Anda di halaman 1dari 3

20 Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.

t Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadi lawan daripada dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan sebab itulah di nyatakan di sini sifat-sifat yang mustahil satupersatu :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Adam beerti tiada Huduth beerti baharu Fana beerti binasa Mumathalatuhu Lilhawadith beerti menyerupai makhluk Qiyamuhu Bighayrih beerti berdiri dengan yang lain Taaddud beerti berbilang-bilang Ajz beerti lemah Karahah beerti terpaksa Jahl beerti jahil/bodoh Mawt beerti mati Samam beerti tuli Umy beerti buta Bukm beerti bisu Kaunuhu Ajizan beerti keadaannya yang lemah Kaunuhu Karihan beerti keadaannya yang terpaksa Kaunuhu Jahilan beerti keadaannya yang jahil/bodoh Kaunuhu Mayyitan beerti keadaannya yang mati Kaunuhu Asam beerti keadaannya yang tuli Kaunuhu Ama beerti keadaannya yang buta Kaunuhu Abkam beerti keadaannya yang bisu

20 Sifat Wajib Allah s.w.t Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat : 1. Wujud : Ertinya Ada 2. Qidam : Ertinya Sedia 3. Baqa' : Ertinya Kekal 4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu 5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya . 6. Al Wahdaniyyah.Ertinya : Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan. 7. Al Qudrah :Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan meniadakan tiap-tiap sesuatu. 8. Al Iradah :Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala 9. Al Ilmu :Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala . 10. Al Hayat .Ertinya : Hidup Allah Ta'ala. 11. Al - Samu : Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala. 12. Al Bashar : Ertinya : Melihat Allah Ta'ala . 13 . Al Kalam : Ertinya : Berkata-kata Allah Ta'ala. 14. Kaunuhu Qadiran :Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan. 15.Kaunuhu Muridan :Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu. 16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan Tiap-tiap sesuatu. 17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup. 18.Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap yang Maujud. 19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap yang Maujudat ( Benda yang ada ). 20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkatakata.

Sifat Harus Bagi Allah s.w.t Adalah sifat yang harus pada hak Allah Taala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu yang harus ada dan tiada.

Anda mungkin juga menyukai