Anda di halaman 1dari 66

PENDAHULUAN

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, tempat berkerja serta institusi masyarakat lain. Oleh sebab pendidikan adalah suatu proses menerima dan menyebar maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, nadi perpaduan bahasa pengantar utama , dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari setiap murid di peringkat sekolah rendah dan menengah. Mata pelajaran ini diajar untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa .

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor

pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani. (Roselan Baki,2003). Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggungjawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul.

MATLAMAT
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah rendah adalah untuk

melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian , perhubungan social dan memperoleh ilmu.

MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU

BERKOMUNIKASI

KETERAMPILAN BERBAHASA

DIRI

ILMU

PERHUBUNGAN SOSIAL

URUSAN HARIAN

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-murid sekolah rendah dapat:i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal

ii.

Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam pelbagai situasi.

iii.

Berbincang

dan

berkongsi

pendapat

untuk

menyelesaikan

masalah,

mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara

iv.

Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk

memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis

v.

Memupuk

minat

membaca

satu

amalan

kerah

membina

budaya

pembelajaran berterusan

vi.

Memperkembang

kekuatan

imaginasi,

kreativiti,

pemikiran

kritis

dan

penghayan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.

vii.

Mengenali dan menghasilkan pelbagai penulisan jenis kreatif dan berunsur pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dan betul;

viii.

Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;

ix.

Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan

x.

Menghayati

dan

mengamalkan

nilai

murni,

sikap

positif,

semangat

patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang digubal berfokuskan hasil pembelajaran ini, adalah berteraskan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkan

peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum.

Kemahiran Bahasa

Pengisian Kurikulum

Organisasi Kandungan

Hasil

Sistem Bahasa

JENIS JENIS KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Kemahiran

berbahsa

Melayu

meliputi

kemahiran

mendengar,bertutur,membaca,dan menulis.Kemahiran berbahasa merupakan teras penguasan bahasa baku.Kemahiran yang pertama ialah kemahiran

mendengar.Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti,memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi penguacapan serta dapat memberikan maklum balas.

KEMAHIRAN MENDENGAR

Merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti

Memahami perkara yang didengar dengan mendalam

Pelbagai situasi pengucapan seperti cerita ,arahan, perbualan,soal jawab,laporan,berita dan perbincangan

Kemahiran yang kedua ialah kemahiran bertutur.Kemahiran bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan

maklumat,pendapat,perassan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.Penekanan diberi kepada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat , pendapat,perasaan,serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan

dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan

Penekanan diberikan pada

keyakinan pelajar untuk bertutur

serta penggunaan pengucapan yang

menggunakan tatabahasa yang sesuai

Kemahiran yang ketiga ialah kemahiran membaca.Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul.Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan sacara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis.Membaca dapat membantu

memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.

KEMAHIRAN MEMBACA

Merujuk kepada keupayaan pelajar membaca dengan sebutan ,intonasi,jeda,dan kelancaran yang betul

Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan kemahiran menggunakan pelbagai teknik membaca

untuk tujuan menimba ilmu pengetahuan dan memperoleh maklumat daripada pelbagai bahan bacaan

Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran menulis.Menulis merupakan proses penghasilan simbol simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat.Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan yat yang gramatis,tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas ,cantik dan kemas.Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
KEMAHIRAN MENULIS

Pelajar harus berupaya menghasilkan pelbagai penulisan dengan tepat dan jelas

penekanan harus diberi pada penggunaan ayat yang gramitis,tanda baca dan ejaan yang betul

tentang perasaan ,pengalaman diri dan ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan

Pelajar juga digalakkan menghasilkan karya yang kreatif berdasarkan pemikiran yang kritis dan analiisis

HASIL PEMBELAJARAN

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu.Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang perlu dicapai oleh murid .Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan kemahiran berbahasa ,sistem bahasa , dan pengisian kurikulum.Oleh itu,murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran.Hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan

,kaedah,sumber,dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan.Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran.Selain itu,hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

HASIL PEMBELAJARAN Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran Dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid

SISTEM BAHASA Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku terdiri daripada tatabahasa , ejaan ,sebutan dan intonasi,kosa kata dan peribahasa.Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam matapelajaran yang lain pada peringkat rendah.

Tatabahasa Morfologi Sintaksis

Kosa Kata Umum Istilah Sebutan Bahasa Melayu Baku

SISTEM Peribahasa Bahasa Kiasan Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Perbilangan BAHASA Sistem Ejaan Intonasi mengikut pola Pola keselarasan vokal Ejaan kata pinjaman Ejaan kata dasar dan kata pinjaman

Jenis ayat Susunan ayat Ragam ayat

Sistem berbahasa berfokus pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa,sistem ejaan ,sebutan dan intonasi,kosa kata dan peribahasa.Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan tersebut dinyatakan dibawah .

Tatabahasa Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatanberbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan

kata

ialah

proses

menjeniskan

perkataan

berdasarkan

keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi kata asli bahasa Melayu serta kata pinjaman bahasa Melayu

Bentuk kata pula terdiri daripada kata tunggal ,kata terbitan,kata majmuk dan kata ganda.Dalam Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu,penekanan hendaklah diberi pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna .

Bidang morfologi yang terakhir ialah golongan kata.Golongan kata terdiri daripada kata nama, kata kerja,kata adjektif serta kata tugas. Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna,bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan danpenyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan adalah unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat.Selain itu,jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Disamping itu,ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif serta susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang juga diberi tumpuan.Tumpuan lain ialah binaan dan proses penerbitan ayat binaan seperti ayat dasar,ayat tunggal,ayat terbitan atau ayat majmuk.Aspek tanda baca juga merupakan aspek sintaksis yang perlu diberikan tumpuan.

