Anda di halaman 1dari 30

KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA (COLGIS)

GMJT 1013 : TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA (A)

NAMA PENSYARAH : DR. KHALTUM HAJI HASS AN

DISEDIAKAN OLEH : ( KUMPULAN 14 )

NURUL IZZATI BINTI HAMDAN MUHAMMAD HARIZ BIN MOHD ZIN NURUL NAJWA BINTI IS MAIL MOHD RUS YDI BIN ALI AZIZAN

(203547) (203556) (204190) (204203)

TARIKH SERAHAN : 28 SEPTEMBER 2010

KANDUNGAN

1.0
2.0

Kesan positif dan negatif


Perbezaan antara teori Marxsist dan teori modenisasi

1
7

3.0 4.0

Keperluan teori Kawasan kajian (Felda Bukit Tangga) 4.1 4.2 4.3 perubahan sosial dan ekonomi kesan positif dan kesan negatif pengalaman generasi tua

10 12

5.0

Kesimpulan

27

______________________________________________________________

Rujukan Lampiran

29 30

SOALAN 1 1.0 Li ma (5) kesan positif dan lima (5) negatif yang dihadapi oleh Neg ara Dunia Ketiga akibat hub ung an ekonomi deng an negara maju.

Pelbagai kesan positif yang boleh dicapai akibat hubungan ekonomi antara Negara Dunia Ketiga dengan negara maju. Ini disebabkan negara maju mempunyai kelebihan untuk meningkatkan ekonomi Negara Dunia Ketiga melalui teknologi-teknologi dan kepandaian yang mereka miliki. Hubungan ekonomi yang berlangsung antara kedua-dua negara ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi Negara Dunia Ketiga daripada sedia ada. Hal ini menunjukkan bahawa segala usaha yang dijalankan dalam hubungan ekonomi dapat membendung masalah ekonomi dan masalah kemiskinan yang dihadapi oleh negara dunia ketiga melalui pendedahan baru tentang cara-cara memantapkan ekonomi seperti membuka banyak industri dan pasaran baru supaya ekonomi mula berkembang. Hubungan ekonomi ini juga memberikan kesan yang positif melalui kadar pengangguran yang semakin berkurangan manakala guna tenaga dapat dipenuhi. Kesan yang positif ini berpunca daripada pembukaan banyak industri-industri baru seperti Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat Negara Dunia Ketiga untuk bekerja. Industri-industri yang baru dibuka ini memerlukan sumber tenaga manusia untuk memulakan operasi industi tersebut dan hal ini menyebabkan kadar pengangguran dapat dikurangkan manakala kadar guna t naga dapat dipenuhi melalui e masyarakat setempat mulai bekerja dan mendapat pendapatan yang kukuh dan lumayan dalam sektor perindustrian, perkhidmatan dan perniagaan. Selain itu, di Negara Dunia Ketiga juga akan berlaku pengaliran teknologi daripada negara maju melalui hubungan ekonomi yang berlaku. Hal ini berpunca apabila negara maju iaitu negara kapitalis seperti Negara Jepun yang membuka kilang-kilang dan industri-industri

lain di Negara Dunia Ketiga disebabkan hubungan ekonomi itu membawa peralatan-peralatan canggih untuk mula beroperasi. Kemasukan peralatan-peralatan yang berteknologi canggih ini menyebabkan Negara Dunia Ketiga dapat mempelajari dan menggunakannya seterusnya dapat meningkatkan taraf teknologinya. Tambahan pula, tenaga mahir dapat ditingkatkan dan kemahiran-kemahiran baru dapat dipelajari oleh masyarakat Negara Dunia Ketiga. Negara Dunia Ketiga juga menghadapi kesan positif akibat menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara maju iaitu sumber-sumber ekonomi yang terdapat di Negara Dunia Ketiga dapat digunakan dengan baik dan boleh menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan ekonomi Negara Dunia Ketiga. Dengan menggunakan peralatan-peralatan canggih dan berteknologi serta kebijaksanaan yang sedia ada oleh negara maju membolehkan sumber-sumber asli di Negara Dunia Ketiga dapat dieksploitasi seperti bijih timah, emas dan bijih besi boleh dipasarkan untuk meningkatkan ekonomi Negara Dunia Ketiga. Tambahan lagi, kewujudan kawasan petempatan yang baru dan kawasan-kawasan petempatan yang terdapat di Negara Dunia Ketiga akan menjadi lebih teratur. Hal ini berlaku disebabkan kehadiran negara maju yang berhubung baik dengan Negara Dunia Ketiga melalui hubungan ekonomi menyebabkan pembukaan petempatan-petempatan baru dan kawasan tersebut dimajukan serta kemudahan-kemudahan asas pembandaran seperti tempat kediaman yang lebih selesa, prasarana yang cukup, kemudahan kesihatan dan sebagainya lebih selesa. Walaupun hubungan ekonomi antara negara maju dengan Negara Dunia Ketiga banyak memberikan kesan positif namun, terdapat juga kesan negatif yang berlaku disebabkan hubungan ekonomi ini. Salah satu daripada kesan negatif tersebut ialah pencemaran mula berlaku di Negara Dunia Ketiga. Kawasan yang dahulunya penuh dengan kehijauan tidak lagi sebegitu rupa disebabkan pengeksploitasian yang berleluasa untuk pembangunan yang terpaksa dilakukan di atas tertubuhnya pelbagai jenis industri sehingga

