Anda di halaman 1dari 12

Tema 6 : Intelektual

6.1 Konsep Ilmu

i. Jelaskan konsep ilmu dengan merujuk kepada pendapat ahli-ahli falsafah


Yunani, China dan Rom.

ii. Jelaskan konsep ilmu dengan merujuk kepada pendapat ahli-ahli agama.

iii. Jelaskan konsep ilmu mengikut pendapat golongan sekular di dalam tamadun
awal.

6.2 Sumber ilmu

i. Tunjukkan dari mana dan asal usul ilmu dan perkembangannya

ii. Rujukkan kepada contoh-contoh yang terdapat dalam tamadun awal tentang
sumber ilmu sama ada melalui akal dan pancaindera atau sumber lisan dan
tulisan melalui penelitian sejarah.

6.3 Perkembangan dan sumbangan

i. Tunjukkan melalui contoh sebenar bagaimana pertembungan berbagai


tamadun membawa kepada peningkatan aras keintelektualan. Contohnya
pertembungan antara tamadun Yunani dan Romawi, pertembungan antara
tamadun Greco Roman dengan Mesir dan Arab.

ii. Senaraikan asal usul perkembangan berbagai bidang ilmu seperti falsafah,
astronomi, matematik, astrologi, pertukangan, kejuruteraan, perubatan dan
undang-undang di dalam tamadun awal.

iii. Tunjukkan bagaimana bidang-bidang itu mempengaruhi perkembangan


bidang-bidang tersebut dalam tamadun manusia selepas 1800.

iv. Tunjukkan bagaimana kebangkitan dan perkembangan intelektualisme dalam


tamadun awal membawa kepada kelahiran aliran-aliran intelektual berbentuk
humanisme, nasionalisme, rasionalisme, individualisme dan absolutisme
dalam tamadun-tamadun tertentu.

v. Tunjukkan di mana dan bila aliran-aliran tersebut berkembang secara


relatifnya dalam tamadun awal.

vi. Tunjukkan pengaruh aliran tersebut kepada tamadun selepas 1800.

6.1 Konsep Ilmu


Pendapat ahli-ahli falsafah Yunani

Ahli-ahli falsafah dan pendidikan Yunani yang terkenal ialah Pythagoras, Socrates,
plato dan Aristotle.

Pythagoras (580 SM – 500 SM) menekankan latihan budi pekerti yang baik .
Katanya, budi pekerti yang baik lebih penting dari ilmu pengetahuan kerana
baginya semua orang cenderung kepada kejahatan. Beliau berpendapat, budi
pekerti diperolehi melalui pendidikan agama, seni suara dan ilmu pasti.. Pythagoras
juga menekankan bahawa harmonis harus ada di mana-mana sahaja dalam alam
ini, antara Tuhan dan manusia, antara rakyat dengan pemerintah, antara suami
dengan isteri , antara orang tua dengan anaknya, antara jiwa dengan raga, fikirann,
perasaan dan kemahuan.

Socrates (470 SM – 399 SM) merupakan ahli falsafah dari Athens yang amat
masyhur. Beliau menekankan pendidikan budi pekerti. Beliau juga mementingkan
fikiran (ilmu pengetahuan).Socrates mengjar menusia supaya berkelakuan dan
berakhlak baik, berfikir dengan bijak dan mengjar dengan cara yang menarik.

Plato (427 SM – 347 SM) merupakan ahli falsafah dari Athens dan anak murid
Socrates. Ideanya dapat ditimba melalui bukunya , ‘Republic’ Plato berpendapat,
manusia dijadikan Tuhan dengan kebolehan tertentu untuk mempelajari sesuatu.
Alam sekeliling penting untuk pendidikan. Untuk mendidik kanak-kanak, haruslah
disediakan alam sekeliling/ persekitaran yang sesuai kerana melaluinya kebaikan
boleh diperolehi. Dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, kanak-
kanak itu mestilah dilatih mengikut pelajaran yang disukainya. Guru tertentu
mengikut bidang harus disediakan. Umpamanya, jika kanak-kanak itu ingin menjadi
tukang kayu, dia hendaklah belajar dengan orang yang pakar dalam pertukangan.

Menurut Plato, pendidikan haruslah menghasilkan tiga golongan manusia iaitu Lehr,
Nehr dan Wehr. Bila seseorang itu telah tamat pengajiannya, orang yang dari
golongan Lehr menjadi pemimpin, golongan Nehr menjadi pekerja dan golongan
Wehr pula menjadi tentera.Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada
pembawaan bakat. Plato menginginkan perkara itu supaya tiap-tiap golongan
membuat sesuatu yang sesuai dengan potensi yang ada pada individu tersebut
sehingga akhirnya terbentuklah sebuah negara yang sejahtera dan masyhur.

