Anda di halaman 1dari 24

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA

SSSP 1013 PENGANTAR SOSIOLOGI EVOLUSI MASYARAKAT MALAYSIA DAN PEMBENTUKAN 1 MALAYSIA
PENSYARAH KUMPULAN AHLI KUMPULAN : PROF. MADYA SYAFEE BIN SAAD : B : 1) NURUL NAJWA BINTI ISMAIL (204190) 2) NURWAHIDA BINTI OTHMAN (204225) 3) NABILAH HUDA BINTI RUSLI (204236) TARIKH : 26 OGOS 2010

Isi Kandungan

Pengenalan Evolusi Masyarakat Malaysia Perubahan dalam Struktur Ekonomi Perubahan dalam Struktur Pendidikan Perubahan dalam Struktur Sosial Budaya Masyarakat Pembentukan 1 Malaysia Konsep Satu Malaysia Matlamat Perbezaan antara Konsep 1 Malaysia dengan Konsep Malaysian Malaysia Kedudukan Konsep 1 Malaysia Hubungan Konsep 1 Malaysia dengan Dasar-Dasar Kerajaan Terdahulu Nilai-nilai 1 Malaysia Teras-Teras Perpaduan Perpaduan dalam Konsep 1 Malaysia Kesimpulan Rujukan

2 4 6 8 11 14 15 17

17 18

18 19 19 20 21 23

1.0 Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang agak unik dengan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, dan etnik serta budaya. Sejak negara merdeka hingga kini hampir lima dekat berlalu, masyarakat Malaysia telah berjaya melalui likuliku kehidupan secara bersama terutama bangsa Melayu, Cina, dan India sebagai penduduk yang terbesar di negara ini. Masyarakat Malaysia secara keseluruhannya bolah dilihat dari sudut sebelum dan selepas penjajahan serta kedudukan Malaysia pada kini. Apa yang ada pada masyarakat Malaysia pada hari ini adalah hasil dari sejarah masa lampau dan semakin berkembang maju akibat dari proses evolusi. Secara umumnya, evolusi masyarakat didefinisikan sebagai perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat dari proses-proses kemajuan kehidupan. Selain itu, ia juga dapat ditakrifkan sebagai sebarang penyesuaian yang berlaku pada pola-pola interaksi antara individu-individu sebagai unit sosial dalam masyarakat. Ini termasuk cara berinteraksi, pembelajaran, sistem pemerintahan, kepercayaan dan sebagainya. Manakala evolusi masyarakat Malaysia pula menekankan kepada perubahan yang dialami masyarakat dalam negara ini yang membawa kepada pelbagai perkembangan dari segenap aspek kehidupan. Perubahan yang dimaksudkan termasuklah aspek-aspek asas kehidupan iaitu sosial, kebudayaan, politik, ekonomi, psikologi, pendidikan dan sebagainya. Perubahan ini berlaku kerana wujudnya pengenalan teknologi baru, cara baru mencari nafkah hidup, migrasi, invensi, pengenalan idea-idea baru dan kemunculan nilai sosial yang baru menggantikan yang lama.

Perubahan-perubahan dari aspek-aspek tersebut telah membawa kepada pembentukan satu Malaysia, Kerajaan berusaha mewujudkan rakyat Malaysia baru. Untuk itu kerajaan telah menolak konsep asimilasi yang mahu menukar setiap orang di Malaysia supaya menjadi orang Melayu. Sebaliknya kerajaan menggalakan integrasi masyarakat supaya keamanan dan kestabilan negara yang telah tercapai tidak digugat oleh anasir-anasir luar. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 September 2008 merupakan kesinambungan untuk mewujud dan mengekalkan integrasi kaum di negara ini. Intipati gagasan ini merupakan idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan Perdana Menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

2.0 Evolusi Masyarakat Malaysia


Masyarakat yang maju dan saintifik adalah hasrat wawasan 2020 yang bersifat sentiasa bersedia menerima perubahan ke arah yang lebih baik serta berfikiran terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang dikehendaki amat penting.

Definisi Perubahan dari pendapat Carzo dan Yanouzas ialah satu pola penukaran kelakuan ataupun status yang stabil kepada satu pola kelakuan dan status stabil yang lain. Ini bermakna perubahan tidak dapat dielakkan apabila sudah tiba masanya. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan, 21/8/2010).

