Anda di halaman 1dari 1

TAJUK TUGASAN

FALSAFAH DAN ILMU

Falsafah ialah pembelajaran yang membahas masalah umum dan mendasar tentang eksistensi, pengetahuan, nilai-nilai etika, alasan, fikiran dan bahasa. Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas dan tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Takrifan falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba menyatakan Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah. Menurut socrates, 384-399 BC pula mengatakan bahawa kebenaran itu akan diperolehi melalui ilmu iaitu ilmu metafizik, logika, retorika, etika, ekonomi dan politik. Falsafah dan ilmu adalah satu gabungan hasil usaha akal manusia yang rasional, kritis, dan bersepadu yang berusaha untuk memahami dan menganalisa mengenai hakikat Tuhan, alam semesta serta manusia. Falsafah dan ilmu sememangnya saling berkaitan antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan untuk menguraikan sesuatu perkara atau masalah. Hal ini kerana, persoalan falsafah sentiasa disifatkan sebagai soalan yang sangat rumit, dan ia memerlukan pemikiran yang bersungguh-sungguh. Oleh itu, tanpa ilmu kita tidak dapat menyatakan falsafah. fungsi akal manusia ialah untuk memikirkan sesuatu perkara, ia merupakan dimana proses konseptual daripada pecahan akal mutakhir dalam usaha mencari kewujudan, pengetahuan dan nilai(Johnson,1969). Oleh kerana idealisme mempercayai tentang kepentingan akal dan idea, maka tumpuan dalam bidang pendidikan ialah untuk melatih akal, menyuburkan roh dan menguasai idea. Contohnya ketika berfalsafah, seseorang itu tidak digalakkan untuk merujuk kepada sumber kewibawaan dalam menyelesaikan sesuatu persoalan. Sebaliknya, ia digalakkan untuk menjawabnya dengan hanya menggunakan akal sendiri. Contohnya, dalam menjawab soalan "Apakah YYY?", seseorang itu tidak harus menjawab "YYY itu HHH kerana profesor T pernah mengatakannya", tetapi sebaliknya beliau harus menjawab soalan ini dengan jiwanya yang bebas secara "berfalsafah".