Anda di halaman 1dari 5

SPESIFIKASI KERJA - AM 1) Kontraktor mesti menggunakan alat keselamatan diri semasa memangkas seperti safety belt, harness dsb.

Jika kontraktor didapati tidak menggunakan alat keselamatan diri, kontraktor akan dikenakan denda berdasarkan peruntukan di dalam Syarat-syarat Sebutharga. Sekiranya pihak Jabatan dikenakan kompaun/saman atau sebarang tuntutan bayaran dari mana-mana pihak berkuasa atas apa-apa sebab sekalipun yang berkaitan dengan kegagalan kontraktor untuk menggunakan alat keselamatan diri yang betul, tuntutan tersebut hendaklah dibayar oleh pihak kontraktor.diri. 2) Kita akan lampirkan dalam keratan rentas bagaimana bentuk cantasan standard pokok di i. Bahu jalan ii. Hadapan rumah iii. Bawah talian eletrik 3) Kontraktor perlu nyatakan dengan tetap masa siraman setiap hari. 4) Kontraktor perlu nyatakan tarikh tetap pembajaan setiap bulan (1hb / 15hb dsb) dan cadangan kadar bajaan bagi jenis pokok berbeza 5) Semua kontraktor bertanggungjawab terhadap semua takungan air yang terbentuk di dalam kawasan penyelenggaraan. Semua peralatan atau mukabumi yang menyebabkan takungan air perlu dibuang airnya dan dibaiki sehingga tidak menyebabkan sedemikian lagi. Sekiranya pihak Jabatan dikenakan kompaun/saman atau sebarang tuntutan bayaran dari mana-mana pihak berkuasa atas apa-apa sebab sekalipun yang berkaitan dengan kegagalan kontraktor untuk menyempurnakan tugas, tuntutan tersebut hendaklah dibayar oleh pihak kontraktor. 6) Pembersihan sampah mesti dilaksanakan setiap sehari dan dimasukkkan dalam plastik sampah berwarna biru yang diluluskan oleh pihak Majlis dan dibawa ke tapak perlupusan sampah pada hari itu juga. Urusan pembuangan sampah hendaklah ditanggung oleh pihak kontraktor dan perlu dibuang di kawasan pelupusan sampah yang ditetapkan oleh MPSJ. 7) Definisi sampah adalah sebarang sisa berbentuk kertas, kaca, plastik, kayu, besi, barangan pukal di atas mana-mana kawasan hijau, sisa buangan sampah penduduk (sampah kebun), pokok-pokok yang tidak sepatutnya berada di atas kawasan lapang mengikut peruntukan asal dalam rekabentuk kawasan tersebut seperti (tebu, pisang, pokok kelapa dan sebagainya) hendaklah dibuang termasuk akarnya sekali.

8) Peralatan yang mesti disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan adalah seperti berikut:i. ii. iii. iv. v. vi. Plastik sampah (warna biru) Penyapu lidi atau yang sesuai. Pencakar sampah /daun atau yang sesuai Penyodok longkang Pengaut sampah Kereta tolak.

blower atau peralatan

9) Walaubagaimanapun, pihak kontraktor diharap dapat menyediakan mesin penyedut sampah dan alatan yang lebih baik bagi meningkatkan imej serta kebersihan kawasan penyelenggaraan. 10) Masa bekerja ialah diantara 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Walaubagaimanapun jika terdapat satu acara atau tugas yang perlu melibatkan kerja pembersihan atau penyelenggaran di malam hari, maka pihak kontraktor perlulah bersedia untuk bekerja tanpa sebarang kos tambahan samada lebih masa atau loji atau sebagainya. 11) Pihak kontraktor perlu menyediakan kelengkapan yang sesuai untuk mengangkut sampah di dalam kawasan taman kerana pihak kontraktor tidak dibenarkan membawa masuk lori di kawasan siar kaki, jogging trek dan rumput atau kawasan hijau adalah DILARANG SAMA SEKALI.

SPESIFIKASI KERJA - MEMBEKAL DAN MENANAM POKOK A. MEMBEKAL POKOK 1) Pembekalan pokok bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya perlu dilakukan dengan penghantaran pokok ke mana-mana dua buah tapak semaian milik Majlis Perbandaran Subang Jaya mengikut arahan bertulis dari Pegawai Penguasa. Pihak Kontraktor perlu membuat penghantaran pada sebarang tapak lain di kawasan Majlis jika diarahkan secara bertulis oleh wakil Pegawai Penguasa. 2) Jenis dan jumlah pokok-pokok yang akan dihantar akan diarahkan secara bertulis oleh Pegawai Penguasa dan sebarang kos perlu dipersetujui bersama secara bertulis sebelum sebarang tempahan bekalan atau lawatan ke tapak semaian diteruskan. Semua kos pengangkutan dan perlaksanaan kerja perlu ditanggung oleh Kontraktor. 3) Semua gambar tapak sebelum dan sesudah kerja dilaksanakan mesti dikemukakan kepada Pegawai penguasa bersama-sama Laporan Kerja semasa tuntutan bayaran bulanan dikemukakan. 4) Sebarang struktur atau elemen tambahan yang ingin dicadangkan di dalam perlaksanaan kerja mesti mendapat persetujuan bertulis dari Pegawai Penguasa terlebih dahulu. 5) Tempoh kontrak tawaran sebutharga ini adalah selama satu (1) tahun. Jika sekiranya Pegawai Penguasa berpuashati dengan mutu kerja yang ditunjukkan dalam tempoh tersebut, kontrak ini boleh dilanjutkan berdasarkan budibicara pihak Majlis merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran. Oleh itu, pihak pembekal dinasihatkan mengemukakan permohonan lanjutan tempoh dalam masa 4 bulan sebelum kontrak tamat, dan sekiranya sebaliknya pihak Majlis beranggapan pihak pembekal tidak berminat untuk meneruskan kontrak. 6) Pihak Pembekal dikehendak memenuhkan Borang Akuan Siap Kerja, menyediakan Program Kerja, laporan bergambar, rekod penghantaran dan Inbois/Surat Tuntutan setelah kerja-kerja sebulan disiapkan dalam tempoh tiga hari dari tarikh terakhir bulan tersebut. Pembayaran akan dilakukan secara bayaran bulanan berdasarkan tuntutan tersebut. 7) Kontraktor dikehendaki membekalkan pokok-pokok mengikut jenis dan spesifikasi yang ditetapkan dan dipersetujui. Pokok yang dibekalkan mestilah subur, sihat dan tidak berpenyakit. Keadaan bebola akar pokok mestilah bebas dari sebarang rumpai, serangga atau penyakit. Akar pokok perlu dipastikan tidak rosak semasa dikeluarkan dari bekas asal dan semasa pokok diturunkan ke tapak semaian.

