Anda di halaman 1dari 20

Sce 3103 1 PENEROKAAN BAHAN

A. Pemerolehan Ilmu ( TUGASAN 1 )

i)

Bahan api fosil dan pencemaran alam Pengertian Bahan api fosil merupakan bahan api yang terbentuk daripada proses-proses semula jadi seperti pereputan anaerobik hidupan mati yang tertanam. Usia hidupan itu dan bahan api fosil yang terbentuknya lazimnya sekitar jutaan tahun, yang paling lama melebihi 650 juta tahun. Bahan api fosil mengandungi kandungan karbon yang tinggi. Antara jenis bahan api fosil ialah arang, petroleum, dan gas asli. Bahan api fosil terdiri daripada bahan-bahan yang meruap dengan nisbah karbon kepada hidrogen yang rendah seperti metana, petroleum cecair dan bahan-bahan tidak meruap yang terbentuk daripada karbon tulen hampir sepenuhnya, seperti arang antrasit. Metana terdapat dalam medan hidrokarbon, sama ada sendirian, bersangkut-paut dengan minyak, ataupun dalam bentuk klatrat metana. Bahan api fosil terbentuk daripada fosil tumbuhan setelah terdedah kepada haba dan tekanan dalam kerak Bumi selama jutaan tahun. Bahan api fosil merupakan sumber yang tidak boleh dibaharui kerana memakan masa jutaan tahun untuk terbentuk, apalagi simpanannya lebih cepat dihabiskan daripada penemuan simpanan baharu. Pencemaran oleh bahan api fosil Pembakaran bahan api fosil menghasilkan kira-kira 21.3 bilion tan karbon dioksida (CO2) setahun, tetapi adalah dianggarkan bahawa proses-proses semulajadi hanya mampu menyerap kira-kira separuh jumlah itu, maka karbon dioksida dalam atmosfera mencatat kenaikan 10.65 bilion tahun setahun. Karbon dioksida merupakan salah sejenis gas rumah hijau yang menguatkan pemaksaan bersinar, maka menyumbang kepada pemanasan global yang mana purata suhu permukaan Bumi naik sebagai kesannya. Menerusi Laporan Penilaian Ke-4 (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC), menunjukkan 98 peratus daripada kenaikan suhu bumi kini

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 1

Sce 3103 2 PENEROKAAN BAHAN disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera meningkat daripada 280 bahagian sejuta (ppm) yang dicatat pada kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada 2005. Pada 2099, sekiranya manusia masih mengekalkan momentum penggunaan bahan api fosil sepertimana sekarang, kepekatan gas ini di atmosfera dijangka meningkat sebanyak 700 ppm. Keadaan ini akan mengakibatkan persekitaran bumi tidak lagi sesuai untuk didiami oleh manusia. Dalam sektor pengangkutan, kenderaan bermotor merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara. Aktiviti perindustrian seperti industri kilang penapis minyak pula mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Selain itu,industri logam pula mengeluarkan bahan sulfur dioksida dan habuk toksik. Penjanaan kuasa elektrik juga merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran alam ini. Hal ini berlaku kerana hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan pembakaran bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu, Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekapan antara 35 dan 40 peratus manakala tenaga selebihnya akan bertukar menjadi haba.

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 2

Sce 3103 3 PENEROKAAN BAHAN

ii) Aloi dan bahan penggunaan harian Pengertian Aloi ialah campuran yang terdiri daripada dua atau lebih logam mengikut kadar peratusan yang ditetapkan. Campuran logam-logam ini akan mengubah sifat logam asal dan menghasilkan aloi yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Salah satu daripada contoh aloi ialah gangsa yang terdiri daripada campuran kuprum dan stanum. Pengaloian pula adalah satu proses yang melibatkan penambahan logam tertentu kepada logam asal mengikut peratusan yang tertentu. Atom-atom logam asing yang terselit di antara susunan logam asal mengganggu struktur atom logam asal kerana atom asing itu merupakan atom yang lebih besar atau lebih kecil daripada atom loga asal. Atom-atom asing ini menghalang lapisan- lapisan atom daripada tergelincir atau tergelonsor dengan mudah. Ini menyebabkan aloi tidak mudah dimulurkan atau ditempa berbanding dengan logam asal. Takat didih dan kekonduksian elektrik aloi juga berkurang berbanding dengan logam asal. Sifat-sifat ini menjadikan aloi lebih berguna bagi tujuan tertentu. Misalnya, untuk membina jambatan, kapal, membuat duit syiling dan sebagainya.

