Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU LAPORAN KURSUS BINA INSAN GURU KURSUS PERGURUAN

LEPASAN IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) SIRI 6 2011 TARIKH MASA TEMPAT : 11 14 APRIL 2011 : 8:00 pagi (11 April 2011) 2:00 petang (14 April 2011) : Teluk Gorek, Mersing, Johor Darul Takzim

1.0

PENGENALAN Kursus Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini melibatkan semua pelajar Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan pelajar Kursus Diploma Pendidikan Malaysia. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (realself) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. dan

Pelaksanaan BIG lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha

memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

2.0

KEHADIRAN Seramai 106 orang guru pelatih yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah telah mengikuti kursus ini dengan dipimpin dan dipandu oleh 18 orang pensyarah.

3.0

PERJALANAN KURSUS Secara keseluruhanya Kursus Bina Insan Guru ini berjalan seperti yang telah dirancang dan tiada permasalahan yang besar timbul semasa kursus ini berlangsung. Berikut diperincikan perjalanan kursus mengikut hari.

3.1

HARI ISNIN (11 APRIL 2011)

Semua pelajar berkumpul di hadapan Pejabat Hal Ehwal Pelajar tepat pada pukul 8:00 pagi. Kehadiran telah diambil oleh Encik Arshad dan beliau memberikan sedikit taklimat berkenaan perkara-perkara yang akan dilakukan semasa perjalanan. Selepas taklimat tersebut, peralatan-peralatan yang akan digunakan dibawa masuk ke dalam bas. Terdapat tiga buah bas yang digunakan untuk membawa semua peserta ke tapak perkemahan.

Bas bertolak tepat jam 8.45 pagi dan perjalanan ke Teluk Gorek mengambil masa hampir tiga jam. Semua peserta kursus telah sampai di tapak perkemahan pada jam 12:30 tengah hari. Sejurus tiba, semua peserta berkumpul untuk diberikan taklimat berkenaan cara mendirikan kemah, tapak yang sesuai untuk mendirikan kemah serta pembahagian kumpulan untuk tidur di dalam kemah.

Setelah tamat tugasan mendirikan kemah, semua peserta berkumpul untuk taklimat penuh program pada pukul 2:30 petang. Taklimat tersebut diberikan oleh Encik Arshad dan Encik Norizan. Taklimat yang mengambil masa selama 2 jam itu tamat pada pukul 4:30 petang dan seterusnya, semua peserta diberikan minuman petang.

Selepas minum petang, aktiviti bebas oleh peserta. Pada pukul 6:00 petang, makan malam telah disediakan oleh peserta daripada kumpulan satu. Setelah selasai makan malam. Seterusnya pada pukul 7:00 malam, Aktiviti solat berjemaah dan juga disambung dengan ceramah yang diberikan oleh Encik Nordin. Ceramah yang bertajuk Peranan Remaja itu berakhir pada pukul 8.45 malam.

Pada pukul 9:00 malam, sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Satu bermula. Sesi in dikendalikan oleh Encik Azizi dan ia berlangsung selama dua jam. Pengisian sesi ini lebih banyak terarah kepada meningkatkan dalaman seseorang untuk menjadi guru yang baik dan ideal. Aktiviti yang dilakukan secara umumnya dibuat berdasarkan perkongsian pengalaman oleh peserta sendiri berkaitan dengan ciri-ciri guru yang mereka sukai dan juga ciri-ciri guru yang tidak disukai oleh mereka.

Setelah sesi LDK 1 tamat, semua peserta dijamu dengan roti dan air teh. Pada pukul 12:00 tengah malam, semua peserta beransur tidur dan kumpulan yang ditugaskan untuk berjaga malam dikehendaki menjalankan tugas mereka secara bergilir.

