian cuba mendalaminya dengan menjelajah hingga
ke India seperti Hsuan-tsang. Pada zaman Dinasti Han, perkembangan ilmu menjadi
bertambah pesat. Di sinil muncul sarjana yang mengkaji buku-buku lama dan cuba
menghidupkan kembali kesusasteraan purba terutamanya oleh penyelidik-
penyelidik sejarah sarjana Han. Ahli-ahli sejarah juga membuat kajian tentang
zaman lampau melalui catatan-catatan yang tersimpan di istana. Dinasti Han juga
turut menghasilkan 3 buah kamus. Kelemahan Dinasti Han dan serangan orang-
oang tartar menyebabkan kemerosotan pendidikan di negara China.
All The Best
Tamadun Arab

Masyarakat Arab terdiri daripada orang Badawi ( pedalaman) dan Hadhari (kota).
Bagi masyarakat Badawi, tujuan pendidikan ialah untuk melatih dan menyediakan
diri untuk kehidupan sehari-hari. Kanak-kanak dilatih membuat pekerjaan orang
tuanya seperti membuat tempat kediaman, melawan musuh dan binatang
buas.Pendidikan rumah tangga amatlah dipentingkan. Mereka mempelajari cara-
cara mencari makanan, membuat pakaian, bertukang dan kesenian. Mereka juga
diberi didikan akhlak dan belajar tentang syair, mengenal keturunan, ilmu
mengecam bumi, perubatan dan mengenal arah mata angin. Oleh kerana
masyarakat Badawi itu buta huruf, ilmu-ilmu itu dipelajari melalui pengalaman dan
percubaan sendiri serta meniru dari orang yang berhampiran dengan mereka. Kaum
wanita Badawi juga diberi peluang belajar bersyair, berpidato, kesenian, rumah
tangga dan lain-lain lagi.

Di kalangan masyarakat Hadhari, puak Amaliqah di negeri Iraq lebih terkenal


dengan pendidikannya. Tujuan pendidikan dalam masyarakat itu ialah untuk melatih
kanak-kanak dalam berbagai jenis pekerjaan dan pelajaran pertukangan tangan
sebagai punca mata pencarian pada masa akan datang. Terdapat dua peringkat
pendidikan di kalangan masyarakat ini iaitu pendidikan permulaan dan pendidikan
tinggi. Pendidikan permulaan dijalankan di semua tempat dalam kota di Iraq.Kanak-
kanak diajar membentuk tulisan dengan cara meniru apa yang ditulis oleh guru
mereka. Bentuk tulisan ialah gambar-gambar benda dan lambang-lambang tertentu.
Sekolah tinggi pula biasanya didirikan di rumah-rumah berhala. Pada peringkat
sekolah tinggi, penuntutnya diajar pelajara mekanik, matematik, Ilmu Falak
Ketuhanan, Ilmu Kejadian, Kediktiran, Seni bangunan, Ukiran, lukisan,
Kesusasteraan dan Sejarah. Di tempat-tempat lain di tanah Arab seperti di Hijaz,
tradisi penyebaran ilmu pengetahuan hampir tiada. Majoriti masyarakatnya buta
huruf. Dianggarkan hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan
menulis..Mereka hanya mementingkan ilmu tentang kehidupan sehari-harian seperti
ilmu mengesan air, berperang, menilik nasib dan seumpamanya.

Tamadun Melayu

Sebelum kedatangan Islam, Alam Melayu menampakkan kejahilan dari segi


pendidikan. Ilmu tidak dipentingkan. Pengaruh Hindu dan Buddha meresap ke
dalam kehidupan sehari-hari masyarakat di samping pengamalan kepercayaan
animisme. Pelajaran tidak formal diajar di rumah tentang kehidupan sehari-hari.
Pendidikan di sini lebih kepada pendidikan tidak formal ke arah penguasaan cara
hidup atau mendapatkan kemahiran menerusi pengamatan dan latihan. Kanak-
kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapa menerusi pemerhatian dan latihan
dalam bidang pertanian, perikanan, pertukangan dan kraftangan. Kanak-kanak juga
diajar perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan kepercayaan, kelakuan,
adat resam, sopan santun dan cara berkawan. Nilai-nilai budaya murni diajar
kepada kanak-kanak melalui cerita-cerita lisan. Kanak-kanak mempelajari tentang
pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial. Kanak-kanak diajar
All The Best
supaya tidak bersikap sombong, tamak atau berbohong. Pendidikan informal juga
diberi melalui pantun, peribahasa dan teka teki..Ada juga yang mendalami agama
Buddha di kuil. Srivijaya pernah muncul sebagai pusat agama Buddha di rantau ini
dan menjadi tapak untuk melangkah ke pusat pengajian tinggi di India. Pendidikan
secara formal mula diperkenalkan apabila Islam berkembang di rantau ini dan
ditegaskan lagi semasa Barat menguasai tempat ini.

Tamadun Barat

Kejatuhan Empayar Rom pada kurun ke-5 telah membawa Eropah kepada Zaman
Gelap atau dikenali sebagai Zaman Pertengahan. Zaman ini berlangsung selama
1000 tahun. Pada awal Zaman Gelap ini berlaku perpecahan politik, kemerosotan
ekonomi dan kongkongan agama Kristian ke atas masyarakat. Agama Krisitian
semakin berpengaruh dalam masyarakat Eropah. Pihak gereja telah membekalkan
ilmu pengetahuan terutama tentang kerohanian dan persediaan untuk akhirat.
Rakyat tidak digalakkan mementingkan keduniaan.