Tujuan dan penggunaan pengaloian a) Menambah kekerasan Contoh, 1% karbon yang dicampurkan kepada 99% ferum untuk menghasilkan logam yang sangat keras yang dipanggil keluli karbon. Keluli karbon digunakan dalam pembuatan badan kereta, dawai, jambatan, paip dan sebagainya. 4% Kuprum dan 0.5% magnesium dicampurkan kepada 95.5% aluminium untuk menghasilkan aloi yang lebih keras yang dipanggil duralumin. Duralumin ini digunakan untuk membina badan kapal terbang kerana duralumin tidak mudah terkakis dan juga dapat mengekalkan sifat ringannya seperti aluminium. b) Mencegah kakisan Nikel dan kromium boleh ditambahkan kepada logam-logam seperti ferum atau stanum untuk mencegah kakisan. Logam kromium membentuk satu lapisan kromium (III) oksida
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 3

Sce 3103 4 PENEROKAAN BAHAN apabila ditambah kepada keluli karbon. Lapisan ini menghalang keluli karbon daripada terkakis. Aloi yang terhasil dikenali sebagai keluli nirkarat. Keluli nirkarat digunakan untuk membuat pisau, sudu, garfu dan barang-barang perhiasan.

Fosforus juga digunakan untuk mencegah kekakisan. Apabila fosforus ditambahkan kepada gangsa, aloi gangsa fosfor terhasil. Aloi gangsa fosfor ini tidak terkakis dan tahan haus. Ini menjadikannya digunakan untuk membuat bahagian-bahagian mesin seperti gear atau bahagian yang terdedah kepada air laut.

c) Membaiki rupa Permukaan sesetengah logam akan menjadi malap disebabkan pembentukan lapisan oksida di atasnya. Untuk mengekalkan permukaan berkilat, logam- logam boleh dialoikan dengan nikel dan kromium. Duit syiling sentiasa berkilat kerana terdapat 25% nikel dalam logam kuprum. Aloi yang digunakan bagi duit syiling Malaysia ialah kupronikel. Warnanya seperti perak, tahan lasak, tidak berkarat dan tidak terkakis.

Aloi piuter yang berkilat dan menarik menyebabkannya digunakan bagi membuat barang perhiasan. Piuter terdiri daripada 91% stanum, 2% kuprum dan 7% antimoni.

Logam stanum juga digunakan untuk menghasilkan gangsa apabila dialoikan dengan kuprum. Gangsa digunakan untuk membuat pingat dan barang perhiasan.

Aloi Duralumin Gangsa Keluli Kupronikel Loyang Magnalium Pateri

Komposisi aloi 95.5% aluminium, 4% kuprum, 0.5% magnesium 90% kuprum, 10% stanum 99% ferum, 1% karbon 75% kuprum, 25% nikel 70% kuprum, 30% zink 70% aluminium, 30% magnesium 50% plumbum, 50% stanum 91% stanum, 2% kuprum, 7% antimoni

Kegunaan Bahagian badan kapal terbang, kabel elektrik, basikal lumba Pingat, pedang Kenderaan, kapal, jambatan Duit syiling, kipas turbin Alat elektrik, barang perhiasan Bahagian rangka kapal terbang Menyambung dawai elektrik dan industri kimpalan Barang perhiasan dan cenderamata
Page 4

Piuter

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Sce 3103 5 PENEROKAAN BAHAN

iii) Bahan komposit dan penggunaannya Pengertian Bahan komposit merupakan bahan yang dibuat melalui gabungan dua atau lebih sebatian. Salah satu bahan biasanya gentian yang kukuh seperti gentian kaca, kavler atau gentian karbon yang memberikan bahan tersebut kekuatan tensil. Sementara bahan lain (dinamakan matriks) biasanya sejenis bahan berdamar seperti polyester atau epoxy yang memegang gentian dan menjadikan bahan tersebut keras dan kukuh. Bahan komposit boleh jadi campuran antara logam-logam, logam-seramik, logam-polimer, polimer-polimer atau polimer-seramik. Sifat bahan komposit yang dihasilkan adalah lebih baik daripada komponen yang asal.