2.0 Sistem Ejaan Dalam sistem ejaan 3 perkara yang ditekankan .Antaranya pola keselarasan huruf vokal,ejaan kata pinjaman serta ejaan kata dasar dan kata terbitan.

3.0 Sebutan dan Intonasi Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola ayat seperti jenis ayat ,susunan ayat ragam ayat.Jenis ayat adalah ayat penyata, ayat Tanya,ayat seruan dan ayat perintahSusunan ayat pula adalah ayat biasa dan ayat songsang Manakala ragam ayat ialah seperti ayat aktif dan ayat pasif.Pola intonasi bagi ayat yang panjang juga perlu diajarkan agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

4.0 Kosa kata Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkat dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.

5.0 Peribahasa Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan serta kata-kata hikmat dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia.

PENGISIAN KURIKULUM

Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu pengetahuan daripada pelbagai bidang ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, serta pembelajaran secara konstruktivisme, dan kontekstual.

1.0 Ilmu Pengetahuan Pengetahuan merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin. Contohnya bidang sains, geografi dan lain-lain yang boleh digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Nilai Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia.Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia adalah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

Nilai murni ini ialah : 01.Baik hati 02.Kejujuran 03.Berdikari 04.Kerajinan 05.Hemah tinggi 06.Kerjasama 07.Hormat-menghormati 08.Kesederhanaan 09.Kasih sayang 10.Kesyukuran 11.Keadilan 12.Patriotisme 13.Kebebasan 14.Rasional 15.Keberanian 16.Kebersihan fizikal dan mental 17.Semangat bermasyarakat

3.0 Kewarganegaraan Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

4.0 Peraturan Sosiobudaya

Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan banyak kemahiran untuk memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berdasarkan kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam huraian sukatan pelajaran sekolah rendah dan falsafah pendidikan kebangsaan. Kemahiran bernilai tambah merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran supaya bernilai tambah adalah kemahiran yang diajarkan di berjalan lancar. Kemahiran bilik darjah serta dapat

diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia global. Kemahiran ini yang merangkumi pelbagai sub kemahiran di bawahnya dapat membantu meningkatkan keupayaan atau potensi pelajar daripada segala aspek. Definisi Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), kemahiran dinyatakan sebagai kecekapan atau kepandaian tentang sesuatu perkara. Nilai pula ditakrifkan sebagai kualiti, kadar atau taraf yang dimiliki oleh sesuatu sama ada benda, manusia atau apa saja bentuk entiti dan tambah ditakrifkan sebagai sesuatu yang ditokok pada sesuatu yang lain supaya menjadi lebih banyak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1995), kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam suasana dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global. Kemahiran bernilai ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Berdasarkan kepada definisi yang diberikan oleh beliau ini, dapat kita fahami bahawa kemahiran bernilai tambah ini merupakan sebarang kemahiran yang boleh diajarkan kepada murid-murid dalam membantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu seseorang murid.

Pelaksanaan atau penerapan kemahiran bernilai tambah ini terhadap murid-murid seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-murid untuk diaplikasikan dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan seharian murid.

Tuan Jah Tuan Yusof (2011) juga bersependapat dengan Kamarudin Hj. Husin (1995) berkaitan takrifan kemahiran bernilai tambah ini. Beliau memberikan definisi yang sama seperti takrifan sebelumnya iaitu yang mana kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan kepada murid dan dapat diaplikasikan dalam keadaan dunia sebenar. Hanya, beliau menambah bahawa kemahiran bernilai tambah ini adalah sama dengan kemahiran generik yang menjadi kemahiran yang dinamakan sebagai kemahiran bernilai tambah. Manakala, dari segi pelaksanaan pula, pendekatan dan teknik serta kaedah tertentu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di sini, dapat kita fahami juga yang mana kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang menjadi nilai tambah atau dapat digunakan oleh murid dalam meningkatkan pemahaman dan keupayaan serta kebolehan diri mereka. Sebenarnya, kemahiran bernilai tambah ini diadapati daripada kemahiran generik dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian. Berdasarkan definisi yang telah diberikan berkaitan kemahiran bernilai tambah ini, dapat kita simpulkan takrifan tersebut mengikut pemahaman kita iaitu kemahiran bernilai tambah merupakan sebarang kemahiran yang dapat diajarkan kepada murid-murid sebagai nilai tambah dalam memahirkan dan meningkatkan keupayaan dan potensi diri mereka untuk kemajuan diri.

KOMPENAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Menurut

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) , untuk menerapkan

kemahiran bernilai tambah ini ke dalam diri setiap pelajar, terdapat beberapa komponen dalam kemahiran bernilai tambah Komponen-komponen inilah disebut sebagai

kemahiran bernilai tambah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk diterapkan kepada pelajar melalui aplikasi teknik dan kaedah pengajaran tertentu. Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahun 2003 adalah seperti dalam rajah berikut. Terdapat lima komponen kemahiran bernilai tambah yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Kemahiran Kajian Masa Depan

Kemahiran Pembelajaran konstruktivisme

Kemahiran Pembelajaran kontekstual

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Dalam Konteks Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP),seperti yang dinyatakan dalam Buku Kecedasan Pelbagai yang dibangunkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Howard Gardener mendefinisikan Teori Kecerdasan Pelbagai seperti berikut: An intelligence is the ability to solve problem or to create products that are valued within one or more cultural settings. Frames of Mind 1983

Menurut Howard Gardener, Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) bukan sahaja meluas keluarga kecerdasan,malah menjana definisi dan konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini.Manakala Linda Chambell,Bruce Chambell dan Dee Dikson melihat dan merumuskan definisi Howard Gardener sebagai sesuatu kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam keluarga.Selain itu,ianya boleh menjana masalah baru untuk diselesaikan.Akhirnya bolehlah dikatakan sesuatu kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhdmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza Jenis-jenis kecergasan yang terkandung dalam kemahiran kecerdasan pelbagai ialah seperti dalam jadual di bawah berikut.

