Anda di halaman 1dari 122

Sejarah Malaysia

TEMA 1 : MASYARAKAT MALAYSIA

Sistem Kesultanan

1 Nyatakan konsep-konsep dalam sistem beraja di Tanah


Melayu dan ciri-ciri pertabalan seseorang Sultan

2. Sultan berperanan penting dalam organisasi pemerintahan


kerajaan Melayu. Bincangkan.

Sistem Pembesar

3. Bincangkan peranan pembesar dalam menguruskan


pemerintahan kerajaan Melayu.

4 Analisiskan peranan pembesar daerah dan desa dalam sistem


pemerintahan masyarakat Melayu.

5 Bincangkan pengaruh pembesar dalam sistem pemerintahan


masyarakat Melayu.

Struktur Masyarakat Malaysia

6 Analisiskan bentuk hiraki masyarakat Melayu dan jelaskan


peranan yang dimainkan oleh setiap golongan masyarakat.

7 Peranan golongan bawahan amat penting dalam organisasi


masyarakat Malaysia sebelum campur tangan Inggeris.
Huraikan.

Kepercayaan dan Agama

8 Walaupun Islam telah menjadi agama utama, masyarakat


Melayu masih mengamalkan amalan yang bertentangan
dengan Islam. Jelaskan.

9 Masyarakat Melayu masih terikat dengan amalan dan


kepercayaan tradisional. Bincangkan.

All The Best


1 Senaraikan aunsur-unsur kepercayaan sebelum Islam dan
0 jelaskan amalannya setelah masyarakat Melayu memeluk
Islam.

Ekonomi Sara Diri

1 Sistem ekonomi masyarakat Melayu berteraskan ekonomi


1 sara diri. Bincangkan sebab-sebab pemilihan sistem tersebut
dan kesannya terhadap masyarakat Melayu.

1 Sejauh manakah anda bersetuju amalan ekonomi sara diri


2 masih menjadi amalan masyarakat Melayu sebelum peluasan
kuasa barat.

1 Senaraikan ciri-ciri ekonomi sara diri dan jelaskannya.


3

Ekonomi Komersil di Malaysia

1 Jelaskan dan buktikan bahawa masyarakat Melayu telah lama


4 menjalankan ekonomi komersial.

1 Bagaimanakah perubahan ekonomi sara diri kepada ekonomi


5 komersial berlaku.

1 Mengapakah masyarakat berubah untuk menjalankan sistem


6 ekonomi komersial.

Imigran dan Perkembangan Ekonomi

1 Perkembangan sektor pelombongan dan peladangan


7 mengubah konsep ekonomi sara diri kepada ekonomi
komersial. Bincangkan.

1 Kemasukan orang luar merupakan sumber kemakmuran


8 ekonomi Tanah Melayu. Bincangkan.

Hukum Adat

1 Hukum adat perpatih lebih bersifat demokratik daripada


9 hukum adat temenggong. Bincangkan.

All The Best


2 Hukum adat temenggong lebih bercirikan Islam jika
0 dibandingkan dengan hukum adat perpatih. Jelaskan.

2 Hukum adat yang diamalkan oleh kerajaan Melayu sudah


1 lengkap menjadikan sistem pentadbiran Melayu menjalankan
pemerintahan yang berkesan. Bincangkan.

2 Apakah yang membezakan hukum adat pepatih dan


2 temenggong?

TEMA 2 : TRANFORMASI MASYARAKAT

Faktor Peluasan Kuasa

2 Inggeris mempunyai pelbagai sebab untuk meluaskan


3 kuasanya di Malysia . Bincangkan.

2 Teori 3 G ( Gold, Glory, dan God ) ialah kemuncak penerokaan


4 dan penjajahan Inggeris di Malaysia. Jelaskan.

2 Unsur mekantilisme, imperialisme, dan kolonialisme ialah


5 antara aspek peluasan dan penerokaan kuasa Inggeris di
Malaysia. Jelaskan maksud, konsep dan ciri unsur tersebut.

Perjanjian dan Campur Tangan

2 Campur tangan asing di Tanah Melayu adalah kesan daripada


6 perjanjian yang ditandatangani . Bincangkan

2 Apakah yang menyebabkan pembesar-pembesar Melayu


7 menandatangani perjanjian dengan kuasa barat?

2 Kaji kesan-kesan perjanjian yang ditandatangani terhadap


8 politik, dan sosio ekonomi masyarakat Melayu.

2 Kaji dan jelaskan ciri-ciri perjanjian yang menjejaskan kuasa


9 politik orang-orang Melayu.

3 Bagaimanakah Inggeris menggunakan perjanjian bagi


0 mendapatkan kuasa politik dan ekonomi di Tanah Melayu.

All The Best


Campur Tangan dan Kekacauan

3 Sejauhkan faktor ekonomi menjadi teras kepada campur


1 tangan kuasa asing di Malaysia.

3 Pertelagahan merebut kuasa politik dan ekonomi


2 mencetuskan campur tangan kuasa asing. Bincangkan.

3 Jelaskan peristiwa kekacauan dan peperangan yang


3 menggerakkan campur tangan kuasa asing.

3 Analisiskan sebab-sebab Inggeris campur tangan di Malaysia.


4

3 Jelaskan ciri-ciri campur tangan Inggeris di Tanah Melayu.


5

Kesan-Kesan Campur Tangan/Peluasan Kuasa

3 Bincangkan kesan-kesan campur tangan Inggeris di Malaysia.


6

3 Penguasaan Inggeris di Tanah Melayu telah mewujudkan


7 pelbagai kesan. Bincangkan.

3 Masyarakat yang majmuk merupakan peninggalan penjajahan


8 Inggeris. Bincangkan.

3 Dasar Inggeris telah mewujudkan masyarakat yang majmuk.


9 Jelaskan.

Penentangan

4 Bincangkan bentuk-bentuk penentangan dan sebab-sebab


0 orang Melayu menentang perubahan Inggeris.

4 Peluasan kuasa Inggeris menyebabkan berlakunya


1 penentangan di Malaysia. Bincangkan.

4 Kemerdekaan dan keinginan untuk bebas ialah sebab yang


2 berulang orang Melayu menentang Inggeris. Jelaskan.

4 Orang melayu menggunakan pelbagai cara untuk bertindak


3 balas terhadap peluasan dan campur tangan Inggeris.
Bincangkan

All The Best


4 Penentangan terhadap Inggeris telah mencetuskan
4 kepelbagaian implikasi terutamanya dalam hal ehwal politik
Melayu. Bincangkan.

Perubahan dan Penerimaan

4 Selain politik perubahan yang dilakukan Inggeris telah


5 mengganggu amalan budaya dan nilai hidup Melayu.
Bincangkan.

4 Inggeris telah mengubah struktur masyarakat Melayu selepas


6 peluasan kuasanya. Bincangkan.

4 Inggeris melaksanakan banyak perubahan. Bincangkan aspek-


7 aspek yang telah diubah oleh Inggeris di Malaysia.

4 Adakah orang melayu menerima perubahan yang


8 dilaksanakan oleh Inggeris. Nilaikan.

TEMA 3 : NASIONALISME

Nasionalisme – Faktor Kesedaran

4 Golongan agama memainkan peranan yang penting dalam


9 mencetuskan gerakan kesedaran di Tanah Melayu.
Bincangkan.

5 Bincangkan sumbangan dan peranan bahasa dan


0 kesusasteraan dalam mencetuskan kesedaran politik melayu.

5 Pendidikan telah mencorakkan kesedaran nasionalisme


1 melayu. Bincangkan.

5 Perkembangan akhbar dan peranan wartawan menjadi nadi


2 penting perkembangan dan kesedaran nasionalisme Malaysia.
Bincangkan.

5 Golongan intelektual melayu telah memainkan peranan untuk


3 menyedarkan bangsa melayu. Bincangkan.
All The Best
5 Bincangkan peranan pengaruh luar dalam mencetuskan
4 kesedaran nasionalisme di Malaysia.

Perkembangan Nasionalisme

5 Jelas dan bincangkan kewujudan nasionalisme di Tanah


5 Melayu.

5 Mengapakah berlakunya pertentangan pendapat antara


6 golongan tua dan golongan muda.

5 Bincangkan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu


7 sebelum perang dunia kedua.

5 Perjuangan politik di Malaysia bermula sebelum pendudukan


8 Jepun. Bincangkan.

5 Bandingkan perjuangan pertubuhan-pertubuhan politik 1939 –


9 1948.

Peranan Pertubuhan/Persatuan Politik, Ekonomi, dan Sosial

6 Bincangkan persatuan atau pertubuhan yang berasaskan


0 sosio-ekonomi.

6 Bincangkan persatuan dan pertubuhan yang berasaskan


1 politik.

6 PKM menggunakan kesatuan buruh bagi menyebarkan


2 ieologinya. Bincangkan.

Pendudukan Jepun dan Nasionalisme

6 Pendudukan Jepun memberikan sumbangan terhadap


3 kesedaran nasionalisme Malaysia. Bincangkan.

6 Peperangan dunia ke-2 ialah pencetus orang Melayu sedar


4 tentang nasionalisme. Bincangkan.

6 Analisiskan sumbangan Jepun terhadap ekonomi Tanah


5 Melayu 1941-1945.

All The Best


Malayan Union

6 Huraikan sebab-sebab wujudnya Malayan Union dan


6 kesannya.

6 Malayan Union telah menyebabkan orang Melayu bersatu


7 padu. Bincangkan.
6 Adakah Malayan Union memberikan manfaat kepada orang-
8 orang Melayu dan sejauh manakah anda bersetuju ?

Pelembagaan Tanah Melayu ( PTM )

6 Malayan Union telah mewujudkan PTM 48. Setujukah anda?


9

7 Analisiskan persamaan dan perbezaan perlembagaan PTM


0 1948 dan PTM 1957.

Pembentukan Malaysia

7 Jelaskan sebab-sebab digagaskan pembentukan Malaysia


1 pada 1963.

7 Bincangkan kesan pembentukan Malaysia dan hubungannya


2 dengan negara Indonesia dan Fillipina.

7 Proses pembentukan Malaysia melalui beberapa tahap.


3 Bincangkan

Darurat

7 Darurat merupakan tahap pemberontakan bersenjata oleh


4 PKM. Jelaskan.

7 Bincangkan sebab-sebab dan kesan darurat.


5

7 Jelaskan langkah-langkah membendung darurat dan kesannya

All The Best


6 terhadap kedaulatan Tanah Melayu.

JAWAPAN TEMA 1

SISTEM SULTAN

Konsep sultan

All The Best


Institusi sultan dalam kaca mata orang-orang Melayu merupakan satu rujukan
kepada kekuasaan dan kekuatan yang ada pada individu yang diiktiraf oleh
masyarakat sebagai sultan. Dalam hal ini sultan sering kali ditanggap sebagai
seseorang yang mempunyai kuasa yang begitu teguh. Ini sering kali dikaitkan
dengan konsep bahawa sultan itu sebagai wakil tuhan. Dengan kepecayaan ini,
seseorang individu merasakan menderhaka kepada sultan akan membawa padah
yang amat dahsyat. Konsep ketuhanan ini telah berakar umbi sejak masyarakat
Melayu dipengaruhi oleh unsur agama Hindu dan seterusnya disenyawakannya
dengan unsur-unsur Islam. Dalam hal ini, Sultan dianggap sebagai khalifah atau
wakil Allah dalam memimpin masyarakat Islam. Sultan dianggap sebagai imam
dalam memimpin rakyat ke arah kesejahteraan.

Selain itu, sultan juga dianggap mempunyai kekuatan dan keajaiban.


Sultan dianggap sebagai individu yang perkasa dan boleh mendatangkan
kecelakaan kepada mereka yang menentang. Dalam aspek ini konsep daulat, tulah,
dan derhaka telah menghantui masyarakat melayu supaya sentiasa patuh dan
menuruti kehendak sultan. Dalam konsep daulat, sultan dianggap mempunyai
kuasa dan tidak boleh disentuh. Kedaulatan sultan telah dimengertikan melampaui
batas kekuasaan sultan dalam politik. Ia melampaui batas-batas kuasa dan sentiasa
menganggap sultan sebagai mempunyai kuasa ketuhanan untuk memberi
pembalasan terhadap individu yang menderhaka. Dengan kata lain konsep daulat
memberi pengertian bahawa sultan merupakan seorang yang terpilih dan diterima
oleh tuhan untuk memimpin kesejahteraan masyarakat. Dengan konsep ini sultan
dianggap boleh mencelakakan kehidupan orang yang derhaka. Hal ini dapat dilihat
daripada peristiwa penderhakaan Laksamana Bentan terhadap Sultan Mahmud.
Sumpah sultan terhadap keturunan Laksamana dianggap sebagai satu kuasa dan ia
dikaitkan dengan daulat sultan.

Dalam memahami konsep ini, ia juga berkaitan dengan knsep tulah. Tulah
bermaksud sumpahan. Seseorang yang terkena tulah sultan dianggap sebagai
seorang yang derhaka. Oleh itu, masyarakat melayu menganggap sultan sebagai
seorang individu yang istimewa serta sentiasa ingin mendapat rahmatnya untuk
memperoleh kehidupan yang terjamin. Jika ia ditulah maka ia akan menerima
bencana seperti keturunan Laksaman Bentan Megat Sri Rama. Dalam hal ini rakyat
akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada sultan. Ini menimbulkan satu
konsep kerja raja dijunjung , kerja sendiri dikelek . Sebagai kesan daripada konsep
ini, mereka berbangga meninggalkan kerja-kerja mereka semata-mata untuk
berbakti serta mengelakkan diri daripada tulahan dan daulat sultan. Hal ini
seterusnya menimbulkan satu amalan berkenaan sistem hamba dan kerahan yang
dianggap olah sejarawan barat sebagai satu institusi yang melemahkan sistem
politik Melayu. Terjadinya sistem kerah, serah dan hamba ini timbul berikutan
kehendak rakyat untuk mendapat pengiktirafan sultan sebagai rakyat yang setia.
All The Best
Dalam hal ini maka timbullah kesetiaan dan ketaatan yang membabi buta seperti
yang ditonjolkan oleh Hang Tuah yang sanggup membunuh rakannya semata-mata
untuk membukti kesetiaannya kepada sultan.

Oleh itu dalam memperkatakan institusi kesultanan ini, konsep daulat


memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain.
Hal ini juga berkaitan dengan unsur ketuhanan atau sebagai wakil tuhan yang
dimilik sultan. Ia seterusnya mencerminkan kelebihan-kelebihan yang ada pada
sultan serta tidak boleh digunakan oleh orang lain. Hal ini mencetuskan konsep
daulat dari segi kehidupan sultan itu sendiri sebagai golongan elit yang tidak boleh
dikongsi bersama dengan rakyat. Ini memberikan banyak keistimewaan kepada
sultan seperti hanya sultan yang boleh berpakaian kuning, penggunaan bahasa
dalam yang sering menggambarkan kehinaan rakyat, penggunaan alat-alat
kebesaran , nobat, dan lambang kebesaran dan kemuliaan.

Berdasarkan kepada keistimewaan ini institusi raja merupakan institusi


yang menjadi sanjungan dan sesebuah kerajaan melayu tidak akan lengkap tanpa
sultan. Hal ini dapat dilihat bagaimana luak-luak undang di Negeri Sembilan
meminta kerabat Sultan di Minangkabau untuk diangkat sebagai sultan bagi
mendaulatkan negeri tersebut.

Sistem Pertabalan

Pertabalan dan penggantian sultan berbeza antara satu negeri dan negeri yang lain.
Dalam konteks ini ia juga melibatkan sistem undang-undang adat. Negeri-negeri
yang beradatkan adat temenggong mempunyai sistem pertabalan yang berbeza
dengan negeri yang mengamalkan adat perpatih. Begitu juga dalam sistem adat
temenggong penggantian sultan juga terdapat sedikit perbezaan.

Dalam mengkaji sistem ini kita dapati terdapat tiga bentuk sistem pertabalan yang
diamalkan di negeri-negeri Melayu. Di Negeri Sembilan sistem penggantian sultan
mengikut undang-undang dalam adat perpatih. Dalam adat ini Yang Dipertuan
Besar dilantik dan mesti dipersetujui oleh luak-luak undang. Dalam aspek ini sistem
yang diamalkan itu seolah-olah memaparkan perlantikan secara demokrasi. Yang
Dipertuan Besar tidak akan ditabalkan jika mereka tidak mendapat persetujuan
daripada luak undang ini. Dan mengikut adat ini Yang Dipertuan Besar tidak
bernegeri dan pemerintahan dibawah Undang Luak. Hanya selepas penguasaan
Inggeris setiap Undang dikehendaki menumpahkan taat setia kepada Yang
Dipertuan Besar. Walaupun begitu, waris sebagai Yang Dipertuan Besar adalah

All The Best


daripada lingkungan kekeluargaan Yang Dipertua Besar cuma ia perlu mendapat
pengesahan daripada Undang Luak (Ismail Hamid:1988).

Hal ini berbeza dengan sistem penggantian dan pertabalan di negeri Perak. Sistem
di Perak mengikut peraturan adat temenggong. Ia biasanya meletakkan waris
daripada anak lelaki pertama untuk mewarisi takhta .Walaupun begitu ia tertakluk
kepada permuafakatan pembesar untuk memilih siapakah yang layak mewarisinya.
Sistem penggantian di Perak melibatkan tiga keluarga daripada keturunan atau
susur Sultan Ahmadin iaitu waris keluarga Sultan Abdullah ( 1825-1830), Sultan
Shahbudin ( 1830-51), dan Sultan Abdullah Muhamad Syah ( 1851-65)( Gullick:1958
). Dengan tuntutan daripada tiga keluarga ini sistem pertabalan dan penggantian
sultan di Perak lebih menjurus pada sistem giliran.. Ini bagi memberi peluang
kepada setiap keluarga tersebut untuk ditabalkan menjadi sultan berdasarkan
giliran mereka. Cara ini dijalankan bagi menggelakkan berlaku perang saudara dan
perebutan kuasa antara keluarga diraja. Pengiliran ini dapat dilihat melalui tahap
kedudukan waris raja seperti hiraki berikut: Raja Dihilir, Raja Bendahara, Raja
Muda, dan Sultan.( Buyong Adil: 1985,Andaya: 1983, Joginder Singh: 1976). Seperti
kata Andaya:1983 ... perbalahan mengenai hak waris telah lama berlarutan. Sistem
menggilirkan takhta di antara tiga keturunan diraja yang berlainan yang diasaskan
sejak awal kurun itu, dimaksudkan supaya menghalang sebarang pertikaian, tetapi
tidak pernah berjalan dengan sempurna. Ketidaksempurnaan kerana ia tertakluk
kepada peranan sultan dan pembesar. (Andaya:1983, Joginder Singh: 1976,
K.Ratnam: 2001). Maka pada 1874, bermulalah persengketaan tuntutan terhadap
takhta Perak yang dituntut oleh waris-waris daripada tiga keluarga ini iaitu Raja
Abdulllah, Raja Ismail, dan Raja Yusuf sehingga berlakunya campur tangan Inggeris
di Perak dan pengenalan Sistem Residen.

Bagi negeri-negeri lain yang mengamalkan adat temenggong biasanya anak lelaki
sulong terus ditabalkan menjadi sultan dan ini boleh dikenali sebagai sistem
warisan. Negeri-negeri yang mengamalkan sistem ini adalah seperti Johor, Kedah,
Kelantan, Pahang, Trengganu dan Perlis.Walaupun begitu dalam keadaan tertentu ia
tidak berlaku. Malahan ia boleh melibatkan adik, cucu dan menantu sultan dalam
keluarga diraja (Gullick:1958).

Jika dilihat daripada sistem-sistem yang diamalkan ini kelihatan seolah-olah sistem
pepatih mempunyai unsur yang lebih adil dengan memberi hak kepada rakyat
untuk menentukan sultan yang berhak ditabalkan melalui peranan Undang Luak.
Hal ini kerana luak undang yang dilantik juga mesti melalui cara yang sama.
Dengan kata lain rakyat mempunyai hak dan disalurkan melalui luak yang dipilih. Ini
bertepatan dengan amalan demokrasi yang memberikan kelebihan kepada rakyat
untuk membuat pilihan. Dengan kata lain negeri-negeri yang mengamalkan adat
temenggong lebih menjurus pada sistem monarki warisan. Walaupun begitu dalam
undang-undang tubuh negeri Johor, rakyat masih boleh engkar dan tidak
menumpahkan taat setia kepada sultan jika sultan ttidak mengikut undang-undang

All The Best


tubuh serta nasihat daripada pembesar. Keadaan ini pernah diucapkan oleh Dato
Onn semasa pertikaian dalam gagasan Malayan Union 1946.

Selain sistem yang diamalkan pengganti sultan mesti anak gahara ataupun waris
benih atau tanah di Perak. Dalam hal ini, anak daripada isteri kedua dan seterusnya
dianggap kurang berpeluang untuk menjadi sultan. Peluang itu hanya wujud jika
isteri pertama tidak mempunyai anak lelaki dan isteri sultan seterusnya mempunyai
anak lelaki dan menjadi pilihan pembesar-pembesar.

Begitu juga dalam perlantikan dan pertabalan, pengganti sultan perlu menghadiri
upacara pengkebumian sultan yang mangkat. Jika ini tidak dapat dituruti, maka ia
akan digantikan dengan waris lain. Keadaan ini pernah berlaku di Perak, yang
menyaksikan Raja Abdullah terlepas daripada ditabalkan menjadi Sultan kerana
beliau tidak menghadiri upacara pengkebumian Sultan Ali. Keadaan ini jelas
dinyatakan oleh Joginder Singh: 1976, dan Buyong Adil: 1985. Sebagai kesan
daripada itu. Raja Ismail yang turut sama menghadiri upacara tersebut telah
dilantik menjadi sultan atas permuafakatan para pembesar.

Dalam keadaan-keadaan tertentu, misalannya apabila Sultan tidak mempunyai


waris , maka Bendahara boleh dilantik menjadi Sultan dengan persetujuan
pembesar dan rakyat. Ini pernah berlaku kepada Bendahara Tun Habab yang
menjadi Sultan Johor. Dalam kita mengkaji perlantikan dan pertabalan seseorang
Sultan sebenarnya ia lebih bercirikan kesanggupan rakyat untuk menerima
seseorang yang berpengaruh dalam sesuatu wilayah. Sebab itu kita dapati
Bendahara Tun Habab, Bendahara Wan Ahmad di Pahang dan Keluarga Temenggong
Abd. Rahman dapat ditabalkan dan akhirnya diakui sebagai sultan. Dalam hal ini,
kita akui bahawa sebagai tradisinya seseorang yang dilantik ke jawatan Sultan itu
pada peringkat awalnya ialah waris dan keturunan diraja, tetapi ini sebenarnya
tidak menghalang bukan keturunan diraja dilantik dan ditabalkan menjadi sultan
jika mereka mendapat sokongan pembesar dan rakyat. Oleh itu, dalam melihat
kuasa dan kekuasaan seseorang sultan ialah sejauh manakah ia mendapat
sokongan daripada pembesar dan rakyat.

Peranan Sultan

Dalam membicarakan peranan-peranan sultan dalam sistem politik tradisional


Melayu kita harus meneliti aspek kuasa dan kekuasaan yang ada pada seseorang
sultan. Apakah kuasa yang ada pada seseorang dan bagaimanakah kuasa ini boleh
menentukan kekuasaannya. Dalam memngkaji kuasa seseorang sultan kita boleh
perhatikan dari sudut kuasa fizikal, dan kuasa rohani. Dalam kuasa fizikal kita boleh
tentukan bahawa seseorang sultan itu mempunyai kekuatan tenaga yang kuat
seperti handal bermain senjata, kebal daripada senjata, boleh mempengaruhi
rakyat dengan renungan, dan mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Dalam kuasa
All The Best
rohani kita disogokkan dengan kekuatan yang ada pada sultan seperti kuasa daulat
dan tulah. Ia juga mempunyai kaitan dengan unsur ketuhanan dan sultan dianggap
sebagai orang yang terpilih oleh tuhan dan wakil tuhan. Dengan ini sultan dianggap
mempunyai kekusaan yang luar biasa. Untuk mengketengahkan unsur ini dicipta
pelbagai mitos mengenai kekuasaan rohani sultan ini. Maka timbullah sultan ialah
daripada keturunan Nabi Sulaiman, dan berketurunan buluh bentung. Ini semua
bagi mendapatkan ketaatsetiaaan rakyat agar tidak memberontak dan dihubungkan
dengan kepercayaan masyarakat Melayu lama. Melalui kuasa inilah sultan dapat
menentukan kekuasaan dan peranannya dalam politik masyarakat Melayu.

Sultan dikaitkan dengan kemampuannya untuk menarik minat rakyat bagi


memeluk sesuatu agama. Dengan peranan ini juga ia dilantik secara tidak
langsungnya sebagai ketua agama bagi sesebuah negeri. Kemampuan sultan dalam
mempengaruhi rakyatnya memeluk agama baru dapat dibuktikan melalui
pengislaman sultan Melaka, iaiatu Parameswara Dewa Syah. Dengan pemulukan
Islam oleh baginda seluruh rakyat Melaka mengikuti sama memeluk agama Islam.
Hal ini kerana, sebelumnya sultan dianggap sebagai wakil kepada tuhan. Ini
diterima pakai semasaa Melaka dibawah pengaruh Hindu. Bagi rakyat, dengan
sultan sebagai wakil tuhan telah memeluk Islam, mereka mesti sama-sama
memeluknya agar tidak ditulah dengan daulat sultan. Dalam sistem kesultanan
masa kini sultan setiap negeri mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama. Setiap
perundangan yang hendak digubal dan dipinda perlu mendapat perkenan sultan.
Malahan bagi kes-kes perkahwinan yang tidak mempunyai wali sultan dianggap
sebagai wali kepada peihak perempuan.

Peranan kedua yang dimainkan oleh sultan ialah baginda dilambangkan


sebagai lambang perpaduan bagi kesejahteraan negara. Dalam sistem politik
Melayu yang berteraskan sistem feudal, para pembesar menguasai wilayah-wilayah
tertentu. Para pembesar ini mempunyai hak istimewa untuk memungut dan
mengenakan cukai kepada para pengikutnya. Seringkali juga para pembesar ini
berselisih faham mengenai hak dan kekuasaan mereka. Ini selalunya menimbulkan
kekacauan. Bagi mencari jalan penyelesaian tuntutan mereka sultan diangap
sebagai orang tengah yang terbaik. Oleh itu, setiap pembesar dalam membuat
tindakan akan berusaha untuk mendapatkan perkenan dan restu Sultan. Jika tidak
mereka dianggap derhaka dan akan diperangi oleh sultan dan pembersar-pembesar
yang menyokong sultan. Keadaan ini dapat juga dilihat bagaimana Dato
Maharajalela bermuafakat dengan Sultan Abdullah untuk membunuh JWW Birch. Jika
Sultan Abdullah tidak memberikan perkenan maka Maharajalela tidak akan
membunuh Birch. Dalam sistem sultan masa kini Yang Dipertuan Agong mempunyai
peranan sebagai lambang perpadua masyarakat yang berbilang kaum. Ini terbukti
apabila dalam salah satu prinsip Rukunegara yaang meletakkan Kesetiaan kepada
Raja dan Negara sebagai satu perlambangan peranan Sultan ini.
All The Best
Aspek ketiga dalam peranan sultan dapat dilihat fungsi sultan dalam
bidang kehakiman. Dalam aspek ini sultan mempunyai kuasa dalam menentukan
hukuman yang akan dikenakan oleh pesalah terutama hukuman mati. Selalunya
hukuman yang dikeluarkan oleh mulut sultan merupakan hukuman yang muktamad
dan tiadak ada rayuan yang boleh dilakukan. Keadaan seperti ini pernah berlaku
seperti peristiwa Laksamana Hang Tuah yang dijatuhi hukuman mati. Selain itu,
sultan juga boleh menurunkan kuasanya kepada pembesar daerah dalam
menjatuhkan hukuman. Walau bagaimanapun hukuman tersebut hanya hukuman
ringan dan jika terdapat hukuman berat hendaklah ia dihadapkan kepada sultan.
Walaupun begitu, ada sesetengah pembesar yang tidak mengendahkan peraturan
ini kerana mereka beranggapan bahawa mereka berkuasa di dalam wilayah jajahan
mereka. Keadaan ini menunjukkan bahawa sultan adakalanya tidak mempunyai
kuasa. Kekuasaan yang ada pada sultan dilihat sebagai sebahagian daripada
kekuasaan berdasarkan kepercayaan masyarakat melayu lama iaitu sultan
merupakan individu yang mempunyai kekuasaan ketuhanan yang didasarkan pada
konsep daulat dan tulah. Dengan konsep inilah sultan diibaratkan sebagai seorang
yang tidak mungkin melakukan kesalahan dan ia boleh laksanakan hukuman
berdasarkan budibicaranya sendiri.

Peranan keempat yang dimainkan oleh sultan ialah sultan merupakan


seorang ketua negara dan ketua kerajaan. Sultan dianggap sebagai empunya tanah
di wilayah jajahan takluknya. Dengan fungsinya seperti ini sultan boleh melakukan
apa-apa sahaja serta berkuasa dalam membuat perlantikan terhadap pembesar
negara. Dalam soal tanah sultan berkuasa dalam mengkurniakan tanah kepada
rakyatnya. Dengan pengkurniaan inilah rakyat dapat bercucuk tanam dan
menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi. Sebagai ketua negara dan kerajaan sultan
menentukan dasar-daar negara dengan dinasihati oleh para pembesar terutamanya
oleh Bendahara. Sering kali dalam memberikan nasihat ini Bendahara mempunyai
pengaruh yang amat penting. Walaupun begitu disebabkan institusi kesultanan
lebih berfokuskan kepada sultan maka berlakulah aktiviti mendapatkan sokongan
sultan. Keadaan inilah yang sering menyebabkan berlakunya fitnah seperti yang
berlaku kepada keluarga Tun Mutahir, Bendahara Melaka yang difitnah oleh Raja
Mendaliar. Berlakunya fitnah ini disebabkan oleh tiadanya kuasa pengimbang yang
boleh membela Tun Mutahir kerana kesemua kuasa terletak pada sultan. Ini
dilemahkan lagi apabila penasihat sultan iaiatu Bendahara sendiri yang didakwa
melakukan kesalahan.