3.2

HARI SELASA (12 APRIL 2011)

Pada hari kedua, jadual bermula dengan solat subuh pada jam 6:00 pagi dan diikuti oleh kuliah subuh selama 30 minit. Pada pakul 6:45 pagi, semua peserta kursus bersedia berkumpul untuk upacara menaikkan bendera dan senaman pagi. Setelah tamat perhimpunan pagi dan senaman, sedikit taklimat diberikan untuk aktiviti yang akan dijalankan pada hari kedua ini. Dua kumpulan dibahagikan dan masing-masing akan mengikuti aktiviti air dan darat. Setelah tamat taklimat, semua peserta diberikan sarapan pagi.

Tepat jam 9:00 pagi, semua peserta berkumpul mengikut kumpulan aktiviti masing-masing yang dipantau oleh tiga orang pensyarah. Kumpulan yang menjalankan aktiviti darat telah memulakan perjalanan menyusuri pantai dan keluar melalui jalan besar. Di sepanjang perjalanan tersebut, setiap kumpulan kecil yang terdiri daripada 11 orang dikehendaki menyenaraikan nama flora dan fauna yang terdapat disekitar mereka. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit itu berhenti di sebuah anak sungai. Aktiviti mendirikan kemah, memasak dan mempersembahkan kreativiti masakan kepada pensyarah dijalankan serentak apabila tiba di situ.

Setelah tamat aktiviti masakan dan semua peserta mengemas semula dan hendak bertolak pulang, tugasan terakhir diberikan kepada semua kumpulan iaitu membawa peserta yang sakit keluar daripada hutan. Perjalanan keluar sejauh 500 meter itu membuatkan peserta mencuba sedaya upaya dalam membantu rakan yang cedera. Setelah sampai ke destinasi yang dituju, peserta berkumpul untuk berehat seketika sebelum menyambung kembali perjalanan pulang ke kemah masing-masing. Semua peserta aktiviti darat sampai di tapak perkemahan pada jam 2:00 petang dan bersiap sedia untuk LDK 2.

LDK 2 bermula jam 3:00 petang yang dikendalikan oleh Encik Mazlan yang merupakan pakar dalam bidang pengurusan tekanan emosi. Disebabkan keadaan peserta yang terlalu penat, Encik Mazlan mengajar semua peserta teknik pernafasan dan tidur yang betul untuk diamalkan supaya apabila berada di alam pekerjaan sebenar, peserta tidak akan berasa tertekan dengan tugas sebagai seorang guru. LDK 2 tamat pada pukul 4:30 petang dan semua peserta diberikan minum petang.

Setelah selesai aktiviti minum petang, semua perserta kursus menjalankan aktiviti bebas. Pada pukum 6:00 petang, makan malam telah disediakan dan semua peserta kursus menjamu selera dan selepas itu mereka dikendaki bersiap untuk ke surau bagi mengikuti aktiviti solat dan kuliah maghrib. Kuliah kali ini

disampaikan oleh peserta kursus sendiri yang bertajuk Cara Mengendalikan Perasaan Marah. Bagi pelajar yang bukan Islam, mereka berkumpul di dewan untuk mengikuti slot pendidikan moral.

Pada pukul 9:00 malam, Slot LDK 3 bermula dan ia dikendalikan oleh Encik Azizi iaitu kaunselor Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Aktiviti pada kali ini dilakukan berdasarkan kisah bertajuk Alias, Beruk dan Cikgu. Cerita Alias ini dikupas dan di hayati mengikut tema-tema dan pengajaran yang boleh diperolehi daripada ceriti tersebut. Setelah selesai mengumpul fakta dan maklumat, satu kumpulan dipanggil untuk mempersembahkan hasil kerja mereka.

Setelah sesi LDK 3 tamat, semua peserta dijamu dengan roti dan air teh. Pada pukul 12:00 tengah malam, semua peserta beransur tidur dan kumpulan yang ditugaskan untuk berjaga malam dikehendaki menjalankan tugas mereka secara bergilir. Kumpulan kami dikehendaki berjaga malam pada pukul 4 ke 6 pagi. Walaupun masih mengantuk kami tetap menjalankan tugas yang diberikan.

