Anda di halaman 1dari 40

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

ISI KANDUNGAN

Perkara

Muka surat

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0

Pengenalan Perbelanjaan Pendidikan Jumlah Murid Keciciran Buta Huruf Masalah Pendidikan Penutup Rujukan Lampiran

3 4 11 13 28 33 37 38

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

1.0

PENGENALAN

Abad ke-21 akan mengalami perkembangan pesat dan makin mencabar dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan ini berlaku di seluruh dunia tidak kira sama ada di negara maju atau negara sedang membangun. Bidang pendidikan sangat penting dan mesti berupaya melahirkan pelajar yang kreatif yang mampu menyelesaikan masalah dan boleh berfikir secara kritis. Ini memberi gambaran bahawa pendidikan tidak lagi berkisar dengan hanya memberikan pengetahuan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, sebaliknya mestilah boleh melahirkan orang yang berilmu pengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran di abad ini. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam falsafah pendidikan iaitu Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (http://upu.mohe.gov.my/).

Pendidikan dianggap penting memandangkan ia menjadi teras kepada pembangunan sesebuah negara di mana kegagalan dalam menyediakan pendidikan dan ilmu akan menyebabkan kumpulan rakyat yang tercicir dan sekali gus akan membawa impak kepada pembangunan negara. Hal ini mengambil kira pelbagai isu seperti perbelanjaan, jumlah murid, keciciran, buta huruf, serta masalah pendidikan di peringkat sekolah rendah, menegah dan pendidikan tinggi. 2

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

2.0

PERBELANJAAN PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan aspek penting dalam kualiti hidup dan memberi sumbangan besar kepada pengurangan kemiskinan dan ketidaksamaan masyarakat. Tahap pendidikan yang lebih baik mendatangkan kesan positif ke atas aspek lain seperti kesihatan, pekerjaan, alam dan kekeluargaan. Oleh hal demikian, kerajaan memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan pembangunan kepada pendidikan. Berikutan kajian daripada Bank Dunia tentang agihan pendidikan atau ekuiti dalam tempoh 25 tahun iaitu dari tahun 1970 hingga 1995 menunjukkan bahawa terdapat pertalian yang signifikan antara pelaburan dalam modal insan menerusi pendidikan dengan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi. Berikut dalam Jadual 1 adalah Indeks Gini yang dihasilkan :

Jadual 1 : Perbandingan Indeks Gini Pendidikan

Negara / Tahun Brazil China India Korea Selatan Mexico Malaysia Filipina Thailand Venezuela

1970 0.313 0.450 0.370 0.439 0.420 0.445 0.368 0.378 0.425

1975 0.367 0.452 0.394 0.382 0.415 0.439 0.320 0.369 0.426

1980 0.373 0.447 0.363 0.351 0.428 0.426 0.314 0.268 0.351

1985 0.369 0.442 0.393 0.269 0.410 0.413 0.313 0.322 0.350

1990 0.334 0.411 0.422 0.242 0.365 0.398 0.309 0.348 0.347

1995* 0.260 0.379 0.452 0.189 0.320 0.383 0.305 0.370 0.345

(Sumber: Policy Research Working Paper no. 2031, 2003: World Bank)

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Indeks Gini digunakan untuk mengukur agihan pendidikan (distribution of education). Ia akan menggambarkan jurang akses pendidikan dalam sesebuah sistem pendidikan di dunia sedang membangun. Jika indeksnya menghampiri sifar, ia menunjukkan jurang agihan pendidikan hampir berlaku. Sebaliknya jika menjauhi sifar sehingga maksimum satu, menunjukkan agihan pendidikan semakin melebar. Merujuk jadual di atas, Korea Selatan menunjukkan perubahan paling signifikan. Indeks Gini Pendidikan sebanyak 0.439 pada tahun 1970 berjaya dikurangkan menjadi 0.189 pada tahun 1995. Pada 1990, akses pengajian tingginya adalah setanding dengan negara maju, iaitu sebanyak 40%. Pelaburan yang begitu besar dalam pendidikan bagi membangunkan modal insan ini membolehkan Korea Selatan memacu pertumbuhan ekonominya melalui industri berat dan berteknologi tinggi.

Walaupun China menunjukkan peningkatan yang agak perlahan, negara tersebut telah mula membuat pelaburan besar dalam pendidikan sejak 1950 dan berjaya mencatat peningkatan pendapatan per kapita yang berterusan. Sejumlah 170 juta daripada 270 penduduk yang berada di bawah paras kemiskinan mutlak telah berjaya dikeluarkan. China mencatat kadar pertumbuhan purata 9.3%, berbanding dengan inflasi sebanyak 6.9%. Kombinasi dasar reformasi pendidikan dan ekonomi yang lebih terbuka memungkinkan permintaan terhadap pendidikan meningkat dan dengan sendirinya Indeks Gini Pendidikan berjaya dikurangkan.

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Jadual 2 : Peratus Perbelanjaan Pendidikan tahun 2000 dan 2005 antara Negara

Perbelanjaan Awam Pada Pendidikan (%) Oleh Kerajaan

Perbelanjaan Awam Pada Pendidikan (%) Oleh KDNK

Perbelanjaan Awam Pada Pendidikan Institusi dan Pendidikan Pentadbiran (%) Daripada KDNK (2005) Sekolah Menengah,

Negara Lepasan Menengah Pra Sekolah 2000 2005 2000 2005 Rendah Rendah Tinggi Bukan Rendah Sekolah dan Pengajian

Indonesia

9.80+

9.03**

1.36

0.96

...

0.30

0.40

Malaysia

26.65

25.21

6.20

6.24

0.10

1.80

2.20

Filipina

13.95

16.35

3.49

2.71

...

1.30

0.70

Sumber : UIS Data Centre, February 2008. (http://unesdoc.unesco.org/). Nota : ... data tidak diperoleh. ** anggaran UIS. + merujuk perbelanjaan sekolah mengikut tahun (tempoh) atau selepas tempoh tahun di rujuk. merujuk perbelanjaan sekolah mengikut tahun (tempoh) atau sebelum tempoh tahun di rujuk.

Berdasarkan Jadual 2 di atas, didapati terdapat pelbagai corak dalam trend perbelanjaan untuk pendidikan di Asia Tenggara. Di negara Indonesia peratusan perbelanjaan awam untuk pendidikan oleh kerajaan menurun daripada 9.80% tahun 2000 kepada 9.03% tahun 2005. Peratusan KDNK pula juga menurun daripada 1.36% kepada 0.96% tahun 2005. Indonesia telah banyak menghabiskan perbelanjaan sebanyak 20% daripada Bajet Negaranya 5

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

kepada pendidikan menjelang tahun 2009 sebagaimana yang telah dimandatkan oleh Perlembagaan Negeri. Bagi perbelanjaan pendidikan di Indonesia (2006) mencerminkan kerajaan banyak memberi keutamaan kepada pendidikan asas sebanyak 1.25%, 29.9% bagi pendidikan rendah dan 11.76% pendidikan menengah, 5.20% bagi pendidikan tertiari dan 2.45% bagi pendidikan tidak formal.

Malaysia pula yang mempunyai ekonomi yang mantap dalam kalangan ketiga-ketiga negara, bertujuan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Antara strategi Malaysia adalah untuk meningkatkan perbelanjaan dalam pendidikan yang mana pendidikan akan menjadi sebahagian sektor terbesar peratusan daripada jumlah perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan awam terhadap pendidikan adalah 26.65% tahun 2000 menurun sedikit kepada 25.21% tahun 2005. Peratusan KDNK pula adalah 6.20% tahun 2000 meningkat kepada 6.24% tahun 2005.

