Anda di halaman 1dari 18

TANGGAM

Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun projek siap dibina. Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu: Tanggam melebar Tanggam siku Tanggam pemidang Tanggam memanjang

TANGGAM MELEBAR

Tanggam jenis ini digunakan untuk menyambung beberapa keping papan kecil untuk dijadikan kepingan papan yang lebar bagi kegunaan seperti membuat pintu, permukaan perabot, dinding dan lantai. Penyambungan beberapa papan kecil itu dilakukan secara tepi ke tepi dengan menggunakan bahan pelekat seperti glu. Antara jenis tanggam melebar adalah: (a) Tanggam glu gesel (b) Tanggam penetap (c) Tanggam lidah dan lurah (d) Tanggam tetingkat

TANGGAM SIKU

Tanggam siku dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat sama ada pada penjuru ataupun pada pertengahannya. Contohnya dapat dilihat dalam pembinaan kotak dan laci. Di antara jenis tanggam dalam kategori tanggam siku adalah: (a) Tanggam temu (b) Tanggam rencong (c) Tanggam bajang

TANGGAM PEMIDANG

Tanggam pemidang digunakan dalam pembinaan kerangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujung dari tepi ke tepi. Contohnya adalah pada pintu berpanel dan pemidang gambar. Tanggam pemidang terdiri daripada: (a) Tanggam lekap (b) Tanggam kekang (c) Tanggam penetap (d) Tanggam lubang dan puting

TANGGAM MEMANJANG
Tanggam memanjang digunakan apabila menyambung dua batang kayu atau beroti untuk menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan. Ada empat jenis tanggam memanjang yang sering digunakan, iaitu: (a) Tanggam skaf (b) Tanggam plat sambut (c) Tanggam sambung jari (d) Tanggam sambung lekap

TANGGAM PENJURU MUDAH

CARA-CARA MEMBUAT Sambungan di mana hujung kayu ditemukan dengan permukaan kayu lain. Temukan muka hujung kayu dengan permukaan kayu lain dan pakukan. Paku mestilah dipaku dengan serong untuk menghasilkan cengkaman yang lebih kuat. KEGUNAAN Digunakan pada bahagian tepi kerja kayu. Contohnya pembinaan kotak dan tetingkat.

TANGGAM RENCONG BERBAHU

CARA-CARA MEMBUAT 1. Sediakan kepingan kayu mengikut saiz. 2. Tandakan x pada kepingan yang hendak dibuang (basi). 3. Buangkan bahagian basi dengan menggunakan pahat tepi serong bersama gandin kayu. 4. Sambungkan kedua-dua kayu dengan memaku bahagian atas kayu tersebut. KEGUNAAN - Membuat alang rumah (rangka bumbung).

TANGGAM RENCONG BIASA

CARA-CARA MEMBUAT 1. Tandakan hujung kayu sama ada 45 ataupun 60. 2. Potongkan bahagian yang bertanda x (basi) dengan menggunakan gergaji puting. 3. Lekapkan kedua-dua kayu dengan menggunakan kunci dan lidah. KEGUNAAN 1. Biasanya digunakan untuk membuat bahagian penjuru kabinet.

TANGGAM BAJANG TUNGGAL

CARA-CARA MEMBUAT 1. Tandakan x pada bahagian yang hendak dibuang. 2. Tanda : buang bahagian basi dengan menggunakan pahat tepi serong bersama gandin kayu. 3. Soket : gergaji bahagian basi dengan menggunakan pahat tegak dan serong untuk membuat keratan v dari tiap-tiap keping. KEGUNAAN 1. Membuat rangka dinding rumah. - lebih kukuh dan digunakan pada bahagian tepi kerja kayu.

ii )

TANGGAM PUTING
Tegakkan

palang dengan menggunaka

Gunakan pahat untuk membuang bah tidak dikehendaki di kiri dan kanan pa

Palang

iii )

Puting

TANGGAM LEKAP PENJURU

B A

TANGGAM LEKAP PALANG

B A

TANGGAM PARIT TERUS

TANGGAM PARIT BUNTU


B