Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : SIVANESAN A/L BALASUBRAMANIAM (890820-14-6177) SANTHIRAMATHY A/P SUBRAMANIAM (890528-10-5490) PROGRAM NAMA

SEKOLAH : 8 PISMP PJ/PK/BT AMBILAN JANUARI 2009 : S.J.K (T) PERMAS JAYA, JALAN PASIR GUDANG

NAMA PROJEK/AKTIVITI : KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL TEMPOH PELAKSANAAN : 4HB JULAI 2012 HINGGA 20HB JULAI 2012

OBJEKTIF :1) Memperkenalkan pelbagai jenis permainan tradisional kaum-kaum di Malaysia dan cara permainannya 2) Melahirkan murid-murid yang aktif dalam pelbagai jenis sukan 3) Memberi pengalaman kepada siswa guru dalam mengendalikan sesuatu kejohanan atau karnival sukan

STARATEGI PELAKSANAAN :TARIKH 25.06.2012 Membuat kertas kerja karnival sukan tradisional. CATATAN

02.07.2012 Mendapat kebenaran guru pemantau dan guru besar untuk melaksanakan projek. 03.07.2012 Menempah hadiah (medal) kepada setiap pemain. Menyenaraikan peralatan bagi setiap permainan 04.07.2012 Membuat perancangan tentang jenis-jenis permainan kecil yang akan dilangsungkan. Mencari peralatan yang hendah digunakan. 05.07.2012 Mencari sumber maklumat dan peraturan mengenai permainan tradisional 06.07.2012 Mengadakan mesyuarat bagi guru untuk perbincangan tentang peraturan permainan. 09.07.2012 Mula melukis gelanggang bagi setiap permainan tradisional 10.07.2012 Mencetak semua informasi mengenai permainan Tradisional 11.07.2012 Menyediakan arena perasmian 11.07.2012 Membersihkan kawasan persekitaran padang dan pulang balik peralatan yang telah dipinjam

Refleksi: 1. Kekuatan projek/aktiviti : a) Projek ini telah menambah pengalaman kami dari segi mengendalikan satu program karnival sukan tradisional. Kami telah menggunakan cara yang senang dan jimat kos untuk melaksanakan karnival sukan tradisional. Cara ini boleh kami gunakan semasa di sekolah kelak.

b) Kami telah

belajar menggunakan

sumber yang

terhad

untuk

melaksanakan sesuatu karnival permainan tradisional. Kami telah menggunakan kelapa, tepung, spray, kayu biasa, batu-bata kecil, botol-botol kosong, pasir, pelepah dan tin-tin kosong dalam

mengendalikan permainan tradisional.

c) Projek ini telah dapat mengembangkan lagi pengetahuan murid tentang permainan tradisional yang agak dilupakan oleh generasi masa kini. Mereka dapat mengingat kembali dan mengetahui peraturan-peraturan asas dalam permainan tradisional. Mereka juga turut memahami teknik-teknik yang patut diaplikasikan bagi

memenangi sesuatu permainan.

d) Murid telah melibatkan diri dengan sangat aktif dalam semua permainan tradisional. Murid dapat bergaul dan bermain dengan muridmurid daripada tahun lain. Mereka tidak mencari kawan-kawan

masing-masing, malah membentuk satu kumpulan untuk melibatkan diri dalam sesebuah permainan.

e) Murid mempunyai lebih mod untuk bermain di padang. Hadiah yang telah disusunkan telah memotivasikan semangat murid untuk bermain.

f) Projek ini telah mengcungkil daya kreativiti murid. Semasa sukan tradisional sedang dijalankan, terdapat ramai murid yang

menggunakan teknik-teknik lain untuk memenangi dalam sesebuah pertandingan. Contohnya, murid tahun enam telah menggunakan teknik nmenyentuh jari di garisan dalam pertandingan kabaddi bagi mengalahkan kumpulan lawannya.

g) Karnival sukan Tradisional telah menjadi satu asas permulaan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Permas Jaya kerana setiap hari pada masa rehat, murid-murid akan diedarkan peralatan bagi permainan tradisional dan murid-murid dibenarkan bermain 15 minit setelah merekan bersarapan.

2. Kelemahan projek/aktiviti : a) Kebanyakkan permainan yang telah dijalankan adalah permainan outdoor seperti kabaddi, galah panjang, baling tin, bowling kelapa, konda kondi, ketingting. Permainan indoornya adalah congkak dan

batu seremban. Permainan indoor juga harus ditekankan bagi muridmurid dapat bermain permainan tersebut semasa hujan ataupun dirumah.

b) Sebagai restu tuhan, hujan juga turut menganggu aktiviti pada hari tersebut. Selain daripada permainan batu seremban, congkak dan kabaddi, permainan lain telah tergendala dalam masa 10 minit kerana hujan.

c) Masa juga tidak mencukupi . Karnival ini telah dijalankan dalam masa 2 jam, dan murid-murid tidak dapat menikmati permainan tradisional dengan sempurnanya.

Cadangan Penambahbaikan: 1. Guru telah menyediakan batu seremban dan congkak yang berlebihan supaya murid tidak menunggu sambil goyang kaki, malah dapat mempelajari cara bermain batu seremban dan congkak. Ramai murid yang tidak dapat menguasai kemahiran dalam permainan batu seremban akhirnya dapat menguasainya dengan cemerlang.

Kesimpulan: Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari karnival sukan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri dan bangsa kita sendiri. Projek ini adalah amat berfaedah kepada kami kerana kami telah mendapat banyak pengalaman yang berharga melalui projek ini. Kami telah belajar menggunakan sumber yang terhad untuk membuat perubahan yang paling banyak. Selain itu, kami juga belajar menggunakan cara yang senang dan jimat kos untuk mengendalikan sesuatu karnival sukan tradisional. Secara keseluruhannya, kami telah belajar banyak proses-proses untuk menceriakan sebuah bilik. Pengalaman-pengalaman ini akan kami ingati dan bawa ke sekolah pada masa depan.

Majilis pelancaran karnival sukan tradisional

Murid-murid berbaris mengikut kumpulan masing-masing.

Upacara doa oleh Pn.Kalaiselvi

Ucapan oleh pengerusi program

Majlis perasmian dengan permainan tradisional uriyaddithal

Acara dimulakan dengan permainan baling kelapa

Permainan bawling kelapa

Permainan kabaddi lelaki

Permainan kabaddi Perempuan

Permainan ketingting Perempuan

Permainan baling tin

Murid-murid sedang menyusun tin

Permainan Galah panjang

Permainan congkak

Permainan batu seremban

Permainan konda kondi

Permainan tarik upih bagi guru dan murid sebagai acara kemuncak

Permainan tarik upih bagi guru dan murid sebagai acara kemuncak

Majlis pencapaian hadiah kepada pemenang oleh GPK 1 SJKT Permas Jaya

Majlis pencapaian hadiah kepada pemenang oleh SU Koku SJKT Permas Jaya