Selain itu, Filipina pula menunjukkan peningkatan dalam perbelanjaan untuk pendidikan oleh kerajaan daripada 13.95% tahun 2000 kepada 16.35% tahun 2004. Peratusan KDNK bagaimanapun menurun daripada 3.49% kepada 2.71% pada tempoh yang sama. Pendidikan rendah telah menerima sebahagian besar daripada Bajet seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di atas pada tahun 2005 perbelanjaan pendidikan. Sebanyak 0.033% untuk pra rendah, 59.3% bagi pendidikan rendah, 24.9% pendidikan menengah, 0.024% bagi sistem perbelanjaan alternatif termasuk pendidikan tidak formal dan 1.18% untuk Vokasional Teknikal serta 13.4% untuk Pengajian Tinggi. Oleh itu, selaras dengan kedua-dua penunjuk pertama, perbelanjaan awal ke atas institusi pendidikan dan pendidikan pentadbiran sebagai sebahagian daripada KDNK menunjukkan bahawa Malaysia telah mencatat peratusan tertinggi perbelanjaan di peringkat pengajian tinggi bukan rendah, menengah dan selepas menengah diikuti oleh Filipina dan Indonesia.

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Pembentukan modal insan ialah proses memperoleh dan meningkatkan bilangan individu yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang merupakan keperluan dalam proses pembangunan ekonomi. Modal insan merupakan unsur terpenting dalam pembangunan sumber manusia bagi menghadapi krisis dan berdaya saing. Individu berpendidikan berupaya mengembangkan visi tentang kehidupan yang maju, membina sikap serta produktif dan responsif terhadap penguasaan teknologi terkini.

Manusia memerah otak untuk memperoleh dan mencerna ilmu pengetahuan. Tangan manusia pula membolehkan pengetahuan tersebut dipindahkan dalam bentuk praktikal melalui penciptaan inovasi-inovasi baru. Pendidikan mencetus kreativiti, menjana pengetahuan dan kemudian diaplikasikan secara praktikal. Justeru, negara-negara di dunia ketiga masing-masing berlumba-lumba untuk melakukan pelaburan dalam pembangunan pendidikan bagi melahirkan modal insan yang mampu memajukan negara mereka sekali gus membolehkan mereka bersaing dengan negara-negara maju.

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Shahril (2001) menyarankan tiga jenis faedah pelaburan pendidikan seperti dalam jadual berikut:

Faedah Langsung Meningkatkan pekerja Meningkatkan produktiviti pekerja Mobiliti pekerja bertambah Penciptaan inovasi baru Pekerja dieksport terlatih boleh pendapatan

Faedah Tidak Langsung Membasmi buta huruf Taraf meningkat kesihatan

Faedah Luaran Agihan sama rata Negara stabil Demokrasi negara terpelihara pendapatan lebih

2.1

Contoh Negara Dunia Ketiga Malaysia

Dalam pembentangan Bajet 2012, kerajaan telah menyediakan beberapa peruntukkan untuk sektor pendidikan. Pendidikan merupakan salah satu sektor yang mendapat perhatian dan peruntukkan tinggi semasa belanjawan. Insentif seperti baucar buku, persekolahan percuma dan penyusunan semula terma gaji guru merupakan satu usaha untuk memperkemaskan skim perkhidmatan bagi menyediakan pendidikan di tahap yang terbaik. Peruntukkan khas bagi memperbaiki bangunan dan premis sekolah yang daif dan tidak mendapat keperluan yang mencukupi juga disediakan oleh kerajaan terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pendalaman.

Dalam pembentangan Bajet 2012, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa pendidikan rendah dan 8

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan secara percuma bermula sesi persekolahan 2012. Langkah ini diambil bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosio-ekonomi berpeluang ke masa hadapan yang lebih baik selain memastikan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pemansuhan yuran persekolahan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta di mana dalam Belanjawan 2012, sektor pendidikan diperuntukkan sebanyak RM50.2 bilion berbanding pada tahun 2006 yang hanya RM32 bilion. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia).

Di bawah peruntukkan ini, peruntukkan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Selain itu, peruntukkan tersebut juga digunakan untuk keperluan lain seperti melakukan penambahbaikan dan penyelenggaraan untuk tujuan membaik pulih bangunan sekolah, membeli peralatan dan membina blok tambahan.

2.2

Indonesia

Sekolah swasta memainkan peranan sangat penting dalam program pendidikan asas sembilan tahun khususnya. Sehingga bulan Disember 2010 terdapat 31,050,000 pelajar di sekolah rendah dan 12,690,000 junior pelajar sekolah tinggi di Indonesia. Oleh itu, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dalam bentuk dana operasi sekolah, bilik darjah atau makmal serta menghantar beberapa orang guru di sekolah awam untuk mengajar di sekolah-sekolah swasta yang memerlukan lebih banyak guru yang berkualiti. Selain itu, di bawah dana amanah kerajaan telah memperuntukkan Rp 2 trilion bagi tahun 2010 untuk meningkatkan bilangan

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

profesor serta membiayai program lepasan ijazah atau kedoktoran selepas penyelidikan bagi pensyarah, kata Muhammad Nuh. (http://www.thejakartapost.com/).

3.0

JUMLAH MURID

Jumlah murid di negara membangun adalah berbeza bagi setiap negara. Hal ini disebabkan perbezaan dasar pendidikan negara masing-masing khususnya peranan kementerian pendidikan di setiap negara dunia ketiga. Sebagai contoh, berdasarkan Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa statistik jumlah terkini murid di Malaysia pada tahun 2012 adalah seramai 5,272,478 orang yang meliputi jumlah murid prasekolah sebanyak 186,298 orang murid manakala jumlah murid di peringkat sekolah rendah pula adalah sebanyak 2,804,405 orang murid dan jumlah murid di peringkat pendidikan menengah pula sebanyak 2,281,775 orang murid. (http://www.moe.gov.my/). Selain itu, didapati bahawa jumlah murid bagi negara dunia ketiga yang lain seperti Indonesia mempunyai bilangan murid yang mengalami masalah kemiskinan dalam mendapatkan bantuan pendidikan adalah sebanyak 4.4 %. Manakala di negara India pula menunjukkan bahawa jumlah murid yang mengalami kemiskinan dalam pendidikan adalah sangat tinggi berbanding Indonesia iaitu sebanyak 23.6%. Hal ini kerana penduduk di India yang sangat ramai sehingga menyebabkan golongan kanak-kanak tercicir dalam pelajaran. Di samping itu juga, kekurangan guru-guru yang berkemahiran antara faktor yang menyebabkan masih ada lagi sebanyak 13.2% kanak-kanak di India yang langsung tidak mendapat pendidikan dan tidak berpeluang ke sekolah. (http://www.unesco.org) Di Filipina pula mencatatkan bahawa jumlah kanak-kanak yang mengalami kemiskinan dalam pelajaran adalah sebanyak 5.0% dan jumlah murid yang langsung tidak ke 10

