Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI PENDAHULUAN Pengenalan dan Penerimaan KKP Untuk semester kedua kelas PPG Sains Kumpulan 2 telah diberikan

satu tugasan projek Kerja Kursus Pendek PPG (sekolah Rendah) secara individu pada mulanya dan sesi ketiga perjumpaan maklumat baru bahawa tugasan boleh dibuat secara berkumpulan oleh Encik Mohamad Bin Haji Tangah selaku pensyarah yang mengajar kami mata pelajaran Murid Dan Alam Belajar(EDU 3103).Encik Mohamad Bin Haji Tangah dengan harapan yang tinggi masuk ke kelas untuk memberi sedikit taklimat dengan masa yang terlalu singkat. Walaubagaimanapun taklimat beliau cukup jelas dan dapat kami fahami dengan baik. Pemahaman KKP Setelah menghalusi dengan lebih terperinci kertas tugasan Kerja Kursus Pendek tersebut, saya ditugaskan dan kehendaki untuk menghasilkan esei akademik definisi motivasi dan pembelajaran. Esei yang disediakan hendaklah mengandungi aspek-aspek yang diminta. Terdapat enam aspek kesemuanya. Aspek pertama yang diminta ialah saya diminta mengemukakan definisi motivasi dan pembelajaran. Seterusnya, dalam esei tersebut juga saya dikehendaki membincangkan konsep dan jenis-jenis motivasi. Selain itu, saya diminta untuk membincangkan pendekatan Behaiourisme dalam motivasi. Bukan itu sahaja, saya juga diminta untuk membincangkan pendekatan Humanistik dalam motivasi ,pendekatan Kognitivisme dalam motivasi dan pendekatan pembelajaran sosial dalam motivasi.

Perancangan Pelan Tindakan Selepas sahaja mendapatkan tugasan saya mengambil tindakan awal dengan menyediakan pelan tindakan yang mengandungi maklumat mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh dalam menyiapkan tugasan ini. Pelan tindakan ini sangat penting bagi saya agar misi penyiapan kerja berjalan dengan mudah. Masalah Masalah yang wujud sepanjang menghasilkan tugasan yang

diamanahkan ialah pengurusan masa yang lemah.Masa yang diberikan tidak mencukupi untuk melengkapkan tugasan ini. Dengan kerja-kerja sekolah yang perlu disegerakan memandangkan tugas sebagai guru lebih penting kerana ia adalah bidang utama Maka, ini seolah-olah menyebabkan tempoh untuk menyiapkan kerja kursus ini menjadi agak terlalu singkat. Begitu juga dengan empat tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan pada masa yang sama. Pada awalnya tugasan ini dibahagi kepada 2 bahagian iaitu secara individu dan berkumpulan. Untuk tugasan individu setiap orang diminta menghasilkan esei dan untuk kerja berkumpulan perlu menyediakan slaid power point untuk pembentangan hasil tugasan. Hasil kerja individu pada mulanya dibuat secara sendiri tetapi pada perjumpaan ketiga maklumat baru kami diminta untuk dibuat secara berkumpulan untuk meringankan beban. Selain itu, disebalik kangkangan yang timbul terdapat masalah sampingan lain yang timbul iaitu kolaborasi bersama rakan-rakan dan pensyarah. Hal ini demikian kerana ketika membuat tugasan di rumah saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bimbingan dan membuat perbincangan dengan rakan-rakan dan pensyarah terhadap keraguan dan kekeliruan berkaitan dengan tugasan ini. Malah saya juga tidak dapat mengesan sebarang kesilapan dan kekurangan hasil kerja ini

jika tidak membuat perbandingan dengan hasil kerja rakan sekelas dan tidak mendapatkan sebarang komen daripada pensyarah pembimbing.

