Anda di halaman 1dari 34

SADN 1013:TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA |1

PENGENALAN Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi iaitu ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Di samping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis

SADN 1013:TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA |2

globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Lodge, 1993 mendefinisikan globalisasi sebagai: "... a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is accelerated by technology, which is driven by only a few hundred multinational corporations and may be harmful to the environment. There in lies the conundrum of whether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations, or might it not make more sense to seek greater involvement from the global community.

1.0 AKIDAH REMAJA

SADN 1013:TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA |3

Umat manusia di akhir zaman ini sering berhadapan dengan pelbagai bentuk krisis ekonomi, alam sekitar, keluarga, dan sebagainya namun, ia bukanlah sehebat krisis yang dihadapi oleh diri manusia itu sendiri yang mana ia mampu menghancurkan seluruh kehidupannya baik didunia mahupun diakhirat kelak. Jika kita lihat dalam setiap lapangan kehidupan umat Islam seharian pada zaman yang serba canggih dan moden ini, terdapat pelbagai jenis penyelewengan akidah yang berlaku tidak kira dimana sahaja sama ada secara sengaja mahupun tidak disedari. Krisis yang dimaksudkan itu ialah penyelewengan akidah. Istilah penyelewengan akidah menurut Yusuf al-Qaradawi, Dr. (1992) merujuk kepada seseorang Muslim yang terkeluar daripada corak akidah Islam yang sebenar atau mula menjauhkan diri daripada pegangan akidah yang sahih. Seseorang Muslim itu boleh dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam apabila dia melanggar perintah dan larangan Allah s.w.t. serta sunnah Rasulullah s.a.w (Dr.Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2008). Sabda Rasulullah s.a.w. dalam riwayat Imam Malik : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu ajaran al-quran dan sunnah rasulullah s.a.w.

1.1

Kesan Negatif Globalisasi

1.1.0 Gejala membuka aurat Dalam Islam telah menggariskan cara berpakaian yang dibenarkan oleh agama bagi lelaki iaitu diantara pusat hingga lutut dan perempuan pula ialah seluruh anggotanya kecuali muka dan kedua tangan hingga pergelangan tangan (http://www.ukhwah.com/print.php? sid=603). Firman Allah Taala dalam surah An-Nur:31 menyatakan: Dan janganlah perempuanperempuan itu menunjukkan perhiasan kecuali yang zahir daripadanya.

SADN 1013:TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA |4

Keruntuhan moral dan akhlak yang berlaku dalam kalangan umat Islam khususnya adalah merupakan sebahagian agenda jahat musuh-musuh Islam yang sengaja ingin menjatuhkan imej masyarakat Islam dunia sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Mereka datangkan cara pemakaian barat yang sesat lagi menyesatkan melalui proses globalisasi, jaringan tanpa sempadan. Sesungguhnya Islam mempunyai sejarah yang tersendiri dengan musuh-musuhnya yang tidak pernah leka dan sentiasa merancang untuk menghancurkan Islam dari muka bumi ini. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-baqarah:120: Orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang telah terpesong itu. Kini, kita dapat melihat fenomena yang berlaku keatas masyarakat Islam dari sudut budaya dan tingkah lakunya telah membuktikan bahawa strategi yang dirancang oleh musuh-musuh Islam beratus tahun lalu telah mencapai matlamatnya. Keadaan ini telah memberi kesan yang mendalam keatas pemikiran dan pembawaan umat Islam masa kini.

1.1.1Tidak lagi menjadikan al-Quran sebagai asas panduan didalam kehidupan seharian baik

dalam urusan bermasyarakat mahupun urusan-urusan lain


Tulisan dan bacaan al-Quran sahaja dimuliakan sedangkan sebahagian hukum-hakam

yang terkandung didalamnya kurang diberi perhatian. Lebih malang lagi apabila didapati ramai umat Islam tidak tahu membaca al-Quran bahkan ada juga dalam kalangan mereka yang langsung tidak mengenali huruh-huruf dan isi kandungan al-Quran. Media-media massa dari barat menyebabkan manusia khayal dan lalai untuk memikirkan tentang Islam. Firman Allah s.w.t. didalam surah Al-Furqan:30: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini suatu yang ditinggalkan (tidak diamalkan).

SADN 1013:TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA |5

1.1.1Umat islam memandang enteng pada ajaran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Sebahagiannya tidak lagi membudayakan ajaran dan sunnah Rasulullah didalam kehidupan seharian. Perkara ini amat jelas kita dapati kini, apabila budaya hidup sebahagian masyarakat Islam sudah tiada perbezaan langsung dengan budaya masyarakat bukan Islam. Malah, mereka membanggakan pula atas perkara-perkara sombong yang jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam. Inilah dua asas penting yang sepatutnya menjadi pegangan dan panduan kepada seluruh umat Islam dimana jua mereka berada, sama ada didalam lingkungan masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

Oleh itu, diakhir zaman ini kita sepatutnya hanya memegang satu ajaran asal iaitu Islam kerana Islam sahajalah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Untuk mencapai keluarga Islam yang bahagia ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anaknya dengan cara memberikannya ilmu agama Islam yang secukupnya, mendidik anak-anak dengan didikan Islam, berakhlak dengan akhlak Islam dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud : Dan sesiapa yang mencari agama (cara hidup) selain daripada Islam, maka tidak akan diterima (oleh Allah). Dan pada hari akhirat jadilah ia di kalangan orang yang rugi.

2.0 KOMUNIKASI MASSA Pada era globalisasi ini, media massa semakin berkembang dan menjadi sesuatu yang sangat penting. Media massa merangkumi media percetakan dan media penyiaran atau elektronik., Televisyen, radio dan video merupakan media penyiaran yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kerana keistimewaan media yang melibatkan kesan suara, pergerakan, warna dan

SADN 1013:TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA |6

visual. Masyarakat pula mudah menerimanya kerana aksi yang kelihatan benar-benar hidup dan nyata. Berbanding dengan percetakan seperti akhbar, buku dan majalah yang memerlukan lebih tumpuan daripada pembaca untuk memahami mesejnya. Walaupun kedua-dua media percetakan dan penyiaran mempunyai fungsi yang sama iaitu memberi maklumat, tetapi kesan penerimaan masyarakat terhadap media penyiaran lebih mudah dan meluas berbanding percetakan (Zainon Md. Hadzir. 1993. hlm.6). Media pada hakikatnya adalah alat atau perkakasan yang membawa manfaat besar kepada manusia. Sebagai alat, ia bergantung kepada nilai fungsi yang membawa kesan kepada pengguna. Dalam konteks Islam, alat tidak semestinya membawa maksud kepada matlamat. Alat yang baik dan berguna berserta perisian, program dan maklumat yang baik boleh mendukung matlamat. Sebagai contoh, perisisan dalam komputer dan program yang terpancar pada kaca televisyen dilihat amat penting kerana perisian dan program memberi kesan terhadap pembentukan minda manusia dan akal budinya, malah pengaruh terhadap tingkah lakunya (Sidek Baba dan Prof. Dr, 2004. hlm.7).