Dari segi organisasi sistem pendidikan, Plato membahagikannya kepada 3 peringkat


iaitu rendah, menengah dan tinggi.Bagi peringkat rendah, beliau menyarankan agar
diajar mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan, muzik dan latihan jasmani. Bagi
peringkat menengah, kanak-kanak itu haruslah didedahkan dengan pelajaran yang
lebih luas lagi yang bersifat ilmu pengetahuan dan logik. Mata pelajaran yang
dicadangkan ialah Matematik, Geometri, Astronomi, Muzik dan Kesusasteraan. Bagi
peringkat tinggi yang merupakan lanjutan peringkat menengah, pelajar-pelajarnya
diberi latihan mentaakul (reasoning),mengguna dan menganalisis kebenaran idea-
idea yang diperolehinya. Pada peringkat inilah ahli seni dan falsafah mendapat
pendidikan. Matlamat pendidikan di sini ialah untuk melahirkan ahli fikir yang bijak
dan berguna kepad masyarakat.

Dari segi guru, Plato menyarankan agar diwujudkan jawatan guru ( pada masa itu
tiada jawatan guru khas. Yang ada hanya ahli falsafah/Sophist) dan diberi gaji oleh
pemerintah. Saranannya ini tidak diendahkan.

Aristotle (384 SM – 322 SM) merupakan anak murid Plato dan pernah menjadi guru
kepada Iskandar Zulkarnain. Pendapatnya berbeza dengan gurunya, Plato. Beliau
seorang yang berfaham realist sedangkan Plato berfaham idealis . Menurut
pendapat Aristotle, semua pengetahuan diperolehi dari luar iaitu melalui
pancaindera kerana padanya, manusia dilahirkan sebagai ‘tabula rasa’.

Aristotle berpendapat bahawa pemerintah hendaklah memerhati dan mengambil


berat tentang keadaan jasmani tiap-tiap orang kanak-kanak yang dilahirkan. Kanak-
kanak yang dilahirkan cacat hendaklah ditanam hidup-hidup kerana tidak akan
menguntungkan negara. Keluarga bertanggungjawab memberi pendidikan kepada
kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun. Selepas itu kerajaan harulah
mengmbilalih mendidik kanak-kanak tersebut.Kanak-kanak itu akan bersekolah dari
umur 7 tahun hingga 21 tahun.

Beliau menyarankan mata pelajaran yang diajar kepada pelajar yang belum
meningkat remaja ialah Latihan Jasmani, Kesusasteraan dan Nyanyian/Muzik.

Pendapat ahli falsafah Rom

Falsafah orang Rom berdasarkan ajaran Stoisisme yang dibawa oleh Zeno dari
Yunani. Stoisisme menitikberatkan keadilan, keberanian, perikemanusiaan dan
tanggungjawab. Menurut falsafah ini, segala yang berlaku di alam semesta ini
dirancang oleh suatu kuasa ghaib. Baik dan buruk nasib sesaorang dipengaruhi oleh
dua unsur iaitu hubungan harmoni dengan alam.

Pendapat ahli falsafah China

Kemajuan kebudayaan bangsa Chicna yang berkembang pada zaman sebelum


masihi hingga ke hari ini benyak dipengaruhi oleh fikiran-fikiran dan ajaran-ajaran
ahli-ahli falsafahnya dan pendita-pendita agama Buddha.

Ajaran Confucius/Kung Fu-tze (551 –479 SM) menekankan tentang harga diri dan
perasaan kemanusiaan. Perasaan kemanusiaan menganjurkan 5 kebaikan di dunia
iaitu amanah, rajin, bersifat mulia, berbudi bahasa dan bermurah hati. Rukun
kemasyarakatan yang diajar Confucius ini telah menjadi falsafah rasmi negara
China. Ajaran Confucius dimuatkan dalam buku ‘Analekta’ yang ditulis oleh
pengikutnya.

Confucius berpendapat bahawa :


1. Kebajikan yang sempurna hendaklah menjadi cita-cita pada seorang Chun-
tze. Hal ini boleh dicapai melalui sifat sopan santun, ikhlas, murah hati dan
rajin.

2. Segala tingkahlaku hendaklah sederhana, mengikut jalan pertengahan. Tiap-


tiap orang harus bertindak mengikut peraturan.

3. Untuk negara hendaklah ada taat setia, untuk keluarga hendaklah ada
hormat dari yang muda kepada yang tua, untuk diri perseorangan hendaklah
dia mendidik diri sendiri.