3.3

HARI RABU (13 APRIL 2011)

Setelah tamat tugas berjaga malam kami mengejutkan kumpulan-kumpulan lain untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah dan pada pukul 6.30 pagi kami berhimpun di luar dewan Pak Malau untuk menyanyikan lagu Johor,IPG dan lagu Negaraku. Selepas itu Encik Norizan member taklimat ringkas berkaitan dengan aktiviti pada hari ketiga.

Tepat pukul 8.30 pagi, kami di beri taklimat ringkas mengenai aktiviti air. Kami dikehendaki melakukan regangan khas untuk aktiviti air. Kumpulan air ini dipecahkan kepada 3 kumpulan yang kecil dan mengikut pensyarah masingmasing. Kami bersama dengan Encik Wan Azhar. Antara teknik yang diajar adalah cara bernafas dengan betul di dalam air, terapung sambil menyelam,

menggerakkan kaki dan badan dan cara menghembuskan nafas di dalam air. Untuk tujuan keselamatan kami dilengkapi dengan jaket keselamatan. Sekitar jam 10.00 pagi, kami berehat untuk minum pagi dan merehatkan badan. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, kami kembali melakukan aktiviti air. Pada tahap dua ini aktiviti dilakukan tanpa memakai jaket keselamatan tetapi dibekalkan dengan goggle. Pada jam 12.30 tengahari, aktiviti permainan air dijalankan,seperti polo air, membina menara manusia, pertandingan berlari di dalam air, berenang gaya bebas dan akhir sekali berenang kuak lentang didalam kumpulan dan kumpulan kami telah memenangi ketiga-tiga acara tersebut.

Selepas makan dan solat, kami diberikan rehat sehingga slot yang seterusnya pada pukul 4.30 petang. Namun kumpulan kami bertanggungjawab untuk aktiviti barbecue pada malam itu,pada pukul 3.30 kami terpaksa mengorbankan masa rehat untuk menyiapkan bahan-bahan barbekue. Didalam serba letih dan kekurangan pengalaman kerja yang dijalankan agak perlahan tetapi kami tetap dalam waktu yang bertepatan dengan jadual yang ditetapkan. Setelah berhempas pulas pada pukul 7.30 semua bahan barbecue siap dimasak dan sesi barbecue berjalan dengan lancar.

Pada pukul 9.00 malam acara persembahan bermula dan Encik Abdullah Zhidi menjadi tetamu VIP pada malam itu diikuti dengan pensyarah-pensyarah yang lain. Persembahan yang dibuat bertemakan profession perguruan, tradisional dan satu Malaysia. Kumpulan daripada KPLI Bahasa Inggeris memenangi persembahan pada malam tersebut dengan persembahan sketsa yang penuh dengan mesej dan sangat menghiburkan. Setelah penyampaian hadiah Encik Abdullah mewakili pengarah IPGKTI membuat penutupan Kem Bina Insan Guru semester 1 tahun 2011 ini.

3.2

HARI KHAMIS (14 APRIL 2011)

Ini merupakan hari terakhir perkhemahan. Wajah kegembiraan jelas terpancar dikalangan guru pelatih. Selepas solat dan senaman pagi Encik Norizan memberi taklimat pagi yang terakhir. Kami bersarapan kira-kira jam 7.30 pagi. Menu pagi ini agak istimewa iaitu nasi lemak ayam goreng.

Encik Arshad kemudiannya membahagikan kami kepada beberapa kumpulan dan mengagihkan tugas seperti menyimpan alatan, membuka khemah dan membersihkan kawasan kerana pelajar KPLI kali ini bertanggungjawab membawa pulang semua barang unit GERKO kembali ke kampus.

Tepat pukul 10.30 pagi, bas datang dan kami bergerak pulang. Kami berhenti rehat di Giant Tebrau untuk menikmati makan tengah hari. Kami tiba ke Institut Perguruan Temenggong Ibrahim pada pukul 2.30 petang.

Sekian, terima kasih.

Dilaporkan oleh,

______________________________ (MUHAMAD FUAD BIN ABU BAKAR) Setiausaha Kursus Bina Insan Guru KPLI 2011 Tarikh: 29 APRIL 2011