Anda di halaman 1dari 12

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan mencari dan mengumpulkan segala maklumat seperti yang dikehendaki dalam soalan kerja kursus projek yang diberi. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En Mohd Aqsa kerana beliau telah banyak membantu saya untuk menghasilkan kerja

kursus yang baik serta memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjalankan aktiviti pemerhatian iaitu pemerhatian terhadap tingkahlaku murid berkeperluan khas yang akan diubah mengikut kaedah-kaedah yang telah saya pelajari sebelum menjalankan aktiviti pengalaman berasaskan sekolah ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Raub kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan aktiviti pengalaman berasaskan sekolah(PBS) di sekolah tersebut. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan sekolah sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah banyak membantu saya dalam melaksanakan aktiviti pengalaman berasaskan sekolah ini. Sekian, terima kasih.

1.0

PENGENALAN Dewasa kini, kita semakin kerap mendengar dan melihat berita-berita

membuli, vandalisme dan sebagainya yang melibatkan murid-murid sekolah. Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang di negara ini. Berita-berita yang sering keluar di sidang akhbar menunjukkan bahawa kemerosotan disiplin murid dan masalah

disiplin di sekolah-sekolah pada hari ini amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan dan keadaan ini nyata merisaukan semua pihak dan berpendapat bahawa masalah ini tidak harus dbiarkan begitu sahaja. Hukuman merotan murid di depan murid dilihat sebagai cara paling berkesan dalam menangani masalah disiplin murid-murid ditambah pula dengan sesi kaunseling dan sesi motivasi kepada murid-murid terbabit. Di samping itu, guru telah diberi kepercayaan dan kuasa untuk merotan murid yang bersalah atau yang telah melanggar peraturan sekolah tetapi ia perlulah disokong penuh oleh ibu bapa yang berpendapat bahawa hukuman rotan adalah perlu dalam proses mendidik dan menghukum murid yang melakukan kesalahan. Merotan bukanlah tindakan menghukum semata-mata, tetapi sebagai satu peringatan dan pengajaran kepada murid terbabit. Hal ini kerana murid merupakan elemen atau aset yang penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Mereka inilah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020 dan membangunkan negara ini setanding dengan negara-negara maju yang lain. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala-gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat juga telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. Namun begitu, apabila murid sekolah mula bertindak lebih agresif, guru perlulah mengambil terjebak tindakan yang segera untuk membendung mereka daripada

dengan perkara-perkara yang tidak diingini supaya mereka dapat

menyedari perkara yang tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepadanya dengan lebih awal. Kebanyakan individu berfikir bahawa masalah disiplin hanya berlaku di sekolah sahaja tetapi sebenarnya masalah disiplin ini berkait rapat dengan alam sekeliling kita seperti di rumah, hubungan antara guru dan pelajar, peraturan yang terlampau ketat atau penindasan dan sebagainya. Sebenarnya terdapat beberapa pihak yang perlu bertanggungjawab dalam masalah disiplin ini termasuklah murid itu sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat serta kerajaan. Tatkala kini apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku dengan mudahnya semua orang menunding jari ke arah guru sedangkan sepatutnya setiap kes diteliti dahulu supaya punca kejadian itu dapat dikenalpasti dan dapat diselesaikan bersama-sama bukan hanya menunding jari pada orang lain atau menletakkan semua kesalahan pada orang lain.

2.0

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan

sesuatu pengajaran. Seorang guru perlu mengetahui cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra. Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi ini mengambil pendekatan yang bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata mengenakan hukuman kepada muridmurid. Sebagai guru, kita haruslah lebih banyak meneroka aspek-aspek pengurusan bilik darjah kerana aspek-aspek tersebut sangat banyak dan aspek-aspek tersebut boleh dilaksanakan supaya pengajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka mengandaikan bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin mereka capai dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisen. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru

dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru perlu memahami konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila guru ingin menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

3.0

KEPELBAGAIAN TINGKAHLAKU Tingkahlaku ialah merujuk kepada sebarang tingkahlaku yang positif mahupun

negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan tingkahlaku pula ialah tingakahlaku yang akan dilakukan oleh ibu bapa, guru dan pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang baik, produktif dan dapat diterima oleh masyarakat sekeliling. Selain itu, pengurusan tingkahlaku ini juga boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkahlaku bermasalah kepada satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku distruktif, tingkah laku distruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih bahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan labih awal.

Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk tingkah laku bermasalah dari konteks pendidikan sebagai sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku bermasalah negatif semata-mata tetapi juga merangkumi tingkah laku bermasalah positif iaitu seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Oleh itu, sebagai seorang guru kita mestilah mempunyai satu bentuk sistem pengurusan tingkahlaku seperti kawalan di dalam kelas supaya pembelajaran bersifat lebih produktif. Di samping itu, guru mestilah membimbing kanak-kanak supaya mereka memiliki tingkahlaku yang positif dan dapat menghentikan tingkahlaku yang negatif seperti yang akan saya lakukan kepada murid yang telah saya pilih. Langkah-langkah asas yang perlu dilakukan oleh guru ialah kenalpasti tingkahlaku yang dimiliki oleh murid, tentukan sasaran, pilih strategi dan kaji strategi tersebut samada berkesan ataupun tidak dan mengaplikasikan strategi baru jika perlu dan membina strategi baru. Faktor-faktor yang menyebabkan masalah tingkahlaku ini berlaku ialah faktor biologikal iaitu kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami kecelaruan otak. Selain itu, faktor persekitaran juga merupakan penyebab masalah tingkahlaku ini berlaku samada persekitaran di rumah, sekolah dan sebagainya. Faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah, pengaruh rakan sebaya dan media, keperluan asas yang tidak memenuhi, pengabaian samada oleh ibu bapa dan keluarga, guru dan masyarakat sekililing serta penderaan terhadap kanak-kanak tersebut samada penderaan dari segi fizikal mahupun emosi.

4.0

MASALAH TINGKAHLAKU YANG TIMBUL DI DALAM BILIK DARJAH 4.1 PEMERHATIAN DAN TEMUBUAL Subjek Amerupakan murid tahun 2 iaitu dari kelas 2 Koronsang. Dia merupakan murid yang mempunyai masalah dalam menumpukan perhatian semasa proses pembelajaran. Selain itu. Subjek A juga mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan sering tidak mendengar arahan. Istilah yang digunakan bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku yang terlampau aktif ialah overactive dan mengganggu sebagai disruptive.

Subjek A mempunyai kedua-dua tingkahlaku tersebut antaranya ialah suka bermain atau berlari-lari di dalam kelas. Saya telah membuat pemerhatian terhadapnya dan saya dapati dia gemar berlari-lari bersama rakan-rakannya di dalam kelas walaupun telah dimarahi oleh gurunya untuk beberapa kali, tetapi teguran itu tidak diendahkan sama sekali. Saya membuat spekulasi sendiri bahawa Subjek A ini tidak boleh berdiam diri dan berada dalam suasana yang sunyi kerana dia akan cepat berasa bosan dan akan melakukan sesuatu yang dirasakan menarik padanya.

Selain itu, dia juga suka mengganggu rakan-rakan yang lain ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bagi saya, Subjek A tidak tertarik dengan cara penyampaian gurunya dan seperti yang kita ketahui bahawa murid seperti ini mempunyai daya tumpuan yang singkat dan kerana itulah dia mengganggu rakan-rakannya yang lain. Dari yang dapat saya lihat, dia mengganggu rakannya dengan menarik kerusi ketika rakannya mahu duduk, mencuri pensil rakan dan mencampakkannya, memukul rakan, menarik rambut rakan dan sebagainya. Seterusnya, saya dapati Subjek A tidak mengendahkan arahan gurunya apabila dia dimarahi kerana dia telah

mengganggu murid-murid lain yang sedang belajar dan secara tidak langsung, dia telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam kelas.