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

sekolah pula adalah seramai 2.4% iaitu di Davao. Selain daripada itu, jumlah murid di Vietnam yang mengalami kadar kemiskinan pendidikan adalah sebanyak 8.7% dan jumlah murid yang tidak pernah pergi ke sekolah adalah sebanyak 1.7% orang iaitu yang tinggal di sekitar delta sungai Mekong. (http://www.unesco.org) Di Myanmar pula menunjukkan bahawa kadar kemiskinan pendidikan melibatkan sebanyak 25.1% manakala kadar jumlah murid yang tidak pernah ke sekolah adalah sebanyak 9.0% iaitu di sekitar Yakhine, Utara Shan dan Kayin. Di samping itu juga, negara Bangladesh turut menunjukkan sebanyak 27.4% jumlah muridnya mengalami kemiskinan pendidikan dan seramai 10.6% kanak-kanak yang berumur 7-16 tahun di Bangladesh tidak pernah pergi ke sekolah. (http://www.unesco.org). Menurut (Heyneman dan White, 1986) di negara dunia ketiga kebarangkalian jurang dalam pendidikan adalah sangat luas khususnya dalam pengukuran input. Di negara sedang membangun seperti India, Filipina, Myanmar dan lain-lain menunjukkan jumlah murid yang terlalu ramai menyebabkan murid-muridnya terpaksa berkongsi buku teks, ketiadaan meja untuk menulis dan kekurangan papan hitam di dalam kelas. Justeru, jumlah murid yang tidak dapat pendidikan di beberapa buah negara dunia ketiga seperti yang dinyatakan sebenarnya disebabkan faktor kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran menjadi ukuran dalam pendidikan yang sempurna. Oleh hal yang demikian, nisbah antara guru dan jumlah murid menjadi amat ketara saban tahun. Selain itu juga, kepadatan penduduk yang ramai turut mengakibatkan prasarana tidak dapat disediakan kerana memerlukan kos yang sangat tinggi. Pada masa yang sama bahan pengajaran iaitu kelengkapan buku teks turut tiada di negara-negara berkenaan mengakibatkan berlaku jurang yang sangat tinggi dalam pendidikan di kalangan negara dunia ketiga.

11

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

4.0

KECICIRAN Keciciran boleh ditafsirkan dalam pelbagai versi bergantung pada pandangan kita tentang matlamatmatlamat pendidikan dan kedudukan kita sebagai seorang ahli politik, perancang, pendidik dan ibu bapa. Bagi sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat dan Negeri Belanda, mereka menganggap keciciran adalah satu pembaziran. Bagi negara

Malaysia pula melihat keciciran dari dua aspek iaitu keciciran sengaja dan keciciran terpaksa. Keciciran sengaja ialah keciciran yang disebabkan oleh faktor-faktor sosioekonomi, penggerak, rangsangan dan sebagainya, iaitu pelajar-pelajar ini boleh menghadirkan diri ke sekolah tetapi memilih untuk tidak bersekolah atas sebab-sebab tadi. Keciciran terpaksa pula boleh berlaku apabila seseorang pelajar itu gagal dalam peperiksaan dan terpaksa diberhentikan sekolah walaupun dia masih hendak bersekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis keciciran ini mempunyai pertalian yang rapat. Antara lain maksud keciciran ialah keadaan di mana seseorang pelajar tidak dapat menamatkan tempoh persekolahan yang sah kerana beberapa sebab seperti ponteng, gagal menghadiri peperiksaan dan masalah kesihatan. (http://keciciran.edu.my). Keciciran telah berlaku sejak dari tahun 1965 lagi iaitu sebelum merdeka. Masalah keciciran ini semakin berleluasa dari tahun ke tahun disebabkan oleh faktor kemiskinan, keperluan tenaga anak-anak mereka dalam menjalankan kerja-kerja dalam pencarian nafkah untuk keluarga. Selain itu, kegagalan dalam peperiksaan juga adalah salah satu penyebab berlakunya keciciran atas sebab sistem persekolahan yang mempunyai banyak kuota seperti peperiksaan telah banyak menyebabkan pelajar-pelajar tercicir. UNESCO (2001) menetapkan matlamat Pembangunan Pendidikan Millennium Kedua (MDG) bagi memastikan kanak12

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

kanak yang berumur tujuh tahun bersekolah di seluruh dunia pada tahun 2015. Sehingga 2006, didapati terdapat lebih 115 juta pelajar tidak bersekolah manakala lebih 150 juta lagi masih keciciran atau tidak berjaya menamatkan

pengajian di sekolah rendah di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, data kementerian telah mengenal pasti terdapat seramai 125,000 kanak-kanak yang mencapai umur tahun tetapi masih belum berpeluang ke sekolah rendah. (http://www.tutor.com.my/). Walaupun begitu, sistem pendidikan sekarang telah dapat mengurangkan masalah keciciran setelah umur berhenti sekolah dinaikkan dari 15 ke 17 tahun iaitu pelajar-pelajar dibenarkan meneruskan persekolahan selepas Sijil Rendah Pelajaran (SRP) walaupun mereka gagal. Dalam erti kata lain, faktor yang boleh dibetulkan oleh sistem persekolahan dan dasar pelajaran hendaklah diberi perhatian kerana masih terdapat banyak angkubah yang di luar lingkungan ini yang tidak dapat dikawal oleh sistem dan dasar ini.

4.1

Statistik Keciciran

Keciciran adalah suatu agenda sosial yang mendatangkan kesan yang tinggi kepada pembangunan modal insan Negara Malaysia. Perkataan keciciran tiba-tiba menjadi buah mulut dalam setiap perbualan masyarakat sehinggakan isu ini dijadikan seminar dan menjadi antara isu besar yang hangat di dada-dada akhbar. Pelbagai kempen diadakan oleh persatuanpersatuan belia, pertubuhan politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sehingga tercetusnya satu ungkapan yang memilukan iaitu tragedi nasional.

13

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Dalam persidangan Parlimen tahun 1972, Tun Hussein Onn sebagai Menteri Pelajaran ketika itu menegaskan bahawa masalah drop out ini bukanlah di bawah tanggungjawab Kementerian sahaja, bahkan ia adalah tanggungjawab dalam masyarakat kita...

Jadual 3.1 : Jumlah Pelajar Sekolah Rendah yang Tercicir antara tahun 1970 dan 1971 Darjah 1 ke darjah 2 Darjah 2 ke darjah 3 Darjah 3 ke darjah 4 Darjah 4 ke darjah 5 Darjah 5 ke darjah 6 2,163 orang 6,197 orang 6,404 orang 7,414 orang 10,414 orang

Jadual 3.2 : Angka Keciciran dari tahun 1966 hingga 2010 Tahun 1966 1967 1968 1969 1970 1982 2000 2006-2010 Jumlah 56,027 56,788 59,469 67,262 70,885 Suku juta 4% 10.83 %

Didapati jumlah keciciran dalam Jadual 3.1 sangat ketara apabila pelajar dari sekolah rendah untuk memasuki ke tingkatan satu. Antara tahun 1970 dan 1971, telah sebanyak 69,647 orang pelajar yang tercicir dan sekiranya keadaan ini masih berterusan sepanjang lima tahun akan datang, mungkin keciciran boleh mencecah 300,000 pelajar, (Hussein Onn). Hal ini telah terbukti setelah melihat masalah ini makin meruncing apabila jumlah murid yang tidak melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah pada tahun 1982 dalam Jadual 3.2 telah meningkat hampir suku juta orang. Namun, didapati dari tahun 2006 hingga 2010 kira-kira 10.83% keciciran murid di peringkat sekolah rendah menengah yang mengikuti sistem persekolahan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bilangan keciciran pelajar sekolah menengah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 9.42% berbanding sekolah 14