menyebabkan berlaku pencemaaran termasuklah pencemaran udara, air, bunyi dan tanah yang salah satu sebabnya berpunca daripada kilang-kilang yang dibangunkan. Negara Dunia Ketiga juga akan menghadapi kesan negatif dari sudut sosiologi seperti berlakunya kehidupan secara individualistik yang semakin menonjol disebabkan hubungan ekonomi dengan negara maju. Hal ini berlaku disebabkan masing-masing bersaing untuk mengejar keuntungan dan mementingkan kewangan semata-mata daripada kekeluargaan dan kemasyarakatan. Setiap individu bersaing untuk menjadi kaya-raya disebabkan pertapakan sistem ekonomi yang dibawa oleh negara maju. Hidup bermasyarakat yang diutamakan sejak sekian lama semakin tidak mendapat tempat di hati masyarakat manakala sifat individualistik semakin menguasai diri setiap masyarakat, kekurangan masa untuk bersama keluarga disebabkan bekerja dapat mengurangkan keeratan talian kekeluargaan. Selain itu juga, hubungan ekonomi antara negara maju dengan Negara Dunia Ketiga ini juga menyebabkan kewujudan institusi dan corak sosial yang berbeza. Tidak seperti sebelum hubungan ekonomi terjalin, institusi-institusi lain semakin banyak wujud mengikut perkembangan ekonomi yang berlaku. Corak sosial pun terlibat sama kerana pada awal sebelum hubungan ekonomi antara negara maju dengan Negara Dunia Ketiga, masyarakat hanya adalah berdasarkan kesepaduan dan kemasyarakatan namun set lah berlakunya e hubungan ekonomi ini.corak sosial mula bertambah dan berubah daripada kemasyarakatan ke arah yang bersifat ekonomi. Masyarakat mula kurang bersepakat dan bersatu padu. Hasil sumber asli Negara Dunia Ketiga yang dapat dicari dan dikeluarkan oleh dengan bantuan teknologi negara maju sehingga negara maju menggunakan hak itu untuk mengeksploitasi sumber asli Negara Dunia Ketiga bagi mendapatkan keuntungan yang lebih adalah kesan negatif hubungan ekonomi antara negara maju dengan Negara Dunia Ketiga. Negara maju telah menggunakan kebijaksanaan dan teknologi yang dimiliki untuk mengeksploitasi hasil sumber asli tersebut dengan cara membeli dengan harga yang murah

tetapi telah menjual hasil sumber asli itu dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan yang lebih daripada sepatutnya. Perkara ini menyebabkan keuntungan yang patut diperolehi oleh Negara Dunia Ketiga tidak dapat dikecapi. Tekanan ekonomi dan bebanan pada golongan miskin juga adalah satu daripada kesan negatif akibat hubungan ekonomi antara negara maju dengan Negara Dunia Ketiga. Hubungan ekonomi ini memperlihatkan tekanan ekonomi kerana negara maju dapat memanipulasikan ekonomi demi kepentingan mereka dan menyebabkan Negara Dunia Ketiga tertekan. Hal yang berkaitan dengan kebajikan sosial masyarakat tidak dijaga disebabkan masalah ini dan perkara ini adalah bebanan kepada golongan miskin yang memerlukan bantuan-bantuan yang sepatutnya. Kesan negatif ini akan menyebabkan Negara Dunia Ketiga susah untuk bersaing dengan negara maju.

SOALAN 2 2.0 Tiga (3) perbezaan antara teori Marxsist dan teori modenisasi. Pada pendapat anda teori yang manakah (Marxsist atau modenisasi) lebih sesuai untuk diaplikasikan dalam konteks pembangunan Dunia Ketiga. Berikan dua (2) sebab dan huraian ringkas ke atas pendapat berkenaan.

Teori Marxsist
 Teori ini merupakan teori kemunduran iaitu negatif. Teori ini menggunakan model pertumbuhan kapitalisme yang terdapat dua golongan iaitu golongan kapitalis dan golongan pekerja. Teori ini juga membincangkan tentang

Teori Modenisasi

Teori ini merupakan teori dari segi teori linear iaitu positif. Modenisasi ini adalah perubahan yang berlaku daripada masyarakat tradisional

kepada masyarakat moden. Teori ini membincangkan tentang perubahan

ekonomi dan politik.

ekonomi dan sosial yang berlaku.  Marx mengganggap bahawa Terdapat kemajuan-kemajuan teknologi di melambatkan bawah kapitalisme adalah penyebab perbezaan budaya dan pemikiran pengangguran dalam kalangan antara negara. pekerja kerana adanya kemajuan teknologi yang tinggi yang lebih ditumpukan untuk kepada mesin-mesin cara membuat sesuatu kerja pekerjaan dalam setiap negara yang tersebut. Teori ini juga mengatakan moden bahawa teknologi merupakan sebagai alat bantuan dalam menggunakan teknologi hidup tradisional. Banyak  Modenisasi ialah cara hidup yang moden apabila bertukar daripada modenisasi iaitu juga faktor yang

sesuatu masalah yang menyebabkan kerugian dari segi ekonomi.


 Sumber pendapatan yang dijalankan adalah mengikut sistem komunisme iaitu untuk kegunaan bersama. Tetapi, banyak perkara yang telah berlaku akibat daripada sistem tersebut iaitu produktiviti daripada berasaskan kemiskinan yang tiada rendah ganjaran akibat

pekerjaan.

Dalam

kemajuan

tersebut, ekonomi negara dapat berkembang dengan pesat kerana adanya kemajuan teknologi yang canggih. Teori ini juga adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan

antara negara maju dengan negara membangun.

yang  Kebanyakkan pekerjaan yang

pengeluaran,menyebabkan dilakukan dalam modenisasi ini ialah kepada penduduk, pertanian yang merupakan pekerjaan

keupayaan ekonomi yang terhad dan yang penting dalam sesebuah negara negara akan menjadi mundur dan tersebut. bermasalah. mengunakan teknologi yang ada dan merupakan sumber pendapatan utama dalam negara tersebut. Tetapi, Proses pertanian tersebut

modenisasi juga menghadapi masalah dalam Negara Dunia Ketiga untuk maju, antaranya ialah kekurangan

modal, kepelbagaian budaya, taraf pelajaran dan kemahiran yang rendah serta terhad. kemudahan prasarana yang

