Anda di halaman 1dari 4

Ucapan alu-aluan Syukur dipanjatkan ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya jua maka dapat

saya mengambil kesempatan ini untuk

menyampaikan ucapan syabas dan tahniah kepada kumpulan pengajian PPISMP Bahasa Cina Semester 3 dan kumpulan pengajian Pendidikan Seni Visual Semester 3 kerana berusaha untuk mengadakan aktiviti Sukan Rekreasi. Sistem Pendidikan di Malaysia adalah berteraskan Falsafah

Pendidikan Negara yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah semata-mata, tetapi juga dijalankan di luar bilik darjah. Aktiviti Sukan Rekreasi ini bermatlamat untuk pimpinan yang berkemahiran dan prasarana yang mencukupi yang dapat menyediakan peluang bagi individu atau kumpulan untuk bertindak dalam situasi fizikal yang menyegarkan, merangsang dan mencergaskan minda serta berwibawa. Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam pengelolaan akitivti Sukan Rekreasi ini. Semoga semua pengalaman yang diperolehi dalam aktiviti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu mencapai matlamat

menyemarakkan kegiatan sukan di sekolah. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Timbalan Pengarah

Ucapan alu-aluan Syabas kepada pihak pengelolaan kerana telah berjaya untuk melaksanakan kem ini. Kem ini sebenarnya merupakan penyediaan guru pelatih dari tiga segi, iaitu dari segi teknikal, ilmu dan rohani. Dari segi teknikal, potensi semua guru pelatih diharapkan dapat

memperkembangkan

masing-masing

dengan

meningkatkan

kemahiran, kekuatan, daya tahan dan kuasa. Manakala dari segi ilmu pula, saya berharap agar semua guru pelatih meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan celik akal selepas kem sukan dan rekreasi ini. Selain itu, guru pelatih juga perlu memupuk sikap yang berpatutan dan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati dan bertanggungjawab supaya tidak hanya teknikal dan ilmu diberikan keutamaan oleh guru pelatih. Akhir sekali, saya berharap kem ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekian, terima kasih. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Penyelaras Kem Sukan dan Rekreasi

Ucapan alu-aluan

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua peserta untuk kem sukan dan rekreasi ini. Kem ini sebenarnya amat bersesuaian dengan dasar kerajaan, iaitu satu murid, satu sukan, satu Malaysia. Kerjasama antara semua kaum adalah amat penting supaya tidak mengulangi peristiwa hitam yang telah berlaku pada 13 Mei 1969. Oleh yang demikian, saya berharap agar hubungan antara guru pelatih dapat dieratkan melalui pelaksanaan kem sukan dan rekreasi ini. Di samping memupuk nilai kerjasama antara kaum dalam pelaksanaan kem sukan dan rekreasi ini, saya juga berharap bahawa semua guru pelatih dapat memperolehi pengalaman supaya menyediakan guru pelatih untuk pengurusan dan pentadbiran dalam sekolah semasa menjalankan aktiviti sukan dan rekreasi. Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pengelolaan kem Sukan dan Rekreasi ini. Saya berharap semua peserta dapat memanfaatkan peluang ini agar dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang! MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani

Objektif 3.1 Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang Pendidikan Luar( Sukan dan Rekreasi). 3.2 Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalammengamati, menghayati dan menghargai alam semulajadi sertamejadikannya sebahagian daripada sumber pendidikan. 3.3 Mendapat pendedahan dan kefahaman secara langsunguntuk menguasai latihan kemahiran aktiviti perkhemahan, trekking,orienting, survival serta aktiviti-aktiviti lain. 3.4 Memenuhi syarat-syarat kurikulum Pendidikan Jasmanidalam PPISMP Semester 3 Ambilan Julai 2006.

Matlamat 4.1 Peserta-peserta praktikal kursus asas akan dapat menimba persediaan pengetahuandan danpelaksanaan

pengalaman perkhemahan.

mengenai

4.2 Peserta-peserta kursus akan mendapat pengetahuan,pengalaman dan kemahiran aktiviti-aktiviti utama dan sampingandalam perkhemahan.4.3 Peserta-peserta kursus dapat mengamati, menghayati danmenghargai alam semulajadi .4.4 Peserta-peserta kursus dapat mengukuhkan sikap nilai-nilaimurni melalui interaksi antara satu sama lain