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

rendah kira-kira 1.41% tidak termasuk yang mengikuti di sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan Sekolah Menengah Persendirian serta madrasah kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong. (http://www.malaysiaharmoni.com/). Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan mendapati bahawa jumlah pengangguran di seluruh negara telah meningkat hampir 270 ribu orang serta belia yang menganggur ialah terdiri dari umur lingkungan 15 hingga 25 tahun dan antara sebabnya ialah keciciran. Demikian dinyatakan oleh Sdr. Murad bin Mohd. Nor iaitu Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran pada ketika mengatakan sekiranya ada kelemahan pada sistem pelajaran kita, kita perlu bersedia menerima kelemahan itu dan mengambil langkah yang konkrit bagi memperbaiki segala kelemahan kita. Kadar keciciran pelajar banyak berlaku di kawasan pedalaman serta kawasan Orang Asli, tahap penguasaan kemahiran 3M iaitu menulis, membaca dan mengira dalam kalangan Orang Asli sangat rendah kerana ramai Orang Asli yang tercicir sekolah sebelum tahun enam. Sejak tahun 1992, terdapat 3,202 kanak-kanak Orang Asli yang mendaftar di sekolah rendah tetapi dari jumlah tersebut seramai 2,485 (77%) orang telah tercicir (Malaysia 2003). Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Fuad Zarkachi berkata berdasarkan analisis kementerian didapati keciciran murid secara purata di peringkat rendah iaitu mereka yang keluar dari sistem persekolahan di bawah kementerian dari 2008 hingga 2010 adalah sekitar 0.3% bagi murid lelaki dan 0.2% bagi murid perempuan. Di peringkat sekolah menengah pula, masalah keciciran adalah sekitar 4.5% bagi pelajar lelaki dan 2.9% pelajar perempuan. Tambahan lagi, berdasarkan statistik dari Agensi Dadah Kebangsaan mendapati 65% daripada pengguna dadah yang dikesan pada tahun 2009 hanya menamatkan pendidikan menengah mereka sehingga umur 15 tahun sahaja. Ia juga melaporkan bahawa kadar

15

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

keciciran juga adalah lebih tinggi di kawasan luar bandar daripada 16.7% berbanding dengan 10.1% di kawasan bandar. Setiap tahun dari tahun 2005 hingga 2009 didapati 17,000 kanakkanak di Malaysia tidak terus ke pendidikan menengah. Walaupun begitu, pada tahun 2003, KPM telah menguatkuasakan pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah, menurut Dr. Wee bahawa sekiranya terdapat ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak ke sekolah rendah, mereka akan dikenakan hukuman penjara dan kita tidak akan berkompromi dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini. Tambahan lagi, kementerian juga menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir (JPMC) di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Negeri dan KPM bagi membuat siasatan ke atas masalah keciciran murid ini. Oleh hal yang demikian, peratus keciciran murid juga dapat dikurangkan. (http://www.malaysiaharmoni.com/). Tambahan lagi, didapati pada tahun 2012 keciciran orang asli telah menurun kepada 26.16% berbanding pada tahun 2011 iaitu 29%, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) tambahnya lagi, bahawa beliau menyarankan ia akan menurun lagi kepada 15% menjelang tahun 2015. (http://www.edidik.com/). Keciciran umumnya banyak berlaku di negara mundur atau Negara Dunia Ketiga seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India. Selain Malaysia, keciciran di Indonesia juga berada di tahap membimbangkan. Menurut Menteri Pelajaran Indonesia, Muhammad Nuh menyatakan bahawa negara Indonesia berada ditangga ke-58 sebanyak 19.89% dalam Jadual 4 dimana sebanyak lebih daripada 750,000 pelajar Indonesia yang telah berhenti sekolah rendah antara Januari hingga Oktober 2010. Selain itu, sebanyak 527,850 pula tidak menghabiskan enam tahun pertama pendidikan mereka dan 241,110 pula telah berhenti sebelum tamat sembilan tahun. Di samping itu, terdapat 1.26 juta pelajar yang

16

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

menduduki tempat sembilan tahun pertama pendidikan wajib tidak meneruskan ke peringkat sekolah tinggi disebabkan oleh faktor kewangan. Selain itu, di India pula didapati terdapat 13,000 pelajar yang tercicir dalam tahun 2009 hingga 2010 dan 25,555 pelajar dalam tahun 2012 hingga 2013. Jumlah keseluruhan kadar keciciran pelajar di India menurun antara 9.1% hingga 6.8% sementara ia meningkat kepada 13.34% hingga 13.52%. Tambahan lagi, didapati 40.29% antara tahun 1999 hingga 2000 pelajar yang tercicir dari kelas IV sementara 28.86% pada tahun 2009 hingga 2010. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4, didapati negara India juga telah berada ditangga ke-28 dalam dunia sebanyak 34.21% sahaja iaitu tahap yang serius. Tambahan lagi, dari kelas I-VIII, peratus keciciran adalah sebanyak 55.15% antara tahun 1999 hingga 2000 manakala angka itu menurun kepada 42.39% dalam tahun 2009 hingga 2010. Bagi kelas IX, angka pelajar yang tercicir pula adalah 67.02% pada tahun 1999 hingga 2000 serta 52.76% dalam tahun 2009 hingga 2010, kata E Ahmad iaitu Menteri Negara bagi Pembangunan Sumber Manusia, India. Keadaan keciciran ini banyak berlaku di Bihar sebanyak 7%, Jharkhand 5%, Nagal 6% dan Uttar Pradesh 5.5%. Oleh itu, kerajaan India telah mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan kadar keciciran negaranya dengan mengambil nisbah guru dan sebanyak 30:1.43% bagi sekolah rendah serta menyediakan buku teks dan pakaian sekolah kepada para pelajar (http://zeenews.india.com/ dan http://articles.timesofindia.indiatimes.com/).

17

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Jadual 4 : Peratus Keciciran (Sekolah Rendah) Mengikut Negara Tahun Terkini Peringkat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 28 40 58 89 90 Chad (2005) Rwanda (2003) Uganda Equatorial Guinea (2001) Malawi (2006) Ethiopia (2007) Madagascar (2007) Mozambique (2007) Togo (2006) Central African Republic (2008) India (2005) Filipina (2006) Indonesia (2007) Vietnam (2005) Malaysia (2006) Negara Peratus (%) 70.2 69.1 67.63 67.39 64.34 59.69 57.51 56.31 55.48 54.36 34.21 26.76 19.89 7.88 7.77

Sumber : (http://www.nationsencyclopedia.com/).

4.2

Faktor-faktor Berlaku Keciciran

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Scielfelbein dan Simmons (1981) dalam tinjauannya mengenai topik penyelidikan yang sama mendapati dari 13 penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat terdapat 10 penyelidikan yang mengatakan bahawa tiga faktor asas berkaitan latar belakang kanak-kanak iaitu pendapatan keluarga, pencapaian akademik 18

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

ibu bapa dan status pekerjaan ibu bapa (Sosio-Economic Determinant Theory atau SES) adalah faktor utama yang menentukan pencapaian pelajaran kanak-kanak. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai penyebab kepada berlakunya kadar keciciran ini antaranya ialah :

4.2.1 Kesedaran Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak-anak Status sosio-eknomi dianggap sebagai antara faktor penting bagi menerangkan kadar keciciran mengikut etnik di sekolah-sekolah. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Wan Mohd. Zaid Mohd. Nordin dalam buku yang dikarang oleh Ibrahim Saad menyatakan bahawa lebih tinggi kedudukan status sosio-ekonomi sesuatu keluarga itu, lebih tinggilah kadar pendaftaran dan rendah pula kadar kecicirannya. Terdapat beberapa sebab berlakunya keciciran namun, masalah kemiskinan bukanlah satu-satunya masalah yang utama dalam isu keciciran ini. Berdasarkan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka tahun 1972, menyatakan kerajaan telah berusaha untuk mendapatkan lebih kurang 3,000 orang murid darjah enam yang tidak meneruskan pelajaran ke tingkatan satu tahun 1972 supaya mendaftarkan diri ke sekolah menengah. Surat-surat telah dihantar kepada ibu bapa untuk menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah atas jaminan bantuan kewangan akan disediakan tetapi malangnya hanya 1,054 sahaja yang membalas surat itu. Hal ini menggambarkan sikap ibu bapa yang dingin terhadap pelajaran anak-anak iaitu tahap kesedaran ibu bapa yang rendah dalam isu pendidikan adalah penyebab berlakunya keciciran. Walaupun kajian ini dilakukan sudah sekian lama namun, perkara ini masih berlarutan hingga kini tetapi bilangannya sahaja sudah tidak sebanyak dahulu kerana masyarakat kini sudah banyak terdedah kepada teknologi, dunia luar dan kepentingan 19

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

pelajaran dalam meningkatkan taraf hidup keluarga mereka terutama bagi masyarakat yang tinggal di bandar berbanding dengan masyarakat yang

tinggal di luar bandar yang masih dengan pemikiran yang kolot, kurang pengetahuan dan takut untuk menerima perubahan di sekelilingnya.