2.1 Kesan Negatif 2.1.0 Penyanjungan budaya dan pengaruh Barat


Jika masyarakat mempunyai harapan untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman

dan beramal soleh seperti matlamat Pendidikan Islam yang diajar di sekolah-sekolah dalam semua peringkat dan juga Institusi Pengajian Tinggi, maka semua institusi masyarakat perlulah dikerah dan digembleng ke arah itu. Media massa baik akhbar mahu

SADN 1013:TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA |7

pun televisyen, umpamanya lebih menyanjung budaya rock dan sering menayangkan program hiburan dari Amerika yang bukan sahaja tidak ada kena mengena dengan budaya Malaysia malah mendorong keruntuhan moral pula. Maka kurikulum pendidikan Islam tidak akan dapat membantu membentuk insan Muslim yang diidamkan (Anwar Zainal Abidin, 1993. hlm.194)
Dewasa ini, masyarakat Islam menyaksikan lambakan bahan-bahan percetakan dan

penyiaran sama ada secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan yang kesemuanya memuatkan pelbagai isu dan persoalan kehidupan manusia sejagat seperti persoalan kekeluargaan, pendidikan, politik, ekonomi, kemanusiaan, kepenggunaan dan sebgainya. Lambakan bahan-bahan tersebut bukan hanya dihasilkan oleh masyarakat tempatan, malah dilimpahi kepesatan bahan-bahan media asing yang mempromosikan pengaruhpengaruh budaya Barat yang akhirnya mendominasi setiap aspek kehidupan seseorang Muslim.
Sebelum ini kolonialisme merupakan pembantu utama penyebaran sekularisme edisi

lama, maka kecanggihan dan kehebatan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi telekomunikasi dan satelit yang berjaya merubah dunia bagaikan sebuah kampung global yang membantu penyebaran fahaman sekularisme pada masa kini. Televisyen, komputer, internet, lebuh raya maklumat, cakera parabola dan langit terbuka merupakan antara pekakasan dan peralatan canggih yang menjadi penyalur aliran pascamodenisme masa kini untuk melahirkan pula satu bentuk kolonialisme edisi baru (Rahmah Hashim, 1995. hlm.6).
Generasi muda kini mudah diresapi gejala-gejala kurang sihat yang ditiru bukan daripada

ajaran agama, tetapi daripada budaya Barat yang dibawa ke negara kita. Mereka lebih menyenangi budaya pop rock, rap dan lebih mengenali penghibur-penghibur mereka

SADN 1013:TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA |8

daripada para sahabat Rasulullah s.a.w dan tokoh ulama Islam. Siaran televisyen yang berunsurkan hiburan hanyalah berfungsi untuk hiburan semata-mata dan tidak banyak membantu memperkembangkan daya fikir generasi muda. Apabila gejala ini berlaku, generasi muda akan mudah terpupus daripada akar budaya ketimuran dan agama mereka sendiri.

2.1.1 Generasi lalai


Kesan yang paling hebat dalam diri generasi muda hari ini ialah mereka hilang keyakinan

pada diri sendiri. Kesan ini tercermin dalam perlakuan mereka yang terikut-ikut dengan fesyen dan ragam watak-watak yang dipuja-puja baik dari segi corak pakaian, fesyen rambut mahupun tingkah laku. Dari segi personaliti pula, golongan muda ini boleh dianggap sebagai tidak memiliki peribadi sebenar kerana sebahagian daripada diri mereka adalah imitasi dan imej orang lain (Andriaty Ismail, 1999. hlm.113).
Walaupun ada satu lagi pengaruh media elektronik dalam

dunia hiburan yang meninggalkan kesan negatif dari segi penghayatan agama dan pembangunan diri pengenalan kepada suatu jenis musik iaitu thrash & death dan heavy metal. Dalam masyarakat barat, irama musik yang sedemikian adalah saluran kepada fahaman Satanism iaitu yang beranggapan bahawa terdapat hak kebebasan manusia untuk memeluk apa-apa sahaja kepercyaan tanpa sebarang sekatan. Fahaman ini juga berteraskan kepada pendewaan syaitan sebagai panduan hidup (Farizah Ahmad, 1993. hlm.6).

SADN 1013:TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA |9 Pendedahan musik Satanisme ini begitu menyeluruh di

kalangan muda mudi hari. Bisnes tempatan turut mengambil kesempatan memberikan khidmat bekalan TShirt, rantai, cincin, pin yang mempunyai lambanglambang Satanisme seperti imej tengkorak, orang mati, hantu, darah dan unsur-unsur ilmu hitam. Nyanyian yang sumbang terpekik, terlolong, lirik yang memuji nilai-nilai kegelapan (darkness) dan irama musik yang mengerunkan adalah cirri utama Satanisme yang mulaibertempat dihati muda mudi Malaysia (Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2008. hlm.38).

Di samping itu, terdapat satu lagi unsur media elektronik

yang paling digemari oleh generasi moden ialah permainan video (video games). Banyak pusat-pusat hiburan dan kompleks membeli-belah menyediakan kemudahan permainan video dengan berbagai-bagai rupa bentuk dan siri. Remaja lebih menggemari unsur-unsur peperangan, tembak-menembak, serang-menyerang yang secara tidak langsung menanam sikap ego, suka bergaduh, dendam dan membalas dendam. Paling menyedihkan ialah terdapat sebahagian dari permainan video mempunyai unsur-unsur ketuhanan yang bertentangan dengan akidah Islam. Ketuhanan yang dimaksudkan ialah suatu fahman Paganisme atau falsafah purba yang mulai disebarkan

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 10

dengan sengaja di Malaysia oleh pihak-pihak tertentu. Contohnya, permainan video yang berjudul Divine Magic yang mempunyai ajaran-ajaran seperti Gods of Glorantha yang diiringi sebutan semacam zikir seperti Argan-argan, Zorak Zoran dan The Cults of Prax (A. Asohan, 1993. hlm.13). Media percetakan terutamanya majalah hiburan dan majalah picisan yang memaparkan cerita-cerita khurafat dan tahyul dengan memberi liputan-liputan yang meluas dan sebaran yang menyeluruh di samping maklumat tentang filem-filem asing, permainan video dan perkembangan musik luar negara. Akibatnya, kemasukan budaya luar yang liar dan menyalahi agama semakin merebak ke dalam masyarakat Islam tanpa disedari. Generasi muda kini sudah lali dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan dan perlakuan-perlakuan yang bercanggah dengan nilai agama seperti menentang atau menderhaka ibu bapa, guru serta orang yang lebih tua.