Bahan komposit terdiri daripada atom yang keras dan rapuh dikelilingi oleh bahan matrik yang lebih lembut dam mulur. Susunan strukturnya menyamai susunan struktur aloi logam tetapi dalam bahan komposit tidak berlaku perubahan fasa untuk mendapatkan atom-atom tersebar dalam matriks.

Contoh bahan komposit adalah: i. Konkrit yang diperkukuhkan

ii. Gentian kaca iii. Gentian optik iv. Kaca fotokromik v. Seramik kaca

Penggunaan bahan komposit i. Konkrit yang diperkukuhkan Konkrit merupakan gabungan simen dan aggregate seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Ia merupakan salah satu bahan binaan yang paling penting untuk sesuatu projek pembinaan. Konkrit akan mengeras membentuk bahan seperti batu setelah melalui proses pengeringan mineral. Konkrit digunakan sebagai laluan pejalan kaki, membina

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 5

Sce 3103 6 PENEROKAAN BAHAN struktur asas, pembinaan jalan, struktur meletak kereta, dinding batuan, dasar bagi pintu pagar, tembok dan tiang. ii. Gentian kaca Gentian kaca adalah plastik yang diperkukuhkan dengan kaca (GRP Glass-reinforced polymer). Gentian kaca banyak digunakan kerana ia tidak mahal dan mempunyai kebolehan elastik lebih tinggi daripada matrik polimer. Gentian kaca banyak digunakan untuk menghasilkan tikar, penebat haba, penebat elektrik, menguatkan pelbagi jenis bahan, tiang khemah, penyerap bunyi, fabric rintangan haba dan karat, fabric berkuatan tinggi, anak panah, busur, panel bumbung lut sinar, badan kereta dan badan bot. iii. Gentian optik Gentian optik merupakan benang kaca halus yang digunakan bagi menyalurkan cahaya. Ia juga pemancar yang terbaik dengan pemancaran isyarat tanpa pengganda boleh dilakukan pada jarak jauh. Selain, berupaya membawa banyak data, tahan kepada gangguan elektromagnetik. Gentian optik juga mempunyai kadar rintangan yang sangat tinggi.oleh itu, ia selamat digunakan berhampiran peralatan bervoltan tinggi.

iv. Kaca fotokromik Kaca fotokromik adalah campuran kaca, polikarbonat dan plastik. Kaca jenis ini boleh membiaskan cahaya dan memberikan kesan gelap pada kanta tersebut apabila digunakan di bawah sinaran cahaya matahari. Sebaliknya berubah seperti kaca biasa di bawah lindungan atau teduhan seperti di dalam bangunan. Ia juga dapat menangkis sinaran UV. Kaca fotokromik ini digunakan untuk membuat kanta cermin mata dan juga cermin kenderaan bermotor.

v. Seramik kaca Seramik kaca adalah campuran tanah liat, simen dan kaca. Merupakan bahan yang sangat tahan terhadap serangan agen pengoksida atau oksigen. Ia juga mempunyai sifat tahan haba, tahan bahan kimia, takat lebur yang tinggi dan sangat keras tetapi rapuh. Ia sesuai dijadikan perkakasan harian di rumah, jubin, enamel, palam elektrik. Dalam industry, seramik digunakan sebagai superkonduktor. Superkonduktor ini boleh digunakan untuk membuat magnet yang sangat ringan dan magnet ini mempunyai kuasa yang beribu kali lebih besar daripada magnet biasa. Kini cip mikro juga diperbuat
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 6

Sce 3103 7 PENEROKAAN BAHAN daripada seramik. Cip mikro ini dapat menghasilkan pelbagai jenis barang seperti computer, radio, telefon dan lain-lain perkakasan elektrik dan elektronik.

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 7

Sce 3103 8 PENEROKAAN BAHAN

iv) Sabun dan detergen dikaitkan dengan pencemaran alam Pengertian Sabun dihasilkan daripada lemak haiwan atau lemak sayuran. Ia bertindak sebagai pengimulsi, iaitu membolehkan air dan minyak bercampur supaya kesan minyak dapat diasingkan semasa membilas. Sabun lebih berkesan daripada air dalam tindakan membersihkan kotoran. Sabun tidak menimbulkan masalah pencemaran kerana sabun ialah bahan terboidegradasikan, iaitu dapat diuraikan oleh bakteria. Sabun juga tidak beracun kepada hidupan akuatik.Walabagaimanapun, sabun tidak boleh digunakan dengan air liat, air laut dan air yang berasid kerana molekul asid palmitik tidak dapat larut dalam air dan bertindak sebagai bahan pencuci.