Penyelesaian Masalah Walaupun terdapat pelbagai masalah telah saya hadapi sepanjang menjalankan KKP ini namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat saya untuk menyiapkannya..Saya dapat juga menghabiskan masa yang singkat iaitu selama sehari untuk mencari rujukan bagi tugasan ini. Begitu juga dengan rujukan untuk tugasan KKBI dan tugasan kuliah yang lain. Walaupun masa terlalu singkat, namun dengan adanya perancangan masa yang teratur dan teliti serta melakukannya dengan cepat akhirnya hampir kesemua maklumat telah saya peroleh dalam masa sehari sahaja. Bukan itu sahaja, kolaborasi yang pelbagai sedikit sebanyak membantu saya untuk menghasilkan KKP yang tebaik. Aspek ini bukan sahaja dapat meleraikan sebarang masalah bahkan juga mampu mewujudkan hubungan interaksi yang positif dengan pihak-pihak tertentu. Kolaborasi juga turut membantu saya dalam mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Adanya kolaborasi bersama dengan pensyarah dan rakan-rakan menaikan semangat yang tak berbelah bagi dalam menyiapkan tugasan ini pada saat-saat akhir sebelum dihantar ia sedikit sebanyak telah membantu untuk menghasilkan tugasan ini dengan lebih baik lagi dan tidak melencong daripada arahan tugasan. Kolaborasi juga turut memberikan hasil kerja saya menjadi lebih berkesan dan bermakna. Kerjasama dari rakan saya ucapkan ribuan terima kasih kerana dari bantuan mereka lah kerja saya dapat disempurnakan.

Hasil kerja individu pula kami telah memilih satu hasil yang berkualiti sebagai hasil tugasan yang akan dihantar. Hasil Pembelajaran Seperti pepatah setiap suatu kejadian pasti ada hikmahnya. Jadi, walaupun terdapat pelbagai masalah telah dihadapi, tugasan ini sememangnya telah membawa banyak kebaikan pada diri saya. Tugasan KKP ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada saya. Salah satunya ialah saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman saya terhadap kandungan mata pelajaran murid dan alam belajar ini. Berdasarkan segala maklumat yang saya peroleh dan baca, saya telah memahami apa itu definisi, konsep dan prinsip motivasi dalam pembelajaran Setelah diamati dengan lebih terperinci motivasi merujuk kepada keadaan dalaman diri seseorang yang membangkit, menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam diri seseorang itu. Malah, saya juga dapat mengenal pasti konsep motivasi iaitu terbahagi kepada dua motivasi Intrinsik iaitu dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan, minat, rasa ingin tahu dan rasa kepuasan diri. Konsep kedua ialah motivasi ekstrinsik yang dikaitkan dengan faktor luaran diri seseorang seperti hadiah, ganjaran, tekanan sosial, hukuman dan lain-lain. Daripada hasil kerja dan pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini, saya juga dapat meluaskan lagi pengetahuan yang ada dan dapat mempelajari kandungan mata pelajaran ini. Tugasan ini juga menerapkan saya begitu banyak nilai-nilai murni seperti rajin, bertoleransi, jujur, berkerjasama dan sebagainya. Melalui tugasan ini, saya bukan sahaja sekadar mengetahui dan mengetahui tentang motivasi pembelajaran tetapi menerusi tugasan ini juga pelbagai kesedaran timbul dalam diri saya. Menerusi tugasan ini, saya sebagai guru dapat menyedari kelemahan diri dan seharusnya sentiasa berusaha untuk

mengatasi kelemahan tersebut melalui pelbagai strategi yang bernas dan memberangsangkan. Selain itu, tugasan ini saya juga sedikit sebanyak mengajar saya erti kesabaran dan iltizam yang tinggi. Dengan adanya kesabaran dan iltizam yang tinggi, hasil kerja ini dapat juga disiapkan denga baik tanpa keadaan yang tergopoh-gapah yang boleh mencacatkan tugasan. Bahkan ini juga sedikit sebanyak telah menyedarkan saya untuk sentiasa bekerja dengan konsisten dan komited serta tidak membuang masa setelah diberi sesuatu tugasan itu. Penutup Konklusinya, sememangnya tugasan ini amat berguna kepada saya sebagai ulangkaji untuk peperiksaan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi sekaligus membantu saya untuk menjadi seorang guru yang berpengetahuan lagi komited dalam kerjaya. Selain itu, sebarang permasalahan yang timbul sepanjang proses menyiapkan tugasan KKP ini telah saya jadikan iktibar agar itu menjadi aset penguat kepada diri saya untuk menyiapkan tugasan lain pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai