Anda di halaman 1dari 3

Ananlyse a major automotive organization I terms of its websites design appearance, customization and iniquitousness and propose relevant

improvement solutions.

Saya memilih website Peugeot Malaysia. http://www.peugeot.com.my/

Berdasarkan pengamatan, pemerhatian dan navigasi yang telah dilakukan ke atas laman web tersebut dapat saya rumuskan beberapa perkara berdasarkan pengalaman saya. Pertama sekali, saya merasakan bahawa peta tapak (site map) laman web ini mempunyai susunan yang teratur serta sambungan-sambungan yang jelas. Bila melihat muka hadapan laman ini kita dengan jelas boleh mengenalpasti jenis perniagaan yang dijalankan beserta jenama yang dibawa. Peta tapaknya disusun mengikuti heirarki yang jelas bagi membolehkan penggunakan mengakses maklumat yang dikehendaki dengan tepat dengan hanya menekan mana-mana butang utama yang diletakkan di bahagian atas.

Pilih sahaja menu mana yang dikehendaki, pengguna akan terus dibawa ke laman tersebut. Begitu juga jika ingin kembali ke menu utama, butang-butang ini diletakkan secara konsisten dan tidak mengelirukan pengguna sama ada yang baru atau pun berpengalaman. Navigasi yang konsisten amat perlu untuk setiap laman web. Butang navigasinya kekal berada di bahagian atas setiap muka dengan muka yang lain. Walaupun butangnya hanya menggunakan teks tetapi ia sudah memadai bagi laman ini.

Profil perniagaan diletakkan di dalam laman About, berbagai maklumat boleh dicapai di laman ini yang terdiri daripada, Nasim Sdn Bhd, Awards, HDI Engines, Career Opportunities, Contact Us dan Contact us form. Melalui sub menu Contact Us dan Contact us form pengguna boleh berhubung dengan pihak syarikat melalui talian hotline atau emel ataupun mengisi borang maklumbalas pelanggan. Dengan adanya laman social yang sangat popular masa kini, pengguna juga berpeluang berinteraksi

secara terus dan mengikuti perkembangan semasa syarikat melalui fan page seperti facebook dan twitter.

Segala berita menarik dan terkini tentang Peugeot Malaysia disiarkan di halaman utama secara ringkas tetapi menarik dilengkapi dengan grafik dan animasi yang mungkin menggunakan platform Adobe Flash untuk membangunkannya. Laman ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan Peugeot untuk menyampaikan maklumat penggguna.

Sekiranya melawat ke laman ini, sudah pasti pengguna akan rasa teruja untuk mendapatkan maklumat lanjut model-model kereta keluaran Peugeot. Bagaimana Peugeot mengiklankannya di halaman utama sudah pasti pengguna tidak sabar-sabar untuk menerokai setiap model yang memikat hati mereka. Ayat-ayat ringkas dan grafik yang menawan sudah pasti resipi utamanya.

Grafik yang digunakan menggunakan resolusi yang baik sememangnya perlu bagi sesebuah pengeluar kenderaan. Pengguna tidak perlu menunggu lama kerana imej-imej yang digunakan membolehkan fast loading merupakan salah satu ciri yang digemari pengguna. Terdapat juga ikon dan gambar yang kecil serta relevan pada bar navigasi dibahagian bawah. Semua grafik yang digunakan tidak membebankan proses load setiap mukasurat dengan adanya cache. Pembaca boleh memilih sama ada untuk melihat grafik sahaja atau melihat grafik dan teks dalam satu-satu masa.

Peugeot juga menyediakan ruangan FAQ-Frequently asked question, yang mana dapat menjimatkan masa untuk menjawab soalan yang berulang-ulang kali dan sekaligus menyenangkan pembaca-pembaca lain dengan menyediakan jawapan bagi soalan yang bakal ditujukan oleh pengguna. Tetapi malangnya hanya ruangan sahaja disediakan tetapi Peugeot belum menyediakan koleksi soalan-soalan yang sering ditanyakan. Ini boleh ditambahbaik dimasa akan datang.

Antara lain yang boleh ditambah baik oleh Peugeot ialah dengan memasukkan mekanisma pencari di dalam laman web mereka untuk membantu pembaca mencari bahan yang dikehendaki dengan segera. Pembaca hanya perlu memasukkan perkataan yang dicari untuk mendapatkan senarai mukasurat di dalam tapak Web yang mengandungi perkataan tersebut. Pembaca akan berterima kasih jika laman Web yang besar mempunyai elemen ini. Peralatan pencari senang untuk di"maintain" sebaik sahaja ia di"install" ke dalam server Web. Ia secara otomatik akan mengemaskinikan segala data pencari. Terdapat enjin-enjin pencari yang memberi lesen menggunakan teknologi tersebut.

Selain itu, ruangan komen juga boleh disediakan membolehkan pembaca meminta maklumat diperlukan secara "online" dan tidak perlu menyalin nombor telefon dan menghubungi anda. Sebaliknya anda hanya perlu menjawab sebarang pertanyaan melalui emel ataupun surat. Bukan setakat tempat mendapatkan informasi, ruangan ini juga bertindak sebagai alat untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat di dalam laman Web anda. Anda dapat memperlengkapkan informasi-informasi di dalam laman Web anda berdasarkan komen-komen dari pembaca.

Secara keseluruhannya laman Web Peugeot mempunyai antaramuka yang menarik, informasi yang mencukupi, serta interaksi yang baik dengan pengguna.

Anda mungkin juga menyukai