Pada pendapat saya, Teori Modenisasi adalah lebih sesuai untuk diaplikasikan dalam konteks pembangunan Dunia Ketiga kerana adanya kemajuan teknologi yang canggih. Sekarang, walaupun dalam negara yang sedang membangun kebanyakkannya menggunakan teknologi untuk mengembangkan ekonomi dalam negara tersebut kerana dapat mengeluarkan produktiviti dengan cepat dan kualiti produk yang dihasilkan lebih bermutu. Oleh itu, masyarakat dalam Dunia Ketiga hendaklah memandang pendidikan itu sebagai ilmu yang sangat penting untuk membangunkan sesebuah negara tersebut kerana banyak di negara maju terdapat masyarakat yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan ada ke mudahan yang lengkap. Selain itu, cara hidup yang lebih moden dan kehidupan yang lebih selesa. Dengan adanya pekerjaan yang tetap dan pendapatan yang tinggi, banyak keperluan dapat dipenuhi dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang, hidup yang moden ini juga terdapat keburukannya iaitu budaya yang dipelajari tidak sesuai dengan keadaan persekitarannya. Dalam sesebuah negara yang moden, terdapat kepelbagaian budaya yang merangkumi pelbagai etnik dan ajaran budaya yang berbeza. Kehidupan juga terancang dengan adanya pemikiran untuk masa hadapan.

SOALAN 3 3.0 Tiga (3) keperluan teori dalam pembangunan Dunia Ketiga dan satu (1) alternatif lain yang boleh digunakan dalam merancang pembangunan Dunia Ketiga jika tidak menggunakan teori.

Teori adalah 1 kenyataan atau fakta yang menyeluruh untuk menerangkan sebab dan musabab berlakunya sesuatu perkara. Teori juga adalah pendapat yang dikemukakan untuk menerangkan dan menjangkakan sesuatu kejadian tetapi teori yang dibuat itu juga tidak semestinya berdasarkan logik kerana ia adalah prinsip kasar yang menjadikan asas pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, teori-teori yang telah dibuat dan dikemukakan oleh tokoh-tokoh terdahulu mengenai teori-teori pembangunan amat perlu diambil kira dalam proses membangunkan Negara Dunia Ketiga kearah yang lebih terancang supaya setaraf dengan negara maju. Antara tujuan pengambilan teori-teori adalah untuk menjelaskan sebab musabab sesuatu yang telah berlaku serta membuat ramalan bila, di mana, dan bagaiman sesuatu a peristiwa yang bakal berlaku seperti meramal perubahan yang bakal berlaku kepada Negara Dunia Ketiga akibat dari perhubungannya dengan negara maju yang semakin erat seperti melalui hubungan ekonomi sama ada dari segi positif mahupun negatif yang bakal berlaku terhadap kehidupan manusia akibat proses pembangunan yang ingin dijalankan. Selain itu, tujuan teori diambil adalah untuk mengumpul dan mengorganisasikan sesuatu kejadian dan meletakkan perkara-perkara tersebut kepada sesuatu perspektif. Ini dibuat ialah untuk membuat andaian-andaian mengenai teori yang dipilih dalam membangunkan Negara Dunia Ketiga itu. Justeru, teori-teori yang dipilih haruslah sesuai dan meletakkan perkara yang hendak dibangunkan itu dalam teori yang telah dipilih setelah dikaji

dari pelbagai aspek seperti Negara Dunia Ketiga ingin mengambil masuk teknologi daripada negara maju kedalam negara untuk sesuatu pembangunan Oleh itu, sebelum memasukkan . teknologi-teknologi itu haruslah pemimpin Negara Dunia Ketiga ini membuat hipotesis keatas perkara yang bakal berlaku akan datang. Selanjutnya, teori dibuat adalah sebagai salah satu cara untuk menawarkan satu gerak hati yang memahami mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa yang bakal berlaku. Contohnya, Negara Dunia Ketiga merancang penjualan produk kesihatan dengan harga yang berpatutan selaras dengan pendapatan rakyat negara yang baru membangun akan membolehkan setiap lapisan masyarakat memperolehinya seterus akan menyebabkan purat a jangka hayat penduduk meningkat kerana mempunyai kadar kesihatan yang baik dengan ini, sesuatu negara itu akan mempunyai bilangan tenaga buruh yang tinggi dan cekap serta tidak perlu lagi mengeksport tenaga buruh dari luar atau perlu bergantung dengan negara maju lagi. Secara umumnya pembangunan Negara Dunia Ketiga ini banyak berdasarkan kepada teori-teori yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh yang terkemuka terdahulu dalam pemerhatian dan kajiannya. Namun, dalam proses membangunkan sesuatu Negara Dunia Ketiga itu juga boleh menggunakan alternatif lain selain mengikut teori-teori yang telah ada. Antaranya, berdasarkan kepada peristiwa yang telah berlaku pada masa terdahulu ataupun dari pengalaman yang sedia ada. Sebagai contoh, akibat dari keadaan ekonomi dunia khususnya Negara Dunia Ketiga dikuasai oleh negara terbesar iaitu Amerika Syarikat menyebabkan negara ini terkena piasan apabila ekonomi negara Amerika Syarikat jatuh pada tahun 1998 akibatnya, Malaysia khususnya merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi. Namun kini Malaysia tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti krisis Kewangan Asia pada 1997 dengan mempunyai persekitaran makroekonomi yang lebih stabil dan kurang monopoli dari negara kapitalis kerana Malaysia telah dalam proses membina empayarnya sendiri.

SOALAN 4

Kawasan kajian Tahun Dibuka Kemasukan Peneroka Peneroka Jumlah Penduduk

: : : : :

Felda Bukit Tangga, Kedah. Tahun 1978 / 1979 Tahun 1983 370 Peneroka 3559 Orang

Biodata Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) : Nama (responden 1) : Umur Jawatan Tempoh jawatan : : : Encik Taib bin Husain 45 tahun Pengurus Felda Bukit Tangga 3 tahun (2008 sekarang)

Nama (responden 2) : Umur Jawatan Tempat lahir Temph berkhidmat : : : :

Haji Zakaria bin Haji Hasan 69 tahun peneroka felda Alor Star, Kedah 41 tahun (sekarang)

4.0 PENGENALAN

Sebelum pembukaan tanah rancangan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), kawasan ini dinamakan Bukit Batu Bertangga. Nama tersebut diperoleh dari sebuah bukit yang kelihatan seperti bertangga-tangga di kawasan lerengnya. Apabila felda membuka tanah rancangan di sini pada tahun 1978, peneroka awal yang menetap di kawasan ini telah menukarkan nama tersebut kepada Felda Bukit Tangga.