3.0 HALAL MALAYSIA Kita mungkin tertanya-tanya mengapa logo halal yang dikeluarkan di negara ini digandingkan dengan perkataan Malaysia, iaitu halal Malaysia. Pada perspektif syarak, perkataan halal sudah cukup sebagai penunjuk aras bahawa sesuatu barangan itu dibenarkan atau harus digunakan sama ada dari segi hukum, keselamatan dan mutu. Sudah memadai dengan satu perkataan halal yang boleh berdiri sendiri. Inilah suatu keunikan di Malaysia. Sebelum penandaan halal menjadi faktor penting dalam dunia perniagaan hari ini, ia telah tertanam kukuh dalam kebudayaan masyarakat Melayu Islam yang amat sensitif terutamanya bagi sumber makanan dan produk barangan gunaan harian. Namun demikian penggunaan bahan dan

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 11

barangan yang ringkas lebih-lebih lagi dalam produk makanan pada masa-masa yang lalu menyebabkan perlabelan ini tidak dipandang begitu penting berbanding pada hari ini (http://www.halaljakim.gov.my/index.php). Masyarakat Malaysia yang terbina di atas pelbagai bangsa, agama dan budaya merupakan aset penting dalam membentuk pensijilan halal Malaysia. Pada umumnya melihat penggunaan logo dan sistem pensijilan ini semata-mata untuk kelompok pengguna Melayu Muslim di negara ini bagi memudahkan mereka membuat pilihan barangan tanpa ragu-ragu di pasaran. Sebaliknya setelah diperkenalkan hampir sepuluh tahun, sambutan kehadirannya amat mengejutkan. Perkataan halal hari ini bukan lagi menjadi milik mutlak etnik Melayu Muslim. (http://www.halaljakim.gov.my/index.php). Golongan peniaga yang rata-ratanya dipegang oleh etnik Cina mula sedar kepentingan halal dan menuntut supaya produk barangan mereka diberikan pengesahan halal sedangkan mereka majoritinya bukan penganut Islam. Perubahan ini telah memecah tembok sempadan perbezaan agama dan merentasi sempadan perbezaan budaya yang mana selama ini kita salah menganggap piawaian halal hanyalah untuk penganut Islam sahaja. Begitu juga pemilik industri Barat dan Eropah seperti Amerika Syarikat, Jerman, Belanda dan New Zealand mereka membuat palaburan besar di negara ini (http://www.halaljakim.gov.my/index.php).

3.1 Kesan Positif Menggunakan Produk Halal 3.1.0 Membentuk individu yang taat
Penggunaan produk halal mampu untuk membentuk

seseorang individu itu menunjukkan sifat kepatuhan dan pengabdian seseorang hamba kepada TuhanNya. Tabiat pemakanan dianggap sebagai salah satu ibadah

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 12

di dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar umatnya bagaimana tabiat pemakanan yang betul seperti membasuh tangan sebelum dan sesudah makan, makan menggunakan tangan kanan, makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang dan sebagainya, dan memakan makanan yang bersih sahaja, baik bersih dari segi zahirnya mahupun batinnya. Oleh sebab itu, kita dapat lihat terdapat sesetengah makanan yang diharamkan oleh Allah seperti yang disebutkan sebelum ini (babi, alkohol, dan sebagainya). Walaupun terdapat segelintir golongan manusia yang menganggap babi itu enak dan alkohol itu bagus untuk melupakan masalah, tetapi sebagai umat Islam, kebaikan sementara itu adalah tidak bermakna sekiranya ia bertentangan dengan arahan Allah S.W.T. Oleh sebab itu, sesungguhnya konsep halal-haram ini adalah sebagai ujian untuk manusia sama ada mereka betul-betul patuh dengan hukum-hukam Allah ataupun sebaliknya. Firman Allah dalam surah al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud: (Allah) yang telah menciptakan kematian dan kehidupan dan Dia akan menguji siapakah antara kamu yang terbaik dalam amalan.
Maka, jelas di dalam ayat ini bahawa Allah akan menguji manusia untuk membezakan

antara manusia yang baik dan yang buruk. Salah satu ciri hambaNya yang baik ialah mereka yang menjaga pemakanannya dan memakan makanan yang halal sahaja sebagaimana yang telah diterangkan di dalam ayat-ayat al-Quran yang dinyatakan di atas (http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?Id=496).

3.1.1 Dapat mengetahui hikmah pemakanan halal


Penggunaan produk halal juga menunjukkan sifat Maha Mengetahui dan Maha Pengasih

Allah. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda di dalam suatu hadis yang diriwayatkan

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 13

Imam al-Bukhari yang membawa maksud: Perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas, tetapi di antara dua perkara ini ialah perkara-perkara yang shubhaat (raguragu). Oleh sebab itu, sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara shubhaat, telah membersihkan dirinya pada agama dan kemuliaannya.
Di dalam hadis ini menunjukkan bahawa Allah S.W.T yang menciptakan manusia dan

sekalian alam dan Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi, tidak menciptakan manusia dan melepaskan mereka begitu sahaja untuk menjalani kehidupan mereka. Dengan sifat Allah S.W.T yang Maha Mengasihi, Dia telah memberi panduan kepada seluruh manusia supaya manusia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan bermakna.
Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 2000, berkaitan

punca-punca kematian di negara maju tersebut adalah berpunca daripada pengambilan alkohol. Alkohol merupakan punca ketiga terbesar yang menyumbang ke arah kematian penduduk negara tersebut selepas merokok dan juga amalan pemakanan dan aktiviti kesihatan yang buruk, iaitu sebanyak 85,000 orang setahun. Tambahan pula, selepas 14 abad lamanya Allah mengharamkan babi dalam setiap produk manusia. Akhirnya setelah beberapa kajian dilakukan, membuktikan bahawa banyak penyakit yang berbahaya disebabkan oleh babi sebagai contoh, fusiformis necrofurus dan bruceellosis. Selain itu, babi juga adalah perumah untuk beberapa parasit yang berbahaya kepada manusia seperti trichina worms, pork tape worm dan schitosoma japonicum (http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp? Id=496).

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 14

3.1.2 Membentuk peribadi yang baik


Makanan yang baik juga membentuk peribadi yang baik.

Di dalam hadis yang sama yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang dinyatakan sebelum ini, Rasulullah s.a.w, turut menambah lagi dalam sabda baginda yang bermaksud: Sesungguhnya, di dalam tubuh manusia, ada seketul daging yang mana jika ia baik, seluruh badan akan menjadi baik, dan sekiranya ia rosak, seluruh badan manusia akan rosak. Sesungguhnya ia adalah hati. Jika direnungkan hadis ini bersamasama potongan hadis yang dinyatakan dalam isi kedua di atas, kita boleh melihat bagaimana perkara halal-haram dikaitkan dengan masalah hati, yang mana masalah hati atau spiritual inilah yang menjadi punca kepada masalah mental yang lain seperti malas, dengki, bongkak, dan lain-lain. Menurut pandangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, pemakanan yang haram boleh menjejaskan kesucian jiwa dan roh seseorang. Sebagai contoh, dalam suatu kajian yang dilakukan kepada golongan yang memakan daging babi, didapati mereka menghadapi masalah kesihatan moral seperti kurangnya sifat prihatin dan memiliki sifat yang dapat dihubungkaitkan dengan sifat haiwan itu sendiri.

3.1.3 Doa termakbul


Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang menyatakan bahawa

salah satu doa yang tidak diterima oleh Allah adalah kerana makanan yang dimakannya ialah daripada sumber yang haram, minumannya daripada sumber yang haram dan pakaiannya juga daripada sumber yang haram. Jadi, bagaimanakah Allah S.W.T ingin menjawab (memakbulkan) doa orang-orang tersebut? Maka, di sini adalah satu contoh lain menunjukkan bagaimana pemakanan seseorang memberi kesan kepada hubungannya

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 15

dengan Penciptanya iaitu Allah, sehingga menyebabkan doa seseorang tidak termakbul (http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?Id=496).

3.1.4 Kesihatan terjamin


Islam adalah cara hidup yang lengkap yang mengajar umatnya bukan sahaja cara

beribadah, malah segala amalan seharian yang dilakukan oleh seluruh manusia. Islam banyak mengajar kita tentang amalan pemakanan yang baik dan juga yang berkhasiat. Syariah Islam telah memberi panduan yang jelas tentang hal-hal berkaitan halal-haram berdasarkan daripada ajaran al-Quran dan sunnah. Daripada segala yang telah dinyatakan, kepentingan mengambil produk yang halal boleh difahami dengan panduan daripada alQuran dan sunnah. Islam telah pun menekankan kepentingan tabiat pemakanan ini sejak dari awal dahulu, 14 abad yang lepas, berbanding sesetengah badan-badan kesihatan yang hanya cuba menegaskan kepentingan makanan yang baik dan halal setelah kajian sains membuktikan sesuatu benda itu mempunyai kesan baik atau buruk. Sesungguhnya, ini adalah suatu renungan yang menunjukkan kesempurnaan Islam dan sesungguhnya Allah jualah Maha Mengetahui (http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?Id=496).

4.0 BIDANG PENDIDIKAN Pendidikan adalah suatu cara untuk mengembangkan keterampilan, kebiasaan dan sikap-sikap yang diharapkan dapat membuat seseorang menjadi warganegara yang baik. Selain itu, pendidikan juga merupakan proses pengubahan sikap dan tingkahlaku seseorang atau kelompok dalam usaha mendewasakan manusia melalui proses pengajaran dan latihan.

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 16

4.1 Kesan Positif Terhadap Pendidikan 4.1.0 Pusat pendidikan sebagai pusat pengembangan ilmu
Proses globalisasi dan peralihan kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan telah

menjadikan universiti dan institusi pendidikan tinggi sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan yang semakin penting. Penyelidikan saintifik serta pembangunan teknologi terkini adalah aktiviti penting dalam knowledge society. Projek penyelidikan dan pembangunan teknologi akan menjadi nadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negara. Tenaga akademik universiti juga akan menjadi penting kerana kepakaran mereka akan diperlukan bukan sahaja oleh kaum pemodal dan ahli industri tetapi juga oleh institusi kerajaan dan pertubuhan antarabangsa

(http://www.ums.edu.my/canselori/cans/amanat04.htm).

4.1.1 Ilmu tanpa sempadan


Selain itu, globalisasi akan membawa kepada satu proses untuk meletakkan dunia di

bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia. Contohnya kita dapat berguru dengan guru seluruh dunia tidak kira di utara dunia mahupun selatan dunia dengan mudah, cepat dan senang (http://www.oppapers.com/essays/Globalisasi-Dan-Implikasi-Kepada-PendidikanNegara/607410).

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 17

4.2 Kesan Negatif Terhadap Pendidikan 4.2.0 Universiti tempatan/negara kurang maju terpaksa bersaing dengan universiti berprestij
Disebabkan oleh dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini telah menjadi terbuka

kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Hal demikian semestinya akan memberi peluang kepada universiti luar, terutamanya yang terkemuka dan berprestij untuk membuka cawangan di negara ini. Walaupun ini merupakan suatu cara persaingan yang sihat, namun Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan masih lagi belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal demikian akan memberi kesan atau impak yang besar kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka apabila tamat pengajian nanti. Hal seperti ini telah pun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding graduan IPT tempatan. Keadaan ini mnyebabkan IPT tempatan akan mengalami masalah besar iaitu kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz kecil

(http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-globalisasi-terhadap-bidangpendidikan-di-negara-ini/).

4.2.1 Meminggirkan bahasa Melayu


Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal

ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapatkan maklumat daripada internet. Pada masa kini segalanya hanya di hujung jari kita. Maklumat daripada internet sangat mudah didapati dan menjimatkan masa pelajar. Maklumat yang disebarkan melalui internet

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 18

sebahagian

besarnya

dalam

bahasa

Inggeris

(http://abihulwa.blogspot.com/2011/03/isimperialisme-bahasa-inggeris.html).

4.2.2 Memesatkan pengkormersilan pendidikan


Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat

pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangkan jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar diabaikan dan tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi

(http://raihaniskandar.blogdetik.com/2010/09/04/membenahi-pendidikan-menghadapiglobalisasi/).

5.0 EKONOMI Wujudnya globalisasi telah meningkatkan lagi teknologi negara terutama dalam bidang internet dan komunikasi. Contohnya dasar kemajuan komunikasi telah menambahkan lagi maklumat mengenai ekonomi dan membolehkan keadaan ekonomi diikut sepenuhnya. Melalui kemajuan ini, masyarakat dapat melihat dan menilai ekonomi sekarang serta meningkatkan lagi pengetahuan mengenai ekonomi dunia pada masa kini. Ekonomi negara akan terus meningkat setelah

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 19

masyarakat mengetahui keadaan sebenar ekonomi negara yang amat memerlukan sumbangan mereka serta mengelakkan masyarakat hari ini tidak ketinggalan mengenai ekonomi dunia hari ini yang kian terancam.

5.1 Kebaikan Internet Kepada Pengguna dan Pengeluar 5.1.0 Dapat menghubungi pelanggan dengan cepat
Kemajuan ini juga, membolehkan peniaga boleh menghubungi pelanggan atau

masyarakat dari seluruh pelusuk dunia dengan sidang video, internet mahupun e-mail. Hal ini dapat menjimatkan kos dan masa kedua-dua pihak serta memudahkan proses penjualan dan hebahan barangan yang hendak dipasar dengan cepat. Contohnya, kebanyakkan peniaga kini lebih mudah mempromosi barangan mereka di laman web yang bersifat alam maya seperti facebook, twitter dan sebagainya yang dapat mengeratkan lagi hubungan kemesraan antara penjual dan pembeli dan dapat mempercepatkan lagi proses penjualan. Faktor ini dapat menambahkan pendapatan negara walaupun bilangan sedikit dan kurang mendapat perhatian sesetengah pihak (http://pengajianam900.forumotion.com/t1030internet-membawa-kebaikan-kepada-manusia).

5.1.1 Dapat menjimatkan masa


Selain itu, kemudahan seperti ini telah mewujudkan e-dagang, e-banking, e-transfer, e-

payment, e-commerce, e-bay, mudah.com, amazon dan sebagainya yang dapat memudahkan pelanggan. Melalui e-dagang, para

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 20

pembeli dapat melihat barangan yang hendak dijual secara on-line tanpa pergi ke tempat penjualan dan sedikit sebanyak menjimatkan masa serta kos pengangkutan. Manakala ebanking pula membantu para pembeli membuat pembayaran secara on-line terhadap barang yang mereka beli melalui proses pindahan wang ke akaun pejual. Proses ini dapat menjimatkan pelbagai faktor serta dapat memasarkan barangan buatan Malaysia ke seluruh pelusuk dunia tanpa membawa barang tersebut.

(http://www.batamiamc.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=27).

5.1.2 Dapat memasarkan produk ke seluruh dunia


Peniaga dapat meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan mereka ke seluruh dunia

hasil wujudnya kemudahan seperti ini. Contohnya melalui penjualan secara internet atau sidang video seperti e-dagang. Melalui proses ini, masyarakat di seluruh dunia akan mengetahui mutu dan kualiti produk atau barangan hasil keluaran negara kita dan meluaskan pasaran barang bukan setakat di dalam negara sahaja. Faktor ini akan meningkatkan lagi perdagangan antarabangsa melalui proses eksport barangan negara kita ke luar negara serta dapat meningkatkan kualiti barangan tempatan hasil persaingan dengan produkproduk negara lain. Negara seperti Amerika syarikat dan Negara Eropah lain telah lama menggunakan kaedah seperti ini (http://www.lib.usm.my/elmu-

equip/jendela2/penapisan_internet.htm).

5.2 Keburukan Internet Kepada Pengguna dan Pengeluar 5.2.0 Wujudnya jenayah siber

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 21 Kemudahan seperti ini turut mengundang kesan buruk seperti kes penipuan atau jenayah

siber. Contoh penipuan yang dibuat ialah harga yang tidak sama dengan yang ditawarkan, kualiti tidak sebaik yang dipaparkan dalam laman web, penghantaran barang yang lambat dan kadang-kala tidak sampai dan sebagainya. Kes-kes seperti ini mengakibatkan ramai pelanggan tidak mempercayai proses pembelian atau penjualan secara on-line. Hal ini mengakibatkan ekonomi negara mungkin akan terjejas dan telah mengurangkan permintaan terhadap barangan tempatan dan meruntuhkan sektor eksport negara (http://pantera-tigris.blogspot.com/2010/05/jual-beli-atas-talian-onlinekebaikan.html).

5.2.1 Tahap keselamatan yang rendah


Ramai yang masih ragu-ragu akan keselamatan dan kebolehpercayaan proses jual beli

internet seperti e-dagang terutama penggunaan nombor kad kredit yang ada kemungkinan boleh dipintas dan disalin oleh penceroboh (hackers) yang berniat jahat. Hal ini membangkitkan kebimbangan pelanggan untuk menggunakan kaedah ini dan

mengakibatkan para penjual atau penyedia perkhidmatan yang menjual dan menyediakan perkhdmatan melalui internet sukar mendapat kepercayaan pelanggan dan sedikit sebanyak merosakkan perniagaan mereka. Tetapi dengan adanya beberapa ciri keselamatan seperti enkripsi, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital dan lainlain piawaian keselamatan seperti SET (Secure Electronic Transaction) yang dibangunkan oleh VISA dan MasterCard dan SSL (Secure Socket Level) yang dibangunkan oleh Netscape (http://hanizanshaker.tripod.com/internet.htm).

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 22 Teknologi

banyak membantu manusia dalam

kehidupan dan pekerjaan seharian serta tidak dinafikan kehidupan masa kini penuh dengan teknologi sehinggakan manusia sudah malas untuk berkerja secara manual. Sebagai contohnya kemudahan internet telah banyak membantu negara dan pengguna dalam pelbagai faktor dan sektor terutama dalam penjualan produk dan pemasaran produk secara on-line serta hebahan di web. Namun akibat wujudnya manusia yang mementingkan nafsu sendiri, kaedah seperti ini telah di salahguna dan mengakibatkan teknologi kini sudah menelan nilai murni dan etika budaya masyarakat.

