Anda di halaman 1dari 28

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, P.

PINANG

TAJUK : KONSEP, PRINSIP, DAN SISTEM MUAMALAH

NAMA ANGKA GILIRAN NO. K/P KUMPULAN / UNIT KOD/ MATA PELAJARAN

: JAMILAH BINTI MUSTAKIM : : 930416-12-6020 : 1 PPISMP SJ/PJ/BM : AG D1311 D2 / PENDIDIKAN ISLAM TERAS

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN SITI AISHAH BINTI ASHAARI TARIKH SERAHAN : 26 JULAI 2011

Senarai kandungan Muka Depan... i Senarai Kandungan . ii - iii Penghargaan . iv Objektif kajian Pengenalan 1.0 Pengertian kepada sistem muamalah 2.0 Peraturan-peraturan muamalah .. 3.0 Tujuan muamalah .. 4.0 Peranan muamalah 5.0 Fadhilat muamalah 6.0 Perkara berhubung muamalah 6.1 Murabahah 6.2 Wadiah . 6.3 Baiussalam .. 6.4 Al-ijarah . 6.5 Ar-rahnu . 6.6 Al-wakalah .... 6.7 Al-mudharabah . 6.8 Al-qardh Al-hasan .... 6.9 Al-Bai Bithaman Ajil .

ii

6.10 Jual beli 7.0 Riba ..

Refleksi .. Lampiran Bibliografi ..

iii

Penghargaan

Alhamdulilah, bersyukur saya kehadrat illahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan kerja krusus pendek PPISMP sem 1 2011 bagi subjek Pendidikan Islam Teras ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya Ustazah Siti Aishah Binti Ashaari. Meskipun tugasan ini amat berat bagi saya berkat pertolongan dan bimbingan serta tunjuk ajar dari beliau akhirnya dapat saya menyelesaikan tugas saya ini mengikut tempoh yang di tetapkan.

Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa saya serta keluarga saya yang sentiasa memberi pertolongan dari segi kewangan dan material sehinggalah siapnya tugasan saya ini. Kata-kata semangat dan dorongan mereka semualah yang mejadi azimat kepada diri ini agar lebih tabah menjalani hidup sebagai seorang guru pelatih yang nanti kelaknya akan mendidik anak-anak bangsa Negara kita yang tercinta Malaysia, inshaAllah

Terima kasih yang tak terhingga juga buat rakan-rakan yang turut sama-sama secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak maklumat dan juga menemani diri ini bagi mencari maklumat di perpustakaan. Tanpa kalian semua siapalah diri ini, sesungguhnya kehadiran kawan-kawan sekelas seperti Nur Fazlin, Suhana, Zuraiha, Rafidah, Fatin Najwa, Amir dan rakan-rakan sekelas lain telah memberikan nafas baru kepada saya untuk bangkit bagi menyiapkan tugasan saya ini.

iv

Juga tidak ketinggalan rakan-rakan kelas lain serta kakak-kakak senior yang tidak lokek berkongsi ilmu berkenaan cara-cara membuat tugasan dan juga cara mengklasifikasikan bibliografi mengikut format APA. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Penghargaan ini juga ditujukan kepada mereka yang membatu saya secara individu mahupun berkumpulan.

Harapan saya semoga kajian yang saya lakukan ini di jadikan bahan bacaan dan rujukan di masa hadapan. Sesungguhnya tugasan saya ini mempunyai banyak cacatcelanya, jesteru itu saya dengan rendah hatinya menerima kritikan dan komen yang membina bagi memperbaiki dan memperkemasan lagi hasil kerja saya yang bakal saya lakukan di masa hadapan. Semoga sahaja bantuan yang diberikandalam

menyempurnakan tugasan ini akan di balas oleh Allah s.w.t kelak. Sekian, wassalam.

Objektif

Objektif saya sepanjang menyiapkan tugasan ini, bukan sahaja memberi pendedahan kepada orang lain berkenaan konsep, sistem dan prinsip muamalah tetapi juga dapat memberikan pengetahuan kepada diri saya sendiri.