Peranan kelima kita dapati sultan diibarat sebagai seorang individu yang
mempunyai kuasa keramat. Dengan kuasa ini sultan dilambangkan sebagai
manusia yang berlainan daripada individu lain. Malahan individu yang menjadi
All The Best
sultan juga dilihat sebagai seorang yang berlainan sebelum ia dittabalkan sebagai
sultan. Peranan kekeramatan ini dapat dilihat apabila seseuatu anugerah sultan
dilihat sebagai ada sakti dan orang yang menggunakannya akan menjadi handal
atau kebal. Dengan sifat ini sultan dianggap mempunyai kesucian dan kemuliaan. Ia
ditambahkan lagi dengan adanya alat-alat seperti alat muzik, senjata dan beberapa
alatan pertabalan dan lambang jawatan sebagai mempunyai kuasa seiring dengan
kuasa sultan. Sebagai contoh nobat, sebagai alat muzik tradisi Melayu dianggap
hanya boleh digunakan dan dimainkan jika mendapat kebenaran sultan. Jika ia tidak
mendapat kebenaran maka si pemainnya akan mendapat kecelakaan. Dengan sifat
inilah sultan dapat menggerakkan rakyatnya gara tunduk dan memberikan tumpah
taat setia. Keadaan ini termasuklah para pembesar. Inilah yang dikaitkan dengan
daulat. Kepada mereka yang derhaka maka kekeramatan dan kesucian sultan ini
akan mendatangkan tulah kepada penderhaka. Inilah yang berlaku kepada Hang
Jebat dan Megat Sri Rama Laksamana Bentan yang tewas dengan keperkasaan
pahlawan yang mendapat restu sultan. Malahan dalam kes Megat Sri Rama orang
Melayu berkepercayaan bahawa keluarga Laksamana telah disumpah selama tujuh
keturunan dan tidak boleh menyeberangi sungai Kota Tinggi. Jika ini dilanggar maka
ia akan muntah darah. Dengan peranan kekeramatan ini sultan dapat menjaga
keharmonian negara dan menerima ketaatan daripada rakyat.

Sebagai kesimpulan daripada peranan-peranan yang dimainkan oleh


sultan, ia sebenarnya mempunyai sifat-sifat pro dan kontra. Dalam satu segi ia
kelihatan baik bagi mendapatkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, tetapi bagi
sultan yang zalim institusi ini mendatangkan banyak masalah. Oleh sebab itu,
selepas kedatangan dan dalam zaman penjajahan British konsep sultan serta
peranan mereka dalam sistem pentadbiran Melayu lama ini telah diubah agar ia
mencerminkan kewibawaan untuk melindungi rakyat dan membawa kesejahteraan
negara. Maka setelah wujudnya perlembagaan Persekuuan Tanah Melayu 1948
peranan sultan telah banyak berubah serta kekuasaan sultan mesti mengikut
perlembagaan yang diluluskan oleh parlimen.

Peranan Pembesar

Dalam sistem politik melayu, pemerintahannya dijalankan bersama oleh sultan dan
pembesar. Pembesar-pembesar yang menjalankan tugas pemerintahan ini dilantik
oleh sultan. Di Negeri Sembilan Yang Dipertuan Besar tidak melantik pembesar,
tetapi disebaliknya, Undang Luak yang bermuafakat untuk melantik Yang Dipertuan
Besar. Begitu jugalah seterusnya bagi jawatan Undang ia akan dilantik oleh anak
buahnya.
All The Best
Di negeri-negeri yang mengamalkan adat Temenggong Sultan berkuasa
untuk melantik para pembesarnya. Pelantikan para pembesar ini pula mempunyai
pelbagi peringkat seperti:

k Pembesar di peringkat pusat iaitu yang menjawat jawatan di istana.

k Pembesar Daerah yang pelantikannya dilakukan oleh sultan serta menguasai


daerah-daerah yang diberi mandat oleh sultan.

k Pembesar kampung yang pelantikannya dilakukan oleh pembesar daerah yang


mendapat kuasa daripada sultan. Biasanya taat setianya diberikan lebih kepada
pembesar daerah jika dibandingkan dengan sultan.

1. Pembesar Pusat

Dalam kategori ini pembesar-pembesar yang dilantik memegang jawatan-jawatan


berikut:

i. Bendahara

ii. Temenggong

iii. Laksamana

iv. Penghulu Bendahari

v. Shahbandar

Susunan pembesar di perinkat ini adalah warisan daripada sistem pembesar yang
diamalkan oleh kesultanan Melayu Melaka dan digunapakai juga oleh kerajaan Johor
Riau. Selepas perpecahan kerajaan melayu Johor Riau sistem pembesar didapati
sistem pembesar ini disusun mengikut keadaan semasa , umpamanya di Johor
terdapat jawatan Menteri Besar, Dato Penggawa Dalam, Dato Penggawa Luar. Di
Kelantan , Menteri Perendaharaan, Menteri Peperangan, Menteri Pentadiran dan
Menimarahkan Negeri, Menteri Lluar Negeri, Menteri dalam Negeri, Menteri Istana,
Menteri Kehakiman dan Keadilan, dan Menteri Penasihat Raja.

2. Pembesar Daerah

All The Best


Pembesar daerah meguasai sesebuah kawasan dan dilantik memegang jawatan
oleh Sultan melalui surat taulaih dan alat-alat kebesaran yang dilambangkan
sebagai penurunan kekuasaan sultan kepada pembesar. Dengan kekuasaan yang
ada pada pembesar mereka beperanan dan menentukan corak pentadbiran politik
melayu dalam daerah yang dikuasa mereka.

Dalam hal ini secara umumnya peranan yang dimainkan oleh para pembesar
mirip tugas yang dijalankan sultan, tetapi ia hanya diakui kekuasaannya oleh rakyat
yang berada di dalam daerahnya sahaja. Dalam menganalisis peranan pembesar ini
kita dapat lihat dari aspek yang berikut:

1. Kuasa dan kekuasaan

k Boleh membuat pelantikan kepada orang lain. Contoh Dato Maharajalela


melantik Pandak Indut untuk mengetuai serangan terhadap Birch. Diberi surat
tauliah lantikan dan sepersalinan pakaian sebagai hadiah pelantikan. Membolehkan
Pandak Indut memiliki kuasa dan rakyat perlu menurut perintah beliau.

k Boleh mengarahkan rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas pembesar dalam


sistem kerah dan serah.

k Membekalkan tenaga tentera dan buruh untuk pembesar.

k Kekuatan dan kekuasaannya melebihi kekuatan sultan hingga adakalanya


mereka boleh engkar terhadap perintah sultan.

2. Pemugut cukai dan hasil pendapatan

k Berkuasa dalam membuat pungutan cukai dan hasil daripada rakyat. Tugas
sebenarnya sebagai wakil kepada sultan tetapi biasanya hasil cukai yang dipungut
tidak diserahkan kesemua sebaliknya hanya 1/10 daripada cukai tersebut yang
diserah kepada sultan.

k Lebihan hasil membolehkan mereka meningkatkan kekuatan dan pengaruh


untuk bersaing dengan sultan.

3. Keselamatan

k Memstikan keselamatan dan kesejahteraan daerah yang dikuasai mereka dan


jika tidak berkemampuan meminta bantuan daripada sultan.

4. Penghakiman

All The Best


k Bagi pembesar yang merasai diri mereka lebih kuat daripada sultan mereka
adakalanya menjatuhkan hukuman terhadap para pesalah sehingga melibatkan
hukuman mati. Dalam hiraki kekuasan kehakiman biasanya pembesar hanya boleh
menjatuhkan hukuman-hukuman bagi kesalahan kecil sahaja.

5. Ketua daerah

k Kekuasaan pembesar daerah hanya tertakluk dalam lingkungan daerahnya dan


bagi meluaskan kuasanya mereka perlu mendapatkan banyak sumber sama ada
dalam bentuk kewangan, hasil alam, dan pengikut. Ini bagi membolehkan pengaruh
mereka bertambah kuat serta menggerunkan kampung-kampung yang tidak berada
dalam lingkungan wilayah mereka.

6. Keturunan

Ë Biasanya mereka yang menjadi pembesar daerah dan pusat biasanya terdiri
daripada kalangan keturunan Raja atau mereka yang ada kaitan dengan golongan
kelas pembesar yang memerintah. Jarang sekali seorang rakyat biasa boleh menjadi
pembesar kecuali yang benar-llllbenar menunjukkan kebolehan yang luar biasa.
Sebagai contoh Hang Tuah dan sahabatnya.

Menyentuh pembesar pusat dan daerah, Dalam zaman kesultanan Melayu Melaka,
empat pembesar utama berada dalam lingkungan daerah tedbir sultan. Ini dapat
memperlihatkan dengan jelas perbezaan tugas mereka dengan pembesar yang
duduk dalam daerah mereka. Walaupun pembesr-pembesar-pembesar ini diberikan
tugas menjaga wilayah tertentu, tetapi ia lebih rapat kepada Sultan. Peranan ini
akhirnya berubah apabila runtuhnya empayar Melaka. Keadaan penguasaan wilayah
serta pemisahan kuasa ini dapat dilihat dalam kerajaan melayu Johor yang
menyaksikan Temenggong menguasai Wilayah Johor dan Singupura, Bendahara di
Pahang, dan Sultan di Riau. Keadaan ini memperlihatkan kekuasaan Temenggong
dan Bendahara sehingga membolehkan mereka menandatangani perjanjian dengan
Inggeris tanpa mendapat persetujuan Sultan.

Oleh itu, jika hendak dibuat perbandingannya didapati fungsi mereka


terdapat sedikit perbezaan. Ini dapat ditafsirkan yang pembesar pada zaman
Melaka masih terikat dan begitu setia dengan Sultan, tetapi dalam zaman kerajaan
Melayu Johor,pembesar menunjukkan kekuasaan mereka setanding dengan Sultan.
Walau bagaimanapun urusan dan tugas mereka tetap sama.

All The Best


Jika dibuat perbandingan antara pembesar daerah dengan kampung
(penghulu) kita dapat lihat persamaannya dari aspek berikut:

1. Pemugut cukai dan hasil pendapatan bagi pembesar

2. Ketua dalam kampung

3. Keselamatan: menjaga keselamatan kampung.

4. Kuasa dan kekuasaan. Berkuasa dalam aspek berikut:

k Boleh mengarahkan rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan


oleh pembesar dan ketua kampung dalam sistem kerah dan serah.

k Membekalkan tenaga tentera dan buruh untuk pembesar.

Kepentingan( Pengaruh) Pembesar dalam Sistem Pemerintahan Melayu

Kepentingannya dapat dilihat dari sudut berikut:

1. Wakil Sultan sama ada dalam sektor ekonomi , sosial, dan politik.

1.1 Dalam sektor ekonomi mereka sebagai wakil pemungut cukai bagi pihak
sultan.

1.2 Dalam sektor politik ia bertindak menjalankan perintah sultan dalam bidang-
bidang pentadbiran.

1.3 Ia juga melibatkan diri untuk mendapatkan ketaatsetiaan rakyat.

1.4 Agen kepada sultan bagi mendapatkan sumber tenaga sama ada tenaga
buruh, tentera, dan pekerja istana.

1.5 Merupakan bayangan sultan dari sudut konsep ketuhanan kerana mereka
dilantik sultan yang mempunyai kuasa luar biasa jika dibandingkan dengan rakyat.

2. Sebagai penasihat Sultan- menentukan tindaktanduk dan pelakuan Sultan.

3. Berkeupayaan menentukan pewarisan dan pertabalan Sultan.

SISTEM EKONOMI

All The Best


Sistem ekonomi Melayu tradisi amat berlainan daripada sistem yang dibawa oleh
British. Dalam sistem ekonomi Melayu, masyarakat Melayu berteraskan sistem
ekonomi sara diri. Cuma setelah kehadiran dan penaklukannya terhadap negeri-
negeri Melayu sistem tradisi ini telah bertukar kepada sistem ekonomi komersial.
Walaupun begitu, sifat-sifat ekonomi komersial pernah juga dijalankan oleh
masyarakat sebelum kedatangan penjajah barat. Cuma ia dijalankan secara kecil-
kecilan sahaja.

Sistem Ekonomi Sara Diri

( Sebab-sebab )

Sistem ekonomi sara diri dari segi konsepnya ialah satu sistem pertanian sara
hidup. Dalam konteks sistem ini barangan pertanian yang dikeluarkan ialah
barangan untuk kegunaan keluarga sahaja. Ia tidak berfokuskan kepada lebihan
pengeluaran. Ini berbeza dengan sistem pertanian komersial yang berfokuskan
lebihan pengeluaran. Hal ini kerana dengan bahan pengeluaran yang berlebihan itu,
usahawan yang mengusahakan boleh menjual dan mendapatkan keuntungan.
Mengapakah masyarakat Melayu tradisi tidak menjuruskan sistem ekonominya ke
arah sistem ekonomi komersial? Dalam menjawab persoalan ini pelbagai faktor
perlu diambilkira. Ia perlu dilihat dari aspek sistem kerja, sistem pemilikan tanah,
sistem kenegaraan, teknologi yang digunakan, hubungan petani dengan dunia luar,
dan sumber pertanian.

Dari aspek sistem kerja, petani yang menggerakkan kerja pertanian


berasaskan sistem kekeluargaan. Ia tidak melibatkan orang lain. Dengan sistem ini
sebuah keluarga mengusahakan pertanian mereka sahaja. Mereka tidak melibatkan
orang lain. Dengan kata lain mereka boleh mengusahakan tanah mereka atau tanah
tuan mereka dengan keluarga mereka sahaja. Sebagai kesan daripada konsep ini
mereka tidak perlu memikirkan untuk membayar upah kepada orang lain. Melalui
cara ini mereka sekadar memuaskan hati dengan keperluan bagi keluarga mereka.
Oleh itu, konsep lebihan untuk mencari untung tidak pernah difikirkan ( Amarjit
Kaur. 1991; Ishak Shaari. 1991).

Keadaan sistem kerja ini diberatkan lagi dengan cara sistem pemilikan
tanah. Dalam sistem pentadbiran Melayu tradisi sistem pemilikan tanah
berpusatkan sultan. Hal ini berasaskan pendapat Maxwell yang menghubungkan
kekuasaan raja dalam sistem Hindu yang digunapakai oleh kesultanan Melayu yang
mempunyai konsep pemilikan tanah. Dalam hal ini Maxwell menyatakan bahawa
Raja mempunyai hak dalam semua wilayah jajahannya. Hak-hak tersebut adalah
All The Best
seperti hak kekuasaan tanah, cukai, hasil bijian dan hak membahagikan tanah yang
belum diterokai. Kesimpulan daripada itu para petani hanya boleh mengerjakan
tanah jika mereka membayar sebahagian daripada hasil keluarannya. Biasanya
ialah satu persepuluh. Dengan hak ini, para petani memikirkan apakah mereka
berkesanggupan untuk membayarnya. Hal ini kerana jika mereka tidak dapat
melunaskan bayaran tersebut berkemungkinan mereka akan menjadi hamba
berhutang. Oleh itu sebagai mencari jalan keluar daripada masalah ini maka mereka
lebih rela mencari hasil-hasil huitan bagi menyara kehidupan mereka. Hal pemilikan
tanah ini lebih jelas seperti di Kelantan. Clifford menyatakan bahawa rakyat
Kelantan tidak mempunyai hak dalam pemilikan tanah. Mereka dianggap sebagai
golongan yang memberi sumber dan hasil untuk golongan pemerintah. Walaupun
kedua-dua kenyataan ini menggambarkan seolah-olah sistem pentadbiran Melayu
tidak mempunyai sistem pemilikan tanah yang teratur, ia dibantah oleh Jomo dan
Wan Hashim. Walaupun jika adapun sistem pemilikan tanah dalam pentadbiran
Melayu tetapi ia mungkin tidak menjamin hak miliknya kerana sultan masih lagi
berkuasa dalam menentukan pemilikan secara hakiki ( Ishak Shaari.1991 ). Hal
seperti ini sedikit sebanyak telah menjejaskan konsep mengkomersialkan pertanian
di negeri-negeri Melayu.

Dalam aspek sistem kenegaraan ia melibatkan sistem serah dan sistem


kerah. Kita ketahui bagaimanakah caranya sultan berperanan dalam
mengketengahkan kekeramatan dan kemuliaan. Ia ditunjukkan melalui ilmu yang
dimiliki, alatan, restu mahupun lambang-lambang kekuatan lain dan selalunya
dihubungkan dengan ketuhanan. Oleh itu ia dapat menggerakkan rakyat untuk
menyatakan kesetiaan dan ketaatannya. Untuk menunjukkan kesetiaan dan
ketaatan inilah para petani terutama orang lelaki dipaksa bekerja untuk sultan
mahupun pembesar. Selalunya kerja-kerja dalam sistem ini bukan sahaja
melibatkan bidang pertanian, tetapi merangkumi pelbagai bidang lain. Ia pula
dilakukan tanpa mempunyai ketetapan yang tetap. Oleh itu, jangka masa yang
tidak tentu menyukarkan kerja-kerja pertanian yang hendak dijalankan. Selain
daripada menunjukkan ketaatsetiaan dalam corak menyerahkan diri untuk kerja-
kerja sultan, para petani juga diikat dengan sistem serah. Dalam hal ini para petani
perlu menyerahkan sama ada lebihan hasil, barangan, keperluan dan lain-lain
bahan untuk sultan. Ini bagi menunjukkan kesetiaan dan ketaatan. Ishak Shaari
( 1991 ) menyatakan sistem serah ini lebih teruk daripada sistem kerah. Ia
membuatkan rakyat berasa bimbang bahawa lebihan mereka akan dirampas oleh
sultan atau pembesar tempatan. Hal ini dapat dikuatkan lagi dengan kenyataan
Munsyi Abdullah seperti yang berikut:

“Maka katanya ( seorang rakyat biasa yang ditemui oleh Abdullah ) Dan lagi baik
perahu atau tanaman-tanaman dan hidup-hidupan sahaja sekalian, jikalau
dikehendaki raja diambilnya sahaja dengan tiada berharga. Dan lagi, kalau ada
All The Best
berharta dan anak perempuan yang baik-baik, jikalau berkenan raja, diambilnya
juga, tiada ditahankan kehendak raja; dan jikalau ditahankan atau tiada diberi,
disuruhnya tikam mati-mati sahaja”.

Dengan keadaan sistem kenegaraan yang diamalkan serta teknologi yang


digunakan sebenarnya ia tidak menjanjikan satu pulangan yang menguntungkan.
Rata-rata petani yang mengusahakan tanah pertanian masih menggunakan
teknologi pertanian kuno. Mereka masih menggunakan tulang empat kerat dengan
beralatkan cangkul, parang, penyabit, dan penajak. Walaupun begitu, masih ada
petani yang tidak mempunyai alatan yang mencukupi. Seperti kata Ishak Shaari.
( 1991 ), ada petani yang tidak mempunyai kerbau untuk membajak tanah. Jika
tidak mempunyai peralatan yang mencukupi bagaimanakah para petani hendak
mengubah teknologi pertanian ke arah sistem komersial. Keadaan ini sama juga
berlaku kepada para petani di England sebelum wujudnya zaman revolusi pertanian
di mana para petani di sana mengamalkan aspek yang diamalkan di Tanah Melayu.
Hanya apabila ada gerakkan dalam menggerakkan revolusi pertanian maka
wujudlah satu bentuk pemikiran pertanian ke arah sistem komersial.

Keterbatasan hubungan antara petani dengan dunia luar boleh


menyumbangkan kemampuan petani untuk mengubah corak pertanian mereka.
Biasanya hubungan dagangan hanya dilakukan oleh para pembesar dengan tidak
memberi peluang kepada petani untuk menjalankan urusan perdagangan. Sebab
itulah kalau dilihat daripada aktiviti kerja yang dijalankan oleh masyarakat Melayu
sebahagian besarnya adalah berteraskan sektor pertanian. Mereka tidak dapat
melihat peluang-peluang yang ada dalam aspek perdangan. Biasanya aspek ini
dibolot oleh pembesar-pembesar atau sultan. Keterbatasan ini jugalah yang
menyebabkan orang-orang Melayu tidak dapat melihat kebaikan sistem-sistem
yang cuba dilaksanakan oleh orang-orang Inggeris. Kita harus akui ada sistem yang
dibawa Inggeris boleh memecahkan kebuntuan dan kemiskinan orang Melayu. Hal
ini boleh dilihat daripada mengasingkan konsep ketuhanan yang ada pada sultan
dan mengendurkan ketaatan yang membabi buta. Ini didasarkan sebenarnya
konsep komersial telah lama dijalankan, cuma ia diboloti oleh orang-orang yang
mempunyai hubungan dengannya. Keadaan ini jauh berbeza dengan sikap petani
dan orang barat yang mengamalkan sikap keterbukaan dan menerima revolusi
sama ada revolusi pertanian dan industri. Hal ini kerana pada waktu itu mereka
menjuruskan pemikiran mereka ke arah pemikiran inkuiri dan sentiasa ingin tahu
berkenaan alam dan memangkinkan ilmu untuk kesejahteraan hidup. Inilah
sebenarnya yang menjayakan Islam dan akhirnya hal ini jugalah yang ditinggalkan
oleh Islam.

All The Best


Selain itu, hak petani ke atas harta yang dicari mereka tidak terjamin. Ini
berikutan daripada sistem pemilikan tanah yang menyaksikan petani tidak
mempunyai hak ke atas tanah tesebut ( Clifford ). Ini menjadikan hasil yang didapati
oleh petani menjadi sumber kepada golongan bangsawan. Ini dapat dilihat daripada
kenyataan Graham yang menyatakan

“Kenyataan bahawa semua tanah pada asasnya menjadi milik pemerintah seperti
yang terdapat di India dan Indonesia, wujud juga di Kelantan.... pada hakikatnya
tidak terdapat tanah yang dimiliki secara bebas di negeri ini. “

Melalui keadaan ini petani tidak merasai akan terjamin usaha yang diljalankan oleh
mereka dan berkemungkinan juga kurniaan yang diberikan itu boleh ditarik balik
dan menjadikan mereka sebahagian daripada kerahan yang dilakukan untuk sultan
dan pembesar ataupun tanah tersebut diberikan kepada orang lain.

Keadaan ini telah menyebabkan para petani menjalankan ekonominya


secara kais pagi makan pagi, dan kais petang makan petang dengan menjalankan
pertanian secara kecil-kecilan khususnya dalam penanaman padi dengan padi huma
dan sawah, mencari hasil hutan seperti buah-buahan hutan ,rotan serta akar kayu
bagi ubatan tradisi, perternakan ayam itik, menangkap ikan di sungai dengan cara
memancing ataupun memasang lukah yang tidak begitu produktif untuk hasil
ekspot, dan pelombongan dengan cara mendulang. Usaha-usaha ini dijalankan
hanya bagi menampung kehidupan dan tidak wujud satu pengkhususan kerja serta
matlamat pengeluaran bagi tujuan ekspot. Oleh itu, petempatan masyarakat
melayu banyak terdapat di pinggir-pinggir hutan dan sungai kerana di situlah
banyak sumber bagi mereka menampung kehidupan seharian.

Ekonomi Komersial

( Bukti kewujudan aktiviti ekonomi komersial )

Dalam sistem ekonomi komersial aktiviti ekonomi menjurus pada lebihan


pengeluaran. Hasil yang dikeluarkan diekspot dan dijual kepada pedagang bagi
mendapatkan kewangan. Walaupun aktiviti ekonomi masyarakat Melayu didominasi
oleh aktiviti pertanian sara diri, aktiviti dagangan masih beroperasi. Hal ini kerana
sistem ekonomi masyarakat Melayu adalah terbuka.

All The Best


Walaupun ekonomi Tanah Melayu lebih kepada ekonomi sara diri, aktiviti
komersial masih dijalankan. Keadaan ini dimonopoli oleh golongan bangsawan dan
bukannya petani. Ia dapat difahami kerana para bangsawan memiliki kuasa untuk
mengenakan cukai, pengurniaan tanah, dan mengambil semula tanah. Kuasa dan
kekuasaan yang dimiliki mereka menjadikan para petani sebagai golongan yang
menjadikan golongan bangswan semakin kaya. Oleh sebab golongan petani ialah
golongan yang mengikut dan memberikan tumpah taat setia yang tidak berbelah
bahagi ini menyebabkan mereka terpaksa menyerah dan mematuhi kehendak para
pembeasar. Biasanya kedaan ini difahami sebagai satu kesan yang tidak baik dalam
sistem kerah dan serah. Melalui sistem inilah para pembesar menjadi para
pedagang dan mempunyai bekalan yang mencukupi untuk didagangkan.

Aspek kedua yang mencetuskan perubahan sistem ekonomi ke arah


sistem ekonomi komersial ialah terjumpanya bijih timah di Larut oleh Long Jaafar.
Adanya penenmuan ini menyebabkan urusan dagangan dibuat oleh orang Eropah,
terutamanya Inggeris dan Belanda. Ini diperteguhkan lagi dengan keperluan buruh-
buruh Cina untuk menambahkan pengeluaran dan ia juga merupakan kesan yang
menyebabkan Perak dicampur tangan oleh Inggeris. Dalam hal ini para pedagang
negeri selat telah mendesak untuk menstabilkan Perak. Ini membuktikan bahawa
aktiviti komersial ini ada walaupun ia hanya melibatkan golongan pembesar.

Peluasan dan keaktifan pelombongan bijih timah, bukan sahaja


meluaskan dan mempercepat perubahan sistem ini, tetapi sebelumnya pada era
kegemilangan kerajaan Melayu Kedah, Melaka dan Johor - Riau telah lebih awal lagi
membantu perubahan sistem ekonomi sara diri. Inilah yang mengjhasilkan sebab
ketiga mengapa berlakunya perubahan kepada sistem ekonomi sara diri kepada
ekonomi komersial. Pembukaan dan perkembangan pelabuhan-pelabuhan di
Melaka, Johor-Riau , dan Kuala Kedah sebagai pelabuhan entrepot telah
menggalakkan kedatangan pedagang-pedagang dari luar, terutamanya pada abad
yang ke 14, 15, dn 16. Dalam era ini, para pedagang Eropah mencari peluang
perniagaan dan tanah jajahan serta memasukkan unsur-unsur peradaban ekonomi
mereka seperti pengenalan sistem kewangan dan ekonomi kapitalis. Hal ini
selanjutnya diteruskan dalam abad ke 19 dan 20 apabila perkembangan dan
wujudnya Revolusi Pertanian dn Industri lebih merancakkan lagi permintaan bahan
mentah sehingga diperkenalkan sistem-sistem ekonomi di negara jajahan. Keadaan
ini lebih galak lagi apabila pelabuhan Singapura dibuka pada awal abad ke 19. Hal
ini seterusnya telah mempengaruhi pembesar-pembesar tempatan dan sultan untuk
merebut peluang ekonomi bagi mengaut keuntungan dan kekayaan. Fenomena ini
mempuunyai pengaruh yang kuat yang boleh mengubah minda dan pemikiran
orang-orang Melayu ke arah perubahan sistem. Hal ini juga membuktikan bahawa
telah wujud aktiviti ekonomi komersial sejak awal abad ke 14 di Tanah Melayu.

All The Best


Bukti keempat ialah wujudnya masyarakat yang berbilang kaum di
Melaka. Masyarakat berbilang kaum ini yang terdiri daripada kaum Cina, India,
Jawa, Arab, dan Eropah telah sedia ada. Dalam hal ini boleh dikatakan masyarakat
India dan Arab merupakan masyarakat yang terawal datang ke Tanah Melayu.
Kedatangan mereka bukan setakat untuk urusan perdagangan, tetapi menyebarkan
fahaman agama dan bahasa mereka. Dengan adanya masyarakat majmuk ini, jelas
bahawa aktiviti komersial dengan bertukar barangan telah lama wujud di Tanah
Melayu. Ia lebih rancak lagi apabila adanya teknologi pengangkutan laut dan
kedatangan orang Eropah ke Tanah Melayu. Kemajmukan bangsa ini telah
membentuk pola-pola ekonomi terhadap masyarakat. Penguasaan perdagangan
semakin jelas dengan pengusaan orang Eropah dan Cina. Andaya ( 1982 )
menyatakan pada tahun 1848-9 penguasaan orang Eropah dan Cina dalam
perdagangan Tanah Melayu ialah 16% dan 19%, tetapi pada tahun 1868-9
berubahan pada 25% dan 12 %.

Kedatangan orang Eropah seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Amerika


Syarikat, Perancis dan lain-lain bangsa Eropah memperlihatkan pembukaan Pulau
Pinang dan Singapura oleh kuasa Eropah. Penguasaan Melaka oleh Portugis
merupakan asas kepada peluasan kuasa mereka. Peluasan kuasa yang dibuat
mereka sebenarnya terhasil daripada aktiviti perdagangan komersial. Mereka
bermula dengan hubungan dagangan secara persahabatan seterusnya mereka
memetri perjanjian bagi mendapat bahan-bahan mentah yang diperlukan.
Keperluan bahan mentah serta kerakusan dan persaingan untuk mendapatkannya
antara mereka merupakan bukti bahawa wujud perdagangan secara komersial di
Tanah Melayu dan rantau nusantara. Inilah bukti yang kelima yang nyata
menunjukkan wujudnya perdagangan komersial.

Aspek keenam - Perjanjian Inggeris - Belanda 1824 - Pembahagian


wilayah antara Inggeris dan Belanda bagi urusan dagangan kedua-dua buah negara.
Dalam perjanjian ini kedua-dua kuasa ini bersetuju untuk tidak bersaing dalam satu
kawasan yang sama yang boleh menyebabkan perseteruan. Hal ini kerana kedua-
dua kawasan utara dan selatan khatulistiwa mempunyai sumber bahan mentah
yang sama seperti bijih timah dan rempah ratus. Ini juga merupakan antara sebab
mengapa kuasa-kuasa barat bersaing untuk menguasai wilayah. Keadaan ini boleh
membuktikan wujudnya satu sistem perdagangan yang membolehkan kuasa
Inggeris mengumpul dan mendapatkan bahan mentah ini. Keadaan seperti ini tidak
akan wujud jika tidak ada pedagang Melayu yang kebanyakannya dikuasai oleh para
pembesar selain daripada masyarakat pendatang seperti orang Cina dan India.