6.0 RASUAH Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi Al-risywah. Dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti tumbuk rusuk dan makan suap. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti wang kopi, undercounter payment dan duit pelincir.

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 23

Dalam pengertian sosiologi pula, rasuah dianggap sebagai suatu perlakuan yang bertentangan atau

menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta kod etika yang baik. Rasuah juga terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu, pecah amanah, penipuan, penyalahgunaan kuasa, dan politik wang. Penyalahgunaan kuasa bermaksud seseorang yang menggunakan kedudukan dan kepentingan peribadi. Perbuatan ini dilakukan oleh golongan yang mempunyai pangkat dan pengaruh dalam sesebuah organisasi. Contohnya, seseorang pegawai yang meluluskan kontrak kepada pihak-pihak tertentu dan menerima wang atau keistimewaan-keistimewaan tertentu sebagai balasannya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Manusia yang paling dukacita (kerana azab) dihari kiamat ialah seseorang yang berusaha mencari harta (kekayaan) secara tidak halal, maka harta itu akan membawanya ke Neraka. (Riwayat al-Bukhari). 6.1 Kesan Negatif Berlakunya Rasuah dan Penyalahgunaan Kuasa 6.1.0 Ketidakadilan sosial
Jenayah rasuah juga secara jelas mengakibatkan ketidakadilan sosial, yang mana berlaku

pangkat yang ada padanya untuk

penindasan ke atas golongan miskin dan menafikan hak golongan tertentu. Mereka yang miskin dan tidak berpengaruh akan lebih tertindas kerana tidak mampu untuk membuat rasuah dan dinafikan hak-hak mereka sebagai warganegara.

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 24

6.1.1 Kos sara hidup meningkat


Rasuah juga akan menyebabkan kos hidup meningkat. Para peniaga yang memberi rasuah

terpaksa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung kos tambahan ini. Hal ini akan menyebabkan inflasi dan kos hidup masyarakat meningkat. Selain itu, rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan turut membahayakan nyawa masyarakat. Pemaju dan kontraktor yang memberi sogokan kepada mereka yang terlibat dalam sesebuah pembinaan juga terpaksa mengurangkan kualiti bahan binaan dan tidak akan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Hal ini akan menyebabkan bangunan atau jalan raya yang dibina akan membahayakan pengguna. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 27: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).

6.2 Cabaran Menangani Rasuah Perbuatan rasuah merupakan suatu perlakuan jenayah yang unik kerana dalam kebanyakan keadaan pelaku dan mangsanya, sebenarnya adalah dua pihak yang berkepentingan (interested party). Dengan sebab itu, perlakuan jenayah rasuah sukar untuk dikesan. Antara cabaran dalam menangani rasuah ialah:

6.2.0 Sifat materialistik


Sifat materialistik dalam kalangan masyarakat

yang semakin menebal. Masyarakat pada hari ini terlalu menumpukan perhatian terhadap pembangunan dan mengutamakan keuntungan

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 25

dan kurang memberi perhatian kepada aspek-aspek nilai murni, kawalan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

6.2.1 Pegangan agama dan nilai murni


Pegangan agama dan nilai murni yang semakin longgar dalam diri masyarakat pada hari

ini juga telah menyebabkan berlakunya tekanan hidup untuk berlumba-lumba mengumpul kekayaan daripada pembangunan yang pesat menyebabkan manusia lupa daratan dan melihat agama dan nilai murni tidak lagi relevan dan lama-kelamaan sensitiviti terhadap ajaran agama dan nilai murni semakin berkurangan. Ekoran daripada sikap individu yang berlumba-lumba untuk mementingkan kebendaan itu, hubungan kejiranan semakin renggang, rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang tiada hubungan sudah pudar. Maka, tindakan yang akan diambil ialah tidak menghiraukan risikonya kepada orang lain, persekitaran, masa depan bangsa, agama, dan negara.

6.2.2 Kepimpinan yang lemah Kepimpian yang lemah juga menjadi salah satu cabaran untuk menangani isu rasuah di negara ini. Tidak ramai pemimpin yang sanggup bercakap untuk melarang pengikut dari melakukan amalan rasuah apatah lagi untuk bergiat aktif mencegah jenayah rasuah. Hal ini demikian kerana, kurangnya kredibiliti atau takut dipulaukan oleh masyarakat. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam kepimpinan jabatan atau organisasi kerajaan tetapi juga dalam kalangan kepimpinan NGO dan kepimpinan politik negara. Keazaman untuk menghindarkan diri dari terjerumus dalam kancah rasuah dan penyelewengan ini hendaklah sentiasa ada dalam setiap diri individu samada ia seorang pekerja biasa atau pemimpin dalam sesebuah jabatan.

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 26

7.0 PENYEBARAN TEKNOLOGI Akhir-akhir ini, kita telah dikejutkan dengan pelbagai fenomena yang amat memeranjatkan dunia. Setiap kejadian yang berlaku mempunyai kesan yang tersendiri dan memberi cabaran kepada masyarakat global untuk menyelesaikannya. Masalah yang sering terlibat seperti penjajahan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dalam soal ekonomi, sosial, minda serta lain-lain lagi. Penjajahan ini akan mengakibatkan ramai orang tidak akan berpuas hati atas masalah yang berlaku dan mewujudkan penentangan secara radikal atau tidak semua ini bergantung kepada tahap seseorang itu mengadaptasi masalah yang berlaku. Cabaran yang jelas dihadapi masyarakat dunia pada hari ini ialah penjajahan dalam penyebaran teknologi. Revolusi teknologi maklumat hari ini berkembang dengan pesat telah memudahkan masyarakat untuk mendapat akses maklumat dengan lebih pantas hanya menggunakan hujung jari sahaja. Apabila sesuatu maklumat dapat diakses dengan mudah ia akan membawa kebaikan jika menggunakan kemudahan tersebut dengan baik. Dalam keadaan sekarang, ia merujuk terutama kepada perpindahan nilai Barat yang mendukung kuat

liberalisme, kapitalisme, hedonism yang lebih suka kepada perkara-perkara yang dapat melalaikan manusia terutamanya orang Islam. Proses ini telah lama berjalan, hanya pada akhirakhir ini sahaja ia mencecah tahap begitu menyuluruh. Tetapi dikatakan penyebaran maklumat ini lebih banyak memberi impak yang negatif daripada positif (Azizah Othman. 2002. hlm.343).
7.1 Kesan Positif

