Anda di halaman 1dari 4

Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis)

Judul : Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis) RM19.70

Harga : Nombor 2342161 siri : Status Stok: Stok masih ada

Judul : Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis) Penyelengggara : Sulaiman Masri Penerbit : Utusan Publishing & Distributors Genre : Penulisan Akedemik Mukasurat : 159 halaman Cetakan Baru : 2005 ISBN : 9676117447

Buku ini ditulis sebagai rujukan pelajar institusi pengajian tinggi dan sesiapa sahaja yang berhasrat atau diarahkan untuk menjalani penyelidikan yang diikuti dengan tugas menulis laporan ilmiah seperti esei, kertas kerja, kertas projek, proposal penyelidikan dan tesis. Penyelidikan merupakan cara kita mencari kebenaran. Kita berusaha dengan menggunakan kaedah penyelidikan saintifik untuk menjelaskan pelbagai gejala dan permasalahan serta menemukan sebab-musabab yang sebenamya wujud daripada rentetan akibat. Ketika kita menghadapi permasalahan dan dengan cara yang sistematik berusaha menyelesaikan permasalahan itu, ini dikatakan kita berada di tengah-tengah permasalahan ilmiah dan menggunakan kaedah penyelesaian yang bersifat ilmiah. Kalau kita hanya mengumpul keterangan dan berusaha mengklasifikasi keterangan tersebut, ini dikatakan kita baru berada di pinggir penyelidikan ilmiah. Pada tahap ini kita mengambil sikap statik. Sebaliknya, kalau kita berusaha menyusun teori dan kaedah pendekatan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, kita sebenarnya berada di tengah-tengah permasalahan ilmiah. Pada tahap ini kita mengambil sikap dinamik iaitu berusaha menemukan sifat umum yang dapat dianggap sebagai kaedah, da1i1 atau keumuman terhadap fenomena yang berada dalam bidang yang diselidiki. Penemuan itu dapat dirumuskan sebagai teori untuk menyelesaikan permasalahan. Daripada penjelasan tersebut, orang yang menjalani penyelidikan i1miah sewajamya berusaha menemui perumusan tentang pelbagai pengertian yang saling berkaitan dengan fenomena yang diselidiki. Melalui pengertian tentang hubungan itu pula, dapat diadakan ramalan atau kawalan terhadap fenomena tersebut.

Kandungan buku ini sebanyak 13 bab yang diadun secara saling melengkapi khusus memperkatakan konsep, ruang lingkup, tatacara dan pendekatan penyelidikan saintifik. Selepas membaca kesemua bab, pelajar dan bakal penyelidik lain dapat mengetahui pelbagai aspek dan ber- keterampilan untuk menjalani penyelidikan dengan yakin dan berwibawa serta berjaya menghasilkan dapatan yang jitu. Kandungan Bab 1 PENYELIDIKAN DAN LIPUTANNYA Pengenalan Sumber Ilmu Pengetahuan Penyelidikan Ilmiah Tujuan Penyelidikan Ciri Penyelidikan Variabel Skala Pengukuran Penyelidikan Saintifik Keperluan Penyelidikan Perkaitan dalam Penyelidikan Saintifik Bab 2 PERANCANGANDAN STRATEGI PENYELIDIKAN Pengenalan Strategi Penyelidikan Kriteria Menilai Strategi Penyelidikan Bab 3 REKA BENTUK PENYELIDIKAN Pengenalan Tujuan Komponen Jenis Penilaian Reka Bentuk Bab 4 PENENTUAN TUJUAN PENYELIDIKAN DAN HIPOTESIS Pengenalan Tujuan Kajian Hipotesis Bab 5 PENILAIAN KAJIAN BERKAITAN (TINJAUAN LITERATUR) Pengenalan Teknik Menilai Kajian Terdahulu

Bab 6 PERMASALAHAN DAN KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN Pengenalan Permasalahan Bab 7 SAMPEL DAN KAEDAH PERSAMPELAN Pengenalan Kerangka Persampelan Bab 8 INSTRUMEN DAN PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Pengenalan Kriteria Pemilihan Prosedur Pemungutan Data Secara Pengamatan Pengumpulan Data Secara Penyoalan Penyoalan dan Pengukuran Bab 9 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA Pengenalan Penganalisisan Penganalisisan Dua Variabel Bab 10 VARIABEL DAN SKALA PENGUKURAN Pengenalan Ciri Pengukuran Jenis dan Tahap Pengukuran Kesilapan Pengukuran Kebolehpercayaan Kesahihan Pengukuran Teknik Penskalaan Analisis Kandungan Ujian Pengukuran Fizikal Bab 11 PANDUAN (FORMAT) PENULISAN Pengenalan Panduan (Format) Penulisan Esei Panduan Penulisan Kertas Cadangan (Proposal) Penyelidikan Format Laporan Penyelidikan (Tesis) Catatan Bab 12 PANDUAN BAHASA Pengenalan Tatabahasa Perkataan Ayat Pemerengganan

Kesilapan Umum Bahasa Kesilapan pada Perkataan Kesilapan pada Imbuhan Kesilapan Umum Akibat Pengaruh Bahasa Inggeris Bab 13 KESERAGAMAN GAYA PENERBITAN Pengenalan Keseragaman Gaya Penggunaan Huruf Besar Beberapa Ketentuan Lain Singkatan dan Akronim Perkataan Antarabangsa Penambahan Awalan dan Akhiran Gabungan Kata Peraturan Khusus Singkatan dan Akronim Angkatan Tentera Penggunaan Tanda Baca Bibliografi Lampiran Indeks

Anda mungkin juga menyukai