4. Raja-raja pada zaman dahulu dapat memerintah dengan jayanya kerana


mengikut teladan yang baik. Oleh itu sekiranya kita mahukan sebuah
masyarakat yang sempurna kita hendaklah berpandukan masa lampau.

Dari pendapat Confucius tadi, beliau mahu menghasilkan:

1. Bapa yang jujur

2. Ibu yang setia

3. Anak yang menurut perintah

4. Pegawai yang rajin

5. Pemerintah yang jujur

6. Raja yang bijaksana

7. Perajurut yang berani.

Mencius/Meng-tze (372SM – 289SM) , murid Confucius berpendapat bahawamanusia


adalah semula jadinya baik dan boleh hidup bukan sahaja dengan membuat
kebajikan tetapi juga dengan rasa tanggungjawab.

Hsun-tzu yang juga murid Confucius agaka berlawanan pendapatanya dengan


Mencius. Dia berpendapat bahawa manusia semula jadinya adalah jahat dan hanya
boleh mencapai kesempurnaan melalui didikan akhlak dan pengawasan manusia.

Lao Tzu dan Chuang Tzu telah membawa ajaran Taoisme. Ajaran ini dimuatkan
dalam buku ‘Tao Te Ching’ dan ‘Chuang Tzu’.Ajaran Taoisme menyarakan supaya
menusia tidak mementingkan keduniaan. Seseorang perlu mencari jalan
kebahagiaan dengan mengasingkan diri daripada peraturan duniawi. Dengan cara
itu seseorang akan hidup dengan aman tanpa gangguan. Menurut ajaran ini,
manusia harus hidup secara sederhana, memakan makanan tertentu, menghafal
kitab Taoisme dan melakukan meditasi. Taoisme berpendapat, kerajaan yang paling
kurang diperintah ialah kerajaan yang berkesan kerana tidak banyak masalah.
Fahaman yang menekankan perdampingan dengan alam semulajadi mendorong
pengikutnya meneroka ilmu sains dan teknologi.
Pendapat ahli agama

Gautama Buddha yang menjadi pengasas ajaran Buddha mempunyai pendapat


tersendiri tentang hdiup. Ajaran Buddha memilih jalan antara keseronokan dunia
dan hidup zahid yang berlebih-lebihan. Mementingkan diri sendiri adalah asas
kejahatan dan Buddha mengajar manusia supaya hapuskan keinginan mereka
kepada kesenangan material, memuaskan nafsu syahwat dan keagungan diri yang
kekal. Dia meletakkan ‘Lorong Lapan Lapis" untuk diikuti oleh muridnya. Yang
terpenting di dalamnya dipanggil ‘Lorong Arya’ iaitu pemikiran yang baik, keinginan
yang baik, perkataan yang baik dan kelakuan yang baik. Seorang Buddha sejati
menerima hidup yang suci, mengelakkan diri daripada membunuh,menipu, berzina
dan mencuri. Sebaliknya memberi sedekah dan mencari ilmu pengetahuan dan
kesucian sebagai cita-citanya.

Martin Luther (1483-1548M) berbangsa Jerman dan terkenal sebagai pembaru


agama Krisitian dalam gerakan reformasi di Eropah. Beliau banyak memberi
pendapat yang berkaitan dengan rumah tangga. Beliau berpendapat, dalam
pendidikan rumah tangga, ibu bapalah yang mempunyai tanggungjawab yang
penuh dan tidak sepatutnya diserahkan kepada orang gaji. Ibu bapa harus mendidik
supaya kanak-kanak itu pandai dalam hal keagamaan. Ibu bapa juga mempunyai
hak menghukum anak-anak mereka jika anak-anak itu tidak mendengar nasihat
mereka. Luther juga berpendapat bahawa pemerintah haruslah memaksa tiap-tiap
warganegara dalam negeri itu menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

John Calvin (1507 – 1569M) juga merupakan seorang pembaharu Protestan di


Geneve. Ajaran-ajarannya adalah mengenai agama, dan sopan santun yang keras.
Pokok ajarannya ialah manusia diselamatkan atau dihukum mengikut pilihan Allah;
semua pujian hanyalah kepada Allah.

Pendapat golongan sekular

Francis Bacon (1561-1626M) adalah seorang ahli falsafah berbangsa Inggeris. Dasar
pendidikan beliau menekankan kepada pengalaman dan induksi. Bagi beliau, alam
ini dipelajari melalui pancaindera untuk mendapatkan realiti. Dalam erti kata lain,
sesuatu realiti itu diperolehi melalui pemerhatian dan pendengaran.