Sepanjang kajian saya berharap dapat mengenal pasti aspek-aspek penting dalam menjalankan urusan mulamalah dengan cara yang betul dan cara yang ditegah oleh Islam.

Selain itu saya juga berharap dapat mengenal pasti ciri-ciri sistem muamalah seperti Murabahah, Wadiah, Baiussalam, Al-ijarah, Ar-rahnu, Al-wakalah, Alv

mudharabah, Al-qardh Al-hasan, Al-Bai Bithaman Ajil, disamping mengenal pasti jenisjenis riba yang diharamkan dalam Islam

vi

Pengenalan

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya) (Surah Al-Mulk Ayat 15)

Segala harta yang ada di alam semesta ini adalah milik Allah S.W.T secara mutlak. Manusia disuruh mencari dan memiliki harta Allah S.W.T melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dikurniakan kepada kita. Mereka yang memiliki harta kekayaan adalah pemegang berkenaan. amanat Allah S.W.T dan bertanggungjawab terhadap harta-harta

Mencari harta kekayaan amat di galakan dalam Islam, dalam mencari harta kekayaan, umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebikan dan kebajikan untuk kebaikan bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah S.W.T Islam telah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut

vii

1.0 Pengertian Muamalah

Muamalah atau muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkut dengan urusan dunia yang melibatkan jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya

Muamalah juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah S.W.T yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalah yang dimaksudkan ialah bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat

2.0 Peraturan-Peraturan Muamalah

Antara peraturan-peraturan muamalaah adalah mencari kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah S.W.T, mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urus niaga dengan pihak lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu dan lain-lain. Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada seluruh umat Islam.Semua urusan yang dijalankan mestilah berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T dan syariat Islam. Keimanan kepada Allah merupakan benteng bagi menghalang seseorang daripada melakukan perkaraperkara yang tidak di ingini. Selain itu Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak langsung akan memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan yang bukan Islam.

viii

3.0 Tujuan Muamalah

Tujuan muamalah ialah agar didalam kehidupan manusia tidak berlaku sesuatu kecurangan seperti rampas-merampas, ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta tipudaya dan sebagainya.Kehendak manusia itu sendiri telah meletakkan manusia nilai dan taraf yang tinggi sehingga peroleh keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. Muamalah juga menentukan peraturan-peraturan berusaha dan bekerja untuk manusia dengan jalan yang halal

Sabda Rasulullah s.a.w : maksudnya : Daripada Abdullah bin An Nukman bin Basyir r.anhuma katanya :" Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara keduaduanya (halal dan haram) itu terdapat perkara-perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama pengembala yang mengembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir- hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini . Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara - perkara yang telah di haramkannya . Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati."

ix

4.0 Peranan Muamalah

Dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalah yang di jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya. Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama manusia kerana Islam menegah umatnya melakukan perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T

Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah s.a.w Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada punca haram kemudian dia sedekahkan harta itu,dia tidak akan mendapat pahala,bahkan dosa yang akan menimpanya

(Riwayat Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban dan Al-Halim)

Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak muliad dalam menjalakan urus niaga dan memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah S.W.T dengan cara yang betul dan diredhaiNya, sekiranya tiada peraturan bermuamalah, manusia akan melakukan apa sahaja untuk memperoleh harta yang banyak, kita juga akan mengunakan harta mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Muamalah mengalakkan manusia supaya rajin berkerja untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga, masyarakat, dan Negara sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang saling berkerjasama, tolong-menolong dan menjaga kebaikan dan kebajikan x

bersama agar harta kekayaan yang disediakan oleh Allah S.W.T tidak hanya di monopoli oleh golongan tertentu sahaja kerana semua manusia berhak mendapat dan memiliki harta mengikut keupayaan masing-masing asalkan dengan cara yang betul.

5.0 Fadhilat Muamalah

Antara fadhilat atau kebaikan muamalah ialah,memperoleh harta kekayaan yang diredhai oleh Allah S.W.T.Dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan dan akan mendapat pahala sekiranya menggunakan hartanya untuk faedah orang lain selain itu kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat bagi orang yang membelanjakan hartanyampada jalan Allah.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya :Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil,maka orang yang beriman antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besar .

