Anda di halaman 1dari 2

Kemajuan dalam teknologi komputer dan era baru pendidikan pada hakikatnya ingin memastikan yang revolusi maklumat

akan mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam serta menyeluruh. Teknologi komunikasi dan maklumat adalah medium sumber maklumat yang mudah dan cepat untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Kesedaran kepada kepentingan teknologi maklumat ini telah mendorong kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke peringkat sekolah rendah, khususnya di luar bandar. Ini adalah kerana selain daripada kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), satu lagi kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik komputer. Celik komputer adalah apabila seseorang mempunyai kefahaman asas fungsi komputer, dapat menggunakan komputer bagi memudahkan pelaksanaan tugastugas harian sama ada untuk kegunaan peribadinya atau untuk pekerjaannya dengan cekap dan berkesan, dan dapat berinteraksi dengan komputer dengan menggunakan aplikasi-aplikasi seperti multimedia dan Internet. Kemajuan yang begitu pesat dalam bidang teknologi elektronik, satelit, telekomunikasi dan teknologi maklumat membolehkan seseorang itu menyampai, mengumpul, menyalurkan, menyebarkan, mengurus, memproses atau menyimpan pelbagai jenis maklumat dengan cepat dan mudah. E-mel, World Wide Web, teknologi digital, Internet, CD-Rom dan bahan multimedia interaktif menjadi alat atau kemudahan baru dalam sistem pendidikan bersifat bestari. Melalui teknologi yang semakin canggih pada masa sekarang, kita boleh belajar melalui pembelajaran kendiri. Penggunaan pelbagai jenis teknologi dalam pembelajaran melatih pelajar agar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan prestasi akademik mereka tanpa bergantung kepada guru. Melalui tugasan yang diterima dan arahan yang diberikan dengan lengkap, pelajar boleh mencari dan mengumpulkan maklumat yang dikehendaki dan seterusnya menyediakan peta minda dan bahan grafik yang lain untuk memindahkan bahan yang diperoleh kepada satu bentuk yang mudah difahami.

Kedua, dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) dapat membantu guru dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran. Penerangan guru akan lebih mudah difahami apabila dibantu oleh pelbagai bahan dan peralatan yang mampu menterjemahkan maksud yang jelas berhubung dengan penerangan guru. Teknologi juga memberi peluang belajar kepada semua. Teknologi dalam p&p membuka peluang pelajar kepada sesiapa sahaja walaupun tanpa sekolah atau guru. Teknologi dalam p&p telah mengubah sistem dan proses pembelajaran yang konvensional kepada suatu sistem yang lebih terbukan dan bebas. Melalui teknologi dalam p&p, pelajar boleh belajar dengan cara jarak jauh dan ini menjadikan proses pembelajaran lebih terbuka dan bebas. Pelajar juga dapat menguasai kemahiran melalui computer dan ilmu yang berguna. Penyusunan jadual waktu kepada pelajar mudah disusun dan disesuaikan dengan kehendak pelajar dan pelajar dapat belajar pada waktu pilihan mereka.

Anda mungkin juga menyukai