Anda di halaman 1dari 3

Bidang:

Akademik Bahasa Melayu Jenis Ketidakupayaan:

Masalah Pembelajaran Peringkat Pendidikan:

Rendah Tahap 1 Aras:

2 (Sederhana) Domain:

Kognitif Sukatan Pelajaran: 3.3 Mengenal dan mengecam bentuk dan bunyi huruf pada simbol yang dilihat. 6.1 Mengenal, menekap, meniru bentuk huruf, suku kata dan perkataan. Deskripsi Pelajaran Hari Ini: Isi pelajaran pada hari ini ialah mengukuhkan ingatan murid kepada lima huruf yang telah dipelajari iaitu a, e, i, o dan u. Mereka telah mempelajari huruf-huruf ini secara satu persatu di dalam pembelajaran yang lepas. Pada hari ini, mereka diterangkan bahawa huruf-huruf ini berada di dalam satu kumpulan yang sama iaitu hurufhuruf vokal. Penulis: Che Rahmah binti Ahmad Fauzi Objektif: Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat mengenal, menyebut dan mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u serta membentuk huruf menggunakan plastisin mengikut arah yang betul. Kemahiran Sedia Ada: Murid pernah melihat dan menyebut perkataan api, ekor, ikan, obor dan ulat. Perkataan-perkataan ini mempunyai huruf vokal di awal perkataan. Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 1. Murid ditunjukkan gambar api, ekor, ibu, aki, isi, ulu, obor dan ubi. 2. Murid diminta menyebut gambargambar tersebut dengan suara yang kuat. 3. Murid diminta memberi penekanan suara pada bunyi sebutan pada awal perkataan. 4. Guru menunjukkan cara membunyikan perkataan itu dengan sebutan yang betul. 5. Murid diimbas kembali huruf-huruf vokal yang telah dipelajaria, e, i, o, u. 6. Murid menunjukkan huruf-huruf vokal mengikut bunyi yang disebut oleh guru. 7. Guru dan murid melengkapkan puzzle huruf dan puzzle gambar yang berkaitan. 8. Murid juga membentuk huruf vokal tersebut dengan menggunakan plastisin. 9. Bagi menilai kefahaman terhadap pembelajaran pada hari ini, murid diberi latihan memadankan huruf dan gambar yang betul. Bahan Bantu Mengajar: kad huruf, kad gambar, gambar dari majalah, lembaran kerja dan plastisin.

1. Murid diimbas kembali perkataan yang mempunyai huruf vokal pada awal perkataan. 2. Guru akan menyebutkan bunyi awal dan murid akan menyambung untuk bunyi yang seterusnya bagi membentuk satu perkataan bermakna. 1. Guru menunjukkan cara untuk membentuk huruf a, e, i, o, u dengan menggunakan plastisin. 2. Selain itu juga, guru menyediakan template bagi murid membentuk huruf-huruf tersebut. Deskripsi: Murid ditunjukkan keratan gambar ubi daripada majalah. Murid dan guru bersoal jawab tentang gambar ubi yang ditunjukkan.

Ubi
Gambar dan perkataan 'ubi'.

1. Murid ditunjukkan carta gambar yang bermula dengan huruf a, e, i, o,u iaitu gambar api, ekor, ibu, aki, isi, ulu, obor dan ubi. 2. Murid diminta menyebut bunyi perkataan tersebut. 3. Selain itu, murid diberi penekanan tentang bunyi pada awal perkataan. 4. Guru akan menunjukkan huruf vokal pada setiap bunyi awal perkataan yang disebut. 5. Murid juga diminta menunjukkan huruf vokal yang betul apabila bunyi huruf disebut oleh guru.

Vokal + konsonan vokal


Perkataan vokal + perkataan konsonan vokal

Guru menunjukkan kad gambar dan perkataan ibu. Guru menyatakan bahawa pembelajaran pada hari ini adalah berkaitan dengan bunyi huruf pada awal setiap perkataan, contohnya [i] = ibu. Ibu 1. Murid ditunjukkan cara untuk memadankan huruf vokal dan gambar yang berkaitan. 2. Murid memadan perkataan dan gambar pada lembaran kerja yang disediakan. 3. Guru membimbing murid membentuk huruf dengan plastisin. Bagi murid yang dapat menulis dengan cara yang betul, guru menyediakan latihan tambahan untuk diselesaikan di rumah. 1. Guru meminta murid menunjukkan huruf vokal yang betul apabila guru menyebut perkataan yang telah dipelajari sebentar tadi. 2. Guru memuji semua murid yang berjaya mengikuti pembelajaran hari itu dengan baik.

1. Guru dan murid bersama-sama melengkapkan puzzle huruf. 2. Murid menyebut huruf dan perkataan yang dibentuk. 3. Murid diminta memadankan puzzle gambar berdasarkan perkataan yang diberikan. 4. Murid memilih puzzle gambar dari dalam bakul yang disediakan. Puzzle Murid boleh cuba menyebut serta mengenal pasti huruf-huruf vokal di awal perkataan, di tengah dan di akhir setiap perkataan yang ditemui.