Penggunaan Facebook dan Twitter yang begitu berleluasa pada hari ini menunjukkan impian kuasa Barat ingin melihat perubahan kepada masyarakat dunia hari ini telah tercapai dengan

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 27

membawa pelbagai variasi masalah. Hasil daripada fenomena ini iaitu revolusi teknologi maklumat telah membawa kesan yang amat besar. Kesan yang wujud bukan sahaja dari aspek positif tetapi juga dari aspek negatif. Hasil perkembangan Facebook dan Twitter telah menyebabkan masyarakat dunia Islam pada hari ini khususnya yang tinggal di timur tengah seperti Mesir telah bangun untuk menentang pemimpin mereka iaitu Presiden Hosni

Mubarak yang tidak berlaku adil dalam pemerintahan. Hal ini menunjukkan kesan yang dibawa oleh perkembangan teknologi maklumat ini membawa kesan yang baik. Pemimpin ini telah lama memerintah negara tersebut melebihi 30 tahun tetapi rakyat semakin hilang kepercayaan kerana pemerintahannya yang membawa rakyat ke kancah kemiskinan. Penyebaran maklumat dalam laman sosial ini telah mampu mengumpul ribuan rakyat yang selama ini hidup dalam keadaan yang amat daif dengan purata gaji harian mereka kebanyakkan mereka hanya dua dollar Amerika sehari. Gerakan yang berlaku ini telah membuka mata negara-negara lain yang menghadapi masalah yang sama seperti Turnisia dan Libya. Pemerontakan masyarakat di Libya lebih radikal kerana telah menggorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah. Pertumpahan darah berlaku akibat sikap Presiden Libya iaitu Muammar Gaddafi yang tidak mahu mengikut kehendak rakyat yang mahu beliau meletak jawatan. Beliau menjelaskan lagi bahawa beliau tidak perlu berundur dari kerajaan tersebut kerana kerajaan yang terbentuk merupakan

pilihan rakyat. Bagi menentang pemerontak beliau menggunakan kuasa pasukan tentera untuk memerangi rakyatnya. Keadaan bertambah buruk apabila beliau memutuskan rela bermandi darah menentang sesiapa sahaja yang berani menentang permerintahan beliau. Penganalisis berpendapat terdapat dua punca utama yang menyebabakan krisis di Libya bertambah buruk, iaitu perpecahan dalam pasukan tentera dan sikap Ganddafi sendiri yang tidak kisah melihat negaranya terjerumus dalam kancah perang saudara. Apabila

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 28

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini sebulat suara bersetuju untuk mengenakan sekatan ekonomi dan pembekuan aset peribadi pemimpin tersebut negara Amerika antara negara yang melaksanakan tanggungjawab sosial mereka melalui sekatan laluan udara dalam untuk melindungi serangan tentera ke atas beribu-ribu rakyat yang bangkit menentang pemimpin tersebut. Krisis yang berlaku ini telah diambil kesempatan oleh negara Amerika untuk meluaskan penguasaan tenteranya di kawasan timur tengah. (Transisi. 2011. hlm.33). 3.2 Kesan Negatif Penaklukan yang dijalankan oleh Amerika terhadap negara-negara Islam bukan merupakan perkara yang baru. Pelbagai alasan yang telah dicipta oleh mereka, antaranya untuk memerangi pengganas yang ada di negara Islam tetapi misi mereka sebenarnya untuk menyekat perkembangan ekonomi negara Islam seterusnya terus menguasai ekonomi dunia. Setiap masalah yang wujud telah mereka manipulasi supaya masyarakat dunia tidak menyedari konspirasi yang mereka lakukan adalah untuk menjatuhkan negara Islam seterusnya merosakkan umat Islam. Kesengsaran yang menimpa umat Islam semakin dirasai pada permualaan alaf baru iaitu selepas berlakunya peristiwa yang dirancang oleh mereka sendiri iaitu pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat. Selepas tragedi tersebut Ameriaka telah melancarkan serangan keatas Afghanistan atas alasan menaja keganasan. Tetapi kekejaman mereka tidak berhenti di negara tersebut sahaja mereka terus menyerang negara Islam yang lain seperti Iraq dengan alasan yang sama. Keganasan mereka tidak terhenti di negara tersebut sahaja, setiap konflik dalaman yang berlaku keatas negara Islam mereka akan campur tangan dengan alasan mereka ini sebagai badan bebas yang akan membantu sesebuah negara itu menyelesaikan masalah

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 29

mereka. Keadaan yang berlaku di Libya hari ini telah diambil kesempatan oleh Amerika dengan menyatakan dakyah mereka bahawa serangan yang dilancarkan itu sebenarnya untuk memusnahkan pemimpin negara tersebut dengan menyerang istana Muammar Gaddafi tetapi sebaliknya yang berlaku banyak nyawa rakyat Libya yang tidak berdosa menjadi korban dan angka yang terkorban telah melebihi 10,000 orang. Teknologi ketenteraan yang canggih digunakan untuk menyelesaikan kemelut ini tidak akan mengorbankan rakyat negara ini katanya, tetapi hal yang berlaku adalah sebaliknya. Alasan yang mereka gunakan lagi ialah peluru berpandu mereka tersasar dan perbuatan itu tidak disengajakan. Matlamat utama mereka adalah untuk menguasai pasaran minyak. Kebanyakkan negara di timur tengah merupakan negara yang mengeluarkan minyak mentah dunia dan Libya sendiri menyumbangkan sebanyak 2.3% dan akan mengakibatkan kenaikan harga minyak mentah dunia (Muhammad Nurani Maarif. 2010. hlm.130). Seterusnya, kesan negatif yang wujud daripada revolusi teknologi maklumat

merupakan satu lagi barah yang sedang berkembang dalam diri individu dan masyarakat dunia melalui penggunaan Facebook dan Twitter yang mengakibatkan masalah sosial terus merebak tanpa dapat dikawal. Hal ini menjadi kepentingan orang Yahudi untuk menyesatkan umat Islam mengunakan kaedah yang senyap apabila keedah peperangan tidak lagi releven di sesetengah negara. Apabila maklumat dapat diakses dengan mudah mereka akan melakukan sesuatu itu tanpa memikir panjang. Sesetengah masyarakat yang menyalahgunakan teknologi untuk melakukan sesuatu perbuatan di luar dugaan. Golongan yang paling banyak terdedah dengan masalah ini ialah remaja. Pada umur remaja kebanyakkan mereka masih belum mampu untuk memikirkan sesuatu perkara itu tentang kebaikan dan keburukan dengan lebih mendalam. Mereka banyak terpengaruh dengan rakan sebaya yang hanya memikirkan keseronokkan . Sifat ingin tahu yang menebal dalam diri

