Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN Pengucapan awam ialah suatu proses yang berlaku pada situasi seseorang pengucap menyampaikan maklumat kepada

sekumpulan penerima atau audiens. Tujuan pengucapan awam dibuat adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat, membimbing, mengajar, membantu, menghibur dan mempengaruhi. Pengucapan awam meliputi isu-isu yang lepas, masa kini dan masa akan datang berdasarkan kepada pengalaman, penetahuan dan kemahiran pengucap. Selain itu, pengucapan awam juga boleh terdiri daripada ucapan yang dibaca terus dari teks, secara hafalan, mahupun ucapan yang dibuat secara spontan. Pengucapan awam yang berkesan dan baik dapat mempengaruhi pendengar dari pelbagai aspek termasuklah pemahaman, pengertian, kepercayaan sikap dan kesediaan untuk mereka bertindak. Ini membuktikan penguasaan teknik, ciri dan strategi pengucapan awam dengan baik dapat mendatangkan impak yang besar terhadap penerima maklumat. Kebanyakan bidang tugas, terutamanya sebagai pendidik haruslah menguasai teknik, ciri dan strategi pengucapan awam supaya dapat mendidik pelajar dan membimbing mereka ke arah kecemerlangan demi menjamin kemajuan negara.

Anda mungkin juga menyukai