Ahli-ahli sosiologi mendefinisikan evolusi masyarakat sebagai perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat dari prosesproses perubahan kehidupan. Perubahanperubahan yang berlaku melibatkan aspek-aspek budaya, ekonomi, politik dan sosial. Ahli-ahli sosiologi klasik seperti August Comte, Spencer, Durkheim menghuraikan perubahan masyarakat dengan menggunakan perspektif evolusi iaitu perubahan secara unilineal daripada masyarakat simple primitif kepada masyarakat moden dan kompleks. August Comte menghuraikan perubahan masyarakat dari perspektif teologi, metafizik dan saintifik. Beliau mengatakan bahawa pada awalnya iaitu pada zaman primitif, pemikiran manusia adalah berdasarkan teologi. Pada masa ini pemikiran manusia adalah dikuasai oleh kepercayaan animisme.

Menurut Carnall ( 1991 ) perkara yang pasti akan berlaku untuk setiap organisasi adalah perubahan. Perubahan adalah satu keperluan dan setiap organisasi pasti akan

menghadapinya, mahu atau tidak mahu. Perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan di alaf baru. Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi, negara tanpa sempadan, peningkatan teknologi komputer dan internet di hujung jari dan persaingan antara kelompok atau negara semakin meningkat.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan, 21/8/2010).

Untuk berubah, sesuatu masyarakat itu akan melalui beberapa agen perubahan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Agen perubahan utama yang dapat dilihat secara langsung ialah pendidikan. Pendidikan dan latihan merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau `world class akan menentukan kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib ,1997 ). Perubahan ialah salah satu fakta yang wujud dalam pendidikan. Ada faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan menekan untuk melakukan perubahan.

Setiap orang harus menghadapi tekanan perubahan dengan berlapang dada. Anggaplah sesuatu tugas yang diberi itu bukan satu tekanan, sebaliknya sebagai satu tanggungjawab dan amanah kepada anda yang memang hebat. Perasaan diri yang hebat akan membolehkan melaksanakan tugas dengan yakin dan seterusnya meminta keredhaan daripada allah taala.

Walau bagaimanapun, perubahan yang ingin dilakukan akan mempunyai pelbagai implikasi positif dan negatif yang dijangka dan tidak dapat diramalkan. Sekiranya perubahan yang ingin dilakukan tidak telus, penolakan dan sabotaj akan terjadi.

2.1 Perubahan dalam struktur Ekonomi


Dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi seimbang di Malaysia telah lama diberi penekanan. Setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan, kesan penjajahan British ke atas Tanah Melayu yang mewujudkan keadaan dualisme ekonomi dari segi wilayah dan kelompok etnik masih tetap dirasai. Sejak beberapa dekad yang lalu ekonomi Malaysia mengalami perkembangan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang dicapai menjadikan Malaysia antara negara yang terbaik prestasinya di rantau ASEAN.

Dalam tahun 1980 berdasarkan pada miracle dalam ekonomi asia timur pergaduhan yang paling dasyat kefahaman budaya Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana, berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut.

Tekanan ekonomi dari negara lain akhirnya akan sampai ke negara kita. Serangan mata wang secara global pada tahun 1997 menyebabkan seluruh negara dilanda krisis ekonomi. Namun kini, Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran 6

wang asing yang sihat, dan hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif.

Menurut kata-kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipetik daripada Utusan Malaysia pada 21/12/2009 berkata, ekonomi Malaysia kini berada di persimpangan kritikal iaitu terperangkap menjadi negara berpendapatan sederhana atau mencapai status berpendapatan tinggi. Sehubungan itu, perubahan struktur ekonomi sangat perlu dilakukan pada peringkat ini bagi mengelakkan Malaysia terperangkap dalam kedudukan Negara berpendapatan sederhana. Menurutnya, persaingan dari segi pengeksportan dalam sektor pembuatan yang secara tradisinya membantu mengerakkan ekonomi negara ini kini berdepan persaingan amat sengit. "Ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesuatu yang wajib ke atas kita menerima perubahan dan berubah. Ia melibatkan perubahan terhadap ekonomi kita dengan bergerak ke atas rantaian aktiviti ekonomi bagi mewujudkan pekerjaan dengan upah lumayan," katanya. (http://www.utusan.com.my/, 21/8/2010).