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 30

remaja akan menyebabakan mereka akan berusaha untuk mengetahui sesuatu jika mereka merasakan maklumat yang mereka akan perolehi menarik. Cabaran yang wujud ini akan memberi kebaikan dan keburukan kepada masyarakat yang menggunakan perkara tersebut mengikut keperluan mereka. Kita tidak boleh menghalang teknologi tetapi kita hanya boleh mengawal diri daripada menggunakan teknologi untuk perkaraperkara yang melalaikan. Sebagi umat Islam kita seharusnya peka dengan pengaruh yang dibawa oleh pihak Barat dan Yahudi ini. Agenda utama mereka untuk menguasai negara-negara Islam bagi mewujudkan pemerintahan negara yang mengikut acuan mereka. Helah yang mereka gunakan sukar untuk dikesan dengan mata kasar. Oleh itu, ilmu pengetahuan yang tinggi dan mengamalkan segala perintah agama akan menyebabkan negara-negara Islam menjadi kuat dan kita tidak perlu tunduk kepada kuasa orang- orang Yahudi yang ingin menjatuhkan umat Islam dengan syarat semua Islam harus bersatu.

KESIMPULAN Globalisasi banyak memberi kesan kepada masyarakat dunia terutamanya golongan muda. Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 31

golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur. Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.

Amier Muhammad Al Faishal, 1976 mengungkapkan: "Manusia telah mampu mempelajari bagaimana mengendalikan alam seluruhnya, tetapi dia tidak belajar mengendalikan dirinya sendiri. Maka dia menjadi hilang arah serta hilang rasa perimbangannya".

Muhammad Quthb, 1988 memperkenalkan: "Islam sebagai satu kekuatan yang mampuuntuk memberi. Yakni memberi al-iktsirpenawar hidup dan kunci-kunci penyelesaianbagi persoalanpersoalan hidup di alam modern sekarang ini, baik di Timur ataupun di Barat.

RUJUKAN Agensi (2011, 17 Februari ). Tunjuk perasaan tuntut kenaikan gaji. Kosmo (Dunia), hlm.48. Agensi. (2011, 12-24 Mac). Kemelut Libya. Transisi (Global), hlm.33.

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 32

Anwar Zainal Abidin (1993). Pengajian Islam: Satu Pandangan Lain. Terengganu: Yayasan Islam Terengganu. A. Asohan (1993, 4 Ogos). Divine Magic and Trolls. The Star (Kuala lumpur), hlm.13. Cabaran menghadapi globalisasi dalam pendidikan (2004). Diakses pada 3/3/2011 daripada http://raihaniskandar.blogdetik.com/2010/09/04/membenahi-pendidikan-menghadapiglobalisasi/ Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2008. Isu-isu Pemikiran Islam. Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu. Farizah Ahmad (1993, Julai). Remaja kita diresapi budaya pemujaan syaitan?. Al-Islam, 16. Globalisasi dan implikasi kepada pendidikan (++). Diakses pada 25/2/2011 daripada http://www.oppapers.com/essays/Globalisasi-Dan-Implikasi-Kepada-PendidikanNegara/607410 Indriaty Ismail (1999). Antara Media dan al-Quran: Pengaruh dan Kesan Dalam Pembentukan Peribadi Masyarakat Islam Masa Kini. Terengganu: Yayasan Islam Terengganu. Internet Membawa Kebaikan Kepada Manusia (++). Diakses pada 13/3/2011 daripada

http://pengajianam900.forumotion.com/t1030-internet-membawa-kebaikan-kepadamanusia Internet (++). Diakses pada 15/3/2011 daripada http://hanizanshaker.tripod.com/internet.htm Isu Rasuah di Malaysia (++). Diakses pada 20/3/2011, daripada

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=2390:isu-rasuah-di-malaysia&catid=16:isunasional

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 33

Keruntuhan

Akhlak

Muda

Mudi

(2003).

Diakses

pada

22/2/2011,

daripada

http://www.ukhwah.com/print.php?sid=603 Keruntuhan Moral dan Akhlak (2009). Diakses pada 22/2/2011, daripada

http://www.jais.gov.my/ Kepentingan Prinsip Halal dan Haram (++). Diakses pada 10/3/2011 daripada

http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?Id=496 Kesan Globalisasi terhadap bidang pendidikan di negara ini (2009). Diakses pada 25/2/2011 daripada http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-globalisasi-terhadap-bidangpendidikan-di-negara-ini/ Kemudahan Internet (2010). Diakses pada 13/3/2011 daripada

http://www.batamiamc.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=27 Kebaikan Jual Beli Atas Talian (2010). Diakses pada 13/3/2011 daripada http://panteratigris.blogspot.com/2010/05/jual-beli-atas-talian-onlinekebaikan.html Memaknakan usaha memperkayakan ilmu, memperkasakan bangsa dan membangunkan negara (2004). Diakases pada 25/2/2011, daripada

http://www.ums.edu.my/canselori/cans/amanat04.htm Mohd Liki Hamid (2002). Pengajian Tamadun Islam Edisi ke-2. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Snd. Bhd. Muhammad Nurani Maarif (2010). Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik. Selangor: Hijjaz Records Publishing.

S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 34

Mir Azri Shaharudin (2011, 5 Mac). Apakah yang akan terjadi jika AS serang Libya?. Kosmo (Dunia), hlm.47. Portal Rasmi Halal Malaysia (++). Diakses pada 10/3/2011 daripada

http://www.halaljakim.gov.my/index.php Penapisan Internet (2009). Diakses pada 13/3/2011 daripada http://www.lib.usm.my/elmuequip/jendela2/penapisan_internet.htm Sidek Baba dan Prof. Dr. (2004, 9 Ogos). Ufuk minda: Teknologi mesti diguna untuk kebaikan ummah. Berita Harian, hlm.7. Zainon Md. Hadzir (1993, Disember). Kesan Sosial Media Penyiaran. Dewan Kosmik, 6.

Anda mungkin juga menyukai