Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL 21030 BATU RAKIT, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

KERJA KURSUS PENDEK (KKP)

LAMPIRAN 9 THE PHANTOM PREGNANCY


KURSUS : PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU EDU3104
NAMA & NO. MATRIK: FARAH DIANA BINTI ABU BAKAR NOR FATIN WAHIDA BINTI PISOL NUR DIYANA BINTI SHAIFUL BAHRI NO. KAD PENGENALAN:

UNIT:

PISMP PAI & PAQ /BI/BA 2 SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2011

PENSYARAH PENILAI: TARIKH SERAHAN:

TUAN HAJI ABDULLAH KAMAL BIN A. BAKAR 25 MAC 2012

LAPORAN INDIVIDU 3
Berdasarkan pembentangan The Phantom Pregnancy yang telah dibentangkan, secara berkumpulan iaitu Nur Diyana binti Shaiful Bahri, Farah Diana binti Abu Bakar dan Nor Fatin Wahida binti Pisol, secara umumnya saya mendapati bahawa cerita yang dikarang oleh Barbara Thompson merupakan cerita yang berbeza dan jarang-jarang terjadi di sekolah rendah di Malaysia hari ini.

The

Phantom Pregnancy

bermaksud

Kandungan

yang

Berhantu

yang

mengisahkan tentang seorang murid perempuan yang bermasalah iaitu Teri adalah murid yang paling dirisaukan oleh Cikgu Barbara kerana mempunyai masalah peribadi ketika zaman kanak-kanaknya dan terbawa-bawa sehingga ke alam persekolahan kerana Teri pernah didera secara seksual oleh teman lelaki ibunya beberapa tahun yang lalu. Lalu teman lelaki ibunya dipenjarakan namun begitu, ibunya

membebaskannya dengan ikat jamin. Ibu Teri telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan teman lelakinya dan meninggalkan anak-anaknya begitu sahaja. Cikgu Barbara pula merupakan guru wanita yang mengajar subjek Pendidikan Seks (Family Life Curriculum) di sekolah tersebut dan telahpun berumahtangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Teri kemudiannya dihantar ke rumah kebajikan bersama-sama adik-adiknya. Lebih malang lagi, Teri telah ditinggalkan keseorangan setelah adik-adiknya dijadikan anak angkat dan dibawa pergi dari situ. Kesan daripada peristiwa tersebut, Teri berasa cukup tertekan dan seringkali menangis di dalam bilik darjah. Dalam pada itu, Teri juga telah disahkan menghadapi masalah dalam pembelajaran dan kecelaruan emosi yang kritikal. Dia juga telah didiagnos mengalami psychotic dan mahkamah menyatakan bahawa dia ada mendengar suara-suara dari fikirannya.

Konflik bermula apabila Cikgu Barbara menyedari bahawa Teri mulai membawa baju bayi ke sekolah. Lebih dari itu, masalah yang lebih besar terjadi apabila Teri

menyebarkan gambar-gambar yang tidak senonoh kepada rakan-rakan lelakinya sehingga gambar-gambar tersebut sampai ke tangan pemandu bas. Lalu, pemandu bas telah melaporkannya kepada guru besar sekolah tersebut. Cikgu Barbara kemudiannya telah dipanggil oleh Bob Farris iaitu guru besar berkenaan masalah yang diadukan.

Cikgu Barbara telah mengambil langkah menasihatkan Teri akan keburukan menjadi ibu muda dan melahirkan anak pada usia yang awal. Beliau juga menerangkan penyakit jangkitan kelamin yang boleh dihidapi dan berjangkit kepada Teri agar Teri membuat keputusan yang lebih baik. Beliau ingin mengelakkan Teri daripada tersilap memilih langkah semata-mata kerana tindakan mental yang tidak rasional dan telah menggambarkan akibat yang bakal ditanggung oleh Teri. Namun keadaan

menghampakan, apabila respon perbualan yang terjadi antara Cikgu Barbara dan Teri tidak langsung membuahkan hasil malah lebih mengejutkan setelah nasihat dan perkongsian yang diberikan oleh Cikgu Barbara, Teri tetap berdegil untuk mahu mengandung dan menginginkan anak.

Berhubung dengan masalah yang dikemukakan, setelah melalui perbincangan demi perbincangan bersama ahli kumpulan, kami mendapati teori yang paling bersesuaian untuk mengkaji kes ini adalah Teori Terapi Realiti yang dikemukakan oleh William Glasser pada tahun 1965. Teori ini secara umumnya adalah mengenai satu teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang perkara yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar murid-murid pada masa akan datang(Haliza Hamzah (Dr.) dan Joy Nesamalar Samuel (Dr.), 2009). Masalah yang dihadapi oleh Teri bukanlah masalah yang baru tetapi sudah lama terjadi, ianya berkait rapat dengan memori silamnya yang telah diperkosa sewaktu kecil. Lantaran kejadian ini, Teri berasa sungguh terdesak dan berasa terlalu menginginkan anak. Rentetan daripada peristiwa Teri ditinggalkan, Teri berasa kesunyian dan kekurangan kasih sayang. Baginya, keluarga adalah tempat berkasih sayang namun segalanya musnah dalam sekelip mata. Ini jelas menunjukkan bahawa Teri kekurangan rasa kepunyaan(Qaseh Ilahi Ana, 2009).

