Anda di halaman 1dari 2

Pemangkin Perubahan Gaya Hidup Masyarakat Pendahuluan

Istilah gaya hidup pada asalnya dicipta oleh ahli psikologi Austria, Alfred Adler, pada 1929. Pengertiannya yang lebih luas, sebagaimana difahami pada hari ini, mula digunakan sejak 1961. Dalam bidang sosiologi, gaya hidup ialah cara bagaimana seseorang hidup. Gaya hidup ialah kumpulan ciri tingkah laku yang bererti kepada kedua-dua orang-orang lain dan diri sendiri dalam sesuatu masa dan tempat, termasuk hubungan sosial, penggunaan, hiburan, dan pakaian. Tingkah laku dan amalan dalam gaya hidup merupakan campuran tabiat, cara lazim membuat sesuatu, serta tindakan berdasarkan logik. Gaya hidup biasanya membayangkan sikap, nilai, dan pandangan dunia seseorang. Justera, gaya hidup ialah cara untuk memupuk konsep kendiri serta mencipta simbol kebudayaan yang menggemakan identiti peribadi. Namun bukan semua aspek gaya hidup bersifat sukarela pada sepenuhnya. Sistemsistem sosial dan teknikal di sekeliling boleh menyekat pilihan gaya hidup serta simbol yang dapat digunakan untuk menonjolkan gaya hidup kepada orang-orang lain dan diri sendiri. Sempadan antara identiti peribadi dengan perbuatan sehari-hari yang menandakan sesuatu gaya hidup semakin kabur dalam masyarakat moden. Misalnya, "gaya hidup hijau" bermakna memegang kepercayaan dan melakukan kegiatan-kegiatan yang menggunakan kurang sumber serta menghasilkan kurang sisa yang berbahaya (iaitu jejak karbon yang lebih kecil) dan mencapai penghargaan diri menerusi pemegangan kepercayaan dan pembuatan kegiatan-kegiatan tersebut. Sesetengah pengulas mendebat bahawa dalam kemodenan, asas pembinaan gaya hidup ialah tingkah laku penggunaan yang menawarkan kemungkinan untuk mencipta dan membezakan diri lagi menerusi produk dan perkhidmatan yang menandakan gaya hidup yang berbeza.

Status
Dunia telah menjadi saksi kepada perubahan masyarakat dari zaman dahulu sehinggalah sekarang.Perubahan yang dikecapi meliputi pelbagai segi,perubahan dari segi cara hidup,tingkah laku,kemajuan teknologi dan banyak lagi.Dalam masa yang sama masyarakat Malaysia umumnya masyarakat seluruh dunia juga telah mengalami perubahan gaya hidup dan pelbagai faktor menyumbang antaranya status. Dalam sosiologi status bererti kedudukan seseorang dalam satu kelompok dan mempunyai hubungan dengan anggota-anggota lain.Seseorang boleh mempunyai banyak status bergantung kepada beberapa banyak kelompok yang dia anggotai.Statusnya dalam setiap kelompok adalah berlainan.Contoh: Status peguam berbeza dengan tentera.Status sosial pula merujuk kepada kedudukan atau taraf khusus seseorang dalam masyarakat,martabat dan hak serta tugas yang dimilikinya.

Struktur Masyarakat

Status

Status Sosial

Gaya hidup seorang individu, berbeza bagi status yang dimilikinya contohnya seorang peniaga dengan tentera.Disini dapat dilihat peniaga kebiaasaanya mempunyai rutin kehidupan yang sibuk dan sentiasa berhadapan dengan orang ramai manakala seorang tentera mengamalkan gaya hidup yang tersusun dan rapi. Status sosial juga turut memainkan peranan dalam gaya hidup individu tersebut dalam masyarakat dan peranan yang dimainkannya. Contohnya:Kehidupan seorang bangsawan berbeza dengan golongang rakyat biasa.Bangsawan kebiaasaanya hidup dalam kemewahan,mempunyai kemudahan dan fasaliti yang lebih baik berbanding rakyat biasa yang hidup dalam serba kekurangan dan mengamalkan gaya hidup yang sederhana seperti kais pagi makan pagi.kais petang makan petang.

Anda mungkin juga menyukai