Di samping itu, dia juga suka bercakap dengan rakannya yang lain ketika mereka belajar dan suka menceritakan sesuatu perkara kepada rakanrakannya walaupun gurunya ada disampingnya ketika itu. Dari apa yang saya

dengar, dia suka menceritakan tentang pengalamannya sendiri dan perkara yang dilihat olehnya. Contohnya, dia menceritakan tentang ayahnya yang pergi memancing ke sungai dan mendapat ikan yang besar. Selain itu, ketika guru tiada di dalam kelas, saya dapat perhatikan Subjek A akan lebih bersifat agresif dan terlalu aktif. Dia akan memanjat kerusi dan meja dan akan melompat-lompat di atasnya tanpa menghiraukan rakan-rakan yang lain. Apabila saya menegur barulah dia akan turun tetapi dalam masa beberapa minit, perkara itu akan berulang semula. Akhir sekali, Subjek A kerap keluar kelas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung jika subjek atau guru yang tidak diminatinya mengajar. Dia akan merayau-rayau di kawasan sekolah samada di kantin, taman dan belakang bangunan sekolah. Berikut adalah jadual tingkahlaku murid yang dapat saya lihat :

Jam 7.15 7.30

Tindakan/Tingkahlaku Bermain kejar-kejar di luar kelas sebelum memulakan P&P

Kekerapan Sepanjang masa tanpa berhenti bermain kejar-kejar

7.30 8.00

Aktiviti P&P berlangsung/mengganggu rakan/bercerita dengan rakan

5 kali

8.00 9.00 9.00 10.00 10.00 10.30 10.30 11.30

Subjek bahasa Melayu, kerap keluar kerana tidak minat Aktiviti P&P berlangsung/mengganggu rakan Rehat/ memanjat kerusi dan meja Aktiviti P&P berlangsung/ tidak memberi tumpuan/bercerita dengan rakan

7 kali

8 kali

4 kali 6 kali

11.30 12.30 12.30

Berkebun Pulang

Jadual Kekarapan yang ditunjukkan

5.0

CADANGAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI SATU MASALAH

TINGKAH LAKU KRITIKAL YANG TIMBUL DENGAN BERDASARKAN MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah dengan melihat kepada ciri-ciri guru yang efektif dalam menguruskan bilik darjah di mana kualiti peribadi ,kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan penghayatan dan amalan nilai yang perlu dititikberatkan untuk menjaga masalah disiplin sekolah. Hal ini kerana pelajar lebih cenderung untuk melihat guru sebagai role model mereka. Seharusnya setiap guru mempunyai personaliti yang baik dan membanggakan sesuai dengan status sebagai seorang guru. Setiap guru juga perlu bijak memainkan peranan penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Terdapat banyak model pengurusan disiplin yang boleh membantu guru-guru di

sekolah bagi menangani masalah disiplin ini. Antaranya ialah Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F Skinner, Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter, Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok oleh Jacob S.Kounin dan akhir sekali ialah Model Terapi Realiti oleh William Glasser. Model-model pengurusan ini menggunakan pendekatan yang berbeza tetapi kesemuanya dapat membantu guru untuk menangani masalah disiplin di sekolah dengan lebih baik. Saya telah memilih Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F Skinner sebagai model untuk mengatasi masalah disiplin yang dilakukan oleh murid. Model ini

menggunakan prinsip peneguhan samada positif mahupun negatif. Di samping itu, model ini juga menjurus kepada elemen-elemen luaran iaitu berupa peneguhanpeneguhan yang menjadi ransangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan positif berlaku apabila ransangan diberikan seperti hadiah, pujian, markah merit dan sebagainya. Peneguhan ini bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila murid menunjukkan masalah disiplin yang tidak diingini. Dengan kata lain dalam mengubah tingkahlaku murid-murid yang bermasalah ini ialah dengan memberi peneguhan samada negatif dan positif, tukar persekitaran