Sebelum penerokaan, kawasan ini dipenuhi oleh hutan. Apabila Felda membuka dan menjadikannya sebuah tanah rancangan, kawasan ini mula membangun dan makmur. Kini, banyak perubahan boleh dilihat antaranya rumah-rumah peneroka telah banyak diubah suai bersesuaian dengan taraf kehidupan mereka yang semakin baik. Selain itu, infrastrukturinfrastruktur yang lain juga telah dinaiktarafkan seperti jalan, balai raya, taman permainan, padang bola dan kemudahan-kemudahan yang lain. Dahulu hanya terdapat jalan tanah merah kini telah di naik taraf kepada jalan berturap, balai raya yang lebih selesa telah dibina yang dapat menampung lebih ramai penduduk dalam satu-satu masa serta pembinaan taman-taman permainan untuk kanak-kanak.

Penempatan Felda Bukit Tangga ini adalah tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), penduduknya berasal dari serata negeri di seluruh Malaysia dan sedikit sebanyak mempunyai latar belakang kehidupan dan adat yang agak berbeza. Sungguhpun begitu, perbezaan ini tidak menghalang mereka untuk bermuafakat dan menzahirkan kehidupan yang lebih harmoni dan berkualiti. Jumlah penduduk di Felda Bukit Tangga dianggarkan kira-kira 3559 orang serta jumlah peneroka sebanyak 370 orang. Kesemua penduduk di sini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jenis penempatan penduduk kampung adalah berjajaran dan jenis rumah bercampur-campur sama ada rumah separa batu, rumah batu dan rumah papan. Pekerjaan utama masyarakat di Felda Bukit

Tangga ialah kegiatan pertanian. Rata-rata peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di sini mengusahakan tanaman getah. Namun, disebabkan pendapatan utama mereka bergantung kepada turun dan naik harga komoditi getah, ada di antara mereka yang menjalankan perniagaan kedai runcit, kedai makan, kedai gunting rambut, berniaga pasar malam dan lain-lain. Ada juga penduduk yang menanam jagung, buah salak, pisang, rebung madu dan kelapa pandan. Malah ada juga yang mengambil kontrak menoreh getah, meracun ladang getah, mengambil upah menjahit pakaian, memotong rumput, menjual kuih dan lainlain. Untuk menyelaras kegiatan masyarakat di penempatan yang mempunyai populasi yang tinggi seperti Felda Bukit Tangga memerlukan sebuah jawatankuasa yang proaktif. Justeru, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) ditubuhkan. Di samping menjaga keselamatan dan keharmonian masyarakat setempat, matlamat jangka panjang JKKR Felda Bukit Tangga ialah meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di sini. JKKR Felda Bukit Tangga telah menubuhkan beberapa biro untuk memudahkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti di sini. Antara biro-biro yang ditubuhkan ialah Biro Pelajaran, Biro Ekonomi, Biro Masyarakat, Biro Agama, Biro Belia dan Biro Keselamatan. Di samping itu, kampung ini terdapat banyak pertubuhan seperti Persatuan Warga Emas Felda Bukit Tangga, Rukun Tetangga dan pertubuhan silat. Setiap aktiviti dan pertubuhan yang diwujudkan ini memberi banyak manfaat kepada penduduk kampung. Malah aktiviti untuk golongan wanita turut diadakan seperti kursus jahitan dan sulaman. Bagi menambahkan pendapatan tabung JKKR, gerai jualan bersama ahli belia turut diadakan. (http://directory.yellavia.com/view/28058/skfelda-bukit-tangga/).

4.1 Perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku dalam tempoh sepuluh tahun (2000-2010) 4.1.1 Pembangunan Wanita dan Masyarakat Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) Felda Bukit Tangga telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti golongan wanita di sini. GPW juga mendapat bantuan daripada pihak Felda sebanyak RM1,000 setahun bagi melaksanakan sebarang aktiviti yang ingin dijalankan oleh ahli persatuan. Adanya pergerakan seperti ini, segala aktiviti dapat dijalankan dengan lebih terancang dan kemas untuk menentukan hala tuju dan mencapai sasaran yang ditetapkan dengan lebih sistematik berbanding dengan mula-mula penubuhan felda yang hanya menumpukan pada perladangan getah. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, gotong-royong, kelas agama, kraf tangan, pertandingan bersenam anjuran bersama Kelab Warga Emas dan lain-lain. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah secara berjadual sama ada mingguan ataupun bulanan. GPW Felda Bukit Tangga juga mengadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan melalui Klinik Kesihatan Felda Bukit Tangga. Aktiviti ini dijalankan untuk memastikan masyarakat Felda terhindar daripada pelbagai masalah kesihatan dan hidup dalam keadaan aman serta selesa dengan persakitaran yang bersih. Pemeri sasan k kesihatan secara berjadual atau berskala adalah penting terutamanya bagi golongan kanak kanak dan warga emas kerana golongan ini mudah untuk dijangkiti penyakit.

4.1.2 Kemudahan untuk golongan belia Bagi penduduk yang aktif bersukan, di Felda Bukit Tangga terdapat pelbagai kemudahan untuk tujuan riadah untuk golongan belia dan untuk semua peringkat umur. Antaranya ialah gelanggang futsal, badminton dan padang bola sepak dibina di sini. Semasa mula-mula felda ini dibuka, ia hanya menyediakan kemudahan asas iaitu sekolah, klinik serta rumah kepada peneroka. Dengan bertambahnya kemudahan sebegini sedikit sebanyak dapat

mengurangkan masalah sosial di kalangan belia-belia Felda kerana masa lapang mereka di isi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Penyelenggaraan tempat-tempat riadah di sini dilakukan sendiri oleh para belia secara bergotong royong. Pihak kerajaan dengan kerjasama JKKR dan agensi-agensi lain sentiasa berusaha keras untuk melahirkan belia beraspirasi sekali gus menyediakan pemimpin masa hadapan. Persatuan Belia Felda Bukit Tangga yang berada di bawah naungan Pergerakan Belia 4 Bersatu (4B) amat bergiat aktif. Pelbagai kegiatan telah dijalankan oleh persatuan ini. Antaranya pertandingan karaoke, seminar kerjaya, bergotong royong, sukaneka, sukan rakyat, kempen membaca, kursus keusahawanan, program bersama pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dan lain-lain.