4.2.2 Saiz Keluarga Menurut Blake (1989) berpendapat bahawa saiz keluarga yang besar menyebabkan sumber kewangan yang terhad terpaksa dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil yang menyebabkan status kehidupan keluarga sangat rendah. Masalah golongan berpendapatan rendah bukan sahaja disebabkan mereka mempunyai wang yang tidak pernah mencukupi tetapi juga disebabkan anak yang terlalu ramai. Oleh itu, golongan yang berpendapatan rendah ini juga tidak dapat menyediakan pemakanan yang berkhasiat dan bervitamin kepada anak-anak mereka secara berterusan menyebabkan anak-anak mereka kurang sihat dan tidak dapat menerima pembelajaran sehingga tercicir.

4.2.3 Guru-guru Guru-guru adalah sumber ilmu pengetahuan dan punca motivasi kepada pelajar. Menurut laporan Murad, terdapat segelintir guru yang memberikan jangkaan atau harapan yang rendah dan memberikan pandangan yang negatif terhadap pelajar terutamanya yang berasal dari keluarga yang sosio-ekonominya rendah. 20

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

4.2.4 Sikap Pelajar Terhadap Pendidikan Laporan Murad mengklasifikasikan sikap pelajar terhadap pendidikan sains sebagai salah satu punca berlaku keciciran. Menurutnya lagi, lebih tinggi tahap pendidikan ibu bapa, lebih tinggi tumpuan terhadap mata pelajaran sains dan lebih tinggi tahap sosio-ekonomi. Kedua-dua ini sangat berkaitan dan ia akan jelas kelihatan di kawasan bandar dan luar bandar yang mempunyai pendapatan ibu bapa yang rendah lebih melencong ke arah pemikiran yang agak negatif. Hal ini juga dibuktikan apabila seramai 31.3% punca keciciran pelajar adalah daripada sikap pelajar yang tidak berminat untuk belajar. Selain itu, sikap pelajar yang tidak mampu menguasai aspek asas pembelajaran dan kemahiran 3M turut menjadi punca mereka hilang minat untuk belajar malah lebih memburukkan keadaan apabila kegagalan itu dibawa ke sekolah menengah menyebabkan sebahagian besar pelajar berhenti sekolah.

4.2.5 Sistem Kuota Selain itu, sistem kuota yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran iaitu sistem kuota terhadap pelajar-pelajar untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi terlalu ketat dan terlalu banyak peperiksaan yang perlu dilalui oleh pelajar menyebabkan ramai pelajar yang terkandas dan tidak dapat menyambung pelajarannya. Falsafah pendidikan yang elitis tidak memberi kesempatan bagi lebih ramai kanak-kanak untuk mencapai taraf pendidikan yang lebih tinggi. Contohnya, bagi pelajar yang gagal SRP/LCE mereka tidak boleh untuk menyambung ke tingkatan empat dan didapati sebanyak 57.9% sahaja yang lulus peperiksaan dan 50.5% lulus dalam SRP pada tahun 1977. Hal ini menunjukkan kerajaan seolah-olah ingin menapis yang tidak diingini (pelajar yang tidak lulus) dan hanya ingin melatih yang bijak pandai sahaja. Keadaan 21

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

ini telah memburukkan lagi suasana apabila kerajaan terpaksa mengimport tenaga buruh, teknologi dan bahan mentah dari luar kerana kekurangan tenaga buruh pakar dari negara sendiri. Walau bagaimanapun, kini kerajaan sudah menyedari akan hal itu dan kerajaan telah banyak membantu para pelajar dalam pendidikan seperti menyediakan pusatpusat latihan, kemahiran-kemahiran teknikal, dan sebagainya untuk menolong rakyatnya di samping untuk melahirkan modal insan yang cemerlang yang boleh memberi sumbangan kepada negara dalam mencapai status negara maju.

4.2.6 Peperangan Hal ini dapat dilihat di negara jiran iaitu selatan Thailand apabila banyak berlaku kekacauan dengan pembakaran sekolah dan pembunuhan guru-guru sejak tahun 2004 menyebabkan berpuluh-puluh sekolah

dibakar dan lebih enam puluh guru terkorban. Hal ini menyebabkan ramai pelajar khususnya kanak-kanak Islam di Patani tidak dapat belajar seterusnya mereka akan tercicir daripada pelajaran berbanding dengan kanakkanak bangsa Siam di wilayah lain. Peta 1 di bawah menunjukkan indeks pendidikan di Thailand yang menggambarkan terdapat banyak tempat di Thailand yang mempunyai tahap keciciran yang sangat rendah.

22

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Peta 1 : Indeks pendidikan di Thailand

Sumber : (http://aebooker.blogspot.com/). Oleh itu, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Sri Prof. Dr. Rohaty et tal. dalam Jadual 5 dibawah terhadap 239 orang guru dan 665 orang pelajar di Sekolah-sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 yang pada tahap baik, sederhana dan lemah dalam pelajaran. Hasil kajian dalam Jadual 5 yang diperoleh mendapati kedua-dua pelajar dan guru menganggap semua faktor psikologi, sekolah, pengurusan masa dan akademik sebagai berisiko tinggi kecuali dalam faktor keluarga mereka menganggap ia adalah berisiko paling tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa fungsi keluarga amat penting dalam mencegah keciciran.

23

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Jadual 5 : Risiko Keciciran Pelajar

(Sumber daripada http://keciciran.edu.my).

4.3

Cadangan Mengatasi Keciciran

Antara cadangan yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu keciciran murid adalah menyediakan bantuan seperti bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS). Hal ini adalah untuk memberikan makanan yang berzat kepada golongan yang tidak mampu untuk mendapatkannya. Dengan pemberian susu kepada murid akan memberikan mereka otak yang cerdas untuk berfikir secara kritis di masa hadapan seterusnya dapat mengurangkan keciciran pelajar kerana mereka semua mampu berfikir secara kreatif dan berinovatif. Program ini sudah dijalankan sejak tahun 2003 di mana kriteria pemilihan murid-murid yang layak menerima RMT dan PSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau per kapita RM80 dan ke bawah namun, perkara ini perlu diperbanyakkan daripada 700,000 orang murid yang menerima RMT manakala anggaran 550,000 murid menerima PSS setiap tahun dinaikkan kepada 1 juta yang menerima RMT dan PSS serta direndahkan lagi kriteria dalam pemilihan murid. 24

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Selain itu, kerajaan juga perlu menyediakan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) iaitu untuk membantu murid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripada sistem persekolahan akibat kemiskinan. Tambahan lagi cadangan lain ialah dengan menyediakan Skim Baucar Tuisyen (SBT) kepada murid sekolah yang lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini adalah untuk mengurangkan kadar keciciran murid daripada belajar subjek yang penting ini. Selain itu, asrama harian juga perlu disediakan bagi mengurangkan risiko keciciran dalam kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Ini akan memudahkan lagi mereka untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah tanpa ada masalah seterusnya membolehkan mereka bersekolah dengan selamat dan senang.