All The Best


Aspek ketujuh dalam membuktikan telah wujudnya sistem ekonomi
komersial ini ialah adanya ladang-ladang gambir yang dibuka secara besar-besaran
oleh keluarga Temenggong Johor. Ini mewujudkan sistem kangcu dan surat sungai
yang membolehkan perkembangan peladangan gambir ini dapat dibuat secara
komersial dan bagi mengelakkan permusuhan dan peperangan antara puak-puak
masyarakat Cina. Selain itu, wujudnya Sistem Pajak di Kedah membuktikan bahawa
masyarakat Melayu mempunyai kecenderungan dalam bidang ekonomi komersial.
Dalam sistem ini Sultan Kedah memajak tanah-tanah kepada pemodal-pemodal
bagi penanaman hasil tani unutk ekspot.

Sebab Perubahan Ekonomi Sara Diri ke Ekonomi Komersial

Aspek Politik:

1. Perubahan sistem pemilikan tanah dan perubahan adat Melayu.

Perubahan dalam sistem pemilikan tanah yang dilakukan oleh Inggeris telah
mengakibatkan kehilangan atau berlakunya perubahan dalam sistem kehidupan
masyarakat Melayu terutamanya yang melibatkan sistem kerah, serah dan hamba
abdi. Perubahan yang dilakukan Inggeris dengan memberikan hak milik kepada
mereka yang berkenaan telah menjelaskan tentang hak milik tanah kepada
pemiliknya secara sah. Penentuan dan pengsahan hak milik tanah di kalanagan
masyarakat petani telah membolehkan para petani berusaha dalam menambahkan
pengeluaran dan peningkatan hasil daripada tanah yang diusahakan. Mereka tidak
lagi berasa bimbang akan hasil yang dikehendaki diserahkan kepada para
pembesar, tetapi dapat menembahkan hasil bagi keluarga mereka untuk
mendapatkan perubahan dalam taraf hidup. Perubahan pentadbiran yang
menyentuh pemilikan tanah ini, walaupun ditentang oleh pembesar Melayau
sebenarnya telah membantu golongan bawahan untuk mendapatkan hak milik
terhadap tanah yang diusahakan.

2. Perubahan peranan pembesar dan Sultan dalam sistem tadbir penjajah.


Pembesar jadi pegawai kerajaan, Sultan penasihat kepada residen. Keadaan ini
bukan setakat men jejaskan kekuasaan kepimpinan Melayu tetapi ia membolehkan
Inggeris membentuk satu sistem bagi mencegah ketidakadilan yang berlaku
terhadap golongan bawahan Melayu yang dirasakan ditindas oleh golongan atasan
melalui pelbagai sistem dan kepercayaan yang dikenakan terhadap masyarakat
bawahan Dalam perubahan kepimpinan dan hiraki kepimpinan Melayu para pegawai
Inggeris telah menentukan hala tuju dan undang-undang baru yang berteraskan
undang-undang commom law Inggeris sehingga mengubah teras kepercayaan
masyarakat terhadap instusi kesultanan dan pembesar. Walaupun keadaan ini

All The Best


menjejaskan masyarakat pembesar Melayu sedikit banyak ia telah membantu
golongan bawahan Melayu untuk memiliki kekayaan dengan golongan pemerintah
Melayu Walaupun pada hakikatnya Inggeris banyak menguasai memboloti kekayaan
negara tetapi perubahan tanggapan masyarakat bawahan bagi penambahan hasil
ekonominya telah juga berubah..

Aspek Ekonomi:

3. Wujudnya revolusi industri di Eropah dan kemahuan untuk mendapatkan


bekalan bahan mentah.

Kepesatan teknologi dan penemuan baru dalam era kegemilangan industri di


Eropah telah mewujudkan persaingan bagi mendapatkan bahan mentah. Keadaan
ini kelihatan banyak terdapat di Tanah Melayu yang menjadi pengeluar utama getah
dan timah. Kehendak bagi bahan ini telah mendesak para pemodal untuk
melaburkan modal. Jika tidak wujudnya revolusi ini maka kehendak bahan mentah
ini tidak menjadi saingan bagi industri pemotoran, dan pengentinan.

4. Pemodal asing yang sanggup menanam modal seperti Guthrie, dan Sime
Darby. Adanya pemodal-pemodal ini telah menyebabkan banyak tanah-tanah
dibuka dan diterokai sama ada dalam bidang pelombongan ataupun pertanian.
Pemodal-pemodal ini akhirnya telah menyebabkan ramai para buruh dibawa masuk
dari India dan Cina. Kewujudan ini kerana masyarakat pemodal memerlukan lebih
banyak bahan dapat dikeluarkan dan ini secara tidak langsung telah mengubah
persepsi masyarakat melayu terhadap bentuk kehidupan mereka sebelumnya yang
menjuruskan aspek sara diri. Lebih-lebih lagi apabila pihak Inggeris telah mengubah
banyak sistem di Tanah Melayu terutama dalam sistem pencukaian, iaitu bayaran
cukai dalam bentuk wang tunai.

5. Fahaman liberialisme dan kapitalisme yang bercirikan pasaran bebas galakan


persaingan dan ekonomi wang merupakan asas kepada ekonomi dagangan.
Keadaan ini telah memperlihatkan kemajuan yang begitu ketara di kalangan
masyarakat pendatang, terutamanya masyarakat Cina yang banyak mengambil
peluang daripada perubahan sistem ini. Ini secara tidak langsung telah mengubah
pemikiran Melayu bagi mendapatkan kemajuan dan taraf yang sama dengan
masyarakat pendatang. Perkembangan fahaman ini juga mengikiskan fahaman
dalam sistem feudalisme yang tersemai dalam pemikiran masyarakat Melayu dan
sedikit demi sedikit telah menghapuskan beberapa amalan tradisi seperti sistem
kerah,sera dll sistem.

Aspek Sosial:

All The Best


6. Adanya usaha pihak penjajah membawa masuk teknologi baru seperti teknik
perlombongan - pam kelikir, dan kapal korek. - Teknik penorehan getah dan
membawa masuk biji benih getah.

7. Kemasukan buruh asing Cina dan India untuk bekalan buruh yang murah.

8. Perkembangan pendidikan, dan prasarana serta pembukaan bandar dan


hutan untuk pertanian.

SISTEM SOSIAL

Struktur Organisasi Masyarakat

Struktur organisasi masyarakat Melayu mewarisi struktur organisasi zaman


kesultanan melayu Melaka. Dalam struktur ini ia berbentuk piramid yang
berpuncakkan kuasa pada sultan. Ia dapat dilihat seperti rajah berikut:

Peranan-peranan raja, pembesar dan pembesar adalah seperti huraian di atas.


Peranan rakyat dalam struktur masyarakat Melayu tradisi lebih menjurus kepada
pemberian taat setia kepada golongan bangsawan. Peranan mereka adalah untuk
dilindungi dan dinaungi supaya keselamatan dan kehidupan mereka terjamin. Oleh
itu, peranan mereka ini dapat disimpulkan seperti yang berikut:

1. Sebagai tenaga kerahan dalam bidang keselamatan, sosial, dan ekonomi.

2. Alat bagi menunjukkan kekuatan dan kekuasaan pembesar dan golongan


bangsawan. Mereka sebagai pengikut kepada pembesar dan dikenali dengan istilah
kawan.

3. Penyumbang kebangkitan ekonomi dalam bentuk membayar cukai atau


menyerahkan hasil daripada usaha yang dibuat. Mereka tidak boleh membantah
All The Best
kerana tanah yang dikerjakannya adalah hasil kurniaan golongan atasan dan boleh
ditarik balik.

Peranan yang dimainkan oleh golongan bawahan ini adalah dipengaruhi


oleh aspek-aspek yang berikut:

1. Anggapan mereka akan kekuasaan yang dimiliki oleh sultan seperti aspek
tulah dan daulat jika derhaka.

2. Memerlukan tanah sebagai tempat untuk mencari sumber pendapatan.

3. Memerlukan perlindungan kerana golongan atasan mempunyai kekuatan


ketenteraan.

4. Bagi hamba berhutang, mereka terikat dengan hutang yang tidak mampu
dibayar.

5. Pengikut tradisi sejak daripada penghijrahan tempat asal mereka. Sebagai


contoh Temenggong Abd Rahman yang menguasai Johor mempunyai pengikut yang
terdiri daripada orang laut.

6. Kemampuan pembesar yang boleh memberikan mereka kemewahan dalam


kehidupan. Aspek ini bergantung pada kekayaan yang ada pada para pembesar.

Batasan hubungan golongan atasan dan bawahan tertakluk dalam aspek-aspek


berikut:

1. Aspek perkahwinan hanya dalam kelas mereka sahaja.

2. Adat berpakaian dan cara hidup dan pergaulan. Sebagai contoh

Ë Rakyat tidak boleh berpakaian berwarna kuning.

Ë Sisa rakyat tidak boleh dimakan oleh Sultan - derhaka. Lihat kes isteri
Laksamana Bentan dibunuh.

Struktur Masyarakat dalam Era Campur Tangan Inggeris

Campur tangan Inggeris yang bermula pada 1874 mempunyai banyak implikasi
terhadap stratifikasi masyarakat Melayu. Keadaan ini mempunyai sedikit perbezaan
antara struktur tradisi masyarat yang bercorakkan piramid dan berpaksikan raja
All The Best
kepada pemecahan atau pembahagian kuasa antara Raja dan Residen. Ia akhirnya
menyaksikan juga perubahan dalam kepimpinan kebangsawanan yang
menghilangkan fungsi-fungsi penting pembesar dalam era tradisi.

Residen Inggeris

(Residen sebagai Penasihat Raja atau Raja sebagai penasihat Residen atau Residen
yang menjalankan pemerintahan negara.

Fungsi Pembesar sebagai pemerintah bertukar kepada kakitangan kerajaan yang


dibayar upah bulanan. Tarafnya hampir sama dengan rakyat biasa dalam era
tradisi.

Fungsi rakyat tidak sahaja sebagai orang suruhan tetapi boleh menjadi pentadbir
seperti menjadi Pegawai Daerah.

Adakah bentuk strukutur sosial ini berubah? Ia hanya boleh dikaji melalui perubahan
fungsi yang dimainkan oleh setiap lapisan dalam masyarakat dan tindakan-
tindakan Inggeris seterusnya seperti perubahan-perubahan pentadbiran dan
pemerintahan dengan mewujudkan sistem Persekutuan pada 1896, Dasar
Centralisasi dan Desentralisasi, Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu 1948,
dan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Adakah setiap perubahan ini mencirikan
konsep kuasa dan kedudukan sebelum campur tangan Inggeris pada 1874? Jika ia
tidak mencirikan konsep sebelum tahun 1874 maka struktur lapisan masyarakat
juga telah banyak berubah. Hal ini juga mempunyai kaitan dengan aspek struktur
dan cara pengaruh dalam organisasi politik Melayu kerana perubahan dalam sudut
ini mempuyai kesan terhadap lapisan masyarakat Melayu tradisi.

Struktur dan Cara Pengaruh dalam Organiasi Politik Melayu

Kekuasaan yang dimiliki oleh setiap tahap kedudukan pembesar dapat ilihat
berdasarkan rajah di atas. Dalam aspek ini kekuasaan sesebuah negara terletak
pada Sultan. Hal ini difahami kerana sultan mempunyai keistimewaan yang tidak
dipunyai oleh orang lain. Antara keistimewaan yang ada pada sultan ialah sifat
ketuhanan, kewujudan sistem-sistem seperti kerah dan serah, durhaka dan daulat,
tulah yang mempunyai hubung kait dengan keprcayaan dan amalan dalam adat
melayu. Ini membolehkan sultan menggunakan kedudukannya bagi
memanipulasikan pengikut-pengikutnya dengan memasukkan doktrinasi keajaiban
dan kemuliaan sultan. Maka wujud kepercayaan yang memperlihatkan sultan
mempunyai daulat, iaitu satu kepercayaan yang membolehkan sultan mengenakan
kesialan terhadap orang yang mengengkari perintahnya. Unsur-unsur ini yang ada
pada sultan akan diwarisi oleh mereka yang dilantiknya sebagai pembesar.

All The Best


Kepercayaan masyarakat melayu tentang penurunan kuasa ini dapat dijelaskan lagi
dengan hadiah-hadiah iringan yang akan diberikan oleh sultan kepada para
pembesarnya. Hadiah-hadiah dan pelambangan yang berunsurkan kekuasaan
sultan seperti cop mohor membolehkan penerimanya menjalankan kuasa sultan .
Keadaan ini seterusnya akan diterima oleh penghulu. Seperti keadaan yang
dinikmati oleh para pembesar, penghulu sebagai pembesar desa juga akan dapat
menikmati kuasa yang sama. Walaupun begitu setiap peringkat pembesar tersebut
diberikan had-had kuasa yang tertentu bagi menghalangkan mereka mewujudkan
persamaan dengan sultan.

Keadaan penurunan dan pemilikan kuasa seperti ini telah mewujudkan


kumpulan-kumpulan pengikut tertentu. Ia bergantung pada siapakah yang menjadi
ketua mereka. Kebiasaannya pembesar A akan mempunyai kumpulan pembesar
desa tertentu yang menumpahkan taat setianya kepada pembesar A sahaja dan
pembesar desa itu pula mempunyai pengikutnya . Oleh yang demikian, setiap
pembesar perlu mempunyai dan mencari sebanyak mungkin pengikut. Banyaknya
pengikut akan membolehkan mereka bertambah kuat, kaya, dan berpengaruh
dalam istana. Walaupun kesetiaan setiap pengikut diberikan kepada pembesar yang
menjadi ketua kepada mereka kepatuhan dan daulat sultan tetap terpelihara. Hal ini
kerana, daulat sultan mengatasi kuasa yang ada pada setiap pembesar yang telah
dilantik. Oleh itu, setiap pembesar perlu patuh dan taat kepada sultan, jika tidak ia
akan ditulah. Ini memungkinkan mereka kehilangan status dan taraf sebagai
pembesar dan membolehkan rakyat mengengkari perintah. Keadaan ini boleh
menyebabkan pembesar yang disihkan itu tidak diterima dalam sistem pembesar
masyarakat melayu. Ini juga boleh menyebabkan mereka kehilangan kekayaan dan
pengikut.

Persoalannya dalam mengkaji aspek ini ialah bagaimanakah mereka


dapat mempastikan kedudukan mereka. Keadaan ini hanya akan wujud jika mereka
dapat mencapai satu tahap kekayaan yang besar. Dengan kekayaan ini para
pembesar boleh menyara pengikut mereka. Disamping itu, mereka juga boleh
mendapatkan perhatian sultan jika mereka dapat menghadiahkan atau memperoleh
cukai yang tinggi kepada sultan. Dalam mendapatkan cukai ini, semakin luas
kawasan atau wilayah yang dikuasai, maka sebagai ramai pengikutnya yang boleh
dikerahkan atau meminta mereka menyerahkan hasil-hasil yang didapati untuk
dipersembahkan atas nama sultan. Kebolehan mereka menguasai ekonomi wilayah
mereka bukan setakat menjadikan mereka bertambah kaya, tetapi berpengaruh
dalam istana. Oleh itu, setiap pembesar akan bersaing bukan setakat mendapatkan
wilayah yang luas, tetapi juga bersaing untuk mendapatkan perhatian dan
kepercayaan sultan. Hal ini membolehkan mereka diberi anugerah melebihi
daripada pembesar lain.

All The Best


Kegagalan mereka menguasai aspek pengaruh ini, sebenarnya
menyebabkan mereka gagal dalam persaingan mencari pengaruh dan boleh
menyebabkan mereka kehilangan pengikut dan kuasa. Keadaan ini akhirnya wujud
apabila struktur kuasa dalam lapisan masyarakat melayu telah diubah oleh Inggeris
selepas 1874. Ini menyaksikan penentangan oleh para pembesar kerana
kedudukan dan taraf mereka telah diperlecehkan dan mereka akhirnya sama seperti
rakyat kebanyakan sewaktu sistem pemerintahan dan lapisan masyarakat melayu
tradisi masih utuh.

Kepercayaan Tradisi dan Islam

Amalan kepercayaan masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh amalan dan


keprcayaan dalam amalan nenek moyang atau kepercayaan Hyang, Hindu, dan
Buddha seperti percaya kewujudan ‘mana’, mentera atau jampi, sihir, bomoh atau
dukun, sumpah atau tulah, daulat raja, dan pelbagai jenis hantu yang berhubung
kait dengan konsep syaitan dalam Islam. Kepercayaan kepada penyembahan nenek
moyang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu walaupun setelah kemasukan
agama Hindu dan Buddha. Keadaan ini dapat dilihat daripada pemujaan yang
dilakukan mereka di candi-candi Lembah Bujang yang tidak mempunyai kesamaan
dengan penyembahan kuil oleh masyarakat Hindu-Buddha di India. Oleh itu,
kepercayaan ini lebih tertumpu kepada perkongsian amalan yang dicampuradukkan
sehingga mewujudkan satu amalan bentuk baru, tetapi masih didominasi oleh
kepercayaan Hindu. Sehingga kedatangan Islam amalan-amalan ini masih tidak
luput daripada naluri orang Melayu. Walaupun, amalan-amalan ini bertentangan
dengan syariat Islam, ornag-orang Melayu masih tidak membuangnya daripada
budaya masyarakat. Keadaan ini dapat difahami berdasarkan sebab-sebab berikut:

1. Penerimaan orang Melayu tentang konsep ketuhanan yang ada pada sultan.

· Ia menyentuh kosep daulat dan derhaka serta tulah. Kepercayaan yang sultan
mempuunyai kekuasaan luar biasa dan selalunya dikaitkan dengan aspek
ketuhanan. Maka timbul unsur hak sultan dalam agama.

2. Pensenyawaan unsur Islam dan Hindu

· Unsur-unsur yang menjadi amalan agama Hindu diberi nafas baru dalam
Islam. Sebagai contoh:

· Dalam majlis perkahwinan disenyawakan amalan seperti tepung tawar,


berinai, bersanding, dan lenggang perut. Kalau dalam Hindu ia berkaitan dengan

All The Best


agama, tetapi diubah konseop menjadi adat dan budaya kepada masyakarat
Melayu.

· Majlis Kematian: Diadakan kenduri 3,7,40 dan 100 hari. Dengan tujuan untuk
mengingati jenazah. Dalam kepercayaan Hindu hari-hari tersebut ada bahagian-
bahagian mayat yang pecah.

· Majlsi perayaan: Memasang pelita. Dengan harapan malaikat akan


berkunjung ke rumah dalam hindu dewa. Walaupun begitu kesedaran agama Islam
menyebabkan konsep ini ditukar kepada kemeriahan dan sebagai satu adat dan
budaya.

3. Cara pendakwahan

· Cara dakwah disebarkan dan kerelaan anutan agama Islam. Pendakwahan


menggunakan aspek hiburan seperti dalam wayang kulit, mak yong, main puteri
dan lain-lain hiburan tradisi yang masih mempunyai unsur kehinduaan.

· Dalam menentukan ia tidak ke arah syirik maka istilah dan bentuk upacara
ditukarkan kepada unsur-unsur Islam seperti bacaan ayat suci dan tujuan
diadakankan agar mendapat rahmat daripada Allah swt.

· Penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu bukan kerana kefahaman mereka,


tetapi kerana ikutannya dengan wibawa Sultan. Oleh sebab itu, proses
pendakwahan dan pengembangan ajaran dan sebaran agama ini banyak dilakukan
di istana-istana.

· Proses melambatkan proses mengubah konsep Hindu untuk digantikan


dengan konsep dan amalan Islam.

4. Konsep agama dan kepercayaan yang dicampuradukan.

· Konsep agama dan kepercayaan yang bercampur aduk hingga mengelirukan


masyarakat. Masyarakat menganggap seolah-olah kepercayaan itu adalah
sebahagian daripada agama sedangkan ia berbeza.

· Mohd Taib Othman mendefinisikan agama sebagai satu amalancara hidup


yang berorganisasi dan bermatlamat, dan kepercayaan sebagai satu pernyataan
tentang sesuatu perkara untuk dipercayai.

· Masyarakat Melayu tidak memisahkan konsep ini hingga kelihatan agama dan
kepercayaan itu sama.

5. Pengaruh adat dan budaya masyarakat.

· Masyarakat Melayu amat berpegang kepada konsep biar mati anak jangan
mati adat. Oleh sebab adat-adat Melayu banyak bertentangan dengan Islam maka
proses menukarkan adat ini perlu dijalankan dengan hati-hati. Oleh itu adat yang
dirasakan tidak bertentangan dengan Islam secara langsung masih diterima cuma

All The Best


aspek kepercayaan keagamaan disishkan secara berhati-hati dengan amalan Al
Quran dan sunnah Nabi saw.

· Keadaan ini adalah berikutan berlakunya proses pensenyawaan,


reintperetation dan rearrangement.

6. Proses pemberian makna baru ( reintepretation ) dan pengaturan dengan


cara baru ( rearrangement ).

· Apabila wujud konflik antara amalan, adat dan agama masyarakat Melayu
menggunakan proses-proses ini untuk diteruskan amalannya. Ini seterusnya berlaku
pensenyawaan terhadap alan dan kepercayaan.Sebagai contoh:

· Konsep penunggu ditukar kepada konsep keramat.

· Konsep hantu ditukar kepada konsep syaitan

· Istilah Dewata Raya ditukar kepada Allah swt. Siva dianggap mahaguru, Nur
muhamad dan Luqman Al-Hakim adalah pawang silam dan aku adalah pawang
keempat, Pawang tuan juga dikaitankan dengan Siva, Nabi Muhamad dan kadang
kala Allah swt.

Aspek Kepercayaan

Mana : Satu aspek kepercayaan yang membolehkan


seseorang mendapat MANA atau kekuatan daripada seseorang yang dikalahkan
atau dibunuh. Sebagai contoh seorang pahlawan yang berjaya membunuh
musuhnya, pahlawan tersebut mendapat kekuatan atau kesaktian musuhnya yang
dibunuhnya.

Mentera dan jampi : John D. Gimette dalam bukunya A Dictionary of Malay


Medicine mentakrifkan Jampi atau mentera sebagai penggunaan serapah oleh
bomoh atau pawang dalam amalan sihir orang Melayu. Selalu ia menggunakan
kata-kata atau ayat-ayat tertentu yang difahami maksudnya oleh Bomoh. Apabila
kedatangan Islam kata-kata atay ayat tersebut ditukar bentuk kepada ayat-ayat
suci Al-Quran. Sebagai contohnya ayat-ayat yang digunakan sebelum kedatangan
Islam adalah seperti yang berikut:

“ Hai pinang sepiak muri tanaman Maharaja


Dewana......” Perkataan Maharaja Dewana ini boleh ditukarkan kepada nama para
nabi atau wali dalam Islam.. dan boleh ditambah dengan kalimah syahadah.

Sihir dan tilik: Ibnu Khaldun melihat sihir dan tilik sebagai satu ilmu
tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada
tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama dilihat sebagai sihir
dan kedua tilik.
All The Best
A.S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s
Dictionary of Current English menyatakan sihir adalah seni yang mengawal kejadian
dengan pendakwaaan penggunaan tenaga luar biasa. Ia witchcraft, praktis tahyul
primitif berdasarkan kepercayaan terhadap agen ghaib. Sihir hitam dilakukan
dengan pertolongan syaitan dan sihir putih ( ? ) tanpa pertolongan syaitan.

Tahap-tahap atau martabat sihir:

1. Ia dapat mempengaruhi melalui kemahuan semata-mata tanpa bantuan. Ini


yang disebut sihir oleh golongan failasuf.

2. Ia dapat mempengaruhi dari bantuan dari mizaj, bintang-bintang, elemen-


elemen alam atau angka-angka bilangan, ini yang dinakan tilik , ia lebih lemah
daripada yang pertama.

3. Ia dapat mempengaruhi perasaan yang berkhayal dan gambaran yang


mahu diberikan dan kemudian membawanya kembali kepada alam nyata, seperti
membuat mereka seolah-seolah ternampak sesuatu, sedangkan ia sebenarnya tidak
ada di hadapan mereka. Ini yang disebut khayalan atau hallucination oleh
golongan falsafah.

Setelah kedatangan Islam istilah sihir ditukar kepada


jampi serapah atau mentera.

Bomoh /Pawang/Dukun: Dianggap oleh masyarakat Melayu berasal dari Luqman


Al-Hakim, dan bertugas bagi menyembuhkan sihir. Ia sebagi alat bagi mengubati
penyakit dan dilihat sebagai seorang yang berdekatan dengan Tuhan. Oleh itu, ia
mendakwa diri mereka sebagai keturunan daripada para aulia atau wali, dan
sebelum Islam biasanya ia mempunyai kuasa berhubung dengan para dewa seperti
Siva.

All The Best


Hukum Adat – Pepatih Dan Temenggong

Ciri-ciri – Persamaan dan Perbezaan

Pepatih Temenggong
Pelantikan pembesar-pembesar Pelantikan sultan dalam adat ini
dibuat secara suara terbanyak, melalui sistem warisan. Anak
seperti pelantikan Yang Dipertuan sulong lelaki akan dipilih untuk
Besar dibuat secara suara menggantikan bapanya yang
terbanyak antara undang luak Sri meninggal dunia. Jika tidak dilantik
Menenti, Rembau, Johol, dan waris-waris kerabat yang rapat
Jelebu. Pelantikan Undang pula dengan sultan, dan seterusnya jika
dipilih oleh Lembaga, Lembaga tiada Bendahara boleh dilantik
dipilih oleh Buapak, dan Buapak menjadi sultan sehingga ada waris
dipilih oleh Perut. Hal ini boleh yang rapat yang menuntut takhta
disamakan dengan sistem kesultanan. Pelantikan pembesar
demokrasi, iaitu individu yang pula mengikut budi bicara sultan.
mendapat undi terbanyak akan Biasanya ia turun-temurun dari
dipilih sebagai ketua atau satu keturunan ke satu keturunan.
pemimipn. Dalam sistem Jika tidak mereka yang berjasa
pembesar-pembesar ini perlu kepada sultan dan negara boleh
beramping dengan rakyat dan dilantik dan diperkenankan sultan.
boleh dipecat daripada jawatannya Umumnya dengan kuasa yang ada
jika mereka tidak mendapat pada sultan ada yang
kepercayaan daripada golongan beranggapan ia bersifat autokratik,
bawahan. Dengan kata lain, para iaitu pelantikan pembesar tidak
pembesar ini tidak menganggap mencerminkan kehenadak rakyat.
jawatan itu sebagai warisan
keturunan. Autokratik – Pemilihan kepimpinan
dari atas. Rakyat bawahan terima
Demokrasi – wujud hak dan kuasa pemimpin yang dilantik daripada
rakyat. Pemilihan kepimpinan dari atasan. Rakyat tidak ada kuasa
bawah. dalam menentukan pelantikan
pemimpin.

Dari aspek pewarisan harta, Pembahagian harta dalam hukum


terdapat tiga jenis pewarisan harta adat ini lebih terbuka kerana
iaitu harta bawaan, harta warisan pembahagiannya sama ada secara
atau pusaka, dan harta faraid atau wasiat, Peluang
sepencarian. golongan lelaki dan perempuan
Harta bawaan ialah harta yang terjamin. Tidak ada kelebihan untuk
dipunyai dan dimiliki oleh satu-satu golongan asalkan ia
All The Best
seseorang individu sebelum berdasarkan waris yang sah dalam
perkahwinan. Jika berlaku keluarga.
penceraian masing-masing boleh
membawa hartanya .
Harta warisan atau pusaka. Dalam
hukum adat ini ia hanya boleh
diwarisi oleh pihak isteri atau
perempuan sahaja, atau saudara
sebelah pihak perempuan dan
untuk perempuan sahaja.
Harta sepencarian ialah harta
bersama antara suami dan isteri Pewarisan harta sama ada ikut
dan jika berlaku pencarian harta faraid ataupun wasiat seperti
tersebut boleh dibahagikan dicirikan dalam Islam.
bersama.

Pewarisn harta berdasarkan hukum


adat - ada yang bercanggah
dengan Islam. Ada beberapa aspek
kelebihan kepada wanita.

Dari aspek nasab, hukum adat ini Dalam adat temenggong kedua-
lebih mengutamakan golongan dua golongan adalah sama
wanita daripada lelaki. Hal ini penting. Jika mereka mematuhi
kerana hukum adat ini hukum dan syariat Islam maka
mengandaikan lelaki boleh mencari tidak akan berlaku penganiayaan
nafkah sendiri dan boleh berusaha terhadap kaum wanita. Hukum adat
untuk mendapatkan kesejahteraan ini melihat kedua-dua jantina ini
hidup, jika dibandingkan dengan mempunyai kedudukan yang sama.
kaum wanita yang terbatas Keadaan ini juga memperlihatkan
pergerakannya. Bagi melindungi lelaki bukan sahaja menjadi ketua
wanita daripada teraniaya maka keluarga, tetapi juga menjadi
adat ini memberikan kelebihan pemutus dalam membuat
kepada wanita untuk menjamin keputusan.
kehidupan mereka jika berlaku Dalam hukum adat ini tidak ada
sebarang kecelakaan atau musibah konsep suku atau kumpulan
yang menimpa mereka. tertentu dan menganggap
Keadaan ini telah mewujudkan kesemua manusia sesama Islam
wanita seperti lebih berkuasa adalah bersaudara dan tidak ada
kerana mereka menjadi pemutus had-had tertentu dalam hubungan
dalam membuat keputusan, kemasyarakatan.
walaupun ketua keluarga masih
lelaki.
Wujud konsep suku atau kumpulan
All The Best
, yang memperlihatkan hubungan
dan keakraban mereka lebih
terserlah jika dilihat dengan suku
yang lain. Mereka yang
mengamalkan adat ini akan
mematuhi konsep masuk suku iaitu
satu simbolik kepada mereka yang
memasuki dan menerima adat ini Kelebihan jantina sama rata, dalam
serta peraturan suku-suku ini. kepimpinan , membuat keputusan,
harta seperti dikehendaki dalam
Kelebihan jantina pada wanita Islam. Peranan dan hak wanita
dalam beberapa hal. Tidak begitu seperti ditentukan agama.
islamik. Lelaki didapati dinafikan
hak dalam adat ini dan bercanggah
dengan kehendak agama. Sebagai
contoh , dalam membuat
keputusan, dan pewarisan harta.