Detergen pula ialah garam natrium yang terhasil apabila asid sulfonik atau asid alkil benzena sulfonik bertindak balas dengan natrium hidroksida. Detergen mengurangkan daya tegangan permukaan air dan membuatkan ia lebih basah supaya senang melekat dengan minyak dan gris. Pelbagai jenis bahan kimia ditambahkan kepada detergen tertentu untuk meningkatkan kuasa mencuci dan keberkesanannya. Contohnya bahan peluntur seperti natrium perborat, bahan berpendarfluor dan pewarna sebagai agen pemutih dan enzim biologi, bahan fosfat, bahan pengering, bahan penstabil dan bahan pewangi. Pencemaran yang disebabkan oleh sabun detergen Pencemaran yang dihasilkan oleh detergen berasal daripada dua sumber, iaitu bahan detergen sendiri dan bahan-bahan tambahan. Sumber pertama ialah detergen tidak terbiodegradasikan, iaitu detergen yang mempunyai rantai hidrokarbon bercabang. Detergen yang tidak dapat diuraikan oleh bakteria masih menunjukkan sifatnya walaupun dibuang ke dalam sungai dan talian air. Pembentukan buih yang banyak akan membunuh hidupan akuatik kerana menghalang oksigen meresap masuk ke dalam air.

Penyebab pencemaran seterusnya adalah bahan tambahan dalam detergen seperti sebatian fosfat yang boleh bertindak sebagai baja dan mempercepatkan pertumbuhan rumpai air. Apabila tumbuhan ini mati, ia akan menjadi makanan kepada bacteria.

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 8

Sce 3103 9 PENEROKAAN BAHAN Penguraian yang berlaku menyebabkan oksigen yang terlarut dalam air dihabiskan dengan cepat. Kekurangan oksigen akan membunuh semua hidupan akuatik dalam air.

Bahan peluntur dalam detergen mengandungi klorin dalam bentuk natrium hipoklorit, NaClO. Apabila natrium hipoklorit bertindakbalas dengan asid, gas klorin yang bersifat menghakis dan beracun akan terbebas dan membunuh hidupan dalam air.

Bahan alkali seperti natrium hidroksida, natrium karbonat dan ammonia yang bersifat menghakis dan mengubah kealkalian air jika dibuang ke dalam air. Ini akan membunuh hidupan air yang peka kepada perubahan pH air.

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 9

Sce 3103 10 PENEROKAAN BAHAN

v) Getah serta penggunaannya Getah dihasilkan daripada pokok Hevea brasiliensis yang berasal dari Brazil dan polimer penambahan yang dihasilkan daripada gabungan monomer yang bernama 2-metilbut-1, 3diena (isoprena). Rantai polimer getah mempunyai formula am (C5H8)n dan dikenali sebagai poliisoprena. Apabila pokok getah ditoreh, cecair seperti susu akan mengalir keluar. Cecair ini dinamakan lateks. Lateks adalah sejenis larutan koloid. Jika lateks dibiarkan selama 1- 2 hari, lateks itu akan membeku. Lateks perlu melalui proses pemvulkanan untuk menambahkan kekuatan, kekenyalan dan ketahanan getah terhadap haba dengan memanaskannya dengan sulfur. Sulfur akan bertidakbalas dengan ikatan ganda dua pada rantai polimer getah untuk membentuk ikatan C-S-S-C- antara rantai-rantai polimer. Jadi, fungsi atom sulfur adalah untuk membentuk rangkai silang antara rantai polimer getah supaya menghasilkan getah tervulkan.

Penggunaan getah asli Getah asli yang tervulkan dicampur dengan karbon hitam akan menambahkan kekuatan regangan, rintangan kikisan, dan rintangan terhadap haba. Sifat-sifat seperti ini amat sesuai dan penting dalam pembuatan tayar.

Sifat kekenyalan getah penting bagi pembuatan benang getah yang digunakan dalam stoking dan gelang getah.

Kebolehan getah mengubah bentuknya digunakan dalam pembuatan salur getah bagi air dan minyak, salur bagi kegunaan perubatan dan pembedahan, belon dan sarung tangan.

