Anda di halaman 1dari 2

TAICHI X HIKARI

Daun pintu masuk rumah Hikari terkuak. Muncul wajah Taichi yang riang sungguhpun penat selepas mengharungi perjalanan kapal terbang yang panjang di sebalik daun pintu. Dia baru pulang dari menyertai rakannya, Koushiro ke luar negara. Perjalanan yang mengambil masa berjam-jam itu menyebabkan Taichi kurang sabar pulang ke rumah. Maklumlah, terpisah dengan adik kesayangan selama beberapa minggu terasa seperti terpisah selama bertahun. Hikari yang kebetulan sedang menyediakan makan malam untuknya terkejut sedikit. Dia langsung tidak dimaklumkan dengan kepulangan abangnya. Namun, kepulangan Taichi disambut baik. Hikari berjalan menuju ke arah pintu dan menyalami tangan Taichi sebagai menghormati orang yang lebih tua. Kemudian, dia menjemput Taichi masuk. Bila abang balik? soalan pertama diajukan. Ketika itu Taichi sedang duduk berehat di atas sofa. Dia pula sibuk menyiapkan sentuhan terakhir makan malam. Kan abang baru sampai ni, maknanya abang baru baliklah, balas Taichi bagi pertanyaan yang baginya soalan bodoh daripada Hikari. Ah, yalah, Hikari menepuk dahi. Sorry. Makan malam dah siap. Jomlah makan, pelawa Hikari. Sebuah kerusi ditarik ke belakang untuk Taichi duduk. Aroma masakan Hikari yang enak disedut dalam-dalam. Ayam masak kari dan sayur goring memang menyelerakan seorang perantau yang baru balik seperti Taichi. Mungkin Koushiro juga sedang makan sekarang ni, fikir Taichi. Langkahnya pantas menuju ke meja makan. Didudukinya kerusi yang Hikari tarikkan untuknya tadi. Mm, sedapnya Hikari masak! Untung betul abang balik hari ni, Taichi menyenduk nasi ke dalam pinggannya. Dia dapat merasakan air liurnya hampir meleleh keluar. Abang ni, Hikari sudah merah muka. Belum makan lagi dah puji orang. Nasi pun tak habis senduk lagi dah kata sedap. Adik abang yang cantik ni memang sedap masakannya. Abang yakin, Taichi rerus menyuakan suapan nasi pertama. Pujian Taichi menambahkan kemerahan muka Hikari. Dahlah, makan. Keadaan kembali senyap. Masing-masing asyik melayan keenakan masakan Hikari yang bagi Taichi, tiada siapa yang boleh masak lebih sedap dari masakan Hikari. Tambahan pula, perutnya dari tadi minta diisi dengan makanan berat. Maklumlah, dalam kapal terbang dia hanya melenakan diri sementara Koushiro asyik menghabiskan makanannya. Dia tiada selera untuk menikmati makanan yang dibuat dari orang lain selain Hikari. Hikari, tiba-tiba Taichi memecahkan kesunyian yang terbentuk antara mereka. Esok, Hikari ada masa senggang tak? soalnya.

Dari nadanya yang agak serius, Hikari tahu ianya berkaitan dengan mendiang ibu bapa mereka. Hikari meletakkan mangkuk nasi dan penyepitnya di atas meja. Hikari pergi kerja pada pukul 8 pagi dan balik pada pukul 4 petang. Lepas tu, sengganglah, balas Hikari. Ada apa, abang? Temankan abang esok, Taichi terus membuatkan Hikari berteka-teki sendirian. Ke mana? Ke kubur mak dan ayah. Hikari tertunduk merenung meja. Abang rindu mak dan ayah, nada Taichi berubah sebak pula. Boleh, abang. Nanti Hikari balik kerja awal. Hikari umpama memujuk. Taichi memandang Hikari. Lepas tu, tolong temankan abang ke kedai emas. Kali ini, Hikari terkejut besar. Kedai emas? Nak buat apa pula? Namun, soalan-soalan itu hanya terfikir di dalam hati sahaja apabila Taichi menyambung. Abang rasa abang nak kahwin. Dengan Kak Sora.

Anda mungkin juga menyukai