Jenis Kecerdasan

Huraian

Verbal Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, menyakinkan orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.

Logik matematik

Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka.

Visual-ruang

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

Kinestetik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.

Muzik

Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempoh dalam melodi dengan mudah.

Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.

Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana

seseorang itu sama ada berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga membantu individu menangani perasaan, beradap sopan, serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri. Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian, dan binatang, termasuk rumput dan batu-batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Kecerdasan ini juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pekaian dan makanan.

Jenis-jenis kecerdasan pelbagai

Teori Kecerdasan Pelbagai diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menyokong besepadu yang menyuluruh selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. Teori Kecerdasan Pelbagai membantu guru untuk menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Teori Kecerdasan Pelbagai membantu untuk meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak batas. Teori Kecerdasan Pelbagai juga meningkatkan harga diri , kreativiti ,dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang

menyeronokkan. Teori Kecerdasan Pelbagai juga menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Teori Kecerdasan Pelbagai mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah serta mempelbagaikan cara penilaian. pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Berdasarkan kepada pendapat beberapa orang pakar seperti di bawah , kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. (Mayer, 1977) merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. (Fraenkel, 1980) ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. (Beyer, 1991) Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat) pula , kemahiran dinyatakan sebagai kecekapan atau kepandaian tentang sesuatu perkara.Berfikir pula dikatakan

mengunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011), kemahiran berfikir adalah apa sahaja proses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas yang kemudiannya digunakan untuk memandu pemikiran. Contohnya, membuat inferens atau andaian adalah proses kognitif yang terlibat dalam kebanyakan kurikulum yang standard. Daripada definisi ini, dapat difahami bahawa kemahiran berfikir merupakan sebarang bentuk atau proses mental atau pemikiran yang berlaku dalam minda kita. Pemikiran itu boleh menjadi apa sahaja jenis atau bentuk pemikiran yang dihasilkan dalam minda kita kerana perkara utama yang dilihat ialah berlakunya proses penjanaan atau pensintesisan tentang apa sahaja menggunaka minda kita.

Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan ini, dapat kita fahami bahawa kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir, sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah:

1. mencirikan 2. mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan 3. menghubungkaitkan 4. membandingkan dan membezakan 5. menyusun mengikut keutamaan 6. menentukan urutan 7. mengenalpasti kenyataan benar dan palsu 8. membezakan fakta (Menurut dalam bukunya, ) 9. menganalisis 10. mengesan kecondongan pendapat 11. mengenalpasti sebab dan akibat 12. meramalkan 13. mensintesiskan 14. mengitlak 15. menganalogikan 16. membuat inferens

17. membuat kesimpulan 18. menginterpretasikan, mentafsirkan 19. menilai 20. menjana idea 21. mereka cipta 22. merumuskan, meringkaskan 23. menyelesaikan masalah 24. membuat keputusan . Kita dapat simpulkan bahawa Kemahiran Berfikir (KB) Kemahiran berfikir dapat membantu murid dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan untuk kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan yang penuh dengan cabaran.Akhirnya, pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.

KAJIAN MASA DEPAN

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk mendidik generasi baru untuk bersiap sedia menghadapi cabaran dan perubahan yang bakal dihadapi.Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan juga merupakan strategi secara saintifik yang yang dibina bagi menambahakan keupayaan dan kebolehan murid dalam menghadapi pelabagai jenis cabaran kehidupan dan membuat keputusan.

Dalam

Kamus

Dewan

(Edisi

Keempat),Kajian

dinyatakan

sebagai

kegiatan,proses atau usaha mengkaji.Masa pula dikatakan waktu atau ketika .Manakala depan dimaksudkan sebagai hadapan.Jadi Kajian Masa Depan adalah sesuatu usaha untuk mengharungi cabaran pada waktu hadapan seseorang murid.

Menurut Mok Soon Sang (2004), kajian masa depan bertujuan untuk mendidik generasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan masa dan kehendak. Kajian masa depan membantu generasi ini untuk menyedari bahawa masa depan akan berubah dengan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan. Pengajaran masa depan membolehkan murid menangani cabaran sebagai ahli masyarakat global yang berperanan aktif pada masa depan.

Secara Kesimpulanya, dapatlah kita simpulkan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu

perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.Akhirnya pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Dalam Kamus Dewan (1966), kemahiran dinyatakan sebagai kecekapan atau kepandaian tentang sesuatu perkara.Teknologi pula dikatakan sebagai aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis.Maklumat pula dimaksudkan sebagai makluman atau pemberitahuan dan pengumumnan.Seterusnya komunikasi dinyatakan sebagai sejenis perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan. Penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah,terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.Melalui penggunaan ICT secara berfikrah,terancang, dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran dan pengajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.Selain itu , Penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran juga memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan .Ia juga dapat meningkatkan motivasi murid serta membolehkan pembelajaran bersendiri. Berdasarkan pendapat Mok Soon Sang (2004), kemahiran ini perlu dikuasai sejajar dengan perkembangan konsep world class education. Tujuan guru mengajar kemahiran ini ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Guru yang hendak mengajar kemahiran ini perlu memastikan sekolah mempunyai kemudahan makmal komputer, bilik media, bilik Internet,dan bilik studio (video conferencing). Penggunaan ICT sebagai alat aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membolehkan murid memberikan tumpuan

kepada aktiviti pembelajaran autentik serta guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid. Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam

menyempurnakan tugasan harian, dan memperolehi maklumat melalui internet. Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:

TMK untuk pembelajaran tutorial Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikan sama ada dalam CD-ROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem. Pembangunan perisian kini ,mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid.

TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan pendekatan

konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses maklumat daripada CDROM, internet dan portel maklumat , mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri.

TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan

menggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan sebagainya.

TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya. Secara kesimpulanya, Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan

komunikasiseperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui

internet.Akhirnya pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh

Kementerian Pelajaran.

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenali sebagai Konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara yang berupaya menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan

Konstruktivisime

merupakan

proses

pembelajaran

yang

menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda murid. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Pendekatan konstruktivisme dapat melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri. Konstruktivisme menekankan pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, serta pembinaan pengalaman melalui interaksi sosial. Pembelajaran konstruktivisme berasaskan format 5E yang berikut:

Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan tugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat.

Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan,

menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen. Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan, meminta bukti dan alasan dan penjelasan.

Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat dan meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung kaitan konsep / topik dengan situasi sebenar.

Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau pengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan mengemukakan soalan terbuka.

Menerusi prinsip pembelajaran konstruktivisme , murid akan lebih tajam, yakin dan seronok untuk belajar serta penyediaan asas amalan pembelajaran sepanjang hayat. Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada. Kesimpulannya ,Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Akhirnya,pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan dikatakan sebagai Pembelajaran Kontekstual.Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pembelajaran Kontekstual hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dengan bermakna kepada murid Pembelajaran Konteksual akan menjadi lebih

berkesan Pembelajaran Konteksual akan menjadi lebih berkesan. Bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran

Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah: 1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai. 2. berpusatkan murid 3. menekankan pembelajaran secara konkrit 4. berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir 5. menekankan interaksi 6. pembelajaran koperatif 7. akses kepada maklumat

Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dengan kehidupan mereka.

Kesimpulannya,teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka.Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteksdengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan

persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.Akhirnya pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

a.Pendekatan Berpusatkan Murid Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.

b.Kepelbagaian Teknik

Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

c.Kepelbagaian Sumber Bahan

Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif .

d.Penggunaan Tatabahasa yang tepat

Pendidikan

Bahasa

Melayu

sekolah

rendah

menekankan

penggunaan

tatabahasa mengikut kemampuan murid. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

e.Bacaan Luas

Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui penyerapan.

PENEKANAN KONSEP 5P

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

a. Penggabungjalinan Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan,sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

b. Penyerapan Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.

c. Pengayaan Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan,

kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

d. Pemulihan Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran . e. Penilaian Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR

Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), kemahiran dinyatakan sebagai kecekapan atau kepandaian tentang sesuatu perkara.Perkataan belajar bermaksud memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Belajar ialah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mencapai sesuatu tingkah laku baru secara keseluruhan. Perubahan yang berlaku dalam diri yang dimaksudkan ialah perubahan yang berlaku akibat dari proses pembelajaran tadi. Selain itu, belajar juga bermaksud satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi yang membawa kepada perubahan pengetahuan dan kebolehan .Manakala cara ditakrifkan sebagai aturan sistem jalan untuk membuat sesuatu.

Mok Soon Sang (2004) menjelaskan bahawa belajar berlaku apabila berubahnya pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan ini biasanya disedari oleh diri sendiri atau kadang kala juga disedari oleh orang yang berada di sekeliling. Perubahan ini adalah berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. Perubahan tersebut boleh juga mempengaruhi dan mengubah hidup seseorang ataupun ianya hanya sesuatu yang boleh dilupakan. Ada sesetengah individu merasakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran merupakan sesuatu yang memberatkan pemikiran.

Kemahiran Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa guru. Pelajar perlu belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas atau luar kelas dan seterusnya berusaha untuk mencari jalan untuk mengatasi kelemahan dan menggunakan

kelebihan atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran.

Penguasaan kemahiran BCB amat penting bagi pelajar lantaran masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah amat terhad. Hal ini menyebabkan ilmu pengetahuan yang diterima oleh pelajar juga terhad. Oleh itu, pelajar harus belajar cara untuk memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan penguasaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Dalam erti kata lain, BCB akan membantu pelajar supaya mampu dan berupaya untuk belajar sendiri tanpa guru.Dengan menguasai kemahiran BCB, pelajar juga mampu menilai tahap pembelajarannya sendiri dan seterusnya membuat sesuatu untuk meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.

Kemahiran belajar meliputi keseluruhan kemahiran yang biasanya cuba diterapkan oleh guru Bahasa Melayu ( sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah) dalam P&P mereka (terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu) iaitu meliputi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan mencatat nota dan kemahiran menghafal

1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran mendengar dan bertutur

sememangnya saling berkaitan.

Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh pelajar. Malangnya, pelajar sering mengabaikan penguasaan kemahiran ini kerana menganggap kemahiran mendengar kurang relevan dalam meningkatkan penguasaan dalam pelajar. Begitu juga pelajar kurang melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan di dalam atau di luar bilik darjah. Sangkaan tersebut ternyata meleset.

Sebenarnya, mendengar dan bertutur merupakan elemen penting dalam proses komunikasi yang berkesan antara manusia. Dalam komunikasi yang efektif, pelajar perlu menjadi pendengar yang baik. Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan. Selepas itu, pelajar juga harus mampu mengeluarkan pendapat atau pandangan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dipelajari

Tujuan kita mendengar sesuatu adalah untuk mendapat maklumat, fakta atau pengetahuan daripada perkara yang didengar. Tidak kira siapapun penyampainya, yang pentingnya ialah orang tersebut mampu memberikan maklumat, memberi penjelasan tentang sesuatu yang bermakna kepada kita supaya kita lebih memahami hal tersebut..