4.1.3 Aktiviti Pertanian di felda Sektor pertanian juga telah diberi keutamaan untuk masyarakat di felda demi kesejahteraan masyarakat felda itu sendiri. Keseluruhan peneroka di Felda Bukit Tangga mengusahakan tanaman getah sebagai tanaman utama. Hasil getah seperti susu getah atau reja getah dijual kepada pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Kebiasaannya penoreh akan menoreh selama dua hingga tiga minggu sebelum getah beku yang dihasilkan dijual. Kini, para peneroka juga telah mencari alternatif lain untuk menambahkan pendapatan mereka iaitu selain mengusahakan penanaman getah penduduk kampung juga turut menjalankan tanaman sampingan lain seperti penanaman sayur, buah dokong, ubi kayu dan sebagainya dimana tanaman tersebut ditanam di kawasan sekitar rumah mereka seluas 10 ekar ladang seorang.

4.1.4 Pendapatan Peneroka Jika kita lihat pada awal penubuhan Felda Bukit Tangga suatu masa dahulu, purata pendapatan peneroka hanya bergantung harap pada penghasilan susu getah serta harga komoditi getah dunia serta bergantung kepada sumber bantuan dari pihak kerajaan dan pihak berwajib semata-mata yang hanya memperoleh iaitu kira-kira RM1500 sahaja. Namun pada hari ini, jika kita mati bersama, mereka telah tahu untuk menggarapkan ekonomi meraka agar mereka mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat Bandar. Fikiran peneroka lebih terbuka dengan menjalankan aktiviti lain selain menorah getah iaitu dengan mengeksploitasi tanah yang terbiar di belakang rumah mereka seperti menanam sayursayuran, buah-buahan serta menjalankan perniagaan runcit dan lain-lain menyebabkan purata pendapatan peneroka kini lebih banyak untuk menyara keluarga yang mencecah lebih dari RM2500 bagi seorang peneroka. Peneroka Felda Bukit Tangga kini dilihat sudah mampu merancang dan melaksanakan sesuatu yang dapat menaikkan taraf kehi upan mereka dari d sudut ekonomi.

4.2 Kesan positif dan negatif yang berlaku di kampong tersebut hasil perubahan yang berlaku (kesan positif) 4.2.1 Meningkatkan taraf hidup masyarakat Pelbagai program yang dijalankan oleh JKKK dengan kejasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat felda terutamanya. Antara program yang dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan.Pemeriksasan kesihatan secara berjadual atau berskala adalah penting terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan warga emas kerana golongan ini mudah untuk dijangkiti penyakit. Selain itu, program kemasyarakatan yang dijalankan di felda ini juga sedikit sebanyak meningkatkan taraf hidup masyarakat felda. Hal ini kerana, kebersihan di sekeliling felda amat dititikberatkan oleh setiap komuniti itu supaya komuniti terhindar daripada penyakit yang berbahaya. Antara program yang dijalankan ialah gotong royong pembersihan kawasan dan sebagainya. Program ini tidak berjalan sekiranya setiap komuniti tidak bersatu bagi memperhidupkan program tersebut.

4.2 .2 Meningkatkan ekonomi masyarakat Bagi meningkatkan ekonomi masyarakat di felda, setiap peneroka diberikan tanah 10 ekar tanah untuk mereka mendapatkan hasil dari tanah yang diberikan itu. Hal ini akan memberikan mereka mempunyai pekerjaan yang tetap, ini sedikit sebanyak meningkatkan taraf ekomoni masyarakat tersebut. Aktiviti ekonomi masyarakat felda semuanya tertumpu hasil daripada penorehan getah tersebut namun segelintir masyarakat felda sudah menjalankan aktiviti sampingan mereka seperti penanaman nenas, kraf tangan, dan sebagainya. Hal ini akan meningkatkan pendapatan masyarakat tersebut dan seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk. Apabila semua penduduk felda bekerja maka pendapatan penduduk tersebut meningkat yang membolehkan mereka hidup dalam keadaan yang selesa dan aman.

4.2.3 Meningkatkan taraf sosial masyarakat Pendidikan yang ada di felda sedikit sebanyak meningkatkan taraf sosial masyarakt tersebut, ini kerana pendidikan di felda amat dititikberatkan oleh penduduk setempat. Sistem pembelajaran di sekolah tersebut sama dengan pembelajaran di sekolah bandar, hal ini tidak perlu dipertikaikan lagi oleh sesetengah pihak yang menyatakan sekolah luar bandar sukatan tidak sama dengan sekolah di bandar. Pelbagai skim dan program yang disusun untuk meningkatkan taraf hidup sosial masyrakat di felda ini, antaranya ialah skim tuisyen felda (STF), Program latihan kemahiran, dan banyak lagi. Penggunaan ICT di kalangan belia felda iaitu dengan menubuhkan pusat jalur lebar serta memberikan seorang sebuah netbook 1 Malaysia kepada peneroka merupakan satu cara bagi melahirkan masyarakat Felda Bukit Tangga ini celik ICT dan mampu menggunakan teknologi tersebut dengan baik.