John Amos Comenius (1592-1670) berbangsa Chekoslovakia . Dasar pengajarannya


berfokus kepada bagaimana menarik perhatian kanak-kanak supaya minat kepada
pelajaran dan menekankan tentang aktiviti murid-murid seperti menyelidik dan
mengalami sendiri, seterusnya mengamalkan apa yang telah dipelajari.

J.John Locke (1632-1734M) merupakan seorang ahli falsafah dan pendidik


berbangsa Inggeris. Pendidikan baginya bertujuan untuk membentuk peribadi yang
bebas dan sesuai dengan kehendak-kehendak manusia dan berusaha bersungguh-
sungguh untuk melatih akal dan fikiran supaya manusia dapat mengawal nafsunya.
Beliau berpendapat, seorang anak yang baru lahir itu diumpamakan sebagai
‘sehelai kertas putih yang belum ditulis apa-apa, keadaannya putih bersih’. Keadaan
sekelilinglah terutamanya pendidikan yang diterimanya yang menentukan apa yang
akan terjadi kepadanya. Teori beliau ini dikenali sebagai ‘tabula rasa’. Seterusnya
beliau berpendapat bahawa semua bahan ilmu pengetahuan adalah berasaskan
pengalaman.

Jean Jacquues Rousseau (1712- )berbangsa Perancis berpendapat bahawa semua


kanak-kanak adalah baik seperti yang diterima dari Maha Pencipta; semuanay
menjadi jahat di tangan manusia. Sebab itulah pendidikan yang baik akan
mengembangkan individu yang baik mengikut bakat masing-masing.

6.2 Sumber ilmu

Ilmu dalam tamadun awal diperolehi melalui akal dan pancaindera iaitu melalui
penelitian, pengamatan,pencerapan dan penyelidikan.Ini dengan jelas dapat dilihat
melalui ilmu-ilmu falsafah, astronomi, undang-undang dan pertukangan. Seorang
ahli falsafah umpamanya, banyak menggunakan akal dan pancaindera sebelum
mengeluarkan sesuatu pernyataan. Begitu juga dengan ilmu astrologi (ilmu
peramalan berdasarkan kajian bintang-bintang) dan ilmu astronomi, ahli-ahli
bidang-bidang ini akan membuat pemerhatian dan pengamatan terhadap binatang-
bintang di langit dan hasil dari penyelidikan yang dibuat itu akan terhasillah suatu
keputusan tentang pengaruh peredaran bintang-bintang terhadap kehidupan
seperti musim atau angin.Ini jelas dapat dilihat di Mesopotamia pada zaman
Hammurabi. Melalui penyelidikan terhadap bintang-bintang, mereka membahagikan
Khatulistiwa kepada 360 darjah dan mencipta lambang 12 bintang (berkaitan
dengan nasib).Begitu juga dengan ilmu pertukangan, seorang anak akan memerhati
dan mengamati apa yang dibuat oleh bapanya dan kemudian dia akan menjadi
tukang yang berkebolehan sama seperti bapanya itu. Ilmu pertukangan membuat
kapal orang Rom yang diperolehi dengan membuat penyelidikan terhadap bangkai
kapal orang Phonecia juga boleh dikategorikan dalam sumber akal dan
pancaindera.Hammurabi di Mesopotamia, sebelum membuat kod undang-
undangnya, telah membuat penyelidikan terhadap undang-undang yang wujud
sebelumnya.

Ilmu juga diperolehi melalui sumber lisan dan tulisan. Umpamanya, ilmu
pertukangan di Alam Melayu pada zaman sebelum wujud sistem pendidikan formal
diperolehi melalui lisan dari seorang bapa.Pada masa itu sistem pendidikan yang
wujud adalah secara tidak formal. Seseorang anak itu diharapkan akan mewarisi
kemahiran yang ada pada bapanya. Ilmu yang sumbernya dari tulisan dapat dilihat
melalui Ilmu Perubatan, Matematik, dan Undang-undang. Di Mesopotamia, melalui
sumber tulisan masyarakat dapat mengkaji kod undang-undang Hammurabi. Di
Mesir pula, ilmu perubatannya dapat dipelajari melalui buku yang dihasilkan.

Selain dari itu, ilmu juga diperolehi melalui kajian sejarah.Di Greek umpamanya,
pada zaman pemerintahan Pericles telah lahir ahli-ahli sejarah yang terkemuka
seperti Herodotus dan Thucydides. Herodotus dikenali sebagai ‘bapa sejarah’.
Dia menulis sejarah serangan Parsi ke atas Greek dalam 9 buah buku. Thucydides
pula menulis tentang sejarah Perang Peloponnese.