4.4

Langkah Kerajaan Dalam Pengurangan Keciciran

Sejak dari dahulu lagi kerajaan telah banyak memperuntukkan dana untuk pendidikan negara. Dalam mengatasi kadar keciciran yang semakin meningkat sejak tahun 1965, kerajaan mula menumpukan terhadap keciciran murid dengan menyediakan beberapa strategi yang boleh mengurangkan kadar keciciran murid di sekolah. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan ialah dengan menguatkuasakan pendidikan wajib bagi memastikan kanak-kanak yang berumur 6 tahun bersekolah, memperluaskan MPV di Sekolah Menengah Harian, memperbanyakkan program motivasi, menjalinkan permuafakatan antara warga sekolah, keluarga dan komuniti, memperkenalkan pentaksiran dan penilaian yang sesuai serta menyediakan sistem penyampaian alternatif berorientasikan EQ dan kebolehan murid dan akhir sekali ialah mempereratkan kerjasama dengan pihak luar KPM dalam mengenal pasti punca dan cara mengatasi keciciran.

25

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Walau bagaimanapun, kadar keciciran di sekolah rendah dan menengah telah menunjukkan penurunan sepanjang tempoh RMK-8. Bagi sekolah rendah, kadar keciciran telah menurun daripada 20,560 (4.2%) murid bagi kohort 1997 hingga 2001 kepada 9,713 (1.9%) murid bagi kohort 2000 hingga 2005. Bagi sekolah menengah pula kadar kecicirannya lebih sedikit berbanding dengan sekolah rendah iaitu menurun daripada 60,413 (14.5%) pelajar bagi tahun 1998 hingga 2002 kepada 43,586 (10.3%) pelajar bagi tahun 2001 hingga 2005. Kadar keciciran di sekolah rendah ialah 1.9% di kawasan bandar dan 1.2% di luar bandar bagi kohort 1999 hingga 2004 manakala pada peringkat menengah pula kadar keciciran ialah sebanyak 10.1% daripada kohort di bandar dan 16.7% daripada saiz kohort di luar bandar bagi kohort 2000 hingga 2005. Walaupun begitu, data yang ada menunjukkan jumlah pelajar yang cicir dan terkeluar daripada sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja. Data tidak mengambil kira pelajar yang telah menyambung persekolahan di sekolah-sekolah di luar KPM seperti Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Swasta,Sekolah Antarabangsa atau keluar negara. Cabaran KPM adalah untuk mengenal pasti jumlah keciciran sebenar daripada negara dan mengurangkan kadar keciciran pada semua peringkat pendidikan.

26

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

5.0

BUTA HURUF

Definisi buta huruf adalah membawa maksud tidak tahu membaca dan juga tidak tahu menulis. Berlakunya buta huruf dalam kalangan masyarakat di negara dunia ketiga adalah disebabkan arus perubahan pemodenan dari semasa ke semasa yang menyebabkan penduduk kawasan luar bandar

kebanyakan mengalami kadar buta huruf yang tinggi. (Sumber : Kamus Dewan Edisi Empat daripada http://prpm.dbp.gov.my).

Dari tahun 1990 lagi, United Nation Development Programe (UNDP) telah mengeluarkan Indeks Pembangunan Manusia (Human Development Index). Dalam kajian indeks yang dikeluarkan, melihat secara luas kadar buta huruf di mana HDI mengukur pembangunan manusia terdiri daripada tiga aspek utama iaitu (1) usia, (2) kemampuan membaca dan menulis orang dewasa serta taraf pendidikan yang diterima dan (3) daya belian serta penghasilan. Oleh itu LINUS telah ditubuhkan bagi meningkatkan kadar celik huruf di dunia, LINUS yang merupakan satu program pemulihan pelajar yang dapat direka untuk

memastikan

menguasai

kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan kemahiran mengira di akhir 3 tahun di peringkat pendidikan rendah. Tujuan Literasi dan Angka telah dipilih sebagai sub-NKRA (Pelebaran akses kepada pendidikan berkualiti dan mampu memiliki) adalah untuk pelajar boleh membaca dan mengira sebagai kemahiran asas yang diperlukan untuk menyediakan

27

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

pelajar ke peringkat seterusnya. Didapati pada tahun 2008 sebanyak 54,000 pelajar tahun 1 yang masih tiada kemahiran asas literasi dan 117,000 pelajar tahun 4 yang tiada kemahiran numerasi asas dari PROTIM Bahasa Melayu (dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di samping mengira, 3 kemahiran asas yang difokuskan dalam KBSR). (http://pelajaranperak.gov.my/).

Statistik daripada UNICEF didapati pada tahun 2001 kadar celik huruf negara adalah sekitar 74.07% iaitu 65% adalah perempuan dan 82% adalah lelaki. (http://www.unicef.org/) Manakala dari laporan UNESCO pada tahun 2011, terdapat sebanyak 172 buah negara dalam negara dunia ketiga yang mengalami kadar buta huruf. Tambahan lagi, didapati kadar buta huruf di negara Indonesia adalah sangat tinggi berbanding dengan negara Malaysia, Filipina dan India. Bogor, Indonesia adalah tempat keempat paling tinggi kadar buta huruf walaupun ia berada di tempat tumpuan pelaburan asing keluar masuk. Kira-kira 150,000 orang di Bogor, Jawa Barat, 4% daripada penduduk Kabupaten adalah buta huruf dan tidak fasih dalam Bahasa Indonesia. Sebahagian besar orang di Kabupaten iaitu 4.7 juta bercakap dalam bahasa Sunda dan boleh membaca Bahasa Arab sahaja.

(http://www.thejakartapost.com/). Tambahan lagi, dalam tahun 1990 hingga 1998 kadar buta huruf di Indonesia dalam kumpulan umur 15 hingga 24 tahun masing-masing 1,334,816 (3.79%) dan 662,551 (1.73%) daripada jumlah keseluruhan iaitu telah menurun sebanyak 50.36% seperti dalam Jadual 6 di bawah :

28

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Jadual 6 : Jumlah Penurunan Kadar Buta Huruf dalam Kumpulan Umur 15-24 tahun, tahun 1990-1998, Indonesia

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Tahun 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998

Jumlah Buta Huruf 1,334,816 1,265,448* 1,196,160 1,027,937 867,399 877,827 846,974 733,775 662,551

Jumlah Penurunan

69,328 (5.19%) 69,328* (5.48%) 168,223 (14.06%) 160,538 (15.62%) +10,428** (1.20%) 30,853 (3.51%) 113,199 (13.37%) 71,224 (9.71)

Sumber : Central Bureau of Statistics (http://www.unesco.org/education/)

Masalah sebenar yang membawa kepada peningkatan buta huruf bermula dari tahap keterlibatan masyarakat dalam pendidikan formal. Penilaian yang dilakukan oleh Program Pembangunan Persepakatan Bangsa-bangsa (UNDP) menunjukkan bahawa kemampuan membaca bagi anak yang berusia 15 tahun di negara dunia ketiga adalah sangat menyedihkan. Sekitar 37.6% anak berusia 15 tahun hanya tahu membaca tanpa memahami maksudnya. Sementara 24.8% hanya boleh memahami pembacaan melalui rujukan gambar rajah. Hal ini menyebabkan kemampuan anak-anak ini untuk belajar menjadi terhad.