Sifat getah yang kuat dan tahan lasak sesuai dalam penghasilan selipar, alas kaki, tapak kasut, dan tumit sepatu. Landasan keretapi menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geselan kerana sifatnya yang sangat kuat. Jambatan di kebanyakan lebuh raya juga menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan perubahan suhu. Di pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga tidak bergegar. Di Jepun, getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat dikurangkan dan tidak mudah runtuh.

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 10

Sce 3103 11 PENEROKAAN BAHAN Sifat getah asli Kenyal Kuat dan tahan lasak Boleh mengubah bentuk Tahan rintangan, tahan kikisan, tahan haba Kegunaan Benang getah, gelang getah Alas kaki, tilam, selipar, nttumit sepatu, pelapik getah untuk bangunan dan landasan keretapi Saluran air atau minyak, belon, sarung tangan tayar

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 11

Sce 3103 12 PENEROKAAN BAHAN

vi) Penyediaan industri ammonia dan asid sulfirik Ammonia Ammonia adalah bahan kimia dengan formula kimia NH3. dan antara bahan kimia yang paling banyak dihasilkan. Pembuatan ammonia secara besar-besaran di kilang melibatkan tindak balas nitrogen dan hidrogen di bawah tekanan dan suhu optimum dikenali sebagai Proses Haber. Gas nitrogen yang diperlukan diperolehi daripada penyulingan berperingkat ke atas udara cecair. Manakala gas hidrogen pula diperolehi dengan menggunakan gas air atau dengan menukarkan gas asli kepada hidrogen. Dalam proses haber : i. Satu bahagian gas nitrogen dan tiga bahagian gas hydrogen yang tulen dan kering dicampurkan. ii. iii. Campuran gas ini dimampatkan kepada tekanan antara 200 hingga 500 atmosfera. Gas tersebut dihantar melalui serbuk besi halus (mangkin) dan molybdenum (penggalak) pada suhu antara 4500C hingga 5500C. iv. Dalam keadaan ini, tindak balas kimia berlaku dan menghasilkan kira-kira 10% 20% gas ammonia.

200 500 atm Nitrogen + Hidrogen 450 - 550 C


0

ammonia

v. vi.

Proses ini ialah satu proses eksotermik. Gas ammonia yang terhasil bercampur dengan gas-gas yang lain dan diasingkan secara kondensasi dalam keadaan cecair.

vii.

Gas nitrogen dan hydrogen berlainan digunakan untuk meneruskan proses tindak balas kimia tersebut.

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 12

Sce 3103 13 PENEROKAAN BAHAN

Rajah : Haber

Proses

Faktor-faktor yang mempengaruhi proses haber a) Suhu Sekiranya suhu dikurangkan, penghasilan ammonia akan meningkat. Namun tindak balas ini akan menjadi lambat pada suhu yang rendah. Oleh itu suhu optimum untuk pengeluaran ammonia yang terbaik dalam masa yang singkat adalah antara 4500C hingga 5500C.

b) Tekanan Tindak balas ke hadapan menunjukan pengurangan dalam jumlah molekul gas, iaitu suatu susutan dalam isipadu. Tekanan yang tinggi akan menyebabkan kepekatan gas tinggi seterusnya mempercepatkan tindak balas. Akibatnya lebihan ammonia terhasil. Tekanan yang sesuai adalah antara 200 hingga 500 atmosfera. c) Mangkin Mangkin tidak mengalami perubahan kimia dalam proses tindak balas dan tidak mempengaruhi peratus ammonia yang dihasilkan. Mangkin besi yang digunakan dalam Proses Haber hanya untuk mempertingkatkan kadar tindak balas.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 13

Sce 3103 14 PENEROKAAN BAHAN

Kegunaan Ammonia i) Menghasilkan baja kimia

ii) Menghasilkan asid nitrik dan bahan letupan iii) Pembuatan gentian sintetik iv) Sebagai agen penurun dalam bentuk larutan untuk menanggalkan kotoran berminyak v) Sebagai agen penyejuk vi) Mencegah pembekuan susu getah

