Anda di halaman 1dari 20

PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ANTARA

NOVEL AZFA HANANI DAN KEMBARA AMIRA

Perbezaan

Tema
Novel Azfa Hanani telah menceritakan tentang penyamaran seorang gadis untuk menyelamatkan seorang ibu yang menghadapi sakit jiwa akibat kehilangan anak dalam kemalangan. Novel Kembara Amira adalah mengenai pengembaraan seorang gadis dalam mematangkan hidupnya dan ketabahannya untuk menghadapi pelbagai cabaran.

Persoalan
Novel Azfa Hanani Perasaan yang dalam terhadap anak kesayangan seseorang ibu. Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat. Kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian. Novel Kembara Amira Persahabatan yang erat antara dua insan berlainan bangsa. Kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Sikap mementingkan diri dengan mengutamakan keuntungan berbanding dengan kesejahteraan alam sekitar.

Cerita novel Azfa Hanani telah melibatkan banyak tempat kawasan pertempatan seperti rumah pak long, banglo Datin Maziah, Sekolah Menengah Taman Sari.

Dalam novel Kemara Amira, eksploitasi Amira pula kebanyakan berada dalam kawasan perhutanan dan perkampungan.

Masyarakat yang bertanggungjawap dapat diperlihat dalam novel Azfa Hanani melalui sikap Azfa Hanani yang melaksanakan tugas sebagai pengerusi Hari Sumbangsih dengan cemerlangnya. Masyarakat elit yang bongkak dan sombong juga terdapat dalam novel Azfa Hanani. Contohnya, Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah kepada Hanani disebabkan dia berasal dari golongan miskin.

Manakala dalam novel Kembara Amira, wujudnya masyarakat Orang Asli yang berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang mereka. Hal ini dapat dibuktikan dengan penganggapan Pak Tau bahawa kerja cari gali akan mengganggu roh-roh di kawasan hutan. Novel Kembara Amira telah menunjukkan masyarakat yang mementingkan diri dan mengutamakan kerkayaan. John OHara ingin mendapat keuntungan melalui para pelabur yang melabur dalam aktiviti perlombongan emas di kawasan hutan.

Azfa Hanani :
Beberapa bulan sahaja, iaitu tempoh semasa menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian sehingga penyamarannya terbongkar.

Kembara Amira :
Zaman moden. Masa kira-kira 1 tahun. Sepanjang cuti persekolahan. Jalan cerita diteruskan sehingga Amira menduduki peperiksaan akhir bagi tahun pertama di universiti.

Azfa Hanani
Teknik dialog Perbualan antara Ekran dengan Azfa Hanani berkisar tentang keizinan yang diberikan oleh Kak Finaz kepada Azfa Hanani yang ingin mengunjungi Pesta Buku Alam Malaysia. Teknik imbas kembali Azfa Hanani teringat akan peristiwa Ekran yang membelanjainya nasi ayam,iaitu pada hari Iskandar mengganggunya. Azfa Nanani teringat akan sikap Ekran yang berubah setelah terserempak dengan Tengku Muzaffar. Teknik monolog Walaupun Datin Maziah selalu mengarah Azfa Hanani menaiki teksi jika ingin ke mana-mana.Namun Azfa Hanani melalui monolognya mempertahankan prinsipnya untuk menaiki bas kerana dia sedar akan dirinya yang sebenar.

Kembara Amira
Teknik dialog Perbualan antara Profesor Zaidah dengan Rusdi tentang kejadian tali khemah yang terputus semasa hujan lebat. Teknik imbas kembali Malique teringat akan penerangan Roslan tentang pekerjaannya yang dahulu,iaitu sebagai pemandu balak. Tau teringat akan kisah hidupnya bersama dengan isterinya, Ipah. Teknik monolog Amira bermonolog ketika menunggu Malique di Air Terjun Angin. Dia ingin mendapat maklumat tentang lelaki berkulit putih bersama dengan Malique.

Persamaan

Persoalan
Kasih sayang terhadap anak. Datin Maziah telah menghadapi sakit jiwa kerana kematian anak kesayangannya, Tengku Murni. Pak Tau dapat mengenali anaknya, Malique yang nama asalnya Sabi walaupun dia telah besar dan menukar nama. Persahabatan yang mendalam dan berkekalan. Ellina merupakan rakan Azfa Hanani yang telah banyak membantunya untuk menyesuaikan diri dalam Sekolah Menengah Taman Sari. Amira berkawan baik dengan Jacinta dan mereka sering bersama-sama. Selain itu, Amira juga tahu rahsia dan sikap Jacinta. Sikap negatif masyarakat Datuk Tengku Makmur dan Tengku Muzaffar yang memandang rendah pada Azfa Hanani yang berasal dari golongan miskin . Ipah yang berkulit cerah, berambut perang, dan bermata biru dipulau oleh rakan sebaya dalam masyarakat Orang Asli Semai.