Begitu juga halnya dalam P&P di bilik darjah. Pelajar perlu memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap perkara yang disampaikan oleh guru. Caranya, pelajar perlu mendengar dan memandang ke arah guru serta memberi fokus terhadap perkara yang diajarkan oleh guru. Amat perlu untuk pelajar mendengar penjelasan guru tentang sesuatu perkara yang dipelajari supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran.

Sekiranya ditanya oleh guru, pelajar harus berkemampuan untuk memberi jawapan. Begitu juga halnya ketika pelajar tidak jelas atau memahami sesuatu isi pelajaran. Dalam hal ini pelajar berupaya mengaju soalan kepada guru atau rakanrakan bagi memperoleh maklumat yang dikehendaki.

Kemahiran Membaca

Pelajar perlu menguasai kemahiran membaca untuk memperoleh infomasi , ilmu pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu perkara. Membaca juga merupakan satu bentuk komunikasi iaitu komunikasi antara pembaca dan penulis.

Terdapat 4 tahap kemahiran membaca iaitu:

a. Skimming

Skimming merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapat gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan . Misalnya, apabila kita membaca surat khabar, tentunya kita tidak akan membaca perkataan demi perkataan, sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat dalam surat khabar tersebut.

Skimming dilakukan 3 atau 4 kali lebih cepat daripada pembacaan normal. Kebanyakan orang melakukan pembacaan secara skimming apabila mereka

mempunyai banyak bahan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad. Kemahiran skimming wajar dikuasai pelajar supaya pelajar dapat menjimatkan masa ketika mencari maklumat atau informasi tertentu melalui pembacaan artikel di internet atau bacaan buku rujukan. Skimming amat berguna kepada pelajar terutamanya ketika pelajar ingin mencari informasi melalui internet. Pelajar perlu membuat pembacaan secara skimming untuk melihat sama ada sesuatu bahan tersebut memenuhi keperluan pelajar atau berkaitan dnegan maklumat yang ingin diperoleh oleh pelajar.

Ada terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan ketika skimming. Pelajar boleh membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta. Pelajar boleh membaca perenggan pendahuluan dan penutup seuatu teks. Selain itu, baca juga hanya ayat pertama setiap perenggan. Biasanya ayat pertama ini memberi idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis.

Cara bacaan ini adalah lebih sesuai sekiranya pelajar ingin mencari maklumat tertentu bukannya untuk pemahaman teks. Paling sesuai sekiranya pelajar ingin mengetahui tentang sesuatu tarikh, nama, tempat dan maklumat-maklumat yang spesifik seperti data atau fakta ringkas. Malah skimming boleh digunakan untuk melihat graf, jadual atau carta.

Scanning Scanning atau imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi yang lebih terperinci daripada bacaan skimming. Biasanya, melalui kemahiran membaca secara scanning pelajar mampu mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul dalam sesuatu topik pelajaran. Dalam erti kata lain, dalam kebanyakan situasi, pelajar tahu perkara yang ingin dicari. Lantaran itu, fokus pembacaan ialah mencari kata-kata kunci yang tertentu dalam mencari jawapan tersebut. Membaca secara imbasan melibatkan tindakan menggerakkan anak mata dengan cepat untuk mencari perkataan khusus atau frasa-frasa tertentu.

Sebenarnya, pembacaan secara scanning atau imbasan ini merupakan satu kaedah cepat untuk mendapatkan fakta tertentu dalam buku teks atau buku rujukan. Scanning juga merupakan satu langkah awal bacaan kerana melalui cara ini, pelajar boleh mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam kamus atau glossari dan menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar atau bacaan berat untuk pemahaman.

Menguasai kemahiran membaca secara scanning melibatkan masa yang tidak lebih daripada beberapa minit. Hal ini membantu pelajar menjimatkan masa dan dalam masa yang sama mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan. Hanya selepas itu, pelajar boleh membuat keputusan dalam menentukan tahap kepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam teks atau buku teks mahupun buku rujukan yang memerlukan perhatian khusus ketika pelajar membuat ulang kaji atau membaca untuk belajar

Baca Laju

Kemahiran bacaan laju merupakan kemahiran membaca secara cepat tetapi dalam masa yang sama memahami bahan yang dibaca. Dalam bacaan laju, tumpuan utama kepda idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan bacaan. Penguasaan kemahiran bacaan laju banyak membantu pelajar menggunakan masa yang terhad

secara optimum. Hal ini disebabkan oleh pemerolehan maklumat atau fakta yang diperlukan oleh pelajar dapat dilakukan dalam masa yang singkat dan dengan kadar yang cepat.

Bacaan berat atau bacaan intensif

Bacaan

berat

atau

bacaan

intensif

ialah

kemahiran

membaca

untuk

mendapatkan informasi secara terperinci. Bacaan intensif memerlukan fokus yang mendalam dan penelitian terhadap bahan atau teks yang dibaca. Dalam menguasai kemahiran membaca intensif ini , pelajar perlu memiliki ketekunan dalam pembacaan yang tinggi. Pelajar juga perlu memperuntukan masa yang panjang untuk melakukan bacaan berat kerana bacaan berat melibatkan masa yang lebih lama supaya pelajar boleh mendapat maklumat dan memahami teks atau bahan bacaan secara jitu dan mantap.