Penyediaan Asid sulfirik Asid sulfurik adalah asid galian dwibes yang kuat. Formula asid sulfurik ialah H2SO4. Dalam keadaan tulen, asid sulfuric adalah likat dan tak berwarna. Dalam makmal, asid sulfurik digunakan sebagai agen pengoksidaan dan agen penghidratan. Asid sulfurik banyak digunakan untuk menghasilkan cat, baja, plastik, fabrik, dye, dan banyak lagi bahan-bahan yang berguna. Proses yang paling utama untuk menghasilkan asid sulfurik ialah Proses Sentuh. Proses Sentuh yang digunakan untuk menghasilkan asid sulfurik akan melalui 3 peringkat. Peringkat 1 a) Sulfur dibakar dalam udara untuk menghasilkan sulfur dioksida. b) Selain pembakaran dalam udara, sulfur dioksida juga boleh diperolehi dengan memanaskan logam sulfida c) Sulfur dioksida yang diperolehi ditulen dan dikeringkan. Peringkat 2 a) Sulfur dioksida yang tulen dan kering dicampurkan dengan oksigen kering yang berlainan.

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 14

Sce 3103 15 PENEROKAAN BAHAN b) Campuran ini dilalukan melalui vanadium (V) oksida (mangkin) pada suhu 4500C hingga 5500C dan pada tekanan atmosfera. c) Dalam keadaan ini, sulfur trioksida dihasilkan. Peringkat 3 a) Sulfur trioksida yang terhasil dilarutkan dalam asid sulfuric pekat untuk membentuk oleum, H2S2O. b) Oleum dicairkan dengan air untuk ditukarkan kepada asid sulfurik. H2S2O7 (ce) + H2O (ce) Penggunaan Asid Sulfurik i) Sebagai elektrolit dalam akumulator asid-plumbum 2H2SO4 (ce)

ii) Sebagai pigmen cat iii) Sebagai agen penanggal oksida logam dalam pembersihan permukaan logam sebelum proses penyaduran logam iv) Membuat detergen v) Membuat baja vi) Membuat pestisid

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 15

Sce 3103 16 PENEROKAAN BAHAN

TUGASAN 4 : Esei berasaskan HOTS Menurut Wikipedia, Istilah plastik merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik. Ia terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi. Ada beberapa polimer alami yang termasuk plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik. Plastik direka dengan kepelbagaian rekaan dalam ciri-ciri yang dapat menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Sifat plastik yang kuat tetapi ringan menyebabkan ia menjadi popular dan kebergantungan yang maksimum kepada pengguna. Sebagai contoh, penggunaan beg plastik menjadi dominan dengan masyarakat dunia, mereka pasti akan lebih memilih menggunakan beg plastik berbanding bungkusan kertas untuk mengisi dan membawa barangan kerana penggunaan bungkusan kertas tidak tahan lama dan ruang menyimpan yang terhad. Plastik juga memiliki sifat kalis air kerana ia diperbuat daripada bahan polyester. Jadi, pengguna akan lebih selesa dan tak risau membimbit beg yang diperbuat daripada plastik ketika waktu hujan atau bimbang beg akan bocor jika membawa bahan atau barangan yang basah seperti ikan dan daging yang dibeli di pasar. Berbanding dengan bekas yang diperbuat daripada kaca, bekas plastik adalah lebih murah. Faktor ini juga menyebabkan pengguna tidak teragak-agak untuk memilih plastik berbanding kaca atau yang lain. Walaupun, bahan plastik menjadi pilihan utama dalam penggunaan harian, ia tetap bahan yang tidak selamat jika salah digunakan dan menjadi punca pencemaran kepada alam sekitar. Bahan plastic diperbuat daripada pelbagai bahan kimia yang berpotensi membebaskan gas-gas seperti karsinogen ke udara dan menyebabkan udara dicemari oleh asap toksid. Menghidu asap toksid ini menyebabkan berlaku gangguan pada sistem pernafasan, lebih memudaratkan kepada mereka yang mempunyai penyakit athma dan penyebab kanser. Menghidu asap toksik ini juga boleh mengakibatkan sperma menjadi tidak normal dan ketidaksuburan. Pembakaran plastik juga gas-gas toksik seperti karbon dioksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida akan menyebabkan fenomena hujan asid dan Gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksidamenyebabkan kesan rumah hijau dan fenomena pemanasan global.