Menjelang kurun ke-11 dan 12 beberapa perubahan besar telah berlaku ke atas
masyarakat Eropah pada Zaman Gelap itu termasuklah dalam bidang pendidikan.
Pertembungan dengan orang Islam di Sepanyol banyak mempengaruhi pendidikan
di Eropah. Pada kurun ke-11 telah wujud universiti di Cordova, Sepanyol. Dalam
kurun ke-12 kebanyakan orang Sepanyol boleh membaca dan menulis, berbeza
dengan England atau Perancis pada masa yang sama. Pada abad ke-13 pelajar-
pelajar dari seluruh pelusok Eropah yang ingin menuntut ilmu telah pergi ke gereja
besar lama dan sekolah biasa. Para guru telah menubuhka persatuan untuk
mengendalikan pelajar mereka yang ramai itu, sementara di kalangan pelajar juga
telah menubuhkan persatuan untuk meminjam guru-guru bagi membantu mereka.
Persatuan ini dikenali sebagai universiti. Dalam erti kata lain, konsep universiti di
Barat pada peringkat awal lahir sebagai kesatuan ahli-ahli akademik, guru dan
murid. Di Perancis, Universiti Paris (sekolah gereja) adalah sebuah sekolah yang
dipandang tinggi.Sekolah ini telah menetapkan peraturan untuk mengawal kelakuan
pelajarnya dan maktab yang berasingan disediakan sebagai tempat tinggal. Dengan
mencontohi Universiti Paris, Universiti Oxford di England telah ditubuhkan yang
kemudian telah menubuhkan cawangannya, Universiti Cambridge. Di universiti ini
dan universiti-universiti lain, gereja mengekalkan kuasa mengawalnya. Semua
tenaga pengajar di universiti-universiti itu adalah ahli gereja kerana pada Zaman
Pertengahan pendidikan terhad kepada golongan gereja. Mereka ini sering dikenali
sebagai ‘schoolmen’. Di semua universiti di Eropah, mata pelajaran utama adalah
sama. Tiga subjek utama yang diajar ialah tata bahasa (cara membuat ayat), logik
(cara untuk berfikir) dan retorik (cara untuk berucap). Ini dinamakan ‘trivium’ atau
‘threefold course’. Di samping 3 mata pelajaran asas itu terdapat juga ‘fourfold
course’ (quardrivium), mata pelajaran yang berkaitan dengan nombor seperti
aritmetik, geometri, astronomi dan muzik. . Kemudian barulah diajar tentang
perundangan dan perubatan. Fakta yang diperolehi amat terhad yang diambil dari
pendapat penulis agung zaman lampau seperti Aristitledan juga dari kitab Injil.
All The Best
Universiti Bologna di Itali berbeza dari universiti-universiti tadi. Universiti ini
diasaskan oleh penuntut sendiri dan bebas dari gereja. Sumber semua ilmu dicedok
dari zaman lampau. Penekanan kepada pelajaran undang-undang, bukan teologi.

Menjelang tahun 1500 M, Zaman Moden Awal Eropah bermula dengan berakhirnya
Zaman Gelap. Benua Eropah mula menempuh perubahan dan kemajuan dalam
pelbagai ilmu pengetahuan. Kebudayaan Eropah menempuh satu tahap
perkembangan dan peningkatan hasil daripada perhubungan dengan masyarakat
Islam di Timur Tengah. Pencapaian intelektual orang Arab dalam pelbagai bidang
seperti perubatan, algebra,astronomi dan geografi telah mempengaruhi masyarakat
Eropah.

Dalam abad ke-16 sekolah-sekolah telah diatur dan didisiplinkan mengikut cara
tradisi.Sekolah-sekolah banyak mengajar bahasa klasik yang begitu popular di
kalangan pelajar. Sekolah Grammer (satu-satunya sekolah kepunyaan Inggeris)
wujud di kebanyakan bandar. Selepas penindasan biara, setengah-setengah gereja
dan sekolah agama tua diterima semula oleh Raja Edward IV. Pedagang-pedagang,
orang profesional, anggota keluarga bangsawan dan gereja menghantar anak lelaki
mereka belajar di sekolah-sekolah ini. Di negeri-negeri Katholik, biara-biara
mengambil tempat mendidik kanak-kanak; golongan Jesiut menganggap ini sebagai
usaha penyebaran yang penting. Mereka juga menubuhkan sekolah-sekolah yang
tinggi standardnya.

Dalam abad ke-17 satu perubahan berlaku. Orang kaya dan berdarjat menghantar
anak-anak mereka kepada tutor persendirian. Kompromi antara tutor persendirian
dan guru sekolah grammer akhirnya telah melahirkan sebuah sekolah istimewa
yang dipanggil ‘sekolah publik’ iaitu sekolah untuk kanak-kanak kelas pemerintah.
Orang miskin tinggal mengikut cara mereka sendiri. Di setengah-setengah bandar,
anak lelaki buruh yang bijak mendapat pendidikan di sekolah murah melalui derma
tetapi cara ini bukanlah mudah. Umumnya pedagang-pedagang mahukan anak
lelaki mereka menerima biasiswa yang diberikan oleh dermawan-dermawan.

All The Best