Dari aspek hukuman, hukum adat Dalam adat temenggong,


ini berorientasikan memulihkan hukumannya berkonsepkan
pesalah atau berkonsepkan pengajaran dan pencegahan
pemulihan. Pesalah yang didapati supaya orang lain tidak melakukan
bersalah dikehendaki menebus kesalahan yang sama. Kesalahan
kesalahannya dan menyara waris dan hukuman adalah setimpal
atau orang yang menjadi dengan kesalahan yang dilakukan.
mangsanya. Berat kesalahan maka beratlah
hukumannya.
Penggubalan hukum berasaskan
pemuafakatan adat – ada unsur Penggubalan hukum berasaskan
demokrasi ketentuan sultan/raja/pembesar –
Hukuman dijatuhkan berasaskan berunsurkan autokrasi.
pemulihan , tidak mencerminkan Hukuman berasaskan pencegahan,
hukuman dalam Islam. dilihat sebagai satu kekerasan ada
unsur hudud dan ikut Islam.

Dari aspek perkahwinan, Pilihan pasangan perkahwinan


keutamaan dalam pilihan pasangan dalam hukum adat ini tidak
adalah dalam suku yang sama. Ini memilih mana-mana puak atau
bukan bermakna perkahwinan kumpulan asalkan ia menetapi
antara suku tidak dibolehkan, kehendak syariat Islam.
tetapi tidak digalakkan. Hal ini
kerana ia melibatkan banyak
peraturan dan adat yang perlu
dipatuhi oleh mereka daripada

All The Best


berlainan suku ataupun adat,
terutamanya dalam adat pewarisan Tiada unsur suku semua lapisan
dan pembahagian harta. individu sama – yang penting
sekufu.
Unsur suku dilihat sebagai
cerminan unsur assabaiyah iaitu
unsur yang diharamkan dalam
Islam – boleh membawa unsur
perbezaan taraf dan kedudukan.

JAWAPAN TEMA 2

Imperialisme, Kolonialisme, dan Mekantilisme

Konsep:

Imperialisme: Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan


sempadan politik dan kedaulatan negara.

Kolonialisme: Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan


pengaruh terhadap negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang

All The Best


politik, ekonomi dan sosio budaya berasaskan peradaban dan budaya
penjajah.

Mekantilisme: Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan


kuasa dalam aspek ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi dan
keuntungan untuk negara penjajah. Menjadikan negara jajahan
bergantung ekonomi dengan negara penjajah.

Ciri-ciri:

1. Mencabul kedaulatan negara

2. Memasukkan dan meluaskan unsur pembaratan.

· Mengubah adat, istiadat, agama, serta budaya.

3. Menukarkan sistem politik –pemerintahan dan pentadbiran.

4. Menukarkan sistem dan penguasaan ekonomi.

5. Menghalang masyarakat pribumi daripada mengaut keuntungan.

6. Meletakkan penasihat

7. Kepergantungan terhadap negara penjajah.

Campur Tangan Inggeris Di Tanah Melayu

Aspek Kajian:

& Sebab campur tangan

& Ciri-ciri campur tangan Inggeris

& Peristiwa peperangan dan kekacauan yang berlaku.

& Penggunaan perjanjian oleh pihak Inggeris.

& Kesan campurtangan Inggeris / Perubahan

Sebab Campur Tangan

Faktor Ekonomi:
All The Best
1. Kehendak dan pemilikan bahan mentah

2. Perkembangan Revolusi Industri di Eropah

3. Pasaran

4. Mencari keuntungan

5. Desakan pemodal

6. Perkembangan teknologi

Faktor Politik dan Sosial

1. Persaingan kuasa asing

2. ketidakstabilan politik – perang saudara rebut takhta dan kongsi


gelap.

3. Peranan Andrew Clark

4. Aspek kemanusiaan – permohonan Sultan

5. Strategi ketenteraan – letakkan tentera bagi menguatkan pengaruh


British di rantau ini.

6. Untuk memasukkan unsur peradaban barat / Inggeris di Malaysia .


Dasar Pembaratan.

7. Perubahan Dasar British di London – Pertukaran Kerajaan


Koservatif kepada Buruh.

Ciri-Ciri Campur Tangan

1. Politik yang tidak stabil

a. Berlaku perebutan kuasa politik dan ekonomi

b. Tiada semangat perpaduan – kepentingan diri pembesar.

c. Ancaman dan persaingan kuasa asing selain British.


All The Best
d. Pembentukan masyarakat majmuk dan kacau bilau kongsi gelap.

2. Penguasaan dan kekayaan ekonomi

a. Kekayaan bahan mentah.

b. Persaingan kuasa untuk dapat keuntungan.

c. Meluaskan pengaruh dan monopoli ekonomi.

d. Tempat untuk melambakkan barangan penjajah – pasaran.

3. Keselamatan

a. Elakkan tergugat pengaruh politik dan ekonomi.

b. Pengawalan jalan laut

c. Tempat persinggahan dan pembaikan kapal tentera laut – loji


ketenteraan.

Ruang Lingkup Kajian Peperangan:

1. Perang Naning 1832

2. Perang saudara dan kekacauan di Perak 1874

3. Perang saudara di Selangor dan di Negeri Sembilan

4. Perang Kedah dan Siam

5. Serangan Kedah terhadap Perak 1824 - 25

6. Perang Larut 1- 3

Sebab-sebab berlakunya peperangan:

1. Perebutan takhta.

· Perebutan takhta antara pembesar di Perak antara Raja Abdullah,


Raja Yusuf dan Raja Ismail

· Perebutan ini wujud dalam kerabat Kedah.

2. Menuntut kemerdekaan

· Sultan Kedah inginkan kemerdekaan daripada Siam - tidak mahu


hantar ufti lagi

· Kegagalan Francis Light bantu Kedah menentang Siam - Sultan


murka dan serang Pulau Pinang.
All The Best
3. Gangguan terhadap sistem pembesar

· Gangguan amalan pencukaian - halang pembesar mengutip hasil


cukai - sebabkan pembesar hilang hasil dan pengaruh. Berlaku di Perak,
Pahang, Kelantan, Naning, dan Negeri Sembilan.

· Amalan yang selama ini dilaksanakan oleh pembesar diganggu


seperti amalan pengumpulan hamba, gundek , dan taraf serta kedudukan
pembesar. Inggeris datang mengubah amalan ini menjadikan pembesar
sebagai kaki tangan kerajaan yang dibayar upah atau gaji.

4. Tafsiran yang salah oleh pegawai Inggeris

· Birch buat tafsiran yang salah mengenai fungsi Residen. Birch


berfikiran yang nasihatnya mesti diikuti sedangkan Sultan berpendapat
disebaliknya. Wujud ketegangan hubungan dan menyebabkan Sultan
membuat permuafakatan dengan Dato Sagor dan Maharajalela.

· Dalam kes di Trengganu Inggeris mempunyai tafsiran yang berbeza


mengenai status tanah yang dianggap hak kerajaan. Bagi orang Melayu
terutama Abd Rahman Limbong tanah adalah hak Allah swt dan boleh
diterokai tanpa mendapat pengesahan Inggeris. Inilah yang diamalkan
sebelum Inggeris datang menjadi penasihat Sultan.

· Wujud salah faham dalam perjanjian antara Naning dengan Belanda.


Inggeris membuat tafsiran yang Dol Said perlu membayar cukai sebanyak
10 % kepada Inggeris, sedangkan ini tidak pernah diminta oleh Belanda .
Malahan Belanda berpuas hati dengan bayaran mengunakan hasil padi
sahaja. Keadaan ini berlaku setelah Belanda menyerahkan wilayah itu
kepada Inggeris selepas perjanjian 1824.

5. Kegiatan kongsi gelap

· Pergaduhan antara kongsi gelap Cina seperti Hai San dan Ghee Hin
merancakkan masalah peperangan. Ini diikuti oleh sokongan yang didapati
daripada pembesar-pembesar seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.

6. Perebutan kawasan ekonomi

· Berlaku di Negeri Sembilan antara Dato Kelana dengan Dato Bandar

· Di Selangor antara Tengku Kudin dengan Raja Mahadi

7. Gangguan terhadap adat dan istiadat Melayu/bumiputera

All The Best


• Dayak dihalang lakukan pembunuhan/potong kepala

• Birch – aspek dayang sultan dan hamba. Dikatakan duduk


bersekududukan.

8. Masalah sempadan.

• Perang Perak-Selangor 1826 – rebut kawasan

9. Perubahan pentadbiran.

• Undang-undang – bantahan masyarakat Melayu seperti tidak boleh


bawa keris.

• Undang dilaksanakan dan ditentukan Inggeris.

Kesan peperangan:

1. Termetri perjanjian yang bias - berlakunya: ( Lihat hujah dalam


aspek Perjanjian )

Ø Penyerahan wilayah

v Wilayah Dinding di serahkan kepada Inggeris dalam perjanjian


Pangkor

v Kedah dipecahkan dan wujudnya negeri Perlis.

Ø Kehilangan kedaulatan dan kemerdekaan

v Wujud campur tangan Inggeris dalam pentadbiran Melayu.

v Negeri-negeri Melayu dipaksa menerima penasihat Inggeris.

v Hilang hak bersuara dan keputusan ditentukan oleh Inggeris.

Ø Perubahan sistem - politik, ekonomi dan sosial - penerimaan


pengaruh Inggeris.

v Wujud perubahan sistem pentadbiran seperti Sistem Residen,


Persekutuan, Pemecahan kuasa, dan Malayan Union.

v Perubahan sistem pemerintahan daripada monarki mutlak, kepada


monarki berpelembagaan dan demokrasi. Daripada kuasa pada tangan
orang Melayu kepada orang Inggeris.

v Perubahan daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial


yang memperlihatkan penguasaan orang asing seperti Inggeris, dan Cina.
Wujud pembahagian ekonomi seperti orang Melayu sebagai petani, Cina –
peniaga, dan India – penoreh dan pekerja keretapi.

All The Best


Ø Kemasukan imigran dan saudagar asing

v Kemasukan orang Cina dan India dan mewujudkan masyarakat


majmuk.

v Penguasaan ekonomi daripada masyarakat Eropah dan Cina dalam


bidang perniagaan.

Ø Kehilangan kuasa ekonomi

v Para pembesar Melayu hilang hak mengutip cukai.

v Wujudnya bentuk cukai baru dan bertentangan dengan amalan orang


Melayu seperti pembayaran cukai untuk hasil pertanian dan ternakan, dan
kebenaran untuk pembukaan tanah baru.

Ø Pencemaran budaya dan agama

v Tradisi pentabalan Raja banyak dikuasa oleh Inggeris. Berlaku dalam


pelantikan sultan di Perak. Inggeris menabalkan Raja Abdullah dan Raja
Yusuf.

2. Terlerainya perpaduan Melayu

Ø Wujud masyarakat Melayu yang berpihak kepada Inggeris dan


pembesar tempatan. Sebagai contohnya, orang Melayu Rembau menolong
Inggeris mengalahkan Naning yang sebelumnya berpihak kepada Naning.

Ø Permusuhan antara pengikut Raja Abdullah , Raja Ismail, dan Raja


Yusuf memperlihat salah satu pihak bersekongkol dengan Inggeris.

3. Wujudnya pasukan keselamatan dan undang-undang Inggeris.

Ø Inggeris melaksanakan perundangan Inggeris dan tidak lagi


mengikuti perundangan negeri-negeri Melayu. Wujudnya hakim, peguam
dan pasukan polis bagi menjaga ketenteraman awam.

Ø Pasukan tentera Sepoi ditubuhkan bagi menjaga keselamatan


negara daripada para pemberontak. Sebagai contohnya dalam pertikaian
antara perak dan Kedah Gabenor Pulau Pinang telah mengarahkan tentera
Sepoi membantu Perak daripada serangan Kedah pada tahun 1826 dengan
termetrinya Perjanjian Low.

4. Hilangnya kedaulatan Melayu - Penyerahan nasib kepada orang


asing.

• Sebagai contoh Sultan Abdullah menjemput Inggeris untuk


membantu beliau menaiki tahta Perak.

All The Best


• Persekongkolan antara Temenggong Abd Rahman, Sultan Hussin,
dan Raffles dalam menentu dan mengesahkan sultan menaiki tahta
Johor dengan tidak mengikut adat Melayu.

5. Gangguan terhadap kesejahteraan ekonomi Inggeris.

· Hal ini seterusnya telah mengalakkan Inggeris untuk menukarkan


dasar mereka darpada tidak campur tangan kepada campur tangan dan
dimulakan pada tahun 1874 dengan termetrinya Perjanjian Pangkor.
Keadaan ini wujud kerana peperangan dan kekaacauan yang berlaku di
negeri-negeri Melayu telah menjejaskan perdagangan timah Ingeris di
Pulau Pinang. Keadaan ini juga telah mengurangkan produtivti timah
apabila kongsi gelap Cina terbabit sama dalam pertikaian dan kekacauan
di negeri-negeri Melayu.

· Keadaan ini lebih jelas lagi apabila pedagang Cina di Pulau Pinang
mendesak Andrew Clarke untuk campur tangan pertikaian takhta di Perak
pada 1874.

Cara Inggeris menggunakan kejadian peperangan dalam campur


tangannya:

1. Memberikan tawaran dan bantuan seperti :

Ø Pengakuan penguasaan dan takhta Sultan

Ø Pengakuan memberikan bantuan ketenteraan

Ø Perlindungan daripada serangan

2. Memaksa pemetrian perjanjian.

· Peristiwa: Sultan Kedah dipaksa untuk menandatangani perjanjian


dalam Perjanjian Low supaya tidak menyerang Perak.

· Semua peperangan ini diakhiri dengan perjanjian, dan yang


menguasainya ialah Inggeris. Wujud perjanjian antara Inggeris dan
pembesar tempatan yang mendapatkan sokongan Inggeris. Perjanjian
yang wujud ini tidak berpihak kepada orang Melayu. Kuasa mereka dihakis
sedikit-demi sedikit, yang akhirnya semua kuasa ditentukan oleh Inggeris.

3. Sebagai alasan untuk cari kestabilan politik bagi menjamin


kesejahteraan warga Inggeris yang menjalankan perniagaan.

· Menyalahkan sistem pemerintahan, terutamanya sistem


perundangan yang tidak sistematik yang dikatakan punca berlaku

All The Best


kekacauan seperti yang berlaku di Pahang di mana seorang warga
Inggeris berketurunan Cina didapati mati di perkarangan istana. Tuduhan
bahawa undang-undang melayu tidak menjamin keadilan.

4. Mengawal aktiviti kongsi gelap yang dikatakan merebak di Pulau


Pinang serta pengawalan lanun yang dikatakan menjejaskan perdagangan
Ingeris di Selangor.

• Kongsi gelap yang sring menjejaskan ekonomi seperti kumpulan


Ghee Hin dan Hai San yang seterusnya mendapatkan sokongan
daripada pra pembesar. Aktiviti ini menjejaskan urusan ekonomi
Inggeris dengan terganggunya pengeluaran bijih timah dan
menggugat pedagang Inggeris di Pulau Pinang.

• Aktiviti pelanunan di Sg Linggi menjejaskan pengeluaran bijih timah


dan menghalang penguasaan Inggeris terhadap dagangan ini.

5. Inggeris menghulurkan bantuan ataupun dijemput oleh pembesar-


pembesar. Sebagai contoh campur tangan Inggeris di Perak kerana
dijemput oleh Sultan Abdullah. Francis Light menghulurkan bantuan
kepada Sultan Kedah.

6. Berasaskan perjanjian Inggeris mengenakan syarat yang berpihak


kepada mereka dengan mengambil alih beberapa wilayah seperti dalam
Perjanjian Pangkor-Inggeris mengambil Dinding di Perak.

7. Mengenakan tekanan terhadap sultan untuk menerima penasihat


Inggeris. Wujud dalam semua perang dan kekacauan.

8. Meletakkan tenteranya di dalam negeri-negeri yang memerlukan


bantuan seperti dalam Perang Kedah-Perak:– Inggeris letakkan tenteranya
di Perak bagi menghalang kemaraan Kedah.

9. Dengan menghukum penentang-penentang supaya tidak ada


kepimpinan Melayu yang boleh mendorong penentangan secara meluas
seperti yang berlaku kepada Mharaja Lela, Sultan Abdullah, Abd. Rahman
Limbong, Dato Bahaman dan lain-lain penentang. Ini memudahkan
Inggeris menguasi wilayah yang diterajui oleh penentang-penentang ini.
All The Best
Ì Ruang Lingkup Kajian Perjanjian dan Campur Tangan:

1. Perjanjian Raffles-Temenggung Abd Rahman 1816

2. Perjanjian Inggeris - Belanda 1824

3. Perjanjian Low 1826

4. Perjanjian Burney 1826

5. Isi kandung perjanjian Naning - Belanda

6. Perjanjian Pangkor 1874

Sebab-sebab perjanjian ditanda tangani:

1. Keinginan mendapatkan bantuan dan mempertahankan hak sebagai


Sultan.

· Sultan Abdullah memohon bantuan Inggeris untuk membantunya


menaiki takhta Perak selepas kematian Sultan Ali.

· Sultan Kedah memhon bantuan Bugis dan Inggeris bagi mengatasi


masalahnya dengan Siam

· Sultan Hussin Johor mendapatkan pengiktirafan daripada Inggeris


( Raffles ) untuk menaiki takhta Johor.

· Wab Ahmad dengan pujukan daripada Maharaja Abu Bakar


menerima bantuan Inggeris bagi menghalang serangan Wan Mutahir dan
Siam. Inggeris menghantar kapal perangnya mengugut Trengganu supaya
tidak memberikan bantuan dan kebenaran kepada Wan Mutahir dan Siam
daripada menyerang Pahang.

2. Penamatan peperangan

· Dapat dilihat dalam perjanjian Burney dan Low bagi mengatasi


serangan Siam terhadap Kedah dan Perak.

· Perjanjian Low membolehkan Inggeris menghantar tentera Sepoi


untuk mengawal keamanan Perak.

· Perjanjian Anderson antara Selangor dan Perak – tamat pertikaian


masalah sempadan.

All The Best


3. Adakan hubungan diplomasi

· Perjanjian antara Temenggong Abd Rahman dengan Raffles bagi


menjalinkan hubungan dua negara.

· Perjanjian Burney membolehkan Inggeris mendapatkan hak


perdagangan di Siam serta membolehkannya mempunyai hubungan
dengan Siam bagi mengelakkan persaingan daripada Perancis.

· Perjanjian Bangkok 1909 membolehkan hubungan diplomasi antara


Inggeris dan Siam diperkukuhkan dan akhirnya Siam mengakui ketuanan
Inggeris terhadap negeri-negeri utara Tanah Melayu.

· Perjanjian Inggeris - Belanda 1824 membolehkan hubungan


diplomasi dua negara dipertingkatkan dengan persempadanan pengaruh
masing-masing.

· Di Borneo perjanjian antara Inggeris ( Raffles, dan Hare ) dan


Banjarmasin membolehkan Inggeris menguasai jalan perdagangan di
Borneo.

4. Peluasan dan pengukuhan ekonomi asing

· Perjanjian Burney bagi membolehkan Inggeris menjalankan urusan


perdagangan tanpa kawalan ketat daripada pemerintahan Siam.

· Perjanjian Temenggong Abd. Rahman dengan Raffles bagi


membolehkan Raffles mendirikan loji dan kemudian pusat perdagangan di
Singapura. Pengambilan dariapda satu kawasan kepada seluruh
Singapura.

5. Jaminan keselamatan dan penguasaan wilayah

· Perjanjian Inggeris - Belanda memperlihatkan jaminan daripada


Belanda yang mengakui ketuanan Inggeris di Utara garisan Khatulistiwa.

· Membolehkan kedua-dua pihak mendapat jaminan tidak campur


tangan dan hilangnya persaingan antara kedua negara bagi
membangunkan dan menguasai ekonomi tanpa ragu-ragu.

· Perjanjian pengambilan dan penyerahan antara Temenggong Johor


dan Raffles memberi jaminan penguasaan dan kedaulatan Inggeris
terhadap Singapura.

· Dalam Persetiaan Inggeris - Perancis 1894 membolehkan Inggeris


menguasai dan memberi tekanan kepada Siam untuk menyerahkan
wilayah utara Tanah Melayu kepada Inggeris.

· Perjanjian Bangkok 1909 membolehkan Inggeris menguasai wilayah


utara tanah Melayu daripada Siam.
All The Best
6. Pengiktirafan kedudukan kepada Pembesar atau Sultan

· Dengan penyerahan Singapura kedudukan Sultan Hussin Johor dan


Temenggong Abd Rahman kukuh tanpa rasa takut diserang oleh Sultan
Abd Rahman Riau.

· Kekukuhan ini dapat juga dilihat melalui perjanjian Inggeris -


Belanda 1824 yang menghalang Belanda daripada masuk campur wilayah
Inggeris iaitu di utara garisan Khatulistiwa. Ini membolehkan sultan dan
pembesarnya selamat.

· Penerimaan perjanjian untuk menerima penasihat Inggeris di Johor


memperlihatkan Sultan Ibrahim kekal di takhta kerana sebelum ini
baginda diugut diturunkan takhta, jika enggan menerima penasihat
Inggeris dan menandatangani perjanjian.

Ciri-ciri atau aspek-aspek perjanjian yang membolehkan kuasa politik


Melayu hilang.

Ciri-ciri ialah sesuatu aspek perjanjian yang belum ditandatangani lagi,


iaitu perundingan sebelum diadakan pemetrian perjanjian. Jika wujud ciri-
ciri ini, kemungkinan kehilangan kuasa pada pemerintah tempatan boleh
wujud. Antaranya ialah:

1. Mewujudkan jawatan penasihat

2. Memberikan pengakuan terhadap takhta yang dituntut sultan

3. Persetujuan untuk menyerahkan wilayah.

4. Memberikan perlindungan atau bantuan.

5. Memberikan bayaran sagu hati atau pampasan dengan syarat-syarat


tertentu

6. Menghalang pemerintah tempatan mengadakan perjanjian dengan


kuasa lain.

7. Mendapatkan kebenaran pembinaan loji pada awal penguasaan.

8. Sumber ekonomi yang menjadi rebutan kuasa-kuasa besar.

9. Persetujuan untuk memberikan petempatan yang strategik dari segi


keselamatan dan kemajuan ekonomi.

All The Best


Cara/Strategi penjajah mengguna perjanjian bagi peluasan kuasa dan
campur tangan.

1. Memberikan jaminan keselamatan politik.

2. Menghulurkan bantuan dalam bentuk ketenteraan dan pentadbiran.

3. Menggunakan cara tipu muslihat. – untuk damaikan kekacauan atau


alasan politik.

4. Membuat perakuan terhadap tuntutan sultan terhadap takhtanya.

5. Dengan pujukan dalam bentuk kewangan – elaun sara hidup bulanan


dan pampasan.

6. Ugutan menarik balik bantuan jika tuntutan tidak dipenuhi sultan


atau pembesar.

· Inggeris tidak akan membantu Sultan Kedah dalam tuntutan


kebebasan pemerintahan daripada Siam jika Kedah tidak mengundurkan
tenterannya daripada menyerang Perak.

7. Melalui jawatan penasihat atau residen.

8. Mengadakan fasal menyekat pemerintah tempatan membuat


perjanjian dengan lain-lain kuasa kecuali Inggeris. – halang kuasa
lain kuasai T.Melayu.

9. Mewujudkan hubungan diplomasi dan persahabatan

Tawaran-tawaran yang diberikan oleh Inggeris:

1. Pengakuan penguasaan dan takhta

Ä Lihat tawaran Inggeris kepada Raja Abdullah, Perak; Sultan Hussin,


Johor; dan Sultan Kedah - selepas kekalahannya dengan Raja Ligor yang
menyebabkannya kehilangan takhta.

2. Pengakuan memberikan bantuan ketenteraan

Ä Lihat tawaran Francis Light untuk membantu Sultan Kedah


mengalahkan Siam.

3. Perlindungan daripada kuasa asing

Ä Dalam perjanjian Low 1826 Perak mendapat pelindungan Inggeris


daripada serangan Kedah dan Siam.

All The Best


Ä Temenggong Abd Rahman mendapat janji perlindungan daripada
kuasa asing selagi setia dengan perjanjian yang ditandatangani.

4. Penerimaan seorang penasihat Inggeris

Ä Perjanjian Pangkor 1874 - permulaan gerakan British untuk campur


tangan secara terbuka dan pemaksaan penerimaan penasihat Inggeris di
Tanah Melayu.

5. Bayaran sagu hati dan pampasan

Ä Lihat pampasan yang diterima Sultan dan Temenggong Johor setelah


penyerahan Singapura kepada Inggeirs.

Ä Bayaran sebanyak 3000 wang Spain kepada Temenggong dan 5000


kepada Sultan Hussin serta dibayar elaun bulanan, tetapi setakat Sultan
sahaja tidak melibatkan warisnya.

Ä Persoalannya ialah sejauh manakah tawaran-tawaran ini ditunaikan


oleh Inggeris ?

Ä Adakah ia sesuatu yang jujur atau satu cara Ingeris menguasai


Tanah Melayu?

Kesan-kesan daripada perjanjian:

1. Penyerahan wilayah

· Sarawak antara Brook dan Sultan Brunei.

· Negeri Utara Tanah Melayu kepada Siam kemudian Inggeris 1909.

· Penyerahan wilayah Dinding kepada Inggeris dalam Perjanjian


Pangkor

· Penyerahan Singapura Perjanjian antara Temenggong Abd Rahman


dengan Raffles

· Penyerahan Pulau Pinang dan Butterworth antara Sultan Kedah


dengan Francis Light.

· Pemisahan wilayah dan persaudaraan Johor - Riau dalam perjanjian


Inggeris - Belanda.

2. Kehilangan kedaulatan dan kemerdekaan

· Sultan hilang kuasa pemerintahan - Sultan Abdullah

All The Best


· Anak Sultan Hussien , Tengku Ali tidak diiktiraf menggantikan
bapanya sebagai sultan di Johor sebab perjajian yang ditandatangani tidak
melibatkan waris, sedangkan penguasaan Inggeris berterusan.

· Raja Yusuf ikut telunjuk Inggeris kalau tidak tidak dapat jadi Sultan.

· Sultan Kedah tunduk kepada Inggeris tidak ganggu Perak.

· Sistem Residen merupakan nasihat wajib yang mesti diikuti oleh


sultan-sultan Melayu.

· Sultan Perak hilang kuasa - Sultan Abdullah terpaksa menerima


penasihat Inggeris. Kesan daripada perjanjian Pangkor. Kesannya sultan
mesti ikut nasihat Inggeris.

· Sultan Kedah diugut Inggeris jangan serang Perak, dengan Siam


pula diminta serang Perak. Kesan dan peristiwa dalam perjanjian Burney
dan Low. Perlihatkan sultan sebagai patung dan tidak ada kewibawaan.

· Sultan Abd Rahman Riau hilang hak ke atas Singapura, dan Sultan
Hussin hilang penguasaan Johor dan Kesang kepada keluarga
Temenggong.

3. Perubahan sistem - politik, ekonomi dan sosial

· Wujud perubahan sisten pentadbiran - Sistem Residen,


Persekutuan.

· Johor ikut sistem Inggeris dengan wujudkan mahkamah , pelantikan


hakim, penasihat undang-undang, kerani, ketua kerani dan jawatan
menteri besa dalam zaman Temenggong Ibrahim.

· Wujudnya ekonomi kmersial dan pembukaan ladang-ladang baru -


getah, gambir, lombong timah.

· Wujudnya sekolah-sekolah dan perkembangan prasarana seperti


jalan raya, jalan keretapi.

4. Penentangan berterusan

v Brlaku penentangan oleh pejuang-pejuang Melayu seperti Dato Dol


Said, Rahman Limbung, Dato bahaman, Maharajalela, Tok Janggut.

5. Kemasukan imigran

· Pelimpahan orang-orang Cina dan India serta menguasai banyak


bidang ekonomi hingga menjadikan orang Melayu golongan minoriti dalam
negara sendiri. Contoh pada 1946 jumlah India dan Cina melebihi 2 juta
orang sedang Melayu dianggarkan 1.5 juta.
All The Best
6. Kehilangan kuasa ekonomi

· Siri perjanjian antara Temenggong Johor dengan Raffles dan


Crawfurd menyebabkan Temenggong hilang pegangan terhadap ekonomi
Singapura. Pada satu ketika Temenggong menghadapi masalah kewangan
sebelum Johor dimajukan.

· Para pembesar hilang hak memungut cukai.

· Rahman Limbung marah kerana tidak boleh terokai tanah tanpa


kebenaran kerajaan Inggeris.

7. Pencemaran budaya dan agama

· Birch melanggar budaya Melayu dengan menyimpan/melindungi


gundek Sultan di rumahnya.

· Penabalan dan pengiktirafan pembesar atau sultan memerlukan


Inggeris sebagai jaminan dan tanda penguasaan. Contoh: Temenggong
Ibrahim yang menggantikan bapanya memerlukan kehadiran Gabenor
negeri-negri Selat.

Proses perjanjian dijalankan:

1. Dijalankan secara tipu muslihat

○ Dalam perjanjian antara Light dengan Sultan Kedah – akhirnya Light


tidak menuruti janjinya, tetapi Pulau Pinang diambil alih – 1786.

2. Pujukan dan tawaran kewangan dan kuasa.

○ Perjanjian antara Sultan Hussin, Temenggong Abd Rahman dan


Raffles – Sultan Hussin ditabalkan menjadi Sultan dan pengakuan
Inggeris terhadap penguasaan Johor oleh Temenggong.

3. Ancaman penarikan bantuan dan sokongan

• Inggeris tidak akan membantu Sultan Kedah dalam tuntutan


kebebasan pemerintahan daripada Siam jika Kedah tidak
mengundurkan tenterannya daripada menyerang Perak.

4. Pertukaran kawasan atau wilayah

○ Perjanjian Bangkok antara Inggeris dan Siam yang melibatkan


negeri-negeri utara Tanah Melayu. Siam menyerahkan
kedaulatannya kepada Inggeris.

5. Kekalahan dalam peperangan atau penentangan


All The Best
• Selepas setiap kekalahan seperti kekalahan Sultan Mohd Jiwa
dengan Light – wujud Perjanjian Kedah Inggeris ke-2 pada 1795

6. Paksaaan dan ugutan

• Perjanjian gagasan Malayan Union – jika tidak setuju akan


diturunkan daripada takhta.

• Perjanjian Sultan Ibrahim Johor-Inggeris supaya Johor menerima


penasihat, jika tidak turun takhta.

Kesan Campur Tangan / Peluasan Kuasa Inggeris

& Kewujudan masyarakat majmuk.

& Penentangan masyarakat Melayu.

& Perubahan dalam politik, dan sosio - ekonomi.