Watak dan Perwatakan


1. Azfa Hanani dan Amira Amir merupakan seorang peramah dan tabah menghadapi cabaran. Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni untuk menyelamatkan Datin Maziah yang mempunyai sakit jiwa dan bersikap tabah walaupun dipandang rendah oleh Datuk Tengku Makmur Amira berasa risau tentang kehilangan Malique dan ingin mencarinya. Selain itu, Amira yang begitu tabah semasa berada di Gunung Mat Raya menjalankan aktiviti mencari gali artifak lama tinggalan manusia zaman silam. 2. Azfa Hanani dan Amira Amir seorang yang gigih. Hanani berulang-alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 kilometer dengan menggunakan bas sekolah. Amira gigih berusaha dan tidak mudah putus asa apabila menghadapi cabaran dan dugaan.

3. Azfa Hanani dan Amira Amir menpunyai semangat kepercayaan kepada Tuhan. Hanani rajin sembayang dan membaca Quran untuk disedekahkan kepada arwah ayah dan ibunya. Amira sentiasa menunaikan solat.

Nilai dan Pengajaran


1. Pengorbanan Azfa Hanani sanggup berkorban untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi mendapat kos rawatan Zuraini yang lumpuh. Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung. 2. Kasih Sayang Datin Maziah terlalu sayang akan anaknya dan akibatnya menghadapi sakit jiwa disebabkan kehilangan anak kesayangannya,Tengku Murni. Jidin membesarkan Ipah dengan penuh kasih sayang walaupun Ipah telah dipulau oleh kaum Jidin. 3. Bantu-menbantu Azfa Hanani menerima permintaan Abang Mazran dan menyamar sebagai Tengku Murni manakala Abang Mazran pula menanggung kos rawatan sepupu Azfa Hanani, Zuraini. Penduduk Desa Karpus selalu bantu-membantu antara satu sama lain agar kerja cari gali di Bukti Mat Raya dapat berjalan dengan lancar.

4. Belas kasihan Azfa Hanani berasa kasihi kepada Datin Maziah lalu sanggup menyamar sebagai anaknya, Tengku Murni yang kelihatan seiras dengannya. Ludin amat simpati terhadap Tau yang mengasingkan diri daripada kaumnya kerana kecewa dengan tindakan Ipah yang lari meninggalkannya tanpa sebab. 5. Baik Hati Ellina yang baik hati telah membantu Azfa Hanani untuk menyesuaikan diri dalam situasi yang baru. Itai dan Tau telah menyelamatkan Amira yang hampir lemas dalam sungai. 6. Tidak mudah berputus asa Azfa Hanani tidak beputus semangat walaupun dipandang rendah dan dihina oleh Datuk Tengku Makmur. Profesor Zaidah tetap menuruskan kerja arkeologi meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah seperti tali khemah putus serta kemalangan. 7. Tidak lupa akan asal usul Azfa Hanani masih mengekalkan identitinya sebagai Azfa Hanani walaupun dia telah diterima baik oleh keluarga Datuk Tengku Makmur. Itai yang telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan dia tidak lupa akan asal usulnya yang pernah dibesarkan oleh Ludin di

Gaya Bahasa
1. Personifikasi Pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek dan sebagainya. Contoh penggunaan : a. Azfa Hanani Namun, sebaik sahaja kelopok mata terbuka, ingatan terhadap peristuwa semalam yang masih belum berkesudahan juga mendadak menerpa. b. Kembara Amira Daun melambai-lambai. Simile Membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Contoh penggunaan : a. Azfa Hanani Kenyataan yang sedang kuhadapi kini bagai sebuah mimpi. b. Kembara Amira Hatinya keras seperti batu.

2.

3. Perkataan Pinjaman Penggunaan perkataan pinjaman seperti perkataan Arab, indonesia dan juga Inggeris. Contoh Penggunaan: Azfa Hanani burger, humble, Youre a very clumsy kampung girl, Merci beau coup.Datang lagi ya, bang. Kembara Amira mobile disk. 4. Metafora Perbandingan langsung oleh pengarang yang tidak dipisahkan menerusi kata-kata, seperti, bak, laksana dan sebagainya. Azfa Hanani - Perlahan-lahan sesudah itu, punggungku terhenyak di atas kerusi biru di hadapan meja computer. Kembara Amira Dia sudah berada di kaki gunung.

Disediakan oleh: LEE CHIA CHEAN TUNG JUN JIE ELWIN OOI TANG YAO NAM

HAK CIPTA TERPELIHARA