Anda di halaman 1dari 3

1.

Masalah permintaan & penawaran - Permintaan terhadap rumah kos rendah meningkat jauh lebih besar dari penawaran rumah tersebut semenjak dari Rancangan Malaysia ke tiga. - Permintaan rumah lebih tertumpu pada sesuatu lokasi yang mempunyai pelbagai aktiviti ekonomi. Contohnya permintaan rumah di kawasan bandar seperti Bandaraya Kuala Lumpur adalah tinggi berbanding di kawasan pendalaman. Situasi ini boleh dikaitkan dengan Teori Paksi Pertumbuhan yang tidak seimbang dan hanya tertmpu di sesuatu lokasi. Apabila wujud aktiviti ekonomi di sesuatu kawasan maka akan wujud kekurangan tempat tinggal akibat populasi yang tinggi.

2. Masalah kualiti rumah - Pembangunan perumahan yang aktif telah menyebabkan beban kerja agensi kerajaan tertentu yang berkaitan dengan pembinaan perumahan semakin bertambah seperti masalah kekurangan kakitangan dan prosedur yang sukar seterusnya menyebabkan banyak projek tertangguh. - Di samping itu, kekurangan bahan mentah disebabkan oleh kenaikan mendadak industri pembinaan ini sekaligus menyebabkan banyak projek perumahan yang terbengkalai dan ada sebahagian daripadanya dibina tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

3. Harga rumah yang tinggi - Kos rumah yang terlibat seperti harga yang diletakkan oleh pemaju terhadap rumah-rumah yang dibina tinggi dan mungkin terlalu mahal untuk individu yang berpendapatan sederhana dan rendah. Hal ini kerana bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, rangka besi, dan pasir dibeli dengan harga yang mahal berikutan pemborong meletakkan harga mengikut pasaran semasa. Oleh itu, untuk mendapatkan pulangan modal, pemaju terpaksa meletakkan harga yang bersesuaian dengan kos pembinaan tersebut. Harga yang tinggi ini menyukarkan penduduk yang berpendapatan sederhana atau rendah untuk memiliki rumah.

P E R U M A H A N

- Kesannya kualiti rumah menjadi rendah dan mendatangkan pelbagai masalah kepada pengguna setelah mereka tinggal hanya beberapa minggu di dalam rumah tersebut.seperti berlaku retakan dan sistem pengaliran yang tidak sempurna.

4. Masalah kekurangan tanah - Tanah digunakan untuk pelbagai tujuan. Keadaan ini menyebabkan harga tanah meningkat dan seterusnya ia menjadi masalah yang paling utama yang dihadapi oleh sektor swasta dan awam dalam pembinaan atau penyediaan rumah kos rendah. Pemaju akan membina rumah di kawasan pinggir bandar yang terletak jauh dari kawasan bandar kerana kawasan tersebut terdapat kawasan lapang. - Jarak yang jauh dari tempat kerja menyebabkan permintaan rumah di kawasan tersebut adalah kurang.  Menurut Multiple Nuclei Model, kawasan perumahan kos rendah terletak berdekatan dengan kawasan perindustrian untuk memudahkan pekerja ulang alik dari tempat kerja.

Urbanisasi

Aglomerasi

MASALAH SETINGGAN

FAKTOR

Wujudnya kawasan-kawasan terbiar - Faktor utama yang menyumbang kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya kawasan-kawasan lapang yang terbiar tanpa kawalan. Kawasan tanah tinggi di tepi landasan kereta api, tebing sungai, tepi lombong dan tanah terbiar yang terbiar tidak diusahakan merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk dijadikan penempatan setinggan. Bagi pendatang tanpa izin pula, mereka membina penempatan setinggan segera di tepi sungai dan di lerenglereng bukit. - Perancangan guna tanah yang tidak teratur ini memberi peluang penduduk mendirikan tempat kediaman di atas tanah-tanah yang terbiar. Kurangnya kawalan penggunaan tanah di Kuala Lumpur sesungguhnya manggalakkan pertumbuhan kawasan-kawasan petempatan setinggan.