Kemahiran Menulis dan Mencatat Nota

Kemahiran Belajar cara Belajar tidak sahaja memerlukan pelajar itu menguasai kemahiran bertutur, mendengar dan membaca tetapi yang lebih penting ialah menguasai kemahiran menulis terutama kemahiran menulis nota dan menulis cepat.

Kemahiran mencatat nota melibatkan aktiviti merekodkan data, maklumat, informasi, fakta atau isi-isi penting daripada sesuatu bahan sama ada bahan yang dibaca, didengar atau dilihat. Cataran nota akan membantu pelajar untuk lebih memahami isi pelajaran. Selain itu, nota tersebut berguna sebagai bahan rujukan dalam mengulang kaji pelajaran pada masa-masa yang akan datang.

Kemahiran menulis cepat ialah kemahiran menulis dengan kadar yang laju dan cepat dalam tempoh masa yang terhad. Walau bagaimnapun, tulisannya mestilah boleh dibaca dan difahami. Penguasaan kemahiran menulis cepat akan membantu pelajar menulis sebanyak mungkin maklumat dalam jangka masa yang terhad dan hal ini membantu peljar menjimatkan masa. Selain itu, seseorang yang menguasai kemahiran ini akan mampu memberikan jawapan yang mengandungi banyak isi ketika menjawab soalan peperiksaan.

Kemahiran Mengingat atau Menghafal

Mengingat dan menghafal merupakan satu bentuk kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar jika ingin berjaya dalam pelajaran. Kemahiran mengingat atau menghafal merupakan kemahiran mengingati semula isi-isi pelajaran dan fakta-fakta

yang

telah

dipelajari

sebelum

ini.

Faktor penting yang membantu proses mengingat atau menghafal ialah kefahaman tentang sesuatu bahan yang dibaca dan dipelajari. Kemahiran mengingat atau menghafal banyak dibantu oleh deria pendengaran dan penglihatan yang baik. Dalam hal ini, maklumat atau informasi diterima daripada deria dan disimpan dalam otak. Kemahiran mengingat dan menghafal membantu informasi yang diterima disimpan dalam ingatan kekal dan mampu digunakan semula pada masa yang diperlukan.

Kemahiran Mengumpul Maklumat

Kemahiran maklumat merupakan satu aspek kemahiran BCB yang paling utama. Dalam hal ini, pelajar bukan sahaja mampu mengenal pasti maklumat yang perlu dicari, tetapi juga mampu mengumpul, mengurus dan mengolah maklumat supaya maklumat tersebut dapat digunakan bagi memenuhi keperluan dalam pembelajaran.

Kemahiran ini perlu dikuasai pelajar supaya pelajar mampu memperoleh maklumat tambahan dalam pelajaran. Hal ini disebabkan pelajar tidak boleh semata-mata bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh guru-guru. Apabila pelajar menguasai kemahiran maklumat, bermakna pelajar berupaya mengenal pasti sumber pembelajaran, kaedah atau teknik mendapatkan maklumat sama ada melalui rujukan buku, rujukan kamus atau rujukan melalui sumber internet.

Tuntasnya, dengan menguasai kemahiran cara belajar sama ada dengan atau tanpa kehadiran guru, pelajar dapat memaksimumkan usaha dan mengoptimumkan pemerolehan ilmu pengetahuan . Dalam masa yang sama, penguasaan kemahiran cara belajar mampu membantu pelajar menggunakan masa secara berkesan. Bukan sahaja pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran pelajar sendiri serta cuba untuk mengatasinya namun yang lebih penting pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.

REFLEKSI

Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya kerana diberikan ruang dan peluang untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Kemahiran bernilai tambah . Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi. Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah dapatkah saya menyiapkan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya

menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah tajuk-tajuk yang sudah saya diberi taklimat ketika menghadiri kursus semakan kurikulum. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah saya ambil bagi mengatasi masalah-masalah yang telah saya hadapi tersebut. Antaranya termasuklah mencari bahan rujukan buku yang terdapat di perpustakaan awam teluk intan untuk mencari dan mengumpul maklumat berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan. Bagi mempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang digunakan, saya juga telah

meminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan saya. Dalam memastikan bahan rujukan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan menepati kehendak serta dapat menjawab soalan, saya telah melakukan kolaborasi atau perbincangan dengan para pensyarah dan rakan-rakan dalam penulisan tugasan ini terutamanya bagi soalan yang sedikit sukar untuk difahami. Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, saya telah berjaya mempelajari dan mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk tugasan. Walaupun tajuk tugasan sudah pun dipelajari dalam kursus semakan namun,

pelaksanaan tugasan ini telah membantu meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada yang telah saya perolehi tersebut. Dalam erti kata lain, pelaksanaan tugasan ini dapatlah dikatakan sebagai sesi ulangkaji secara tidak langsung kerana, dalam penulisan tugasan sebenarnya saya melakukan bacaan terhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui bacaan inilah saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya berkaitan tajuk soalan yang dibincangkan. Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan penulisan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan penulisan tugasan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya dapat mengelakkan untuk

melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini. .Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.

RANCANGAN PENGAJARAN TUGASAN BMM3101 BELAJAR CARA BELAJAR

Tarikh Masa Kelas Subjek Tema Tajuk Saiz Kelas Tahap Pencapaian Pelajar Objektif

: : : : : : : : :

05 Ogas 2011 10.05 pagi 11.05 pagi Tahun 5 Bahasa Melayu (SJK) Motivasi Diri Penyair Dari Bachok Saiz Standard Sederhana Pada akhir pembelajaran :1. Murid dapat membaca teks Penyair Dari Bachok secara imbasan untuk mendapat maklumat tentang sumbangan Sasterswaan Lim Swee Tin. 2. Murid dapat membuat ringkasan dalam bentuk bahan grafik tentang sumbangan Sasterawan Lim Swee Tin.