4.2.4 mengeratkatkan hubungan silaturahim antara peneroka Konsep bersatu kita teguh bercerai kita roboh yang ada dalam sanubari masyarakat Felda Bukit Tangga ini sangat tinggi, hubungan silaturahim antara peneroka sangat dititikberatkan supaya masalah yang dihadapi akan diselesaikan bersama walaupun ma salah yang dihadapi adalah kecil. Demi kesejahteraan masyarakat, JKKR Felda Bukit Tangga telah menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga untuk memantau keselamatan kawasan felda. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membuat rondaan pada waktu malam secara bergilir secara sukarela. Rondaan sering dijalankan menyebabkan kegiatan jenayah-jenayah seperti pecah rumah, samun dan lain-lain dapat dikurangkan. Pihak Rukun Tetangga juga bekerjasama dengan pihak berkuasa demi membendung kejadian jenayah atau kegiatan tidak bermora l dikawasan felda. Selain itu, amalan gotong-royong sedikit sebanyak meningkatkan dan

mengeratkan silaturahim masyarakat peneroka, antara aktiviti yang dijalankan seperti pembersihan kawasan sekeliling dan lain-lain.

4.2.5 Dapat mengurangkan masalah sosial Keselamatan dalam felda memang dititikberatkan oleh anak tempatan felda itu sendiri yang beria-ia ingin melihat penduduk kawasan felda hidup sejahtera seperti masyarakat lain. Hasrat dan usaha ini turut dibantu oleh kerajaan demi melihat struktur serta rancangan itu berjaya. Sebagai contoh di Felda Bukit Tangga, dari aspek keselamatan ternyata sememangnya dipandang serius apabila wujudnya pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang turut bersama-sama pihak polis menjaga dan memastikan keamanan di Felda Bukit Tangga terjamin. Ikatan Relawan rakyat ini terdiri daripada golongan tua dan remaja yang sukerela menjaga kawasan Felda Bukit Tangga. Rondaan oleh kedua-dua pihak yang sering dilakukan menyebabkan kegiatan jenayah yang berlaku di Felda Bukit Tangga berada di tahap minimum. Hasilnya, penduduk kampung dapat hidup dengan selesa tanpa perlu bimbang akan keselamatan mereka. Di Felda bukit tangga telah membuat peraturan iaitu sesiapa tidak dibenarkan merayau-rayau selepas pukul 12 pagi khususnya bagi golongan muda. Gejala lepak juga di bendung bagi mengelakkan sebarang jenayah dalam kalangan remaja berlaku.(sumber:http://telecentre.my/).

(kesan negatif ) 4.2.6 Peningkatkan masalah gejala sosial Di Felda Bukit Tangga masalah ini memang ditikberatkan, hal ini kerana golongan remaja adalah pemimpin pada masa hadapan. Pelbagai cara dan usaha dijalankan untuk mengatasi masalah ini tapi antara usaha ini hanya sia-sia saja. Kemewahan yang diberi oleh keluarga supaya melayari liku-liku kehidupan sangat mendukacitakan, kesibukan ibu bapa iaitu peneroka dalam mencari rezeki telah menyebabkan kebajikan kasih-sayang kepada anakanak terabai menyebabkan anak-anak mereka mencari kehidupan sendiri denagn merokok, ponteng sekolah dan sebagainya. Keadaan ini juga berlaku kerana anak-anak menggangganp mereka sudah mempunyai kewangan yang kukuh kerana peneroka mendapat pnjaman daripada kerajaan, dengan ini mereka fikir mereka juaga odak perlu lagi mencari ilmu. Ju steru itu, semua pihak haruslah bersatu tenaga bagi membendung gejala ini supaya masa depan yang kita inginkan tidak akan musnah bergitu sahaja.

4.2.7 Kemerosotan kualiti alam sekitar Pembangunan di Felda Bukit Tangga yang semakin maju menyebabkan kemorosotan alam sekitarnya, ini kerana penebangan pokok dan pembinaan rumah-rumah untuk dijadikan tempat penginapan untuk peneroka untuk berteduh dan berehat. Penebangan pokok bukan sahaja memusnahkan alam tetapi menyebabkan suhu sekitarnya akan meningkat seterus akan mengancam ekosistem hutan. Selain itu, flora dan fauna yang ada di hutan tersebut turut musnah. Peningkatan suhu di sekitar Felda Bukit Tangga kini semakin terasa bahangnya berbanding dulu kerana kurang berlaku penebangan pokok. Justeru, semua pihak harus bertindak segera bagi mengatasi masalah ini supaya kemorosotan kualiti alam sekitar tidak musnah begitu sahaja.

4.2.8 Masalah pengangguran Struktur penduduk berubah disebabkan oleh pemindahan komuniti lain ke sekitar Felda Bukit Tangga tersebut seperti pembukaan ladang disekitar felda ini oleh MARDI akan menyebabkan persaingan yang kuat untuk mendapatkan pekerjaan antara komuniti tersebut. Selain itu, sikap anak-anak peneroka tidak ambil tahu dalam mencari pekerjaan untuk menyara diri sendiri sangat mendukacitakan, ini kerana kemewahan yang mereka pe rolehi dari kekayaan ibu bapa membuatkan remaja ini terus hanyut melayari aktiviti harian mereka tanpa mencari duit. Hampir 90% lebih mendapati setiap rumah mempunyai kereta, motosikal yang memudahkan penjalanan mereka. Justeru, semua ahli komuniti tidak harus memberi muka kepada anak-anak dan jangan terlalu ikuti cakap anak-anak, ini memyebabkan mereka akan menjadi malas. Kita harus membendung gejala pengangguran dalam kalangan remaja pada masa kini agar masalah ini akan berkurangan.

4.2.9 Kemudahan yang tidak mencukupi Kemudahan yang ada di Felda Bukit Tangga masih tidak mencukupi sedikit sebanyak menyebabkan penghubugan antara kawasan lain sukar dijalankan. kemudahan seperti jalan raya yang baik, pengangkutan yang cekap dan kemudahan internet amat diinginkan oleh penduduk Felda Bukit Tangga. Contohnya, jalan raya dari Universiti Utara Malaysia (UUM) ke Felda Bukit Tangga masih ada pemukaan yang berlubang dan tidak rata akan meyebabkan kemalagan yang tidak diduga yang boleh meragut nyawa penduduk tersebut. Selain itu, pengangkutan bas awam juga tiada langsung sejak beberapa tahun baru-baru ini akibat dari perubahan kemajuan penduduk felda yang rata-rata telah mempunyai kenderaan sendiri. Tetapi masih ada juga segelintir masyarakat felda ini yang masih mengharapkan pengangkutan awam untuk bergerak atau ke pekan. Oleh itu pengangkutan bas harus disediakan di Felda Bukit Tangga. Selain itu, sistem komunikasi di felda adalah

mendukacitakan. Pada masa kini penggunaan internet dan 3G amat meluas di serata tempat tetapi kemudahan ini tidak ada di felda tersebut. Mungkin kerana kedudukan felda ini agak jauh ataupun segelimtir pihar tidak ambil peduli tentang semua ini kerana bagi mereka hanya membuangkan masa.