Bilangan penduduk yang semakin meningkat -Penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan bandar banyak menyumbang kepada berlakunya masalah setinggan. Kebanyakannya berhijrah untuk mencari pekerjaan seperti buruh kasar, pekerja kilang, peniaga kecil dan banyak lagi. Mereka lebih suka meneroka tanah-tanah kosong untuk dijadikan tempat tinggal kerana pendapatan mereka rendah. -Contohnya, puluhan rumah setinggan didirikan dipercayai didiami pendatang Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan dan kilang industri di tebing Sungai Puchong dekat Pangsapuri Angsana Hilir.

3. Bilangan rumah kos rendah yang ada tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi. -Masalah kekurangan rumah kos rendah juga telah menyebabkan kewujudan kawasan setinggan. Penghuni setinggan tidak mampu menghuni tempat tinggal yang selesa dan sempurna kerana kebanyakan penghuni setinggan rata-ratanya berpendapatan rendah dan kos hidup pula tinggi. Maka secara mudah kawasan setinggan yang tidak bersewa dan murah menjadi pilihan mereka. -Contohnya di Sarikei, masalah kesukaran penduduk yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri berlaku akibat kekurangan rumah kos rendah.

Kos hidup yang tinggi - Kos hidup yang tinggi serta tidak sejajar dengan pendapatan telah mendorong sebahagian daripada penduduk meneroka tanah kosong milik kerjaan. Kebanyakan mereka berpendapatan rendah antara RM400 hingga RM600 sebulan kerana bekerja di sektor yang bertaraf rendah akibat tidak mempunyai kelayakan yang tinggi. -Kedudukan setinggan yang berhampiran dengan tempat kerja serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk berulang-alik menjadikan setinggan sebagai pilihan utama mereka.

Masalah kemiskinan -Faktor yang paling utama wujud petempatan setinggan adalah di sebabkan oleh faktor kemiskinan. Kadar kemiskinan yang tinggi menyebabkan kadar kewujudan petempatan setinggan juga turut meningkat. -Kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar telah memberi tekanan yang besar kepada golongan yang berpendapatan rendah. Keadaan ini menyebabkan golongan tersebut terpaksa mencari altenatif lain untuk menampung keperluan hidup mereka di kawasan bandar. Oleh itu, setinggan telah menjadi salah satu alternatif yang terbaik bagi golongan ini untuk menampung kehidupan mereka di kawasan bandar.

Urbanisasi

Aglomerasi

MASALAH SETINGGAN

KESAN

Mengancam kemajuan dan pembangunan bandar  Petempatan setinggan menimbulkan pelbagai masalah serius yang mengancam kemajuan dan pembangunan bandar. Kawasan setinggan banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit sosial seperti jenayah ragut, rogol, kegiatan Ah Long dan lain-lain. Suasana yang tidak teratur menjadikan kawasan tidak teratur menjadikan kawasan ini sebagai tempat persembunyian penjenayah kerana ianya amat sukar untuk dimasuki dan diperiksa oleh pihak berkuasa.

Mengancam kesihatan penduduk  Penyebaran wabak penyakit juga turut berlaku di kawasan petempatan setinggan. Contohnya penyakit taun dan malaria.Ini disebabkan oleh sistem saluran yang tidak teratur dan sistematik. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk di kawasan petempatan setinggan mudah menghidap penyakit-penyakit berkenaan. Kedudukan rumah yang rapat-rapat telah menyukarkan pembinaan saluran di jalankan. Secara tidak langsung, keadaan ini telah mendedahkan mereka semua kepada bahaya.

Menimbulkan masalah kebakaran dan ketidak selesaan hidup  Setinggan juga menimbulkan masalah seperti kebakaran dan ketidak selesaan akibat kedudukan rumah yang rapat. Biasanya,rumah setinggan tidak dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Struktur rumah yang diperbuat daripada papan tidak tersusun serta bersambung bumbung menyebabkan kejadian kebakaran yang besar sering berlaku di kawasan tersebut sehingga mengorbankan banyak nyawa.

Menyebabkan populasi antara kaum terjejas  Petempatan setinggan juga antara lain menyebabkan populasi antara kaum di negara ini semakin menebal. Contohnya, di Kuala Lumpur kita boleh melihat sesebuah kaum mempunyai kawasan setinggan mereka tersendiri. Pengasingan yang wujud di antara pelbagai kaum ini akan merosakkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini. Hal ini sekaligus akan menjejaskan imej negara kita.