Dasar-dasar ekonomi ideal seperti dasar ekonomi baru ternyata masih belum membuahkan hasil yang dikehendaki. Untuk Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, ekonominya perlu dipacu sektor perkhidmatan. kerajaan meramalkan sektor perkhidmatan akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi dengan berkembang 3.6% pada tahun hadapan(Najib,2009)

2.2 Perubahan dalam struktur Pendidikan


Pendidikan merupakan salah satu aspek utama dalam mewujudkan masyarakat yang maju dan berilmu serta untuk mencapai objektif pendidikan secara berterusan. Secara amnya, proses pendidikan bermula dari saat kelahiran hinggalah ke penerimaan pendidikan formal. Sekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya.

Oleh itu, dunia pendidikan mestilah peka dengan dunia luaran. Michael fullan menjelaskan bahawa perubahan yang berlaku di sekeliling dunia pendidikan menjadi tekanan langsung kepada pengurusan sekolah. Goodland mendapati sekolah selalu menjadi sasaran perubahan. Guru dilihat sebagai agen perubahan minda. Fakta ini sukar untuk dinafikan. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan, 21/8/2010)

Institusi pendidikan bukan sesuatu yang jumud dan tidak boleh berubah. Pendidikan bukanlah katak di bawah tempurung. Sebaliknya pendiidikanlah yang berperanan membawa manusia keluar daripada tempurung. Pengurusan institusi pendidikan mestilah berganjak kepada perspektif baru supaya dapat berperanan secara signifikan dan berkesan dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekelilingnya mahu atau tidak mahu, perubahan pendidikan perlu dilakukan agar tidak ketinggalan.

Penubuhan sekolah wawasan, sekolah bestari, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan agenda nisbah sains sastera merupakan contoh perubahan pendidikan yang telah dilakukan dan perlu dinaiktarafkan lagi agar institusi pendidikan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang. Sebagai contoh penggunaan

komputer sepehnuhnya dalam P&P telah dibuat oleh kerajaan Terengganu yang dilaksanakan oleh Dato seri Ahmad bin Said yang menjalankan kempen 1 notebook 1 pelajar, perubahan ke arah pendidikan yang lebih maju ini wajar diikuti oleh seluruh Malaysia khususnya.

Semua ini dipengaruhi oleh perubahan dalam bidang ekonomi, politik, sosiologi masyarakat dan perubahan dasar kerajaan. Sesuatu perubahan tidak sahaja berasaskan suatu himpunan keadaan iaitu perlu ada perubahan di dalam dan di luar sistem sekolah atau sebuah sekolah juga perlu difikirkan.

Citarasa dan kehendak manusia berbeza-beza. Manusia memberikan nilai-nilai tertentu kepada sesuatu perkara. Contohnya kini perbinaan sekolah telah berubah dan menampakkan perbezaan antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Pembinaan bangunan berasaskan design on site dilakukan supaya sesuai dengan mukabumi , cita rasa masyarakat sekitarnya dan warga sekolah lebuh sayang kepada sekolah kerana ada ciri ciri yang membezakannya. Kegiatan ko kurikulum pula berubah daripada permainan bola sepak dan sepak takraw kepada permainan skuasy, golf, bowling dan renang. Semua ini menjadi agenda utama dalam perubahan pendidikan kerana mutu sukan negara dalam sukan-sukan ini semakin meningkat. Pencapaian semasa yang didapati adalah Malaysia berada ditempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan daripada 100 buah negara. (laporan World Economic Forum (WEF) yang berpengkalan di Geneva. dalam Berita Harian 10 Feb 2008)