4.2.10 Pengurusan tidak cekap Antara kesan negatif lain ialah kaedah pengurusan yang tidak cekap hal ini akan menyebabkan masalah akan dihadapi oleh masyarakat setempat itu. Ada yang sesetengah pihak pengurusan yang mengambil rasuah, penyelewengan kuasa dan lain-lain lagi. Ingin hidup mewah dan selesa mereka mengunakan cara kotor untuk mencapai cita-cita mereka tersebut. Contohnya, pemberian bantuan seperti baja tidak sampai ke tangan pihak peneroka, ini akan menambahkan lagi tekanan peneroka berkenaan. Penyalahgunaan wang oleh pihakpihak atasan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk diberikan kepada peneroka memberi impak yang negatif kepada penduduk terutamanya. Pandangan peneroka juga berlainan yang menganggap pengurusan di Felda Bukit Tangga adalah sangat negatif ini kerana bagi mereka pengurusan yang baik akan mengeratkan hubungan mereka dengan pihak atasan. Oleh itu, semua pihak harus berkerjasama antara satu sama lain bagi mengatasi masalah pengurusan yang tidak cekap ini dengan lebih efisyen supaya semua penduduk senang dan gembira.

4.3 Pengalaman kehidupan

Jika dibandingkan sekolah pada masa dahulu dan masa kini sangat berbeza. Untuk melengkapkan kajian mengenai perubahan yang berlaku di Felda Bukit Tangga dari segi pendidikan yang dibicarakan dari hati ke hati, kami telah menemubual seorang responden iaitu salah seorang peneroka disini yang bernama Haji Zakaria Haji Hasan yang berumur 69 tahun. Katanya, beliau sangat bersyukur pada masa kini taraf pendidikan di sekolah sangat baik berbanding pada masa dulu dan beliau berhasrat supaya generasi pada masa kini meneruskan perjuangan untuk mencari ilmu kerana ilmu ibarat pelita kehidupan. Pada masa dahulu kehidupan sangat susah, bagi sesetengah penduduk tidak sanggup menghantar anakanak mereka ke sekolah kerana pendapatan mereka diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana pendapatan mereka hanya bergantung harap pada hasil susu getah sahaja. Kesusahan yang dialami mereka membuatkan mereka kurang berminat dengan pendidikan sekolah namun kini, pihak kerajaan telah menyediakan buku teks kepada semua pelajar.. Selain itu, Prasarana di sekolah pada masa dulu sangat menyedihkan berbanding pada masa kini. Pada masa dahulu sekolah hanyalah beratapkan daun rumbia dan tiang diperbuat daripada dahan-dahan kayu yang kuat seperti pokok cenggal dan lain-lain lagi. Selain itu, sistem pembelajaran berbeza pada masa kini, pada masa kini pengunaan buku dan internet sangat meluas tetapi pada masa dahulu penduduk yang ingin belajar diberikan papan dan sebatang kapur sahaja. Mereka terpaksa memadamkan apa yang ditulisnya setelah selesai sesi pembelajaran pada hari itu untuk digunakan pula dalam sesi pembelajaran yang lain. Begitulah sakit pedih yang dilalui pada zamannya dahulu. Kami berasa bersyukur kerana anak-anak yang dilahirkan pada masa kini sangat bertuah kerana dapat mengguanakn kemudahan telah disediakan yang lebih baik berbanding pada masa dahulu. Menurutnya lagi, kemudahan jalan raya, pengangkutan bas, dan sebagainya tidak ada

pada masa dahulu yang ada pun hanya basikal ataupun berjalan kaki untuk ke sekolah berbandinag pada masa kini hampir 90% lebih penduduk di Felda Bukit Tangga memiliki kenderaan sendiri seperti motokar mahupun motosikal. Disamping itu, beliau menyatakan bahawa pada masa dahulu tiada skim-skim atau bantuaan-bantuan yang disediakan. Pendidikan di sekolah atas tanggungan ibu bapa itu sendiri hal ini kerana pada masa dahulu tiada orang yang ingin menderma atau menyumbangkan kepada sistem pendidikan di felda tersebut. Pada masa kini, bantuan pendidikan yang disalurkan oleh kerajaan kepada masyarakat di felda ialah bantuan pendidikan ditawarkan kepada pelajar-pelajar di felda. Antara bantuan pendidikan yang diberikan kepada mereka adalah seperti Tabung Pinjaman Pelajaran Tinggi Anak-anak peneroka, Dana Khas pelajar cemerlang ke luar negara, geran bantuan kemasukan pelajar ke IPTA/IPTS di dalam negeri.