Ì Ruang Lingkup Kajian Kewujudan masyarakat majmuk

1. Proses dan cara kedatangan

Ø Indenture

Ø Kontrak

Ø Kangany

Ø Bebas

2. Sebab-sebab penghijrahan

3. Kesan-kesan kedatangan

4. Dasar Inggeris dan pemajmukan

Sebab-sebab penghijrahan:

1. Faktor Tarikan (Dalaman)

Ø Kekayaan ekonomi Tanah Melayu – Industri Pelombongan dan


Pertanian.

Ø Kenggangan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh

All The Best


Ø Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan
perladangan dan industri

Ø Aktiviti agen buruh ( kongsi gelap ) dan majikan untuk menggajikan


buruh asing.

Ø Ikatan persaudaraan dan rakan yang telah berhijrah terlebih dahulu.

Ø Dasar Inggeris.

2. Faktor Tolakan ( Luaran )

Ø Kejadian bencana di negara asal ( Cina, India, dan Jawa )

Ø Kekurangan rangsangan ekonomi .

Ø Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan.

Ø Perang Saudara dan ketidakstabilan politik.

Kesan-kesan penghijrahan / peluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu:

1. Pewujudan masyarakat yang majmuk.

Ø Kemajmukan budaya / adat

Ø Kemajmukan agama

Ø Kemajmukan pendidikan

Ø Kemajmukan bahasa

Ø Kemajmukan ras

Ø Kemajmukan politik – kepelbagaian pertubuhan politik yang


mewakili setiap kaum.

2. Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur.

o Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan


peladangan dan perdagangan seperti Raub – pelombongan emas,
pembinaan jalan raya, dan jalan keretapi seperti jalan keretapi yang
menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, dan
akhirnya jalan keretapi yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah
Melayu.

3. Berkembang parti politik berasaskan kaum.

All The Best


○ Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO – Melayu, MCA –
Cina, MIC – India, Pasok – Kadazan Dusun , AMCJA – gabungan
pertubuhan dan keahlian yang terdiri daripada orang-orang bukan
Melayu yang memerjuangkan kesejahteraan kaum masing-masing.

4. Kemajuan ekonomi Tanah Melayu

○ Peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu adalah kesan dasar ekonomi


Inggeris serta kemasukan buruh asing. Ini dapat dilihat daripada
pendapatan negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Perak dan
Selangor, serta negeri-negeri Selat. Sebagai contohnya konsep
Persekutuan 1896 adalah untuk membantu negeri-negeri yang
kurang mampu dengan tidak menjejaskan pendapatan kuasa
Inggeris.

Jadual A: Pendapatan Hasil dan ekspot Negeri-negeri Melayu Bersekutu


( Emerson, 1974)

Peningkatan 1896 1927


Hasil
RM 8,434,083 RM
105,404,458
Ekspot 1896 1926

RM 28,395,855 RM
445,600,203

5. Wujudnya polarisasi pekerjaan dan demografi.

6. Timbulnya kesedaran Nasionalisme di kalangan orang Melayu.

7. Berlakunya kacau bilau dan gangterisme

8. Semakin jauh kemunduran orang Melayu dari segi ekonomi.

o Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukan untuk


orang-orang Melayu, malahan penguasaan dan penghijrahan masuk
bangsa asing telah menjarakkan dan menjauhkan orang Melayu daripada
merasai kekayaan ekonomi negara sendiri. Hakikat ini dapat dilihat
melalui jadaul berikut yang menunjukkan pemilikan ladang getah:
( Emerson, 1974 )

Keluasan Eropah Melayu Cina India

All The Best


ladang
100-1000 357 23 287 118
ekar
1000 dan > 296 - 12 -

○ Dalam industri pelombongan bijih timah orang Melayu boleh


dikatakan tidak memiliki dan tidak mengambil bahagian apa-apa
pun. Lombong-lombong yang ada hampir semuanya dimilii oleh
orang Eropah dan Cina ( Emerson, 1974 ).

9. Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu.

o Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA dan MIC dan


membentuk parti perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada tahun 1951
memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum
untuk membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya sistem
perkongsian kuasa dalam politik Malaysia.

Dasar Inggeris dan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia.

Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa


tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke
Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana
Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras,
tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan
mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar
Inggeris seperti huraian berikut:

Dasar Politik

• Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi ¸ Jabatan


Perlindungan Orang Asing,dan undang-undang buruh.

• Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak
mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini
Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui
sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan
bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an,
dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi
dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke

All The Best


negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun
1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah
Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap
kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang
imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk
mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi
perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan
pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan
jalan raya.

• Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan


Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran
daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun
majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini
dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa
seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh
asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar
kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi
menjana ekonomi Tanah Melayu . Hal ini diperkukuhkan lagi dengan
kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan
untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh
imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan
kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak
pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan
ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke
negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah
Ingeris.

• Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini


membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini
adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran
bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat
keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan
yang dihadapi oleh masyarakat pribumi.

Dasar Ekonomi

• Dasar ekonomi komersial – kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem


daripada sara diri kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan
ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah.

• Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan


buruh.

All The Best


• Keperluan pemodenan prasara baru yang memerlukan tenaga buruh.

Dasar Sosial.

· Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan


pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana
wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang
berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum
dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat
dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menseragamkan sukatan
pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini
wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan
tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap
kaum mengambil inisiaif dengan mengikut sukatan pendidikan serta
mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan
bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang
ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang
melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-
kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan
kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan
kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan
dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana
mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun
di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya
menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi
keuntungan ekonomi penjajah.

Aspek-aspek lain.

· Kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi.

o Kelemahan orang Melayu dilihat sebagai salah satu kesan kepada


kegagalan ekonomi Melayu daripada berkembang. Dalam hal ini, Inggeris
menganggap bahawa orang-orang Melayu merupakan satu bangsa yang
malas bekerja. Mereka dilihat sebagai bangsa yang tidak mahu berusaha,
dan lebih cenderung mendapat sesuatu habuan tanpa bekerja keras.
Institusi dan sistem yang diamalkan oleh orang Melayu seperti institusi
perhambaan, sistem kerah dan serah dilihat oleh Inggeris sebagai satu
sistem yang melambatkan proses ekonomi moden yang berteraskan
ekonomi wang. Bagi Inggeris konsep penyerahan hak diri kepada
All The Best
pembesar ialah satu proses penganiayaan dan ini menyebabkan golongan
bawahan Melayu tidak melibatkan diri secara aktif dalam bidang
perniagaan secara komerial, tetapi lebih selesa dengan kehidupan mereka
dalam sistem pertanian sara diri.

o Sebagai akibat daripada keadaan ini, Inggeris melihat bahawa cara


mereka dapat menguasai dan memonopoli kekayaan Tanah Melayu ialah
dengan membawa masuk pendatang asing. Ini bagi mengatasi masalah
buruh yang amat diperlukan kerana orang Melayu tidak mahu bekerja
dengan ornag-orang Inggeris dan towkay-towkay Cina. Jika orang-orang
Melayu sanggup bekerja dan menceburkan diri dalam aspek perdagangan,
maka jelas orang melayu boleh menguasai perdagangan dan mengurang
ataupun melenyapkan kemasukan pendatang asing daripada India dan
Cina.

Ì Ruang Lingkup Kajian Penentangan

1. Dato Bahaman di Pahang

2. Haji Abdul Rahman Limbung di Trengganu

3. Tok Janggut di Kelantan

4. Dato Maharaja Lela

5. Penentangan Sultan Kedah

Reaksi dan Protes Masyarakat

1. Terancam - Semua penentangan.

2. Pemberontakan - Maharaja Lela

3. Kebangkitan - Haji Abd Rahman Limbong / Maharaja Lela

4. Peperangan dan pertempuran - Dato Bahaman / Tok Janggut /


Penentangan Sultan Kedah

All The Best


Cara / Bentuk penentangan dijalankan

1. Protes secara intelektual - penggunaan mahkamah - Abd Rahman


Limbung

2. Mengangkat senjata - peperangan dan pertempuran. – Bahaman ,


Tok Janggut dan Engku Besar Jeram, Rentap,dan Sharif Mashor, dan Dol
Said.

3. Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan -


enggan bayar cukai.

4. Permuafakatan dengan Sultan dan para pembesar.

5. Pembunuhan pegawai Inggeris - Residen Birch dalam peritstiwa


Pasir Salak di Perak.

6. Minta bantuan asing – Sultan Abdullah Mukaram Shah, minta


bantuan Light (Inggeris) bagi menentang Siam.Sultan Kedah, Muhamad
Jiwa, minta bantuan Burma dalam persaingan dengan Siam dan Inggeris.

7. Enggan patuh kepada pegawai yang dilantik Inggeris - En Latif,


Pegawai Daerah rakyat Singapura yang dilantik di Kelantan.

8. Tidak akui pertuanan dan kekuatan Inggeris dalam semua protes.

Sebab-sebab penentangan:

j Politik

1. Hilang kedaulatan dan kemerdekaan Melayu

2. Pengaruh pembesar berkurangan dan ditukar peranan

3. Kedudukan raja dan sultan terancam

4. Ideologi sekular diterap dalam sistem masyarakat Melayu

5. Perubahan sistem pentadbiran dan pemerintahan

6. Kewujudan undang-undang dan peraturan yang tidak dapat diterima


oleh orang Melayu

· Undang-undang tidak lagi pada pembesar dan Sultan, tetapi pada


pegawai keadilan seperti polis, Pegawai Daerah da, mahkamah.

· Undang-undang dipinda dan digubal melalui MMN atau MMP.

All The Best


7. Pemerintahan yang dijalankan oleh orang luar.

j Ekonomi

1. Kehilangan kuasa mengutip cukai oleh pembesar

· Cukai duduk dibawah pegawai daerah dan pembesar ada yang jadi
pegawai kerajaan. Pembesar tidak boleh kutip cukai – satu kesalahan jika
dilakukan, tidak seperti sebelumnya.

2. Pengenalan cukai-cukai baru yang tidak pernah wujud sebelum


kedatangan Inggeris

· Kewujudan cukai-cukai baru seperti cukai tanah, cukai kelapa dan


lain-lain yang mesti dibayar dengan wang dan bukan laigi barangan.

3. Kehilangan kuasa penerokaan tanah secara bebas

· Penerokaan tanah tidak dibenar sewenang-wenangnya – mesti


dapatkan kebenaran dan pas bagi peneraokaan tanah.

4. Penguasaan tanah oleh pemerintah Inggeris

· Tanah bukan hak Sultan dan pembesar. Pembahagian dan


pengurniaan tanah adalah daripada pemerintah Inggeris.

5. Kelebihan ekonomi kepada kaum pendatang

· Penguasaan ekonomi oleh imigran Cina dan India serta Inggeris –


Melayu semakin tersepit dengan kemunduran ekonomi terutama pembesar
yang hilang hak eklusif mengaut untung dalam bentuk cukai.

j Sosial

6. Gangguan terhadap adat istiadat Melayu

· Hamba, agama Islam, adat gundek.

7. Ketidaksabaran Inggeris melakukan perubahan - sikap Residen

· Campur tangan keterlaluan dalam hal adat istiadat Melayu dan


perubahan yang mendadak.

· Kekhuatiran berlakunya unsur pembaratan dan pengkristianan.

Kesan penentangan

All The Best


1. Masyarakat Melayu berpecah belah

○ Wujudnya kelompok-kelompok masyarakat yang menyokong Inggeris


dan yang menyokong kedaulatan bangsa Melayu. Lihat pembesar
Rembau yang memberi bantuan kepada Inggeris untuk mengalahkan
Dol Said.

○ Perpecahan perpaduan melayu antara yang menyokong Bahaman


dan Sultan dalam penentangan Bahaman terhadap Inggeris di
Semantan. Bahaman menentang tanpa bantuan daripada Sultan

2. Pembuangan daerah dan penghukuman terhadap pembesar Melayu

o Sultan Abdullah di buang daerah ke Pulau Sicily.

o Maharaja lela dihukum bunuh. Abd Rahman Limbong dan Dol Said
di penjara. Dato Bahaman, Mat Kilau menjadi buruan .

o Rentap. Tok Janggut, Mat Kilau dihukum mati

3. Penambahkuatan pengaruh Inggeris dalam melaksanakan


perubahan seperti

o sistem pemerintahan :

o Kewujudan Majlis Mesyuarat Negeri

o Kewujudan Majlis Mesyuarat Persekutuan

o Pembentukan sistem persekutuan

o Pengubahsuaian dalam sistem Residen

§ Menyebabkan perubahan pemerintah daripada Melayu kepada


Inggeris. Sultan dan pembesar tidak ada kuasa. Pelantikan jawatan dibuat
oleh Inggeris.

§ Raja mutlak kepada Raja berpelembagaan.

o pengenalan ekonomi ekspot - kapitalisme dan leissez-faire

4. Kehilangan kuasa undang-undang oleh Sultan

○ Undang-undang sekular – wujudnya jawatan peguam, hakim dan


polis. Konsep raja mutlak terhakis.

○ Sultan dan pembesar hilang hak judiciari.


All The Best
5. Kebangkitan golongan agama dalam gerakan kesedaran

• Lihat kesedaran oleh Abdul Rahman Limbong dalam penentangannya


terhadap peraturan baru Inggeris mengenai pemilikan tanah yang
dihubungkaitkan dengan keesaan Allah swt. Yang menguasai alam.

• Pada awal abad ke 20 lahirnya golongan agama yang perjuangan


ilmu dan kedaulatan negara dan agama yang dipelopori oleh Sheikh
Al-Hadi, Sheikh Tahir Jallaludin.

6. Kehilangan wilayah.

· Pulau Pinang diambil oleh Inggeris dan seterusnya Seberang Perai


kepada Pulau Pinang apabila Sultan Kedah gagal dalam menentang
Inggeris.

· Pualu Dinding dikuasai oleh Inggeris seperti termaktub dalam


Perjanjian Pangkor.

· Brook kuasai Sarawak sepenuhnya.

Ruang Lingkup Kajian Perubahan Politik dan Sosio-Ekonomi

( Kesan Penjajahan/Peluasan/Campur tangan Kuasa Inggeris)

& Aspek-aspek perubahan

& Proses dan perkembangan

Ì Aspek-aspek perubahan yang dilaksanakan Inggeris:

j Politik

1. Aspek pemerintahan dan pentadbiran

j Daripada Raja Mutlak/Feudal > Sistem Residen > Negeri Melayu


Bersekutu /Negeri Melayu Tidak Bersekutu/ Negeri Selat > Persekutuan
1896 > Desentralisasi > Kesatuan Malaya > Persekutuan 1948 :

j Berkonsepkan pemerintahan oleh rakyat dan pengurangan kuasa raja


yang menyentuh aspek agama sahaja.
All The Best
j Pemilihan berdasarkan pilihanraya dan pewujudan dewan rakyat/ MMN
dan MMP.

j Mewujudkan jawatan Setiausaha Persekutuan dan Majlis Raja-Raja.

j Bermulanya nasihat pegawai Inggeris yang wajib diikuti

j Raja-raja dibayar elaun peribadi dan wang saku seperti yang diterima
oleh Sultan Selangor dan Perak.

Selangor Perak
Tahu Wang Wang
Elaun Tahun Elaun
n Saku Saku
46,00
1889 18,000 1894 12,000
0
1903 20,000
1904 24,000 6,000

2. Ideologi politik

j Daripada Raja mutlak kepada Demokrasi dan Raja Berpelembagaan.

3. Sistem perundangan

j Pewujudan peraturan undang-undang dan mahkamah sekular.

j Tertubuhnya institusi mahkamah dan hakim pembicaraan dan tidak


terletak di tangan Sultan.

j Wujudnya pasukan polis dan undang-undang bertulis.

4. Kuasa dan kekuasaan

j Perubahan kuasa pemerintahan daripada pembesar kepada pegawai


Inggeris.

j Sultan menjuruskan tugas dalam bidang kegamaan sahaja. Dalam


Malayan Union kuasa inipun telah diambil oleh Inggeris.

j Pelantikan jawatan tidak dilantik oleh Sultan. Wujudnya MCS – Satu


perkhidmatan awam yang berkuasa melantik keki tangan kerajaan.

j Peranan pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah, tetapi


ditukar fungsi menjadi pegawai kerajaan yang bergaji tetap.

j Kuasa memungut hasil dan cukai bukan terletak pad pembesar, tetapi
dikawal oleh perbendaharaan yang diwujudkan oleh sistem pentadbiran
Inggeris.

All The Best


Ë Sosio-Ekonomi

1. Sistem pendidikan

Ë Sukatan pelajaran , guru, matlamat dan tujuan pendidikan


berdasarkan negeri ibunda kaum masing-masing.

Ë Sistem pendidikan Melayu berteraskan bidang kemahiran sahaja.

Ë Sekolah-sekolah didirikan bagi pendidikan formal.

Ë Pembahagian 4 bahasa pengantar bagi setiap kaum.

Ë Pendidikan sekular dan berbentuk akedemik l diutamakan kepada


golongan bangsawan.

2. Demografi penduduk

Ë Taburan penduduk dibahagikan mengikut kerjaya. - orang Melayu di


kampung-kampung, Cina di bandar dan kawasan perlombongan, India di
kawasan perladangan getah.

Ë Wujud sesetengah kawasan yang terlalu ramai kaum-kaum tertentu.

3. Taburan pekerjaan

Ë Wujud kepelbagaian pekerjaan seperti bidang iktisas - doktor,


peguam , hakim, pegawai tadbir, perkeranian dll.

Ë Taburan pekerjaan tidak seimbang antara kaum. - Melayu bawahan


sebagai petani dan kerja kampung. Melayu bangsawan dan lulusan
Inggeris - pegawai kerajaan. Cina: peniaga dan pelombong. India :
penoreh getah dan pekerja pembinaan jalan keretapi.

Ë Taburan pekerjaan banyak terdapat di pantai barat dan di bandar-


bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Seremban serta
kawasan yang berhampiran dengan sumber bahan mentah.

4. Taraf hidup penduduk

· Perkembangan hidup masyarakat Tanah Melayu meningkat, tetapi


bukan penduduk pribumi. Ia hanya melibatkan penduduk yang berhijrah
ke Tanah Melayu. Ia dapat dilihat daripada penguasaan ladang yang
dimiliki oleh bangsa-bangsa di tanah Melayu seperti rajah berikut:
( Emerson, 1974 )

Keluasan Eropah Melayu Cina India


ladang
All The Best
100-1000 357 23 287 118
ekar
1000 dan 296 - 12 -
>

5. Kemajmukan
masyarakat

· Wujudnya masyarakat yang majmuk dengan kedatangan dan


penghijarahan masyarakat Jawa, India dan Cina.

· Kedatangan mereka memang telah diatur untuk memenuhi ruang


kerja sebagai pekerja ladang, dan pelombong timah. Orang Jawa bagi
mendapat kesejahteraan hidup serta sebagai tenaga upahan kalangan
golongan atasan.

· Kemajumukan ini bukan sahaja kemajmukan komposisi penduduk,


tetapi meliputi kemajmukan dalam politik, agama, budaya, adat resam,
pendidikan dan cara hidup.

6. Infrastruktur

7. Urbanisasi

8. Ideologi ekonomi dan industrilisasi

9. Perkembangan Teknologi moden

10. Pemikiran dan tanggapan hidup masyarakat.

11. Sistem ekonomi dan pencukaian

12. Sistem Perbankan

13. Pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan.

Ì Proses dan Perkembangan Perubahan

` Sebab-sebab

1. Ketidaktentuan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran


seperti:

All The Best


Þ wujudnya sistem kerah, serah, dan hamba abdi, tidak bersesuaian
dengan konsep reformasi politik Inggeris - liberalisme dan kapitalisme.

Þ sistem pengutipan cukai yang tidak bersesuaian dengan konsep


wang untuk perbendaharaan negara dan bukan pembesar. Bersesuaian
dengan perubahan di Eropah pembesar tidak lagi menguasai sumber.

2. Berlakunya sistem-sistem ekonomi dunia seperti ekonomi ekspot,


perdagangan bebas, ekonomi sosialis dan kekhuatiran Inggeris tehadap
perkembangan ekonomi komunis.

3. Persaingan kuasa-kuasa asing dan cara atasi dengan perkukuhkan


institusi politik berteraskan konsep parlimen Inggeris.

4. Perkembangan permintaan bahan mentah dunia dan kepesatan


ekonomi pasaran bebas.

5. Peningkatan kesedaran tentang ketuanan bangsa dan perubahan


minda penduduk tempatan kerana wujudnya mobiliti masyarakat.

6. Peningkatan kemasukan warga asing dan peranan agen serta


majikan Inggeris.

7. Tumpuan golongan kapitalis terhadap wilayah yang berpotensi


maju.

` Cara perubahan

1. Peningkatan bilangan sekolah dan pewujudan dasar pendidikan


Inggeris.

2. Membezakan sukatan dan tiada dasar pendidikan untuk perpaduan


kaum.

3. Tumpuan pekerjaan yang diaturkan oleh pihak Inggeris.

4. Mengubah struktur dan sistem pentadbiran Melayu dan disesuaikan


dengan kehendak Inggeris.

5. Peningkatan pembukaan hutan dan penambahan peladangan.

6. Pemberian dan jaminan pekerjaan bagi orang-orang asing dengan


wujudnya Jabatan Orang Asing.

7. Menghalang dan membasmikan penentangan daripada orang-orang


Melayu.

8. Menyogok kepimpinan Melayu dengan kekayaan dunia.

All The Best


9. Mengugut kepimpinan Melayu supaya patuh dengan dasar Inggeris.
Sultan dijaminkan kedudukannya, jika tidak, jadi seperti Sultan Abdullah.
Sultan Ibrahim, Johor diugut supaya menerima penasihat.

` Kesan perubahan dan Penerimaannya oleh orang Melayu

Lihat dari sudut:

a. Masyarakat dan Individu Melayu

b. Negara secara keseluruhannya.

à Masyarakat dan Individu Melayu

( Tercabarnya Maruah Melayu )

1. Kehilangan kuasa dan kedaulatan

2. Fungsi pembesar bertukar daripada mempunyai kuasa kepada


pegawai kerajaan yang dibayar upah.

3. Kedudukan masyarakat Melayu terpinggir.

4. Menggugat kuasa politik dan persaingan politik perkauman.

5. Kedudukan Sultan daripada pemerintah kepada penasihat kepada


penasihat Inggeris.

6. Kehilangan kuasa ekonomi.

7. Wujudnya penentangan dan kebangkitan yang berterusan.

8. Wujudnya rasa kesedaran dan nasionalisme Melayu.

( Timbulnya aktiviti pelanunan atau banditisme sosial ).

Kehilangan penguasaan dan wilayah oleh pembesar telah menggalakkan


mereka untuk bergiat dalam aktviti pelanunan. Hal ini kerana hak mereka
untuk mencari kekayaan di negara sendiri telah dicemari oleh penguasaan
penjajah Inggeris. Lihat perjuangan Salleh Tui, Panglima Nayan, Awang
Poh, dan Suleiman Kerekau di Kedah. Perjuangan mereka adalah kerana
perubahan yang dilakukan oleh Inggeris dengan meninggalkan mereka
serta petani miskin dalam kemiskinan. Perubahan seperti pembayaran
pelbagai cukai, sistem ekonomi komersial, dan hilangnya bentuk-bentuk
sosial tradisi seperti penghapusan penghambaan dan sistem kerah oleh
Maxwell sebenarnya menjadikan petani miskin hilang arah. Keadaan ini

All The Best


lebih menekan lagi apabila para pembesar serta kapitalis barat dan Cina
serta Chettiar India mula mencari keuntungan dan meningglkan
kesengsaraan kepada mereka.Oleh itu pembaratan Inggeris terhadap
Kedah pada 1909 menjadi asas kepada kebangkitan banditisme sosial ini

à Negara Secara Keseluruhannya

( Negara pengeluar bahan mentah utama dunia )

1. Peningkatan ekonomi negara - Timah dan Getah

2. Memperlihatkan perkembangan pendidikan dan prasarana.

3. Pembukaan dan peluasan bandar-bandar.

( Tidak berupaya berdikari )

1. Masih bergantung pada kekuasaan dan bantuan Inggeris.

2. Perjalanan pentadbiran mengikut pentadbiran Inggeris

3. Dasar-dasar yang dilaksanakan tidak mencerminkan dasar dalam


lingkungan Tanah Melayu - Cth: Dasar Pendidikan, Pertanian dan
kependudukan.

4. Penguasaan ekonomi oleh orang asing - Guthrie, Sime Darby, dan


Dunlop.

( Wujud Kemajmukan Masyarakat )

1. Penduduk- wujudnya masalah ras dan resisme.

2. Pekerjaan - pembahagian bidang kerjaya.

3. Pendidikan - perbezaan dasar dan sukatan dalam sistem


pendidikan.

4. Budaya - pencampuran dan amalan budaya yang bertentangan


dengan budaya Melayu dan agama Islam.

??? - Sejauh manakah orang Melayu menerima perubahan ini?

Lihat sama ada perubahan itu memberikan manfaat kepada orang-orang


Melayu.
All The Best
??? - Adakah mereka bertindak terhadap perubahan ini. Perjelaskan.

Lihat sama ada wujud atau tidak penentangan. Jika wujud penentangan,
apakah bentuk penentangan.

Adakah secara pemberontakan, kebangkitan, perjuangan politik,


perundingan ataupun kecaman? Hubungkaitkan juga dengan Nasionalisme
Melayu.

Perubahan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran

Tanah Melayu

1. Negeri Selat

2. Sistem Residen

3. Negeri Melayu Bersekutu /Negeri Melayu Tidak Bersekutu

4. Persekutuan 1896

5. Desentralisasi ( Pengagihan Kuasa)

6. Kesatuan Malaya

7. Persekutuan 1948

8. Sistem Ahli

9. Persekutuan 1957

JAWAPAN TEMA 3

Gerakan Kesedaran

Aspek Kajian:

1. Sebab-sebab berlakunya gerakan kesedaran

a. Wujudnya peranan dan sumbangan faktor berikut:

I. peranan golongan agama

All The Best


ii. peranan perkembangan bahasa dan kesusasteraan

iii.peranan para wartawan dan akhbar

iv.peranan sistem pendidikan

v.peranan golongan intelektual

vi.peristiwa dan pengaruh luar

Peranan golongan agama:

Menggerakkan pembaharuan - dipengaruhi oleh gerakan reformis Timur


Tengah - Mohd Abduh.

Tujuan reformasi:

· perjuangan Pan Islamisasi

· perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah

· mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan


dengan agama Islam.

· Mewujudkan dan mengembangkan media akhbar.

· Menjadi saingan golongan ortodok dan bangsawan dalam


perjuangan untuk orang Melayu.

Mendirikan madrasah dan penyebaran pendidikan agama

Ø Sumbangannya:

Pencetus pemikiran dan pejuang generasi baru Melayu yang berjuang


untuk kesejahteraan ekonomi dan sosial. Para pelajar didikan Melayu
MPSI.

Golongan bangsawan Melayu dalam MMN dan MMP berjuang untuk


kesejahteraan Melayu bagi menyaingi golongan muda agama. Bagi
mengurangkan peranan dan menyekat pengaruh mereka supaya tidak
mengatasi golongan tua.

Perkembangan bahasa dan kesusasteraan

v Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu.

v Wujudnya pengaruh Arab dari peranan golongan agama dan bagi


menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah.
Membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam negara sendiri.

v Kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu


dan MPSI.

All The Best


v Tema-tema perjuangan dan kelemahan ekonomi Melayu.

v Bahasa Melayu hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan


Jepun. Memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.

v Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.

v Perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa Inggeris.

v Pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu


dalam bahasa undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan
MMP. Akibatnya wakil Melayu tiidak faham apakah yang dibahaskan.

Ø Sumbangannya:

1. Menyedarkan orang Melayu akan kepinggiran bangsa dan bahasa


Melayu.

2. Gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan melalui


karya sastera.

3. Memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan


taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi
negara selepas merdeka.

4. Melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66.

5. Mewujudkan penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa


seperti PASPAM – berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa
Melayu seperti sebelum penjajahan.

6. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai


pembina dan pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan bangsa.

7. Menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui


penggunaan Bahasa Melayu – tidak lagi Melayu berpecah dan dikenali
dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dll.

Peranan kewartawanan dan akhbar

Perkembangan:

v Menubuhkan syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita


dalam bahasa Melayu. Contoh: Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang dan
Tanjong Penegeri diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang, Jawi Peranakan -
1876, Nujumu’l Fajar, Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, dan
Warta Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak,
Khizanah Ilmu, Taman Pengetahuan.

All The Best


v Pada awal abad ke-20 hingga 1940-an wujud akhbar dan majalah
seperti Majlis, Majalah Guru, Al-Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan , Neraca
dll akhbar.

v Tulisan yang digunakan ialah Jawi kecuali Bintang Timor yang


menggunakan tulisan Rumi kerana ia diterbitkan oleh Persatuan orang-
orang Cina Kristian – pengarangnya ialah Song Ong Siang (Roff , 1975 ).

v Dimulakan oleh orang-orang Islam keturunan India yang dikenali


sebagai Jawi Peranakan.

v Sejak tahun 1876 hingga 1906 sebanyak 16 buah akhbar dan majalah
telah diterbitkan dengan taburannya seperti yang berikut:

Singapura : 7 buah

Pulau Pinag : 5 buah

Perak : 4 buah

v Tujuan:

· Satu percubaan untuk melaporkan dan mengulas keadaan hidup


mereka masa kini.

· Al-Imam sebagai pencetus fikiran dan sumber ilmu, pembicaraan


dan perbahasan, pengingat dan menyedarkan mereka yang lalai dan sesat
serta bertujuan untuk menjaga bangsa Melayu daripada penindasan.

v Akhbar beperanan sebagai:

· Penyebar maklumat

o Roff (1975 ) memuatkan berita-berita luar dan dalam negeri yang


terbaru, menolong memajukan pelajaran anak negeri , dan membantu
memberikan keselarasan kepada bahasa Melayu yang sedang menempuh
perubahan.

o Akhbar Sekolah Melayu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran


di sekolah-sekolah kerana ketiadaan buku yang dikhaskan untuk belajar.

· Propaganda/Alat kebangkitan

o Warta Malaya dan Majlis membangkitkan rasa tidak puas hati


terhadap Sultan dan pemerintahan Inggeris dalam isu Malayan Union.