Rom juga mengembangkan ilmunya melalui penulisan sejarah. Antara penulis-


penulis sejarah Rom yang terkenal ialah Livy dan Tacitus. Beberapa orang penulis
Greek pada zaman Rom turut menambahkan hasil kajian sejarah. Mereka ialah
Plutarch dan Arrian. Plutarch merupakan penulis sejarah yang terkenal pada
zaman Pax Romana. Beliau telah menghasilkan karya Lives yang mengisahkan
kehidupan masyarakat Rom dan Yunani. Arrian pula telah menulis tentang kisah
hidup Iskandar Zulkarnain dalam karyanya Anabasis of Alexander.

Di China, ahli sejarahnya yang terkenal dengan jolokan ‘Bapa Sejarah China’
bernama Ssu Ma Chien telah menghasilkan karya ‘Shih Ching’ yang mencatatkan
tentang peristiwa-peristiwa dan personaliti-personaliti penting yang merangkumi
tempoh 2000 tahun.

6.3 Perkembangan dan sumbangan

Ilmu Undang-Undang

Dalam bidang undang-undang, ketika Mesopotamia di bawah pemerintahan


Hammurabi, beliau amat terkenal dengan ‘Kanun Hammurabi’ nya. Kanun ini
diterbitkan setelah Hammurabi mengumpul dan menyusun semula undang-undang
lama negerinya serta meluluskan undang-undangnya sendiri. Hukuman yang
dikenakan mengikut undang-undang ini adalah berat, ada kemungkinan hukuman
ini tidak dilaksanakan. Seorang padri perempuan yang dijumpai masuk ke kedai
arak akan dikenakan hukuman bunuh. Hukuman yang sama juga dikenakan ke atas
isteri yang boros dan orang yang melakukan kesalahan yang lebih berat. Satu
sistem keadilan termasuk mahkamah majistret, mahkamah hakim dan mahkamah
ulang bicara telahpun wujud pada zaman itu. Seseorang itu boleh membuat rayuan
terakhir kepada raja.

Di Rom kanak-kanak diajar ‘Undang-Undang Dua Belas’. Dengan itu jelaslah bahawa
Rom juga menyalurkan ilmu undang-undangnya melalui pendidikan dari peringkat
kanak-kanak lagi.

Ilmu Astrologi dan Ilmu Astronomi

Pada zaman kegemilangan Babylon di Mesopotomia, ilmu bintang telah


berkembang melalui ilmu astrologi/nujum. Mereka juga mencipta lambang 12
bintang. Kalender yang dicipta oleh orang Sumeria mengandungi 12 bulan dan tiap-
tiap bulan pula mengandungi 30 hari. Hari pula dibahagikan kepada siang dan
malam yang tiap-tiap satunya mengandungi 12 jam. Planet-planet yang ditemui
dinamakan menurut nama tuhan-tuhan mereka.Mereka menaruh kepercayaan
penuh kepada pengaruh bintang terhadap kehidupan manusia. Pusat-pusat
pemerhatian bintang ditubuhkan di seluruh negeri.

Ekspedisi-ekspedisi Iskandar melalui Asia telah membuka bidang-bidang baru


kepada orang Greek dan telah membangunkan minat terhadap penyelidikan
saintifik termasuklah bidang astronomi. Orang Greek mempelajari ilmu astronomi
melalui perjumpaan orang Babylon; mereka belajar mengira sukatan dunia dan
setengahnya pula mengemukakan teori-teori peredaran dunia mengelilingi
matahari.

Di Mesir , ilmu Astronomi turut berkembang. Mereka berjaya mencipta kalender 365
hari setahun dengan berdasarkan bulan dan matahari. Mereka jugalah yang
mengasaskan 24 jam sehari. Mereka mencipta jam yang menggunakan bayangan
matahari dan air. Orang Mesir menggunakan ilmu astronomi untuk memastikan
masa banjir Sungai Nil.

Di Rom mata pelajaran astronomi diajar di sekolah-sekolah.

Di China pada zaman Dinasti Han telah dicipta sistem membahagikan hari kepada
siang dan malam dengan seragam. Tiap-tiap hari bermula dengan tengah malam.
Orang Han mencipta jam matahari untuk mendapatkan masa yang lebih tepat. Ahli-
ahli sainsnya mengkaji matahari, bulan dan bintang untuk mendapatkan kalender
yang tepat. Kalender China telah digunakan untuk lebih kurang 2000 tahun. Ahli
astronomi dan matematik China yang bernama Chang Heng telah mencicpta alat
seismograf yang berfungsi mengukur gegaran gempa bumi.

