Anda di halaman 1dari 7

Kata-kata hikmat 1.

Bersekutu Bertambah Mutu Erti: Berkerjasama antara satu dengan lain dalam melaksanakan sesuatu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Ayat: Kita jangan lupa cogan kata negara ialah Bersekutu Bertambah Mutu. 2. Bersatu Teguh Bercerai Roboh Erti: Perpaduan akan menjadikan kita kuat, manakala perpecahan akan melemahkan kita.

Ayat: Negara Malaysia aman damai kerana pemimpinnya yang sentiasa menanamkan semangat Bersatu Teguh, Bercerai Roboh dalam kalangan penduduk majmuknya. 3. Jimat Cermat Membawa Berkat Erti: Sikap berjimat akan mendatangkan faedah. 4. Masa Itu Emas Erti: Masa itu sangat berharga.

Ayat: Kita tidak boleh membuang masa kerana Masa Itu Emas. 5. Ilmu Itu Pelita Hidup Erti: Ilmu pengetahuan menjamin kehidupan seseorang. Ayat: Kita tidak harus jemu menuntut ilmu kerana Ilmu Itu Pelita Hidup. 6. Bahasa Jiwa Bangsa

Erti: Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyara kat atau semangat sesuatu bangsa. Ayat: Penduduk negara ini sangat megah menggunakan bahasa kebangsaan mereka kerana Bahasa Jiwa Bangsa. 7. Bertangguh Itu Pencuri Masa Erti: Melakukan kerja dengan bertangguh akan merugikan diri sendiri.

8. Kata-Kata Lebih Tajam Daripada Mata Pedang Erti: Kata-kata yang pedas dapat menyinggung perasaan seseorang. 9. Membaca Jambatan Ilmu Erti: Tabiat suka membaca dapat membantu kita menambahkan ilmu pengetahuan. 10. Muafakat Itu Berkat Erti: Perkara yang dilakukan secara persetujuan semua pihak akan mendatangkan kebaikan.

Ayat: Seluruh penduduk kawasan itu sentiasa bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerana Muafakat Itu Berkat.

11. Hilang bahasa lenyaplah bangsa ~jika bahasa itu pupus maka pupuslah bangsa itu. Ayat:Dalam mengejar kemajuan era globalisasi jangan sekali-kali kita lupakan bahasa ibunda kita kerana menurut cerdik pandai Hilang Bahasa Lenyaplah

Bangsa. 12. Kata itu kota ~ setiap janji hendaklah ditunaikan Ayat: Orang tidak mudah percaya kepada kitakalau tidak menepati janji kerana Kata Itu Kota.

Anda mungkin juga menyukai