Anda di halaman 1dari 2

SPSK PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 12,SUBANG JAYA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

MINIT MESYUARAT PANITIA PJK KETIGA BIL 1 TAHUN 2012


Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran(Bilangan) Nama Yang Hadir : 3 JULAI 2012 : 12.30 tgh 1.50 ptg : Bilik Mesyuarat : Pn. Fara Azura Mazli Binti Md Razalli : 16 Orang : Pn. Fara Azura Mazli Binti Md Razalli En. Mohd Azuad bin Yahaya (Pencatat minit) Pn. Nurol Aida binti Md Yusoff Pn. Lau Suet Lai Pn. Noraliza Binti Hashim En. Shuhily Bin Suami Pn. Hairulani Zawati Binti Saharom Pn. Haniza Bte Yahya Cik Te See Yin Pn. Evelyn Cham En. Mohamed Sulor Bin Mohd Hashim Pn. Nor Fazilah Binti Sayuti En. Mohd Razali Bin Abdul Rahman Pn. Nor Aini Binti Mat Som Pn. Rahaya Binti Khalid

Nama Yang Tidak Hadir

: Dr. Ong Swee Ling (Bersebab) En. Abu Sareh Bin Haron (Bersebab)

Turut Hadir (Jika ada) 1

: Pn. Myrna Jean Campen

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Pn. Fara Azura Mazli selaku Ketua Panitia PJPK mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir mesyuarat panitia kali kedua bagi tahun 2012. 1.2 Ketua Panitia PJPK juga turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru PJPK yang baharu. Tindakan: Makluman kepada semua Guru

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 2.1 Cik Te See Yin mengesahkan minit mesyuarat yang lepas dan disokong oleh Pn. Haniza Binti Yahaya. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru PJK yang telah berjaya melaksanakan sukantara. Tindakan : Semua Guru

AGENDA 4.1 Program Senamrobik 1 Malaysia 4.1.1 Semua guru PJK dikehendaki menghadirkan diri di sesi pagi bagi tujuan tersebut. 4.1.2 En. Shuhily akan mengetuai Senamrobik 1 Malaysia dan cuba menghafal langkah-langkah senamrobik yang telah tetapkan oleh pihak kementerian. Tindakan: Semua Guru 4.2 Program 1 Murid 1 Sukan 4.2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan satu program 1M1S khas untuk para pelajar yang tidak pernah mengambil bahagian dalam manamana sukan di peringkat sekolah. 4.2.2 Program sukan yang ditetapkan ialah pertandingan bola sepak, bola jaring dan olahraga (larian 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh). 4.2.3 Pertandingan tersebut akan diadakan antara rumah-rumah sukan. 4.2.4 Program tersebut hanya dijalankan untuk pelajar sesi petang. Pelajar di sesi pagi diberi kelonggaran untuk tidak terlibat kerana tumpuan diberikan kepada latih tubi dan peperikasaan percubaan yang bakal berlangsung. Tindakan: Semua Guru 4.3 Ujian Kecergasan Fizikal (SEGAK) 4.3.1 Guru-guru boleh memulakan Ujian Segak untuk bulan Ogos. 4.3.2 Borang segak akan diletakkan di dalam piegeon hole masing-masing oleh Ketua Panitia 4.3.3 Analisis perlu direkodkan dan diserahkan kepada Ketua Panitia. Tindakan: Semua Guru 4.4 Penyemakan Buku Nota/ Latihan kepada Ketua Panitia 4.4.1 Guru-guru perlu memberi kerjasama kepada Ketua Panitia untuk menyerahkan buku-buku nota/latihan pelajar bagi tujuan semakan. 4.4.2 Guru hanya perlu menyerahkan 10 buah buku sahaja kepada Ketua Panitia untuk semakan. 4.4.3 Buku latihan PJK hanya menggunakan buku latihan bersaiz kecil Tindakan: Semua Guru 4.5 Pengguaan Peralatan 4.5.1 Guru perlu mengisi buku pinjaman dan pemulangan peralatan 4.5.2 Guru mesti mengiring pelajar untuk mengambil dan memulangkan peralatan di stor sukan Tindakan: Semua Guru

HAL-HAL LAIN 5.1 Ketua Panitia meminta guru-guru PJK yang baharu dilantik perlu mengisi biodata guru PJK dan menyerahkan jadual waktu yang baharu. Tindakan: Pn. Fara Azura PENUTUP 6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.50 petang dengan ucapan terima kasih kepada ahliahli yang hadir. Tindakan: Semua Guru

Disediakan oleh, ................................... (EN. MOHD AZUAD BIN YAHYA) Setiausaha

Disemak Oleh, .............................. (PN. FARA AZURA RAZALLI ) Pengerusi

Anda mungkin juga menyukai