(Surah

Al-Hadid

Ayat

Peraturan- peraturan dalan bermuamalah mengikut Islam secara tidak langsung melahirkan manusia yang berakhlak mulia dan mewujudkan masyarakat yang adil, xi

bertanggungjawab, amanah, jujur, dan terhindar daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

Kesan-kesan sekiranya muamalah yang dijalankan tidak mengikut syariat Islam membawa kepada pergaduhan dan permusuhan, melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman dan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri, mendapat harta dengan cara yang tidak halal, dan menggunakan harta tersebut pada perkara-perkara yang tidak diredhai Allah dan membazir sekali gus melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.

6.0 Perkara Berhubung Muamalah

6.1 Murabahah ( Jualan Penambahan Untung )

Murabahan bermaksud menyebut harga modal barang yang dibeli kepada orang yang akan untung membeli dengan memberisyarat, supaya barang itu mendatangkan

Contoh, umpama seseorang berkata : barang yang aku beli ini berharga RM100, aku akan menjualnya kepada kamu dengan mendapat 10% lalu diterima oleh orang yang akan membeli barang tersebut dengan syarat yang telah ditetapkan.

Contoh lain, seperti seseorang berkata aku akan menjual barang-barang yang telah aku beli, bila kamu hendak membeli barang-barang tersebut maka tiap-tiap 10 buah, engkau aku beri sebuah. Jadi yang dibeli adalah 9, bermaksud yang satu lagi adalah hadiah xii

6.2 Wadiah (Simpanan)

Wadiah bermaksud barang yang diserahkan (diamanatkan) kepada seseorang itu dijaga dengan baik. Jadi barang Wadiah itu membawa maksud barang amanat yang harus dikembalikan.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : "dan jika kamu dalam perjalanan sedang kamu tidak mendapatkan seorang penulis maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang tetapi, jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain hendaklah orang yang

diamanahkan itu menyempurnakan apa yang diamanahkan kepadanya,dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah tuhanNya. Dan janganlah kamu menyembunyikan kesaksian, kerana barang siapa yang menyembunyikannya sungguh, hatinya kotor(berdosa). Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Surah Al-Baqarah ayat 283)

Firman Allah S.W.T :

xiii

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruhmu,supaya amanat itu diserahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang empunya)".

(Surah An-nisa' ayat 58)

6.3 Bai ussalam (Penangguhan penyerahan barang)

Maksud salam bermaksud serah atau tangguh. Kesimpulannya disini ialah menjua sesuatu barang yang disifatkan kepada tanggungan seseorang yakn jual secara pesanan atau order (memesan barang)

Contoh, Ila berkata pada Lin buatkan saya sepasang baju kurung dari kain sutera yang berwarna ungu, dengan harga RM150

Firman Allah:

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang(yang diberi tempoh) hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. (surah Al-Baqarah ayat 282)

6.4 Al-Ijarah (upahan) xiv

Al-ijarah merujuk kepada bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu perkerjaan sebagai ganjaran kepada pekerjaan yang dilakukan.

Contoh,

Amir membawa 2meter kain kepada seorang tukang jahit untuk dibuat

seluar, tukang jahit itu menjamin dalam pengakuannya, bahawa seluar tersebut akan siap dalam tempoh 3 hari. Setelah genap 3 hari Amir datang mengambil seluarnya dan menyerahkan wang sebanyak RM50 kepada tukang jahit tersebut

Firman Allah:

Maksudnya: Salah seorang diantara perempuan yang berdua itu berkata:"Wahai ayahku ambillah dia menjadi orang upahan(mengembala kambing kita),sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah. Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa)"aku hendak mengahwinkan dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini,dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama 8 tahun,dalam pada itu jika engkau genapkan menjadi 10 tahun,maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu,engkau akan dapati aku insyaallah,dari orang-orang yang baik layanannya". (Surah Al-Qasas ayat 26-27) 6.5 Ar-Rahnu (pajak gadai) xv

Ar-Rahnu atau pajak gadai bermaksud menjadikan harta benda sebagai jaminan atas hutang iaitu maksudnya menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya tidak terdaya membayar hutang itu nanti.