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 16

Sce 3103 17 PENEROKAAN BAHAN Bahan plastik adalah bahan yang tidak terbiodegradasi iaitu tidak boleh diurai secara semulajadi. Jika ia tertanam di perut bumi, campuran bahan plastik akan terserap ke dalam tanih dan menyebabkan tanah menjadi tidak subur untuk pertanian. Seterusnya bahan toksid yang terlarut dalam tanah akan mengalir ke dalam sungai yang merupakan sumber utama air kepada manusia. Ini akan menjejaskan mutu air tersebut. Sifat plastik yang ringan ini juga memburukkan lagi keadaan jika ia dilambakkan ke dalam sungai. Ia akan terapung-apung di permukaan air dan menyekat aliran sungai. Akibatnya berlakulah banjir kilat. Sampah- sampah plastik ini juga menjadi pembunuh senyap hidupan akuatik kerana sampah plastik yang dianggap makanan itu adalah tidak hadam, memudaratkan kesihatan seterusnya menyebabkan kematian. Menurut statistik lebih 60 billion tan sisa buanga plastik dihasilkan setiap hari di seluruh dunia, ini amat menjejaskan alam kerana ia tidak dapat dilupuskan. Kini, di kawasan laut tertentu, jumlah sampah plastik adalah lima kali ganda daripada plankton yang menjadi sumber makanan ikan. Di anggarkan hampir 100 ribu haiwan marin seperti penyu dan 1 juta burung mati setiap tahun akibat tercekik plastik yang dianggap sebagai makanan.

Bagi mengurangkan kesan penggunaan plastik ke atas alam, usaha-usaha yang positif harus dilaksanakan secara berterusan. Tanggal 1 Jun 2009, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah melancarkan kempen Hari Tanpa Beg Plastik di Pulau Pinang. Tujuannya adalah mengurang penggunaan beg plastik untuk menyelamat alam sekitar. Program ini mendapat sokongan yang tinggi daripada pasaraya-pasaraya besar. Dapat dilihat, pada setiap hari Sabtu semua pasaraya besar di negeri seluruh Malaysia tidak akan mengeluarkan beg plastik untuk membungkus sebaliknya pengguna perlu membawa sendiri beg atau troli. Melihat daripada sudut yang positif, kempen ini sudah pasti memberikan banyak impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan. Langkah lain adalah dengan memperluaskan kaedah penggunaan beg plastik mesra alam yang mudah lupus bagi memelihara alam sekitar seperti yang telah dilaksanakan di negeri Perak dalam tahun 2010. Menurut Akhbar Utusan Malaysia, April 03, 2010, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, penggunaan beg plastik jenis tersebut adalah perlu kerana ia mudah reput dalam tempoh enam bulan. "Kita percaya penggunaan plastik itu merupakan kaedah terbaru dalam usaha menangani masalah pencemaran alam sekitar akibat penggunaan beg plastik," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini. Memproses semula bahan buangan plastik bagi membolehkannya digunakan semula juga satu langkah yang boleh dilaksanakan secara meluas. Melalui cara ini,
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 17

Sce 3103 18 PENEROKAAN BAHAN kitaran semula buangan bahan plastik seperti beg plastik boleh mengatasi masalah tempat pelupusan sampah.

Kempen pengharaman penggunaan beg plastik akan dilaksanakan oleh kerajaan sebagai langkah ke arah memelihara alam sekitar dan mempromosikan teknologi hijau, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata sebagai langkah permulaan, kempen itu akan dilaksanakan di peringkat kementerian sebelum diperluaskan ke pusat membeli-belah dan seterusnya ke seluruh negara. "Kita perlu amalkan tabiat harian di mana makanan tidak lagi dibungkus dalam bekas-bekas plastik yang tidak mesra alam dan boleh mencemarkan alam sekitar," katanya selepas melancarkan Buku Panduan Insentif Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga di Malaysia di Putrajaya hari ini.

Saya bersetuju jika kempen ini dilaksanakan di negara kita kerana ia akan menjadi titik permulaan kearah kesedaran menyeluruh rakyat Malaysia terhadap bahaya plastik dan pencemarannya ke atas alam sekitar. Melalui kempen ini juga, kita dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar. Masyarakat perlu sedar bahawa kita telah menghasilkan >15,000 tan sisa buangan setiap hari dengan purata 1kg sisa buangan sehari setiap orang. Dalam kata lain, seorang individu menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg plastik berkenaan selepas hanya dipakai sekali. Bayangkan bagaimana rupa muka bumi Malaysia untuk 20 tahun akan datang jika langkah-langkah untuk mengatasi tidak diambil ketika ini. Negara kita akan ditimbuni dengan gunung-gunung sampah dan persekitaran yang kotor. Maka akan lahirlah generasi yang tidak sihat yang mewarisi alam yang telah dimecari oleh kita sendiri.