Hasil Pembelajaran

F.U 6.5 Aras 1 (i) 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk

mendapatkan maklumat khusus.

Aras 1 (i) Membaca dan mencari fakta yang releven. F.S 9.2 Aras 2 (i) 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota

daripada bahan yang didengar dan dibaca Aras 2 (i) Pengisian Kurikulum Kemahiran Bernilai Tambah : Belajar Cara Belajar -Bacaan Imbasan -Mengumpul Maklumat Nilai Murni ilmu : : Kerajinan , Kajian Tempatan Mencatat nota dalam bentuk grafik

Kecerdasan Pelbagai Tatabahasa Bahan Bantu Mengajar Strategi P & P

: : : :

Interpersonal , Verbal-linguistik Kosa Kata Teks , Slaid Power Point,Kertas Mahjong Kaedah dan Teknik Perbincangan dan pembentangan, Pengukuhan

Setting Bilik Darjah Pengetahuan sedia ada

: :

Murid duduk berkumpulan 1. Murid pernah baca tentang sasterawan 2.Murid pernah mencatat isi mengunakan bahan grafik.

Prosedur dan Masa Set Induksi 5 Minit

Isi Kandungan / Kemahiran Tokoh Sasterawan di dalam Persembahan Power Point dalam bentuk puzzle

Aktiviti P & P

Catatan

1. Guru menayangkan satu persembahan power point 2. Murid diminta menggabungkan gambar

BBM: Laptop, LCD dan Persembahan Power Point Nilaimurni: -Keberanian (memberi respons kepada soalan guru) -Kesyukuran -Kemahiran menjana idea

Lim Swee Tin

yang terdapat pada persembahan power point tersebut . 3. Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai tokoh sasterawan yang tertera.

Memperjelaskan Konteks

Teks : Penyair dari Bachok

1. Guru membaca teks tersebut terlebih dahulu. 2. Murid diminta membaca teks BBM: Petikan buku teks Penyair dari Bachok KBT : BCB Bacaan Imbasan

10 Minit

secara imbasan. 3. Secara berpasangan,murid diminta membaca teks secara lantang dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. 4. Guru membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid.

1. Murid menjawab soalan yang Tatabahasa: Pengajaran 15 Minit Kreatif Penataran Fakulti Deklamasikan diajukan oleh guru berdasarkan petikan (BT hlm. 66) 2. Guru menerangkan maksud perkataan yang sukar dalam petikan. 3. Secara berpasangan,murid diminta mencari maklumat tentang sumbangan Lim Swee Tin Menyemak Kefahaman Contoh Bahan Grafik Aktiviti Berkumpulan: Jom Bina Bersama 1. Murid dibahagikan kepada 15 Minit tiga kumpulan dan diberi peralatan untuk aktiviti. 2. Murid diminta memilih Bahan Carta alir Grafik seperti Rajah Pohon,Tulang Ikan dan Carta Alir. 3. Seterusnya,setiap kumpulan diminta mengelaskan Tulang ikan maklumat tentang sumbangan Lim Swee Tin. 4. Wakil dari setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan kumpulan Pohon mereka. 5. Guru menilai dan memperbetulkan kesilapan murid. 6. Kumpulan yang berjaya membina ayat yang terbaik akan diberi ganjaran .

BBM: Buku teks,Internet Ensiklopedia dan Brosur

KBT : BCB Bacaan Imbasan

BBM: Kertas mahjong , pen marker,sampul surat, Nilai murni: Bekerjasama dan bertanggungjawab

Kaedah Perbincangan, Pembentangan KBT : BCB Mengumpul Maklumat

Aplikasi / Latihan 10 Minit

Latihan yang diberikan guru bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman murid. Jenis latihan : Catat nota tentang kejayaan Sasterawan Lim Jawab soalan Kefahaman

1. Murid menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. 2. Kumpulan murid perdana diberi latihan seperti di lampiran 2. 3. Kumpulan murid mulus diberi latihan seperti di lampiran 3. 4. Guru membimbing murid.

BBM: Lembaran kerja

Penutupan 5 Minit

Syair hasilan Lim Swee Tin

1. Sebagai penutup, guru memaparkan syair ciptaan Lim 2. Seterusnya, murid diminta mendeklimasikannya. 3. Murid yang dapat mendeklimasikan syair dengan baik diberi ganjaran. 4. Guru merumuskan pengajaran.

BBM: Laptop, LCD dan Persembahan Power Point

Kaedah: Pengukuhan

RUJUKAN Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat, 1966. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Maklumat Pendidikan Khas. (2006). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia. Mok Soon Sang, 2004. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Kementerian Pendidikan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Pembelajaran Secara Kontekstual Kementerian Pendidikan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Pembelajaran Secara Konstruktivisme Kementerian Pendidikan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Belajar Cara Belajar Kementerian Pendidikan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA NO.KAD PENG KUMPULAN MATAPELAJARAN : : : : THILAI NATHAN A/L JEYARAMAN 830721085909 PM01 SEMESTER : PERTAMA

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM 3101)

PENSYARAH PEMBIMBING

PN.RAFIAH BINTI DAUD

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

TANDATANGAN PENSYARAH

Borang Maklum Balas Tugasan Nama Pelajar:Thilai Nathan a/l Jeyaraman Angka Giliran Pelajar:

Tajuk Tugasan:Tertiary Education Opportunities for In-Service Teachers Pensyarah:Pn.Zubaidah Binti Mohd Hakim Tarikh Hantar: 24 September 2011 Subjek Kursus: WAJ 3102 Tarikh Diterima:

Pengakuan Pelajar Saya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru (Peperiksaan,Penilaian dan Pengajian)1999.