fizikal, ubahsuai program pengajaran, penggunaan ganjaran. pengasingan, dendaan, penghapusan dan sebagainya. Peneguhan bermaksud sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan serta mengekalkan tindak balas pada masa akan datang. Jenis-jenis peneguhan ialah peneguhan yang terdiri daripada makanan atau barangan, sensori iaitu tactile, vibratory, olfactory, visual dan auditory, sosial iaitu pujian, senyuman, memberi perhatian, tepukan, sentuhan dan pelukan serta aktiviti iaitu mengadakan lawatan, mengambil bahagian dalam pertandingan, mewarna dan lain-lain. Langkah-langkah yang akan saya gunakan untuk mengubah tingkahlaku Subjek A ialah dengan menggunakan teknik dendaan. Melalui teknik atau kaedah dendaan, saya akan memberitahunya atau saya memberi amaran bahawa jika dia kerap keluar kelas pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, saya akan mendendanya supaya berdiri di luar kelas sambil memegang telinga. Jika dia tidak mengendahkan amaran saya dan tetap membuat perkara yang sama berulangkali saya akan mengambil tindakan yang lebih tegas dengan membawa rotan sebagai simbol untuk menakutkannya dan memberi amaran untuk kali yang kedua. Selain itu, langkah-langkah yang dapat kita lakukan ialah sekiranya Subjek A tetap kerap keluar kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru boleh mengambil tindakan dengan tidak membenarkan Subjek A rehat atau tidak membenarkannya menyertai sebarang aktiviti yang disukainya. Sebagai guru, kita harus mengetahui cara untuk mengambil hati murid dengan memahami tentang kesukaan dan kelemahannya. Seterusnya, jika Subjek A mengikut arahan atau amaran yang telah diberikan, guru haruslah memberi ganjaran kepadanya. Menurut Skinner, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberikan selepas seseorang itu menunujukkan tingkah laku tersebut. Ganjaran yang terdiri daripada pujian dan token sebagai salah satu cara bagi merangsang perhatian murid dan menaikkan semangatnya untuk sentiasa berusaha tidak melakukan kesalahannya berulangulang kali. Selain itu, selain daripada peneguhan positif dan negatif terdapat juga peneguhan berkala di mana peneguhan akan diberikan setiap kali sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Sebagai contohnya, Subjek A sering kali keluar ke kelas

sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru akan memberi leteran dan nasihat. Lama-kelamaan murid tersebut akan merasa bosan dan mula akan sentiasa berada di dalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Apabila hal seperti ini berlaku, maka guru perlu memberi pujian terhadap Subjek A. Sikap ini akan terbiasa dengannya dan menjadi sebati dalam dirinya. Dengan ini guru tidak perlu lagi memberi pujian terhadapnya apabila kelakuannya itu mula menjadi kelakuan yang tetap. Peneguhan senag digunakan dan mendapat hasil yang pantas tetapi kadang kala hasilnya tidak tahan lama. Oleh itu, guru haruslah bijak mengendalikan situasi sebegini dan mengawal perlakuan murid di dalam bilik darjah. Kesempurnaan proses ini memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan lancer dan tidak terganggu.

