Anda di halaman 1dari 14

<< EKONOMI >>

Menurut

pandangan Islam, ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan syariah. Sama ada, di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Ia merupakan sebahagian daripada cara hidup Islam yang menyeluruh merangkumi aspek rohani dan jasmani, atau spiritual dan material.

Asas

pemikiran ekonomi Islam bertaut dalam konsep segitiga iaitu ; i. Allah S.W.T. sebagai Pencipta dan Penguasa ke atas segala makhluk-Nya ii. Manusia sebagai hamba yang menerima, mematuhi perintah dan menikmati anugerah Maha Pencipta iii. Dan kekayaan alam yang mesti dimanfaatkan oleh manusia menurut hukum dan peraturan Yang Mencipta.

Oleh itu, ekonomi Islam tidak memisahkan manusia daripada alamnya iaitu daripada kepercayaan akidahnya.

Kegiatan ekonomi dalam Islam mewajibkan umatnya mematuhi syariat Allah dalam bentuk amal, iktikad dan akhlak. Segala amalan ekonomi mestilah dirujuk kepada perintah Allah dari segi halal/haram, wajib/sunat, dan harus/makruhnya. Islam melengkapkan sistem ekonominya dengan ciri akhlak yang unik seperti sifat ikhlas,jujur,amanah,ihsan,sabar,takwa,tidak angkuh,tidak tamak,tidak dengki semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah dan agar kebaikan hidup dalam bermasyarakat menjadi kelaziman.

Ekonomi yang berasaskan Al-Quran dan As Sunnah. Oleh itu, ekonomi Islam adalah ekonomi Ilahi (ketuhanan) dari segi prinsipnya. Merupakan sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam yang lengkap, sempurna dan mampu untuk menyelesaikan masalah hidup manusia malah seluruh makhluk di muka bumi ini. Kepentingan individu dan masyarakat sentiasa diseimbangkan. Walaupun kegiatan ekonomi bersifat kebendaan, tetapi ia tidak terpisah dari kerohanian. Ekonomi Islam sentiasa sesuai sepanjang zaman dan masa.

Dari segi bahasa,zakat membawa maksud sebagai kesucian,kebersihan,keberkatan dan kepujian daripada perasaan tamak,bakhil dan sifat-sifat keji. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalm ayat ; terjemahannya : Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya. Dari segi syarak,membawa maksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagih kepada yang berhak menerimanya. Harta yang wajib dikeluarkan zakat itu perlu mengikut kadar (nisab) yang tertentu berdasarkan kepada ketentuan syarak dan cukup setahun (haul). Harta yang wajib dikeluarkan zakat ialah emas,perak,wang perniagaan,galian,buahbuahan,bijian dan binatang ternak.

Zakat berfungsi untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah S.W.T. Dari segi kejasmanian atau kebendaan juga,zakat berfungsi untuk menyucikan harta benda dari percampuran pemilikan yang hak dan yang batil. Dari aspek kemasyarakatan,akhlak dan kebajikan,zakat adalah penyertaan seseorang yang berada untuk membentuk masyarakat yang adil dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Dari aspek ekonomi,zakat merupakan satu cara yang terbaik,untuk menjadikan negara dan umat Islam muncul sebagai golongan yang kaya dan makmur.

Zakat juga dapat mewujudkan dan meningkatkan ikatan silaturahim dan perpaduan antara golongan yang kaya dengan golongan yang kurang bernasib baik. Zakat bertanggungjawab menghampirkan diri pengeluarnya dengan Allah S.W.T kerana harta yang terkumpul itu telah dibelanjakan mengikut cara yang diredai-Nya. Zakat juga dapat memberikan kekuatan rohani dan jasmani asnaf (golongan) penerima zakat seperti mualaf,penanggung hutang dan musafir. Zakat juga menandakan kesyukuran orang yang berada dan merupakan satu pengagungan terhadap kekuasaan Allah S.W.T. Pengeluaran zakat adalah satu cara untuk memelihara harta daripada hilang.

Baitulmal i. Merupakan Perbendaharaan Negara atau dikenali sebagai Kementerian Kewangan pada masa itu. ii. Baitulmal dibina dengan cara diadakan dewandewan (jabatan-jabatan) seperti Dewan Al Kharaj dan Dewan Al Ata (Jabatan Pencen). Dewan-dewan (jabatan) dalam baitulmal : i. Khusus bagi menguruskan sedekah (zakat),usyur dan cukai terhadap pedagang Islam. ii. Khusus untuk menguruskan pungutan jizyah dan kharaj. iii. Khusus untuk mengendalikan harta rampasan perang dan rikaz (harta terpendam). iv. Khusus untu mengumpulkan barang-barang yang hilang dan dijumpai semula dan barang-barang yang tidak diketahui pemiliknya.

Sistem kewangan Islam berbeza dengan sistem kewangan konvensional kerana sistem kewangan Islam tidak membenarkan wang melahirkan wang tanpa perantaraan transaksi perniagaan dan perkongsian risiko perniagaan. Atas dasar itu, intitusi perbankan Islam mesti melibatkan diri dengan perniagaan, iaitu antara melalui jual beli untung atau al-mudarabah, ataupun al-musyaarakah atau mudarabah. Terdapat beberapa bentuk operasi kewangan dalam sistem ekonomi Islam. Antaranya ialah: a) Al-Rhan atau pajak gadai. b) Al-Mudarabah atau perkongsian c) Al-Baybi Thaman atau jualan dengan harga tangguh. d) Kontrak bertolong-bantu atau al-Takaful atau insuran Islam.

Konsep

insurans umumnya ialah persediaan yang dibuat oleh sekumpulan orang yang masing-masing menghadapi kerugian kecil bagi sesuatu yang tidak dapat diduga. Konsep insurans secara Islam ialah penghayatan semangat takaful,kerjasama dan perlindungan dalam aktiviti-aktiviti masyarakat untuk kesejahteraan ummah dan perpaduan masyarakat. Takaful adalah saling bertanggungjawab, kerjasama dalam perkara baik sahaja dan perlindungan adalah satu keselamatan atau keamanan.

Terdapat i.

i.

2 jenis perlindungan Takaful iaitu : Takaful keluarga menyediakan perlindungan bagi menghadapi malapetaka,kematian dan kecederaan diri seseorang peserta. Takaful am - boleh disertai oleh orang perseorangan, syarikat, pertubuhan atau perbadanan.