Ilmu Perubatan

Dalam ilmu perubatan, Mesopotamia dikatakan jauh lebih maju dari orang-orang
sezaman dengan mereka. Sekurang-kurangnya 550 jenis ubat telah digunakan pada
masa itu. Doktor-doktornya menggunakan alat-alat yang diperbuat daripada
gangsa. Kain atau kulit digunakan untuk menuam.Mereka telah mempunyai
pengetahuan tentang pembedahan dan anatomi (kajibina tubuh).

Mesirjuga terkenal dengan ilmu perubatan. Kajian-kajian mengenai perubatan


(termasuk menghasilkan ubat, mengawet mayat dan bagaimana tubuh manusia
berfungsi) telah dijalankan.Dari segi latihan, mereka dilatih oleh doktor yang sedia
ada dalam keluarga mereka. Besar kemungkinan telah wujud sekolah perubatan di
Mesir. Bukti menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat sebuah sekolah untuk
bidan. Kebanyakan doktor Mesir berkhidmat untuk masyarakat. Mereka bekerja di
kuil. Ada di kalangan mereka menjadi doktor bedah dalam tentera. Doktor yang
berjaya akan dilantik sebagai doktor penasihat dalam Majlis Raja-raja. Doktor Mesir
diajar untuk memerhati tanda-tanda penyakit, bertanya dan menyiasat. Mereka
banyak menggunakan pemerhatian dan mencium bau,dan rasa. Mereka disuruh
membuat nota secara terperinci terhadap penyelidikan rawatan yang dibuat bagi
kegunaan akan datang. Pembedahan telahpun dijalankan pada masa itu. Pakar
bedah membersihkan peralatan bedah menggunakan api sebelum digunakan dan
memastikan persekitaran pesakit sentiasa bersih. Ubat pelali yang digunakan
kemungkinan jenis opium. Kuil menjadi tumpuan orang bagi mendapatkan rawatan
dari sami/doktor. Sebuah buku mengenai pembedahan telah dihasilkan.
Kandungannya ialah tentang cara-cara merawat kecederaan badan.

Greek juga terkenal sebagai pengembang ilmu perubatan. Teori sains dan
perubatan mereka telah diterima di Eropah Barat. Kemajuan dalam bidang
perubatan dan pembedahan dapat dilihat pada abad ke-13. Dengan memotong
binatang dan membedah mayat-mayat, doktor-doktor dapat mengetahui fungsi-
fungsi saraf dan otak yang sebelum ini mereka tidak mengetahui. Mereka juga
dapat menentukan bagaimana darah mengalir ke seluruh tubuh. Antara tokoh
perubatan Greek yang masyhur ialah Hippocrates dan Herophillus. Hippocrates
berpendapat bahawa penyakit adalah disebabkan faktor-faktor semula jadi. Beliau
telah menulis peraturan yang harus diikuti oleh doktor-doktor. Peraturan ini dikenali
sebagai Sumpah Hippocrates. Atas kejayaan beliau, Hippocrates diberi gelaran
Bapa Perubatan. Herophilus pula telah berjaya menemui saraf optik dalam tubuh
manusia. Di Rom juga ilmu perubatan diajar di sekolah-sekolah.

Ilmu Matematik

Orang Sumeria di Mesopotamia dikatakan bertanggungjawab memulakan disiplin


matematik. Semasa Mesopotamia di bawah tamadun Sumeria, bidang-bidang
algebra dan geometri dimulakan. Melalui kemahiran matematik mereka telah
melahirkan/mengasaskan dua sistem kiraan iaitu sistem decimal (berdasarkan unit
10 atau perpuluhan ) dan berdasarkan unit 60. Melalui sistem unit 60 mereka
mengira bulatan dan masa. Mereka merupakan orang yang pertama mencipta satu
pusingan jam mengandungi 60 minit, satu minit mengandungi 60 saat. Mereka lah
yang mencipta satu bulatan mengandungi 360 darjah yang digunakan hingga ke
hari ini, begitu juga dengan Khatulistiwa yang dibahagikan kepada 360 darjah.
Mereka juga mencipta kira bahagi, kira darab, kuasa dua dan kuasa tiga. Mereka
juga mahir dalam mengira keluasan sesuatu kawasan dan isipadu.