Saya mengakui tugasan ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:

Tarikh:

Bil

KRITERIA PENTAKSIRAN Cemerlang

TAHAP PENCAPAIAN Baik Memuaskan Kurang Memuaskan Lemah

1 2

Kandungan/Coverage and Content Perbincangan Kritikal dan Reflaksi Critical and Reflective Discussion

3 4 5 6 7

Persembahan / Presentation Organisasi / Organisation Bahasa / language Rujukan dan Bahan bahan Sokongan Nilai-nilai Keguruan

Markah tercatat tertakluk kepada kelulusan JKPPIPG/Senat

Markah
Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki Nama Pemeriksa

SEKAPUR SIREH

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Tuhan kerana memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Jutaan berterima kasih kami ucapkan kepada pensyarah matapelajaran bahasa melayu saya Pn Rafiah binti Daud kerana telah memberi tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan dan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa nasihat daripada beliau saya pasti tidak dapat menyempurnakan

tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan. Disini beliau telah memberikan banyak penerangan untuk memastikan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan di Unit PM01 semester 1 dimana telah membantu dan membimbing saya dalam

menyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi. Kerjasama daripada semua rakan rakan terutama Cikgu En.Yussri,Cikgu Kyrill dan En.Nasa adalah dihargai. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta saya kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung Ijazah. Akhir sekali kami sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn.Rafiah binti Daud dimana semangatnya didalam memberi pengajaran kepada saya..

Terima Kasih Daun Keladi !

Lampiran C

Pengakuan Pelajar Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

.. .. .

ISI KANDUNGAN

BIL 1 2 3

PERKARA Pengakuan Pelajar Sekapur Sireh Pengenalan Pendahuluan Matlamat Objektif Organisasi kandungan Jenis-jenis Kemahiran Bahasa Melayu Hasil Pembelajaran Sistem Bahasa Pengisian Kurikulum Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Penekanan Konsep 5P

MUKA SURAT

Kemahiran Bernilai Tambah Teori Kecerdasan Pelbagai Kemahiran Berfikir Kajian Masa Depan Kemahiran Komunikasi Pembelajaran Konstraktivisme Pembelajaran Kontekstual Kemahiran Belajar Cara Belajar Teknologi Maklumat dan

Rancangan Pengajaran Tugasan Belajar Cara Belajar

6. 7 7.

Refleksi Rumusan dan Cadangan Rujukan

Lampiran 2 Catat nota tentang kejayaan Sasterawan Lim Swee Tin.


Sumbangan dan kejayaan Lim Swee Tin

Anugerah yang terima

Tugas yang disandang

Tajuk Novel yang dihasilkan

Lampiran 3 Jawab soalan Kefahaman

1. Sasterawan Lim Swee Tin berasal dari mana? 2.Nyatakan tajuk Novel-novel yang dihasilkan oleh Sasterawan Lim Swee Tin ? 3.Tuliskan 3 jenis anugerah yang diterima oleh Sasterawan Lim Swee Tin ? 4.Sasterawan Lim Swee Tin pernah bertugas sebagai

KELEBIHAN ELEMEN BELAJAR CARA BELAJAR

Dengan menggunakan kaedah imbasan (scanning) murid boleh mendapatkan informasi yang terperinci daripada bacaan yang dijalankan.Murid juga mampu mencari jawapan dengan kadar yang segera.Hal ini berlaku kerana murid hanya memfokuskan kepada kata-kata kunci yang tertentu daripada petikan yang diberi untuk mencari jawapan.Dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah saya

sediakan,murid akan menggunakan keadah imbasan (scanning) untuk mencari sumbangan sasterawan Lim Swee Tin. Kaedah imbasan (scanning) yang terapkan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa guru dan murid untuk menyelesaikan satu

tugasan.Oleh itu,masa yang terlebih boleh digunakan untuk aktiviti lain seperti mencari maksud dan sebagainya.Kaedah imbasan (scanning) juga dapat melatih murid untuk digunakan untuk menjawab soalan petikan semasa peperiksaan. Menguasai kemahiran membaca secara scanning melibatkan masa yang tidak lebih daripada beberapa minit. Hal ini membantu pelajar menjimatkan masa dan dalam masa yang sama mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan. Hanya selepas itu, pelajar boleh membuat keputusan dalam menentukan tahap kepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam teks atau buku teks mahupun buku rujukan yang memerlukan perhatian khusus ketika pelajar membuat ulang kaji atau membaca untuk belajar.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Konsep dan prinsip kemahiran Bernilai Tambah(KBT) yang digariskan oleh pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar atau sama dengan kemahiran Generik dalam pedagogi bestari.Kemahiran Bernilai Tambah merupakan kemahiran umum yang perlu diaplikasikan merentas semua domain mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kemahiran ini memerlukan masa yang lebih lama untuk dikuasai berbanding dengan ilmu dan kemahiran dalam matapelajaran lain.Dengan sedikit pengubahsuaian dan modifikasi daripada konsep kemahiran generik ,KBT merupakan kemahiran yang diperoleh melalui aplikasi kemahiran generik dan pendekatan,teknik serta kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Bernilai Tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam scenario dunia global. Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran dan jenis kecerdasan murid akan memberikan rangsangan untuk belajar dengan penuh minat dan bersemangat.Oleh hal demikian,murid lebih menguasai ilmu yang dipelajari.proses ini memungkinkan murid menyedari potensi dan kecerdasan diri.Dengan adalah penerapan Kemahiran Bernilai Tambah suasana pembelajaran akan lebih aktif,segar dan menyeronokan.

Anda mungkin juga menyukai