Seterusnya,

model Terapi

Realiti

yang

dinyatakan

oleh

Glasser

juga

berpendapat guru adalah sebagai pembimbing. Jelasnya di sini, watak Cikgu Barbara jelas menunjukkan bahawa guru tersebut telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik tanpa melepaskan amanah tersebut ke bahu pihak lain. Cikgu Barbara telah berusaha untuk menasihatkan dengan baik dan membentangkan akibat yang bakal ditanggung oleh Teri sekiranya Teri silap membuat keputusan. Cikgu Barbara juga sanggup menghabiskan masanya untuk berjumpa dengan Teri untuk mendengar segala masalahnya walupun beliau juga sibuk urusan peribadinya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh Cikgu Barbara cukup membuktikan bahawa beliau telah berjaya berperanan sebagai pembimbing kepada Teri(Abdul Ghani Abdullah (Ph. D) dan Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009).

Seterusnya, melalui kisah ini, telah dapat didapati secara jelas bahawa Cikgu Barbara telahpun memberikan kebebasan kepada Teri dalam membuat keputusan. Beliau tidaklah sewenang-wenangnya membiarkan Teri bebas tanpa kawalan dan pantauan daripadanya akan tetapi dengan komitmen seorang guru beliau telah memberikan kebebasan yang terbatas kepada Teri. Melalui Teori Terapi Realiti yang dikemukakan oleh Glasser, beliau juga berpandangan bahawa setiap daripada kanakkanak memerlukan empat keperluan psikologi asas iaitu kasih sayang, kuasa, kebebasan dan keseronokan. Pilihan-pilihan yang dikemukakan oleh gurunya jelas membuktikan gurunya memberikan kebebasan kepada Teri untuk dia memilih yang mana satu baik dan yang mana buruk buat dirinya (Abdullah Sani Yahaya, 2004).

Berhubung dengan teori yang telah dibincangkan, kami mendapati strategi yang paling bersesuaian untuk mengkaji kes ini adalah menerusi strategi yang telah dirangka oleh William Glasser selaras dengan teorinya. Langkah pertama yang wajar dilakukan oleh Cikgu Barbara adalah beliau seharusnya lebih bertanggungjawab untuk membantu meyakinkan kepada Teri untuk memilih keputusan yang terbaik untuk Teri. Ini kerana, Teri masih kecil dan sewajarnya dibimbing dengan penuh perhatian oleh Cikgu Barbara dan guru-guru yang lain juga.

Selain itu, langkah kedua yang wajar dilaksanakan adalah melaksanakan perbincangan yang menghasilkan disiplin kelas. Selain itu, beliau juga perlu berbincang dengan individu-individu lain yang terdekat seperti pengasuhnya, guru-guru yang mengajar Teri untuk mendapatkan maklumat, nasihat, dan cadangan untuk

menguruskan masalah tersebut. Langkah ketiga yang wajar dilaksanakan oleh Cikgu Barbara adalah menerusi strategi kaunseling. Melalui kenyataan-kenyataan masalah yang dihadapi oleh Teri wajarlah Teri dirujuk kepada kaunselor-kaunselor yang boleh membantunya dalam menyelesaikan masalah. Ini sekaligus dapat menyedarkan Teri akan bahayanya jika dia terus bersikap sedemikian pada masa akan datang.

Berdasarkan penyataan-penyataan yang telah dibincangkan, terdapat juga cara penyelesaian yang islamik yang dapat diteladani melalui sirah Rasulullah SAW. Pernah suatu ketika, seorang pemuda datang kepada Baginda SAW dan menyatakan hajatnya untuk berzina. Namun, Rasulullah SAW dengan tenangnya tidak terus melenting sebaliknya mengemukakan perbandingan demi perbandingan kepada pemuda tersebut sehingga pemuda tersebut berfikir tentang keinginannya. Jelaslah di sini, penyelesaian yang terbaik adalah dengan cara yang lembut, berbincang dengan individu yang bermasalah dengan penuh hikmah dan memberikan dorongan demi dorongan dan perhatian kepada individu tersebut.

Kesimpulannya, masalah yang dihadapi oleh Teri boleh diselesaikan dengan pelbagai teori dan strategi yang telah dikemukakan sama ada menggunakan kaedah Barat atau Islam cuma setiap masalah memerlukan masa dan kesabaran untuk diselesaikan.

SENARAI RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah (Ph. D) dan Abd. Rahman Abd. Aziz. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur : PTS Publications Sdn. Bhd. Abdul Hariz bin Abdul Wahab, Aizan Syazwan bin Baharom, Muhamad Ridzuan bin Husni & Vickneswaran A/L Balakrishnan. (September 5, 2009). The Phantom Pregnancy. Diakses pada Mac 5, 2012, daripada http://mcana71.blogspot.com/2009/09/v-behaviorurldefaultvml-o.html Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang : PTS Publications Sdn. Bhd. Bahan-bahan Pembelajaran Pengajian Profesional PISMP Semester 3 Kursus : EDU3104 Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Ellee Fatal. (April 22, 2010). The Phantom Pregnancy. Diakses Mac 6, 2012, daripada http://akugpc.blogspot.com/2010/04/laporan-individu-phantom-pregnancy.html Haliza Hamzah (Dr.) dan Joy Nesamalar Samuel (Dr.) (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Qaseh Ilahi Ana. (Februari 25, 2009). Lampiran 9. Diakses Mac 5, 2012, daripada http://www.scribd.com/doc/49641778/Lampiran-9-25-feb-Analisis Razali Saaran. (2010). Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Kuala Lumpur : Must Read Sdn. Bhd. William Glasser. (2012). Diakses http://en.wikipedia.org/wiki/William_Glasser Mac 6, 2012, daripada