Anda di halaman 1dari 1

Kejadian manusia menurut Al-Quran dan sains

Di dalam Al-Quran, ada menjelaskan kisah turutan proses kejadian manusia yang magical secara terperinci dengan penuh hikmah. Bermula selama 40 hari sebagai Nuthfah iaitu air mani, kemudian 40 hari berikutnya menjadi Alaqah iaitu segumpal darah. Setelah itu 40 hari seterusnya dipanggil sebagai Mudghah iaitu seketul daging. Selesai proses pembentukan tersebut, datanglah malaikat meniupkan ruh. Ketika janin berusia 4 bulan di dalam kandungan ibunya, itulah takdir ketentuan hidup ditulis di Lauh Mahfuzh (kitab Allah yang menulis semua ketentuan hidup dan takdir setiap manusia). Waktu itu jugalah ditentukan tentang jodoh, rezeki, amalan, ajal dan kesudahannya. Embrio yang sedang membesar kelihatan sebagai manusia ketika berumur 40 hingga 42 hari. Ketika itu embrio manusia tidak lagi berbentuk seperti embrio binatang. Embrio manusia mula mempunyai ciri-ciri kemanusiaan pada peringkat ini. Al-Quran juga menyatakan bahawa embrio membesar di dalam tiga keadaan atau dinding yang gelap. Ini mungkin merujuk kepada (1) dinding perut ibu (2) dinding uterine, dan (3) amniochorionic membrane Perubahan proses yang berterusan menyebabkan pemeringkatan embrio manusia amat kompleks

Kerja sekolah tak dan siap .. Setiap malam kami pi Ukraine-Poland tengok EURO ... cikgu ...

Apa masalah kamu,.setiap hari ponteng kelas ?? kerja sekolah tak siap kah ???

EDISI JUN 2012

Al-Quran juga menyebut bahawa air mani bertukar menjadi seketul darah beku. (Blastocyst yang hidup atau yang keguguran berbentuk seperti darah beku).

Ihsan : Anuar M

Seluruh Panitia Sains mendoakan Cikgu Ruhill Fathein bt Mohamad semuga cepat sembuh dan kembali meneruskan khidmatnya di sekolah SMKKN ini. Sesungguhnya kami semua sangat menyayangi dan merinduinya. Panitia Sains juga merasa sedih di atas perpindahan pembantu makmal Puan Asmarjurina bt Othman ke SMK Dato Syed Ahmad berkuatkuasa pada 1 Julai 2012 ini. Semuga Puan Asmarjurina akan terus berdidikasi menjalan tugas di tempat yang baru. Walau bagaimana pun panitia menngalu-alukan kedatangan pembantu makmal yang baru yang juga dari SMK Dato Syed Ahmad. K.P. Sains

Anda mungkin juga menyukai