29

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Kemampuan membaca sebenarnya merupakan akar dari pengetahuan dan pemikiran manusia. Melalui data UNESCO menunjukkan, di antara setiap tujuh orang akan terdapat satu orang yang tidak tahu membaca dan juga menulis. Kira-kira dalam 6 milion jumlah rakyat negara dunia ketiga, seramai 800 juta orang dewasa yang berusia 15 tahun ke atas mengalami masalah buta huruf dan dua pertiga di antara mereka adalah terdiri daripada perempuan. manakala bagi kanak-kanak pula, terdapat 100 juta yang tidak berkesempatan untuk bersekolah.

Punca berlaku peningkatan ini adalah disebabkan kemampuan dalam mengakses teknologi informasi telah menjadi kriteria tambahan bagi menilai sama ada seseorang itu termasuk dalam kategori buta huruf atau pun tidak. Oleh itu, gerakan bagi mengurangi angka buta huruf di negara-negara dunia ketiga telah dimulai pada tahun 1970. Namun banyak di antara negara-negara tersebut tidak berhasil dalam melaksanakan program tersebut kerana alasan krisis ekonomi dan juga peperangan. Oleh kerana itu, meskipun berada pada abad ke21 ini, kemiskinan, kelaparan, dan kadar buta huruf terus meningkat di negara dunia ketiga. Disebabkan tingginya angka buta huruf, penduduk negara dunia ketiga sukar untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Manakala melalui Indeks Pembangunan Manusia, dalam statistik perangkaan kadar buta huruf di negara dunia ketiga, Malaysia merupakan negara ke 61 dalam kadar buta huruf. Manakala bagi negara-negara dunia ketiga yang lain seperti Singapura berada di tempat ke 23, Brunei Darussalam di tempat ke 34, Thailand di tempat ke 74, Indonesia di tempat 108, Vietnam di tempat 106 dan Philipina di tempat ke 84 dari keseluruhan negara dunia ketiga yang sebanyak 172 buah negara termasuk India, China Selatan, Brazil dan lain-lain. Menurut Kofi Annan menyatakan kemampuan membaca dan menulis adalah bahagian penting dari pengajaran dan pendidikan bagi semua orang dan juga merupakan alat 30

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

mencapai kemajuan yang hakiki dan fundamental. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, pada setiap 8 September telah diisytiharkan sebagai Hari Literasi Antarabangsa yang disambut setiap tahun bagi memberi harapan kepada berjuta-juta kanak-kanak, lelaki dan wanita yang tidak mampu membaca dan menulis boleh membaca dan menulis. Dari perangkaan kadar buta huruf semakin berkurang iaitu turun satu peratus daripada 92 peratus pada tahun 2005 berbanding 93 peratus pada tahun 1996. Manakala dari kajian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Jabatan Statistik mendapati kadar literasi di kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 9 tahun jatuh kepada 75 peratus pada 1996. (http://www.utusan.com.my).

Secara kesimpulannya, pendorong peningkatan kadar buta huruf ini sebenarnya bermula dari perbezaan dalam kelompok antara kelas sosial masyarakat. Ini kerana terdapat dua buah kelompok masyarakat yang kaya informasi akan cenderung lebih banyak menerima, menyerah dan menggunakan lebih baik daripada mereka yang kurang informasi.

31

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

6.0

MASALAH PENDIDIKAN DI PERINGKAT RENDAH, MENENGAH DAN TINGGI

6.1

Peringkat Rendah dan Menengah

6.1.1 Kelemahan dan ketidakefisienan sistem pendidikan

Antara masalah pendidikan yang berlaku di peringkat rendah dan menengah ialah kelemahan dan ketidakefisienan sistem pendidikan (Yusof Pon, 2004). Ia adalah masalah utama pendidikan di peringkat menengah. Kurangnya mengambil berat tentang masalah ini secara tidak langsung menghalang pembangunan sistem pendidikan di Negara Dunia Ketiga. Perkembangan pendidikan di peringkat ini dilihat agak rendah perkembangannya dengan terdapat beberapa pembaharuan kecil sahaja.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak begitu berkesan dengan pendekatan yang hampir sama dalam bidang kurikulum ditunjukkan oleh negaranegara sedang membangun (Yusof Pon, 2004). Keadaan ini menyebabkan motivasi dan persaingan dalam kalangan guru-guru kurang iaitu mereka tidak terdorong untuk meningkatkan pembangunan sistem pendidikan. Kesannya, masalah keciciran pelajar akan berlaku dan ini memberikan implikasi yang buruk kepada negara di mana negara Dunia Ketiga akan mengalami kekurangan tenaga kerja yang berpendidikan dan profesional.

6.1.2 Kelemahan pengurusan dan kurang dorongan

Kelemahan pengurusan berlaku dalam aspek arahan, pengorganisasian serta program yang dilaksanakan (Yusof Pon, 2004). Ia berpunca daripada penggunaan kaedah32

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

kaedah lama yang tidak berfungsi tetapi masih terus dipertahankan. Misalnya dalam aspek arahan, terdapat juga arahan yang diberi oleh pihak atasan tidak sampai kepada pihak bawahan menyebabkan pihak bawahan kabur tentang tugasan yang perlu dilakukan. Maklum balas yang agak sedikit diterima berkaitan pengurusan sekolah menyebabkan pihak pengurusan tidak memahami kehendak masyarakat. Kekurangan maklum balas ini menyebabkan pembaharuan tidak dapat dilakukan pada peringkat tertentu.

Masalah

pendidikan

ini

adalah kesan daripada permintaan dan kehendak masyarakat yang melebihi sumber serta dana yang sedia ada (Yusof Pon, 2004). Ini menyebabkan pihak pengurusan tidak mampu untuk melaksanakan pembaharuan-pembaharuan yang dikehendaki tambahan pula pihak pengurusan tidak mempunyai dana yang cukup untuk melaksanakan pembaharuan tersebut. Kadang kala permintaan ini dipengaruhi oleh campur tangan politik yang turut memberi kesan ke atas sistem pendidikan (Yusof Pon, 2004).

6.1.3 Pendidikan rendah yang tidak bersesuaian

Pendidikan yang tidak bersesuaian dengan kehendak pembangunan negara lebih kelihatan di kawasan desa (Yusof Pon, 2004). Masalah utama pendidikan peringkat rendah di desa adalah disebabkan oleh kanak-kanak hanya diajar kemahiran

33

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

membaca,

menulis,

mengira

dan

kemahiran bahasa asing yang utama sahaja. Ia kurang membabitkan teknik berfikir dan penyelesaian masalah.

Sesetengah kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah tidak menghabiskan

persekolahan atas alasan kemiskinan. Ada juga kanak-kanak yang tidak bersekolah bekerja di kawasan ladang sama ada secara langsung sebagai petani ataupun secara buruh tidak mahir dalam bidang pertanian di kawasan desa. Selain itu, akibat dihimpit masalah kemiskinan, ada di antara kanakkanak dipaksa menjadi buruh kasar terutama di negara-negara miskin seperti di India, Afganistan dan sebagainya.

6.2

Masalah Pendidikan Peringkat Tinggi

Beberapa masalah pendidikan di peringkat rendah sedikit sebanyak mempengaruhi

perjalanan pendidikan di peringkat tinggi seperti peratusan di pelajar yang tinggi ingin hanya

pendidikan

peringkat

sebanyak 15 hingga 20 peratus sahaja, peningkatan jumlah perbelanjaan pendidikan, kekurangan kemudahan, kurikulum yang tidak bersesuaian, pengurusan yang tidak cekap, malah peningkatan jumlah mahasiswa yang menganggur.