Firman Allah :

Maksudnya :" Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tidak kamu peroleh orang yang akan menuliskannya maka boleh diserahkan saja jaminan yang dapat di pegang".

(Surah Al-Baqarah ayat 283)

Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya :

"Dari Aisyah r.a bahawa nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan cara berjanji dan dirungguhkannya(digadaikannya) sehelai baju besi". (Riwayat Al-Bukhari&Muslim)

6.6 Al-Wakalah (berwakil)

Wakalah bermaksud berwakil atau seseorang yang sanggup menyerahkan sesuatu urusan kepada orang lain pada apa yang boleh diwakilkan menurut syarak, agar orang xvi

yang diwakilkan itu dapat melakukan sesuatu yang diserahkan kepadanya selagi penyerahan itu masih hidup

Al-wakalah lebih berhubung dengan muamalat dan munakahat seperti bab jual-beli dan bab perkahwinan dan lain-lain. Tidak sah mewakilkan sembayang, puasa dan lainlain hal yang bersangkut-paut dengan ibadah kecuali ibadag haji dan umrah ( keduaduanya boleh diwakilkan), sebab ibadah itu adalah perhubungan manusia dengan tuhannya.

Firman Allah :

Maksudnya:"Maka kirimlah(utuslah) seorang hakim dari keluarga yang laki-laki dan seorang hakim dari keluarga perempuan,jika kedua-duan orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan".

(Surah An-Nisa' ayat 35)

6.7 AL-MUDHARABAH (berkongsi untung)

Mudharabah bermaksud musafir untuk berniaga.Mudharabah juga dikenali dengan nama qiradh iaitu potongan, kerana orang yang memiliki harta memotong sebahagian hartanya untuk diniagakan dengan harta itu.

Firman Allah : xvii

Maksudnya : dan yang lainnya orang-orang yang musafir dibumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah. (Surah Al-Muzammil ayat 20)

Contoh pihak pertama memberi sejumlah wang kepada pihak kedua untuk menjalankan perniagaan, dengan syarat keuntungan dibahagikan antara keduanya mengikut persetujuan yang telah dibincangkan seperti 1/2, 1/3 dan seterusnya manakala pihak kedua berusaha atau berniaga dengan modal yang diberikan oleh pihak pertama mengikut syarat yang telah dipersetujui kedua pihak.

6.8 AL-QARDH AL-HASAN (hutang tanpa syarat/janji)

Al-qardh al-hasan bermmaksud hutang tanpa syarat atau janji untuk membayar balik lebih daripada hutang tetapi member saguhati kepada tuan punya hutang semasa membayar, bukan kerana janji atau syarat

Contoh, seorang berhutang daripada seorang lain tanpa syarat atau janji sebarang bayaran lebih atau manfaat, semasa akad atau di luar akad atau sebelum hutang itu di jelaskan tetapi apabila menjelaskan hutangnya seorang ang berhutang itu member saguhati atau hadiah kepada tuan punya hutang. Contoh lain, Amir membayar kepada Fahmi sebanyak RM100 berserta RM10 berupa sagu hati.

6.9 AL-BAI BITHAMAN AJIL (jualan dengan harga tangguh)

xviii

Al-bai bithaman ajil bermaksud jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli danditangguhkan bayaran harganya sehingga ke suatu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran ansur-ansuran.

Contoh, umpamanya meja antik, harga tunai RM2000, jika tangguh RM2200

6.10 JUAL BELI

Jual beli dari istilah bahasa bermaksud menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Manakala dari segi istilah syarak membawa maksud menukar harta dengan harta mengikut cara-cara yang tertentu. Dalil-dalil harus dan halal jualbeli, Firman Allah S.W.T yang bermaksud :dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba (surah al-Baqarah : ayat 275)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :sesungguhnya jualbeli itu lahir dari redha-meredhai (riwayat Ibnu Hibban) xix

Hikmah diharuskan jual beli kerana Allah s.w.t telah menjadikan sifat semulajadi manusia yang memerlukan pertukaran faedah harta di antara sesama manusia samada menerusi jualbeli, sewa-menyewa dan sebagainya. Dengan adanya peraturan jualbeli ini maka terhindarlah kejadian rampas-merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta benda yang tiada padanya. Berjualbeli adalah mengajar manusia supaya hidup bersatupadu dan hidup mengikut lunas undang-undang.

