Anda di halaman 1dari 7

BIL. 1.

CUE

ANN (Juruteknik memainkan Lagu-Lagu Instrumental atau LaguLagu Gamelan semasa menunggu ketibaan tetamu jemputan)

Apabila Pegawai Perasmi dan tetamu jemputan tiba di pintu dewan, pengacara majlis mengumumkan ketibaan...

Mengumumkan ketibaan,
Yang Dihormati, Encik Salim Bin Samai, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

diiringi oleh, Encik Mohd Shaifuddin Bin Sulong, Kem Komandan, Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Bagi Tahun 2012 serta para jurulatih.
Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Maju Jaya dan Lagu 1Murid 1Sukan Selesai nyanyian... 2. Setelah tetamu jemputan duduk

Hadirin dipersilakan untuk duduk. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Rujuk Lampiran 1

Selamat datang ke Majlis Penutupan Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Bagi Tahun 2012.
3. Bacaan Doa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput Ustaz Mohd Liza Bin Zainal Abidin untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selesai bacaan Doa

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

4.

Ucapan Wakil Pelajar (Semasa akil pelajar bergerak ke atas pentas, juruteknik memainkan Lagu Gamelan)

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan

merangkap Penghulu Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Bagi Tahun 2012 untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selesai Ucapan Aluan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

5.

Ucapan Kem Komandan... (Semasa jemputan bergerak ke atas pentas, juruteknik memainkan Lagu Gamelan)

Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Encik Mohd Shaifuddin Bin Sulong, Kem Komandan, Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Tahun 2012 untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Selesai Kem Komandan...

6.

Penyampaian SijilSijil dan HadiahHadiah

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil dan hadiah-hadiah kepada peserta-peserta. Untuk tujuan itu, dijemput Encik Mide Bin Teppo, Jurulatih Utama Daerah untuk menjemput dan mengiringi
Yang Dihormati, Encik Salim Bin Samai, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

untuk menyampaikan sijil-sijil dan hadiahhadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Rujuk Lampiran 2
Selesai penyampaian sijil dan hadiah...

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas penyampaian sijil dan hadiah itu tadi.

7.

Ucapan Perasmian (Semasa jemputan bergerak ke atas pentas, juruteknik memainkan Lagu Gamelan)

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan, Encik Mohd Shaifuddin Bin Sulong, Kem Komandan, Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Tahun 2012 Untuk mengiringi
Yang Dihormati, Encik Salim Bin Samai, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

untuk menyampaikan ucapan sekaligus menyempurnakan Perasmian Penutup Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Tahun 2012. Majlis dengan penuh rendah dirinya mempersilakan.
Selesai Ucapan Perasmian...

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan dan perasmian penutupan itu tadi.

7.

Penyampaian Cenderahati Perasmi... (Semasa jemputan bergerak ke atas pentas, juruteknik memainkan Lagu Gamelan)

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput, Encik Mohd Shaifuddin Bin Sulong, Kem Komandan, Kem 1Murid 1Sukan bagi menyampaikan cenderahati kenangkenangan kepada:
Yang Dihormati, Encik Salim Bin Samai, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kunak.

Majlis mempersilakan.
Selesai Penyampaian Cenderahati

Majlis mengucapkan terima kasih di atas penyampaian cenderahati itu tadi.

8.

Majlis Bersurai....

Hadirin sekalian, Dengan sempurnanya penyampaian cenderahati itu tadi, maka majlis kita pada pagi ini sudah sampai ke penghujungnya. Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan buruk tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Di lain masa bersua lagi. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Bagi Tahun 2012. Wabillahi Taufik wal Hidayah, Wassalamualaikum WBT...

Anda mungkin juga menyukai