Anda di halaman 1dari 1

SMA MAAHAD AL AZIZ JALAN MASJID, 32800 PARIT, PERAK Email : sabkmaa@yahoo.com.my No.

. Tel : 05 - 3772489 Kod Sekolah : AFT 8001 Fax : 05 - 3771378

No.

PELAJAR-PELAJAR SMA MAAHAD AL-AZIZ, 32800 PARIT Panduan Pelajar Ketika Menyertai Program Di Luar Sekolah Kepada pelajar yang menyertai program di luar sekolah sama ada yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian, anda dikehendaki mematuhi panduan di bawah untuk tujuan keselamatan dan kelancaran program. 1. Menepati masa yang telah ditetapkan sama ada waktu berkumpul, bertolak, bersolat, makan dan sebagainya. 2. Sentiasa peka dengan pergerakan masa dan mengikut arahan guru atau pihak penganjur. 3. Tidak membawa barangan larangan. Sekiranya pelajar membawa barangan berharga, keselamatan barangan tersebut adalah di bawah tanggungjawab pelajar itu sendiri. Guru atau pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap barang tersebut. 4. Sudah mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga. 5. Memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian seperti yang diarahkan oleh guru atau pihak penganjur. 6. Membawa peralatan yang bersesuaian seperti peralatan tulis, buku catatan, peralatan solat dan sebagainya yang difikirkan perlu.
7. Sentiasa mengikut arahan yang diberikan oleh guru atau pihak penganjur bagi menjamin

keselamatan dan kelancaran program yang berlangsung. Semoga panduan di atas dapat diikuti oleh para pelajar. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai