Anda di halaman 1dari 1

Program Lawatan Sambil Belajar ke Sekitar Kuala Lumpur Pada 24 April 2012, seramai 40 orang murid beserta 4 orang

guru pengiring telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke sekitar tempat yang mempunyai sejarah tersendiri di Kuala Lumpur.Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan dan input mengenai tempat yang murid lawati. Murid berkumpul pada jam 8.00 pagi di pekarangan sekolah dan diberikan taklimat ringkas oleh Ketua rombongan, En. Adam Zainufi. Setelah semua persiapan telah tersedia, rombongan dari Sekolah Kebangsaan Marian convent pun berangkat ke destinasi yang telah ditetapkan dengan menaiki bas. Destinasi pertama adalah Tugu Negara. Kami selamat sampai dalam lingkungan masa 8.45 pagi. Sampai sahaja kami di sana, peserta rombongan terus diberi taklimat ringkas mengenai keadaan dan masa yang diberikan. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang guru pembimbing. Di sana peserta dibenarkan untuk mengambil gambar dan diarahkan umtuk menjawab beberapa soalan mengenai Tugu Negara. Masa yang diberikan hanya la satu jam sahaja. Tanpa membuang masa kami segera ke Parlimen Negara.Jarak yang hanya dalam lingkungan 10 kilometer tidak banyak memberi masalah kepada peserta rombongan dalam menanggani masalah kesesakkan lalu lintas. Kami disambut baik oleh pihak parlimen setelah tiba di sana pada pukul 9.30. Kami perlu tiba di sana.Kami juga dibenarkan untuk mendengar dan melihat sendiri bagaimana parlimen bersidang. Masa yang diberikan hanyalah satu jam kerana terdapat beberapa lawatan yang lain perlu diuruskan oleh pihak Parlimen Malaysia. Setelah selesai ke destinasi kedua,rombongan berehat seketika di taman permainan berhampiran Parlimen Negara.Di sana,peserta diberi masa untuk menikmati juadah yang telah disediakan oleh pihak pengurusan rombongan. Setelah selesai menjamu selera. Kami ke destinasi terakhir iaitu Muzium Negara. Di sana, peserta dapat melihat sendiri pelbagai sejarah yang tersimpan sebagai barang yang paling berharga di Malaysia.Peserta hanya diberikan masa selama satu jam 30 minit. Walaupun masa yang diberikan itu agak singkat,namun peserta rombongan sempat untuk menjelajah setiap pelusuk muzium sambil mencatatkan input-input yang berguna untuk di gunakan ketika kembali ke sekolah nanti. Rombongan peserta Sekolah Marian Convent akhirnya berakhir di situ. Kami segera bergerak pulang tepat pukul 2.45 petang. Lawatan ini banyak member kenangan dan juga pelbagai ilmu yang merangkumi pengetahuan terutama kepada murid dan sesuai digunakan pada masa akan datang. Diharap pelbagai lawatan akan dating dapat diteruskan.

Disediakan oleh, 15 Mei 2012 (Adam Zainufi b Elliyes Azmi) Ketua rombongan