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk Program Sifar Plastik, kita sebagai rakyat yang sangat dominan dengan penggunaan plastik ini mesti memulakan dahulu tindakan tersebut bermula dengan mengurangkan penggunaannya. contohnya, bawalah beg sendiri semasa anda membeli-belah sepeti yang telah sekian lama dilaksanakan di beberapa negara Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg sendiri atau dikenali sebagai Green Bag sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah. Gaya hidup barat yang ini sepatutnya menjadi ikutan.
ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q Page 18

Sce 3103 19 PENEROKAAN BAHAN

Sentiasalah menggunakan beg yang sama berulang-kali setiap kali membeli-belah. Jika takut terlupa untuk membawanya, simpan beg tersebut didalam bonet belakang kereta. Dengan ini anda sudah menyelamatkan alam dari dicemari beg-beg plastik. jika barang belian itu kecil masukan sahaja dalam poket seluar atau beg sandang, atau beg tangan selepas membayarnya. Langkah seterusnya, setiap kali mahu membeli makanan di luar, bawalah bekas "tupperware' yang mesra alam atau mangkuk tingkat untuk diisi makanan. Elakkan dari menggunakan bekas makanan daripada 'foam' atau polietilena kerana bekas-bekas tersebut boleh membahayakan kesihatan. Jangan malu melakukan pembaharuan ini. Kaedah yang sudah lama dilakukan oleh orang-orang terdahulu dan masih menjadi ikutan. Iaitu menggunakan bakul dalam urusan pembelian barang-barang basah. Gunakan kertas minyak tebal semasa membeli daging dan ayam sebelum memasukkannya ke dalam bakul. Cuba ingatkan pada si penjual supaya membalut barang belian anda seperti sayur, buah-buahan dan ikan dengan surat khabar kerana bahan tersebut mudah lupus. Jangan lupa menggunakan bakul yang tidak berlubang dibawahnya supaya air ikan atau ayam tidak menitis keluar.

Langkah yang lebih drastik yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan mewartakan tindakan undang-undang kepada pengguna yang mengabaikan peraturan penggunaan plastik dan pengurusan sisa buangan plastik. Di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, mewajibkan supaya bahan boleh dikitar semula seperti plastik diasingkan daripada sisa pepejal lain. Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukim, dipetik dari Berita Harian , April 14, 2010, Peruntukan di bawah Akta 672 seperti sistem terima balik dan sistem bayaran balik deposit boleh digunakan pada masa akan datang untuk menangani isu beg plastik. Langkah seperti ini juga akan

menjadikan masyarakat lebih berhati-hati untuk menggunakan bahan berunsurkan plastik. Sebagai kesimpulan, semua usaha yang murni untuk melestarikan alam sekitar mesti bermula dalam diri kita. Kesedaran sivik tentang pentingnya keindahan alam yang bebas dari pencemaran perlu dipupuk dan disemai sedalam-dalamnya agar ia sebati dalam diri. Jika, kita sebagai masyarakat yang hanya tahu menyebut tanpa melaksanakannya, maka rugilah generasi kita nanti. Segala kesilapan yang kita lakukan sekarang pada bumi akan ditanggung oleh mereka kelak. Selamatkan bumi kita ini, kerana sedikit usaha kita ini, akan menjadi khazanah berguna untuk generasi akan datang.

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 19

Sce 3103 20 PENEROKAAN BAHAN

RUJUKAN 1. Tan Pek Soo Bsc (Hons), 2008, Complete Text & Guide Bilingual CHEMISTRY SPM Form 4, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.,Selangor.

2. Eng Nguan Hong, Yeow Kek Ong, Lim Eng Wah, 1997, Siri Pelangi Fokus Kimia SPM, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,Selangor. 3. Hukuman tegas mampu capai sasaran sifar beg plastik , Diperoleh MAC 21, 2012 dari http://www.bharian.com.my/articles/

4. Bahan Komposit, Diperoleh MAC 19, 2012 dari http://www.cikguzainida.blogspot.com/bahan komposit.html 5. Plastik, Diperoleh MAC 19, 2012 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/

6. Aloi, Diperoleh MAC 20, 2012 dari http://www.teknologibahandanpembuatan.blogspot.com

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT / PPG 2Q

Page 20

Anda mungkin juga menyukai