8) Pegawai Penguasa berhak melawat dahulu pokok yang hendak dibekalkan di tapak semaian di mana sumber pokok diperolehi oleh kontraktor untuk mengesahkan piawaiannya sebelum dihantar. 9) Sampel pokok perlu dikemukakan kepada Pegawai Penguasa apabila diminta. Pihak Kontraktor dibenarkan untuk mengemukakan permohonan perubahan kerja jika gagal mendapatkan bekalan yang diarahkan. Walaubagaimanapun, permohonan hanya boleh dipertimbangkan jika buktibukti jelas menunjukkan keusahaan Kontraktor mencari dan mendapatkan bekalan pokok diseluruh Semenanjung Malaysia tidak berhasil. 10)Pegawai Penguasa berhak menolak stok pokok yang dipersembahkan di tapak semaian jika didapati tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan. Kontraktor bertanggungjawab membekalkan pokok seperti yang dipersetujui di tapak semaian. Sebarang perbelanjaan berkaitan lawatan ke tapak semaian dan penolakan bekalan adalah tanggungjawab pihak kontraktor. Pihak Kontraktor juga bertanggungjawab mengalihkan stok yang tidak diterima oleh wakil Majlis serta merta selepas diarahkan. Jika kontraktor gagal membekalkan pokok seperti yang dipersetujui di dalam Dokumen Kontrak, kos kerja tersebut akan ditolak dari bayaran pada bulan tersebut. 11)Kontraktor dikehandaki menyediakan pengangkutan untuk mengangkut pokok-pokok tersebut hingga ke kawasan yang diarahkan Pegawai Penguasa di dalam kawasan Majlis dan menyediakan tenaga kerja secukupnya untuk menurunkan pokok dari atas lori dan menyusunnya di tempat penanaman. Sebarang kerosakan semasa penghantaran dan pengendalian adalah tanggungjawab pihak Kontraktor. 12)Pegawai Penguasa perlu dimaklumkan secara bertulis tentang ketibaan stok pokok di tapak sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh ketibaan. Pegawai Penguasa perlu berada di tapak ketika stok pokok sampai di tapak dan memeriksa keadaan pokok sebelum ditanam. Pegawai Penguasa berhak menolak stok pokok tersebut jika mendapati keadaan pokok tidak menepati spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Kontrak. Sebarang perbelanjaan berkaitan ng sama. Pihak Kontraktor bertanggungjawab membkalkan mana-mana pokok yang diarahkan seperti dalam Jadual Kadar Harga atau mana-mana pokok yang diarahkan selain dari yang ada di dalam Jadual Kadar Harga.

13) Di tapak, kontraktor bertanggunjawab untuk menjaga tanaman supaya berkeadaan baik semasa ia sampai sehingga selepas penyerahan dilaksanakan dengan pemeriksaan dan tandatangan oleh Pegawai Penyelia. Pengawasan rapi terhadap keselamatan pokok adalah tanggungjawab Kontraktor untuk mengelakkan dari sebarang kecurian atau kerosakan semasa proses penghantaran. 14)Pihak Kontraktor bertanggungjawab merekodkan semua penghantaran Bekalan dan mendapat pengesahan bertulis dari Arkitek Landskap Majlis bagi setiap penghantaran yang dilaksanakan.

B. MENANAM POKOK 1) Tapak penanaman hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang benda asing, semak samun, dan lain-lain tumbuhan yang tidak diperlukan. 2) Tentukan lubang yang hendak digali mengikut jarak tanaman yang ditetapkan. Gali lubang mengikut saiz yang sesuai dengan rootball pokok, 1 mx 1 m x 1m bagi pokok dan 500mm x 500 mm x500 mm bagi pokok renek. Bagi pokok yang diubah tanaman (transplant), saiz lubang hendaklah 2 x ganda saiz bebola akar. 3) Periksa saliran air bagi lubang, sekiranya lubang menakung air, perbaiki rupa bumi tanah sekeliling atau buat saliran terbuka. 4) Sediakan tanah camputran 3:1, 3 topsoil dan 1 baja organic . 5) Pastikan akar pokok tidak rosak semasa dipisahkan dari polibeg dan dimasukkan kedalam lubang.

Anda mungkin juga menyukai