Akhir sekali, menurut beliau lagi, pada masa dulu tiada aktiviti berteraskan kepada pendidikan dan pembelajaran berbanding pada masa kini. Dengan adanya kerjasama bersepadu dari kalangan penduduk felda dan masyarakat, aktiviti-aktiviti seperti motivasi pelajar dan ibu bapa, seminar dan bengkel menghadapi peperiksaan, teknik belajar, bengkel kaedah pembelajaran anak-anak kepada ibu bapa dan pelbagai program pembentukan keyakinan diri pelajar telah dilaksanakan. Turut dilaksanakan Seminar Pendidikan kepada pemimpin-pemimpin peneroka, biro pendidikan dan belia di rancangan sebagai badan penggerak dan pendorong kepada kecemerlangan pendidikan anak-anak warga felda bagi melahirkan pemimpin-pemimpin dari kalangan warga peneroka yang mampu memberi perubahan dalam bidang pendidikan kepada anak-anak felda mereka sendiri. Sebagai memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak peneroka setanding dengan pelajar bandar, Skim Tuisyen Felda (STF) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah disediakan. Ia mula diperkenalkan pada Ogos 2004 dan dilaksanakan kepada pelajar -pelajar

yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Skim tuisyen ini dilaksanakan dengan tujuan membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kemudahan diberi kepada pelajar tahun tiga dan empat di sekolah rendah serta pelajar tingkatan satu dan dua di sekolah menengah. Pelajar-pelajar yang berpotensi akan dipilih untuk mengikuti kelas yang disediakan. Beliau mengakhiri pembincangan kami dengan berhasrat supaya masyarakat dan anak -anak peneroka untuk mencari ilmu walaupun sejauh manapun supaya kehipupan kita tidak lagi ditindas oleh orang yang berkuasa. (http://www.friendsreunited.co.uk/School.page/Felda_Bukit_Tangga/770351/Details ).

5.0 KESIMPULAN Peranan felda adalah penting dalam mewujudkan sebuah organisasi yang mantap dari pelbagai aspek dan menjadikan penduduk felda sebagai pemangkin kepada pembangunan felda itu sendiri dan seterus memberi impak kepada negara. Usaha merealisasikan pembangunan di kalangan masyarakat felda perlu dilakukan dengan strategi dan perancangan yang lebih teratur. Masayarakat felda berpeluang mendapatkan manfaat hasil daripada pembangunan yang dirancang khususnya peluang ekonomi, peluang untuk mendapatkan pendidikan, peluang mendapatkan pinjaman dan kemudahan prasarana. Sebagai sebuah agensi pembangunan tanah yang berjaya, pembangunan manusia terutamanya peneroka juga menjadi matlamat utama felda. Program khusus disusun dan dilaksanakan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kualiti hidup masyarakat rancangan felda. Masyarakat peneroka yang berdaya maju memerlukan pemimpin yang dinamik. Dari segi strukturnya kepimpinan peneroka di Rancangan dan Wilayah adalah teratur. Kepimpinan peneroka digerakkan melalui penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Institusi ini melalui proses pemilihan yang demokratik dan dijalankan dalam suasana yang muhibbah melalui musyarawah. Pembangunan komuniti adalah merujuk kepada usaha meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan serta kualiti hidup setempat. Usaha ini boleh dilaksanakan oleh komuniti sendiri atau komuniti bersama-sama dengan agen-agen pembangunan, pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan. Pembangunan komuniti sebagai satu strategi pembangunan negara yang telah menghasilkan kejayaan, khususnya dalam program-program terancang. Kejayaan

pembangunan komuniti ini banyak bergantung kepada penyertaan komuniti itu sendiri, di samping pendekatan-pendekatan sesuai yang dipraktikkan oleh pengamal-pengamal pembangunan komuniti.

Perkongsian pengalaman di peringkat lapangan dapat menbantu kecekapan perancangan dan melaksanakan program -program pembangunan komuniti. Ini juga menampakkan keperluan-keperluan pendidikan dan latihan khusus untuk melahirkan pekerjapekerja pembangunan komuniti yang mahir dan terlatih. Ini selaras dengan cabaran-cabaran yang telah dinyatakan di dalam wawasan 2020 dan juga sebagai cabaran dalam era globalisasi. Pelaksanaan projek pembangunan komuniti untuk masyarakat felda anjuran kerajaan memerlukan penglibatan yang menyeluruh daripada masyarakat. Penglibatan di sini merujuk kepada suatu tahap yang mana setiap kategori sosial dalam masyarakat mendapat dan menggunakan peluang untuk mengambil bahagian dalam empat bentuk penglibatan. Bentukbentuk penglibatan tersebut ialah membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian projek. Secara keseluruhannya, penglibatan masyarakat dalam projek pembangnan komuniti yang dilaksanakan tidak berlaku seperti yang diharapkan. Penglibatan masyarakat tidak memenuhi makna sebenar penglibatan, iaitu penglibatan yang tinggi dalam membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian projek. Dalam semua bentuk penglibatan dalam projek pembangunan komuniti yang dilaksanakan, tahap penglibatan masyarakat hanya berada pada tahap sederhana sahaja. Namun demikian, secara keseluruhan projek pembangunan komuniti yang dilaksanakan ini telah berjaya membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat desa dalam bidang sosial dan ekonomi. Keadaan ini dapat dilihat melalui peningkatan pendapatan masyarakat, kemudahan infrastruktur, hubungan masyarakat, pendidikan anak-anak, sikap dan kebajikan anggota masyarakat.

6.0 RUJUKAN

1) Dani Salleh. (2004). Pembangunan Komuniti: Dasar, Konsep, Strategi dan Isu Di Malaysia. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. 2) Mohd Razali Agus, & Yahaya Ibrahim. (2003). Penilaian Dampak Sosial. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd. 3) Robert E.Baldwin,1986,Pembangunan dan Pertumbuhan Ekonomi,PT BINA

AKSARA JAKARTA. 4) Zaheruddin Othman,2005,Pengantar Teori Pembangunan Dunia Ketiga,Perpustakaan Negara Malaysia.

Sumber Internet Malaysia. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Tingkat Peranan Bangunkan Masyarakat. (2010). 20 Feb 2010 <http://www.felda.net.my/feldav2/bm/home/1-latest-

news/413-tingkat-peranan-bangunkan-masyarakat->

Laman Web Felda. Pembangunan Masayarakat. 20 Feb 2010. <http://www.felda.net.my/info/pembangunan_masyarakat.htm >

Lembaga Kemajuan Tanah. Pembangunan Wanita & Keluarga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. 22 Feb 2010. < http://www.felda.net.my/felda/settler_pbgn.asp >

Bernama.com. Konsep Felda Moden Perkasakan Lagi Felda, Kata Najib. 17 Disember, 2008 17:39 PM. 22 Feb 2010. <http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=378961 >

7.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai