Anda di halaman 1dari 1

Tajuk: Kerap kali anda mendengar komen orang ramai tentang mutu sukan di Negara kita.

Nyatakan punca-punca kemerosotan mutu sukan di tanah air kita. Contoh Karangan: Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan bola sepak , hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai punca yang menyebabka n mutu sukan negara kita terus merosot. Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan Negara kita merosot ialah para pemaian kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara ti dak bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patrioti k dalam jiwa pemain negara. Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan Negara menganggap bidang sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan merek a tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan men jejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka. Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu akti viti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya sek olah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan ne gara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panja ng pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekol ah-sekolah sukan yang baik. Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negar a yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti g elanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh dig unakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekuranga n kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain p ermainan tertentu pula. Konklusinya, semua factor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan n egara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberik an kerjasama yang jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu. Slogan 'majulah sukan untuk negara' perlu diteliti untuk memastikan sukan di ne gara ini terus berkembang dengan baik.