Anda di halaman 1dari 4

Penghasilan gambar menggunakan perisian microsoft word dan melukis secara manual.

Teknik menggambar dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik melukis secara manual atau dengan menggunakan perisian komputer. Melukis secara manual adalah menghasilkan gambar dengan menggunakan tangan dan pelbagai media seperti pensel, arang, krayon dan sebagainya. Bagi teknik melukis dengan menggunakan perisian komputer, seseorang individu mampu menghasilkan teknik menggambar dengan menggunakan perisian microsoft word , microsoft powerpoint, adobe illustrator, adobe photoshop dan sebagainya. Dua kaedah menghasilkan gambar ini mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kelebihan melukis secara manual adalah penglibatan individu secara aktif dalam menghasilkan karya. Karya mudah seperti melukis

menggunakan pensel akan memerlukan kemahiran, kesabaran dan pergerakan tangan yang halus. Melukis dengan menggunakan kaedah manual juga melatih psikomotor halus individu tersebut. Kaedah ini perlu diaplikasikan dalam proses P&P di sekolah untuk perkembangan otot,koordinasi dan psikomotor halus para pelajar bermula dari awal persekolahan. Tambahan pula,kaedah melukis secara manual membantu pelajar untuk menulis dengan lebih baik dalam semua matapelajaran.

Namun terdapat kekurangan dalam kaedah melukis secara manual. Individu tersebut memerlukan satu kemahiran dalam menguasai media yang digunakan. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis1. Sebagai contoh, melukis menggunakan pensel memerlukan kemahiran dalam pergerakan tangan, ketajaman pensel, jenis-jenis

pensel,penggunaan kertas yang sesuai dan sebagainya. Individu tanpa kemahiran dalam menguasai kemahiran melukis ternyata menghadapai kesukaran dalam menghasilkan sesuatu karya. Tambahan pula karya yang dihasilkan memakan masa untuk disiapkan. Penghasilan gambar dengan menggunakan perisian microsoft word

memberikan satu alternatif mudah kepada para pelukis. Pelbagai bentuk dapat dihasilkan dengan cepat dan tepat. Malah, teknik mewarna juga menjadi mudah dengan hanya satu klik. Warna yang dihasilkan juga dapat ditukar dengan cepat dan dapat dilihat dengan mudah pada skrin komputer. Dengan menggunakan perisian, garisan yang dihasilkan adalah tepat dan halus. Individu hanya perlu tetapkan

setting yang sesuai dan komputer akan menghasilkan sesuatu garisan dengan mudah. Sebarang pembetulan juga sangat mudah dijalankan dengan kadar yang segera.

1.

Lukisan : http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html

Antara kelemahan melukis menggunakan perisian adalah aktiviti melukis menjadi pasif. Menurut Marc Treib, beliau melihat murid menjadi semakin pasif apabila melukis menggunakan perisian komputer. Individu hanya perlu duduk di hadapan komputer dan pergerakan badan adalah minimum. Ini menjadikan sesuatu proses menghasilkan gambar menjadi pasif dan kurang menarik. Dengan mengaplikasikan melukis secara digital,murid di sekolah kurang mengembangkan pergerakan halus sebagaimana melukis secara manual.

Rujukan Lukisan, Pengetahuan Asas dicapai dari: http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html

Treib, M. (2000). The state of drawings in an electronic age. Dicapai dari : http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=335126

Anda mungkin juga menyukai