· Saluran komunikasi

All The Best


Ø

Ø Sumbangannya:

Pencetus minda masyarakat dan penyalur maklumat dalam penentangan


terhadap Malayan Union.

Memuatkan berita bagi kesedaran masyarakat tentang hak dan


tanggungjawab orang Melayu dan Islam. - Dicetuskan oleh Al-Imam, Al-
Ikhwan, Saudara.

§ Menjadi gelanggang kepada sasterawan.

Wujudnya tokoh wartawan seperti Rahim Kajai.

Faktor penentu bagi kemajuan kebendaan dan kecendikiawan bangsa


Melayu seperti peranan Sekolah Melayu yang membolehkan pertambahan
pembaca dan memperkenalkan beberapa generasi penuntut sekolah
mempersoalkan dengan lebih meluas mengenai kehidupan orang-orang
Melayu.

Peranan Sistem Pendidikan

v Melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang berlatar belakang agama,


sosio politik, dan politik daripada pengaruh-pengaruh Timur Tengah ,
Melayu dan Inggeris seperti: Raja Chulan, Ibrahim Yaakob, Dato Onn
Jaafar, Sheikh Tahir Jalaluddin, dll pejuang Melayu.

v Penyalur idea pembaharuan dan mengenengahkan masyarakat


Melayu yang peka pada sensitiviti kaum dan layanan Inggeris.

v Sukatan dan dasar yang tidak selaras menbangkitkan ras tidak


puas hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.

Peranan tokoh-tokoh intelektual

Ø Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan


menubuhkan UMNO bagi menentang Malayan Union.

Ø Ibrahim Yaakub pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan


Pemuda Semenanjung bagi mencetuskan ketidakpuasan hati layanan
Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu terutama dalam bidang
pendidikan.

Ø Ahmad Boestaman pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka


pada tahun 1939, tetapi tidak menerima sambutan. Memperjuangkan
ketuanan Melayu dan perkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.

Ø Dr. Buhanudin Al-Helmi, pemimpin PKMM yang tidak sehaluan


dengan Inggeris dan mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

All The Best


Ø Raja Chulan mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu.

Ø Dato Abdul Rahman Andak – Dato Penggawa Dalam dapat


menghalang dan melambatkan campur tangan langsung Inggeris di Johor.

Peranan pengaruh luar

v Kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun


mengalahkan British dalam perang dunia kedua - mencetuskan bahawa
bangsa Eropah masih boleh dikalahkan.

Ø Perjuangan Mahatma Ghandi dan Jawarlal Nehru menentang


penjajahan Inggeris bagi kemerdekaan India pada 1947.

Ø Perjuangan Sukarno dan Hatta memerdekakan Indonesia serta


perjuangan bangsa Indonesia menentang penjajah Belanda selepas tamat
perang dunia kedua.

Ø Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah dalam


menggerakkan pembaharuan dan penentangan terhadap penjajah. -
Menggalakkan para pelajar untuk berkiblatkan Timur Tengah bagi
merangsang perjuangan dan menggunakan aliran agama untuk
membebaskan negara daripada penjajahan.

Ø Perubahan yang berlaku dalam PBB yang memperjuangkan


kedaulatan dan keluhuran negara-negara yang dijajah. Menggerakkan
nasionalis-nasionalis negara dijajah untuk menuntut kemerdekaan.
Piagam PBB tidak membenarkan negara lain menjajah negara lain.

Ø Peralihan kuasa besar dunia daripada Britsih kepada Amerika


Syarikat serta Russia. - Mewujudkan Perang Dingin antara blok barat dan
timur iaitu Kapitalis dan Komunis, sekutu Amerika Syarikat dan sekutu
Russia. Perlu bebaskan negara seblum dipengaruhi oleh Komunis.

Perkembangan gerakan kesedaran

Perkembangan gerakan kesedaran di Tanah Melayu boleh dibahagikan


kepada tiga peringkat seperti yang berikut:

1. Peringkat keagamaan 1906 - 1926

2. Peringkat sosioekonomi 1927 – 1937

3. Peringkat politik 1937 -1957

Peringkat keagamaan 1906 - 1926

All The Best


Perjuangan kesedaran pada peringkat ini dipelopori oleh tokoh-tokoh
keagamaan yang mendapat pendidikan di Timur Tengah. Dalam mengkaji
perjuangan mereka ia boleh disimpulkan seperti yang berikut:

Konsep perjuangan:

Menyedarkan umat Islam berkenaan dengan amalan yang bertentangan


dengan Islam serta meningkatkan kesedaran perjuangan reformasi.

Matlamat perjuangan:

1. Memberi kesedaran pendapat dan idea-idea reformasi dari Timur


Tengah.

2. Mengikis idea-idea ortodok dan konservatif penganut Islam di


Tanah Melayu.

Tujuan reformasi:

2.1 perjuangan Pan Islamisasi

2.1.1 Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam dan


diletakkan dalam persaudaraan Islam sedunia.

2.1.2 Menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara dan


menggagalkan pemerintahan berasaskan sekular yang dibawa oleh
Inggeris.

2.2 perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah

2.2.1 Meletakkan cara hidup dan menjalani kehidupan berasakan Al


Quran dan Sunnah dalam semua aspek kehidupan, sama ada dari sudut
politik, ekonomi, dan sosial.

2.2.2 Menyatakan bahawa kemunduran orang Melayu disebabkan


lekangnya mereka daripada ajaran Islam yang sebenar.

2.2.3 Menghapuskan amalan-amalan bidaah yang tidak dihalang


oleh golongan tua. Hal ini menyebabkan berlakunya penerusan
kepercayaan yang bertentangan dan berlebihan dalam Islam. ( Lihat
penjelasan lanjut tentang sebab-sebab kepercayaan tradisi masih
diamalkan walaupun orang Melayu telah terima Islam dalam Tema Satu)

2.3 Mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan


dengan agama Islam.

2.3.1 Menjadikan pendidikan untuk semua. Dibenarkan golongan


wanita untuk mendapatkan pendidikan. Sebelum ini para wanita tidak

All The Best


dbenarkan untuk mendapatkan pendidikan disebabkan berpegang kepada
amalan tradisi dan adat.

2.3.2 Beberapa konsep yang diamalkan oleh orang melayu banyak


memundurkan pemikiran orang melayu dalam mengejarkan kesejahteraan
sosio-ekonomi. Antaranya dalam sistem kerah dan serah. Pemilikan dan
penghambaan sebagai tanda taat dan setia kepada raja. Konsep daulat
dan tulah dan keadaan ini menghalang rakyat biasa dalam memperbaharui
diri ke arah pemodenan.

2.4 Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang serba lengkap.

2.4.1 Islam sebagai addin - satu cara hidup yang lengkap dan
sempurna. Islam pentingkan ilmu, melarang perbuatan menyekutukan
Allah. Kesempurnaan Islam berdasarkan tamadunnya menjadikan
kekuatan Islam menjadi pemangkin kepada penerokaan ilmu. Sedangkan
golongan ulama tua, tidak memimpin rakyat biasa ke arah cara hidup
Islam yang syumul. Golongan ulama tua lebih menjurus kepada golongan
pembesar/pemerintah. Tidak mencetuskan minda dan gagal dalam
pelaksanaan kejayaan berteraskan syariat. Keadaan ini banyak
bersebabkan sekular penjajah dan ini dikatakan mempengaruhi golongan
ulama tua. Perjuangan kaum muda adalah untuk menjadikan Islam
sebagai satu cara hidup seperti perjuangan Nabi Muhamad saw.

Cara penyebaran:

1. Menerusi majalah dan akhbar seperti:

1.1 Al-Imam

1.2 Al-Ikhwan

1.3 Seruan Azhar

1.4 Pilihan Timur

1.5 Semangat Islam

1.6 Sekolah-sekolah pondok.

Tokoh-tokoh pejuang:

1. Sheikh Tahir Jalaluddin

2. Syed Sheikh Al Hadi

3. Sheikh Muhamad Salim Al-Kalali Pengaruh perjuangan:

Gerakan Sheikh Mohd Abduh

All The Best


Syed Jamaluddin Al-Afgani

Mereka merupakan reformis Islam yang radikal di Timur Tengah.

Ciri-ciri perjuangan:

1. Penghargaan terhadap pendidikan, pangkat dan ekonomi.

2. Pendidikan adalah hak semua orang bukan hak exklusif golongan


bangsawan.

3. Wujud pertentangan antara golongan tua dan muda.

Ø Kejayaan/Rintangan

1. Wujud penentangan draipada golongan tua yang masih


berfahaman ortodok dan mengamalkan bidaah.

2. Inggeris bersama golongan tua menyekat perkembangan


golongan agama daripada meluaskan pengaruhnya.

2.1 Mengharamkan tulisan yang menyentuh tentang Islam jika tidak


ada kebenaran.

2.2 Mewujudkan jawatan mufti bagi menapis tulisan-tulisan yang


berkaitan dengan Islam.

2.3 Mengenakan hukuman dan tindakan undang-undang .

2.4 Melarang dan meyekat penyebaran majalah-majalah yang


berteraskan Islam.

3. Kejayaan dapat dilihat daripada perjuangan oleh nasionalis yang


berfahaman sederhana dalam pentadbiran Inggeris serta kemunculan
nasionalis berpendidikan Melayu yang bergerak untuk mendapatkan
kebebasan daripada Inggeris.

Peringkat Sosioekonomi 1927-1937

Peningkatan masalah orang Melayu dalam kehidupan moden yang


menyisihkan unsur tradisi memperlihatkan perjuangan diteruskan oleh
golongan keagamaan. Ini memperlihat ketandusan golongan yang
berteraskan sosioekonomi. Kegagalan pejuang keagamaan untuk
merngubah persekitaran masyarakat Melayu telah mendorong pemikir-
pemikir daripada lulusan Inggeris dan Melayu untuk membatasi pegaruh
golongan keagamaan.
All The Best
1. Konsep perjuangan:

Menjuruskan aspek sosial dan ekonomi.

2. Matlamat perjuangan:

Memulihkan taraf kehidupan masyarakat Melayu agar seiring dengan


masyarakat lain.

Mempastikan pendidikan yang diberikan oleh orang Melayu dilakukan


secara menyeluruh sama ada dalam bentuk sukatannya dan peluang-
peluang kepada semua golongan. Membolehkan masyarakat Melayu
menerima pendidikan tinggi.

Mengisikan kekosongan jawatan kepada orang-orang Melayu dan melatih


mereka mentadbir negri.

Hal ini dapat dilihat darpada perjuangan :

· Golongan agama yang mementingkan pendidikan. Menggalakan


masyarakat Islam mendapat pendidikan dan berusaha untuk mendirikan
sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Sheikh Al-Hadi membina madrasah
di Pulau Pinang bagi mendidik orang-orang melayu dalam ilmu agama.

· Menggalakan orang-orang perempuan untuk mendapatkan


pendidikan kerana dengan pendidikan orang Melayu dapat meningkatkan
pengetahuan dan taraf hidup.

· Selain golongan agama, para pembesar Melayu seperti Raja Chulan,


memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu dalam MMN Perak- sebab
wakil Melayu ada yang tidak faham penggunaan bahasa Inggeris.

· Para guru Melayu juga memperjuangkan pendidikan dan


membanyakkan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu. Pejabat
karang-mengarang MPSI ditubuhkan bagi merealisasikan perjuangan
membanyakkan buku-buku dalam bahasa Melayu sehinggalah tertubuhnya
DBP pada 1956.

· Dari aspek ekonomi perjuangan untuk menjada kepentingan Melayu


adalah dengan mewujudkan Tanah Simpanan Melayu bagi menjaga
kepentingan ekonomi Melayu tidak terhakis oleh perkembangan ekonomi
yang berpihak kepada warga asing.

· Bagi menghalang orang Melayu menjadi bangsa minoriti UMNO


telah berjaya menggagalkan MU yang boleh menyebabkan orang Melayu
menjadi suara minoriti. Ini penting bagi surviaval bangsa Melayu yang
lemah dari aspek kuasa ekonomi dan bagi mengimbanginya ialah dengan
menguasai kuasa politik.

All The Best


3. Tokoh-tokoh

Berlatarkan pendidikan Inggeris:

· Raja Chulan, Dato Abdullah Hj. Daman, Dato Onn Jaafar, Eunos
Abdullah, Ishak Hj. Muhamad

Berlatarkan pendidikan Melayu:

· Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa mahmud, Yaacob Mohd Amin, Hassan


Hj. Manan.

4. Pertubuhan

Kesatuan Melayu Singapura - Eunos Abdullah

Kesatuan Melayu Selangor - Raja Uda dan Tengku Kamil

Persatuan Melayu Pahang, Negeri Sembilan

Peranan MPSI melahirkan guru-guru yang dipengaruhi dengan gerakan


reformis di Indonesia. Wujudkan:

Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo- Ibrahim Yaakob,


Muhamad Isa Mahmud, Yaacob Mohd Amin, dan Hasan Haji Manan. Tujuan:
untuk mencapai kemerdekaan dalam lingkungan Indonesia Raya.

Paspam – Persaudaraan Sahabat Pena :- perjuangan untuk mewujudkan


perpadauan melayu melalui bahasa. Perjuangan menegak bahasa Melayu
supaya tidak terpinggir dalam negara sendiri. Hal perjuangan bahasa ini
bukan sahaja oleh Paspam, tetapi pernah disuarakan oleh Raja Chulan –
yang memperlihatkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam MMN dan
MMP. Orang melayu ada yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.
Merugikan melayu kerana mereka tidak faham perbincangan dan undang-
undang yang akan diluluskan.

Peringkat Politik 1937-1948

Konsep Perjuangan: Politik

Matlamat perjuangan: Kemerdekaan

Tokoh-tokoh pejuang:

Ibrahin Yaakub }membentuk KMM bermatlamat


kemrdekaan dalam

All The Best


Onan Haji Siraj }lingkungan Indonesia Raya. Bersifat kiri
dan tidak

Nustafa Haji Hussien }bekerjasama dengan Inggeris.

Mukhtaruddin Ishak }membentuk PKMM. Bergerak aktif dalam


menentang

Burhanuddin Al-Helmi }Malayan Union.

Ishak Hj Muhammad }

Onn Jaafar } membentuk UMNO.

Pertubuhan terlibat:

KMM Kesatuan Melayu Muda

PETA Tentera Pembela Tanah Air

MPAJA Malayan Peoples Anti Japanese Army

PKMM Parti Kebangsaan Melayu Malaya

API Angkatan Pemuda Insaf - cawangan pemuda PKMM

AWAS Angkatan Wanita Sedar - cawangan wanita PKMM

PUTERA Pusat Tenaga Rakyat

UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Strategi perjuangan:

1. Tidak berkerjasama dengan Inggeris / bekerjasama dengan Jepun

· Dilakukan oleh KMM dengan tidak mahu bekerjasama dengan


Inggeris. Menuntut kemerdekaan sejak 1939. Bersuara lantang. Lebih
menjurus kemerdekaan bersama Indonesia dalam Indonesia Raya.

· Akibat daripada itu, berlaku penangkapan kepimpinan KMM.


Penangkapan kepimpinan KMM dianggap dapat melemahkan pergerakan
ini. Berlaku perang dunia ke-2, Jepun membebaskan tahan politik. Mula
era kerjasama dengan Jepun. Tujuan asal - kemerdekaan masih menjadi
matlamat, lebih-lebih lagi dengan janji Jepun untuk merdekakan negara
yang dijajah Imperialis barat.
All The Best
· Kesan kerjasama - wujud PETA ( Tentera Pembela Tanah Air ). Bagi
Jepun sebagai alat untuk memasukkan propaganda Jepun. Bagi Ibrahin
Yaakub sebagai persediaan orang-orang Melayu mendapat latihan
ketenteraan. Kegunaannya bukan sahaja menentang Inggeris, tetapi
Jepun. Pasukan ini ada kerjasama sulit dengan pasukan bawah tanah
seperti MPAJA, Force 136 dan Pasukan Wataniah.

· Kerjasama dengan Jepun bukan sahaja memperlihatkan orang


Melayu dalam PETA, tetapi dalam pasukan keselamatan lain seperti
Giyugun, Boetai, dan Junsa - merupakan pasukan separa tentera dan polis.
Sebelum ini orang Melayu tidak berpeluang dalam mendapatkan latihan
keteteraan secara professional.

· PETA dan PUTERA membolehkan Ibrahim Yaakub meneruskan


rancangan untuk kemerdekaan bersama Indonesia. Beberapa siri
pertemuan diadakan seperti di Taiping pada 12 OGOS 1945 antara Ibrahim
Yaakub dengan Sukarno-Hatta. Rancangan Gagal apabila Sukarno
mengistiharkan kemerdekaan Indonesia secara mengejut dan Ibrahim
Yaakub melarikan diri ke Indonesia.

· Perjuangan tidak bekerjasama dengan Inggeris diteruskan oleh


PKMM. PKMM bekerjasama dengan AMCJA menentang Perlembagaan 1948
dan mencadangkan Pelembagaan Rakyat, tetapi tidak diterima Inggeris.

· Pada 1941-45 MPAJA meneruskan perjuangan menentang Jepun


bersama-sama dengan Force 136 dan Wataniah. Pada peringkat ini MPAJA
menjalankan dasar bekerjsama dengan pihak Inggeris, tetapi tidak
diteruskan pada 1945 kerana pengaruh komunisme sangat kuat dan
berlaku darurat pada 1948.

2. Bekerjasama dengan Inggeris

· Menjurus pada perjuangan UMNO. Lebih flexible daripada KMM.


Boleh dibawa berunding. Antara perundingan yang dijalankan ialah
perundingan kemerdekaan, serta tolak ansur dalam Perlembagaan 1948.
Dianggap sebagai puak kanan atau sederhana oleh Inggeris.

3. Penentangan bersenjata

· Dilakukan oleh MPAJA menentang Jepun dan seterusnya pada 1948


menentang Inggeris secara gerila dalam zaman darurat 1948-1960.
All The Best
4. Demontrasi aman

· Dianjurkan oleh UMNO mulai 1 JUN 1946 untuk membantah Malayan


Union serta disokong oleh Raja-Raja Melayu. Aspek ini ditujukan kepada
wakil Inggeris ( Harold MacMicheal ) dalam peras ugut nya meminta tanda
tangan raja-raja Melayu. Seluruh persatuan Melayu bergabung dalam
UMNO yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan melibatkan semua lapisan
masyarakat dan taraf keududukan orang-orang Melayu. Berjaya
menggagal Malayan Union dan tertubuh pula politik yang berteraskan
pelbagai kaum - PERIKATAN yang ditubuhkan semasa pilahanraya
perbandaran Kuala Lumpur , 1952

5. Pemboikotan

· Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu memboikot perlantikan


Gabenor General Malayan Union serta disokong oleh bekas pegawai-
pegawai Inggeris yang bekerja di Tanah Melayu seperti Sir Frank
Swettenham.

6. Kerjasama parti-parti politik

· Aspek ini dapat dilihat melalui tertubuhnya PERIKATAN gabungan


parti-parti UMNO, MCA, dan MIC, Gabungan PKMM dan AMCJA, kerjasama
PETA, MPAJA, Force 136 dan Wataniah untuk menentang penjajahan sama
ada Inggeris atau Jepun. Kerjsaama KMM dengan PNI ( Partai Nasionalis
Indonesia ) memperlihatkan kerjasama serantau untuk mewujudkan
negara bangsa Melayu.

Sumbangan Jepun

Sumbangan Jepun dan Nasionalisme Tanah Melayu

All The Best


Pendudukan Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan kepada
masyarakat Tanah Melayu. Kesan-kesan tersebut dapat kita lihat dalam
pelbagai aspek kehidupan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial
dan agama. Dalam hal ini aspek nasionalisme masih menjadi satu
pertikaian kepada sejarawan sama ada pendudukan Jepun ini
mencetuskan semangat nasionalisme atau ada faktor-faktor lain yang
mendorongnya. Dalam hal ini kita akan mengkaji akan peristiwa yang
berlaku semasa pendudukan dan kesannya serta kegiatan pentadbiran
British setelah menduduki semula Tanah Melayu.

Umum mengetahui bahawa pemerintah tentera Jepun telah


memberikan peluang kepada anak-anak tempatan, terutamanya anak
Melayu untuk menganggotai pasukan keselamatan. Pasukan tersebut
terdiri daripada pasukan tentera, separa tentera, polis atau polis rahsia.
Dalam hal ini institusi ketenteraan yang memberikan peluang kepada
anak-anak Melayu ini adalah seperti Giyugun, Boetai, Junsa, PETA dan
Kempetai. Melalui institusi ini anak-anak Melayu ini dapat menggunakan
senjata. Di samping itu ia juga mendedahkan mereka meningkatkan
semangat kesetiaan kepada negara dan pemerintah. Umum juga
mengetahui antara aspek semangat yang didedahkan ialah semangat
mempertahankan negara sehingga titisan darah yang terakhir. Semangat
seshin ini merupakan aspek terpenting dalam perjuangan tentera Jepun
menikmati kemenangan. Hal ini juga dinikmati oleh pemuda-pemuda
Melayu terutama sekali mereka yang berjuang dalam PETA. Melalui PETA
kita dapat meningkatkan kesedaran dalam mempertahankan negara dan
mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Hal ini nyata apabila Jepun
mengundurkan diri.

Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga


memberikan peluang orang-orang Melayu menerima semangat
kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak
memberikan peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara
akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam zaman
pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang
Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini
mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru
Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa.
Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang
akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran
nasionalisme.

All The Best


Begitu juga, dalam bidang pentadbiran, pemerintah tentera
Jepun telah memberikan peluang pendedahan cara-cara pentadbiran
kepada orang-orang Melayu. Ramailah anak-anak Melayu menjawat
jawatan penting yang sebelum ini diisi oleh pegawai Inggeris. Dalam hal
ini, ia bukan setakat melatih, tetapi mendedahkan mereka kepada
keadaan sebenar yang dihadapi oleh bangsa Melayu sendiri. Kekecewaan
dan kepincangan Jepun akhirnya memberikan mereka kesedaran untuk
sama-sama berjuang dalam gerakan anti bawah tanah. Inilah yang
mendorong mereka untuk membantu membebaskan diri daripada
belenggu Jepun dan Inggeris. Mereka yang berpeluang untuk menjawat
jawatan penting dalam pentadbiran adalah seperti Tunku Abdul Rahman
Putera Al Haj, Dato Onn Jaafar, dan Ghazali Shafie.

Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan, kesengsaraan


yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan seharian dan
penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang Melayu
bangun mengwujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar-askar
wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi tulang belakang kepada
askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, pemimpin
organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam
menegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten Hussin Onn. Penipuan
dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan
batin kepada pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Dalam
hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar
nasionalisme Melayu. Mereka akhirnya memberikan kerjasama kepada
organisasi-organisasi anti-Jepun dengan membekalkan maklumat agar
dapar mempertingkatkan keberkesanan penentangan mereka. Selain itu,
PETA boleh dikatakan menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran
tentera Jepun.

Walaupun peristiwa-peristiwa ini berlaku semasa zaman


pendudukan, tetapi satu hal yang menarik ialah peristiwa selepas Jepun
menyerah kalah. Dalam masa 2 minggu, Tanah Melayu tidak mempunyai
pentadbiran yang sah. Untuk itu MPAJA telah memainkan peranan penting
dengan menjadi pemerintah. Oleh yang demikian ramailah orang-orang
Melayu yang menjadi mangsa kekejaman mereka. Hal ini akhirnya
mendorong kebencian orang-orang Melayu terhadap MPAJA yang terdiri
daripada orang Cina. Maka wujudlah ketegangan kaum antara Melayu-
Cina. Mengapakah hal ini terjadi? Inilah akibat-akibat daripada
pendudukan Jepun yang memberi kelebihan kepada orang Melayu dan
menindas orang Cina. Akibat ini akhirnya mendorong MPAJA membalas
dendam akan perbuatan orang Melayu, terutama sekali anggota PETA.
Peristiwa ini juga menjadi wadah kepada perjuangan kesedaran
nasionalisme Melayu. Apakah mereka hendak ditadbir oleh penjajah Cina
All The Best
pula? Hal ini menjadi satu titik pertemuan yang mengumpulkan pemikir
Melayu dan akhirnya menentang konsep Malayan Union yang memberi
kelebihan kepada orang Cina.

Dalam kita menilai kewujudan kesedaran nasionalisme Melayu


yang didasarkan kepada peristiwa-peristiwa semasa pendudukan Jepun
dan beberapa bulan sebelum kedatangan Pentadbiran Tentera British, kita
juga harus memikirkan adakah ia merupakan titik mutlak yang
membangkitkan nasionalisme Melayu. Dalam perkara ini, kita perlu
fikirkan sumbangan-sumbangan dan tindakan British dan keupayaannya
dalam memberikan sumbangan ke arah kebangkitan nasionalisme Melayu.

Adakah nasionalisme Melayu memang telah tersedia wujud


walaupun sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu ? Mungkin
kenyataan ini dapat diperbincangkan apabila kita melihat dan dibuktikan
wujud oleh sarjana akan permulaan titik-titik permulaan kesedaran
nasionalis pada awal abad ke-20 dengan wujudnya kesedaran golongan
agama yang akhirnya diikuti oleh golongan birokrat dan bangsawan
Melayu, serta kebangkitan kesedaran politik apabila wujudnya
pertubuhan-pertubuhan seperti KMM dan juga PKMM. Daripada
kebangkitan golongan ini kita dapati bahawa kesedaran politik dan
kebangkitan nasionalis sebenarnya sudah tumbuh dengan suburnya
walaupun Jepun belum lagi menjajahi Tanah Melayu.

Dalam kita menilai keadaan ini, kita dapati bahawa tindak-


tanduk British sebenarnya telah mencetuskan satu kesedaran kepada
orang Melayu untuk bangkit bagi mencapai kemerdekaan seperti yang
dilaungkan oleh KMM dan PKMM. Laungan untuk merdeka bukan hanya
berlaku setelah tertubuhnya UMNO tetapi telah dilaungkan oleh Ahmad
Boestaman pada 1939 sehingga menyebabkan ramai kepimpinan Melayu
telah terpenjara dan ada yang melarikan diri ke Indonesia. Kita juga perlu
menilai cita-cita dan tujuan Ibrahim Yaakob dan PKMM untuk bergabung
dengan Indonesia dalam menjamin ketuanan Melayu di Tanah Melayu dan
Indonesia, dan aspek ini jugalah yang hendak digagalkan oleh Inggeris.
Peristiwa-peristiwa ini semuanya berlaku sebelum kedatangan dan
penjajahan Jepun. Para sarjana juga sedia maklum iaitu gagasan untuk
menubuhkan Malayan Union pada tahun 1946 juga adalah hasil daripada
keinginan Sir Cecil Clementi Smith untuk membalas dendam terhdap
orang Melayu yang tidak menyokong British dalam perang dunia ke-2.
Adakah perkara-perkara yang berlaku ini tidak menimbulkan satu
kesedaran nasionalisme?

Kita juga harus menilai akan peristiwa-peristiwa yang berlaku


selepas peperangan dunia ke-2. Perubahan-perubahan besar dari aspek
tonggak kuasa besar dunia daripada kuasa British kepada kuasa AS dan
USSR, perubahan dalam PBB, kebangkitan komunis dan permusuhan AS-
All The Best
USSR dalam perang dingin juga merupakan satu aspek di mana semakin
melebarnya kesedaran untuk bebas dan merdeka.

PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM

HUBUNGAN JEPUN - ASIA TENGGARA

Hubungan Jepun - Asia Tenggara 1945-1952

1. Tidak ada hubungan. Sebab:

i. Keadaan kucar kacir dalam politik Jepun. AS


menguasai pentadbiran dengan diperintah oleh Jeneral MacArthur.

ii. AT sendiri tidak mahu membuat hubungan dengan Jepun


kerana angkara Jepun dalam perang. Rosakkan nilai masyarakat dengan
pelakuan kejam dari aspek sosial dan ekonomi.

2. Perbincangan mengadakan hubungan diadakan pada akhir 1951


dan selepas termetrinya perjanjian San Francisco.

Dalam konteks negara Indonesia perundingan pembayaran


pampasan diadakan sekitar tahun 1952 dan berakhir akhir 1957. Berakhir
dengan termtrinya hubungan diplomatik dan perdagangan.

Tumpuan Utama Dasar AS

1. Menyekat pengaruh komunis daripada menular ke negara AT.

Penjalaran Perang Dingin antara blok Barat dan Timur dengan


pengaruh komunis yang diakibatkan daripada dasar-dasar imperialisme
dan kapitalisme yang merugikan golongan proleteriat dan kebencian
kepada kuasa penjajah.

2. Tumpuan kepada pembangunan AT. Sebab:

All The Best


i. Wujudnya teori Domino yang diasaskan oleh komunis antara bangsa
untuk kuasai setiap buah negara AT dan Caucasia.

ii. AT mempunyai sumber bahan mentah yang boleh menjadi asas


kepada pembangunan semula ekonomi Jepun.

iii. AT merupakan tempat pelambakkan barang-barang keluaran Jepun


dan pasaran utama barangan tersebut.

iv. AT ialah kawasan yang giat dengan perjuangan kemerdekaan dan


perlukan pembangunan supaya tidak terpengaruh dengan ideologi
komunis.

v. AS cuba cari pengaruh untuk menjadi sebuah kuasa pelindung di AT.


Berjaya dengan adanya pangkalan tentera di Thailand, Fillipina -
Pangkalan Udara Clarke dan Pangkalan Laut di Teluk Subic, Vietnam
Selatan di Teluk Cam Ranch.

Pemikiran AS Cara Jepun Boleh Diselamatkan

1. Memberikan bantuan kewangan kepada Jepun untuk


pertingkatkan syarikat dan perdagangan Jepun. Cara ini Jepun boleh
menyelesaikan bayaran pampasan yang dituntut. Bayaran pampasan yang
perlu dibayar oleh Jepun kepada negara yang menuntutnya ialah sebanyak
US1,152 juta.

2. Mengguna Jepun dengan menjual barangan Jepun yang murah ke


AT yang menjadi pasaran utama dan mendapatkan bahan mentah untuk
industri Jepun.

3. Pulihkan hubungan diplomatik dan perdagangan antara Jepun


dengan AT. Kesannya dalam konteks negara Indonesia lebihan dagangan
Jepun secara purata meningkat sebanyak 89% jika dibandingkan dengan
bayaran pampasan sebanyak 11% dari tahun 1958 hingga 1970.

Birokrasi Di AS Yang Menentukan Dasar Terhadap Asia

1. Jabatan Pertahanan ( Pentagon )

a. Memberi bantuan senjata kepada negara AT seperti


kepada Fillipina, Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja terutama semasa
perang Indo Cina.

All The Best


b. Mengadakan perjanjian pertahanan.

c. Memberi bantuan ekonomi.

2. Jabatan Negara ( State Department )

a. Bantuan tingkatkan ekonomi dan perdagangan AT.

b. Bantuan memperkembangkan semangat nasionalisme


berteraskan demokrasi dan kapitalisme.

c. Bersifat sederhana.

Dalam perlumbaan menentukan dasar Jabatan Pertahanan lebih berjaya


daripada Jabatan Negara.

Peristiwa selepas 1950an.

1. Perang Indo Cina.

2. Perjanjian San Francisco 1951. Antara kandungan perjanjian:

a. Bayaran pampasan kepada negara yang diduduki Jepun.

b. Jepun tidak boleh menubuh angkatan tentera untuk tujuan


peperangan tetapi hanya dibenarkan penubuhan tentera pertahanan
negara sahaja.

3. Kembalinya pemerintahan negara kepada Jepun pada tahun


1952 dan pengunduran MacArthur.

Pampasan dan negara AT

1. Negara AT terpaksa menerima. Sebab:

a. Ekonomi negara yang mundur. Indonesia berhutang


dengan Belanda > US1 billion, daripada Jepun US170 juta.

b. Kebanyakan negara menuju kemerdekaan dan memerlukan wang


untuk membangunkan negara. Indonesia dalam rancangan 8 tahun
memerlukan US 1 billion ( 1961-1968 ).

All The Best


v Hubungan Diplomatik dan Penerimaan Pampasan

Diplomatik Pampasan
Jumlah

Indonesia 14 April 58 20 Jan.58 US 400


juta

Burma 1954 US
200 juta

Fillipina 1956 US 550 juta

Faedah Daripada Pampasan Kepada Negara Penerima

Terlalu sedikit faedahnya. Sebab: ( Dilihat dalam konteks negara


Indonesia.)

1. Projek ilham Sukarno membawa sedikit faedah kepada negara.


Antara projeknya ialah:

a. 4 buah Hotel Besar ( Hanya Hotel Indonesia yang bawa


pulangan yang baik. Lagi tiga hotel pulangannya hanya 20-30% sahaja.)

b. Sarinah Departmental Store.

c. Wisma Nusantara 29 tingkat. Kos pembinaan US5.8 juta.


Hanya sebagai gajah putih. Tidak membawa faedah kepada rakyat.

2. Dalam masa 12 tahun hanya 26 projek besar telah dirancangkan


dengan peruntukan sebanyak US 77.63 juta. Sebahagian besar
daripadanya tidak siap. Jumlah projek melalui wang pampasan ialah 36
buah. Yang siap 25 sahaja. 7 daripadanya tidak berjalan dengan betul dan
cekap. 9 projek lagi dalam keadaan sederhana dan hanya 9 sahaja yang
membawa pulangan yang berfaedah kepada rakyat. Antaranya:

a. Jambatan Sungai Musi - siap pada tahun 1965 dengan kos


US 11.782 juta. Kesannya masa perjalanan dipendekkan daripada 1 jam
kepada 10 minit sahaja.

b. Projek terowong kawalan air Neyama. Bertujuan mengawal


air daripada membanjiri kawasan pertanian dan kawasan rendah Sungai
All The Best
Berantas. Projek dicadangkan pada zaman Belanda tetapi disiapkan pada
zaman pendudukan Jepun. Walaupun begitu terowongnya tersumbat dan
pembinaan semula dijalankan melalui wang pampasan. Kosnya 1.972 juta
US siap pada tahun 1961. Kesannya, 3000 hektar tanah pertanian selamat
daripada banjir dengan membawa pulangan 2 juta US.

c. Projek 3K - Sungai Karankates, Sungai Konto dan Sungai


Kanan. Pembinaan loji elektrik hidro, bekalan air, pengairan dan kawalan
hakisan. Siap pada tahun 1970. dan 1972.

2.1 Projek-projek yang gagal .

a. Kilang kain. Sebanyak 17 buah dibina. 8


dengan bantuan Jepun dan 4 daripada dibina melalui wang pampasan. 4
buah kilang ini hanya memproses 17% spindles sahaja.

b. Kilang kertas. Daripada 7 buah dibina 4


dengan biayai wang pampasan. Dijangka memproses 80 tan kertas sehari
tetapi menurunkan pengeluaran kepada 3 tan sahaja pada tahun 1969.
Kilang di Kalimatan tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan kerugian
sebanyak US 1,919,000.

3. Program latihan dan biasiswa tidak mengikut rancangan asal.

Dalam rancangan, 500 pelajar akan dihantar ke Jepun dalam


masa 5 tahun dan 1,750 belia untuk latihan vokesynal dan teknikal di
pelbagai jabatan kerajaan serta syarikat swasta.

Yang menjadi kenyataan hanya 378 pelajar dan 474 belia yang
dihantar.

Sebabnya:

a. Kewangan program ini digunakan untuk pelbagai perkara


seperti perbelanjaan kedutaan Indonesia di Jepun.

b. Pemilihan peserta lebih condong kepada fahaman politik


dan persaudaraan.

c. Rancangan ini berjaya dari sudut politik tetapi gagal dari


sudut ilmu pendidikan.

Sebab Kegagalan Projek

All The Best


1. Ketidak cekapan kerajaan dan kelemahan dalam pengendalian
projek-projek yang siap serta penyelenggaraan yang buruk untuk
kelengkapan pengangkutan.

2. Masalah politik dalaman Indonesia. Rampasan kuasa 1965 dan


pertelagahan antara Masjumi dan PNI.

3. Penggunaan wang pampasan untuk bayar kembali hutang luar


negara pada 1965-1970 sebanyak US81.7 juta, dengan interest US 94.76
juta. Banyak mengganggu projek yang dicadangkan.

4. Pelan-pelan rancangan untuk pembangunan menerusi biayai


wang pampasan tidak lengkap, lambat dan tidak tepat waktu siapnya. Cth:
Pelan rancangan 1958 hanya dapat disiapkan pada 8 Mac 1959.

Faedah Yang Didapati Oleh Jepun

1. Pemulihan hubungan dengan AT.

2. Peningkatan ekonomi Jepun dan perkembangan perdagangan


Jepun.

a. Dapat menyimpan simpanan wang asing yang banyak.


Pada 1960 sebanyak US 1,824 juta. Yang dibayar sebagai pampasan hanya
US 7.5 juta atau 0.4% daripada simpanan wang asing.

b. Pembayaran pampasan merangsang pembangunan industri


dalam negeri Jepun kerana mereka tidak terhalang untuk mengekspot
barangan ke negara AT berdasarkan perjanjian yang ditanda tangani.

Contoh: Perdagangan Jepun Indonesia.

Purata bayaran pampasan selama 12 tahun: US 18.56 juta


@ 11%.

Ekspot Jepun ke Indonesia: US 146.48 juta @ 89%

Ekspot barangan berat: US 81.01 juta.

Simpanan wang asing Jepun 1960 US 1,824 juta.

Purata simpanan wang asing Indonesia 12 tahun: US 41.85


juta.( 1958-1970 )

Purata Impot Indonesia: US 642 juta.

All The Best


Pendudukan Jepun dan Ekonomi Tanah Melayu

Ruang lingkup perbincangan:

1. Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun

2. Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun

3. Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu

4. Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah


Melayu

Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun

1. Memperbaiki kelengkapan tentera yang rosak dan menjadi pusat


simpanan senjata.

2. Menyediakan sumber bekalan tentera.

3. Mendapatkan sumber bahan mentah bagi memenuhi keperluan


industri Jepun.

Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun

1. Segala kelengkapan dan bekalan bahan mentah musnah. Inggeris


menjalankan Dasar Bumi Hangus dengan membakar semua gudang-
gudang simpanan makanan, terutama beras.

2. Keadaan saliran dan bekalan air musnah . Jepun tidak berupaya


untuk membaiki semula keranan kekurangan alat ganti dan tenaga buruh.
Kesannya, ia menghalang pembangunan pertanian.

3. Tidak ada urusan perdagangan sama ada dalam negeri atau luar
negeri kerana dihalang oleh tentera berikat.

All The Best


Keadaan luar disekat oleh tentera laut berikat dan di dalam negeri
oleh pergerakan bawah tanah seperti MPAJA. Selalu menyerang hendap
konvoi bekalan makanan Jepun.

4. Tidak ada pengeluaran bahan mentah dan jika ada harganya sangat
mahal.

Sebagai contoh pengeluaran hasil galian menjunam dengan hanya


empat buah lombong bijh timah beroperasi di Johor. Sebelum itu pada
1939 sebanyak 70 buah, 1941 63 buah. Bagi lombong besi, boksit dan
arang batu, tidak ada aktiviti dijalankan, tetapi pada tahun 1939 sebanyak
2 buah lombong yang menjalankan setiap aktiviti perlombongan.

Jumlah keseluruhan perlombongan menurun daripada 76 buah pada


1939 kepada 4 buah pada 1946.

5. Ekonomi Tanah Melayu berbalik asal dengan menjalankan ekonomi


sara diri, iaitu dengan menjalankan tanaman di halaman rumah.

Tanaman yang ditanam, bukan sahaja sayur-sayuran , tetapi padi.

6. Bekalan makanan yang berkurangan menyebabkan berlakunya


catuan makanan. Kad-kad catuan diedarkan bagi mengawal taburan
makanan kepada penduduk.

7. Berlaku sorokan barang-barang keperluan sebab keutamaan


diberikan kepada askar dan pekerja-pekerja Jepun.

8. Taburan wang begitu berleluasa tanpa kawalan daripada bank pusat.


Keadaan ini berlaku disebabkan semua batalion tentera boleh mencetak
wang. Kesannya:

a. Nilai wang terlalu rendah

b. Peningkatan kadar inflasi

c. Masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan sendiri.

9. Pda peringkat awal pendudukan, kecurian sering berlaku, tetapi


dapat diatasi dengan hukuman yang berat.

10. Tawaran dan peluang pekerjaan merosot. Lihat Jadual:

Tahun 1939 1941 1946


Bilangan 4206 1765 429

Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu

All The Best


1. Dasar pembangunan Ekonomi:

Matlamat utama : a. Memastikan bekalan makanan


mencukupi.

b. Mengurangkan kadar inflasi.

c. Merendahkan harga barangan

Langkah-langkah yang diambil:

1.1 Dasar Kewangan

a. mengalakkan penyimpanan di Pejabat Pos.

b. meghadkan pengeluaran wang simpanan. Sebagai contoh: penduduk


Muar, Johor Baharu dan Batu Pahat boleh keluarkan sebanyak $300.00
sahaja. Bagi penduduk Kota Tinggi, Tangkak, Pontian, dan Mersing
$200.00 sahaja.

c. Pengeluaran perlu disertakan dengan boucer dan perlu mendapat


kelulusan daripada District Tresurer for Payment.

d. Penjualan tiket-tiket loteri kepada penduduk.

e. Melantik Southern Region Developement Bank bagi mengawal


pengeluaran wang.

1.2 Dasar Pertanian

a. Menubuhkan labour corp bagi megatasi masalah buruh untuk


menggerakkan aktiviti pertanian.

b. Menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian sara diri.

c. Catuan makanan. empat kati beras untuk dewasa dan dua kati untuk
kanak-kanak serta sati kati gula pasir.

d. Penebangan kawasan hutan dan ladang getah bagi penanaman padi.

e. Memberikan bantuan subsidi kepada pengusaha yang menjalankan


pertanian secara komersial seperti yang berikut:

I. $25.00 setiap ekar bagi membersihkan hutan dara dan


membakarnya selepas Oktober 1943.

All The Best


ii. $15.00 setiap ekar bagi tanah di (I) dan ditanami dengan padi.

iii. $10.00 setiap ekar bagi tanah seperti (I) jika ditanami dengan
jagung, keledek atau ubi.

iv. Sesiapa yang mengusahakan tanaman di dalam ladang getah dan


kelapa selepas Oktober 1943 akan diberikan subsidi sebanyak $15.00
setiap ekar. Walaupun begitu mereka yang menanam dengan padi huma
akan diberi sebanyak $10.00.

1.3 Kawalan Komoditi dan Taburan Makanan

a. Setiap konvoi makanan diiringi oleh sepasukan tentera Jepun.

b. Penubuhan persatuan sepert Johor State Goverrment Service


Consumer’s Association bagi membantu kakitangan kerajaan memperoleh
sumber makanan.

c. Pengawalan penyelewengan edara makanan. Diwujudkan jawatan


Pengawal Makanan bagi menentukan pengedar menjualkan makanan
kepada penduduk dan bukan kepada pergerakan anti-Jepun.

d. Menghalang dan menghukum penyorok makanan dengan hukuman


bunuh selain mengharamkan aktiviti orang tengah.

1.4 Kesan kemelesetan ekonomi dari sudut sosial.

a. Berlaku kebuluran dan masalah sosial.

b. Peningkatan penyakit dan kematian.

c. Kekurangan ubatan dan zat makanan.

d. Wujud pekerja sukarela membaiki kemudahan awam di tempat


masing-masing.

e. Kelunturan akidah Islam di kalangan orang-orang Melayu.

Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu

All The Best


Perbincangan mengenai sejauh mana kejayaan dan sumbangan Jepun
untuk membangunkan ekonomi Tanah Melayu perlu dilihat dari sudut
kejayaan dan kegagalan tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang
diambil oleh Jepun. Dari sudut dasar yang diambil sememangnya Jepun
cuba mengurangkan masalah kemelesetan ekonomi, tetapi dari sudut
kajayaan Jepun tidak menunjukkan kejayaan yang boleh dikaitkan dengan
sumbangan cemerlangannya. Hal ini dapat dibuktikan dengan keadaan
masyarakat yang tidak berubah sejak pencerobohan Jepun pada Disember
1941.

Dengan kata lain Jepun telah mengundurkan ekonomi Tanah


Melayu ke belakang. Hal ini kerana dari sudut matlamat sahaja Jepun tidak
berusaha untuk menunjukkan kesungguhan yang nyata. Boleh dikatakan
Dasar Ekonomi Jepun di Tanah Melayu telah dicampuradukkan sehingga
matlamatnya tidak berfungsi. Dalam mementingkan bekalan makanan
mencukupi Jepun telah memusnahkan asas ekonomi Tanah Melayu sebagai
pengeluuar getah dan timah yang utama. Aktiviti-aktiviti ekonomi ini
merupakan ekonomi teras kepada Tanah Melayu semasa zaman
pendudukan Inggeris. ( Rujuk jumlah lombong yang dilombong di Johor
sebagai perbandingan ) Bekalan makanan merupakan isu yang terpenting,
maka Jepun telah memusnahkan ladang-ladang getah dan digantikan
dengan tanaman seperti padi, jagung, keledek, dan ubi. Sebenarnya dasar
yang diambil ini tidak begitu berjaya disebaliknya ia membangkitkan rasa
kecewa masyarakat Melayu kerana banyak tanah simpanan Melayu telah
diserahkan kepada orang-orang Cina. Malahan usaha yang dijalankan ini
masih lagi tidak mencukupi kerana sehingga penyerahan kalah Jepun
masyarakat Tanah Melayu masih lagi menghadapi kekurangan makanan,
terutama masyarakat bandar.

Kegagalan ini dapat dimengertikan kerana para penanam tidak


menghargai wang. Nilai wang telah jatuh begitu teruk. Perkara yang
penting ialah bagaimana mereka dapat mengisikan perut dengan
makanan. Lagipun mereka tidak mempercayai sah laku wang Jepun yang
dicetak secara berleluasa sehingga ada yang tidak mempunyai nombor
siri. Walaupun Jepun berusaha berkempen supaya masyarakat menabung,
tetapi masyarakat tidak perlukan wang, dan nilai wang yang diragui
menyebabkan aktiviti ini tidak berkesan. Ini kerana setiap pasukan
tentera Jepun akan mencetak wang tanpa kawalan.

All The Best


Kemajuan ekonomi biasanya dikaitkan dengan perkara-perkara
berikut:

1. Banyaknya peluang pekerjaan.

Semasa zaman pendudukan Jepun keadaan ini disebaliknya. ( Rujuk


jadual taburan pekerjaan ).

2. Kemakmuran bekalan

a. bahan makanan

b. kemudahan asas

c. pakaian dan bahan keperluan harian

d. taraf kesihatan

e. kadar kematian dan hidup

Semua keadaan ini tidak dinikmati oleh masyarakat Tanah Melayu

3. Tiadanya atau kurangnya aktiviti kecurian, penyorokan, dan


penipuan oleh pengedar.

4. Tiada catuan bahan mentah. Wujudnya pencatuan makanan


dibuktikan dengan adanya kad-kad catuan makanan bagi setiap ahli
keluarga.

5. Nilai wang tinggi. Dengan kata lain nilai inflasi berkurangan. Dalam
zaman Jepun wang tidak bernilai kerana tidak terdapat bahan yang boleh
dibeli.

6. Ekonomi ekspot yang dipelopori oleh Inggeris bertukar kepada


ekonomi sara diri, kerana Jepun lebih menggalakkan petani menanam
tanaman makanan . Mereka yang berbuat demikian diberi imbuhan dan
bantuan. Selain itu, ladang-ladang getah ditebang untuk memberi laluan
tanaman makanan.

Berdasarkan aspek pengukuran di atas Jepun sebenarnya gagal dalam


menjana ekonomi Tanah Melayu dan ini merupakan salah satu sebab
mengapa Jepun akhirnya ditentang oleh masyarakat pribumi.

MALAYAN UNION

All The Best


Ruang lingkup Kajian

1. Isi perlembagaan

2. Sebab digagaskan Malayan Union

3. Reaksi dan Sambutan

4. Proses pembentukan Malayan Union

5. Kesan terhadap orang Melayu

6. Penentangan Melayu terhadap Malayan Union

1. Isi Perlembagaan

1.1 Semua negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu, negeri-


negeri Selat , termasuk dalam kesatuan kecuali Singapura.

1.2 Kewarganegaraan dalam Malayan Union diberikan kepada syarat


berikut:

a) Setiap imigran yang menetap di Tanah Melayu antara 10 daripada 15


tahun

b) Mereka yang lahir di Tanah Melayu selepas gagasan Malayan Union


layak menjadi warganegara.

c) Selepas gagasan mereka yang masuk ke Tanah Melayu boleh menjadi


warganegara setelah tinggal selama 5 tahun.

1.3 Pemusatan kuasa kepada tangan kerajaan pusat. Kerajaan negeri


dan sultan tidak mempunyai sebarang kuasa.

1.4 Penubuhan Majlis Penasihat Melayu dengan dipengerusikan oleh


Sultan bagi membincangkan hal agama dan adat istiadat Melayu sahaja.

2. Sebab/Motif gagasan MU

2.1 Untuk menghukum bangsa Melayu yang tidak membantu Inggeris


menentang Jepun dan membalas jasa bangsa Cina yang banyak membantu
Inggeris.
All The Best
2.2 Pegawai British bimbang dengan cadangan beberapa pemimpin
Melayu yang hendak bergabung dengan Indonesia. Kesannya akan
terbentuk negara yang berteraskan Melayu.

2.3 MU beri kecekapan dalam pentadbiran dengan menggabungkan


semua negeri Melayu menjadi satu entiti politik. Hasilnya kecekapan
dalam pentadbiran dan meningkatkan kemajuan ekonomi serta
pertahanan serta kesamaan dalam kewarganegaraan bagi persediaan
untuk bekerajaan sendiri ( Hall, 1987 )

2.4 Membolehkan British mengawal dan menjaga kepentingan


ekonominya di Tanah Melayu. Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan
mentah untuk membangunkan British selepas hancur dalam perang dunia
kedua.

3. Reaksi dan Sambutan

3.1 Timbul kekhuatiran dan kesangsian terhadap kejujuran Inggeris.

3.1.1 Sebab timbul kekhuatiran.

a. Pelaksanaan MU menghilankan hak istimewa orang Melayu terutama


dalam hal kuasa Raja dan perkhidmatan pentabiran awam Tanah Melayu

Hak- hak istimewa Melayu yang mungkin hilang

I. Hak dalam pentadbiran

a. Keistimewaan dalam perkhidmatan awam ( Malayan Civil Service )

b. Bantuan pendidikan Melayu - MCKK dan MPSI

c. Perlantikan pegawai dalam pentadbiran oleh gabenor belum tentu


memberikan keadilan kepada bangsa Melayu.

ii. Hak dalam ekonomi

a. Khuatir mansuhnya Kanun Tanah Simpanan Melayu

b. Hilang keistimewaan untuk memperoleh tanah-tanah kerajaan

c. Menjadikan orang Melayu kelas kedua.

b. Khuatir akan kesan-kesan negatif daripada pelaksanaan MU seperti


kerakyatan yang menjadikan orang Melayu golongan minoriti. ( Lihat lain-
lain kesan dalam perkara 5 )

All The Best


c. Tidak bersetuju dengan motif penubuhan MU yang menyatakan orang
Melayu tidak membantu Inggeris menentang Jepun. Ini memberi pelung
kepada kaum Cina untuk mengambil alih peranan pembesar Melayu.

3.2 Membantah dan melancarkan demontrasi aman

3.3 Memboikot perlantikan gabenor MU

4. Proses pembentukan Malayan Union

4.1 Sir Harold Mac Michael ditugaskan untuk mendapatkan tanda


tangan sultan-sultan Melayu dengan paksaan. Jika enggan diturunkan
takhta dan dituduh bersubahat dengan Jepun

4.2 Sultan tidak diberi peluang untuk berunding dengan penasihat serta
ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

4.3 Sultan tidak dibenarkan melihat kertas putih mengenai gagasan MU


kerana British telah mengambil pengajaran daripada peristiwa sentralisasi
iaitu tedapat bantahan daripada pembear-pembesar Melayu mengenai
kuasa dan kekuasaan Raja dan orang Melayu.

5. Kesan terhadap orang Melayu

5.1 Kewarganegaraan kaum Cina dan India setaraf dengan orang


Melayu dan mereka menjadi bangsa majoriti.

5.2 Menggugat politik dan ekonomi Melayu dengan mengikis dan


menghilangkan hak istimewa Melayu serta menambahkan jurang
perbezaan kekayaan dan kemajuan antara Melayu dan bukan Melayu.
( Lihat dalam kehilangan hak Melayu dalam ekonomi dan politik ).

5.3 Sultan tidak berkuasa lagi. Kuasa sultan dalam pentadbiran agama
Islam dan adat istiadat Melayu diambil alih oleh Gabenor Malaya Union.
Sebagai contohnya perkara tentang zakat fitrah dibincangkan bersama
dan mesti mendapat kelulusan daripada gabenor.

5.4 Perlantikan ahli majlis mesyuarat dilantik oleh gabenor.

5.5 Tanah Melayu menjadi negara jajahan dan bukan naungan.

5.6 Terpisahnya Singapura sebagai sebuah negara yang berasingan dan


boleh menjejaskan kepentingan orang Melayu Singapura.

5.7 Memperlihatkan bahawa MMN dan MMP tidak mempunyai kuasa


dalam menentukan arah perjalanan pentadbiran negeri-negeri Melayu.

All The Best


5.8 Wujudnya penyatuan dan perpaduan Melayu dalam UMNO serta
gandingan tangan antara UMNO dan Raja-raja Melayu.

5.9 Memperlihatkan kuasa rakyat dalam mempengaruhi raja supaya


bertindak mengikut kemahuan orang-orang Melayu. Ini menunjukkan
kematangan dan kesedaran yang tinggi dalam membangkitakan rasa
nasionalisme Melayu di Tanah Melayu.

6. Penentangan Melayu terhadap Malayan Union

6.1 Menghantar memorandum kepada pejabat kolonial oleh Sultan


Perak dan mengadu sikap Sir Mac Michael.

6.2 Sultan Kedah menghantar telegram ke London membantah cara


baginda dikehendaki menandatangani perjanjian MU

6.3 Membawa kes ke mahkamah dengan melantik peguan John Foster.

6.4 Membuat petition kepada Raja England.

6.5 Membekalkan maklumat kepada bekas pegawai dalam MCS untuk


berkempen di London. Antaranya oleh Sir Frank Swetteham.

6.6 Adakan kempen di akhbar-akhbar di London terutama dalam London


Times.

6.7 Sultan tidak mengakui tanda tangan yang diturunkan dan menarik
balik persetujuan.

6.8 Pemboikotan pelantikan gebenor MU - Edward Gent dan Malcolm


MacDonal sebagai Gabenor General oleh pembesar-pembesar, sultan dan
rakyat Tanah Melayu.

6.9 Penganjuran demontrasi aman, berkabung, dan penyatuan Melayu


dalam UMNO.

6.10 Menggagaskan terma baru MU dan fungsinya seperti perlembagaan


1948.

6.11 Menghantar pemimpin Melayu ke London untuk menjelaskan


penentangan dan rasa tidak puas hati terhadap cara Mac Michael.

6.12 Persatuan Melayu Johor tidak mengakui Sultan Ibrahim sebagai


Sultan Johor kerana telah melanggar Fasal 15 Undang-undang Tubuh
Negeri Johor - iaitu Raja tidak boleh membuat sebarang perjanjian tanpa
mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri. Jika tidak perlakuan itu
pecah amanah dan boleh dihukum.

All The Best


6.12 Sultan Selangor membantu Kesatuan Melayu Selangor dari segi
kewangan dan moral.

7. Sebab kegagalan MU

7.1 Tidak ada sokongan daripada orang-orang Melayu

7.2 Konsep yang tidak menguntungkan Melayu

7.3 Kesan politik antarabangsa seperti peristiwa perang dingin:


Komunis - Kapitalis dan bantahan Russia terhadap penubuhan MU-
memperlihatkan wujudnya unsur regim lama sebelum perang dunia ke-2.
Ini melanggar piagam PBB yang hendak memberikan kemerdekaan kepada
negara-negara yang berkemampuan berbuat demikian.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Ruang lingkup kajian

1. Isi perlembagaan

2. Kesan , keistimewaan, dan pembandingan dengan Malayan Union.

Perbincangan

1. Isi perlembagaan

1.1 Raja dikembalikan hak kedaulatan negeri dan berkuasa memerintah


dengan syarat mesti mengikut nasihat Inggeris seperti sebelum MU.

1.2 Singapura masih kekal berasingan dan dijadikan crown colony.

1.3 Konsep kesatuan digantikan dengan persekutuan dengan diketuai


oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi, Majlis Undangan dan Majlis Kerja. Majlis
Kerja terdiri daripada beberapa orang pegawai rasmi dan selebihnya diplih
daripada pelbagai peringkat bangsa yang menjadi ahli tidak rasmi. Majlis
undangan terdiri daripada 15 orang pegawai rasmi dan 61 orang tidak
rasmi yang dipecahkan kepda kuantiti berikut;

All The Best


a) Melayu 31 orang

b) Eropah, Cina, India ,dan Nasrani 30 orang.

1.4 Syarat kewarganegaraan bertambah ketat dengan syarat berikut:

a) Syarat tinggal di Tanah Melayu sekurang-kurangnya lima belas tahun


semasa tempoh dua puluh lima tahun sebelumnya.

b) Mengakui mengenai penempatan kekal dan berkebolehan berbahasa


Melayu atau Inggeris.

2. Kesan dan keistimewaan

Persekutuan Tanah Melayu 1948 banyak mencorakkan keistimewaan


kepada orang-orang Melayu. Aspek-aspek keistimewaan ini dapat dilihat
daripada aspek-aspek yang berikut:

2.1 Menentukan orang-orang Melayu masih menjadi warganegara yang


majoriti dan ini memperlihatkan orang-orang Melayu masih menguasai
politik negara. Keadaan ini berbeza dengan kedudukan orang Melayu
dalam perlembagaan Malayan Union, jika MU diteruskan oleh British.

2.2 Penguasaan politik ini dapat dilihat melalui penguasaan kuasa


dalam Majlis Kerja dan Majlis Undangan. Jika dibandingkan dengan MU,
orang-orang Melayu tidak menguasai kuasa perundangan sebaliknya ia
tertumpu kepada orang-orang bukan Melayu dan British. ( Lihat perkara
1.3 sebagai hujah tambahan ).

2.3 Kedaulatan raja-raja Melayu terjamin dan ini memastikan


kedudukan adat istiadat Melayu dan urusan agama Islam masih
ditadbirkan oleh orang-orang Melayu. Aspek ini walaupun ditekankan
dalam MU, tetapi pelaksanaannya raja-raja Melayu tidak berkuasa. Ini
menyebabkan urusan pentadbiran agama dijalankan oleh Gabenor
Malayan Union. Secara khususnya maruah dan kesucian agama tidak
tercemar dengan penguasaan raja dalam aspek ini.

2.4 Kuasa raja bukan setakat terbatas dalam pentadbiran agama,


tetapi dalam menentukan kuat kuasa undang-undang yang digubal oleh
Majlis Kerja. Tanda tangan dan pandangan serta persetujuan raja penting
bagi mengesahkan penggubalan undang-undang. Jika tidak, undang-
undang yang digubalkan tidak boleh dikuatkuasakan. Keadaan ini tidak
berlaku dalam perlembagaan MU, di mana kuasa menentukan kuat kuasa
undang-undang terletak pada Majlis Kerja dan gabenor sahaja.

2.5 Perlembagaan ini menjadi asas kepada perubahan-perubahan dan


perkembangan perlembagaan seperti pelaksanaan Sistem Ahli, pilihanraya
All The Best
bandaran 1955, dan kewujudan perlembagaan PTM yang merdeka. Aspek-
aspek ini memberi peluang kepada orang-orang Melayu mendapatkan
latihan pentadbiran bagi bekerajaan sendiri dan akhirnya mencapai
kemerdekaan.

2.6 Perlembagaan 1948 juga mengakui kedaulatan Bahasa Melayu yang


akhirnya menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan walaupun perkara
ini menjadi bahan tolak ansur dengan kepimpinan bukan melayu dalam
parti Perikatan. Hal ini dapat diperhatikan dalam pemberian taraf
kewarganegaraan yang menghendaki orang-orang bukan Melayu boleh
bertutur dalam bahasa Melayu sebelum mereka diiktiraf menjadi
warganegara Tanah Melayu. Yang penting dalam hal ini ialah penerimaan
Inggeris untuk mengiktiraf bahawa semua warga Tanah Melayu mesti
boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jika dilihat dari aspek bahasa
perkara ini tidak menjadi asas penting kepada penerimaan seseorang
individu untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.