Rukun jualbeli terbahagai kepada enam iaitu, penjual,pembeli, Harga yang dibeli, barang yang dijual, Sighah (lafaz penjual), qabul (lafaz pembeli)

Antara syarat-syarat jualbeli ialah, penjual atau pembeli, baliqh dan berakal, tidak bankrap atau bodoh, tidak dipaksa, beragama Islam, merdeka, dan bukan berurusan dengan musuh Islam

Manakala syarat-syarat harga dan barang yang dijual pula, barang yang hendak dijual mestilah suci dan bersih dan kepunyaan penjual itu sendiri atau wakil penjual. Penyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jualbeli,

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melarang menjual secara tipu daya

xx

Akhir sekali penjual dan pembeli mestilah tahu tentang jenis, kadar, dan sifat barang yang dijual.

Syarat-syarat Ijab (lafaz penjual) dan Qabul (lafaz pembeli) tidak diselangi oleh perkataan lain ketika akad jualbeli dan diselangi oleh diam yang lama di antara ijab dan qabul. Bersamaan ijab dan qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaz dan tidak boleh dihadkan waktu, serta tidak boleh bertakliq

Apabila tidak cukup rukun dan syaratnya maka urusan jualbeli tersebut adalah tidak sah.

Syarat membeli kitab suci al-Quran dan al-Hadith hendaklah ia beragama Islam

7.0 RIBA

Riba dari segi bahasa ialah bertambah atau subur, manakala dari segi syarak ialah aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu daripada keduanya

Riba terbahagi kepada 3 bahagian iaitu riba Al-Fadhi, riba Al-Yad, riba Al-Nasiah.

xxi

Riba Al-Fadhi ialah riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukar barang. Contoh, satu kilo gula Wawa ditukar dengan satu kilo beras yang lain (berlainan kualiti dan jenis). Riba Al-Fadhi labih kepada sistem barter yang digunakan pada zaman dahulu sebelum wujudnya sistem pertukaran atau jualbeli melibatkan wang.

Riba Al-Yad adalah riba yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad jualbeli. Contohnya seseorang beraqad sebanyak RM150.00 tetapi apabila diluar aqad dibayar RM155.00.

Riba Al-Nasiah pula adalah riba yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya. Contoh, jika pinjaman sebanyak RM1,000 maka dibayar balik RM1,100. Riba Al-Nasi merupakan riba yang paling banyak diamalkan oleh sediket pinjaman wang secara haram atau lebih dikenali sebagai along pada masa kini. Peminjam yang terdesak biasanya tertarik dengan sindiket ini selalunya menghadapi kesukaran untuk membayar balik wang yang telah dipinjam kerana kadar bunga yang terlalu tinggi.

Antara dalil-dalil pengharaman riba ialah,

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba yang bergandaganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan (surah Ali-Imran 130) xxii

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Allah s.w.t telah melaknat orang yang makan riba orang yang berwakil padanya dan jurutulis dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja, (riwayat Muslim)

Hikmah atau kebaikan diharamkan riba, riba merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya bertambah bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutang yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar. Menyebabkan pihak yang memakan riba akan bertambah kaya dan senang sekali gus mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa kerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan berkerja.

Selain itu riba juga boleh merenggangkan dan merosakan perhubungan diantara orang kaya iaitu pemakan riba dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan Negara maka akan timbullah di sana-sini rompakan, pembunuhan dan sebagainya.

Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba, ialah kedua-dua barang hendaklah dari sama jenis dan sama sukatan atau timbangan keduanya, dan hendaklah sama nilainya sekiranya ditukar tunai serta berterimaan di dalam majlis aqad.