Selain itu, perubahan kepada sistem sekolah juga dapat dilihat melalui proses pembubaran peperiksaan UPSR dan PMR yang sedang hangat diperkata masyarakat kini. Tokoh-tokoh pendidik menyambut baik cadangan penstrukturan semula pendidikan sekolah dengan menyifatkannya sebagai `perubahan yang kena pada masanya'. Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Madya Dr. Jabar Johari berkata, perubahan ini dapat mengurangkan bebanan pelajar daripada menghadapi banyak `penilaian formal' iaitu peperiksaan.pembubaran ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memberi tumpuan khusus kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. Sekali imbas, ia nampak sama saja, tapi dapat melatih pelajar kita agar lebih cepat matang,(Awang Salleh, http://www.utusan.com.my/, 21/8/2010) Secara asasnya sekolah ialah suatu institusi yang konservatif , tetapi oleh kerana perubahan di dalam kedua-dua persekitaran dalaman dan luaran , pemimpin-pemimpin pendidikan kadangkala mesti memulakan perubahan. Pada masa yang lain menentang perubahan yang tidak perlu. Seharusnya pentadbir sekolah adalah pemimpin perubahan dan bertindak sebagai pembuat keputusan. Perubahan secara evolusi, bukan revolusi akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

10

2.3 Perubahan dalam struktur Sosial Budaya Masyarakat


Perubahan sosial budaya adalah sebuah gejala berubahnya struktur sosial dan pola budaya dalam suatu masyarakat. Perubahan sosial budaya merupakan gejala umum yang terjadi sepanjang masa dalam setiap masyarakat. Perubahan itu terjadi sesuai dengan hakikat dan sifat dasar manusia yang selalu ingin mengadakan perubahan. Hirschman mengatakan bahawa kebosanan manusia sebenarnya merupakan penyebab dari perubahan.

Pengelompokkan teori perubahan sosial telah dilakukan oleh Strasser dan Randall. Perubahan sosial dapat dilihat dari empat teori, iaitu teori kemunculan diktator dan demokrasi, teori perilaku kolektif, teori inkonsistensi status dan analisis organisasi sebagai subsistem sosial. Perubahan sosial budaya yang berlaku kini dapat dilihat melalui teori analisis organisasi sebagai subsistem sosial, menurut George C. Homans yang mempelajari mikrososiologi mengaitkan struktur dengan perilaku sosial dan elemen dalam hubungan sosial sehari-hari. Dalam konsep Islam pula, perubahan sosial terjadi berdasarkan atas Sunnah (hukum).

(http://learning-of.slametwidodo.com/category/perubahan-sosial/page/2/, 21/8//2010)

Perubahan sosial budaya terjadi kerana beberapa faktor. Di antaranya komunikasi; cara dan pola fikir masyarakat; faktor luar yang lain seperti perubahan jumlah penduduk, penemuan baru, terjadinya konflik atau revolusi; dan faktor luar seperti bencana alam dan perubahan iklim, peperangan, dan pengaruh kebudayaan masyarakat lain.

11

Globalisasi dan modenisasi atas dasar konsep dunia tanpa sempadan yang pada awalnya ditumpukan kepada perkembangan ekonomi telah menular dalam hampir semua ruang lingkup kehidupan manusia sejagat. Di samping membawa kebaikan khususnya dalam perkembangan pendidikan dan teknologi maklumat, globalisasi pada hakikatnya telah membawa perubahan besar dalam corak hidup keluarga dan masyarakat.juga menyebabkan berlakunya perubahan nilai dalam diri individu, keluarga dan masyarakat. Pengaruh media massa yang memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah memecahkan dominasi nilai-nilai tradisi sama ada nilai bangsa atau agama. Nilai-nilai yang terbentuk melalui budaya dan agama semakin terhakis kerana desakan kuat elemen-elemen yang sangat asing dibawa bersama oleh media massa yang turut mempengaruhi sosiobudaya masyarakat.

Perubahan gejala sosial ini berlaku selari dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup masyarakat. Kesan langsung ke atas sosiekonomi masyarakat ialah pengangguran, penghijrahan dan kemiskinan yang berlaku dalam masyarakat. Oleh kerana itu, Bajet 2009 yang diumumkan pada tahun lepas memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar dalam perkhidmatan sosial ini. Perbandingan peruntukan bagi perkhidmatan sosial dalam bajet-bajet yang lepas menunjukkan peningkatan sebanyak 34.4 peratus bagi tahun ini. Dalam Bajet 2005 peruntukan adalah sebanyak RM7.6 bilion, RM9.9 bilion (2006), RM 14.2 bilion (2007) dan RM15.6 bilion dalam Bajet 2008. Bagi Bajet 2009, peruntukan berkenaan dinaikkan kepada RM17.8 bilion. (http://zahirzainudin.blogspot.com/2009/05/senario-gejala-

sosial-di-malaysia-1.html, 21/8/2010)