34

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Menurut beberapa pengkaji, universiti-universiti di kebanyakan negara Dunia Ketiga masih belum memenuhi keperluan penubuhannya iaitu untuk tujuan pembangunan negara malahan ia dikatakan masih sama dengan tahap pendidikan di peringkat rendah dan menengah (Yusof Pon, 2004). Oleh itu, tiada bezanya pendidikan rendah dan menengah dengan pendidikan tinggi.

Punca-punca kelemahan universiti tersebut telah banyak mendapat perhatian daripada pengkaji yang sama-sama berpendapat sedemikian. Kebanyakan universiti di negara Dunia Ketiga mengikuti konsep serta model yang dipelopori oleh lembaga pendidikan yang lama yang ada pada masyarakat industri di barat. Kebelakangan ini banyak pembangunan pendidikan di peringkat universiti telah berjaya dalam usaha untuk membuat pembaharuan dan penstrukturan semula universiti di negara sedang membangun dengan kerjasama negara yang telah maju seperti Amerika Syarikat, Perancis, England serta beberapa buah negara maju yang lain (Yusof Pon, 2004).

Hasil daripada usaha tersebut, terdapat beberapa pembaharuan yang telah dilaksanakan mengikut tradisi universiti dunia barat yang dibentuk berdasarkan disiplin keprofesionalan. Struktur jabatan dan fakulti telah diperluaskan di beberapa universiti di negara sedang membangun. Mutu pendidikan di peringkat universiti menurut ukuran akademik antarabangsa dan bukannya sumbangannya terhadap pembangunan negara. Dengan adanya desakan dari pelajar dari peringkat menengah untuk melanjutkan pelajaran, masalah kewangan kerajaan dan kehendak mahasiswa dalam bidang yang benar-benar memberi manfaat yang lebih telah menyebabkan pihak pengurusan universiti di negara Dunia Ketiga perlu memikirkan kembali peranan dan objektif pendidikan di peringkat tinggi (Yusof Pon, 2004).

35

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

7.0

PENUTUP

Pendidikan merupakan aspek yang sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua pihak terutamanya di negara-negara dunia ketiga. Hal ini demikian mereka dapat bersaing sekali gus mampu membina menjadikan negara mereka setanding dengan negara-negara maju yang lain. Pendidikan mampu melahirkan sumber manusia yang dapat menjana produktiviti dengan mengeksploitasi sumber-sumber yang ada di negara mereka seterusnya berupaya mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Sumber tenaga yang berkualiti bergantung kepada kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh manusia. Penyediaan yang sempurna dan berkembang akan menjamin pembangunan ekonomi yang pesat.

Bagi negara-negara dunia ketiga, mereka perlu diberi peluang dalam aspek pendidikan kerana pendidikan tersebut bukan hanya sekadar berasaskan teknologi semata-mata sebaliknya turut menumpukan usaha mencari penyelesaian supaya generasi muda dapat meneruskan kelangsungan hidup mengikut acuan sendiri pada masa hadapan.

36

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

RUJUKAN

800

juta

buta

huruf.

(2006).

Diakses

pada

10

April

2012

daripada

http://www.utusan.com.my/utusan/info

Ahmad Tarmizi. (2010, Feb. 1). Commonwealth Games 2010 : Buruh kanak-kanak diguna membina stadium di New Delhi. 18 Mei, 2012, daripada

http://ahmadtarmizi.blogspot.com/2010/01/commonwealth-games-2010-buruhkanak.html

Adham Shadan. (2008). Si kecil dikerah bekerja. Diakses pada 18 Mei, 2012, daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/

Anuar Ahmad. (2011). Cukupkah sekadar pendidikan 3M?. Diakses pada 29 Mei 2012, daripada http://www.tutor.com.my/.

Buruh

kanak-kanak

di

Afganistan.

(2012).

Daripada

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia &sec=Rencana&pg=re_09.htm

Blake. J. (1989). Family size and achievement. Berkeley: University of California.

Clarence. J. G. (2012). Keciciran Orang Asli. Diakses pada 29 Mei 2012, daripada http://www.edidik.com/.

Educational For All Global Monitoring Report. (++). Diakses pada 15 April 2012, daripada http://www.unesco.org/education/

37

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Fisab. (2011). 10.83 peratus murid tercicir. Diakses pada 29 Mei 2012, daripada http://www.malaysiaharmoni.com/.

Gould. W. T. S. (1993). People and Education In The Third World. UK: Longman Group. Ibrahim Saad. (1982). Isu pendidikan di Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.

Isma Ae Mohamad. (2010). Keciciran pelajar Melayu Patani. Diakses pada 29 Mei 2012 daripada http://aebooker.blogspot.com/.

Johari Talib dan Nazri Muslim. (2006). Bagaimana kanak-kanak orang asli gagal di sekolah. Thesis daripada Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia yang tidak diterbitkan.

Kamus Dewan Edisi Empat. (++). Diakses pada 1 Mei 2012 daripada http://prpm.dbp.gov.my

Kadar keciciran sekolah rendah. (2011). Diakses pada 29 Mei 2012, daripada http://www.nationsencyclopedia.com/WorldStats/.

Keciciran Indonesia. (2011). Diakses pada 29 Mei 2012, daripada http://www.unicef.org/

List of Countries by Literacy Rate. (2011). Diakses pada 1 Mei 2012 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_literacy_rate

Literasy and numerasy (++). Diakses pada 29 Mei 2012, daripada http://pelajaranperak.gov.my/ Murad bin Mohd Noor. (1973). Laporan Jawatankuasa di atas kajian pendapat mengenai pelajaran dan masyarakat (laporan keciciran). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perangkaan. 38

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

Penurunan kadar keciciran pelajar. (2012). Diakses pada 29 Mei 2012, daripada http://zeenews.india.com/

Pelan hala tuju. (++). Diakses pada 29 Mei 2012, daripada http://www.pemandu.gov.my/

Scielfelbein. E. dan Simmons. J. (1981). The determinants of school achievement. A Reviewand Theory. In C.Schooler and K.Warner Schaie (edt), Cognition functioning and social structure the life course. Noorwood, NJ: Ablex.

SUHAKAM. (2006). Human rights approach to the millennium development goals : Achieve universal primary education. Malaysia: Perkasa Nilam Sdn. Bhd. 2012

Sri Prof. Dr. Rohaty Mohd Majzub, Prof. Dato Dr. T. Subahan Mohd Meerah, Prof. Madya Dr. Kamisah Osman, Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah bt Rahman. (2009). Keciciran di Malaysia. Diakses pada 29 Mei 2012, daripada

http://keciciran.edu.my/.

Tifa Asrianti. (2011). Diakses pada 29 Mei 2012, daripada http://www.thejakartapost.com/.

TNN. (2012). Nisbah guru terhadap keciciran pelajar. Diakses pada 29 Mei 2012, daripada http://articles.timesofindia.indiatimes.com/

Wiwid Noor Rakhmad. (2008) . Melola Informasi dan Pendidikan Sebagai Investasi Bangsa Jangka Panjang. Diakses pada 9 April 2012 daripada http://eprints.undip.ac.id

Yusof Pon et. al,. (2004). Teori dan Konsep Pentadbiran Pembangunan. Sintok: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan.

39

GMJT 2023: TEORI DAN KONSEP PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

LAMPIRAN

40