Mesir purba telah mengasaskan unsur-unsur penting dalam matematik dan


geometri. Mereka telah mencipta sistem timbangan dan ukuran. Melalui matematik,
mereka dapat dapat mengira dengan tepat segi tiga, trapezium dan bulatan.
Mereka telah mempunyai pengetahuan tentang kira bahagi dan kira tambah.
Melalui ilmu matematik ini, mereka dapat menyediakan senarai cukai.Namun
mereka tidak memperkembangkan ilmu ini yang mengakibatkan ketidakselarasan
antara bidang sains dan kesusasteraan. Walau bagaimanapun, penciptaan tersebut
menjadi bahan kajian oleh penyelidik-penyelidik Greek kemudiannya dan
mengembangkan ilmu ini ke Eropah.

Mereka menggunakan ilmu matematik untuk tujuan pembinaan seperti pembinaan


piramid. Sebab itulah kita dapati ukuran piramid dibuat bukan secara sembarangan.
Greek juga terkenal dengan ilmu matematik. Ahli-ahli falsafah mereka adalah di
antara yang mengembangkan ilmu ini. Greek telah menyaksikan perkembangan
bidang matematik. Antara tokoh terkenal dalam bidang ini ialah Thales, Pythagoras,
Archimedes, Democritus dan Hipparchus. Thales telah mengasaskan kepentingan
geometri. Beliau telah menunjukkan bahawa bulatan dibahagikan kepada dua
bahagian yang sama oleh diameternya. Beliau juga mendalami bidang astronomi
dengan memberi anggaran saiz matahari dan mengatakan bahawa bulan mendapat
cahayanya dari matahari. Pythagoras merupakan pengembang prinsip-prinsip
geometri dan mengasaskan Teorem Pithagoras. Beliau berpendapat bahawa dunia
adalah bulat. Archimedes pula merupakan orang yang bertanggungjawab mecita
Hukum Archimedes. Beliau telah menjalankan kajian penting dalam geometri.
Beliau menemui cara mengira luas dan isi padu bentuk-bentuk sfera, silinder dan
kon.. Cara yang digunakan seakan-akan sama dengan kalkulus iaitu satu cara
pengiraan yang digunakan dengan meluas dalam bidang sains dan matematik hari
ini. Hipparchus memperkenalkan peraturan sinus dan kosinus yang digunakan
dalam trigonometri.

Sekolah-sekolah di Rom turut mengajar mata pelajaran matematik dan geometri.

India juga tidak ketinggalan dalam bidang matematik. Semasa diperintah oleh
Dinasti Gupta (320-500M),sistem nombor iaitu 0 hingga 9 telah dicipta.

Ilmu Falsafah

Greek memang terkenal sebagai pengembang ilmu falsafah di samping ilmu


penulisan sejarah, sains, matematik,dan perubatan. Dalam bidang falsafah, falsafah
Greek wujud lebih awal dari falsafah Islam. Zaman keemasan Greek telah
menyaksikan kebangkitan ahli falsafah yang dipanggil ‘sophist’/sofis(orang bijak
pandai). Mereka mengembara dari kota ke kota mengajar falsafah, matematik,
bahasa dan astronomi kepada murid yang sanggup membayar. Ahli-ahli sofis ini
menggerakkan orang bijak pada zamannya dan mengkaji masalah-masalah hidup
dengan lebih rasional. Mereka mengajar manusia supaya jangan menerima sahaja
tetapi hendaklah mengkritik dan menyoal tentang idea-idea dan institusi sosial atau
politik dan menyelidik serta menganalisis tabiat manusia. Socrates yang hidup pada
zaman Pericles merupakan seorang ahli falsafah Greek yang terkenal di dunia.
Karya-karya falsafah dan kerajaan seperti ‘Republic’ oleh Plato dan ‘Politics’ oleh
Aristitle masih dikaji hingga ke hari ini. Pericles merupakan pemerintah Greek yang
terkenal dengan usaha-usahanya memajukan bidang falsafah..

Rom juga memberi perhatian terhadap ilmu falsafah. Ini terbukti dengan adanya
ajaran Stoisisme Zeno yang diasaskan oleh ahli falsafah Yunani yang bernama Zeno
( Zeno sebenarnya berasal dari keturunan Phonesia. Beliau mengajar di Stoa atau
Porch di Athens dan pengikutnya dipanggil orang Stoik.)