Bagi barang yang tidak sama jenis pula, jualbeli hendaklah dengan tunai dan xxiii

hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad. Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang, dan sebagainya tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli sebagaimana dalam persetujuan antara kedua pihak.

xxiv

Kesimpulan

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-NYA dapatlah saya menyiapkan tugasan Pendidikan Islam Teras dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya berikan kepada pensyarah pembimbing dan penasihat kami iaitu Puan Siti Aishah yang juga pensyarah Pendidikan Islam Teras atas bimbingan dan tunjuka ajar beliau kepada saya dan rakan-rakan.

Sepanjang menyempurnakan tugasan ini banyak pengalaman, kejadian dan peristiwa pahit manis yang saya tempuhi sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sama-sama membantu mencari maklumat. Meskipun pada mulanya kami menghadapi kesukaran mencari maklumat dan sumber yang tepat di pusat sumber namun berkat komunikasi dan koloboratif antara kami semua, akhirnya kami dapat mencari maklumat yang kami inginkan.

Kekuatan daripada kooperatif dan koloboratif antara saya dan kawan-kawan serta pensyarah amat menggalakkan. Selain itu kesabaran yang tinggi serta doa yang tidak putus-putus menjadi pengiring atas kejayaan berhasilnya kerja kursus saya ini

Kelemahan dalam pencarian maklumat di pusat sumber IPGKB sedikit sebanyak mempengaruhi hasil kerja saya, ini berlaku disebabkan kekurangan buku dan maklumat yang dicari tiada. Namun berkat idea rakan-rakan yang menyuruh saya untuk merujuk internet dan mendapatkan panduan daripada menyelesaikan masalah saya ini. Ustazah, akhirnya saya dapat

xxv

Maklumat yang banyak, masa yang terhad menjadi kekangan untuk saya menyempurnakan tugasan. Penyusunan masa saya tidak sistematik dan menyebabkan beberapa masalah timbul. Hal ini menyebabkan saya tidak dapat menghabiskan tugasan saya. Dengan harapan dapat menghabiskannya, saya akhirnya hanya mampu menyiapakannya di sat-saat akhir di institut.

Namun itu semua tidak menjadi penghalang buat saya untuk menghantarnya tepat pada waktunya. Saya telah melakukan yang terbaik dalam melakukan tugasan ini dan saya berharap untuk mendapatkan markah yang baik juga.

Sepanjang menyempurnakan tugasan ini sedikit sebanyak memberi kesedaran pada diri saya berkenaan tugas seorang guru yang sebenar. Guru bukan sekadar seorang yang berprofesional dalam tugasnya tetapi juga menjaga amanah dan juga tanggungjawab yang bakal dipikul kelak. Hal ini kerana saya banyak mempelajari pelbagai kaedah kemahiran membaca yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Menjadi satu amanah buat saya untuk menggunakan dan mempraktikkan segala kaedah, teknik dan pendekatan kepada murid-murid saya di sekolah kelak dalam mengajar mereka membaca.

Kesabaran merupakan tunjang utama dan kasih sayang merupakan pendokong terbaik. Insyaallah saya akan cuba melakukan yang terbaik dan mengambil segala pengajaran dan pembelajaran sepanjang menyempurnakan tugasan ini.

Alhamdulilah akhirnya saya dapat mencapai segala objektif tugasan saya ini, saya berharap agar saya dapat mengaplikasikan dapatan saya melalui kajian ini dalam kehidupan seharian inshaallah..

xxvi

LAMPIRAN Bab 1 : Pengertian Muamalat Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukarmenukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam . Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat. Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut. Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya) (Surah Al-Mulk Ayat 15)

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama. Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam telah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut

xxvii

BIBLIOGRAFI

a) Dr.Ala Al-Din Kharufah. (2008). AQAD hutang piutang menurut syariat Islam dan Undang-Undang sivil (Mhd. Taufiq Yusuf Al-Fathani, Ibnu Muhammad El-Fandahani, Trans.). Selangor : Crescent News (KL) Sdn. Bhd

b)

Nik Abdul Aziz Nik Mat. (2008). Berakhlak Muamalat. Kuala Lumpur : Anbakri

Publika sdn Bhd

internet a) al- Azmi http// www.al.Azim.com/masjid/infoisalam/muamalat/home.htm.

xxviii

Anda mungkin juga menyukai