12

Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh negara melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda. (http://zahirzainudin.blogspot.com/2009/05/senario-gejala-sosial-di-malaysia-1.html, 21/8/2010)

13

3.0 Pembentukan 1 Malaysia


Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berbilang bangsa yang terdiri daripda kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Situasi ini

memerlukan negara memberi perhatian lebih terhadap kewujudan hubungan antara kaum yang mantap dalam kalangan rakyat. Sebelum tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, pihak kerajaan banyak memberikan tumpuan kepada usaha-usaha untuk pembangunan negara dari segi fizikal sehingga tidak menyedari kekurangan yang masih wujud dalam kalangan masyarakat dan setiap kaum masih lagi hidup terpisah antara satu sama lain tanpa adanya ikatan yang menyatukan mereka bersama. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan mula menyedari bahawa langkah

mewujudkan dasar-dasar pembangunan mesti selari dengan usaha membentuk keharmonian kaum agar keamanan dapat dikekalkan. Setelah itu kerajaan mula berusaha ke arah merangka dasar-dasar pembangunan dan pendekatan yang boleh menghapuskan jurang perbezaan antara kaum bagi meningkatkan perpaduaan dalam kalangan penduduk Malaysia yang berbilang kaum ini. Dalam usaha membina satu Malaysia yang bersatu padu dan membangkitkan semangat cintakan tanah air, ideologi negara yang dikenali sebagai Rukun Negara telah diperkenalkan. Rukun Negara menjadi rujukan dan garis panduan penting bagi sebarang dasar dan keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan, iaitu setiap dasar dan keputusan yang dibuat atas rasa sedar, rasional dan mengikut undang-undang supaya perpaduan kaum dapat dikekalkan. Rukun Negara dapat serta peraturan dan

membentuk

mewujudkan perpaduan berdasarkan hak, peranan dan tanggungjawab yang telah

14

digariskan dalam Rukun Negara untuk membentuk rakyat yang berasaskan konsep Satu Malaysia(menurut Khadafi dalam buku Hubungan Etnik di Malaysia, 21/08/2010). Konsep 1 Malaysia juga membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang telah dilaungkan oleh Perdana Menteri. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlu mengutamakan kepentingan negara sahaja.

3.1 Konsep Satu Malaysia

Konsep Satu Malaysia merupakan aspirasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 16 September 2008. Prinsipprinsip utama yang terkandung dalam gagasan Satu Malaysia ialah perpaduan,

keharmonian dan kesaksamaan. Kesaksamaan di sini bermaksud kerajaan akan membantu rakyat secara adil mengikut keperluan rakyat tersebut tanpa mengubah hak dan keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang telah termaktub dalam perkara

153.Perlembagan atau mengubah nasib bahasa Malaysia yang telah diperuntukkan dalam perkara 152.Konsep Satu Malaysia ini dengan slogan Satu Malaysia,Rakyat Didahulukan Percapaian Diutamakan merupakan kesinambungan pendekatan yang diperkenalkan Perdana Menteri sebelum ini. Konsep ini bertujuaan bagi mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-6 yang dilantik pada 3 April 2009.

15

Konsep 1 Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu aspek Pertama ialah Penerapan Teras-Teras Perpaduan. Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Aspek kedua pula ialah Penerapan Nilai-nilai Aspirasi. Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1 Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. (http://www.scribd.com/doc/21947730/KONSEP-

1MALAYSIA, 21/08/2010) Menurut Datuk Seri Najib, konsep Satu Malaysia dalam pentadbiran kerajaaan baharunya bertitik tolak dengan semangat seluruh rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai sebuah bangsa. Oleh itu, semua tindakan yang akan diambil kerajaan berdasarkan kehendak semua kaum di Malaysia.Pendekatan baru ini merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara berpaksikan perpaduan dan intergrasi, kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara. Matlamat Satu Malaysia adalah untuk mengekalkan perpaduan dalam kaum dalam masyarakat Malaysia. Penekanan Konsep Satu Malaysia adalah menyediakan garis permulaan yang adil bagi rakyat mendapatkan bantuan kerajaan tanpa mengira mereka dari Bandar, luar Bandar dan setiap kaum sekiranya mereka berpontensi (Khadafi ; 21/08/2010).