CARA-CARA UNTUK MENGATASI

MASALAH

CIKGU

ABDUL RAHMAN

DENGAN MENGGUNAKAN MODEL KELOMPOK KOUNIN Dengan menggunakan model ini,guru perlu banyak memainkan peranan iaitu beliau harus befikir secara kreatif bagaimana cara dia boleh menarik perhatian murid untuk menunjukan minat dalam PnP. Dalam model ini terdapat lima perkara yang perlu diberi perhatian iaitu merangkumi semua . Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah Guru perlu melibatkan semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan tidak kiralah dalam kelas atau di luar kelas. Guru juga perlu mempunyai cara untuk menangani murrid-murid yang nakal atau murid yang pasif. Hal ini kerana murid-murid tersebutl akan dapat mempengaruhi murid yang lain jika mereka tidak diberikan perhatian oleh beliau. Contohnya Guru boleh menyuruh atau melantik murid yang nakal dan pasif untuk menjadi ketua kumpulan supaya mereka berasa lebih bertanggungjawab dan boleh mengikuti pelajaran pada hari tersebut. Dengan cara ini mereka akan merasa lebih dihargai oleh guru serta mereka berasa guru juga selalu mengambil perhatian tentang diri mereka. Guru juga harus juga mengetahui tentang latar belakang semua murid supaya ia lebih mudah untuk beliau mengawal kelas terbabit. Guru juga perlu menerapakn nilai-nilai murni dalam kalangan murid supaya mereka dapat meninggalkan tingkah laku yang negatif. Perkara yang kedua ialah bertindih iaitu Guru dapat mengawal banyak perkara dalam kelas dalam sesuatu masa. Hal ini memerlukan Guru mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mengawal kelas. Hal ini kerana dalam kelas yang sebegini akan menyebabkan berlaku masalah yang pelbagai dan mugkin berlaku dalam satu masa yang sama. Oleh yang demikian Guru perlu memberi perhatian yang lebih kepada murid-murid atau beliau harus membuat undang-undang dalam kelas supaya dengan cara ia mungkin beliau dapat mengawal kelas dengan baik. Selain itu,Guru juga boleh menyusun semula kedudukan murid, hal ini dengan meletakan murid yang nakal dihadapan kelas supaya ia berasa dirinya sentiasa diperhatikan oleh guru dan mungkin dia akan berasa takut untuk kacau kawan dia di dalam kelas. Hal ini merupakan cara untuk mengelakan sesuatu perkara daripada terus berlaku. Guru juga harus mempunyai kemahiran mengagak atau dalam model ini ia digelar

momentum. Beliau harus bersedia atas sebarang reaksi yang akan diberikan oleh

murid-murid terbabit. Beliau juga harus mempelajari bagaiamana untik menjadi guru yang peka terhadap perkara yang akan berlaku. Contohnya anak murid beliau sedang melawak mengunakan pensil dan perkara yang kebarangkalian yang akan berlaku ialah mungkin ia akan mengenai mata salah seorang murid beliau. Hal ini memerlukan Guru peka serta menegur perbuatan tersebut sebelum berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Ketiga ialah kelancaran. Hal ini memerlukan beliau merancang PnP beliau dengan teliti serta ia akan melibatkan semua murid dalam kelas terbabit. Contohnya beliau harus melakukan sesuatu atau menangani muridmurid yang pasif serta murid yang aktif. Bagi murid yang pasif,beliau harus

merancangkan sesuatu dengan mengunakan kemahiran bertutur supaya mereka boleh bercakap dihadapan kelas seperti bercerita tentang pengalaman diri atau sebagainya. Manakala untuk murid-murid yang aktif pula, beliau harus

merancangkan aktiviti dengan mengunakan kemahiran mendengar supaya murid terbabit boleh diam untuk memberi perhatian tentang apa yang didengar. Hal ini membolehkan semua murid memainkan peranan dalam kelas dan mugkin mereka boleh menberi komitmen yang sepenuhnya dalam aktiviti PnP. Akhir sekali ialah Fokus kumpulan iaitu aktiviti yang dijalankan harus lah dalam bentuk kumpulan kerana ia senang untuk guru memantau kelas terbabit.Semua murid hendaklah mengikuti pengajaran kelas iaitu dengan melibatkan murid secara keseluruhan

supaya tidak ada akan yang ketinggalan dalam kelas. Guru juga harus mewujudkan P & P yang lebih menarik supaya murid dapat mengikuti pelajaran tersebut dengan gembira. Beliau harus banyak mengunakan bahan bantu belajar yang menarik serta unik dan dengan ini ia kan menarik perhatian murid.

Anda mungkin juga menyukai