Di China pula, falsafah tamadun awal China dipengaruhi pertukaran musim (Yin dan
Yang). China juga tidak ketinggalan dengan kemunculan ahli-ahli falsafah. Di antara
yang terkenal ialah Confucius dan Lao Tzu telah memperkembangkan faham
Confucianisme dan Taoisme pada zaman Dinasti Han. Confucianisme telah dijadikan
agama rasmi Empayar Han. Karya-karya ahli falsafah Confucius menjadi bahan
kajian utama di sekolah-sekolah pada zaman Han. Ia juga menjadi asas kepada
Peperiksaan Perkhidmatan Awam untuk memilih pegawai-pegawai baru. Pengaruh
Cocnfucius meluas hingga menghasilkan sekumpulan bijak pandai yang sangat
berpengaruh dalam bidang pentadbiran.

Di India, Buddha dianggap sebagai ahli falsafah. Ajarannya berkembang pesat


semasa pemerintahan Asoka dan telah meluas hingga ke China.

Ilmu Kejuruteraan

Greek telah membuktikan wujudnya ilmu ini dalam tamadunnya dengan


kemunculan tokoh seperti Archimedes yang telah memperkenalkan alat-alat
seperti skru, takal dan tuil.

Rom juga terkenal dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan. Ini dalam dilihat
melalui peninggalan bandar lama dengan bangunan-bangunan seperti istana,
gimnasium, perpustakaan, kuil dan dewan. Begitu juga dengan saluran air
(aqueduct), jambatan, terowong dan jalan raya.

Pertembungan antara Rom dan Greek telah menyebabkan asimilasi ilmu. Banyak
bangunan besar dibina oleh Rom berpandukan ilmu yang diperolehi dari Greek.

Mesir juga mempunyai ilmu Kejuruteraan yang boleh dilihat melalui pembinaan
piramid. Pembinaan kuil di India, Mesir, Greek, Rom dan Mesopotamia ada kaitan
dengan perkembangan ilmu kejuruteraan. Begitu juga dengan pembinaan roda
untuk pertanian di Mesopotamia dan penciptaan pedati (kenderaan beroda) bagi
memudahkan binatang menarik bajak pada zaman Dinasti Han di China..Petani
zaman Dinasti Han juga mencipta roda air yang berfungsi untuk menghancurkan
bijirin.

Ilmu Pertukangan

Alam Melayu dan Arab banyak menyaksikan perkembangan ilmu ini. Ilmi ini
dikembangkan dari jenerasi ke jenerasi oleh bapa kepada anaknya Pembinaan kapal
laut oleh orang Mesir awal dengan menggunakan kayu bermutu tinggi bagi tujuan
perdagangan dan peperangan menunjukkan bahawa orang Mesir purba telah
mengembangkan ilmu pertukangan.Pembinaan kapal telah meningkat ke satu taraf
yang bermutu dan pada abad ke-6 SM, pelaut-pelautnya telah meredah Laut Hitam,
Laut Merah dan Teluk Parsi malah telah mencuba belayar ke Lautan Hindi dan lebih
jauh dari Selat Gibraltar.

Kebangkitan dan perkembangan intelektualisme dalam tamadun awal telah


membawa kepada kelahiran aliran-aliran intelektual berbentuk humanisme,
nasionalisme, rasionalisme, individualisme dan absolutisme dalam tamadun-
tamadun tertentu.
Pada penghujung Zaman Pertengahan di Eropah, timbul usaha-usaha untuk
membebaskan ilmu pengetahuan dari kongkongan agama Kristian yang menjurus
kepada penafian kehidupan keduniaan. Cerdik pandai masa itu mula mengkaji
semula ilmu-ilmu lama Greek, Mesir dan Rom. Gerakan itu dinamakan Humanisme.
Pada kira-kira tahun1500M, unsur-unsur faham Humanisme ini telah menular dalam
pengajaran dan fahaman gereja. Pendapat-pendapat Quintilian tentang pendidikan
telah diperbaharui dan dikaji semula. Menurut Quintilian,’Tiap-tiap manusia
dilahirkan bersama dengan bakat tertentu. Oleh itu, tujuan pendidikan haruslah
mengembangkan bakat yang dibawa dengan kelahirannya itu’. Di antara pendidik
golongan gereja yang mewakili aliran Humanisme ini ialah Vittorino da Feltre dan
Johnners Ludovicus Vives.

Rasionalisme adalah daripada perkataan Perancis, ‘rational’ yang diambil dari


bahasa Latin, ‘ratio’ (pertimbangan fikiran atau perhitungan akal). Menurut faham
ini, akal fikiran sahajalah yang menjadi punca untuk mendapatkan berbagai ilmu
pengetahuan dan akal fikiran sahajalah yang dapat mengemukakan sesuatu
kebenaran. Menurut faham ini, kesanggupan akal manusia tidaklah terhad, segala-
galanya dapat diketahui oleh manusia.