16

3.2 Matlamat
Satu Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Satu Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato Sri Najib Tun Razak iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

3.3 Perbezaan antara Konsep 1 Malaysia dengan Konsep Malaysian Malaysia


Berpandukan definisi konsep Satu Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep Satu Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

17

3.4 Kedudukan Konsep 1 Malaysia


Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpinpemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan

bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

3.5 Hubungan Konsep 1 Malaysia dengan Dasar-dasar Kerajaan Terdahulu


Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj.Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh PerdanaPerdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan

tersendiri,(http://www.kpkk.gov.my/pdf/Booklet_1Malaysia.pdf, 21/08/2010)

18

3.6 Nilai-nilai 1 Malaysia

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1 Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah: 1. Budaya kecemerlangan 2. Ketabahan 3. Rendah hati 4. Penerimaan 5. Kesetiaan 6. Meritokrasi 7. Pendidikan 8. Integriti

3.7 Teras-Teras Perpaduan


Malaysia menekankan sikap Penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Malaysia juga mengamalkan prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Selain itu, teras-teras perpaduan yang lain ialah Keadilan Sosial. Ini bermakna semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-

19

mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

(http://www.scribd.com/doc/21947730/KONSEP-1MALAYSIA, 21/08/2010)

3.8 Perpaduan dalam Konsep 1 Malaysia


Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020. Menerusi gagasan 1 Malaysia adalah penerusan agenda membina negara dan perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1 Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia serta untuk mencapai kemajuan bagi Negara. Rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. (http://www.scribd.com/doc/21947730/KONSEP-1MALAYSIA,21/08/2010)

20

4.0 Kesimpulan
Apa yang dapat disimpulkan, Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Malaysia juga merupakan antara negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berjaya mengekalkan keamanan dan perpaduan. Keadaan ini telah memberikan kelebihan kepada negara dalam melaksanakan pelbagai perubahan untuk kebaikan Negara. Setiap perubahan yang berlaku merupakan hasil dari kerjasama masyarakatnya yang sentiasa mahukan kemajuan secara bersama. Bertitik tolak dari sejarah-sejarah lampau, masyarakat semakin bijak menganalisis perubahan persekitaran dan peluang yang wujud yang dapat membawa kepada kemajuan negara dalam pelbagai aspek. Hasilnya,banyak perubahan dan kemajuan telah di laksanakan oleh masyarakat Malaysia pada hari ini. Setiap perkara yang dilaksanakan membawa makna yang besar bagi rakyat Malaysia khususnya pemimpin-pemimpin negara yang telah berusaha keras mencetuskan setiap idea pembangunan. Pembentukan 1 Malaysia dapat menjadi asas untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sentiasa berada di tahap yang membanggakan. Nilai-nilai murni yang digarapkan dalam gagasan 1 Malaysia secara falsafahnya dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak puas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan rasa untuk memajukan Negara. Pembinaan Negara bangsa bagi sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan

21

pengaliran secar bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal, serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya, dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina Negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Oleh yang demkian, dengan berteraskan nilai-nilai tersebut, sudah pasti aspirasi pembentukan dan pengukuhan hubungan etnik di negara ini dapat di capai. Aspek ini amat penting dalam memacu negara kepada sebuah negara maju sebagaimana yang disasarkan dalam wawasan 2020.

22

5.0 Rujukan
1) Nor Aini Haji Idris dan Ishak Yussof. 2009. Pembangunan Seimbang. Penerbit UKM: Bangi Ekonomi Malaysia ke Arah

2) Amla Mohd Salleh. 2010. Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Penerbit UKM: Bangi.

3) Hj.Mohamad Khadafi Hj.Rofie. 2010. Hubungan Etnik di Malaysia Realiti dan Cabaran. Penerbit: Pure Honey Enterprise

Sumber Internet

1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan 2) http://learning-of.slametwidodo.com/category/perubahan-sosial/page/2/ 3) http://www.utusan.com.my/ 4) http://zahirzainudin.blogspot.com/2009/05/senario-gejala-sosial-di-malaysia-1.html 5) http://www.kpkk.gov.my/pdf/Booklet_1Malaysia.pdf

23