Anda di halaman 1dari 9

LANGKAH PENYEDIAAN

MASAKAN - INDIA MARUKU

Masukkan bahan-bahan kering iaitu tepung, jintan, lemuju, bijan dan serbuk cili ke dalam mesin kisar.

Kisar bahan-bahan yang lain sehingga hancur. Masukkan bahan kisar sedikit demi sedikit sampai habis. Tempoh diambil untuk menguli lebih kurang 5 min sahaja. Tidak perlu tunggu hingga menjadi seketul doh..memadai jika nampak campurannya sebati.

Gaul sehingga menjadi doh menjadi sebati. Masukkan adunan doh dalam bekas acuan.

Tekan acuan sehingga menjadi bentuk maruku diatas kepingan kertas.

Goreng didalam minyak yang sederhana panas dan api yang sederhana. Masak sehingga kekuningan. Hindangkan didalam piring yang bujur.

LANGKAH PENYEDIAAN

Sardin sushi gulung


1 Langkah-langkah membuat inti sardin: 1. Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan lain hingga rata.

2. Campurkan mayonis didalam inti, jika inti kering tambahkan sedikit sosnya.

Langkah-langkah membuat doh pastry: 1. Gaul dan ramas metaga bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Masukkansedikit garam, telur dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.

3. Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4x 4inci. isikan potonga pastry dengan inti sardin.

Langkah membuat sardin sushi gulung: 1. Letakkan kepingan rumpai laut di atas pastry, lenyaek nasi diatas sehingga separuh permukaan. Letakkan sardine di atasnya dan susun beberapa jenis sayur. Kemudian gulung dan sapukan putih telur di hujungnya. 2. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya kuning telur. Buatkan 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastry dengan garpu, gunting kulit pastry seperti sisik

ikian. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telu. Kurangkan suhu kepada 180C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.

LANGKAH PENYEDIAAN

Muffin berlauk
1 Ayak bahan seperti tepung dan masukkan dalam mangkuk, buat lubang di tengah tengahnya, dan masukkan 1 biji telur yang telah dipukul sehingga kembang kacau seingga sebati.

Masukkan minyak sayuran, susu segar, dan esen vanilla. Putar sehingga adunan sebati.

Langkah membuat initi ayam: 1. tumiskan ayam bersama majerin sehingga separuh masak. Angkat dan biarkan dahulu.

2. Masukkan bahan yang dikisar didalam periuk dan masak sambal sehingga pecah minyak dan kering, masukkan perasa ke dalam masakkan, biarkan sehingga sejuk.

Masukkan adunan ke dalam acuan separuh, selepas itu, letakkan sambal ayam dan penuhkan acuan dengan adunan tadi kembali sehingga memenuhi bekas mufiin.

Taburkan diatas muffin dengan kepingan cheesedale.

Bakar muffin di dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit. Angkat dan hidangkan kan.

LANGKAH PENYEDIAAN

Air HACKS

1 2

Masukkan air gula yang telah di masak kedalam jag air, tuangkan sedikit pewarna . Masukkan setengah tin susu cair dan 2 sudu kecil esen vanilla. Kacau sehingga larut dan sebai. Hidangkan minuman tersebut besama ais.

Anda mungkin juga menyukai