Anda di halaman 1dari 1

2.Kepentingan biodiversity untuk masa depan biosfera.

Biodiversit berguna untuk masa depan biosfera dari segi 4 aspek asas iaitu kegunaan,estatik,moral dan ekologi. Dari aspek kegunaan, biodiversity memberi manfaat dari segi ekonomi dan social.Terdapat pelbagai hasil hutan yang boleh dijadikan sumber makanan,bahan ubatan,kayu kayan dan sebagainya.Contohnya penggunaan herba-herba seperti pokok tongkat ali dapat membantu manusia dari segi kesihatan.Selain itu,tumbuhan-tumbuhan pertanian seperti gandum,padi,kekacang dan sebagainya yang berasal dari hutan dapat digunakan dan dimodifikasi genetiknya oleh para pengkaji seterusnya menghasilkan baka tanaman yang lebih berkualiti dan lebih baik untuk dinikmati oleh manusia.Tambahan lagi,semua biodiversity juga berguna untuk mengelakkan pencemaran daripada berlaku.Dengan kehadiran tumbuhan-tumbuhan hijau, yang bertindak sebagai penyerap gas-gas yang berbahaya seperti karbon dioksida,gas sulfur dioksid dan gas nitrogen oksid,pencemaran dapat dielakkan.Selain itu kitaran udara juga iaitu penghasilan gas oksigen oleh tumbuhan dapat berjalan dengan baik.Di samping itu, kehadiran fauna dalam biodiversity juga membantu dalam proses pendebungaan,proses penguraian,penyebaran biji benih,kitaran nitrogen dan sebagainya. Dari aspek estetik pula,menekankan nilai-nilai yang akan diperoleh oleh manusia apabila melihat,mendengar,menyentuh dan mendalami alam semula jadi serta isinya.Nilai estetik ini mempengaruhi manusia untuk menjadikan kawasan-kawasan biodiversity ini sebagai tempat pelancongan,riadah dan sebagainya seterusnya sedikit sebanyak membantu dari segi ekonomi masyarakat setempat.Seterusnya,dari aspek moral pula,lebih kepada keprcayaan intrinsic yang mana menyatakan bahawa sesuatu spesis atau hidupan itu mempunyai hak untuk hidup.Oleh sebab itu,sebagai manusia di muka bumi ini,sudah menjadi kewajipan untuk membantu penerusan spesis dengan cara memelihara dan memulihara biodiversiti.Secara tidak lansung,kepentingan biodiversity membuatkan manusia sedar dan bertindak untuk menjaganya.Contohnya tidak membeli produk-produk hasil dari haiwan yang terancam seperti harimau,gajah,badak dan sebagainya. Akhir sekali,dari aspek ekologi pula,biodiversity itu sendiri merupakan pelengkap antara satu sama lain untuk mewujudkan satu ekosistem yang baik .contohnya untuk ekosistem paya,ikan-ikan kecil tidak akan mendapat sumber makanan jika dalam ekosistem paya tidak terdapat mikroorganisma kecil seperti zooplankton dan fitoplankton.Dalam erti kata lainnya,setiap hidupan memerlukan satu sama lain untuk melengkapkan proses hidup.