Anda di halaman 1dari 4

Pada pandangan saya, usaha dan kemampuan guru untuk menggunakan TMK dalam P&P di dalam mahu pun

di luar bilik darjah akan berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran kendiri, membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi, membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Usaha dan kesanggupan guru membawa kaedah baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian dan seterusnya memberi nilai tambah dalam aktiviti P&P akan menonjolkan ciri kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya. Usaha ini sudah pasti akan meningkatkan kualiti pendidikan dalam menjana modal insan yang gemilang.

Membudayakan kerja cemerlang Di dalam sanubari setiap insan tersemat keinginan mahu menjadi manusia sempurna. Kecemerlangan seseorang diperakui kesahihannya apabila orang itu sangup dan mampu melakukan sesuatu diluar kemampuan manusia lain. (Hamdan, Madon dan Syed Hussin, 2003). Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, guru sangat dituntut untuk mengekalkan ciri kecemerlangan kerja mereka. Kecemerlangan kerja guru akan menentukan peningkatan kualiti sistem pendidikan. Oleh itu guru mestilah berusaha untuk mengamalkan budaya kerja cemerlang bagi mengekalkan kecemerlangan dirinya. Perkongsian kepakaran meningkatkan potensi diri Kecemerlangan memerlukan pengorbanan, dedikasi, kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepimpinan, dan pelbagai lagi sikap dan sahsiah yang positif. Setiap guru mempunyai kekuatan dan kepakaran yang berbeza-beza hasil dari pengalaman dan latihan yang diterima sepanjang kerjayanya.

Pada pandangan saya, kesediaan dan kesanggupan guru berkongsi kepakaran dan pengetahuan bersama guru lain sudah pasti dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan potensi dalam dirinya. Untuk mencapai matlamat ini guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi dan bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama komuniti persekitarannya. Teknologi maklumat Di antara usaha yang boleh dilakukan oleh guru dalam memantapkan penguasaan teknologi maklumat dan komputer/TMK ialah denganmenghadiri kursus-kursus berkaitan pengkomputeran, sama ada yang dianjurkan oleh KPM atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun yang disediakan oleh pihak swasta. Kursus Profesionalisme di peringkat sekolah merupakan landasan terbaik bagi membantu guru agar celik komputer. Guru perlu bersikap proaktif dalam mendalami ilmu TMK. Guru perlu mengikis rasa segan dan malu untuk mendapat bantuan tunjuk ajar dari rakan Menyumbang tenaga dan kepakaran Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan budaya yang diamal dan dipamerkan oleh setiap pelajar, guru dan juga pentadbir sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru sendiri. Oleh itu tugas dan tanggung jawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan mempunyai kepakaran tertentu dituntut unuk berkongsi kepakarannya dengan rakan sejawat dan pelanggannya. Berkongsi kepakaran akan meningkatkan kecemerlangan komunikasi guru.

Keterampilan berkualiti Untuk mengekalkan kecemerlangan dalam dalam dirinya. diri, guru mesti menjadi berusaha seorang untuk yang

meningkatkan

keterampilan

Untuk

berketerampilan, guru mesti mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam dirinya, dengan berusaha meningkatkan keupayaan, kemahiran dan kecekapan menjalankan sesuatu tugas di samping mempunyai wawasan yang jelas. Pada pandangan saya, keterampilan mampan mestilah disertai dengan ciri keunggulan. Guru mesti berusaha untuk menjadi unggul. Guru mesti berusaha meningkatkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, mengurus dan mentadbir. Guru unggul dan berketerampilan akan menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawatnya, untuk turut berusaha mengekalkan kecemerlangan diri demi meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan gemilang

BIBLIOGRAFI 1. Ainon Bt Mohd., Abdullah Hassan (2005), Kepintaran Daya Cipta &

Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. ms. 10-15. 2. Hamdan Ab. Kadir, Madon Mawel dan Syed Hussi Jaafar (2003).Pa ndua n Menjadi Fasilitator Efektif: PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd. ms. 35-43. http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/index.htm http://k6educators.about.com/od/professionaldevelopment/p/successteach.htm?p=1
www.slideshare.net/ramgc/laluan-kerjaya-guru-cemerlang www.scribd.com/doc/417046/Perubahan-Sikap

Anda mungkin juga menyukai