2.7 Jika dilihat dari sudut syarat-syarat kewarganegaraan PTM 1948


lebih menjaga kepentingan Melayu dan menjadikan orang Melayu kaum
majoriti. Hal ini kerana bagi orang bukan Melayu yang ingin menjadi
warganegara dikehendaki melalui syarat yang ketat tidak seperti yang ada
dalam Malayan Union.

DARURAT 1948 – 1960 dan PERKEMBANGAN PKM

Ruang lingkup kajian

1. Sebab berlaku darurat dan pemberontakan senjata oleh PKM.

2. Langkah dan tindakan mengatasi.

3. Kesan kepada masyarakat.

4. Kegagalan perjuangan PKM dalam darurat.

1. Sebab-Sebab Berlakunya Darurat

1.1 Faktor dalam negeri yang melibatkan tindakan kerajaan


British terhadap PKM
All The Best
1.1.1 Kegagalan perjuangan MDU yang didalangi oleh PKM
mempengaruhi kerajaan British bagi memasukkan Singapura ke dalam MU
serta penolakan British terhadap gagasan MDU dalam gabungan AMCJA-
PUTERA untuk menggantikan perlembagaan MU dengan perlembagaan
Rakyat.

1.1.2 Tindakan British yang melihat MDU yang bergabung dengan


organisasi politik yang membentuk PMCJA dan kemudian bergabung
dengan PUTERA digunakan oleh PKM untuk menyebarkan pengaruh dan
ideologi komunis di kalangan masyarakat serta penggunaan kesatuan
buruh seperti GLU kemudian diluaskan ke seluruh Tanah Melayu dengan
nama baru PMGLU dan seterusnya PMFTU bagi mewujudkan kekacauan
dan melancarkan mogok-mogok diseluruh Tanah Melayu dan Singapura.
Tindakan ini menyebabkan British meminda undang-undang Buruh dengan
mensyaratkan setiap pemimpin kesatuan perlu bekerja dalam bidang
kesatuan tersebut.

Selain daripada tindakan pindaaan itu British juga meluluskan undang-


undang seperti Trepass Law yang melarang pemimpin buruh daripada
menemui , berucap dan mengorganisasikan pekerja-pekerja.

Begitu juga semua keatuan buruh perlu didaftarkan bagi memudahkan


kerajaan mengawal pergerakan dan tindakan kesatuan buruh. Berikutan
itu Ordinan Persatuan 1947 dikuatkuasakan. Mulai 1948 kerajaan British
telah mengetatkan lagi Ordinan Persatuan dengan melarang kesatuan
sekerja mencarumkan yuran keahlian kepada peringkat pusat. Selain itu,
Ordinan Hasutan dan Buang Negeri juga dikuatkuasakan.

Sebagai kesan daripada perubahan ini PKM kehilangan:

a) Pengaruh dan gagal menyebarkan ideologinya di kalangan pekerja


buruh.

b) Kehilangan sumber kewangan yang disebabkan kepimpinan


kesatuan buruh bukan lagi dibawah telunjuk PKM.

c) Kegagalan dalam memperluas pengaruh dan ideologi menyebabkan


PKM kehilangan satu cara bagi mencari kader-kader baru. Ini boleh
menyekat perjuangan komunis.
All The Best
d) PMFTU juga kehilangan rakan gabungan apabila kesatuan-kesatuan
yang berlainan iktisas dilarang daripada bergabung menjadi persekutuan
dan ini melemahkan juga kekuatan PMFTU.

e) Daripada tindakan perundangan ini memperlihatkan kegagalan


strategi Barisan Bersatu dan jalan lain bagi menghidupkan pengaruh dan
matlamat PKM ialah penentangan bersenjata.

1.1.3 Tindakan kerajaan British yang meminta setiap anggota


MPAJA meletakan senjata dan seterusnya tidak mengikiraf perjuangan
MPAJA/PKM bagi memerdekaan Tanah Melayu.

1.1.4 Kegagalan menggunakan strategi Barisan Bersatu di mana


komunis cuba mempergunakan golongan nasionalisme bagi mendapatkan
pengaruh dan menyebarkannya. Dalam aspek ini kegagalannya dapat
dilihat apabila British meminta MPAJA meletakkan dan menyerahkan
senjata. Tindakan MPAJA yang menyembunyikan kebanyakan senjata ini
menjadikan ia satu organisasi yang dicurigai British.

1.2 Faktor luaran seperti pengaruh dan perubahan politik dunia


selepas perang dunia kedua.

1.2.1 Berikutan daripada Perseidangan Pemuda Calcutta dan


persidangan parti Komunis India di Calcutta dikatakan sebagai pencetus
kepada idea pemberontakan . Ini berikutan daripada pertemuan antara
Chin Peng dengan wakil PKC yang menggalakkan PKM melakukan
pemberontakan. Lagipun persidangan ini telah ditaja oleh organisasi yang
pro komunis iaitu WFDY – World Federation of Democratic Youth dan IUS –
International Union of Student.

1.2.2 Berlakunya perubahan perkembangan politik antarabangsa


yang menyaksikan pertentangan antara golongan komunis dan kapitalis
ataupun perseteruan antara AS dan Russia. Hal ini dapat dijelaskan
apabila pihak AS dan sekutunya cuba menyekat pengaruh komunis
daripada berkembang ke Eropah Barat, Jepun, dan Asia Tenggara dengan
banyak memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara ini,
terutama negera-negara Eropah dan Jepun bagi memulihkan ekonomi
All The Best
mereka. Hal ini dapat dlihat daripada rancangan Truman Doctrine dan
Marshall Plan. Bagi Komunis pemulihan ekonomi ini boleh menghalang
dan menghancurkan cita-cita mereka bagi mengkomuniskan dunia.
Keadaan ini juga berlaku di Tanah Melayu yang memperlihat kesungguhan
British memulihkan keadaan yang teruk semasa pendudukan Jepun. Bagi
menyelesaikan masalah, PKM dikatakan mendapat arahan daripada
Moscow bagi melancarkan penentangan bersenjata.

1.2.3 Peranan yang dimainkan oleh Lawrence Sharkey wakil Parti


Komunis Australia yang singgah untuk menghadiri sidang Pleno Keempat
Jawtankuasa Pusat PKM yang mengkritik dasar yang dijalankan oleh PKM
dan pandangan Zhadanov yang menyatakan dunia kini telah terbahagi
kepada dua kem iaitu kapitalis dan komunis. Berikutan daripada itu
Jawatankuasa Pusat PKM telah memutuskan bahawa bagi mencapai
kemerdekaan ia perlu dijalankan dengan cara Perang Revolusi Rakyat dan
PKm adalah pemimpinnya, strategi perjungan perlu diubah daripada
serah diri kepada perjuangan yang lebih militan, dan disiplin dalam PKM
perlu diperketatkan lagi.

1.2.4 Kegagalan konsep Barisan Bersatu iaitau satu strategi


Komunis antarabangsa mendapatkan pengaruh dan tempat di kalangan
masyarakat. Satu cara tipu helah bagi menghalalkan perjuangan komunis
dalam negara. PKM gagal dalam strategi ini apabila British bertindak
mengharamkan PKM dan ini melatakkan PKM dalam keadaan terdesak. Ia
akhirnya dinasihatkan untuk menukarkan cara perjuangan ke arah
penentangan bersenjata sebelum kerajaan dapat meyakinkan masyarakat
bagi penerimaan konsep demokrasi dan kapitalis.

2. Langkah-langkah mengatasi.

Tindakan yang diambil oleh British seperti:

2.1 Rancangan Brigg

2.1.1 Memindahkan dan menempatkan semula penduduk setinggan


dan pinggir hutan ke kampung-kampung baru yang mempunyai kawalan
keselamatan yang lebih terjamin. Hal ini bertujuan komunis daripada
mendapat bantuan daripada penduduk-penduduk ini seperti bantuan
makanan, maklumat, senjata, dan anggota baru.

All The Best


2.1.2 Gerakan ini juga memutuskan perhubungan antara barisan
depada dan institusi Min Yuen yang menjadi pembekal maklumat dan
saraan kepada barisan depan komunis.

2.2 Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )

2.1.1 Bagi menyekat pemberontakan komunis kerajaan British telah


merekrut seramai 25 ribu polis biasa dan 24 ribu polis khas. Kejayaan
terpenting ialah wujud pasukan polis cawangan khas yang menjalankan
operasi mereka melalui gerakan internal-subversion, internal revolution,
dan counter-espionage. Kejayaan besar pasukan ini ialah penangkapan
seorang agen komunis yang bernama Lee Meng, merupakan seorang
orang penting Chin Peng dalam menerima dan mengutuskan utusan
daripada unit rahsia komunis.

2.3 Teknik Perang Urat Saraf

2.3.1 Dilancarkan oleh Sir Gerald Templer dikenali dengan Operasi


Perang Urat Saraf dengan tujuan mempengaruhi hati dan pemikiran
masyarakat terhadap kerajaan yang sedia ada. Dasar ini merupakan satu
dasar Mao yang tidak dipatuhi oleh PKM. Ini diambil peluang oleh Templer
bagi melancarkannya terhadap PKM.

2.3.2 Antara tindakan yang diambil ialah dengan meancarkan voice


aircraft iaitu rakaman suara bekas-bekas komunis yang telah menyerah
diri serta menggugurkan risalah supaya gerila komunis menyerah diri.
Selain itu tindakan beliau mengistiharkan Safe Conduct Passes, iaitu satu
cara kerajaan memberikan layanan dan pengawasan kesihatan yang baik
kepada mereka yang meyerah, dan Reward Pardon , iaitu satu langkah
memberikan hadiah kepada penduduk yang membantu kerajaan untuk
menangkap Komunis atau berjaya memujuk komunis untuk menyerah diri.

2.3.3 Melancarkan ketertiban undang-undang terhadap penduduk


supaya menyokong kerajaan , jika tidak , meraka akan dikenakan
collective punishment iaitu dengan menutup kedai-kedai dan
menambahkan masa perintah berkurung.

2.3.4 Templer juga mewujudkan kawasan hitam dan putih bagi


menggalakkan masyarakat membantu kerajaan dan mendapat
kehormonian hidup dan bebas daripada perintah berkurung.

2.3.5 Selain itu Templer juga mempekenalkan kada pengenalan,


menambahkan peratusan orang cina untuk mendapatkan
kewarganegaraan daripada 10% kepada 55%, mewujudkan Special
Operational Volunteer Force yang dianggotai oleh bekas komunis bagi
menentang PKM, membentuk Good Citizen Committee- menjalankan
perang saraf dan perarakan anti komunis, dan Templer juga menjalankan

All The Best


kegiatan lawatan ke hospital, mendidirkan dewan orang ramai, dan
mewujudkan perhubungan mesra dengan masyarakat.

2.4 Tawaran penyerahan diri dan pengampunan

2.4.1 Penyerahan pertama semasa diadakan runding Baling pada


tahun 1955 Tunku Abd Rahman menawarkan pengampunan kepada ahli
PKM. Tawaran tersebut dibebaskan dan diampunkan daripada tuduhan
membunuh dan mereka yang masih berpegang pada fahaman komunis
akan dihantar ke Cina.

2.4.2 Tawaran kedua di tawarkan pada tahun 1957 semasa negara


mendapat kemerdekaan dan dijanlankan selama 8 bulan dengan kaedah
tawaran yang sama.

2.5 Menambahkann kekuatan angkatan bersenjata dan polis.

2.5.1 Penubuhan Home Guard dan pembekalan senjata-senjata terkini


telah banyak membantu kerajaan British menentang komunis dengan
mengawal kampung-kampung. Pasukan askar melayu diperbesar daripada
4 batalion kepada 6 batalion. Pasukan tentera udara ditambah dengan
satu skuadran penggempur. Pasukan tentera laut pula menyerang
kedudukan komunis di pinggir-pinggir sungai. Pasukan tentera ini juga
mendapat bantuan daripada pasukan polis Palestin dan Force 136.

2.6 Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan


kasatuan sekerja.

2.6.1 Setiap kesatuan buruh dikehendaki mendaftarkan pertubuhan


mereka kepada pendaftar pertubuhan.

2.6.2 Kepimpinan kesatuan hendaklah mereka yang bekerja dalam


bidang kesatuan yang diwakili.

2.6.3 Kepimpinan yang telah didakwa dan didapati bersalah tidak


dibenarkan memimpin kesatuan sekerja.

3. Kesan terhadap masyarakat

3.1 Mewujudkan satu perikatan parti-parti politik yang


memperjuangkan kepentingan bersama – Parti Perikatan, gabungan
UMNO, MCA, dan MIC.

3.2 Menampakkan pertelagahan kaum antara Melayu – Cina. Semasa


darurat ramai orang-orang Melayu telah dibunuh oleh PKM sebagai

All The Best


membalas dendam terhadap mereka kerana menyokong Jepun. Hal ini
terutamanya dihadapi oleh bekas anggota PETA dan PUTERA.

3.3 Kesengsaraan ekonomi dan pembunuhan terhadap masyarakat


dan individu-individu tertentu seperti pembunuhan Sir Henry Gurney, dan
pengurus-pengurus ladang berbangsa Eropah. Hal ini menjejaskan
masyarakat untuk mencari sara hidup yang begitu banyak bergantung
kepada hasil pertanian seperti getah.

3.4 Perpindahan masyarakat ke kampung-kampung baru seperti


dalam Rancangan Brigg.

3.5 Kewujudan gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu,


Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Walau bagaimanapun Brunei telah
menarik diri daripada gagasan ini.

3.6 Wujudnya kawasan-kawasan hitam yang menjejaskan


keharmonian masyarakat dan terbatasnya kegiatan-kegiatan ekonomi.

4. Sebab Kegagalan PKM/Darurat.

4.1 Kelemahan Organisasi PKM dapat dilihat dari sudut aspek berikut:

a. Kegagalan menyekat perpaduan , berlaku


perpecahan dalam parti.

i. Selepas perang sebahagian ahli MPAJA – PKM menyerah diri dan


berbalik kepada pangkuan masyarakat. Hal ini mengurangkan jumlah ahli
dan kekuatan PKM . Ramai antara ahli yang masih setia ialah orang Cina.
Wujud rasa tidak puas hati di kalangan ahli Melayu yang merasakan
mereka dipinggirkan.

b. Strategi yang tidak bersesuaian dengan


kehendak masyarakat.

i. Strategi PKM dengan membalas dendam terhadap mereka yang


menganggotai pasukan keselamatan Jepun seperti Kempetei, Putera, dan
PETA dipandang masyarakat sebagai golongan yang berbahaya. Lebih-
lebih lagi kebanyakan mereka terdiri daripada orang Melayu.

ii. Keadaan ini akhirnya memperlihatkan PKM menjadi organisasi


yang didominasikan oleh orang-orang Cina. Hal ini menjadi keraguan
kepada perjuangan orang Melayu untuk menyokong PKM.

iii. Mereka gagal dalam mempertahankan kawasan yang telah


dikuasai sehingga menyebabkan mereka tidak empunyai satu pangkalan
All The Best
yang kukuh bagi menggerakkan jentera propaganda sama ada dari segi
politik, ekonomi, atau sosial. Dengan kata lain strategi untuk
mencantumkan kesemua kawasan yang dikuasai oleh askar-askar yang
menyerang ladang-ladang, Min Yuen dan askar-askar mahir yang
menyerang kedudukan British gagal disatukan.

c. Masalah kewangan dan Kelemahan kepimpinan


tertinggi PKM

i. Lai Teck Setiausaha Agong PKM melarikan sejumlah wang


tabungan PKM .Usaha ini mengurangkan kemampuan PKM untuk
bergerak dengan lebih berkesan.

ii. Masalah kewangan PKM diburukkan lagi dengan sekatan oleh


pemerintah supaya kesatuan buruh diterajui oleh orang yang berkhidmat
dalam pekerjaan tersebut.

iii. Orang bawahan melihat bahawa kepimpinan PKM boros serta telah
menyalahgunakan kewangan serta bertindak biadap terhadap ahli sendiri
sama ada dengan cara merampas isteri ahli serta tidak menghormati
seperti yang dibentangkan dalam ghost letter. Keborosan dan korup
kepimpinan PKM dapat dijelaskan oleh Pye (1957) seperti dinyatakan oleh
ahli yang tertangkap:

“ Apakah yang telah terjadi dengan wang yang telah kita kumpulkan. Saya
lihat mereka ialah manusia korup. Mereka menjadi kaya dan membeli
ladang-ladang getah untuk diri mereka. Kepimpinan atasan semakin
boncit dan semua hak organisasi telah menjadi hak mereka.”

d. Kebergantungan terhadap Min Yuen dalam


menyebarkan propaganda.

e. Pendekatan mencari pengaruh yang menakutkan


masyarakat.

i. Kepimpinan PKM adalah terdiri daripada


golongan bourjois bandar. Sedangkan masyarakat yang dikehendaki
sebagai penyokong ialah golongan petani desa yang menjalankan
pertanian sara diri. Teknik PKM yang memusnahkan sumber ekonomi
mereka dengancara menakutkan mereka, membunuh dan memusnahkan

All The Best


sumber tersebut menjadikan masyarakat membenci dan tidak menyokong
PKM.

ii. Keadaan ini sebenarnya melemahkan


organisasi kerana PKM akhirnya tidak dapat merekrutkan kader-kader
komunis dan terbatasnya pergerakan gerakan Min Yuen dalam mencari
pengaruh di kalangan masyarakat.

f. Perjuangan yang tidak jelas. Objektifnya tidak


dikongsi bersama dengan orang-orang Melayu. Alimin salah seorang
pegawai tertinggi PKI menyatakan sekirannya PKM tidak dapat
mempengaruhi orang Melayu maka perjuangan mereka akan gagal. Hal ini
menyebabkan PKM gagal mempengaruhi orang Melayu untuk berjuang
dalam PKM.

4.2 Tindakan yang diambil oleh British seperti:

a. Rancangan Brigg

b. Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )

c. Home Guard

d. Teknik Perang Saraf

e. Tawaran penyerahan diri dan pengampunan

f. Menambahkann kekuatan angkatan bersenhata dan polis.

g. Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan


kasatuan sekerja.

4.3 Kejayaan dalam memperoleh kemerdekaan daripada penjajah


Inggeris.

pembentukan malaysia

Ruang lingkup Kajian:

All The Best


1. Sebab pembentukan

2. Proses pembentukan

3. Kesan pembentukan

Sebab pembentukan

1. Menghalang perkembangan Komunis

a. wujud keadaan yang tidak menentu di Singapura yang


memperlihatkan kegiatan subversif dan komunis begitu kuat.

b. kekuatan puak kiri yang boleh mengancam keselamatan Tanah


Melayu

c. Sebagai bukti sejak pilihanraya 1948 di Singapura, puak kiri


semakin menguasai politik Singapura.

d. Bagi mengekang masalah ini Inggeris sentiasa memberikan


pengawalan keselamatan kepada Singapura sehingga 1958 dan apabila
Singapura diberi peluang berkerajaan sendiri. Pengawalan ini berterusan
sehingga 1963, tamat tempoh masa bekeraajaan sendiri.

e. Tanah Melayu bimbang Singapura akan diperintah komunis apabila


ia menuntut kemerdekaan dari Inggeris pada 1963.

2. Memperteguh keselamatan

a. Ancaman komunis boleh menggugat Tanah Melayu dan wilayah


serantau berdasarkan aspek berikut:

I. Kebangkitan Komunis di Indo Cina dan konsep teori Domino.

ii. Penguasaan PKI dalam pentadbiran Soekarno di Indonesia.

iii. Tanah Melayu melihat sendiri kebangkitan komunis yang tewas


dalam darurat 1948-1960.

iv Penguasaan komunis yang didominasi oleh etnik Cina dan Singapura


merupakan wilayah yang mempunyai penduduk etnik Cina yang ramai.

b. Bagi menjamin keselamatan Tanah Melayu kemasukan Singapura,


Sabah, Sarawak ,dan Brunei akan dapat memperteguhkan keselamatan
dan pengawalan apabila Inggeris berundur dari negeri-negeri tersebut,
All The Best
terutama Singapura yang dijangka menuntut kemerdekaan pada 1963. Ini
berasaskan keupayaan dan pengalaman Tanah Melayu mengekang
pengaruh komunis pada 1960.

3. Menjamin pemerintahan sendiri kepada Sabah, Sarawak, Singapura


,dan Brunei seterusnya ke arah kemerdekaan dalam Malaysia.

a. Mempercepatkan kemerdekaan bagi keempat-empat buah negeri ini


untuk mencapai kemerdekaan.

b. Dijangkakan juga persetujuan Lee Kuan Yew dengan gagasan


Malaysia adalah diandaikan bahawa Singapura mungkin menghadapi
kesukaran menuntut kemerdekaan yang dijangkakan pada 1963 daripada
Inggeris jika dibandingkan daripada Malaysia. Ucapan Lee dalam
persetujuannya membentuk gagasan Malaysia:

“ ... Perisytiharan Tunku Abd Rahman itu sepatutnya dapat


mempercepatkan kemajuan dan perkembangan politik ke arah
kemerdekaan sepenuhnya untuk kita.” ( Mokhtar A.Kadir , 1991 )

c. Keadaan ini dapat dilihat daripada persengketaan antara Lee Kuan


Yew dengan Kuala Lumpur dalam mencari pengaruh di kalangan pengundi
Cina serta menafikan dominan MCA.

4. Kedudukan ekonomi yang stabil

a Pembentukan Malaysia menguntung semua pihak. Seperti juga


dalam Persekutuan 1896, negari kaya membantu negeri miskin. Dalam
Malaysia hasil bumi yang tidak seimbang membolehkan negeri kaya
seperti Brunei, dan Singapura membantu rakan-rakan di Sabah dan
Sarawak yang masih mundur.

b. Keselamatan yang terjamin juga membantu hubungan dagangan


dengan negara luar berjalan lancar.

c. Keadaan ini membolehkan pembangunan ekonomi dapat


dilaksanakan secara beterusan.

d. Ini juga mungkin satu konsesi politik dan ekonomi, di mana negeri-
negeri ini mendapat kebebsan penjajahan dan Tanah Melayu diberi
peluang menguatkan ekonominya dengan bantuan negeri-negeri kaya. Ini

All The Best


dibuktikan lagi dengan kelewatan Brunei memperoleh kemerdekaan
daripada Inggeris sehingga 1987.

5. Cita-cita politik pemimpin PAP Lee Kuan Yew bagi menguasai


Malaysia dengan konsep Malaysia Malaysia yang menjuruskan kepada
pertentangan Melayu - bukan Melayu.

a. Lee Kuan Yew merupakan pemimpin yang mempunyai cita-cita yang


besar. Dengan kemasukkan Singapura dalam gagasan Malaysia, Lee Kuan
Yew cuba untuk menengelamkan peranan MCA yang lebih bersifat
sederhana dan perjuangkan kesederhanaan dan kehormonian kaum.

b. Keadaan ini dapat dilihat dalam pilihanraya 1964 PAP menenangi 37


daripada 51 kerusi. Akhirnya ia menuntut untuk membentuk kerajaan
campuran walaupun dalam konsesi dan persetujuan antara Lee dan Tunku
Singapura hanya boleh diwakili oleh 15 ahli parlimen ke Kuala Lumpur.

c. Kegagalan untuk menyakinkan Tunku Abd Rahman akan reputasi


PAP Lee Kuan Yew telah menubuhkan Malaysia Solidarity Convention
iaitu perikatan parti-parti pembangkang yang majoritinya keturunan Cina.
Selain daripada itu Kuan Yew juga melaungkan slogan Malaysian Malaysia
untuk mencabar UMNO dan perikatannya.

d. Keadaan ini sebenarnya untuk menguji kemampuan dan kekuatan


PAP bagi mendapatkan lebih banyak pengaruh dan kuasa serta
melemahkan perikatan UMNO. MCA, dan MIC.

Proses Pembentukan Malaysia

Proses yang dijalankan

1. Secara rundingan dan permuafakatan serta pemberian konsesi


kepada Singapura, Sabah , dan Sarawak.

2. Persetujuan daripada semua pihak, Komanwel, negeri-negeri


terlibat, dan Inggeris

3. Mendapatkan pengesahan daripada Parlimen Tanah Melayu,


Inggeris, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan
Borneo Utara.

All The Best


4. Mendapatkan perkenan Baginda Queen dengan memperkenankan
Akta Malaysia di London dan Rang Undang-undang Malaysia oleh Yang
Dipertuan Agong di Kuala Lumpur.

5. Berlaku pertentangan daripada Indonesia dan Fillipina di adakan


pungutan suara rakyat melalui Suruhanjaya Cobbold. Di Singapura
diadakan referendum dan pendapat umum - 71.7 % bersetuju.

Latar belakang dan kronologi pembentukan Malaysia

27.05.1 Tunku Abd Rahman membuat pengumanan.


961
03.06.1 Mendapat reaksi yang positif daripada Lee Kuan
961 Yew
27.07.1 Perbincangan gagasan dalam mesyuarat persatuan
961 Komanwel dan bersetuju membentuk Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan ( SCC ). Dipengerusikan
oleh Donal Stephen.
16.10.1 Tunku membentangkan konsep Malaysia di
961 Parlimen.
20.11.1 Rundingan di London bagi mendapat persetujuan
961 Britain mengenai penggabungan Singapura dan
Tanah Melayu dan dibentuk pada 31 Ogos 1963.

Suruhanjaya bebas Cobbold ditubuhkan.

Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio juga


menyokong penubuhan Malaysia di PBB.
Awal SCC menyerahkan memorandum kepada
Tahun Suruhanjaya Cobbold.
1962
Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di
Sabah dan Sarawak.
23.10.1 Lee Kuan Yew menenmui Tunku Abd. Rahman
962 mengenai penubuhan Malaysia.
Jun Laporan pungutan suara diumumkan.
1962
Febuari Pemerintah Indonesia menarik balik sokongan dan
1963 wujud dasar konfrantasi.

Fillipina membantah dan menuntut Sabah kepada


British. Kerajaan British menolak tuntutan tersebut.
16.08.1 U Thant menghantar pasukan khas PBB bagi
963 menjalankan pungutan suara di Sabah dan Sarawak.

All The Best


Dianggotai juga oleh wakil Indonesia dan Fillipina.
13.09.1 Pasukan khas PBB melaporkan hasil tinjauan dan
963 mengesahkan kedua-dua rakyat Sabah dan Sarawak
bersetuju bergabung dalam Malaysia.
16.09.1 Malaysia ditubuhkan tanpa kemasukan Brunei.
963

Tujuan SCC

1. Mengumpul maklumat , pandangan, dan pendapat orang ramai


mengenai rancangan penubuhan Malaysia.

2. Memberi penerangan tentang soal-soal yang berkaitan dengannya.

3. Bersetuju dan mengadakan dan menggalakkan perbincangan


tentang negara baru melalui percantuman.

4. Menyatukan kegiatan yang boleh menggalakkan dan


mempercepatkan penubuhannya.

5. Menyerahkan hasil dapatannya kepada Suruhanjaya Cobbold.

Kesan Pembentukan Malaysia

1. Konfrantasi Malaysia-Indonesia

a. Operasi Ganyang Malaysia dilancarkan oleh Indonesia

b. Terlerai ikatan persaudaraan Melayu

c. Berlaku pencerobohan tentera Indonesia terhadap Malaysia di


Pontian, Segamat, Kesang, Muar, dan Sarawak

2. Kewujudan negara baru dan pembebasan Singapura, Sabah, dan


Sarawak daripada penjajahan Inggeris dan pergeseran politik Kuala
Lumpur - Sabah, Sarawak, dan Singapura..

a. Wujud parti politik pro-Kuala Lumpur - Perikatan Sabah, dan


Perikatan Sarawak.

b. Di Sabah, Donald Stephen telah dilucutkan jawatan dan digantikan


dengan Datu Mustapa Harun.

All The Best


c. Di Sarawak, Stephen Kalong Ningkan digantikan dengan Tawi Seli.

3. Pertelagahan kepimpinan Singapura-Malaysia.

a. Wujud pertentangan kaum - rusuhan dan pergaduhan Melayu-Cina


1964 di Singapura.

b. Kempen Malaysian Malaysia dilancarkan oleh PAP.

c. PAP cuba menguasai politik Cina dengan mengketepikan MCA.

4. Bantahan daripada Fillipina-Indonesia

a. Tuntutan-tuntutan daripada Fillipina dan Indonesia dibuat di


peringkat antarabangsa.

b. Gabungan dalam ASA berkubur.

c. Gabungan Maphilindo tertangguh.

5. Hubungan diplomatik terputus.

a. Kedutaan Malaysia di Fillipina diturunkan ke taraf konsul sahaja.

b. Di Indonesia kedutaan Malaysia tidak diiktiraf sebagai Malaysia,


tetapi diiktiraf sebagai kedutaan Tanah Melayu.

6. Wujud konsesi-konsesi untuk Sabah, Sarawak, dan Singapura. Antara


yang terpenting..

a. Sabah dan Sarawak

I. Kedua-dua negeri akan diberi kuasa atas imigresen termasuk juga


mengenai warganegara Malaysia dari negeri-negeri lain.

ii. Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan akan


tetapi bahasa Inggeris akan terus digunakan sebagai bahasa pengantar
dan sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan
Negeri memutuskan sebaliknya.

iii. Islam akan menjadi agama rasmi akan tetapi agama-agama lain
boleh dikembangkan.

All The Best


iv. Rakyat bumiputera daripada kedua-dua negeri boleh menikmati hak-
hak istomewa sama seperti hak-hak yang dinikmati oleh orang Melayu di
Tanah Melayu.

v. Peraturan kerwangan akan dibuat untuk menjamin dana Persekutuan


untuk pembangunan negeri.

vi. Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi kedua-dua negeri itu


akan ditubuhkan supaya pegawai-pegawai dagang boleh dikekalkan
sehingga ada sebilangan pegawai tempatan yang cukup terlatih untuk
menggantikan pegawai dagang itu.

b. Singapura

I. Singapura akan mengekalkan pelabuhan bebasnya.

ii. Diberi autonomi dalam bidang pendidikan dan perburuhan.

iii. Mendapat sebahagian besar hasilnya bagi perbelanjaan dalam


kedua-dua bidang tersebut.

iv. Dipersetujui bahawa perwakilan Singauran dalam Dewan Rakyat


Persekutuan akan dihadkan seramai 15 orang sahaja.

All The Best